Anda di halaman 1dari 32

Jenis-jenis Pencemaran

Pencemaran Bunyi

Pencemaran bunyi sering menjadi isu


tetapi ia kurang diberi perhatian. Akhir-akhir ini, aspek ini dibincangkan secara
bersungguh-sungguh apabila paras bunyi semakin meningkat dari hari ke hari.
Pembangunan negara yang pesat menuju status negara industri yang
menyebabkan bilangan kenderaan di jalan raya meningkat merupakan antara
sumber bunyi utama di negara kita. Projek-projek pembinaan yang
menggunakan banyak jentera dan pembinaan lebih banyak lapangan terbang
juga merupakan antara penyumbang lain pencemaran bunyi. Dalam sektor
pekerjaan, paras bunyi yang selamat harus dipastikan bagi mengelak pekerja
mengalami masalah pendengaran. Buat masa ini, kebanyakan sektor industri di
negara ini lebih berorientasikan buruh berbanding di negara-negara maju.
Sehubungan ini pengoperasian jentera dalam bangunan mungkin mendedahkan
pekerja kepada risiko kerosakan pendengaran. Pengukuran bunyi juga amat
penting bagi menilai sumber, kesan dan teknologi kawalan yang sesuai.

Pencemaran bunyi didefiniskan sebagai bunyi bising yang keterlaluan sehingga


menyakitkan telinga.Pencemaran bunyi biasanya melebihi 80 dB(A)[desibel] dan
pencemaran ini mengikut situasi dan keinginan masing-masing. Pencemaran ini
boleh dibahagikan kepada empat bahagian,iaitu kebisingan selenjar,kebisingan
fluktuasi dan hentakan impuls, dan kebisingan selang-seli.

Kebisingan selenjar adalah kebisingan yang selar dan kurang daripada 3 desibel
(dB). Ini berlaku apabila seseorang sedang berbisik kerana gelombang bunyi
bergetar dengan lebih perlahan..

Kebisingan fluktasi pula merupakan kebisingan yang terlatak antara puncak


gelombang yang tinggi dan rendah. Pada tahap ini getaran gelombang bunyi

akan bergetar dengan lebih cepat daripada kebisingan selenjar. Getaran


gelombang adalah sekitar 3 dB sahaja. Contohnya kebisingan fluktasi berlaku
apabila seseorang sedang berbual-bual , dan bunyi enjin yang tidak dimatikan.

Hentakan impuls merupakan bunyi yang lebih intensiti dalam tempoh yang lebih
singkat. Contohnya tembakan, ketukan atau lagaan daripada benda yang keras.
Pada kebiasaannya, tahap ini getaran gelombang akan memuncak dan menurun
dengan cepat. Pada tahap ini intensiti bunyi adalah melebihi 80 dB kemudian
gelombang bunyi akan menurun dengan cepat. Akan tetapi intensiti masih
menunjukkan tahap yang tinggi kerana bunyi yang kuat akan memberi kesan
yang lama terhadap getaran. Kebisingan selang seli berlaku secara berselangseli. Ianya dihasilkan apabila bunyi bising menjadi perlahan dan kuat dalam
jangka masa yang pendek. Contoh : Ketika seseorang sedang menggergaji kayu,
getaran akan berlaku ketika gergaji itu bergerak dan getaran tidak akan berlaku
apabila gergaji kayu dihentikan. Semasa gergaji sedang ditarik intensitinya akan
meninggi pada kadar tertentu dan menurun apabila gergaji tidak disorongkan.

Punca-punca berlakunya pencemaran bunyi adalah seperti pembangunan dalam


kawasan industri dimana bunyi yang bising akan dikeluarkan melalui
pemprosesan material, jentera,dan kenderaan.Aktiviti pembuatan ini secara
tidak langsung akan menjejaskan ketenteraman orang ramai dan memberi kesan
gelisah, kurang rehat, gangguan pemikiran dan lain-lain atas pencemaran bunyi
yang dikeluarkan.

Di kawasan petempatan pula, punca berlakunya pencemaran bunyi adalah


proses pembinaan yang menanamkan cerucuk-cerucuk besi di dalam tanah
demi membinakan bangunan-bangunan yang tinggi. Selain itu kenderaan kenderaan awam yang mengeluarkan bunyi bising yang memekakkan telinga di
kawasan penempatan dan sekitar sekolah juga punca utama yang
menyumbangkan kepada pencemaran bunyi . Contohnya pemandu kereta yang
suka `hon` sesuka hati dan tidak mematikan enjin sementara menunggu anak di
sekitar sekolah .

Aktiviti masyarakat seperti mendengar radio dan menonton program televisyen


dengan suara yang kuat juga merupakan punca berlakunya pencemaran bunyi .
Pada sesetengah masa aktiviti masyarakat seperti mengadakan konsert semasa
musim perayaan dan tidak merendahkan bunyi pembesar suara walaupun
selepas pukul 12 malam juga merupakan pencemaran bunyi yang sering
berlaku .

Pencemaran bunyi dalam kehidupan moden ini sememangnya banyak membawa


kesan yang negatif ke atas kesihatan manusia. Pencemaran bunyi yang negatif
selalu menstimulasikan mekanisme pertahanan badan manusia yang
mengakibatkan rembesan adrenalina(hormon) dan respons-respons fisiologi lain
walhal ketiadaan keadaan yang membahayakan.

Kesan pencemaran bunyi ke atas manusia dapat dibahagikan kepada kesan


fisiologi dan kesan psikologi . kesan fisiologi melibatkan kehilangan
pendengaran dan respons kepada keadaan cemas manakala kesan psikologi
berlaku akibat pencemaran bunyi yang mengganggu komunikasi antara
manusia., mengganggu tidur dan seterusnya menjejaskan kestabilan mental dan
mengganggu proses mental, iaitu pemikiran dan pemusatan perhatian susah
dilakukan.

Kesan kesan negatif yang tersebut diatas biasanya berlaku kepada orang-orang
yang selalu terdedah kepada bunyi bising yang kuat di tempat kerja atau sekitar
tempat perumahan mereka. Contohnya pekerja-pekerja kilang dan pendudukpenduduk di sekitar lapangan terbang yang mungkin menghadapi risiko
kehilangan pendengaran mereka dimana kehilangan pendengaran biasanya
berlaku secara beransur-ansur dan tanpa disedari oleh mereka. Di bawah Akta
Kualiti Alam Sekeliling, had maksimum yang dibenarkan bagi kawasan Bandar
yang mempunyai jumlah kepadatan penduduk yang tinggi adalah 65 desibel
(dBA) untuk waktu siang dan 60 dBA untuk waktu malam. Sesiapa yang tidak
mematuhi undang undang dibawah Akta Kualiti Alam Sekeliling boleh dikenakan
tindakan undang-undang sekiranya tidak mematuhi syarat-syarat yang
ditetapkan .

Dalam pandangan saya , masalah pencemaran bunyi adalah masalah yang


serius dan tidak harus diabaikan mahupun dipandang ringan . Jabatan kerajaan
yang bertanggungjawab seperti Jabatan Alam Sekitar dan pihak sekolah harus
berusaha mengadakan kempen dan memberi imformasi kepada orang awam
serta pelajar pelajar tentang betapa seriusnya pencemaran bunyi yang sedang
berlaku di Negara kita. Pihak berkaitan juga harus berusaha meyemaikan
perasaan cinta kepada alam sekitar dalam kalangan ahli masyarakat untuk
mewujudkan masyarakat yang tanpa pencemaran .

Akhirnya , undang- undang yang lebih lengkap , jelas, dan tegas haruslah
diwujudkan bagi megawal masalah pencemaran bunyi di negara kita .

TAN MIN LIANG

205829

Pencemaran Udara

Pencemaran udara boleh dikatakan antara pencemaran yang memberi impak


yang paling besar kepada alam sekitar. Disebabkan oleh pencemaran udara
terjadinya fenomena pemanasan global yang mengakibatkan berlakunya
bencana alam yang mengancam bumi kita. Pencemaran udara ini menjadi
tumpuan sedunia bagi menangani dan mengambil langkah pengawalan supaya
tahap pencemaran dapat dikawal. Negara maju seperti negara China yang
bertumpukan industri perkilangan secara langsung menjejaskan kualiti udara di
negara tersebut. Isu pencemaran udara ini dititikberatkan oleh Pertubuhan
Kesihatan Sedunia (WHO) yang telah mengambil pelbagai langkah bagi
menangani masalah ini.
Pencemaran udara boleh diklasifikasi kepada dua bahagian iaitu pencemaran
primer dan pencemaran sekunder. Pencemaran primer merujuk kepada
pencemaran yang dihasilkan sulfur monoksida dan karbon monoksida hasil dari
pembakaran tidak lengkap yang menyebabkan zarah-zarah halus terampai di
udara. Kebanyakan pencemaran ini dilepaskan melalui eksos kenderaan ,
industry yang melepaskan asap atau bahan pencemar dan pembakaran arang
batu yang tidak terkawal, manakala pencemaran sekunder pula adalah tindak
balas sulfur dioksida yang bergabung dan membentuk dengan gasgas yang
tidak di perlukan oleh benda hidup seperti gabungan sulfur dioksida, sulfur
monoksida dan wap air akan menghasilkanasid sulfurik.
Punca-punca kepada pencemaran udara termasuk perlepasan asap dari eksos
kenderaan, asap dari industry kilang, penggunaan arang batu yang tidak
terkawal, dan pembakaran di tempat pelupusan . selain dari punca-punca di atas
fenomena semulajadi juga menyumbang kepada pencemaran ini seperti
kebakaran hutan akibat kepanasan dari matahari dan juga kejadian letusan
gunung berapi yang mampu mengeluarkan partikel, asap, debu dengan kadar
yang banyak yang menjejaskan penglihatan di sekitar tempat kejadian berlaku.

Kesan-kesan pencemaran udara kepada manusia adalah seperti menjejaskan


sistem pernafasan manusia. Manusia sukar untuk bernafas dalam keadaan udara
yang tercemar kerana udara telah diracuni oleh bahan tercemar dan gas-gas
yang tidak diperlukan. Gas-gas seperti karbon monoksida akan meracuni sistem
pengangkutan oksigen dalam darah akan melambatkan tindak balas manusia
dan kesan seterusnya menyebabkan mengantuk, penyakit lelah dan fungsi paruparu terjejas. Menurut kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan
sebanyak 3juta manusia mati setiap tahun disebabkan oleh pencemaran udara.
Ia adalah tiga kali ganda lebih tinggi daripada jumlah kematian yang disebabkan
kemalangan. Kesan kepada tumbuhan adalah seperti mengalami kerosakan
seperti nekrosis (keguguran daun) dan pertumbuhan terbantut. Begitu juga
haiwan akan terancam akibat pencemaran udara dimana udara yang tercemar
disedut dan mengambil makanan dari tumbuhan yang tercemar.
Langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengawal pencemaran adalah
pengasing elektrostatik. Alat ini digunakan untuk menarik dan mengasingkan
partikel dari udara dan melekat pada dinding cerobong asap kilang. Penggunaan
alat ini dapat mengelakkan bahan tercemar daripada terbebas ke udara.
Tambahan pula, wet scrubber sejenis alat yang digunakan berdasarkan prinsip
dimana satu saliran gas dihubungkan dengan cecair supaya bahan tercemar
dapat larut dalam cecair. Langkah akhir adalah penampalan ozon dimana
bahagian zon yang berlubang boleh ditampal dengan mengionkan oksigen di
atmosfera melalui penggunaan belon helium. Selain itu, menembak peluru zon
dengan menggunakan kapal terbang mampu menampal ozon.
Kesimpulannya, pencemaran udara yang berterusan mampu memusnahkan
alam sekitar dimana ia boleh menyebabkan bencana yang besar. Manusia kini
hanya tahu untuk mengejar keselesaan hidup akan tetapi kita bertanggungjawad
untuk menjaga alam sekitar supaya sumber alam boleh diwarisi untuk generasi
akan dating. Akhir kata, hargailah alam sekitar yang memberi sumber untuk kita
tidak patut kita memusnahkannya.
CHIN YOKE LIAN
205951

Pencemaran Air
Air merupakan salah satu keperluan asas manusia. Namun begitu,pada masa
ini,di negara-negara membangun atau negara sedang membangun , masalah
pencemaran air masih berlaku. Masalah ini amat membimbangkan. Pencemaran
air bermaksud perubahan yang berlaku dari segi kandungan,keadaan dan warna
sehingga tidak sesuai dan akan memberi kesan terhadap manusia apabila
digunakan. Pencemaran ini berlaku sama ada dari segi biologi, kimia dan fizik.
Bahan pencemaran boleh didapati dalam pelbagai bentuk iaitu gas, cecair dan
pepejal. Pencemaran air bukan sahaja berlaku di sungai sahaja tetapi juga di laut
, pantai dan lain-lain tempat berair.

Antara punca berlaku pencemaran air ialah kilang-kilang yang tidak


bermoral. Kebanyakan kilang dibina di sepanjang sungai untuk memastikan
bahan-bahan buangan disalirkan ke dalam sungai-sungai berkenaan. Masalah
timbul apabila cecair kimia yang disalurkan ke dalam sungai tidak dirawat dan
mengandungi bahan toksik yang mencemarkan air sungai dan laut. Kebanyakan
kilang membuang sisa cecair dan pepejal ke dalam sungai yang mengakibatkan
sungai tercemar seperti Sungai Juru yang terletak di Seberang Perai, Pulau
Pinang menunjukkan warna air di Sungai Juru berwarna hitam pekat apabila
sampai di laut.
Di samping itu, industri perlombongan juga mengakibatkan pencemaran air. Cari
gali petroleum di dasar laut dan tumpahan minyak adalah antara bukti nyata.
Penggerudian perigi-perigi minyak dan letupan tangki minyak menyumbang
kepada gejala ini. Apabila minyak ini bercampur dengan air laut atau sungai, ia
akan mengakibatkan air tercemar. Ini memberi kesan negatif kepada kehidupan
air seperti tumbuh-tumbuhan dan haiwan akuatik dan seterusnya menjejaskan
sumber protein manusia.

Bahan-bahan buangan radioaktif dan ujian-ujian bom dan nuklear di laut-laut


juga menyumbang kepada pencemaran air. Bahan-bahan buangan radioaktif
yang terhasil dari makmal-makmal yang mengandungi sisa-sisa toksik larut
dalam air telah mencemarkan air sungai dan laut. Stesen-stesen nuklear juga
menyalirkan bahan buangan ke dalam sungai yang mengakibatkan sungai
tercemar. Pencemaran air boleh berlaku disebabkan pembuangan bahan sisa
radioaktif seperti di Laut Kaspian dan di perairan Hemisfera Utara.

Kesan-kesan daripada pencemaran air ini menimbulkan banyak masalah


terhadap hidupan-hidupan di dunia pada masa kini termasuklah manusia sendiri.
Bahan-bahan yang dibuang dalam sungai akan mengurangkan kandungan
oksigen dalam air. Hidupan laut akan mati apabila memakan bahan beracun dari
sumber air yang telah tercemar ini. Manusia akan mendapat penyakit kronik jika
mengambil sumber protein beracun dan meminum atau menggunakan air yang
tercemar. Selain itu, sampah-sarap dan najis yang dibuang ke dalam air juga

menggalakkan bakteria untuk terus membiak dan menjadi masalah kepada


kehidupan di dalam air mahupun kepada manusia sendiri.

Kesan lain ialah sistem air bawah tanah tercemar . Sesetengah kilang akan
memperuntukkan kawasan untuk pembuangan sisa-sisa kilang. Apabila berlaku
hujan lebat atau loji pecah, sisa-sisa ini akan terkeluar dan menyebabkan dua
masalah. Masalah pertama ialah jika sisa ini mengalir di permukaan, maka ianya
akan mengalir di dalam sistem saliran terutamanya parit dan sungai. Masalah
kedua pula ialah sekiranya sisa ini mengalir ke dalam sistem bawah tanah, sisasisa ini akan menyebabkan sistem air bawah tanah tercemar. Kedua-dua
masalah tersebut akan merosakkan dan mencemarkan hidupan dan keadaan air
itu sendiri.

Dalam usaha mengekalkan tahap pencemaran semasa supaya tidak menjadi


lebih teruk maka langkah-langkah yang wajar perlu diambil supaya pencemaran
air dapat dikurangkan. Antara langkah-langkah yang boleh diambil adalah
menyediakan tangki takungan bawah tanah yang dirawat. Untuk mengatasi
masalah pelepasan air buangan domestik supaya tidak dilepaskan terus ke
dalam sistem perparitan maka adalah perlu menyediakan tangki takungan
bawah tanah dan dirawat menggunakan bioteknologi.Malah, pihak kerajaan
seharusnya memperuntukkan sejumlah wang untuk sistem perparitan di
kawasan perumahan terutama kawasan perindustrian dan juga pengusaha kedai
makanan supaya dapat dibina saluran paip khas dan air buangan dapat
dikumpulkan di kolam takungan sebelum disalirkan ke dalam sistem perparitan.

Hasil tinjauan juga mendapati bahawa pengurusan sampah yang lemah di


kawasan perumahan dan tempat tinggal perbandaran telah menyebabkan
sampah- sarap bertaburan merata tempat. Oleh itu,tong sampah perlu ditambah
di tempat strategik sebagai pusat pengumpulan sampah supaya sampah tidak
melimpah.Pertambahn tong sampah juga membolehkan penduduk mempunyai
tempat pembuangan sampah-sarap yang cukup.

Selain itu, langkah lain yang perlu diambil ialah kempen kesedaran melalui iklan
televisyen. Iklan-iklan yang ditanyangi dalam televisyen dan disebarkan dalam
radio akan memberi konsep dan gambaran yang lebih terus dan orang ramai
akan lebih mudah memahami peranan mereka dan mula menanam sikap
bertanggungjawab dalam diri sendiri. Orang ramai juga digalakkan menyertai
kempen-kempen kesedaran. Antara kempen-kempen yang melindungi sungai
dan laut ialah kempen Cintailah Sungai Kita. Kempen Cintai Sungai Kita telah
menjalankan banyak aktiviti untuk membersihkan kawasan sungai. Dalam
kempen-kempen ini, peserta-peserta akan diajar tentang pentingnya menjaga

sungai dan cara-cara menguruskan sisa buangan supaya dapat mengurangkan


tahap pencemaran air ke tahap yang paling minimum .

Kesimpulannya, pencemaran air merupakan masalah yang sangat serius dan


memerlukan kerjasama semua pihak untuk menangani masalah ini supaya kita
mendapat sumber air yang bersih dan dapat hidup dalam persekitaran yang
tiada pencemaran air. Langkah-langkah yang tertentu perlu dijalankan sepanjang
tahun supaya dapat mencapai tahap yang lebih efektif. Oleh itu,semua pihak
termasuk pihak individu ataupun pihak kerajaan,kita semua perlu berusaha
mengatasi masalah ini bersama dan seterunya mencapai Wawasan 2020.
TAN PING SIEN
206063

Pencemaran Tanah

Pencemaran tanah adalah bahagian permukaan bumi yang dihuni oleh


banyak makhluk hidup terutama manusia, tumbuh-tumbuhan, haiwan dan
mikroorganisme Tanah dan makhluk hidup yang hidup di atasnya mempunyai
hubungan yang sangat erat. Tanah memberikan sumber daya yang berguna bagi
kelangsungan makhluk hidup di atasnya. Tanah memiliki fungsi produksi, iaitu
antara lain sebagai penghasil biomassa, seperti bahan makanan, serat, kayu dan
bahan ubat-ubatan. Selain itu, tanah juga berperan dalam menjaga kelestarian
sumber daya air dan kelestarian lingkungan hidup secara umum. Tanah juga
merupakan habitat alamiah bagi manusia dan makhluk hidup yang lain.Dapat
dikatakan bahawa hidup manusia tergantung kepada tanah.
Pencemaran tanah bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan
sehingga terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan. Pencemaran ini
disebabkan oleh bahan buangan sama ada berbentuk air atau pepejal.Bahan

pencemar pula terdiri daripada pencemar organik,kimia atau fizik.Kegiatan


manusia seperti perusakan hutan dan pertanian ladang berpindah
mempengaruhi kualiti tanah. Terkontaminasinya tanah oleh zat kimia dapat
mengakibatkan terjadinya pencemaran air dan tanah. Jika tidak segera
dihentikan, hal ini akan menimbulkan kerosakan tanah, bahkan dapat
menimbulkan bencana bagi kehidupan manusia.
Antara punca berlakunya pencemaran ini ialah pembuangan bahan-bahan
buangan daripada kilang seperti minyak,sisa toksik dan sisa-sisa
kilang.Pembuangan sampah merata-rata dan penggunaan racun serangga
secara berlebih-lebihan juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran ini.
Di samping itu,sikap manusia yang jarang menghargai nilai-nilai maksum yang
terdapat di kawasan menarik dan indah juga boleh menjadi salah satu punca
pencemaran tanah. Selain daripada mengurangkan jumlah hutan asal dan
biodiversiti hutan dan hidupan liar, penebangan hutan juga turut menyumbang
kepada hakisan tanah, pemendapan, kerosakan cerun dan tanah runtuh di
Malaysia . Pembangunan yang tidak dirancang dengan berkesan seperti
pembalakan yang giat dan pembukaan tanah secara berleluasa akan
memberikan kesan buruk terhadap alam sekitar contohnya berlakulah hakisan
tanah,berlaku perubahan iklim,kesan kepada rumah hijau dan banjir.
Terdapat banyak kesan pencemaran yang memudaratkan tanah. Salah
satu adalah merosakkan tanah dan kualitinya. Sisa-sisa industri dan hasil
tumpahan daripada kenderaan pengangkut menjadikan tanah rosakdan kurang
berkualiti. Tanah yang kurang berkualiti menyebabkan tumbuh-tumbuhan atau
sayur-sayuran yang ditanam tidak hidup dengan sempurna dan tidak subur.
Hujan asid yang meresap ke dalam tanah, perlombongan yang berlebihan,
penebangan hutan atau pembalakan menyebabkan tanah terhakis dan rosak.
Selain itu penggunaan racun serangga atau rumpai turut
berperanan mengurangkan kualiti tanah. Kemajuan dari segi pengangkutan
juga menyebabkan banyak kawasan tanah telah digunakan untuk tujuan
pembinaan jalanraya, landasan keretapi dan lapangan terbang.
Selain itu, pembuangan sampah merata-rata juga merupakan penyumbang
kepada pencemaran tanah. Pasti tempat yang berlonggokan sampah itu akan
menarik perhatian serangga dan haiwan pembawa penyakit seperti lalat dan
tikus. Haiwan perosak yang tertumpu di kawasan ini dan menyebarkan kumankuman penyakit ke tempat-tempat lain. Jika makanan yang dihinggapi lalat atau
dimakan lipas , manusia mudah keracunan makanan dan seterusnya diserang
penyakit yang serius.
Seterusnya, pengujian senjata nuklear di negara-negara barat juga turut
mengancam kualiti tanah dunia. Tanah bukan sahaja tidak subur malahan
menyimpan bahan radioaktif yang mampu membunuh manusia secara
perlahan.Contoh yang paling ketara adalah letupan loji nuklear di Chernobyl,
Russia. Kesannya dapat dirasai hingga ke Sweden, kerana 23 orang telah
dilaporkan mati akibat daripada kesan radioaktif nuklear tersebut. Semua
penduduk di sekitarnya dipindahkan dan di sesetengah tempat, penjualan

daging terpaksa dihentikan kerana kadar pencemaran terlalu tinggi dan


membahayakan kesihatan.
Di samping itu, penukaran tanah dari hutan kepada pertanian telah
mengakibatkan berlakunya penebangan hutan secara meluas. Penebangan
hutan yang berterusan dan kemusnahan hutan di kawasan tadahan air akan
menjejaskan bekalan air dan kualiti sumber air, menjejaskan kemampuan
pengambilan semula air bawah tanah dan menyebabkan lebih banyak banjir di
kawasan tanah rendah.
Satu lagi kesan pencemaran tanah ini adalah hakisan. Hakisan tanahadalah
salah satu fenomena yang sangat sering berlaku di seluruh dunia. Ianya bukan
sahaja merugikan dari sudut kewangan dan ekonomi bahkan juga mengancam
keselamatan dan nyawa manusia, misalnya tanah runtuh dan juga gempa bumi.
Terdapat banyak negara-negara yang sedang diancam hakisan tanah. Di negaranegara tertentu juga, angin menjadi salah satu agen yang boleh menyebabkan
hakisan. Antara aktiviti-aktiviti manusia yang boleh menyebabkan hakisan
adalah pembersihan dan pembajakan serum bukit yang menyebabkan tiada
tumbuhan yang dapat menahan tanah daripada dialirkan bersama-sama dengan
air apabila hujan lebat, penebangan hutan, padang ragut yang meluas dan
berlebihan, dan penanaman secara meluas hanya satu jenis tanaman.
Kesimpulannya, tanah adalah bahagian permukaan bumi yang dihuni oleh
banyak makhluk hidup terutama manusia, tumbuh-tumbuhan, haiwan dan
mikroorganisme. Tanah dan makhluk hidup yang hidup di atasnya mempunyai
hubungan yang sangat erat. Tanah memberikan sumber daya yang berguna bagi
kelangsungan makhluk hidup di atasnya. Selain itu, tanah juga berperan dalam
menjaga kelestarian sumber daya air dan kelestarian lingkungan hidup secara
umum. Dapat dikatakan bahawa hidup manusia tergantung kepada tanah. Oleh
itu, kita perlu menjaga tanah dengan baik.

Kepentingan Menjaga Alam Sekitar


Kepentingan Dalam Menjaga Alam Sekitar

Alam sekitar adalah anugerah Tuhan yang amat


bernilai kepada kesejahteraan kehidupan. Manusia banyak bergantung kepada
sumber-sumber semulajadi di muka bumi ini. Allah telah mencipta alam ini
seimbang untuk kemakmuran munusia. Bumi yang luas dijadikan tempat tinggal
manusia, gunung-gunung sebagai pemasak bumi, tumbuh-tumbuhan sebagai

sumber makanan dan ubatan kepada kehidupan, demikian juga dengan pelbagai
jenis haiwan dan hidupan di lautan. Alam sekitar yang tidak tercemar
memberikan kita suasana yang selesa dan menyamankan. Di samping memberi
keselesaan kepada manusia, ia juga sedikit sebanyak akan terjejas akibat
aktiviti-aktiviti pembangunan negara sekiranya alam sekitar di negara kita tidak
dijaga dengan baik.

Persekitaran yang bersih membolehkan kita menyedut udara yang segar. Udara
yang bersih merupakan nikmat yang sangat bernilai kepada kehidupan manusia.
Kawasan yang segar dan bersih lazimnya dipenuhi dengan tumbuhan menghijau.
Tumbuh-tumbuhan membebaskan oksigen ke udara dan membolehkan badan
kita mendapat bekalan oksigen secukupnya.

Udara dalam alam sekitar kita yang bersih dan segar juga membolehkan kita
menikmati keselesaan. Kita akan berasa selasa jika tiada gangguan di
persekitaran kita. Cuaca panas dan kering yang disebabkan oleh kenaikan suhu
dapat dielakkan dan membolehkan kita menjalani kehidupan dalam keadaan
cuaca yang baik. Melalui persekitaran yang segar dan nyaman juga, orang ramai
boleh melakukan aktiviti luar dan beriadah tanpa gangguan yang boleh
menimbulkan perasaan rimas marah dan tidak selesa. Aktivti riadah yang
dijalankan dalam keadaan bersih akan meningkatkan tahap kesihatan kita.

Selain itu, penanaman pokok-pokok haruslah dirancang dengan teratur dari


semasa ke semasa. Penanaman tumbuhan hijau bukan sahaja memberikan
suasana persekitaran yang sejuk dan nyaman, malah berfungsi untuk
menstabilkan suhu persekitaran. Penanaman pokok-pokok ini juga bertujuan
mengurangkan kesan pemanasan global melalui penyerapan karbon dioksida.
Akhirnya, pemanansan global dapat dikawal dan akan dapat menstabilkan
ekosistem persekitaran. Penjagaan sumber-sumber alam sekitar seperti pokokpokok akan dapat membendung pelbagai masalah, sebagai contoh hutan
mengawal hakisan tanah dan banjir. Hutan juga menjadi salah satu sumber
ekonomi negara kita.

Alam setikar yang bersih juga dapat mengelakkan pembiakan serangga yang
mampu membawa penyakit. Persekitaran yang bersih menghalang haiwan
seperti lalat, nyamuk dan tikus daripada membiak dan menyebarkan penyakit
kepada manusia seperti malaria, deman denggi, taun dan hawar. Keadaan ini
turut melindungi makanan kita daripada dicemari oleh vector-vektor penyakit
tersebut dan dengan itu, masalah keracunan makanan dapat dielakkan.

Gangguan daripada serangga di dalam rumah juga dapat dielakkan jika


persekitaran dalam keadaan bersih. Alam setikar yang bersih dapat
mengurangkan pembiakan serangga seperti nyamuk, lalat, dan serangga lain
yang berada di dalam rumah. Tanpa serangga tersebut, kita dapat berehat
dengan selesa di rumah pada bila-bila masa. Selain itu, persekitaran yang bersih
juga mengelakkan pencemaran bau yang boleh mengganggu keselesaan hidup
kita.

Selain itu, air merupakan sumber asli


yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Air sangat diperlukan oleh tubuh
badan manusia sehinggakan manusia boleh hidup bertahan beberapa hari
dengan air sahaja tanpa makanan. Tubuh kita mengandungi lebih kurang 70%
air. Sekiranya kehilangan air, hal ini akan mengakibatkan kita kehilangan tenaga.
Air bukan sahaja penting kepada manusia malah kepada hidupan lain seperti
haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang turut memerlukan air. Air yang suci dan
bersih merupakan penjana kepada kehidupan di muka bumi. Oleh kerana air
merupakan unsur penting dalam kehidupan manusia, masyarakat haruslah
berganding bahu dalam memelihara dan menjaga kebersihan air terutamanya
menjaga keselamatan alam sekitar daripada sebarang pencemaran.

Tambahan pula, alam sekitar yang dijaga oleh semua lapisan masyarakat dapat
mengelakkan kepupusan haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Haiwan dan tumbuhtumbuhan adalah merupakan salah satu sumber makanan kepada manusia.
Pencemaran alam sekitar yang dilakukan akan menyebabkan kemusnahan
habitat haiwan dan akan menyebabkan sumber makanan manusia akan
berkurang, sebagai contoh hidupan laut seperti udang, ikan dan seumpamanya
merupakan sumber makanan yang mengandungi protein yang dapat
menstabilkan kesihatan manusia. Sekiranya kita melakukan sebarang
pencemaran laut seperti pembuangan sisa toksik ke dalam laut, kepupusan
hidupan laut akan berlaku. Manakala, tumbuh-tumbuhan pula menjadi sumber
kepada perubatan seperti herba untuk pesakit. Alam sekitar yang tidak tercemar
membolehkan habitat hidupan darat dan air terpelihara.

Di samping itu, alam sekitar yang bersih akan dapat meningkatkan ekonomi
negara. Sesebuah masyarakat yang bersih dan mengandungi nilai kedamaian
akan dapat menarik perhatian pelancong asing. Kedatangan pelancong asing ke
dalam negara kita akan meningkatkan nilai tukaran wang asing, dan ini akan
dapat memajukan perkembangan ekonomi negara kita. Selain itu, kedatangan
pelancong juga dapat memajukan sektor perkhimatan dan sektor perniagaan
serta menawarkan peluang perkerjaan kepada masyarakat. Dengan ini, imej
negara kita akan dapat ditingkatkan.

Kesimpulannya, pemeliharaan muka bumi perlu dijalankan bagi menjamin


bekalan sumber makanan, sumber kesihatan untuk menghasilkan ubat-ubatan,
Ia turut berperanan sebagai sumber kecantikan, keindahan dan kedamaian di
samping udara yang bersih. Justeru, semua lapisan masyarakat haruslah
bekerjasama dan saling membantu dalam memelihara alam sekitar supaya
kebersihan alam sekitar dapat ditingkatkan dalam kehidupan kita.

GAN CHUI YONG


205876

Kepentingan Menjaga Alam Sekitar


Alam sekitar merupakan segala benda hidup dan bukan hidup yang wujud secara
semula jadi di permukaan bumi, atau sebahagian daripadanya. Alam sekitar
memainkan peranan yang penting dalam kehidupan harian kita. Alam sekitar
yang tidak tercemar memberikan kita satu suasana yang selesa dan
menyamankan. Di samping memberi keselesaan kepada manusia, aktiviti-aktiviti
pembangunan sedikit sebanyak menjejaskan negara sekiranya alam sekitar di
negara kita tidak dijaga dengan baik. Amalan menjaga kebersihan merupakan
tuntutan semua agama. Persekitaran yang bersih penting untuk mewujudkan
kehidupan yang sihat dan sejahtera.

Kepentingan alam sekitar kepada sistem pernafasan kita. Persekitaran yang


bersih membolehkan kita menyedut udara yang segar. Udara yang bersih dan
segar sememangnya amat penting untuk kesihatan. Kawasan yang segar dan
bersih lazimnya dipenuhi dengan tumbuhan menghijau. Tumbuh-tumbuhan akan
membebaskan oksigen ke udara dan membolehkan badan kita mendapat
bekalan oksigen secukupnya. Selain itu, alam sekitar yang bersih membolehkan
kita menikmati keselesaan. Cuaca panas dan kering yang disebabkan oleh
kenaikan suhu dapat dielakkan dan membolehkan kita menjalankan kehidupan
dalam keadaan yang baik. Melalui persekitaran yang segar dan nyaman juga,
orang ramai boleh melakukan aktiviti luar dan beriadah tanpa gangguan yang
boleh menimbulkan perasaan rimas, marah dan tidak selesa. Aktiviti riadah yang
dijalankan dalam keadaan bersih akan menguatkan kesihatan kita. Dengan ini,
kesihatan manusia akan terjamin.

Menjaga alam sekitar adalah penting untuk flora dan fauna. Kebersihan alam
sekitar akan menjamin keseimbangan ekosistem. Ekosistem yang terpelihara
daripada kerakusan manusia akan membantu menjamin sumber air. Tanpa
pemusnahan hutan, ia dapat berfungsi sebagai kawasan tadahan hujan.
Kehadiran hutan-hutan tadahan hujan akan menakung air hujan secara semula
jadi dalam kuantiti yang besar. Hutan yang lengkap dengan flora dan faunanya
menyebabkan air hujan yang turun dapat disalurkan dengan baik ke sungai. Air
hujan yang turun itu tidak akan tersejat malah akan disalurkan ke sungai untuk
meneruskan peredaran air. Ini dapat menjamin bekalan air yang mencukupi bagi
kegunaan persendirian mahupun industri. Selain itu, hutan merupakan aspek
penting untuk penakungan air di empangan-empangan yang dilengkapi teknologi
canggih. Keadaan ini membolehkan kita menghasilkan kuasa elektrik hidro
sebagai suatu tenaga yang bersifat mesra alam dan akan mengurangkan
pergantungan kepada tenaga fosil seperti petrol dan arang batu yang
memusnahkan alam. Secara umumnya, kebersihan alam sekitar adalah tuntutan
semulajadi bagi manusia untuk menjamin kehidupan yang selesa.

Pemuliharaan terhadap alam sekitar adalah amat penting untuk mengelakkan


kepupusan flora dan fauna. Alam sekitar merupakan tempat tinggal bagi flora
dan fauna. Kedua-duanya memainkan peranan dalam mengekalkan alam
semulajadi dan saling berkaitan di antara satu sama lain, Flora dan fauna
merupakan biodiversiti yang tidak boleh dipisahkan. Flora merupakan tempat
perlindungan pelbagai fauna daripada angkara manusia atau sesama haiwan
sendiri. Kepupusan salah satu daripadanya akan menjejaskan kitaran alam
semulajadi. Penebangan hutan yang tidak terancang akan menyebabkan cuaca
menjadi panas dan kering. Ini akan menjejaskan pertumbuhan flora dan fauna.
Pemuliharaan terhadap alam sekitar adalah penting untuk mengelakkan
kepupusan..

Penghutanan semula yang dilakukan secara terancang dan sistematik oleh


Jabatan Perhutanan serta badan-badan bukan kerajaan dapat meningkatkan
oksigen di atmosfera kerana tumbuhan hijau berperanan sebagai perangkap dan
pengguna utama karbon dioksida dalam proses fotosintesis.. Penghutanan
semula dilakukan di kawasan hutan yang telah ditebang. Tujuan penghutanan
semula adalah untuk mengekalkan spesies pokok hutan tersebut. Di samping itu,
penghutanan semula dapat mengekalkan kualiti alam sekitar yang baik,
memulihara tanah yang subur dan sumber air yang cukup.

Persekitaran yang bersih juga dapat mengelakkan pembiakan serangga.


Persekitaran yang kotor akan meyebabkan pembiakan serangga yang dapat
mengancam nyawa manusia. Sebagai contoh nyamuk Aedes boleh
menyebabkan demam denggi yang berbahaya. Selain itu, persekitaran yang
kotor akan mendatangkan banyak lalat. Lalat yang membawa kuman akan
menghinggap makanan kita, hal ini akan menyebabkan kesihatan manusia
terjejas seperti cirit-birit dan muntah. Oleh itu, penjagaan kebersihan terhadap
alam sekitar adalah penting.

Keindahan alam sekitar juga akan


menarik pelancong untuk mengunjungi negara kita. Persekitaran yang cantik dan
bersih dapat menarik ramai pelancongan dari luar negara atau orang tempatan
untuk melancong ke negara kita. Melalui aktiviti pelancongan, kita dapat
meningkatkan pendapatan negara melalui pertukaran wang asing. Dalam jangka
panjang, pertumbuahan ekonomi juga akan meningkat. Melalui aktiviti itu.
peluang perkerjaan juga akan meningkat dan secara tidak langsung ia dapat
mengurangkan kadar pengangguran di negara kita. Dalam usaha memajukan
negara dan meningkatkan taraf hidup penduduk, penjagaan terhadap alam
sekitar merupakan tanggungjawab masyarakat.

Kesimpulannya, kita mesti sedar akan kepentingan memelihara alam semulajadi


yang masih ada pada hari ini. Usaha-usaha memupuk kesedaran masyarakat
terhadap kepentingan alam sekitar terus dilakukanoleh pelbagai pihak di negara
ini seperti kempen kebersihan, perkhemahan alam sekitar bagi belia, seminar,
bengkel, pameran, promo media dan penerbitan bahan-bahan cetak. Semuanya
adalah bagi meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan penyertaan orang ramai
bagi memelihara alam sekitar. Pemuliharaan alam sekitar adalah tanggungjawab
bersama. Setiap generasi perlu turut serta supaya pembangunan lestari
dikekalkan supaya dapat dinikmati sehingga generasi akan datang.

Keburukan dan Kesan Tidak Menjaga Alam Sekitar


Kesan Pencemaran Alam Sekitar 1

Pencemaran alam sekitar telah memberi kesan yang buruk terhadap hidupan di
dunia pada masa kini. Di antara kesan utama yang menimpa manusia akibat
daripada pencemaran alam sekitar ialah terhadap udara, suhu persekitaran dan
lain-lain. Pencemaran pada hari ini semakin berterusan dari semasa ke semasa.
Sememangnya pencemaran alam sekitar memberi kesan buruk.

Pencemaran udara memberi kesan yang


sangat buruk terhadap tumbuh-tumbuhan di dunia ini. Tumbuh-tumbuhan
mengalami kerosakan dengan tiga cara iaitu Nekrosis(Keguguran daun), Klorosis
(Pertukaran warna), dan perubahan pertumbuhan. Barli, kapas, gandum dan epal
adalah antara tumbuhan yang mudah mengalami kerosakan dengan bahan
cemar sulfur dioksida. Selain itu, tomato, kekacang, bayam dan kentang juga
mengalami kerosakan dengan adanya gas ozon di udara. Keadaan ini
menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi sebahagian
daripada penduduk di bumi juga terganggu.
Seterusnya, bahan cemar juga menyebabkan haiwan-haiwan terancam dan
terbunuh. Haiwan haiwan akan kehilangan habitat kerana bahan tercemar telah
memusnahkan tempat tinggal mereka .Maka,haiwan - haiwan terbunuh dan
spesis-spesis yang istimewa juga akan menghadapi kepupusan. Bahan-bahan
tercemar seperti sulfur dioksida yang terlepas ke udara oleh kenderaan akan
menyebabkan penghadaman makanan haiwan terjejas. Hal ini menyebabkan
haiwan-haiwan kehilangan nyawa kerana bahan bahan toksid di udara ini telah
diserap ke dalam tubuh badan haiwan tersebut. Sebagai contohnya,
gajah,harimau,kuda-kuda,singa dan sebagainya.

Pencemaran udara juga menyebabkan penyusutan lapisan ozon bumi yang


melindungi hidupan di bumi ini daripada sinaran terus matahari. Pembebasan
gas klorofluorocarbon atau CFC yang digunakan dalam alat-alat penyembur, alat

penyaman udara dan peti sejuk menipiskan lapisan ozon ini. Ini menyebabkan
lebih banyak sinaran matahari yang sampai ke bumi. Pendedahan secara terus
kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kanser kulit yang amat berbahaya
kepada manusia dan juga hidupan lain. Pancaran matahari yang terik juga
menyebabkan berlakunya pencairaan kepada ais-ais di bahagian kutub-kutub
bumi dan menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan ekosistem di dunia pada
masa kini.

Seterusnya, pencemaran udara juga


menyebabkan terbentuknya Hujan asid yang disebabkan oleh penggabungan
gas-gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida dengan air hujan. Hal ini berlaku
apabila gas-gas sulfur oksida (SO2) dan oksida-oksida nitrogen (NOx) dilepaskan
ke udara dan bertindakbalas dengan wap air yang terdapat di atmosfera dan
seterusnya menjadi asid sulfurik dan asid nitrik. Asid ini terkumpul di dalam
awan dan awan pula bergerak ke tempat- tempat lain dan membawa asid-asid
tersebut. Asid itu akan turun bersama-sama dengan hujan dan menimpa hidupan
yang terdapat di dunia.Hal ini membunuh tumbuh-tumbuhan dan juga hidupan
air.Hal ini juga boleh menghakis pakaian, kertas dan bahan binaan bangunan.
Selain itu, asid tersebut juga meresap ke dalam tanah dan menyebabkan kualiti
tanah berkurang dan menjadikannya tidak subur.

Selain itu,kesan yang paling ketara dan sedang hangat diperkatakan oleh
seluruh warga dunia pada masa kini adalah kesan pemanasan global yang
disebabkan oleh kesan rumah hijau. Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan
ozon menjadi punca kepada pemanasan global ini yang dapat dirasakan oleh
seluruh penduduk bumi. Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh pembebasan gas-

gas karbon dioksida yang terkumpul di dalam udara. Gas karbon dioksida yang
terlalu banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu
bumi meningkat , persekitaranya menjadi panas. Penyusutan lapisan ozon juga
adalah faktor utama kejadian pemanasan global ini. Pemanasan global
menyebabkan keadaan bumi menjadi panas, ekosistem terganggu, banjir berlaku
secara kerap dan juga berlakunya kejadian alam yang tidak normal.Sebagai
contohnya,kegiatan tsunami yang berlaku di Indonesia telah banyak
mengorbankan nyawa manusia dan harta benda. Kebakaran hutan yang berlaku
juga sedikit sebanyak memberi kesan kepada suhu di bumi ini dan juga
menjejaskan kualiti udara.
Pencemaran bunyi terhadap dunia pada masa kini termasuklah menggangu
persekitaran dengan keadaan bunyi yang bising sehingga tahap yang melampau.
Pencemaran bunyi akan menyebabkan keadaan persekitaran sangat bising dan
menjadikan kehidupan manusia serta kehidupan lain terganggu. Haiwan juga
berasa takut dan ingin berhijrah ke habitat baru yang lebih senyap dan nyaman.
Hal ini akan menyebabkan ketidakseimbangan ekosistem.

Pencemaran bunyi menyebabkan


kerosakan pada telinga manusia secara serta-merta dan juga secara kronik.
Sekiranya telinga menerima bunyi yang kuat iaitu lebih daripada 120 dB, selaput
tympanum di dalam telinga akan pecah serta kerosakan tulang kecil pada telinga
dan ini menyebabkan kehilangan pendengaran kekal. Pendedahan berpanjangan
kepada bunyi kuat iaitu lebih 85 dB dalam masa 8 jam sehari, ia akan
merosakkan koklia dan menyebabkan pendengran menjadi tidak berkualiti dan
kemungkinan juga akan menjadi pekak secara perlahan-lahan
Kesimpulannya, pencemaran alam sekitar memang memberi kesan buruk
kepada seluruh alam sekitar di bumi ini. Saya berharap pihak berwajib dapat
memantau supaya pencemaran ini dapat dikurangkan supaya kehidupan di bumi
ini lebih selesa.
YON SOK CHIN

205784

Kesan-kesan Pencemaran Tanah dan Air

Pencemaran tanah bermaksud perbuatan atau bencana semula jadi yang berlaku
kepada sesuatu kawasan sehingga kawasan tersebut telah bertukar warna , tidak
subur atau berlakunya hakisan. Ia boleh di bahagikan kepada dua jenis iaitu
dalam bentuk cecair atau pepejal. Kebanyakan bahan pencemar ini adalah terdiri
daripada organik atau kimia. Tahap pecemaran adalah serius apabila sesuatu
kawasan tanah telah bertukar warna , tidak subur serta tumbuh-tumbuhan
dikawasan tersebut menjadi layu. Kebanyakkan tanah yang tercemar adalah
disebabkan oleh aktiviti-aktiviti manusia itu sendiri. Sebagai contoh ialah
perlombongan, penebangan hutan yang memyebabkan aliran tanah dari darat
ke laut, pembuangan sampah-sarap, sisa toksik dan kumbahan yang tidak
terkawal,dan tumpahan minyak dan pembuangan sisa nuklear ke dalam laut.
Sampah-sarap yang dibuang di kawasan-kawasan lapang akan
menjadi tempat pembiakan kuman penyakit. Tikus, lipas, lalat dan haiwanhaiwan
perosak yang lain akan tertumpu di kawasan tersebut dan menyebarkan kumankuman ke tempat-tempat lain. Makanan yang dihinggapi lalat atau dimakan lipas
,jika dimakan oleh manusia akan menyebabkan keracunan makanan dan
seterusnya diserang penyakit yang serius. Sekiranya serius, akan membawa
kematian kepada manusia atau munculnya penyakit baru yang bahaya seperti
H1N1 dan SARS yang mudah berjangkit.

Satu lagi kesan pencemaran tanah ini adalah hakisan. Hakisan tanah adalah
salah satu fenomena yang sangat sering berlaku di seluruh dunia. Ia bukan
sahaja merugikan dari sudut kewangan dan ekonomi bahkan juga mengancam
keselamatan dan nyawa manusia, misalnya tanah runtuh dan juga gempa bumi.

Terdapat banyak negara-negara yang sedang diancam hakisan tanah. Contohnya


negara Jepun yang sering berlaku gempa bumi akibatnya ramai manusia
kehilangan harta benda.. Antara aktiviti-aktiviti manusia yang boleh
menyebabkan hakisan adalah pembersihan dan pembajakan serum bukit yang
menyebabkan tiada tumbuhan yang dapat menahan tanah daripada dialirkan
bersama-sama dengan air apabila hujan lebat. Selain itu, pembinaan rumahrumah di tengah bukit juga akan menyebabkan tanah runtuh apabila berlaku
hujan kilat. Nyawa manusia yang tinggal di tengah-tengah bukit dan di kaki bukit
akan tergugat.

Kesan daripada pencemaran tanah ini kepada dunia sangat ketara seperti
pencemaran-pencemaran lain juga. Ianya juga memberi kesan yang cukup buruk
terhadap kesihatan manusia dan hidupan-hidupan lain. Pembuangan sampahsarap, sisa toksik dan nulear akan menjadikan kawasan tanah beracun dan tidak
sesuai untuk didiami oleh manusia dan haiwan. Contoh letupan loji nuklear di
Chernobyl, Russia. Kesannya dapat dirasai sehingga ke Sweden, kerana 23 orang
telah dilaporkan mati akibat daripada kesan radioaktif nuklear tersebut. Semua
penduduk di sekitar tersebut telah dipindahkan ke tempat lain.

Pencemaran air berlaku apabila terdapat perubahan dari segi kandungan,


keadaan, warna dan kualiti sehingga tidak sesuai untuk diguna dan akan
memberi kesan kepada para pengguna apabila menggunakan air tersebut.
Pencemaran berlaku sama ada dari segi biologi, kimia, dan fizikal. Pencemaran
air bukan hanya berlaku di sungai sahaja,tetapi juga di laut,pantai, tasik kolam
dan sebagainya sama ada secara sengaja atau tidak sengaja. Punca utama yang
mengakibatkan pencemaran ini adalah daripada bahan pencemar dari kilangkilang yang berdekatan. Keadaan atau tahap pencemaran sumber air boleh
dinilai berdasarkan beberapa faktor yang mempengaruhi kualiti air tersebut iaitu
oksigen terlarut, keperluan oksigen biokimia (BOD), zat terlarut dalam air, pH,
dan suhu. Secara saintifik, pencemaran air boleh diklasifikasikan kepada
beberapa jenis iaitu pencemaran fizikal, kimia, fisiologis dan biologi. Pencemaran
fizikal ini ditentukan oleh perubahan warna, suhu dan kekeruhan sumber

air tersebut. Punca yang biasanya menyebabkan pencemaran jenis ini ialah
seperti pembuangan sampah. Manakala pencemaran kimia biasanya disebabkan
oleh zat organiktermasuk protein, karbohidrat, lemak dan bahan buangan
industri yangmengandungi garam beracun serta tumpahan minyak di laut.

Kesan-kesan daripada pencemaran air ini menimbulkan pelbagai masalah kepada


hidupan-hidupan di dunia pada masa kini termasuklah manusia sendiri. Bahanbahan yang dibuang ke dalam sungai akan menyebabkan hidupan akuatik
tersebut mati apabila memakan bahan beracun dari sumber air yang telah
tercemar ini. Manusia juga akan mendapat penyakit yang serius jika mengambil
sumber makanan hidupan air tersebut. Selain itu, manusia akan mendapat
penyakit jika terminum air yang penuh bahan-bahan cemar seperti lumpur, pasir
dan batu halus, karat besi, bahan buangan industri, logam berat, racun rumpai,
bakteria, virus, dan haloform.

Pencemaran air juga menjadi masalah yang amat serius di negara dunia ketiga
iaitu jutaan manusia mendapatkan air minuman dari kawasan yang dicemari
dengan bahan buangan manusia sendiri. Pencemaran sebegini dikatakan
menyebabkan lebih tiga juta kematian setiap tahun kerana cirit-birit,
kebanyakannya terdiri daripada kanak-kanak.

Selain itu pencemaran air juga menjadi punca kepada banjir yang berlaku di
dunia pada masa kini. Banjir-banjir yang kerap berlaku disebabkan oleh
tersumbatnya parit yang sepatutnya mengalirkan air ke laut. Disebabkan oleh
pembuangan sampah-sarap ke dalam sungai yang menyebabkan sampah sarap
menyumbatkan aliran air tersebut. Selain daripada itu air juga menjejaskan
keindahan alam. Pantai-pantai yang dipenuhi dengan sampah-sarap dan air yang
kotor menjengkelkan dan tidak indah untuk dipandang akibat daripada
pembuangan sampah-sarap ke lautan. Sesetengah kilang akan memperuntukkan
kawasan untuk pembuangan sisa-sisa kilang. Tetapi, apabila berlaku hujan lebat
atau loji pecah, sisa-sisa ini akan terkeluar dan menyebabkan dua masalah iaitu,
pertama ialah jika sisa ini mengalir di permukaan, maka ianya akan mengalir di
dalam sistem saliran terutamanya parit dan sungai. Masalah kedua pula ialah
sekiranya sisa ini mengalir ke dalam sistem bawah tanah yang akan
menyebabkan sistem air bawah tanah tercemar.
Kesimpulanya pelbagai langkah yang berkesan haruslah di ambil untuk
mengatasi masalah-masalah pencemaran daripada berleluasa. Barulah generasi
yang akan datang mempunyai persekitaran yang baik dan bebas daripada
pelbagai pencemaran.

Punca Berlakunya Pencemaran Alam Sekitar

Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 mengandungi peruntukan yang bertujuan


mencegah, menghapus, mengawal pencemaran serta memperbaiki kualiti
alam sekeliling dan dari aspek yang sering dikaitkan dengan alam sekitar
iaitu pencemaran yang membawa kepada maksud apa-apa perubahan
secara langsung dan tidak langsung terhadap sifat-sifat fizikal, haba dan
kimia termasuk kesan biologikal terhadap alam sekeliling yang meliputi
pencemaran air, udara, bunyi, tanah dan laut dan untuk masalah ini,
pelbagai punca telah dapat dikenal pasti yang menyumbang kepada
pencemaran alam sekitar.

Antara punca yang telah


dapat dikenal pasti yang membawa kepada masalah pencemaran alam
sekitar ini ialah masalah sikap individu dan organisasi yang tidak
bertanggungjawab. Hal ini jelas kerana tiada kesedaran sivik dalam diri
mereka untuk menjaga alam sekitar kerana bagi sesetengah individu,
mereka akan sewenang-wenangnya membuang sampah merata-rata tanpa
menghiraukan keadaan persekitaran dan mungkin mereka merasakan itu
adalah perkara remeh apabila mencampakkan secebis tisu atau sisa
makanan di tepi jalan. Walhal, jika direnungkan andai ada seratus orang
pengguna yang bersikap sedemikian sudah semestinya jalan raya akan
menjadi kotor dan dipenuhi dengan sampah-sarap. Manakala untuk
organisasi seperti kilang yang menjalankan operasi pengeluaran yang
melibatkan sisa toksik dalam penghasilan keluaran mereka, pada
kebiasaannya kilang itu akan mengambil langkah mudah apabila

membuang sisa toksik tersebut terus ke dalam laut dan sungai jika kilang
itu didirikan berdekatan dengan kawasan tersebut. Ini akan mengakibatkan
pencemaran air dan kilang yang melepaskan asap tanpa pemasangan alat
penapis udara akan menyebabkan terjadinya pencemaran udara. Hal ini
berikutan sikap individu dan pemilik kilang yang tidak bertanggungjawab
dan peka pada persekitaran sekeliling hasil dari pencemaran alam sekitar
yang mereka cipta sendiri.

Selain itu, antara punca lain ialah


pembangunan secara tidak sistematik. Apabila pihak kerajaan atau pihak
swasta merancang untuk membangunkan sesuatu kawasan, mereka
seharusnya memikirkan secara terperinci kesan-kesan negatif yang akan
timbul terutama yang melibatkan alam sekitar dan bukan tertumpu kepada
kebaikan dan keuntungan pembangunan semata-mata kerana akibat dari
pembangunan yang akan dijalankan boleh menyebabkan berlakunya
pencemaran air, udara, tanah dan bunyi yang akan dihasilkan. Mungkin
disebabkan penggunaan jentera yang terlalu banyak akan menghasilkan
pencemaran bunyi dan pencemaran udara jika jentera-jentera berteknologi
tinggi tersebut mengeluarkan asap yang berlebihan. Akibat daripada projekprojek pembangunan itu, ia juga boleh terjadinya pencemaran air terutama
pada waktu hujan jika tanah lapang yang telah dibersihkan untuk projek
pembangunan itu iaitu tanah merah mengalir terus ke dalam sungai atau
laut yang berdekatan . Hal ini boleh menjejaskan tahap kebersihan kualiti
air dan boleh mengancam kehidupan ekosistem dalam air yang seterusnya
membawa kepada pencemaran alam sekitar.

Di samping itu, penggunaan kenderaan bermotor seperti kereta, motosikal,


lori dan kapal terbang juga merupakan salah satu dari penyumbang
kepada berlakunya pencemaran alam sekitar seperti pencemaran udara

dan pencemaran bunyi. Hal ini kerana setiap kenderaan akan melepaskan
asap kenderaan yang mengandungi gas yang berbahaya. Hal ini jika
peningkatan taraf hidup masyarakat terus meningkat pada zaman sekarang
maka tahap pencemaran juga akan turut meningkat berikutan semakin
bertambah jumlah penggunaan bilangan pengguna jalan raya yang selesa
menggunakan kenderaan mereka sendiri untuk bergerak ke destinasi yang
ingin dituju berbanding beramai-ramai menggunakan kenderaan awam
yang semestinya dapat mengurangkan bilangan kenderaan di jalan raya.
Hal ini akan menyebabkan pencemaran udara dan seterusnya menjejaskan
sistem pernafasan dan daya penglihatan manusia serta pencemaran bunyi
yang terhasil oleh kapal terbang yang berlepas atau mendarat terutama
dikawasan perumahan yang berhampiran dengan lapangan terbang boleh
menjejaskan daya pendengaran manusia. Hal ini jelas menerangkan
bahawa penggunaan kenderaan bermotor juga menjadi salah satu punca
berlakunya pencemaran alam sekitar.

Antara punca lain


penyebab berlakunya pencemaran alam sekitar ialah pembakaran secara
terbuka. Hal ini jelas dapat dilihat berikutan pembakaran pokok-pokok tua
di kawasan ladang dan hutan untuk tujuan penanaman semula. Jika dilihat
dari satu sudut, penanaman semula sememangnya sangat baik tetapi
akibat daripada pembakaran secara terbuka yang dilakukan oleh
sesetengah pihak sebenarnya boleh menyebabkan berlakunya pencemaran
udara. Di samping turut memusnahkan kehidupan flora dan fauna
disekitarnya. Disebabkan pembakaran secara terbuka ini jugalah suhu
bumi menjadi semakin meningkat dan keadaan cuaca di bumi semakin
panas. Inilah sebenarnya akibat daripada pembakaran secara terbuka yang
dijalankan yang akhirnya membawa kepada pencemaran alam sekitar serta
sekali gus turut menjejaskan kehidupan dan kesihatan manusia.

Tambahan pula, kurangnya peranan yang dimainkan oleh pihak


kerajaan juga menjadi salah satu punca terus berlakunya pencemaran
alam sekitar pada masa ini. Pihak kerajaan seharusnya membuka mata
dan lebih peka terhadap pembangunan yang dijalankan oleh semua pihak

dengan mengambil kira masalah pencemaran yang bakal terjadi dari


setiap projek pembangunan tersebut dan bukan hanya melihat kepada
peningkatan taraf hidup masyarakat sahaja. Perkara ini sangat penting
untuk membantu mengurangkan pencemaran udara, air, tanah dan bunyi,
hasil daripada pembangunan pesat yang giat dijalankan dan tingkah laku
sesetengah organisasi dan masyarakat yang kurang kesedaran sivik. Oleh
disebabkan kerajaan kurang memainkan peranan dalam menilai aspekaspek inilah yang menyebabkan masalah pencemaran berada ditahap yang
semakin membimbangkan pada masa kini.

Kesimpulannya, punca-punca pencemaran yang telah dikenal pasti


ini harus diambil langkah serius oleh semua pihak dan organisasi untuk
mengurangkan masalah pencemaran alam sekitar baik daripada pencemaran
air, udara, tanah dan bunyi. Ia penting demi memastikan kehidupan
dibumi ini terjamin dan terhindar dari masalah pencemaran yang
semestinya membahayakan dan mengancam kesihatan serta kehidupan
flora dan fauna untuk generasi akan datang yang lebih baik dan sihat
serta bebas dari pencemaran alam sekitar.
Langkah-langkah untuk Menjaga Alam Sekitar
Alam sekitar adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan manusia, tidak
mengira bangsa, agama dan negara. Alam sekitar ini termasuklah kawasankawasan tumbuhan hijau, udara dan air seperti sungai dan laut. Alam sekitar
masa kini semakin tercemar kerana terdapat pihak-pihak yang tidak
bertanggungjawab telah melakukan pencemaran seperti pembuangan sampah di
sungai-sungai, penggunaan baja-baja kimia dan pelbagai lagi. Alam sekitar
seharusnya dijaga kerana alam sekitar bukan hanya digunakan pada masa
sekarang tetapi akan digunakan sehingga beratus-ratus tahun lagi. Oleh iu,
untuk mengembalikan kesegaran alam sekitar beberapa langkah menjaga alam
sekitar perlulah diambil.

Langkah-langkah yang boleh diambil


adalah melalui pendedahan media massa. Media massa ini termasuklah
televisyen, radio, telefon bimbit, komputer dan surat khabar. Pada hari ini, media
massa memainkan peranan penting dalam membentuk cara pemikiran semua
pengguna. Media massa kini perlulah lebih banyak memberi maklumat tentang
isu-isu pencemaran alam sekitar, terutamanya dalam siaran-siaran di televisyen.
Hal ini kerana televisyen adalah satu media elektronik yang hampir dimiliki oleh
setiap keluarga atau individu di setiap pelusuk dunia. Hal ini sedemikian kerana
setiap manusia atau individu perlu mengetahui tentang keadaan alam sekitar
yang semakin tercemar dan perkara yang sepatutnya dilakukan oleh mereka
untuk menjaga alam sekitar. Surat khabar dan majalah pula adalah media yang
banyak mendedahkan tentang isu pencemaran alam sekitar. Pihak-pihak
berwajib sepatutnya perlu mendedahkan isu-isu pencemaran ini dengan lebih
luas di jaringan-jaringan internet kerana masyarakat kini lebih banyak
menggunakan media tersebut berbanding media-media lain.

Selain itu, langkah untuk menjaga alam sekitar ialah melalui kempen alam
sekitar. Antara kempen-kempen yang boleh dilakukan ialah kempen cintailah
sungai kita, kempen kitar semula, sahabat alam dan sebagainya.Dalam kempenkempen ini masyarakat akan didedahkan tentang pentingnya menjaga alam
sekitar dan cara-cara menjaga alam sekitar seperti menguruskan sisa
pembuangan supaya kurang memberi pencemaran kepada alam sekitar. Kempen
kitar semula pula dapat menggalakkan pengguna supaya mengitar semula
bahan-bahan yang boleh dikitar semula. Dengan itu, masyarakat akan dapat
berjimat-cermat dan dapat megurangkan pencemaran alam sekitar. Dalam
kempen alam sekitar ini juga, aktiviti-aktiviti seperti penanaman pokok-pokok
bunga dan membersihkan kawasan-kawasan yang kotor boleh dijalankan.
Penanaman pokok bunga bukan sahaja dapat mencantikkan alam sekitar tetapi
dapat mengembalikan semula kehijauan sesuatu tempat serta dapat
membuktikan betapa pentingnya hidupan hijau di bumi ini.

Langkah ketiga bagi mengatasi pencemaran alam


sekitar pula ialah melalui organisasi-organisasi seperti sekolah, balai rakyat,
kelab remaja dan juga syarikat-syarikat tertentu. Pendidikan alam sekitar mula
diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah dalam pelajaran Alam dan
Manusia. Pada peringkat menengah khususnya dalam pelajaran sains seperti
Biologi dan di peringkat pengajian tinggi melalui kursus Sains Alam Sekitar dan
Biologi Persekitaran. Guru-guru sekolah haruslah bersikap prihatin terhadap alam
sekitar dan bersifat cintakan alam sekitar. Hal ini penting supaya setiap guru
dapat menanamkan perasaan cinta alam sekitar kepada pelajar-pelajar melalui
pendidikan moral di sekolah. Pertandingan kelas terbersih di antara kelas juga
perlu dijalankan agar perasaan tanggungjawab terhadap alam sekitar dalam diri
pelajar dapat disemai. Di peringkat tinggi, pelajar didedahkan dengan proses
kitaran alam sekitar dan cara alam sekitar berinteraksi dan hubungannya
dengan hidupan lain di bumi ini. Dengan itu, sikap sayangkan alam sekitar akan
dapat dipupuk dalam diri pelajar
.

Langkah seterusnya ialah melalui penggunaan teknologi moden. Penggunaan


teknologi moden untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar adalah amat
penting. Penggunaan teknologi moden dapat mengawal dan mengurangkan
pencemaran dengan lebih cepat dan efektif. Dengan adanya teknologi moden,
tumpahan minyak di lautan adalah lebih mudah dibersihkan tanpa meninggalkan
sisa tumpahan minyak. Selain itu, dengan menggunakan teknologi moden kita
dapat menjalankan aktiviti kitar semula bahan-bahan buangan dan sisa-sisa
pepejal seperti surat khabar, majalah lama, kain dan bahan-bahan plastik. Hal ini
sudah tentu akan dapat mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh
pengurusan sisa pepejal yang tidak sempurna. Penggunaan teknologi moden
seperti penapis udara yang dipasang pada ekzos kenderaan dan cerobong asap
kilang-kilang perindustrian telah dapat mengurangkan kadar gas karbon
monoksida yang dilepaskan. Hal ini akan dapat mengurangkan kadar
pencemaran udara di sekeliling.

Kesimpulannya, pencemaran alam sekitar semakin hari semakin meningkat


mengikut pertambahan bilangan pengguna. Saya berharap setiap individu dapat
mengambil pengajaran tentang betapa pentingnya menjaga alam sekitar agar
alam sekitar yang semakin tercemar ini dapat dipulihkan semula dan dapat
dijaga dengan lebih baik pada masa hadapan. Pihak kerajaan dan badan-badan

bukan kerajaan yang berkaitan haruslah memainkan peranan penting dalam


memulihkan dan memelihara alam sekitar. Sebagai golongan yang berkuasa
mereka pasti dapat menjaga dan mengawal alam sekitar daripada terus
tercemar.

Karangan Tentang Pencemaran Alam Sekitar


Pencemaran alam sekitar boleh didefinisikan sebagai sesuatu perkara yang
mengotorkan alam sekitar sehingga boleh menjejaskan ekosistem di muka bumi
ini. Dewasa ini,era permodenan menderaskan lagi pembangunan negara.
Pelbagai projek sosio ekonomi dijalankan begitu pesat untuk meningkatkan taraf
pembangunan negara, namun kita alpa tentang kesan terhadap alam sekitar
yang boleh membahayakan diri manusia.Pencemaran alam sekitar telah menjadi
satu kemelut yang tidak dapat dielakkan oleh negara kita sehingga mencalarkan
nama negara. Negara kita sebenarnya telah terhimpit antara meningkatkan
pembangunan negara setaraf negara maju dengan kebajikan terhadap alam
sekitar yang perlu di pelihara untuk masyarakat. Bak kata pepatahdi telan mati
emak di luah mati bapa. "Kita tidak mewarisi alam sekitar daripada nenek
moyang kita, sebaliknya kita meminjamnya daripada generasi akan datang. Oleh
itu, jagalah alam sekitar supaya anak dan cucu kita dapat menikmatinya." Katakata Mahatma Gandhi ini sudah cukup membuktikan bahawa alam sekitar
merupakan harta paling berharga yang perlu dijaga kepentingannya. Mendepani
arus globalisasi, setiap kita pasti mahukan kondisi alam sekitar yang terbaik dan
indah mahupun aset pembangunan melampaui kesedaran kita terhadap
kepentingan alam sekitar. Isu-isu tentang alam sekitar kerap dipaparkan dalam
surat khabar dan televisyen. Terdapat beberapa jenis pencemaran alam sekitar
yang sering berlaku di negara kita antaranya ialah pencemaran air, udara, dan
pencemaran udara. Pada pendapat saya, isu pencemaran alam sekitar tidak
boleh dipandang ringan oleh masyarakat.
Antara punca utama yang boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar berada
di tahap yang kritikal adalah disebabkan tangan manusia sendiri. Pada
kebiasaannya manusia sering kali melakukan pencemaran alam sekitar dalam
keadaan sedar ataupun tidak seperti udara, air, tanah, bunyi dan radiasi. Kesan
terhadap pencemaran alam sekitar sudah pun disebarkan melalui media massa
namun manusia durjana yang tidak mencintai alam memandang enteng
terhadap permasalahan pencemaran alam sekitar. Sifat materialistik yang ada
dalam masyarakat pada hari ini juga sukar untuk kita mengurangi masalah
pencemaran di atas muka bumi ini. Terdapat juga individu yang mengambil
mudah tentang aspek kebersihan lalu membuang sampah ke dalam sungai.
Individu yang membuang sampah ke dalam sungai ini akan menyebabkan sungai
dipenuhi dengan sampah sarap lalu sungai menjadi kotor. Selain itu, perbuatan
membuang puntung rokok ke dalam semak pula akan menyebabkan kebakaran
yang boleh mencemarkan udara. Minda manusia berjiwa rakus seperti golongan
pemaju perumahan masih dangkal kerana asyik memikirkan keuntungan. Jadi,
kealpaan ini menyebabkan pencemaran alam sekitar. Hal ini kerana, semakin

banyak pokok-pokok ditebang bagi memberikan medan kepada kemajuan sektor


pembangunan. Pencemaran udara berlaku apabila gas karbon dioksida yang
dibebaskan oleh manusia tidak dapat diserap oleh sang flora dek kerana
populasinya kian merudum. Proses perumahan di kawasan lereng bukit juga
harus dihentikan kerana menyoroti peristiwa lampau, tragedi tanah runtuh di
Bukit Antarabangsa pada 2009 menjadi indikator yang jelas bahawa hal ini tidak
harus dimanifestasikan.
Punca seterusnya berlakunya pencemaran alam sekitar ini adalah kerana sikap
pekerja di sektor pertanian dan industri juga boleh menyebabkan pencemaran
alam sekitar. Terdapat segelintir pekerja di sektor pertanian yang membuang sisa
racun rumpai ke dalam sungai dan perbuatan ini boleh menyebabkan air sungai
tercemar. Selain itu, terdapat juga pekerja di sektor pertanian yang membakar
hutan bagi membersihkan tanah untuk bercucuk tanam. Hutan yang terbakar ini
akan mengeluarkan asap yang tebal lalu berlakulah jerebu yang boleh
menjejaskan kesihatan manusia. Asap-asap kilang dan kenderaan juga boleh
diwartakan sebagai punca-punca pencemaran udara. Ini disebabkan oleh asapasap hitam yang keluar dari kilang dan kenderaan boleh mengakibatkan asapasap tersebut terperangkap di ruang udara. Selain itu, terdapat juga gas-gas
yang beracun seperti gas monoksida yang boleh membunuh sekiranya
terkumpul dalam kawasan tertutup. Sejenis lagi bahan yang boleh dihasilkan
oleh kenderaan bermotor ialah plumbum iaitu sejenis bahan kimia yang sangat
berbahaya sehingga boleh menyebabkan kerosakan otak terutama kanak-kanak.
Selain itu, manusia juga turut menerima udara yang tidak segar untuk menarik
nafas. Ini menimbulkan ketidakselesaan oleh setiap masyarakat dalam
kehidupan seharian. Dengan ini jelaslah bahawa pencemaran udara yang
dilakukan oleh segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab amat
memberi kesan terhadap seluruh masyarakat.
Kesan pencemaran alam sekitar yang paling ketara dan sedang hangat
diperkatakan oleh seluruh warga dunia pada masa kini adalah kesan pemanasan
global yang disebabkan oleh kesan rumah hijau. Kenaikan suhu bumi dan
penipisan lapisan ozon menjadi punca kepada pemanasan global ini yang dapat
dirasakan oleh seluruh penduduk bumi. Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh
pembebasan gas-gas karbon dioksida yang terkumpul di dalam udara. Gas
karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap
dan akhirnya suhu bumi meningkat , persekitaranya menjadi panas. Penyusutan
lapisan ozon juga adalah faktor utama kejadian pemanasan global ini.
Pemanasan global menyebabkan keadaan bumi menjadi panas, ekosistem
terganggu, banjir berlaku secara kerap dan juga berlakunya kejadian alam yang
tidak normal. penyusutan lapisan ozon bumi yang melindungi hidupan di bumi ini
daripada sinaran terus matahari. Pembebasan gas klorofluorocarbon atau CFC
yang digunakan dalam alat-alat penyembur, alat penyaman udara dan peti sejuk
menipiskan lapisan ozon ini. Ini menyebabkan lebih banyak sinaran matahari
yang sampai ke bumi. Pendedahan secara terus kepada cahaya matahari boleh
menyebabkan kanser kulit yang amat berbahaya kepada manusia dan juga
hidupan lain. Pancaran matahari yang terik juga menyebabkan berlakunya

pencairaan kepada ais-ais di bahagian kutub-kutub bumi dan menyebabkan


berlakunya ketidakseimbangan ekosistem di dunia pada masa kini. Sebagai
contohnya,kegiatan tsunami yang berlaku di Indonesia telah banyak
mengorbankan nyawa manusia dan harta benda. Kebakaran hutan yang berlaku
juga sedikit sebanyak memberi kesan kepada suhu di bumi ini dan juga
menjejaskan kualiti udara.
Kesan seterusnya berlakunya pencemaran alam sekitar ini menyebabkan
terbentuknya Hujan asid yang disebabkan oleh penggabungan gas-gas sulfur
dioksida dan nitrogen oksida dengan air hujan. Hal ini berlaku apabila gas-gas
sulfur oksida (SO2) dan oksida-oksida nitrogen (NOx) dilepaskan ke udara dan
bertindakbalas dengan wap air yang terdapat di atmosfera dan seterusnya
menjadi asid sulfurik dan asid nitrik. Asid ini terkumpul di dalam awan dan awan
pula bergerak ke tempat- tempat lain dan membawa asid-asid tersebut. Asid itu
akan turun bersama-sama dengan hujan dan menimpa hidupan yang terdapat di
dunia.Hal ini membunuh tumbuh-tumbuhan dan juga hidupan air. Hal ini juga
boleh menghakis pakaian, kertas dan bahan binaan bangunan. Selain itu, asid
tersebut juga meresap ke dalam tanah dan menyebabkan kualiti tanah
berkurang dan menjadikannya tidak subur. Hujan asid juga disebabkan air hujan
yang turun akan bergabung dengan karbon dioksida dan gas-gas berasid yang
terdapat di atmosfera. Bagaimanapun, disebabkan pada masa kini, penggunaan
tenaga elektrik dan kereta telah menyebabkan bahan api fossil di bakar dalam
jumlah yang banyak. Pembakaran bahan api fossil seperti minyak dan arang batu
oleh logi tenaga dan dari ekzos kenderaan membebaskan berjuta-juta ton sulfur
dioksida dan nitrogen oksida ke udara. Bahan pencemar ini disebarkan oleh
angin dan akan bergabung dengan titisan air yang turun sebagai air hujan lalu
membentuk asid sulfurik dan asid nitrik. Hujan asid yang turun ke bumi akan
terkumpul menjadi pemendapan berasid. Ini berlaku apabila asid terkumpul dan
menjadi semakin pekat. Asid yang terlalu pekat boleh menyebabkan tumbuhtumbuhan dan hidupan di dalam tasik mati, bangunan dan batu menjadi lemah
dan rapuh, warna bangunan, kereta dan lain-lain menjadi pudar, mudah rosak,
dan cepat berkarat. Selain itu, hujan asid juga merosakkan kesihatan manusia
terutama mereka yang masih muda, golongan tua, dan mereka yang berpenyakit
seperti mengidap asma.
Salah satu langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah pencemaran
alam sekitar ialah mengurangkan penggunaan bahan kimia. Hal ini demikian
kerana bahan kimia akan mendatangkan pencemaran kepada alam sekitar selain
akan mendatangkan impak dalam jangka masa yang panjang kepada alam
sekitar. Apa yang dimaksudkan ialah penggunaan racun serangga dan pendingin
hawa merupakan salah satu kesan yang paling ketara dan serius. Akibat
daripada penggunaan racun serangga dan pendingin hawa,berlakunya penipisan
lapisan ozon dan air bawah tanah oleh kluoroflurokarbon (CFC) yang amat
berbahaya kepada masyarakat di jagat raya. Kesannya, masyarakat mudah
dihidapi penyakit-penyakit yang berbahaya seperti katarak mata, barah kulit dan
sebagainya. Hal ini turut memberi impak kepada ekonomi negara kerana
terpaksa mengeluarkan dana yang amat besar bagi menampung kos

perbelanjaan hospital. Oleh itu, penggunaan bahan kimia ini perlu dikawal oleh
kerajaan dan pihak swasta supaya kita dapat menjaga alam sekitar yang
dianugerahi oleh Tuhan. Tegasnya,langkah menangani masalah pencemaran
alam sekitar adalah dengan mengurangkan penggunaan bahan kimia.
Langkah seterusnya adalah kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang
berkaitan aspek penjagaan kebersihan persekitaran. Hal ini amat signifikan
sebagai langkah menjaga alam sekitar kita. Jika kita lihat pada hari ini,
berapakah kilang yang telah dibina oleh kerajaan yang mematuhi piawaian
kebersihan yang telah ditetapkan? Hanya segelintir sahaja kilang yang mematuhi
piawaian kebersihan. Dalam kebanyakan kes, pelepasan asap kilang dan
pembuangan sisa toksik ke dalam sungai mahupun ke dalam laut secara terbuka
terus berlaku tanpa kawalan. Sikap pengilang ini bagai enau di dalam belukar,
melepaskan pucuk masing-masing kerana menyebabkan berlakunya
pencemaran air. Hal ini turut menyebabkan kepupusan hidupan akuatik kerana
sisa toksik daripada kilang-kilang mengurangkan peratusan oksigen di dalam air.
Implikasi daripada tindakan ini, undang-undang harus diperketat lagi oleh pihak
berkuasa supaya dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar. Jika hal ini
tidak dibendung, masyarakat akan mengalami masalah kekurangan air bersih
dan sumber protein. Bukan itu sahaja, majoriti masyarakat akan mendapat
penyakit yang dikenali sebagai kwashiorkor akibat kekurangan protein. Bahanbahan buangan boleh diproses semula untuk digunakan sekali lagi dan kita boleh
mengklasifikasikan bahan-bahan yang tidak diperlukan ke dalam tong-tong kitar
semula yang telah disediakan. Sebagai contoh, bahan buangan boleh diproses
menjadi baja nutrien bagi menghindarkan pembaziran dan surat khabar boleh
juga dijadikan tisu. Keadaan ini dikatakan sambil menyelam minum air. Melalui
cara ini, sumber-sumber alam seperti pokok yang digunakan bagi mendapatkan
bahan mentah untuk memenuhi keperluan asas manusia dapat dikurangkan.
Selain itu, negara juga dapat menjimatkan kos bagi mendapatkan keperluankeperluan manusia sekali gus dapat memelihara kebersihan alam sekitar.
Tegasnya, program kitar semula ialah salah satu cara untuk mengatasi
pencemaran alam sekitar.
Kesimpulannya, kerajaan telah melaksanakan pelbagai usaha untuk mengatasi
pencemaran terhadap alam sekitar seperti penguatkuasaan undang-undang,
kempen-kempen kesedaran, pameran yang berkaitan dengan alam sekitar dan
sebagainya. Namun, usaha-usaha kerajaan itu ibarat mencurah air kedaun keladi
tanpa disokong oleh pihak-pihak (NGO) dan masyarakat di negara ini.

Anda mungkin juga menyukai