Anda di halaman 1dari 3

Kuah Sambal Tumis

Bahan bahan:
10 cili kering
3 ulas bwg merah
1 biji bwg besar
1/2 labu bwg putih
1/2 inci halia
200 gm santan pekat
3 batang serai - ketuk
2 keping asam keping
1 1/2 sb gula
2 sk garam bukit halus
2 sb budu
Minyak masak - agak banyak
Cara cara:
Kisar cili, bawang bawang dan halia.
Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Masukkan 1 1/2 cawan air. Masukkan
santan. Sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul.
Masukkan serai, asam. Bila mendidihkan masukkan budu dan gula. Rasakan
sebelum dimasukkan garam supaya tidak terlebih masin. Kacau sehingga pecah
minyak dan bolehlah ditutup api.
Nota:
Kuah biar pekat dan masin sedikit.

Sambal Ikan
Bahan bahan:
1 biji kelapa parut - goreng api perlahan supaya tidak keperangan & tumbuk
kasar
7 ekor ikan sardin - rebus, ambil isi & tumbuk
5 ulas bawang merah
5 batang serai
2 1/2 sb gula
2 1/2 sk garam
Cara cara:
Tumbuk serai hingga hancur dan masukkan bawang merah. Tumbuk lagi.
Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Masukkan isi ikan yang telah ditumbuk dan kelapa goreng yang telah ditumbuk.
Gaul rata rata.

Sesuaikan rasa dan sedia untuk dihidangkan.


Nota:
Kena manis sikit baru sedap. Saya suka makan sambal kelapa ini dengan nasi
impit. Atau ditabur atas nasi dagang.

Sambal Cili
1/2 kg cili - basuh
Garam
Gula
Belacan
Asam jawa
Limau nipis/cuka
Kisar kesemuanya.

Ulam ulaman
Kubis
Timun
Kacang panjang
Daun kesum
Bunga kantan

Nasi
5 1/2 pot beras
Air secukupnya
Pewarna kuning (atau guna 7 kuntum bunga telang utk nasi kerabu berwarna
biru)
2 helai daun pandan
Masak nasi menggunakan rice cooker seperti biasa.

Bahan lain:
Keropok goreng
Telur masin
Bawang putih jeruk

Daging Bakar Kelantan


Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1 kg daging
2 inci halia
1 inci kunyit
1 inci lengkuas

5 biji cili kering


3 biji bawang besar
2 sb jintan putih
1 sb jintan manis
6 batang serai
2 1/2 sb gula pasir (lagi sedap guna gula Melaka)
11/2 sb garam
Cara cara:
Basuh daging dan tos dalam 2 jam supaya air benar benar kering.
Kisar semua dengan menggunakan sedikit sahaja air untuk menggerakkan
blender.
Perap selama 2-3 jam sebelum daging dibakar di atas dapur arang. Semasa
dibakar, renjiskan sedikit minyak. Selepas masak, hiriskan daging nipis nipis dan
dihidangkan dengan nasi kerabu.
Boleh dicicah dengan sos lada hitam.

Anda mungkin juga menyukai