Anda di halaman 1dari 4

Shakirah binti ahmad

230173
A161- Group J
Entri 1
5 tahun akan datang saya akan menjadi seorang ahli perniagaan yang mempunyai rangkaian
perniagaan yang membekal dan menyediakan makanan yang berkonsepkan "makanan halal".
Saya juga akan membuka sebuah restoran atau kafe yang berkonsepkan moden kontemporari
tetapi santai dengan harga makanan yang berpatutan serta halal yang mampu di nikmati oleh
segenap lapisan masyarakat yang akan menghidangkan makanan timur dan barat.
Saya memilih untuk menyediakan makanan timur dan barat bagi menepati citarasa rakyat
Malaysia yang pelbagai. Hal ini kerana, pada masa kini banyak restoran-restoran di pelopori oleh
pemilik yang bukan beragama islam. Ini membuatkan segelintir masyarakat di luar sana yang
khuatir akan kebersihan semasa penyediaan makanan di lakukan.
Selain itu, pada 5 tahun akan dating saya juga akan menjadi pemilik ladang ternakan kambing
dan lembu. Di mana saya akan menggunakan bahan mentah ini di restoran saya dan juga untuk
tujuan komersial samada di pasaran tempatan dan juga pasaran luar.

Shakirah binti ahmad


230173
A161- Group J
Entri 2
Ratapan sang kali

Sang kali meratap..


Pedih nan menusuk
Sang kali meratap
hancur nan luluh.
Apa yang Sang kali dambakan?
Ketenangan yang dulu.

Dahulu ..
Air sang kali jernih,
Ikan dan pepatung bebas bermain di gigi air.
Pepohon subur menjadi teduhan di kala panas.
Pawana lembut menyapa,
Nyamannya terasa di sisi sang kali.

Namun
Sang kali yang dulunya tenang,
Di amuk amarah yang menggunung,
Sang kali yang dulunya tenang,
Memuntahkan lumpur yang hitam dan pekat,

Pawana menjadi kuat dan garang,


Dek kerana kebodohan akal fikiran manusia.

Pepohon yang dulunya subur kini botak,


Pepohon yang dulunya membekalkan karbon dioksida,
Ditebang dek kerana kerakusan nafsu..
Sehingga bumi menjadi panas.

Bangkitlah!!
Bangkitlah dan pelihara sang kali kita,
Bangkit dari lena yang panjang,
Supaya keindahan yang masih tinggal ini,
Mampu dinikmati generasi akan datang.

Nukilan: schaahmad
9.08 am.
19/9/2016

Anda mungkin juga menyukai