Anda di halaman 1dari 10

1.

0 PENGENALAN
Merujuk kepada Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi ketiga (2000), pengajaran
merupakan perihal mengajar, segala sesuatu yang berkaitan dengan mengajar. Menurut
Abdul Rahman b. Muhiyuddin (2006), pengajaran ialah sesuatu tugasan dan aktiviti yang
diusahakan

bersama

pula merupakan sesuatu

oleh

guru

dan

atau segala-gala

yang

muridnya.
menjadi

Manakala

permasalahan

masalah.Dengan

kata

lain

permasalahan ialah perkara yang berlaku didalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang
menganggu sesi pembelajaran itu. Masalah didalam kelas sememangnya sering dihadapi
oleh guru-guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Bukannya mudah
untuk menguruskan masalah tingkah laku di kalangan murid-murid. Adakalanya ia dapat
dikawal dan ada kalanya ianya seperti barah yang boleh menyebabkan proses pengajaran
dan pembelajaran terbantut dan seterusnya mengurangkan keberkesanan pengajaran guru.
Sesungguhnya,tanggungjawab seorang guru di sekolah amat berat sekali. Bak kata pepatah
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul . Itulah hakikat tugas seorang guru
di sekolah.
Terdapat berbagai contoh masalah yang berlaku didalam kelas semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran. Antaranya ialah suasana kelas yang bising,murid tidak
minat belajar,murid tidak memberi tumpuan sepenuhnya semasa belajar,murid tidur didalam
kelas,murid tidak menyiapkan kerja rumah mahupun sekolah,murid susah untuk memahami
isi pelajaran dan sebagainya.Dalam hal ini,sudah semestinya sesi pengajaran dan
pembelajaran tidak dapat dilakukan dengan sempurna kerana ia terhalang oleh faktor-faktor
tersebut.Ini kerana pembelajaran akan bermakna apabila ada pembelajaran yang melibatkan
instruksi diikuti dengan latihan, indoktrinasi dan pelaziman.Terdapat pelbagai faktor yang
menyebabkan murid melakukan pelbagai masalah di dalam kelas. Antaranya disebabkan
suasana

pembelajaran

yang

tidak

selesa,guru

mengajar

dengan

gaya

yang

membosankan,guru tidak memfokuskan kepada setiap murid ,guru lemah dalam


aspek pengawalan

kelas

dan

sebagainya.Ini

akan

menjadikan

suasana

kelas

tidak harmoni dan sukar dikawal. Hal ini berlaku bertepatan dengan pelbagai teori
pembelajaran seperti Teori Pelaziman Klasik Pavlov,Teori Pelaziman Klasik Watson,Teori
Pembelajaran

Gestalt,Teori

PembelajaranGagne,Teori

Pembelajaran

Bruner

dan

sebagainya.
Setiap penyakit ada penawarnya, setiap masalah ada penyelesaiannya. Masalah
pembelajaran murid ini sebenarnya boleh diatasi dengan mudah apabila mengetahui dan
menganalisis punca sehingga ke akar umbi. Kunci kepada penyelesaian masalah tersebut
adalah dengan mempelajari dan memerhatikan tingkah laku seseorang murid kerana setiap
1

murid mempunyai perbezaan individu. Maka itu, penyelesaiannya adalah dengan


mengaplikasikan teori pembelajaran kognitif dan teori konstruktivis. Teori pembelajaran
kognitif menurut Jean Piaget ialah sejauh manakah kanak-kanak dapat memanipulasi dan
aktif berinteraksi dengan lingkungannya. Oleh itu, gurulah yang harus memainkan peranan
sebagai fasilitator serta pemberi informasi. Di dalam teori konstruktivis pula, tokoh teori ini
iaitu Vygotsky menyatakan bahawa fungsi kognitif berasal dari interaksi sosial masing
masing individu dalam konsep budaya. Menurutnya lagi, pembelajaran berlaku apabila
kanak-kanak berhadapan dengan sesuatu tugas yang berada dalam Zone of Proximal
Development atau ZPD. Sesungguhnya, kanak-kanak yang berada dalam lingkungan ZPD
memerlukan orang yang lebih dewasa untuk membimbingnya dari sudut kognitif kerana
kanak-kanak ini mempunyai potensi tetapi perlu dipupuk dan diperkembangkan melalui
bimbingan orang dewasa seperti ibu bapa dan guru-guru.

2.0 APLIKASI TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF DAN TEORI PEMBELAJARAN


KONSTRUKTIVIS DALAM MENANGANI MASALAH PEMBELAJARAN MURID DALAM
BILIK DARJAH
Di dalam sesebuah bilik darjah, sememangnya ada banyak masalah yang berlaku
terutamanya dalam aspek pemerolehan ilmu ataupun pembelajaran murid. Hal ini berlaku
disebabkan oleh banyak faktor. Menurut kajian kes Mohamad Aziz Shah & et. al, (2008),
salah satu masalah yang terjadi di dalam bilik darjah semasa proses pengajaran dan
pembelajaran ialah hilang tumpuan di dalam kelas. Melalui kajian ini, didapati penglibatan
pelajar di dalam kelas sangat tidak memberangsangkan kerana mereka tidak memberi
tumpuan di dalam kelas. Mereka tidak dapat memfokuskan kepada P&P yang dijalankan
untuk tempoh yang lama. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pelajar untuk hilang
tumpuan di dalam kelas.
Faktor yang pertama ialah murid tidak menggemari mata pelajaran yang diajar sehingga
menyebabkan murid tidak faham apa yang diajarkan oleh guru. Oleh hal yang demikian,
mereka hilang tumpuan dan lebih suka menyendiri daripada mengambil bahagian dalam
P&P yang dijalankan. Untuk menyelesaikan masalah ini, menurut Mok Soon Sang (1993),
guru harus mengaplikasikan model pengajaran konstruktivitis iaitu menggalakkan murid
melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran mereka dan guru pula merupakan
pemimpin untuk memandu murid-murid menjalankan aktiviti pembelajaran. Contoh cadangan
aktiviti yang boleh dijalankan di dalam bilik darjah ialah aktiviti yang melibatkan eksperimen
iaitu aktiviti yang menuntut agar murid mencari jalan penyelesaian terhadap persoalan
dengan kaedah inkuiri penemuan. Dalam hal ini, murid terlibat secara langsung dalam
penyelesaian masalah dan hal ini memberi pengalaman secara langsung kerana aktiviti ini
bersifat hands on. Hal ini selaras dengan pernyataan ahli Konstruktivisme iaitu Briner, M.
(1999) yang menyebut pelajar membina sendiri pengetahuan mereka dengan menguji idea
dan pendekatan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada, mengaplikasikannya
kepada situasi baru dan mengintegrasikan pengetahuan baru yang diperoleh dengan binaan
intelektual yang sedia wujud. Manakala, Bruner Jerome dalam Siti Hawa (2014) pula
menyatakan pembelajaran hendaklah dapat mencipta situasi agar murid dapat belajar dari
diri sendiri melalui pengalaman dan eksperimen untuk menemukan pengetahuan dan
kemampuan baru yang khas baginya.
Dari segi kognitif pula, ahli psikologi kogniti iaitu Woofolk (1998) berpendapat bahawa
ilmu pengetahuan yang diperoleh adalah hasil pembelajaran dan kuasa ilmu yang
mendorong seseorang untuk belajar. Mengikut David Ausubel (1968) pula, teori
pembelajaran yang mengatakan manusia memperoleh ilmu kebanyakannya dalam bentuk
3

pembelajaran resepsi dan bukan daripada pembelajaran penemuan. Misalnya, pembelajaran


ekspositori yang dikemukakan oleh Ausubel menekankan penerangan bahan pembelajaran
oleh guru dalam bentuk fakta yang tersusun dengan penjelasan dalam urutan yang betul.
Hal ini boleh menggalakkan pelajar mengingat semula konsep yang dipelajari seterusnya
mengaitkannya dengan konsep baru yang dipelajari. Hal ini sama dengan Teori Kognitif yang
dikemukakan oleh Jean Piaget iaitu pembelajaran asimilasi. Menurutnya, asimilasi adalah
pembelajaran yang melibatkan penggabungan pengetahuan baru dengan

struktur

pengetahuan yang sudah ada sebelumnya.Oleh itu, guru perlu sentiasa bertanya dan
mencabar minda murid selepas sahaja sesi pembelajaran seperti bertanyakan semula apa
isi pembelajaran yang mereka sudah pelajari sebelum memulakan sebuah topik yang turut
menggunakan konsep sama seperti yang mereka sudah pelajari. Perkaitan konsep berserta
dengan contoh-contoh konkrit dapat membina pengetahuan yang luas agar murid mudah
menerima sesuatu fakta konsep.
Seterusnya, di dalam sesebuah kelas juga, akan ada murid yang mempunyai masalah
lembam atau perceptual weakness dan biasanya mereka akan ditempatkan di kelas yang
hujung sekali. Mereka adalah golongan murid yang mengambil masa yang lama untuk
memproses maklumat seterusnya memahami apa yang diajar oleh guru. Hal ini berpunca
daripada pengamatan atau kemahiran menaakul mereka yang sangat lemah. Menurut Slavin
(1997), kepelbagaian pelajar merangkumi tahap prestasi, kadar belajar, gaya kognitif atau
gaya pembelajaran, etnik, budaya, kelas sosial,bahasa di rumah, jantina, bakat dan minat.
Untuk masalah daya pemahaman pelajar yang agak lemah dan lambat ini boleh dikaitkan
dengan kognisi.Menurut kajian, individu adalah berbeza dari segi kebolehan kognitif seperti
menaakul, berfikiran logis, kebolehan berbahasa, mengira dan berimaginasi.
Maka itu, guru haruslah mengambil pendekatan khas kepada murid yang mempunyai
masalah seperti ini iaitu menggunakan Teori Konstruktivis iaitu Teori Pembelajaran Hierarki
yang dikemukakan oleh Robert M.Gagne. Dalam hierarki pembelajaran Gagne, terdapat
lapan peringkat pembelajaran. Dalam banyak-banyak peringkat ini, guru hendaklah
menekankan kepada pembelajaran gerak balas, pembelajaran diskriminasi dan juga
pembelajaran konsep. Pembelajaran gerak balas adalah peneguhan yang diberikan kepada
murid yang lemah secara konsisten dan tekal. Hal ini mampu meningkatkan kecekapan
seperti yang dinyatakan oleh Mahyuddin et. al (2000) iaitu kecekapan memori atau ingatan
dapat ditingkatkan apabila faktor-faktor luaran, seperti peneguhan berbentuk ganjaran positif,
ganjaran negatif atau hukuman diberikan berdasarkan prestasi atau tingkah laku pelajar. Hal
ini kerana pengliatan elemen-elemen berkaitan emosi dan perasaan juga mampu
mempengaruhi suasana sesuatu pembelajaran (Nicholls 2002; Lindgren 1976).

Di samping itu, pembelajaran diskriminasi yang terdapat dalam hierarki pembelajaran


Gagne juga begitu penting untuk bagi seorang guru untuk mengatasi masalah ini. Guru
perlulah mengajar dengan menggunakan kaedah yang mudah dan paling asas iaitu
membezakan benda-benda yang dipelajari mengikut ciri-ciri tertentu, untuk memudahkan
proses mengkategori dan menyimpannya dalam ingatan. Dengan ini, murid akan dapat
membezakan ransangan atau maklumat penting berbanding maklumat tidak penting.
Dengan itu, murid dapat menapis maklumat penting daripada maklumat tidak penting dan ini
memudahkan proses pengekodan maklumat untuk disimpan dalam ingatan jangka panjang.
Berhubung dengan hierarki pembelajaran diskriminasi iaitu pembelajaran konsep, guru juga
perlu mengajar konsep yang paling mudah yang disertai dengan banyak contoh-contoh yang
konkrit, jelas dan nyata misalnya yang boleh dilihat, disentuh dan dialami dalam kehidupan
seharian.
Di samping itu, inisiatif yang perlu dilakukan bagi membantu murid yang lembam ialah
dengan menempatkan mereka di kelas pemulihan. Menurut Syed Abu Bakar (1997),
pendidikan pemulihan adalah untuk kanak-kanak yang tidak kelihatan cacat tetapi
mengalami kesulitan memperoleh kemahira asas membaca,menulis dan mengira. Menurut
Ridzuan Ahmad (2009) melalui Kajian Kes Murid Mundur dan Lembam, kekurangan
bimbingan daripada ibu bapa untuk membaca, menulis dan mengira di rumah menjadi
penyebab kepada masalah ini. Bagi mengatasinya, penggunaan Teori Kognitif Lee Vygotsky
perlulah diterapkan iaitu membimbing murid untuk mengembangkan potensinya, iaitu Zon
Perkembangan Proksimal, dalam konteks membaca, menulis dan mengira kerana
sebenarnya murid ini mempunyai potensi untuk mahir dalam 3M tetapi mereka tidak pernah
terdedah dengan 3M semasa berada di peringkat pra operasi kerana tiada bimbingan yang
khusus daripada orang dewasa. Hal ini memperlihatkan bahawa murid telah menjangkau
tahap lingkungan ZPD iaitu daripada tidak dapat bimbingan kepada mendapat bimbingan
atau perancah daripada guru sehinggalah kanak-kanak mampu untuk menguasai kemahiran
asas

3M

tanpa

mengurangkan

bimbingan

bimbingan

guru.

dan

Guru

yang

bantuan

memberi

kepada

murid

perancah
agar

beransur-ansur

murid

berpeluang

mengembangkan kemahiran dengan mengekplorasi sendiri maklumat sehinggalah murid


tidak bergantung kepada pengajaran guru semata-mata.
Selain daripada itu, terdapat juga masalah pembelajaran di mana murid sukar
mengaplikasikan konsep yang telah dipelajari untuk penyelesaian sesuatu masalah. Oleh itu,
mereka sukar menyelesaikan soalan yang menuntut mereka membuat penaakulan. Demi
menyelesaikan masalah ini, guru boleh menggunakan Teori Kognitif yang dikemukakan oleh
Wolfang Kohler. Menurut kajian Kohler, pembelajaran kompleks berlaku tidak semata-mata
daripada kaedah cuba jaya. Hal ini kerana, manusia juga mempunyai kebolehan mental
5

yang istimewa disebut celik akal yang membolehkan mereka memperoleh pembelajaran dan
menyelesaikan masalah kompleks. Dalam Abdul Rachman (1993), Kohler menyatakan teori
Gestalt iaitu Insight in learning adalah suatu proses belajar mengajar yang diawali dengan
proses cuba jaya, tetapi dari peristiwa tersebut akhirnya mencapai suatu pemahaman.
Dalam teori Gestalt, belajar adalah berkenaan dengan keseluruhan individu. Sebagai
implikasinya, guru perlu menggalakkan murid agar menggunakan celik akalnya untuk
menyelesaikan masalah pembelajaran. Sebagai contoh, apabila guru mengajarkan sesuatu
tajuk baru kepada murid. Guru hendaklah menyediakan alat bantu mengajar dan aktiviti yang
sesuai untuk merangsang celik akal murid memahami isi pengajaran yang hendak
disampaikan oleh guru. Hal ini disokong oleh Ab. Halim et.al (2010) yang menyatakan
keberkesanan P&P dipengaruhi oleh tahap kualiti BBM.
Manakala, penyelesaian bagi masalah ini dengan menggunakan Teori Konstruktivis Jean
Piaget pula ialah, murid-murid perlu diberikan penekanan lebih kepada tahap operasi konkrit
melalui pelbagai sudut iaitu kebolehan mengklasifikasi, pengekalan, perkaitan logik dan
Tingkah Laku Prasosial. Dalam hal ini, murid-murid harus diberikan pengalaman secara
langsung dan konkrit dalam memperkenalkan sesuatu konsep agar mereka berpeluang
untuk memperkembangkan kemahiran berfikir secara logik terhadap permasalahan yang
dihadapi mereka seterusnya mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian meskipun
berada di luar bilik darjah. Sebagai implikasi terhadap pengajaran, guru harus menyediakan
aktiviti berasaskan pembelajaran inkuiri yang mana ia melibatkan hands on dan minds on
seperti

membuat

eksperimen.

Langkah-langkah

dalam

aktiviti

eksperimen

seperti

pengenalpastian masalah, mengemukakan hipotesis, prosedur eksperimen dan seterusnya


mengemukakan inferens dan rumusan secara langsung menyebabkan pelajar dapat merasai
pengalaman dalam penyelesaian sesuatu masalah. Dengan hal ini, mereka dapat
menyelesaikan masalah dengan berani dan yakin.
Di dalam bilik darjah juga, terdapat murid yang pasif iaitu tidak bertanya kepada guru
jika terdapat masalah atau ketidakfahaman terhadap sesuatu pelajaran yang baru diterima.
Hal ini berpunca daripada sikap malu yang keterlaluan. Michael Grames (2002)
mendefinisikan malu sebagai satu reaksi kepada interaksi sosial apabila seseorang individu
itu berasa tidak selesa dan asyik memikirkan sesuatu atau berasa amat malu terhadap
tingkah laku sendiri. Bernardo (2002) mendapati bahawa perasaan malu menjadi
penghalang kepada keberkesanan pembelajaran dan interaksi dalam bilik darjah.
Cara guru untuk mengatasi masalah pembelajaran dan interaksi yang berpunca daripada
perasaan rasa malu yang menebal dalam diri seseorang murid ialah dengan menggunakan
Teori Konstruktivis yang dikemukakan oleh Lee Vygotsky. Dalam konteks ini, interaksi sosial
6

memainkan peranan penting dalam perkembangan pemikiran bahasa dan proses


penaakulan. Hal ini kerana, murid-murid biasanya membina pengetahuan secara individu
serta sosial. Untuk menyediakan suasana interaksi sosial yang berkesan, aktiviti yang boleh
dijalankan di dalam bilik darjah ialah sesi soal jawab dan membahagikan murid di dalam
beberapa kumpulan. Permainan yang mewujudkan persaingan siapa dahulu yang dapat
jawab merangsang murid-murid untuk berinteraksi dan bersosial.
Dari segi kognitif pula, guru boleh menyelesaikan masalah ini dengan menggunakan
Teori Pelaziman Skinner. Dalam hal ini, konsep peneguhan dalam proses pengajaran amat
penting sekali. Skinner juga menjelaskan bahawa sesuatu peneguhan boleh bersifat negatif
atau positif. Contoh peneguhan positif adalah guru memberi pujian, ganjaran, hadiah dan
sebagainya kepada murid yang pemalu jika dia mengemukakan sesuatu soalan atau
memberikan sesuatu idea tidak kira pendapatnya itu betul atau salah. Pujian adalah penting
kerana ia akan mendorong murid untuk meningkatkan lagi perlakuan yang baik pada masa
hadapan. Hal ini kerana peneguhan yang positif membawa keseronokan kepada muridmurid peringkat sekolah rendah.

3.0 RUMUSAN
Sebagai seorang guru, kita haruslah bijak mengendalikan para pelajar tidak kira dari
mana-mana
psikologi

peringkat

dan

kebolehan

dengan

menerapkan

beberapa

teori

demi memahami setiap anak murid yang dididik. Maka teori kognitif dan teori

konstruktivis amatsesuai diterapkan untuk mendidik anak-anak murid.


Terdapat beberapa implikasi teori kogitif dan teori konstruktivis terhadap pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah. Pertama,sediakan dan gunakan alat bantu mengajar (ABM)
yang konkri t dan sesuai dengan tahap pemikiran pelajar untuk membantu pemahaman serta
penyampaian guru. Selain itu, guru juga perlu memberi maklumat dalam bentuk yang sesuai
dengan keupayaan pelajar untuk membolehkan pelajar memahami pembelajaran baharu,
jika pelajar tidak ada pengetahuan terdahulu yang berkait dengan pembelajaran baharu. Hal
ini merupakan proses mempelajari konsep sebelum menterjemahkan konsep tersebut dalam
penyelesaian sesuatu masalah.
Di samping itu, susun atur penyampaian pengajaran dan pembelajaran secara teratur,
langkah demi langkah serta gunakan

bahan serta laras bahasa yang sesuai dengan

peringkat umur murid serta tahap pemahaman mereka sebelum ini tentang sesuatu
pembelajaran. Hal ini saling berkaitan dengan pemberian maklumat dalam bentuk yang
sesuai dengan keupayaan pelajar untuk membolehkan pelajar memahami pembelajaran
baharu, jika pelajar tidak ada pengetahuan terdahulu yang berkait dengan pembelajaran
baharu.

LAPORAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

Pada 7 Mac 2016, saya telah menjalankan pemerhatian di Sekolah Sk. Simpangan,
Kota Marudu,Sabah selama seminggu. Fokus kepada pemerhatian saya ini ialah perbezaan
individu iaitu murid-murid di sekolah dan bagaimana perbezaan individu ini mempengaruhi
pengajaran dalam bilik darjah. Menurut Henson dan Eller (1999) dalam buku Educational
Physchology for Effective Teaching, perbezaan individu merujuk kepada ciri-ciri atau sifatsifat manusia yang mempunyai potensi sama ada memajukan keupayaan seseorang atau
membataskan keupayaan seseorang untuk belajar dalam persekitaran sekolah. Terdapat
banyak perbezaan individu yang saya telah kenalpasti. Namun, saya hanya akan
mengemukakan empat aspek perbezaan individu serta implikasinya terhadap pengajaran
guru dalam bilik darjah.
Semasa berada di sekolah, saya telah dipertanggungjawabkan oleh seorang guru,
Cikgu Fitry untuk relief kelas subjek pendidikan kesihatan dengan rancangan pengajaran
yang telah dirangka oleh beliau. Dalam kelas darjah 2 Kreatif, saya telah memberi latihan
yang telah dirancang oleh Cikgu Fitry sambil meneliti perbezaan murid-murid tersebut.
Melalui kaedah pemerhatian saya, saya dapati ada murid yang mempunyai gaya
pembelajaran yang berbeza yang mana ada pelajar yang belajar banyak cakap ketika
membuat kerja, ada yang belajar sambil berdiri dan bergerak-gerak di meja sendiri dan ada
pelajar yang membuat kerja secara senyap. Perbezaan individu yang wujud ini telah
mempengaruhi pengajaran guru dalam bilik darjah yang mana guru harus mengenalpasti
gaya kognitif dan gaya belajar murid yang berbeza-beza. Terdapat individu yang suka belajar
dengan adanya unsur kinetik, dan yang suka belajar menggunakan audio, visual, ada yang
memproses maklumat secara global dan ada yang secara analitikal. Ini perlu difahami
supaya guru dapat menyediakan bahan-bahan pembelajaran seperti kit pembelajaran atau
pun alat bantu mengajar (ABM) yang bersesuaian yang mempunyai unsur-unsur pergerakan,
muzik dan seni agar mereka mereka bersemangat serta tidak bosan di dalam bilik darjah.
Selain itu, saya juga telah memerhatikan perbezaan individu semasa memasuki kelas 4
Kreatif semasa mereka menjalankan amali SEGAK. Perbezaan yang ketara boleh dilihat
melalui skala penilaian aktiviti

SEGAK seperti naik turun kerusi dan bangkit tubi.

Keputusannya,terdapat murid yang mendapat markah penilaian yang rendah dan ada yang
tinggi. Kesan terhadap pengajaran guru ialah kesukaran guru untuk merancang sesuatu
aktiviti di dalam kelas kerana objektif pembelajaran tidak tercapai. Dalam hal ini, guru boleh
mengajar sesuatu kemahiran bermula daripada yang asas sehinggalah otot-otot pada organorgan penting mencapai kematangan selaras dengan meningkatnya umur murid-murid ini.
9

Perbezaan individu yang seterusnya ialah perbezaan dari segi sosial murid-murid.
Semasa memasuki kelas darjah 6 kreatif bagi matapelajaran Matematik, saya mendapati
bahawa perbezaan sosial begitu ketara yang mana murid yang tinggal di asrama lebih
pandai bergaul berbanding dengan mereka yang tinggal bersama ibu bapa. Latar belakang
sosial mereka saya ketahui apabila saya sering datang ke kaferia yang berhampiran dengan
asrama mereka. Secara tidak langsung, saya dapat memerhati murid-murid yang menghuni
asrama tersebut. Buktinya, individu yang tinggal di asrama membuat penyelesaian masalah
secara berkumpulan sedangkan mereka yang tinggal bersama ibu bapa membuat tugasan
secara individu. Perbezaan individu ini membawa kesan kepada pengajaran guru di dalam
bilik darjah apabila murid yang bersifat ekstrovert ini hanya dapat belajar jika ada rakanrakan sementara murid yang introvert ini akan menjadi pendiam, malu dan menghadapi
kesulitan dalam pembelajaran jika terlalu malu untuk bertanya. Oleh itu, guru perlu memberi
motivasi kepada murid-murid seperti ini berserta dengan dorongan dan bimbingan secara
berterusan.
Di samping itu, semasa memasuki kelas Darjah 5 Kreatif pada waktu subjek Sains,
saya telah melihat perbezaan individu dalam aspek kesediaan belajar mereka. Semasa
masuk ke dalam kelas, ada beberapa murid yang tidak membawa kamus Buku Teks sendiri.
Murid-murid ini sebenarnya tidak bersedia untuk belajar. Rashidi Azizan & Abdul Razak
Habib. (1995). menyatakan kesediaan belajar adalah antara aspek mengurus bilik darjah
yang sempurna untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan
lancar dan berkesan. Kesan perbezaan individu terhadap pengajaran guru ini ialah matlamat
pembelajaran tidak keseluruhannya tercapai kerana ada murid yang dapat ilmu sementara
ada murid yang akan ketinggalan pelajaran kerana tidak bersedia untuk menerima sesuatu
ilmu yang baru. Dalam hal ini, guru perlu memberi peneguhan positif dalam bentuk pujian
atau hadiah kepada satu tingkah laku positif yang ditunjukkan oleh murid. Sebaliknya, jika
sesuatu tingkah laku yang dibentuk oleh murid tidak dikehendaki atau negatif guru boleh
menggunakan penangguhan negatif.
Perbezaan individu yang telah diperhatikan ini sememangnya memberi implikasi
kepada pengajaran guru. Setiap jenis perbezaan murid ini perlu dikenalpasti oleh guru-guru
agar pendekatan yang berbeza boleh dilakukan bagi menyeimbangkan potensi murid-murid
samada dari segi fizikal, intelek, emosi dan sosial.

10

Anda mungkin juga menyukai