Anda di halaman 1dari 1

SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU

BMM3112

Rumusan
Memilih kata yang sesuai digunakan dalam perbualan bukanlah sesuatu yang
mudah. Oleh itu, pilihan kata atau diksi perlulah sesuai dengan konteks. Dalam hal
ini ilmu semantik amat berguna bagi membantu penutur memilih kata dan ayat yang
betul dalam perbualan. Kita kadangkala memilih untuk menggunakan konotasi
dibandingkan dengan memilih denotasi. Namun demikian, jika kata itu mengandungi
konotasi yang salah, ia boleh menyebabkan kesalafahaman atau kesalahtanggapan
pada pihak pendengar.
Selain itu, ada kata yang dianggap sopan dan ada kata yang dianggap kasar,
malah ada kata tertentu yang dianggap salah jika digunakan pada orang-orang
tertentu. Kata mengandung, hamil, dan bunting mempunyai nilai emotif dan
digunakan pada orang yang tertentu. Demikian juga jika kita berkata Diam! Jangan
bising! bermakna orang yang kita hadapi itu mempunyai status yang sama atau
lebih rendah daripada kita. Sebaliknya, jika kita berkata Tuan-tuan dan puan-puan
diminta bertenang bermakna orang yang kita hadapi itu dianggap sedarjat tingkat
sosialnya.
Secara kesimpulannya, setiap teori dalam kajian semantik mempunyai
kelebihannya yang tersendiri. Namun begitu, rumusan yang dapat dibuat semasa
melakukan kajian teori semantik, iaitu menggunakan teori imejan dalam memberikan
makna sesuatu kata mengikut imej yang hadir di dalam minda kita. Teori imejan
merupakan teori yang hanya dapat memberikan makna sesuatu kata berdasarkan
kefahaman seseorang berkaitan dengan imej kata atau gambaran dalam proses
memberi makna kepada perkataan tersebut.
Namun

demikian,

terdapat kelemahan

dalam

teori

ini

yang

hanya

menggunakan imej sebagai pengukur makna perkataan. Hal ini kerana pendapat
atau gambaran seseorang dengan individu yang lain amatlah berbeza dari segi
pemberian makna.

BMM3112

SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU