Anda di halaman 1dari 24

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS

PENTAKSIRAN KERJA KURSUS


(JADUAL SPESIFIKASI TUGASAN, SOALAN TUGASAN & PANDUAN PEMARKAHAN)
TAHUN AKADEMIK 2016
Program:

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN


(PISMP)

Semester / Tahun:

Semester 1 (Jun November) Tahun 2 (2016)

Nama Kursus:

PERTOLONGAN CEMAS

Ambilan:

JUN 2015

Kod:

PKES3053

Kumpulan:

G3.1, G3.3, G3.4, G3.6, G3.7, G3.8, G3.9

Tugasan
1. Penulisan Esei (2500 pp) (Individu)

Tarikh Mula

Tarikh Hantar

Jam Pembelajaran Pelajar

08 Ogos 2016

22 Ogos 2016

Tarikh Pelaksanaan (Minggu 18)


2. (a) Ujian Amali Pemulihan Kardiopulmonari (Individu)

11 Oktober 2016 (Selasa): 8.00 pagi 4.00 ptg

(b) Ujian Amali Pengurusan Kecederaan (Individu)

12 Oktober 2016 (Rabu): 8.00 pagi 4.00 ptg

3. Pembentangan (Kumpulan)

13 Oktober 2016 (Khamis): 8.00 pagi 1.00 ptg

Disediakan oleh Pensyarah / Penyelaras Kursus

Disahkan oleh Ketua Jabatan

Nama:

Nama:

CHIA CHIOW MING

Tanda tangan:

Tanda tangan:

Tarikh:

Tarikh:

Hasil Pembelajaran Kursus:

6
6

ARIS FAZIL BIN HJ UJANG, Ph.D.

1.
2.
3.
4.
5.

Menjelaskan konsep dan prinsip asas pertolongan cemas yang berkaitan dengan kecederaan. (C2, P2, PLO1, PLO2, CTPS2)
Mengkategorikan jenis-jenis kecederaan dan prosedur menguruskan rawatan yang berkaitan dengan kecederaan.
(C5, PLO2, PLO6, PLO7, LL1, KK1)
Menganalisis tindakan bantu mula mengikut situasi dan mematuhi prinsip-prinsip pertolongan cemas dengan mengamalkan sikap profesionalisme.
(C4, A4, PLO3, PLO8, CTPS5, EM1)
Mengurus dan melaksanakan bantu mula dengan kaedah yang sesuai, kreatif dan berkesan berlandaskan prinsip-prinsip keselamatan.
(C3, CS8, PLO7, PLO9, KK1, LS1)
Mempamerkan kerja berkumpulan serta menunjukkan kualiti kepimpinan yang baik. (P5, A5, PLO5, PLO8, TS1, EM3)

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 3, 4 dan 5.


Objektif Kerja Kursus:
Pelajar akan dapat:
1. Menyediakan satu penulisan esei (2500 patah perkataan) yang dapat menunjukkan pemahaman pelajar mengenai konsep dan prinsip
pertolongan cemas berdasarkan satu senario kecederaan.
2. Menganalisis satu daripada dua situasi kecederaan (berdasarkan undian) dan menunjukcara prinsip dan prosedur pertolongan cemas yang betul
dan tepat semasa ujian amali pemulihan kardiopulmonari.
3. Mengaplikasi prinsip dan prosedur pertolongan cemas yang betul dan tepat semasa ujian amali pengurusan kecederaan secara individu
berdasarkan senario kecederaan yang diberikan semasa ujian amali.
4. Memberi respons dan menghayati nilai melalui satu pembentangan kumpulan mengenai salah satu daripada dua atau tiga penulisan esei rakan.
Spesifikasi Tugasan
TUGASAN
TOPIK
1.
Prinsip dan konsep
Tugasan 1: Individu
pertolongan cemas
Penulisan Esei (2500 pp)
14.
Kemudahan dan
Pelajar dikehendaki menyediakan satu penulisan esei (2500 pp) mengenai konsep
pengurusan rawatan di
dan prinsip pertolongan cemas berdasarkan satu senario kecederaan.
sekolah
Senario ini akan ditetapkan melalui undian oleh setiap pelajar daripada 50 senario
yang disediakan.
Format penulisan esei ini mesti merangkumi lima aspek berikut:
1. Pengenalan
2. Mentaksir situasi kecederaan
- Mengenal pasti risiko dan bahaya,
3. Kecederaan yang dialami
- Penyebab, keparahan, simptom, langkah turutan, rasional
4. Prosedur pertolongan cemas berkaitan kecederaan
- Prosedur yang tepat berdasarkan senario kecederaan
5. Kesimpulan
- Kekuatan dan kelemahan, cadangan penambahbaikan

WAJARAN
30%

ASPEK / KRITERIA
PENILAIAN
Lampiran A:
50 Senario
Kecederaan
Lampiran B:
Rubrik Pentaksiran
Penulisan Esei

Spesifikasi Tugasan
TOPIK
2.
Pendekatan rawatan
pertolongan cemas
Pemulihan kardioplumonari
Patah
Pembebatan dan balutan
6.
Mengangkat dan membawa
pesakit
Kecederaan tisu lembut
Kecederaan terbakar
Asma dan pernafasan
Pendarahan dan renjatan
Hipertermia dan hipotermia
12.
Sengatan dan gigitan
binatang
13.
Kecederaan-kecederaan lain

TUGASAN
Tugasan 2: Individu
1. Ujian Amali Pemulihan Kardiopulmonari
Pelajar menunjukcara pemulihan kardiopulmonari berdasarkan satu
daripada dua situasi berikut (mengikut undian):
Manikin orang dewasa tidak sedar diri dan tidak bernafas
(unconscious & not breathing)
Manikin bayi tidak sedar diri dan tidak bernafas (unconscious & not
breathing)
2. Ujian Amali Pengurusan Kecederaan
Pelajar menunjukcara prosedur asas pertolongan cemas berkaitan
kecederaan berdasarkan senario kecederaan yang dipilih semasa
ujian amali.
Sebagai contohnya, jika pilihan itu menyatakan Kebakaran Tahap
Satu, pelajar akan bertindak sebagai pembantu mula dan perlu
melaksana dan menerangkan langkah-langkah yang akan diambil
untuk merawat kecederaan tersebut.
Pelajar seharusnya berupaya menyatakan secara lisan serta
menunjukkan kemahiran yang betul dan tepat berdasarkan senario
tersebut.
Tugasan 3: Kumpulan (Berpasangan / Bertiga)
Pembentangan
Pelajar dikehendaki memilih dan membentang salah satu daripada dua atau
tiga penulisan esei rakan dalam kumpulan masing-masing.
Jumlah

WAJARAN
10%

ASPEK / KRITERIA
PENILAIAN
Lampiran C:
Rubrik Pentaksiran
Ujian Amali Pemulihan
Kardiopulmonari
Manikin;
Peti Pertolongan Cemas
Sendiri
Lampiran D (i) D (v):
Rubrik Pentaksiran
Pengurusan
Kecederaan;

10%

Lampiran E: Contoh
Kad Pengurusan
Kecederaan
Peti Pertolongan Cemas
Sendiri;
Kain Anduh Sendiri

10%

60%

Lampiran F:
Rubrik Pentaksiran
Pembentangan
Kumpulan

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS


TUGASAN KERJA KURSUS
TAHUN AKADEMIK: 2016
Program: PISMP

Nama Pelajar:

Kod: PKES3053

Semester / Tahun: 1 (Jun November) / 2 (2016)

Nama Kursus:
PERTOLONGAN CEMAS
Tugasan
1. Penulisan Esei (2500 pp) (Individu)

Ambilan: Jun 2015


Kumpulan: G3.1, G3.3, G3.4, G3.6, G3.7, G3.8, G3.9
Tarikh Mula

Tarikh Hantar

08 Ogos 2016

22 Ogos 2016

Tarikh Pelaksanaan (Minggu 18)


Ujian Amali (Individu)
2.1 Pemulihan Kardiopulmonari
2.2 Pengurusan Kecederaan
3. Pembentangan (Kumpulan)

11 Oktober 2016 (Selasa): 8.00 pagi 4.00 ptg


12 Oktober 2016 (Rabu): 8.00 pagi 4.00 ptg
13 Oktober 2016 (Khamis): 8.00 pagi 1.00 ptg

Hasil Pembelajaran Kursus:


1.
2.
3.
4.
5.

Menjelaskan konsep dan prinsip asas pertolongan cemas yang berkaitan dengan kecederaan.
(C2, P2, PLO1, PLO2, CTPS2)
Mengkategorikan jenis-jenis kecederaan dan prosedur menguruskan rawatan yang berkaitan
dengan kecederaan.
(C5, PLO2, PLO6, PLO7, LL1, KK1)
Menganalisis tindakan bantu mula mengikut situasi dan mematuhi prinsip-prinsip pertolongan
cemas dengan mengamalkan sikap profesionalisme. (C4, A4, PLO3, PLO8, CTPS5, EM1)
Mengurus dan melaksanakan bantu mula dengan kaedah yang sesuai, kreatif dan berkesan
berlandaskan prinsip-prinsip keselamatan.
(C3, CS8, PLO7, PLO9, KK1, LS1)
Mempamerkan kerja berkumpulan serta menunjukkan kualiti kepimpinan yang baik. (P5, A5,
PLO5, PLO8, TS1, EM3)
Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 3, 4 dan 5.
Objektif Kerja Kursus:
Pelajar akan dapat:
1. Menyediakan satu penulisan esei (2500 patah perkataan) yang dapat menunjukkan
pemahaman pelajar mengenai konsep dan prinsip pertolongan cemas berdasarkan satu
senario kecederaan.
2. Menganalisis satu daripada dua situasi kecederaan (berdasarkan undian) dan
menunjukcara prinsip dan prosedur pertolongan cemas yang betul dan tepat semasa ujian
amali pemulihan kardiopulmonari.
3. Mengaplikasi prinsip dan prosedur pertolongan cemas yang betul dan tepat semasa ujian
amali pengurusan kecederaan secara individu berdasarkan senario kecederaan yang dipilih
semasa ujian amali.
4. Memberi respons dan menghayati nilai melalui satu pembentangan kumpulan mengenai
salah satu daripada dua atau tiga penulisan esei rakan.

Sejajar dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013 2025) yang akan terus
mendukung hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk pendidikan seimbang sebagai asas
aspirasi setiap murid, guru perlu mewujudkan peluang dan memastikan setiap murid akan belajar
cara memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran sepanjang kehidupan mereka (menerapkan
perasaan ingin tahu dan mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat) untuk membolehkan
mereka menghubungkan pelbagai disiplin ilmu dan mencipta ilmu yang baharu. Setiap murid perlu
menguasai pelbagai kemahiran kognitif termasuk penaakulan dan pemikiran kritis, kreatif, serta
inovatif. Maka tugasan ini menepati hasrat yang ingin dicapai dengan mewujudkan peluang kepada
guru pelatih menghayati dan mengalami proses kemahiran berfikir aras tinggi dengan sendiri.
Sehubungan dengan ini, pelajar dikehendaki melaksanakan tiga tugasan berikut:
TUGASAN 1: Penulisan Esei (30%)
1. Pelajar dikehendaki menyediakan satu penulisan esei (2500 pp) mengenai konsep dan
prinsip pertolongan cemas berdasarkan satu senario kecederaan.
2. Senario ini akan ditetapkan melalui undian oleh setiap pelajar daripada 50 senario yang
disediakan.
3. Format penulisan esei ini mesti merangkumi lima aspek berikut:
Pengenalan
Mentaksir situasi kecederaan
Mengenal pasti risiko dan bahaya,
Kecederaan yang dialami
Penyebab, keparahan, simptom, langkah turutan, rasional
Prosedur pertolongan cemas berkaitan kecederaan
Prosedur yang tepat berdasarkan senario kecederaan
Kesimpulan
Kekuatan dan kelemahan, cadangan penambahbaikan
TUGASAN 2: Ujian Amali (20%)
1. Ujian Amali Pemulihan Kardiopulmonari (10%)
Pelajar menunjukcara pemulihan kardiopulmonari berdasarkan satu daripada dua situasi
berikut (mengikut undian):
i.
ii.

Manikin orang dewasa tidak sedar diri dan tidak bernafas (unconscious & not
breathing)
Manikin bayi tidak sedar diri dan tidak bernafas (unconscious & not breathing)

2. Ujian Amali Pengurusan Kecederaan (10%)


Pelajar menunjukcara prosedur asas pertolongan cemas berkaitan kecederaan
berdasarkan senario kecederaan yang dipilih semasa ujian amali.
Sebagai contohnya, jika pilihan itu menyatakan Kebakaran Tahap Satu, pelajar akan
bertindak sebagai pembantu mula dan perlu melaksana dan menerangkan langkahlangkah yang akan diambil untuk merawat kecederaan tersebut.
Pelajar seharusnya berupaya menyatakan secara lisan serta menunjukkan kemahiran
yang betul dan tepat berdasarkan senario tersebut.
Nota Penting:Untuk kedua-dua ujian amali tersebut di atas, pelajar dikehendaki membawa peti
pertolongan cemas dan kain anduh sendiri.
TUGASAN 3: Pembentangan (Berpasangan / Bertiga) (10%)
1. Pelajar dikehendaki memilih dan membentang salah satu daripada dua atau tiga penulisan
esei rakan dalam kumpulan masing-masing.

Arahan Pelaksanaan Tugasan:


1. Tugasan ini adalah tugasan individu dan tugasan berkumpulan.
2. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul maklumat.
3. Format penulisan adalah seperti berikut:
i.
Fon Arial
ii.
Saiz huruf ialah 11 poin
iii.
Langkau 1.5 baris
iv.
Rujukan seharusnya mengikut format:
- American Psychological Association. (2010). Publication manual of the American
Psychological Association (6th ed.). Washington D.C.: American Psychological
Association.
- American Psychological Association. APA style help electronic references yang boleh
diperoleh dari http://www.apastyle.org/elecref.html.
4. Semua tugasan perlu lengkap dalam tempoh yang telah ditetapkan mengikut komponen
tugasan masing-masing.
5. Tugasan ini membawa 60 markah.
Integriti Akademik
1. Tiga aspek penting yang perlu setiap pelajar ambil perhatian dalam integriti akademik tugasan
ialah plagiarisme, meniru dan semakan keserupaan.
2. Semua tugasan pelajar akan disemak untuk integriti akademik selain daripada hujah, fakta dan
maklumat yang terdapat dalam tugasan yang diserahkan.
3. Mana-mana ketidakpatuhan kepada integriti akademik akan dikenakan tindakan pemotongan
markah yang sewajarnya.
4. Plagiarisme
Plagiarisme boleh didefinisikan sebagai memaparkan hasil kerja seseorang sebagai hasil
kerja sendiri.
Plagiarisme ialah mencuri hasil intelek orang lain.
Jika anda meniru sebahagian teks dari hasil yang telah atau belum diterbitkan tanpa
menyatakan sumbernya dan memaparkannya sebagai hasil anda, anda dianggap telah
melakukan plagiarisme.
5. Meniru
Jika satu hasil kerja oleh seseorang pelajar ditiru oleh pelajar lain, tindakan ini adalah tidak
betul.
Oleh kerana adalah sukar untuk menetukan siapa yang meniru, amalan membenarkan
pelajar lain meniru tugasan anda adalah juga tidak boleh diterima.
Oleh itu, mana-mana tugasan pelajar yang dikenal pasti meniru akan dikenakan hukuman.
Jumlah markah muktamad yang akan diberikan kepada semua pelajar yang terlibat adalah
sama iaitu dibahagikan sama rata.
Sebagai contohnya, jika dua pelajar dikenal pasti meniru dan markah tugasan yang diberi
ialah 60%, maka setiap pelajar akan mendapat 30% atau jika tiga pelajar yang terlibat, maka
setiap pelajar akan mendapat 20%.
6. Semakan Keserupaan (Similarity Check)
Semua pelajar dikehendaki menyiapkan tugasan masing-masing mengikut standard
profesionalisme diri yang tertinggi.
Setiap tugasan pelajar akan disemak melalui semakan keserupaan.
7. Ketidakpatuhan kepada integriti akademik akan berdasarkan bilangan patah perkataan / ayat /
perenggan yang diplagiat, ditiru dan/atau serupa.
8. Semua tugasan pelajar yang dikenal pasti terdapatnya ketidakpatuhan kepada integriti
akademik akan dikenakan hukuman pemotongan markah seperti berikut:
Ketidakpatuhan Kepada Integriti Akademik
% Potongan Markah
200

patah perkataan

10

201 400 patah perkataan

30

401 600 patah perkataan

50

601 800 patah perkataan

70

801

100

patah perkataan

Serahan tugasan lewat:


1. Pelajar adalah bertanggungjawab terhadap usaha melengkap dan menyerahkan tugasan
masing-masing mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
2. Tarikh serahan setiap komponen atau keseluruhan tugasan ada tercatat di muka hadapan
soalan tugasan pelajar.
3. Tugasan lewat akan dipotong 5% dari jumlah markah kerja kursus setiap hari selepas tarikh
serahan.
4. Tugasan akan disemak berdasarkan jumlah markah kerja kursus yang telah ditetapkan,
sebelum pemotongan markah serahan lewat dikenakan.
5. Sebagai contohnya, jika jumlah markah kerja kursus tersebut ialah 60%, maka pelajar akan
kehilangan 3 markah setiap hari (5% x 60). Oleh yang demikian, jika pelajar mendapat markah
semakan tugasan 48/60 dan serahan telah melewati 2 hari, pelajar tersebut akan mendapat
markah muktamad sebanyak 48 6 = 42 markah.
6. Berikut adalah jadual pemotongan markah mengikut jumlah markah kerja kursus masingmasing:

Bilangan
Hari Lewat

% markah yang dipotong mengikut


markah penuh kerja kursus berikut:
Kerja kursus = 100%

Kerja kursus = 60%

Kerja kursus = 50%

2.5

10

15

7.5

20

12

10

25

15

12.5

30

18

15

35

21

17.5

40

24

20

45

27

22.5

10

50

30

25

11

55

33

27.5

12

60

36

30

13

65

39

32.5

14

70

42

35

15

75

45

37.5

16

80

48

40

17

85

51

42.5

18

90

54

45

19

95

57

47.5

20

100

60

50

7. Pelajar tidak dibenarkan sama sekali menyerah tugasan baharu untuk pencapaian markah dan
gred yang lebih baik.
8. Pelajar yang tidak dapat menyerahkan tugasan mengikut tarikh serahan yang telah ditetapkan
di atas sebab sakit atau perkara rasmi perlu kemukakan surat sakit atau rasmi yang berkenaan.

Tugasan Yang Baik Harus Menunjukkan Nilai-Nilai Berikut:


1.
Pencarian maklumat yang tepat dan betul, menyenaraikan sumber rujukan mengikut
format APA adalah perlu.
2.
Penulisan yang disediakan harus mencerminkan penguasaan ilmu dan kemahiran
yang mendalam dan matang.
Kriteria Pentaksiran
Tugasan akan disemak berdasarkan rubrik pentaksiran yang disediakan.

Disediakan oleh:

Disemak oleh:

_______________________
(Nama: CHIA CHIOW MING)

____________________________________
(Nama: MOHD KHAMDANI BIN SAIRI, Ph.D.)

Pensyarah / Penyelaras Kursus

Pakar Bidang (SME) / Penyelaras Kursus /


Pensyarah Kanan

Disahkan oleh:

___________________________________
(Nama: ARIS FAZIL BIN HJ UJANG, Ph.D.)
Ketua Jabatan

Lampiran A:
50 SENARIO KECEDERAAN UNTUK PENULISAN ESEI (pilihan secara undian)
1. Sekumpulan pengakap telah menjumpai seorang nelayan di persisiran sebuah sungai kecil. Dia
kelihatan sukar bernafas, berpeluh dan berasa mual. Dia mengadu tentang suatu tekanan yang tidak
selesa di bahagian tengah dadanya.
2. Seorang budak dijumpai tidak sedar berdekatan dengan ranting sebatang pokok besar yang tumbang.
Kaki kanannya mengalami pendarahan dan terputar ke suatu sudut yang abnormal. Terdapat darah di
bahagian dada dan mukanya.
3. Anda dipanggil ke satu taman kejiranan di mana seorang kanak-kanak didapati rebah di atas pasir.
Kanak-kanak tersebut tidak memberi sebarang respons. Anda mengesahkan bahawa kanak-kanak
tersebut bernafas dan mempunyai denyutan nadi.
4. Anda tiba di tempat kejadian dan mendapati seorang wanita tidak sedar di atas tanah. Dia tidak
bernafas tetapi masih mempunyai denyutan nadi.
5. Anda dan rakan telah berespons kepada satu kes serangan jantung. Rakan anda telah memulakan
CPR, dan anda sedang tiba dengan AED. Semasa anda menghampiri, anda melihat rakan sedang
melakukan CPR ke atas seorang kanak-kanak berumur 6 tahun. Anda mendedahkan dadanya, dan
terlihat teg pengenalan perubatan MedicAlert@ di lehernya. yang menyatakan kanak-kanak ini
mempunyai masalah jantung.
6. Anda tiba di tempat kejadian di mana seorang pemburu telah tertembak dadanya secara tidak sengaja.
Dia berbaring dan terdapat darah mengalir keluar dari jaketnya. Dia tercungap-cungap untuk
mendapatkan udara. Apabila anda mendekatinya, anda terdengar bunyi melata dari sangkar rusuknya.
7. Anda tiba di satu pusat membeli-belah untuk membantu seorang lelaki berumur 78 tahun yang telah
tergelincir dan jatuh di pusat makanan. Semasa anda mendekatinya, anda melihat mangsa tersebut
sedar dan mempunyai lebam di lengannya. Dia berbaring di atas lantai dengan melipat lengannya di
atas dada dan sukar bernafas. Dia memandang anda apabila anda memperkenalkan diri tetapi tidak
dapat berespons secara lisan. Apabila anda bertanyakan soalan, dia hanya menggerakkan kepala dan
kelihatan binggung.
8. Anda telah dipanggil ke sebuah rumah selepas seorang ibu panik telah memanggil mengatakan
bayinya tidak bernafas. Ibu tersebut sedang memandikan bayinya, dan membiarkan bayi tersebut
bersendirian sekejap untuk mengambil tuala dari almari di bilik sebelah. Apabila dia tiba semula di bilik
mandi, muka bayi itu terendam di dalam air dan bayi tersebut tidak bergerak. Ibunya telah menarik
keluar bayi dari air dan menyerahkan bayi itu kepada anda sambil berkata buatlah sesuatu.
9. Seorang pendaki telah jatuh ke dalam satu rabung (ridge) yang curam. Sekumpulan pengakap telah
menjumpainya dalam keadaan satu kaki terlipat di bawah dirinya dan pergelangang kakinya kelihatan
cacat. Darah kelihatan memancut keluar dari satu luka di pergelangan tangan kirinya.
10. Pada suatu pagi semasa anda sedang memandu ke tempat kerja, anda melihat seorang murid telah
terjatuh dari basikalnya dan darah kelihatan mengalir dari kakinya yang parah. Semakin anda
menghampiri, anda mendapati basikal tersebut telah rosak teruk dan murid tersebut mengalami
beberapa luka dan meleset pada badannya.

11. Semasa bekerja di sebuah kedai mesin, seorang lelaki sedang memutarkan sekeping logam di atas
mesin larik (lathe). Bindu (chuck) tidak cukup ketat dan apabila mesin tersebut bersentuhan dengan
kepingan logam tersebut, logam itu terpelanting ke arah lelaki tersebut. Lelaki itu menaikkan tangan
untuk melindungi mukanya dan logam tersebut telah menyebabkan satu luka mendalam di belakang
lengannya.
12. Anda dipanggil ke sebuah restoran di mana seorang wanita mengalami keadaan tercekik. Pertolongan
cemas lanjutan sedang dalam perjalanan. Setibanya, anda mendapati wanita tersebut telah pergi ke
bilik air untuk mengelakkan malu. Wanita tersebut nampak hamil, pucat, bimbang dan bernafas dengan
bunyi tersedu-sedu.
13. Anda berespons kepada satu panggilan ke suatu kawasan tapak kerja di luar bandar, di mana seorang
pekerja sedang membakar serpihan bahan buangan dari bengkel. Semasa dia membuang beberapa
serpihan ke dalam api, tiba-tiba berlaku satu letupan. Satu tin semburan berkemungkinan telah
tercampur dengan serpihan bahan buangan yang dibakarnya. Dia terkena serpihan yang berterbangan
dan rebah ke tanah. Semasa anda mendekatinya, anda mendapati dia berbaring, bimbang dan dalam
kesakitan, dengan satu luka di kaki kirinya yang kelihatan berdarah tanpa berhenti.
14. Anda dipanggil ke tempat kejadian perlanggaran kenderaan angkat-susun (forklift) di mana seorang
pekerja, yang merupakan seorang remaja terkena hentakan di paha semasa memindahkan bahan dari
suatu tempat ke tempat lain. Anda mendapati remaja tersebut berbaring di atas tanah dengan sikunya
terjojol dan dalam kesakitan.
15. Ada dipanggil ke satu gedung di tempat kerja anda. Salah seorang rakan sekerja anda sedang cuba
menanggalkan sesuatu yang tersekat dari pembandela (baler) kadbod. Dia berjaya mengeluarkan
sekatan tersebut tetapi tidak sempat mengeluarkan tangannya menyebabkan tangannya terpotong. Dia
rebah ke lantai, sedar dan dalam keadaan sakit.
16. Anda dipanggil ke padang permainan di mana kaki seorang pemain ragbi telah dihentak dari hadapan.
Dia jatuh dan berbaring di tengah padang. Jurulatih ada bersama dia dan kebanyakan pemain dari
kedua-dua pasukan mengelilinginya.
17. Anda tiba di suatu tempat kejadian di mana seorang kanak-kanak berumur 13 tahun telah tergelincir
dan jatuh di atas lengannya. Lengan hadapannya kelihatan cacat dan dia dalam keadaan sakit yang
amat. Dia sedang duduk di atas lantai sambil memegang lengannya di dada.
18. Terdapat satu pergaduhan di sebuah kedai. Sebagai personel penguatkuasa, anda dan rakan telah tiba
untuk memantau keadaan di sana. Seorang lelaki sedang duduk di atas bangku sambil memegang
tangannya yang kelihatan lebam dan luka. Dia juga mempunyai luka di muka dan lengannya. Seorang
lagi lelaki duduk di kerusi sambil memegang mukanya. Rakan anda bergerak ke lelaki yang duduk di
atas bangku manakala anda bergerak ke lelaki yang duduk di atas kerusi. Apabila anda melihat
mukanya, anda dapati darah sedang mengalir dari mulut dan hidungnya. Dia juga mempunyai mata
yang lebam. Dia mendapati sukar untuk bercakap kerana rahangnya kelihatan cedera.
19. Seorang pemasang bumbung rumah sambil membawa sekotak peralatan terjatuh dari tangganya ke
tanah (5 meter ke bawah). Dia berbaring dan tidak bergerak, tetapi masih sedar. Semasa kotak
peralatan itu jatuh, sebatang paku telah menusuk matanya. Anda juga dapat melihat luka-luka kecil di
mukanya, dan terdapat cecair yang mengalir dari telinganya. Rakan-rakan sekerjanya bergegas turun
dari bumbung untuk melihat apa yang telah berlaku.
20. Seorang budak remaja telah ditikam di abdomennya. Dia berkeadaan sedar dan bernafas tanpa
sebarang kesukaran. Kulitnya kelihatan pucat dan berpeluh serta mengadu berasa dahaga. Anda
nampak darah mengalir keluar ke sisi tubuh badannya. Semasa anda mendekatinya, anda nampak satu
luka besar di atas pusatnya, dan terdapat satu organ yang terjojol keluar dari luka tersebut.

21. Seorang lelaki telah berjalan masuk ke sebuah hospital bahagian kecemasan untuk mendapatkan
rawatan. Sebilah pisau telah tercucuk ke dalam kepalanya dan hanya pemegangnya sahaja yang
kelihatan. Anda sedang bertugas di bahagian itu dan berjaya mendapatkan maklumat daripada mangsa
tentang kecederaannya.
22. Seorang kanak-kanak berumur 5 tahun sedang bersandar di pagar rumahnya apabila dia tergelincir dan
tercucuk dengan tiang besi. Sebatang tiang besi pagar telah menembusi kerongkong kanak-kanak
tersebut sedalam 5 cm. Dia bernasib baik kerana tiang besi tersebut tidak mengena saraf-saraf utama
leher dan kerongkong termasuk otaknya.
23. Seorang kanak-kanak didapati merayau-rayau dekat satu anak sungai, sambil menggumam (mumble)
bersendirian. Pakaiannya adalah basah dan dia sedang menggigil tanpa kawalan. Darah kelihatan
meleleh dari luka di bahagian kepalanya.
24. Anda tiba di satu selekoh jalan dan mendapati seorang kanak-kanak terlantar bersebelahan dengan
basikalnya. Terdapat satu wayar elektrik melingkari bahagian tayar belakang basikal tersebut.
25. Pada suatu hari seorang lelaki berumur 22 tahun yang bekerja di kedai basikal telah jatuh ke atas lantai
dan mula menggeletar tanpa kawalan. Lengan dan kakinya tergapai-gapai (flail) untuk tempoh masa
yang singkat, dan kemudiannya lembik dan berbaring di lantai tanpa sebarang respons. Setiba anda di
tempat kejadian, keadaan menggeletar mangsa pun berhenti.
26. Seorang lelaki sedang berdiri di sebuah perhentian bas, menunggu untuk pergi bekerja. Seorang wanita
menghampiri sambil bercakap sendiri seolah-olah satu perbualan beranimasi. Rambutnya kusut,
memakai sebelah kasut sahaja, dan baju panasnya tercemar dengan comot, dan dipakai separa.
Sambil melambai tangannya, wanita itu cuba berbual dengan lelaki tersebut. Apabila lelaki itu tidak
melayan, wanita itu terus menjerit dan menunjukkan penumbuk ke arahnya dalam keadaan resah.
Lelaki itu berjalan lebih jauh, mengeluarkan telefon dan meminta bantuan.
27. Anda tiba di suatu tempat kejadian serangan seksual, di mana anda menjumpai seorang wanita
berumur 24 tahun menangis dan merapatkan lututnya ke dada. Pakaiannya terkoyak, dan mempunyai
calar yang nyata di lengannya. Teman lelakinya juga telah tiba dan bercakap dengan pegawai
penguatkuasa undang-undang.
28. Anda tiba di suatu marina di mana anda melihat seorang kanak-kanak perempuan berumur 10 tahun,
berada 10 meter di luar dalam air. Kanak-kanak tersebut cuba sedaya upaya untuk memastikan
kepalanya berada di atas air. Terdapat sebuah bangunan kecil berdekatan yang mana semua peralatan
bot disimpan.
29. Seorang tukang masak wanita telah tergelincir di kafetaria tempat kerja anda. Semasa dia jatuh, dia
cuba mencapai sesuatu dan tangannya telah terkena pemegang sebuah periuk di atas dapur. Di dalam
periuk tersebut terdapat kentang yang sedang mendidih. Periuk tersebut melambung dari dapur dan air
didih di dalamnya telah terkena wanita tersebut menyebabkan dia melecur.
30. Seorang mangsa dijumpai duduk di bawah sebatang pokok. Dia memegang kakinya dan mengatakan
bahawa, Saya telah dipatuk oleh seekor ular! Di bahagian betisnya terdapat dua luka tersusuk,
berjarak 3 cm antaranya.
31. Anda dipanggil ke sekolah di mana seorang pelajar lelaki sedang mengalami satu rekasi alahan yang
serius dan telah menggunakan suntikan-atutomatik epinefrin yang diberikan oleh doktor. Pelajar
tersebut mempunyai teg pengenalan perbuatan MedicAlert@ di lehernya yang menyatakan dia
mempunyai alahan serius terhadap kekacang. Seorang pelajar lain yang duduk di sebelahnya dalam
kafe sedang makan biskut granola.

32. Isteri jiran memanggil anda kerana suaminya tidak sedarkan diri. Dia membawa anda ke dalam rumah
melalui pintu garaj. Anda membuka pintu dan mendapati enjin kereta masih hidup, berbau minyak dan
suaminya berbaring di atas tanah dalam keadaan tidak sedar tanpa sebarang kecederaan yang nyata.
33. Seorang pengakap yang sedang bertugas di sebuah projek konservasi pada suatu petang dalam cuaca
yang panas dan berkelembapan tinggi. Selepas bertugas, dia balik ke kem untuk bantu menyediakan
minum malam. Semasa berada di dapur, tiba-tiba dia berasa pening dan rasa hendak muntah, hilang
imbangan dan jatuh. Semasa dia jatuh, tangan dia telah tersentuh periuk yang mengandungi minyak
panas. Muka dia kelihatan pucat dan berlengas (clammy) serta berkeadaan kurang sedar.

34. Anda dipanggil ke satu kediaman di mana seorang kanak-kanak berumur 15 tahun risau tentang
datuknya yang telah terjatuh dan mengalami luka di kakinya. Semasa bertanya dengan kanak-kanak
tersebut, anda mendapati datuknya telah batuk lebih daripada biasa, dan adakalanya terdapat darah
pada tisu yang digunakannya. Kanak-kanak tersebut menganggap ini adalah disebabkan oleh umur
datuknya. Semasa anda mendekati datuknya, dia terbatuk berbahak-bahak.
35. Pada suatu hari panas terik, di kejohanan bola sepak lelaki senior, pemain sayap kanan mula berasa
demam. Dia berehat di luar padang beberapa minit untuk memulihkan pernafasannya yang kelihatan
lebih pantas berbanding hari biasa. Dia duduk di bangku dengan tangannya di kepala untuk cuba
menghentikan rasa pening.

36. Seorang juru seni taman sedang bertugas di laman pada suatu hari yang panas terik. Dia mula
mengalami sakit kepala dan beranggapan bahawa ini adalah disebabkan oleh kekurangan tidur. Dia
bekerja tanpa berhenti kerana terpaksa menyiapkan tugasnya dalam tempoh dua hari. Selepas 30
minit, dia mula berasa lemah dan pening dan perlu duduk. Semasa duduk, perutnya mula bergolak. Dia
mengeringkan peluh di dahinya dan mendapati dahinya sejuk apabila disentuh.
37. Rosie menghadiri satu kelas kemahiran hidup untuk orang dewasa yang mempunyai masalah
pembelajaran. Dia bercadang untuk menyediakan minuman teh untuk kawan-kawannya. Semasa
menyediakan teh, dia telah menuang air panas ke atas tangannya secara tidak sengaja.
38. Hardeep, seorang pekerja sosial sedang menghadiri satu konferens mengenai prosedur keselamatan
diri. Pada waktu rehat makan tengahari, semasa dia makan, dengan tiba-tiba dia mula tercungapcungap untuk bernafas dan sukar untuk bercakap.
39. Satu perlawanan bola sepak amal telah diadakan oleh pihak PIBG sekolah untuk mengutip dana bagi
hospis kanak-kanak. Semasa mengejar bola, Gordon mengalami kesukaran bernafas dan mula
berdehit (wheezing) dan batuk.
40. Mary meninggalkan ibunya berseorang di dapur apabila dia pergi menjawab panggilan telefon. dia
terdengar satu jeritan kuat dan bergegas ke dapur, dan mendapati ibunya telah tertumpah air didih dari
cerek ke atas kakinya, yang semakin merah.
41. Harjit sedang bekerja di atas sebuah tangga mengecat rumahnya. Tiba-tiba kedengaran satu bunyi dan
isterinya bergegas lari ke luar rumah dan mendapati Harjit berbaring di atas tanah tanpa sebarang
pergerakan.
42. Gavin sedang berjalan di pantai tanpa memakai kasutnya. Dia mengalami kecederaan luka akibat
terpijak sekeping kaca. Darah kelihatan keluar dari kaki yang cedera itu.
43. Habika sedang berjalan ke perpustakaan apabila dia nampak satu kemalangan jalan raya berlaku.
Walaupun itu kemalangan kecil, Habika mula berasa pucat dan rebah.
44. Lyn sedang menikmati harinya di sebuah taman tema dengan rakan-rakan, apabila dia jatuh dari
ayunan dan mengena kepalanya. Dia berbaring di atas tanah tanpa sebarang pergerakan.

45. Majlis perbandaran menawarkan satu kursus renang percuma di pusat rekreasinya. Jessica, seorang
perenang lemah, terjatuh ke bahagian dalam kolam tersebut. Apabila dikeluarkan dari kolam, dia
kelihatan kebiruan dan tidak bergerak.
46. Bill ialah seorang pesara yang meminati perkebunan (gardening). dia bercadang untuk menebang
sebatang pokok. Seorang jirannya terdengar dia menjerit dan bergegas keluar dan mendapati di
terbaring bersebelahan dengan gergajinya.
47. Sam sedang bermain hoki di kelabnya. Semasa bermain, Sam terkena bola hoki di kepala dan rebah.
48. Nadine sedang berlari dan tiba-tiba mengalami kesesakan nafas dan berhenti. Dia terus berdehit
(wheezing), batuk dan mendapati sukar untuk bernafas.
49. Patel berada di luar dan disengat oleh seekor lebah di pipinya. Mukanya mula bengkak dan
menghadapi kesukaran bernafas.
50. Peter sedang meraikan hari jadi ke-18 bersama keluarganya di sebuah retoran. Semasa makan, dia
mula batuk tanpa berhenti. Dia mengalami kesukaran bercakap dan mukanya sangat merah.

Lampiran B:

Markah

Cemerlang
CemerlangAmat Tahap

RUBRIK PENTAKSIRAN PENULISAN ESEI (30%)

Deskriptor

25 30

19 24

7 12
16

13 18

Lulus
Lemah

Kepujian

Kebolehan yang terpuji dalam menguasai maksud dan menginterpretasi maklumat serta
bersedia secara mental, fizikal, dan emosi untuk menggunakan pengetahuan dan kefahaman
yang berkaitan dengan konsep dan prinsip asas pertolongan cemas yang berkaitan dengan
kecederaan (aspek pengenalan). (C2, P2, PLO1)
Mempamerkan kemahiran yang terpuji dalam menyelesaikan masalah (aspek mentaksir
Kebolehan yang cemerlang dalam menguasai maksud dan menginterpretasi maklumat serta
bersedia secara mental, fizikal, dan emosi untuk menggunakan pengetahuan dan kefahaman
yang berkaitan dengan konsep dan prinsip asas pertolongan cemas yang berkaitan dengan
kecederaan (aspek pengenalan). (C2, P2, PLO1)
Mempamerkan kemahiran yang cemerlang dalam menyelesaikan masalah (aspek mentaksir
Kebolehan yang baik dalam menguasai maksud dan menginterpretasi maklumat serta
bersedia secara mental, fizikal, dan emosi untuk menggunakan pengetahuan dan kefahaman
yang berkaitan dengan konsep dan prinsip asas pertolongan cemas yang berkaitan dengan
kecederaan (aspek pengenalan). (C2, P2, PLO1)
Mempamerkan kemahiran yang jelas dalam menyelesaikan masalah (aspek mentaksir situasi
Kebolehan yang sederhana dalam menguasai maksud dan menginterpretasi maklumat serta
kurang bersedia secara mental, fizikal, dan emosi untuk menggunakan pengetahuan dan
kefahaman yang berkaitan dengan konsep dan prinsip asas pertolongan cemas yang
berkaitan dengan kecederaan (aspek pengenalan). (C2, P2, PLO1)
Mempamerkan kemahiran yang sederhana dalam menyelesaikan masalah (aspek mentaksir
Kebolehan yang lemah dalam menguasai maksud dan menginterpretasi maklumat serta tidak
bersedia secara mental, fizikal, dan emosi untuk menggunakan pengetahuan dan kefahaman
yang berkaitan dengan konsep dan prinsip asas pertolongan cemas yang berkaitan dengan
kecederaan (aspek pengenalan). (C2, P2, PLO1)
Mempamerkan kemahiran yang lemah dalam menyelesaikan masalah (aspek mentaksir
Lampiran C:

RUBRIK PENTAKSIRAN UJIAN AMALI PEMULIHAN KARDIOPULMONARI (10%)


Nama Pelajar: _____________________________________

Kumpulan: ___________
/X

PROSEDUR

0 / 0.5 / 1

1. Menilai keselamatan situasi sebelum merawat mangsa. (C4, A4)


2. Membuka kit pertolongan cemas dan memakai sarung tangan steril: (PLO3, PLO8)
3. Memeriksa respons mangsa dengan menepuk bahu mangsa secara perlahan,
menjerit Adakah anda OK? (C4, A4)
4. Meminta orang awam mendapatkan bantuan perubatan dan menelefon 999. (C4,
A4)
5. Melengkapkan kesemua langkah berikut dengan: (PLO3, PLO8)
a. memerhati kenaikan bahagian dada mangsa
b. mendengar pernafasan mangsa
c. merasa pernafasan mangsa pada pipi
Penilai akan mengata: Tidak bernafas. atau Pernafasan tidak normal.
6. Memeriksa nadi mangsa dengan: (CTPS5, EM1)
a. mengenal pasti trakea dengan 2 atau 3 jari.
b. meletakkan jari-jari di antara trakea dan otot leher untuk menentukan nadi
karotid.
c. merasa nadi selama 5 saat tetapi tidak lebih 10 saat.
Penilai akan mengata: Tiada denyutan nadi.
7. Memulakan kompresi dada dengan: (CTPS5, EM1)
a. berkedudukan melutut di sebelah mangsa.
b. memastikan mangsa berbaring rata di atas permukaan yang rata.
c. meletakkan satu tapak tangan (bahagian bertulang) di tengah dada mangsa, di
atas sebelah bawah tulang sternum.
d. meletakkan tapak tangan kedua (bahagian bertulang) di atas tangan pertama
dan memanca jari-jarinya.
e. meluruskan siku dan bahu berkedudukan di atas dada mangsa.
f. menolak dengan kuat dan pantas (kompresi sedalam 5 cm/3 cm untuk bayi,
pada kadar 100/minit). Kiraan 30 kali dapat didengar dengan jelas dan tepat.
g. melepaskan tolakan sepenuhnya di akhir setiap kompresi untuk memastikan
dada mangsa naik sepenuhnya.
8. Memberi hembusan nafas dengan: (CTPS5, EM1)
a. meletakkan alat mulut ke topeng/pelapik ke atas mulut mangsa dalam
kedudukan yang betul dan tepat.
b. meletakkan dua jari di bahagian bertulang dagu mangsa dan naikkan dagunya.
c. meletakkan tapak tangan di atas kepala mangsa dan mendongakkan kepala
mangsa.
d. memberikan dua hembusan nafas dalam tempoh satu saat untuk menaikkan
dada mangsa.
9. Meneruskan kitaran 30 kompresi dan 2 hembusan nafas dengan gangguan
minimum sehingga bantuan perubatan tiba. (CTPS5, EM1)
10. Menanggalkan sarung tangan steril dan membuangkannya ke dalam beg
biohazard. (PLO3, PLO8)
JUMLAH MARKAH
Tandatangan Penilai: _________________________
Nama Penilai: _____________________________________________ Tarikh: ________________

Lampiran D (i):

RUBRIK PENTAKSIRAN UJIAN AMALI PENGURUSAN KECEDERAAN (10%)


(TERCEKIK)
Nama Pelajar: _____________________________________

Kumpulan: ___________
@X

PROSEDUR

0 @ 0.5 @ 1
markah

1. Memerhati sama ada mangsa menunjukkan tanda-tanda halangan saluran


nafas yang serius. (C3, CS8)
2. Menanya mangsa sama ada dia tercekik atau tidak. (C3, CS8)
* Mangsa hanya mengangguk kepala dan tidak boleh bercakap.
3. Meminta orang awam mendapatkan bantuan perubatan dan menelefon 999.
(PLO7, PLO9)
4. Memperkenalkan diri dan memohon kebenaran untuk membantu. (PLO7,
PLO9)
* Mangsa hanya mengangguk kepala dan tidak boleh bercakap.
5. Berdiri di belakang mangsa dan memeluk pinggang mangsa dengan keduadua belah tangan. (KK1, LS1)
6. Membentuk satu genggaman dengan satu tangan. (KK1, LS1)
7. Meletakkan bahagian ibu jari genggaman ke atas abdomen mangsa, di garis
tengah, di antara pusat (atas sedikit) dan tulang dada/rusuk (bawah). (KK1,
LS1)
8. Pegang genggaman dengan sebelah tangan dan lakukan simulasi tarikan
genggaman ke dalam abdomen mangsa dengan tekanan yang kuat dan
pantas. (JANGAN lakukan tekanan abdominal yang sebenar ke atas mangsa
dalam ujian amali ini.) (KK1, LS1)
9. Ulang tarikan sehingga objek dikeluarkan dari saluran nafas. (KK1, LS1)
* Penilai akan menyatakan, "Objek sudah keluar."
10. Berkomunikasi dengan mangsa sepanjang tempoh bantuan supaya mangsa
berasa selamat dan yakin. (PlO7, PLO9)
JUMLAH MARKAH
Tandatangan Penilai: _________________________
Nama Penilai: _____________________________________________ Tarikh: ________________

Lampiran D (ii):
RUBRIK PENTAKSIRAN UJIAN AMALI PENGURUSAN KECEDERAAN (10%)
(PENDARAHAN DAN KEJUTAN)
Nama Pelajar: _____________________________________

Kumpulan: ___________

@X

PROSEDUR

0 @ 0.5 @ 1
markah

1. Menilai keselamatan situasi sebelum merawat mangsa. (C3, CS8)


2. Membuka kit pertolongan cemas dan memakai sarung tangan steril: (PLO7,
PLO9)
3. Memeriksa respons dan pernafasan mangsa. (C3, CS8)
4. Memperkenalkan diri dan memohon kebenaran untuk membantu. (PLO7,
PLO9)
* Mangsa mengangguk kepala sebagai persetujuan untuk rawatan.
5. Taksir situasi dengan pantas. (Tanya apa yang telah berlaku, kenal pasti
pendarahan). (PLO7, PLO9)
6. Panggil Perkhidmatan Perubatan Kecemasan dan nyatakan: (PLO7, PLO9)
a. Nama pemanggil, lokasi, nombor telefon.
b. Situasi, bilangan dan keadaan mangsa.
c. Tamatkan panggilan bila disuruh oleh pihak perubatan.
* Penilai menyatakan tamatkan panggilan.
7. Buatkan balutan pada luka dan berikan tekanan terus. (KK1, LS1)
(Maklumkan secara lisan bahawa tekanan terus telah diberi selama satu
minit).
8. Lepaskan tekanan terus secara perlahan. (KK1, LS1)
* Penilai menyatakan, "Pendarahan belum berhenti."
9. Tambah balutan dan tekan lebih kuat. (KK1, LS1)
(Maklumkan secara lisan bahawa tekanan terus telah diberi selama satu
minit).
10. Lepaskan tekanan terus secara perlahan. (KK1, LS1)
* Penilai menyatakan, "Tiada lagi pendarahan."
11. Balutkan satu pembebat ke atas balutan dengan kemas supaya dapat
mengekalkan balutan yang telah disediakan. (KK1, LS1)
* Penilai menyatakan, "Mangsa kelihatan kekelabuan, sejuk dan berlengas.
12. Rawat mangsa untuk kejutan. (KK1, LS1)
a. Bantu mangsa berbaring.
b. Selimutkan mangsa supaya hangat.
JUMLAH MARKAH
Tandatangan Penilai: _________________________
Nama Penilai: _____________________________________________ Tarikh: ________________
Lampiran D (iii):
RUBRIK PENTAKSIRAN UJIAN AMALI PENGURUSAN KECEDERAAN (10%)
(PATAH TERBUKA)
Nama Pelajar: _____________________________________
PROSEDUR
1. Menilai keselamatan situasi sebelum merawat mangsa. (C3, CS8)
2. Membuka kit pertolongan cemas dan memakai sarung tangan steril: (PLO7,

Kumpulan: ___________
@X

0 @ 0.5 @ 1
markah

PLO9)
3. Memeriksa respons dan pernafasan mangsa. (C3, CS8)
4. Memperkenalkan diri dan memohon kebenaran untuk membantu. (PLO7,
PLO9)
* Mangsa mengangguk kepala sebagai persetujuan untuk rawatan.
5. Taksir situasi dengan pantas. (Tanya apa yang telah berlaku, kenal pasti
anggota yang luar biasa akibat cedera). (PLO7, PLO9)
6.
a.
b.
c.

Panggil Perkhidmatan Perubatan Kecemasan dan nyatakan: (PLO7, PLO9)


Nama pemanggil, lokasi, nombor telefon.
Situasi, bilangan dan keadaan mangsa.
Tamatkan panggilan bila disuruh oleh pihak perubatan.
* Penilai menyatakan tamatkan panggilan.

7. Tutup luka terbuka dengan satu balutan yang bersih. (KK1, LS1)
8. Letak satu beg plastik berisi air dan ais, atau satu pak sejuk, ke atas kawasan
cedera dengan satu tuala di antara beg ais dan kulit. (KK1, LS1)
9. Sediakan satu penganduh (splint) dari bahan yang bersesuaian untuk
mengehadkan pergerakan anggota yang cedera. (KK1, LS1)
10. Letak penganduh supaya dapat menyokong sendi di atas dan di bawah
anggota yang cedera. (Bersesuaian dengan lokasi kecederaan). (KK1, LS1)
11. Ikat penganduh ke bahagian tubuh yang cedera dengan pita, kasa atau kain
dengan kemas supaya dapat menyokong anggota yang cedera. (KK1, LS1)
12. Elak meluruskan anggota tubuh ATAU menggerakkan tulang patah yang
terjojol. (KK1, LS1)
13. Periksa supaya penganduh tidak terlalu ketat dengan memasukkan dua jari
antara penganduh dan anggota yang cedera. (KK1, LS1)
JUMLAH MARKAH
Tandatangan Penilai: _________________________
Nama Penilai: _____________________________________________ Tarikh: ________________
Lampiran D (iv):
RUBRIK PENTAKSIRAN UJIAN AMALI PENGURUSAN KECEDERAAN (10%)
(LUKA TERBAKAR)
Nama Pelajar: _____________________________________
PROSEDUR
1. Menilai keselamatan situasi sebelum merawat mangsa. (C3, CS8)
2. Membuka kit pertolongan cemas dan memakai sarung tangan steril: (PLO7,
PLO9)
3. Memeriksa respons dan pernafasan mangsa. (C3, CS8)
4. Memperkenalkan diri dan memohon kebenaran untuk membantu. (PLO7,
PLO9)
* Mangsa mengangguk kepala sebagai persetujuan untuk rawatan.
5. Taksir situasi dengan pantas. (Tanya apa yang telah berlaku, kenal pasti

Kumpulan: ___________
@X

0 @ 0.5 @ 1
markah

anggota yang luar biasa akibat cedera). (PLO7, PLO9)


6.
a.
b.
c.

Panggil Perkhidmatan Perubatan Kecemasan dan nyatakan: (PLO7, PLO9)


Nama pemanggil, lokasi, nombor telefon.
Situasi, bilangan dan keadaan mangsa.
Tamatkan panggilan bila disuruh oleh pihak perubatan.
* Penilai menyatakan tamatkan panggilan.

7. LUKA TERBAKAR TAHAP SATU, DUA ATAU TAHAP TIGA YANG SERIUS
(KK1, LS1)
a. Gunakan pembalut steril tak melekat dan kering untuk menutup kawasan
yang cedera.
b. JANGAN cuba menanggalkan apa-apa bahan pakaian yang melekat pada
kawasan yang terbakar.
c. Tinggikan tangan, kaki atau lengan jika terkena kebakaran atau kepala jika
mangsa mempunyai luka terbakar di muka, atau mengalami kesesakan
nafas.
* Penilai menyatakan, "Mangsa kelihatan kekelabuan, sejuk dan berlengas.
8. Rawat mangsa untuk kejutan. (KK1, LS1)
a. Bantu mangsa berbaring.
b. Selimutkan mangsa supaya hangat.
JUMLAH MARKAH
Tandatangan Penilai: _________________________
Nama Penilai: _____________________________________________ Tarikh: ________________
Lampiran D (v):

RUBRIK PENTAKSIRAN UJIAN AMALI PENGURUSAN KECEDERAAN (10%)


(KECEMASAN BERKAITAN KEPANASAN)
Nama Pelajar: _____________________________________
PROSEDUR
1. Menilai keselamatan situasi sebelum merawat mangsa. (C3, CS8)
2. Membuka kit pertolongan cemas dan memakai sarung tangan steril: (PLO7,
PLO9)
3. Memeriksa respons dan pernafasan mangsa. (C3, CS8)
4. Memperkenalkan diri dan memohon kebenaran untuk membantu. 9PLO7,
PLO9)
* Mangsa mengangguk kepala sebagai persetujuan untuk rawatan.
5. Taksir situasi dengan pantas. (Tanya apa yang telah berlaku). (PLO7, PLO9)
6. Perhatikan mangsa dengan cermat untuk melihat tanda dan simptom
pendedahan kepada haba. Maklumat boleh didapati terus daripada mangsa
atau pemerhati. (C3, CS8)
7.
a.
b.
c.

Panggil Perkhidmatan Perubatan Kecemasan dan nyatakan: (PLO7, PLO9)


Nama pemanggil, lokasi, nombor telefon.
Situasi, bilangan dan keadaan mangsa.
Tamatkan panggilan bila disuruh oleh pihak perubatan.

Kumpulan: ___________
@X

0 @ 0.5 @ 1
markah

* Penilai menyatakan tamatkan panggilan.


8. KELESUAN HABA atau STROK HABA: (KK1, LS1)
a. Baringkan mangsa di tempat yang sejuk (jia boleh).
b. Tanggalkan pakaian mangsa, seberapa banyak yang boleh.
c. Sejukakan mangsa dengan semburan air sejuk atau kain lembab di atas
dahi, leher dan aksila (ketiak) mangsa.
* Penilai menyatakan, Mangsa sedar.
d. Berikan jus, minuman isotonik atau air untuk dihirup oleh mangsa.
e. Jika mangsa mengadu hendak muntah atau berasa mual, berhentikan
pemberian cecair.
JUMLAH MARKAH
Tandatangan Penilai: _________________________
Nama Penilai: _____________________________________________ Tarikh: ________________

Lampiran E:
CONTOH KAD PENGURUSAN KECEDERAAN

KAD PENGURUSAN
KECEDERAAN

KAD PENGURUSAN
KECEDERAAN

TERCEKIK

PENDARAHAN
& KEJUTAN

KAD PENGURUSAN
KECEDERAAN

KAD PENGURUSAN
KECEDERAAN

PATAH
TERBUKA
DI HUMERUS

PATAH
TERBUKA
DI TIBIA

KAD PENGURUSAN
KECEDERAAN

KAD PENGURUSAN
KECEDERAAN

STROK HABA

TERBAKAR
TAHAP 3

KAD PENGURUSAN
KECEDERAAN

KAD PENGURUSAN
KECEDERAAN

KELESUAN
HABA

TERBAKAR
TAHAP 1

Lampiran F:
RUBRIK PENTAKSIRAN PEMBENTANGAN KUMPULAN (10%)
Nama Pelajar: _____________________________________

Kumpulan: ___________

Nama Pelajar: _____________________________________

Kumpulan: ___________

Nama Pelajar: _____________________________________

Kumpulan: ___________

ASPEK

4
Mempamerkan
keupayaan,
kesungguhan
serta
tanggungjawab
sebagai satu
kumpulan semasa
membuat
pembentangan.
Pembentang
menunjukkan
keilmuan yang
tinggi dengan
menjawab semua
soalan dengan
huraian yang
mendalam.
Pembentangan
maklumat dalam
turutan yang
logikal, menarik
dan dapat diikuti
oleh rakan.
Pembentang
menggunakan
suara dan sebutan
perkataan yang

ORGANISASI
(PLO5, PLO8)

Tidak
mempamerkan
tanggungjawab
sebagai satu
kumpulan
semasa
membuat
pembentangan.

Mempamerkan
tanggungjawab
sebagai satu
kumpulan
semasa
membuat
pembentangan.

Mempamerkan
keupayaan dan
kesungguhan
sebagai satu
kumpulan semasa
membuat
pembentangan.

KEILMUAN
(P5, A5)

Pembentang
tidak yakin
dengan
maklumat dan
tidak dapat
menjawab soalan
yang
dikemukakan.
Pembentangan
tidak dapat
difahami kerana
tiada turutan
maklumat.

Pembentang
kurang yakin
dengan
maklumat tetapi
boleh menjawab
soalan mudah.

Pembentang
yakin menjawab
soalan tetapi tidak
berjaya
menghurai
dengan baik.

Pembentangan
sukar difahami
kerana turutan
maklumat
bercampur-aduk.

Pembentang
menggumam,
salah sebut
perkataan dan

Suara
pembentang
lemah dan ada
perkataan yang

Pembentangan
mudah difahami
kerana maklumat
disampaikan
dalam turutan
yang logikal.
Pembentang
menggunakan
suara dan
sebutan

KELANCARA
N (P5, A5)

KEJELASAN
(P5, A5)

SKOR

INSAHNIAH
(TS1, EM3)

sukar didengar
oleh rakan.
Kumpulan tidak
prihatin
terhadap
pembentangan.

salah disebut.
Kumpulan
kurang prihatin
terhadap
pembentangan
kepada rakanrakan sekelas.

perkataan yang
jelas dan betul.
Kumpulan
prihatin dan
bertanggungjawa
b terhadap
pembentangan
kepada rakanrakan sekelas.

jelas, betul dan


tepat.
Kumpulan sangat
prihatin dan
bertanggungjawab
terhadap
pembentangan
kepada rakanrakan sekelas.

JUMLAH SKOR (20%)


WAJARAN (10%)

Tandatangan Penilai: _________________________


Nama Penilai: _____________________________________________ Tarikh: ________________

JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS, KUALA LUMPUR
TUGASAN KERJA KURSUS
(INDIVIDU DAN BERKUMPULAN)
SEMESTER: 1 (JUN NOVEMBER)

TAHUN: 2 (2016)

PKES3053
PERTOLONGAN CEMAS
DISEDIAKAN OLEH:

NAMA PELAJAR:
MYKAD PELAJAR:
PROGRAM:

PISMP AMBILAN JUN 2015

KUMPULAN AKADEMIK:

ANGKA GILIRAN:

G3.6 / G3.7

PENSYARAH:

ENCIK CHIA CHIOW MING / DR MOHD KHAMDANI BIN SAIRI


TUGASAN

TARIKH HANTAR:

PENULISAN ESEI

29 OGOS 2016
BILANGAN HARI
=

SERAHAN LEWAT

TARIKH DITERIMA:

(kosongkan bahagian ini)

MARKAH SEMAKAN TUGASAN KERJA KURSUS


PERTOLONGAN CEMAS (PKES3053)
PISMP AMBILAN JUN 2015 (G3.6 & G3.7)
SEMESTER 1 (JUN NOVEMBER) TAHUN 2 (2016)
BIL
1

TUGASAN

MARKAH

PENULISAN ESEI (30%)


PEMOTONGAN MARKAH SERAHAN LEWAT (JIKA ADA)

TUGASAN 1: PENULISAN ESEI (30%)

(i) UJIAN AMALI PEMULIHAN KARDIOPULMONARI (10%)


(ii) UJIAN AMALI PENGURUSAN KECEDERAAN (10%)

TUGASAN 2: UJIAN AMALI (20%)

PEMBENTANGAN KUMPULAN (10%)

JUMLAH KESELURUHAN (60%)

Disahkan oleh:

EN CHIA CHIOW MING


PENYELARAS KERJA KURSUS
PERTOLONGAN CEMAS (PKES3053)
2016

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS


BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS (TUGASAN)
Nama Pelajar:

Angka Giliran Pelajar:

Tajuk Tugasan: TUGASAN 1: PENULISAN ESEI


Pensyarah:

Kursus: PERTOLONGAN CEMAS

Tarikh Hantar:

Tarikh Diterima (diisi oleh pensyarah):

Pengakuan Pelajar
Saya mengaku bahawa tugasan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan: _______________________
(
)

Tarikh: ______________

Perincian Maklum Balas Tugasan:


Pemeriksa

Moderator (jika berkaitan)

Kekuatan:

Kekuatan:

Aspek yang boleh diperbaiki:

Aspek yang boleh diperbaiki:

Tandatangan:
Tarikh:
Tandatangan:
Pengesahan pelajar terhadap maklum balas yang diberikan oleh pensyarah.

Tarikh:

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami.
Catatan (jika ada)

Tandatangan Pelajar:

Tarikh: