Anda di halaman 1dari 2

Taman Permainan

Taman permainan di Taman Sepakat bersih. Penduduk Taman ini sedar


tentang kepentingan persekitaran yang bersih. Udara di situ segar dan
pemandangannya cantik, kawasan taman yang bersih dapat memberikan
keselesaan kepada pengunjung.

sekeliling taman permainan ini telah

ditanami pepohon yang rendang dan menghijau.


Di taman permainan ini terdapat pelbagai kemudahan seperti pondok
rehat, bangku, tong sampah, pondok telefon awam, trek joging dan padang
yang luas. Di taman ini juga terdapat alat permainan seperti jongkangjongket, papan gelongsor, buaian, dan palang besi. Ramai kanak-kanak suka
menghabiskan masa lapang mereka di sini.
Pada setiap petang, penduduk Taman Sepakat akan mengambil angin
di taman permainan ini. Kanak-kanak suka menunggang basikal dan kasut
roda di taman permainan ini.

Kanak-kanak yang masih kecil pula suka

bermain papan gelongsor dan jongkang-jongket. Seperti biasa, orang tua


akan bersembang di bawah pokok yang rendang sambil memerhatikan kami.
Pada waktu senja, suasana di taman permainan begitu meriah dengan
suara gelak ketawa kanak-kanak. Di taman permainan inilah tempat
beriadah dan bersuka ria bagi penduduk Taman Sepakat. Dengan adanya
taman permainan ini, mereka boleh mengisi masa senggang mereka dengan
melakukan aktiviti yang berfaedah di samping mengeratkan hubungan
penduduk setempat.
Penduduk Taman Sepakat sentiasa menjaga kebersihan dan keceriaan
taman permainan ini. Mereka akan membuat gotong-royong setiap hujung
minggu.