Anda di halaman 1dari 14

AKTIVITI PEMBINAAN PERKHEMAHAN

Pembinaan perkhemahan adalah satu aktiviti yang harus dibuat pertama sekali
untuk semua perkhemahan. Ia adalah untuk bermalam bagi semua guru pelatih.
Selepas para guru pelatih berbaris dan lapor diri, kem komanden kami, En.Mohd
Zahir melantik penghulu dan penghuluwati untuk hari itu. Kemudian kami semua
membuat persiapan peralatan untuk kegunaan kami bagi empat hari kem tersebut.
Kami menyediakan peralatan seperti barang dapur, peralatan khemah, peralatan untuk
LDK (Latihan Dalam Kumpulan) dan sebagainya.
Selepas 30 minit, kami berkumpul lagi untuk memasang khemah. En.Omar
mengajar kami cara memasang khemah bentuk A. Khemah ini harus dipasang arah
angin kerana baru khemah itu akan mendiri dengan kukuh. Untuk memasang khemah
ini kerjasama antara ahli kumpulan adalah sangat penting. Hal ini kerana semua ahli
harus memainkan peranan mereka untuk memasang khemah itu dengan sempurna.
Selepas kami semua tahu cara memasang khemah, kami mengambil tugasan
untuk memasang 5 buah khemah untuk guru pelatih perempuan dan 1 buah khemah
untuk guru pelatih lelaki. Kami diarahakan untuk menginap 12 orang dalam sebuah
khemah.
Dalam masa 30 minit, kami berjaya memasang kesemua khemah tersebut. Kami
memang berasa seronok untuk memasang khemah kerana kami dapat peluang untuk
memasang khemah sendiri sambil berbual- bual. Kerjasama antara ahli kumpulan kami
adalah elemen yang utama yang membantu kami untuk memasangnya dengan berjaya
seperti bak kata pepatahberat sama dipikul ringan sama dijinjing.

AKTIVITI KAYAK dan KEYAKINAN AIR (water confident)

Aktiviti kayak dan keyakinan diri merupakan aktiviti yang kami membuat pada
hari ketiga. Kelas kami, TESL dan kelas PSV telah turut beserta dalam aktiviti tersebut.
Selepas mengambil sarapan pagi, kami bersiap sedia untuk berundur ke DOmland,
Sungai Petani. Di situ kami memakai Buoyancy Aid masing- masing dan mula berjalan
menuju ke Teluk Bayu.
Selepas sampai di situ, kami diberi taklimat oleh pensyarah- pensyarah yang
mengikuti kami. En.Ros Daud merupakan pensyarah yang bertanggungjawab untuk
aktiviti tersebut. Beliau memberitahu apa itu ada pada kayak dan cara berkayak.
Selepas itu, kami bersiap sedia dengan memakai tanah liat pada muka, kaki dan
tangan kami untuk menurun ke dalam air bagi aktiviti keyakinan air. Disebabkan ini
merupakan kali pertama saya membuat aktiviti ini saya berasa amat gementar dan saya
memegang tangan kawan saya dengan begitu erat. Saya berasa amat takut dan mula
berkhayal saya boleh tenggelam dalam air. Tetapi sebenarnya ia tidak akan berlaku
kerana kami sedang memakai Buoyancy Aid. Pensyarah- pensyarah kami banyak
membantu kami dengan membuat kami ketawa dan mengambil foto bagi mengelakkan
ketakutan dalam diri kami.
Selepas 30 minit, aktiviti keyakinan air telah pun selesai. Masa itulah saya
berasa lega. Sebenarnya, semua boleh membuat aktiviti ini tetapi individu itu harus
mempunyai keyakinan diri yang sepenuhnya. Dan aktiviti ini pun adalah bermatlamat
untuk melatih para guru pelatih untuk mempunyai keyakinan diri dan tidak mudah
berputus-asa apabila menghadapi sesuatu cabaran.
Kemudian, kami memilih pasangan kami sendiri untuk aktiviti berkayak.
Pasangan saya merupakan rakan sekelas dan kawan karib saya iaitu Nirantra
Tharmalingam. Kami mengambil sebuah kayak dan dua pedal untuk mula berkayak.
Oleh kerana kami mempunyai pengalaman pernah berkayak sebelum ini, kami tidak
mengalami sebarang masalah. Tetapi, hari itu kami diarahkan untuk berkayak sehingga

jarak yang jauh. Walaupun, tangan kami berasa sangat sakit dan letih tetapi kami
berasa amat terharu untuk berada dalam air.
Dalam aktiviti ini semua harus mempunyai kerjasama antara pasangan mereka
untuk mengawal kayak mereka daripada menuju kea rah yang salah. Dalam perkara ini,
pasangan saya memang memberi komitmen yang baik. Kami berjaya sampai ke tempat
berkumpul tepat pada masa.

AKTIVITI ICE BREAKING

Aktiviti Ice Breaking adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada para
peserta yang mengambil bahagian dalam Kem BIG untuk mengenali satu sama lain
lebih dekat. Aktiviti ini dijalankan pada hari pertama waktu malam. Ia dikendalikan oleh
En.Omar dan En.Ros Daud.
Kami semua terdiri daripada 4 kelas yang berbeza dan tidak mendapat peluang
untuk berbual dan mengenali satu sama lain lebih mendalam. Terdapat juga
sekumpulan yang tidak mengetahui nama kawan- kawan mereka yang datang daripada
kaum yang lain.
Jadi, aktiviti ini membuka tirai bagi semua orang untuk mengetahui beberapa
maklumat kendiri seperti nama, opsyen, tempat asal, tarikh lahir, kegemaran mereka
dan lain- lain lagi.
Terdapat juga beberapa orang yang berasa malu untuk berinteraksi dengan
kawan yang kaum lain. Tetapi dengan aktiviti ini mereka berasa begitu terharu dan
suasana menjadi begitu riuh- rendah apabila aktiviti memperkenalkan diri berlangsung.
Aktiviti yang dikendalikan oleh kedua- dua pensyarah tersebut begitu seronok.
Contohnya, memberi satu minit dan mengarahkan semua orang untuk berbaris
mengikut tarikh lahir mereka. Dengan cara ini, semua orang mula menanya tarikh lahir
setiap orang dan secara tidak langsung mereka mula mengetahui tentang mereka.

LATIHAN DALAM KUMPULAN (LDK)

Latihan dalam kumpulan merupakan satu aktiviti yang dibuat untuk melahirkan
semangat berkumpulan. Aktiviti ini diadakan pada kesemua 4 hari perkhemahan pada
waktu malam.
Pada hari pertama kami telah dibahagikan kepada 6 kumpulan. Setiap kumpulan
terdiri daripada kaum Cina, India dan Melayu dari kelas yang berbeza.
Aktiviti pertama yang dijalankan merupakan membentuk suara binatang yang
berlainan begi setiap kumpulan. Aktiviti ini memang lucu kerana semua datang daripada
suara yang lucu dan berbeza. Ada kumpulan yang membuat suara lembu, serigala, itik,
kambing, dan sebagainya. Apabila En.Ros Daud tunjuk jari kea rah satu kumpulan
mereka harus memberi suara mereka sendiri. Begitu juga kepada kumpulan yang lain.
Cara ini bertukar- tukar kepada semua kumpulan secara berselang- seli. Apabila kita
mendengar suara tersebut ia menjadi seperti satu lagu yang tiada lirik tetapi
mempunyai hanya suara binatang. Ia memang lucu.
Kemudian, kami

dirahkan untuk membuat Orkestra kumpulan kami sendiri.

Orkestra itu harus mempunyai tepukan tangan, kaki, paha, memetik jari, sorakan dan
sebagainya. Semua kumpulan begitu bersemangat untuk mangambil bahagian dalam
aktiviti ini dan akhirnya mereka berjaya membuat Orkestra mereka. Ia memang lain
daripada yang lain kerana semua orang mempunyai kreatif yang berlainan.
Aktiviti ini adalah bermatlamat untuk melahirkan semagat berpasukan. Dan
aktiviti ini juga menjadi satu contoh yang baik untuk para guru pelatih mendapat idea
untuk membuat aktiviti bagi bakal pelajar mereka pada masa yang akan datang.

AKTIVITI MALAM KEBUDAYAAN

Malam kebudayaan telah berlangsung pada hari yang ketiga. Ini merupakan
aktiviti yang akhir yang diadakan untuk kami. Dalam aktiviti ini kami diarahkan untuk
membuat satu persembahan bagi setiap kumpulan. Kami diberi kelonggaran untuk
membuat persembahan dengan keinginan kami sendiri tetapi persembahan itu harus
bertema Pendidikan. Masa yang diberi untuk membuat persiapan bagi persembahan
tersebut memang cukup.
Kami duduk dalam kumpulan dan berbincang tentang persembahan yang kita
hendak membuat. Dalam 6 kumpulan tersebut, 5 kumpulan membuat persembahan
drama dengan tajuk yang berlainan dan hanya 1 kumpulan yang membuat
persembahan nyanyian.
Kumpulan kami juga membuat drama yang bertajuk Gurulah Ratu Hatiku.
Kumpulan yang menarik perhatian semua orang merupakan kumpulan 2 yang membuat
persembahan drama. Idea mereka memang kreatif dan bagus. Nilai yang dapat
daripada kumpulan tersebut adalah guru harus menjadi pencorak kehidupan para
pelajarnya.
Pada hari malam kebudayaan itu semua guru pelatih menunjuk bakat mereka
yang terperinci dalam diri mereka. Kami memang berasa gembira dan para pensyarah
juga menghayati persembahan kami dengan begitu terharu.

SLOT MORAL

Slot moral merupakan aktiviti yang pertama untuk setiap hari pada waktu pagi.
Selepas kami mengurus diri kami akan berkumpul bagi slot moral ini. Slot ini
dikendalikan oleh En.Yoh dan En. Kuppusamy.
En.Yoh menyampaikan beberapa maklumat penting untuk pengetahuan para
guru pelatih. Beliau juga membincang tentang isu- isu semasa dengan mereka.
Maklumat yang beliau sampai memang memberi banyak manfaat untuk kami untuk
menjadikan mereka sebagai satu contoh pada masa akan datang.
En. Kuppusamy mengajar cara membuat senaman pagi. Aktiviti yang dibuat oleh
beliau merupakan Yoga. Dalam aktiviti tersebut kami belajar cara mengamalkan
kehidupan yang sihat. Beliau menunjuk beberapa cara untuk mengekalkan badan kita
kurus dan berkhasiat.
Para guru pelatih seronok membuat Yoga kerana ia boleh membantu untuk
menyenangkan fikiran kita.

AKTIVITI KEMBARA dan ORIENTEERING

Aktiviti kembara dan Orienteering merupakan aktiviti yang diadakan di dalam


hutan pada hari kedua. Aktiviti ini dikendalikan oleh En.Khairul Albar dan beberapa
pensyarah yang lain di DOmland, Sungai Petani.
Tujuan aktiviti ini adalah untuk menanam semangat bekerjasama dalam ahli
kumpulan, belajar cara menggunakan kompas dan cara menyara diri dalam hutan.
Selepas kami sampai di tempat tersebut, kami berkumpul dan menyiap barangan
keperluan untuk memasak di dalam hutan nanti.
Selepas itu, kami mula perjalanan kami ke hutan. Kami melalui hutan kelapa
sawit dan berkumpul di check point pertama untuk aktiviti Orienteering. En.Khairul
Albar member sedikit taklimat tentang cara menggunakan kompas untuk memcari
bearing yang tertentu.
Kemudian, kami membuat satu aktiviti seperti treasure hunt sambil mencari
bearing. Selepas 30 minit, semua kumpulan dapat mencari semua bearing yang diberi
kepada mereka. Selepas itu, kami dibahagikan kepada 3 kumpulan lagi untuk mencari
bearing dengan menggunakan klu yang diberi. Tujuan aktiviti ini adalah selepas melalui
beberapa klu para pelajar harus sampai ke destinasi yang ditetapkan.
Perjalanan yang kami melalui mempunyai banyak pokok buluh, dan pokok duri.
Ini adalah disebabkan untuk melatih kami cara menyara diri semasa berada dalam
hutan. Selepas satu jam kemudian, kami berjaya sampai ke destinasi yang ditetapkan
dan di situ para pensyarah menunggu untuk kami.
Selepas itu, kami diarahkan untuk meneruskan perjalanan lagi dan beberapa
minit kemudian kami sampai ke destinasi yang kami hendak membuat aktiviti memasak.
Di situ kami mula memasak dengan ahli kumpulan masing- masing. Kumpulan saya
berjaya memasak kari ayam, sambal sardin, telur goreng, sayur kobis dan menanak
nasi.

Kemudian, kami memulakan perjalanan kami balik ke DOmland. Walaupun kami


berasa amat letih pada hari itu tetapi kami berasa sangat seronok kerana dapat
memasak dan makan bersama ahli kumpulan kami.

REFLEKSI

Apa guna berkain batik,


Kalau tidak memakai capal,
Apalah guna menjadi guru,
Kalau tak pandai melahirkan insan.

Guru merupakan satu kerjaya yang mulia dan dipandang tinggi. Ini kerana
kerjaya guru yang menyampaikan ilmu juga merupakan satu ibadat, dan membimbing
anak-anak murid agar menjadi insan yang berguna kelak. Guru-guru juga memainkan
peranan penting dalam proses melahirkan generasi akan datang yang cemerlang dan
dalam memimpin negara pada masa akan datang.
Program Bina Insan Guru merupakan satu program yang memberi banyak
impak, pengetahuan dan pengalaman yang berguna kepada semua guru pelatih.
Segala input yang diperoleh daripada program ini amat berguna bagi menambah ilmu
pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada untuk diaplikasikan kepada pelajar
sebagai model bina insan yang bermakna pada masa akan datang.
Bina Insan Guru (BIG) adalah satu program wajib yang perlu diikuti oleh setiap
guru pelatih sebagai seorang penuntut di Institut Pendidikan Guru Malaysia semasa
belajar di institut mereka masing- masing. Program ini bertujuan membina jati diri
pelajar yang mantap dari segi jasmani, sahsiah, intelek, sosial dan emosi. Ia juga
menjadi satu pentas yang boleh memberi sedikit pendedahan kepada pelajar- pelajar
tentang situasi- situasi yang bakal mereka mengahadapi pada masa yang akan datang.
Ini merupakan Progaram BIG kami yang pertama. Program BIG Siri 4 Fasa 1 ini
berlangsung di tapak Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun. Dalam
perkhemahan 4 hari 3 malam ini saya mendapat banyak manfaat. Antara kekuatan
yang saya dapat daripada perkhemahan ini adalah saya belajar cara menjadi pemimpin
yang terbaik. Program BIG ini juga telah menginsafkan dan mengingatkan para guru

pelatih tentang erti sebuah kehidupan yang serba kekurangan. Semua peserta tidur
dalam khemah walaupun ianya tidak selesa dan dalam keadaan cuaca sejuk dan hujan.
Peserta juga berjaya menyalakan api dan menanak nasi dengan menggunakan kayu
api serta menggunakan air sungai. Semuanya dapat dihadapi dengan jayanya.
Seterusnya, saya belajar cara pengurusan masa dengan baik. Masa itu Emas
merupakan pepatah yang sering kita sering mendengar tetapi sering menggagal untuk
mengamalkannya. Waktu saya berada di perkhemahan itu kami diarahkan untuk berada
di tempat berkumpul pada masa yang ditetapkan dan jika kami gagal untuk sampai di
situ kami akan didenda. Dengan cara ini saya belajar bagaimana saya harus mengurus
masa. Dan selepas saya menjadi seorang guru saya akan menepati masa untuk
menghadiri kelas dan mesyuarat- mesyuarat di sekolah nanti.
Di samping itu, saya belajar nilai bekerjasama. Kerjasama dalam kalangan ahli
kumpulan seperti yang terungkap dalam peribahasa hati gajah sama dilapah, hati
kuman sama dicecah, ke bukit sama-sama didaki, ke lurah sama-sama dituruni.
Kerjasama itu adalah satu elemen yang harus ada pada setiap kumpulan untuk berjaya
membuat sesuatu yang diarahkan. Jika dalam kumpulan itu tidak mempunyai
kerjasama mereka tidak akan dapat membuat sesutau kerja dengan cepat dan mudah.
Begitu juga selepas saya menjadi seorang guru saya akan bekerjasama dengan rakan
setugas saya yang lain iaitu guru- guru yang lain untuk melahirkan pelajar- pelajar yang
cemerlang dalam kurikulum mahupun kokurikulum.
Selain kekuatan, saya juga dapat mengesan beberapa kelemahan pada diri saya
sepanjang perkhemahan BIG ini. Antaranya, saya tidak mempunyai keyakinan diri yang
tinggi untuk menghadapi sesuatu cabaran. Hal ini saya dapat dilihat semasa kami
menjalani aktiviti keyakinan air. Sebelum saya akan berani untuk mencuba sesuatu
benda yang baharu tetapi apabila saya melihat air yang deras saya berasa amat takut.
Selepas membuat aktiviti tersebut baru saya mengetahui bahawa seseorang itu harus
mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Genggam bara api biar jadi arang merupakan
antara peribahasa yang menjadi satu contoh kepada saya kerana peribahasa ini
bermaksud jika kita melakukan sesuatu pekerjaan yang sukar hendaklah dilaksanakan

dengan sabar sehingga berjaya memperoleh manfaatnya. Jika saya mempunyai sikap
sabar dan tenang saya akan berjaya membuat aktiviti tersebut dengan sendiri.
Seterusnya, saya gagal untuk mendengar arahan pensyarah- pensyarah kami
dengan teliti. Apabila kami membuat aktiviti kembara, kami diberi satu klu yang pertama
dan kami diarahkan untuk mencari klu yang seterusnya dengan menggunakan klu yang
pertama itu. Sebenarnya kami harus mencari 5 klu tetapi oleh kerana kami tidak
mendengar arahan dengan teliti kami mengguna perjalanan yang lain untuk sampai ke
destinasi yang ditetapkan. Walaupun berjaya untuk sampai ke destinasi yang betul
tetapi kami gagal untuk mencari kesemua klu. Kami hanya dapat 2 daripada 5 klu yang
tersebut. Oleh sebab itu, pensyarah- pensyarah kami menegur dan menasihat kami
untuk mendengar arahan dengan teliti.
Program BIG ini juga membuka tirai untuk menonjolkan bakat dan kelebihan
saya. Ia memberi banyak peluang kepada saya untuk menunjukkan kehebatan saya.
Contohnya, saya merupakan AJK aktiviti dalam perkhemahan tersebut. Ia memberi satu
peluang yang terbaik untuk saya merasai tugas seorang pemimpin ketika aktiviti- aktiviti
berlangsung. Selaku AJK aktiviti saya yang membuat persiapan untuk majlis Malam
Kebudayaan. Saya membuat satu pentas, melantik seorang pengacara majlis dan
membantu untuk menulis teks bagi majlis tersebut.
Justeru, semasa membuat persembahan saya dapat satu peluang yang terbaik
untuk menonjolkan bakat saya dalam mempersembahkan drama. Ahli kumpulan saya
memang berasa seronok kerana kami dapat menunjuk kehebatan berlakon dalam
drama tersebut. Kami juga dapat bersajak dalam pengakhiran drama itu sebagai
penutupan drama kami.
Pelbagai ancaman telah saya lalui sepanjang perkhemahan tersebut. Anaranya
ialah semasa mengadakan aktiviti kembara dalam perjalanan tersebut saya mengalami
kecedaran ringan seperti calar pada tangan dan kaki saya. Hal ini kerana perjalanan
yang saya lalui merupakan perjalanan yang mendapat banyak pokok buluh dan pokok
duri.

Terdapat juga beberapa perkara yang harus menambah baikkan dalam program
BIG ini. Antaranya ialah program ini harus diadakan di luar institut pengajian guru
pelatih kerana dengan itulah mereka akan boleh belajar cara menyara dalam keadaan
yang lebih sukar untuk mandi, tidur dan sebagainya. Selain itu, program ini harus
diadakan untuk kumpulan yang terdiri daripada bilangan yang kecil. Contohnya, kita
harus membuat program ini kepada dua kelas di tempat yang lain dan dua yang lain di
tempat yang lain. Hal ini kerana oleh sebab keempat- empat kelas digabung dan
diarahkan untuk membuat program bersama pada masa akhir, kami semua mengalami
pelbagai masalah seperti membahagi AJK, kumpulan dan sebagainya.
Secara kesimpulannya, Program BIG ini menjadi satu sudut yang baik untuk
melahirkan insan guru yang mulia dan ia mengajar para guru pelatih untuk melahirkan
insan pelajar yang disanjung tinggi pada masa akan datang. Kerjasama adalah tiang
yang kukuh untuk mengekalkan matlamat kita kukuh. Ini harus diambil tahu oleh semua
guru pelatih dan kita harus menjalankan kerjaya kita sebagai guru dengan sempurna.
kkenmGuru (BIG) adalah salah satu program wajib yang perlu diikuti oleh setiap
penuntut di Institut Pendidikan Guru Malaysia semasa pengajian di institut pendidikan guru
Malaysia kampus masing-masing. Ianya bertujuan membina jati diri pelajar yang mantap dari
segi jasmani, sahsiah, intelek, sosial dan emosi, dan juga memberi sedikit pendedahan kepada
pelajar-pelajar tentang situasi-situasi yang bakal mereka tempuhi pada masa akan datang
terutamanya kepada mereka yang ditempatkan di kawasan pedalaman.

Bina Insan Guru (BIG) adalah salah satu program wajib yang perlu diikuti oleh setiap penuntut
di Institut Pendidikan Guru Malaysia semasa pengajian di institut pendidikan guru Malaysia
kampus masing-masing. Ianya bertujuan membina jati diri pelajar yang mantap dari segi Bina
Insan Guru (BIG) adalah salah satu program wajib yang perlu diikuti oleh setiap penuntut di Ins
Bina Insan Guru (BIG) adalah salah satu program wajib yang perlu diikuti oleh setiap penuntut
di Institut Pendidikan Guru Malaysia semasa pengajian di institut pendidikan guru Malaysia
kampus masing-masing. Ianya bertujuan membina jati diri pelajar yang mantap dari segi
jasmani, sahsiah, intelek, sosial dan emosi, dan juga memberi sedikit pendedahan keppelajar

tentang situasi-situasi yang bakal mereka tempuhi pada masa akan datang terutamanya
kepada mereka yang ditempatkan di kawasan pedalaman. titut Pendidikan Guru Malaysia
semasa pengajian di institut pendidikan guru Malaysia kampus masing-masing. Ianya bertujuan
membina jati dirjuga memberi sedikit pendedahan kepada pelajar-pelajar tentang situasi-situasi
yangereka tempuhi pada masa akan datang terutamanya kepada mereka yang ditempatkan
djasmani, sahsiah, intelek, sosial dan emosi, dan juga memberi sedikit pendedahan kepada
pelajar-pelajar tentang situasi-situasi yang bakal mereka tempuhi pada ma

Anda mungkin juga menyukai