Anda di halaman 1dari 5

Kewujudan Tekanan Udara

1. Teori kinetik gas menyatakan bahawa :

a)Semua jirim termasuk udara terdiri daripada zarah-zarah kecil yang sentiasa bergerak. b)Molekul gas adalah sentiasa bergerak bebas dan

sentiasa berlanggar dengan permukaan objek/ dinding bekasnya

2. .Kekerapan perlanggaran antara molekul udara terhadap dinding bekasnya akan menghasilkan daya yang menolak terhadap dinding bekas tersebut.

3. Tekanan/ daya ini dipanggil tekanan udara.

4. Menurut saintis, tekanan udara adalah daya per unit luas kawasan (force per unit area).

5. Tekanan udara meningkat jika kekerapan perlanggaran antara molekul gas dan dinding bekasnya meningkat.

Eksperimen yang menunjukkan bahawa udara mempunyai tekanan Eksperimen 1

menunjukkan bahawa udara mempunyai tekanan Eksperimen 1 1. Sebiji gelas diisi dengan air sehingga ia penuh.

1. Sebiji gelas diisi dengan air sehingga ia penuh.

2. Permukaan gelas tersebut kemudiannya ditutup dengan sekeping kad.

3. Semasa memegang kad, kaca terbalik dengan cepat.

4. Apabila tangan yang memegang kad ditarik, air tidak mengalir keluar dari gelas.

Eksperimen 2

Eksperimen 2 1. Sebuah tin yang berisi air sedikit dipanaskan sehingga air mendidih. 2. Mulut tin

1. Sebuah tin yang berisi air sedikit dipanaskan sehingga air mendidih.

2. Mulut tin kemudiannya ditutup rapat/ketat dan seterusnya air sejuk dicurahkan ke atas tin tersebut.

3. Apabila air mula mendidih, molekul stim menolak molekul udara keluar dari tin tersebut.

4. Apabila mulut tin tersebut ditutup rapat dan dicurahkan dengan air sejuk, stim di dalam tin akan memeluwap / terkondensasi menjadi air.

5. Ini menyebabkan tekanan udara di dalam tin menjadi lebih rendah daripada tekanan udara di luar tin.

6. Akibatnya, dinding tin ditolak ke dalam oleh tekanan udara di luar tin sehingga ia menjadi kemik.

Eksperimen 3

tin. 6. Akibatnya, dinding tin ditolak ke dalam oleh tekanan udara di luar tin sehingga ia

1.

Sebatang pembaris diletakkan di atas meja dengan keadaan satu daripada bahagian hujungnya adalah terjulur.

2. Bahagian pembaris yang berada di atas meja ditutup dengan sehelai kertas.

3. Apabila bahagian pembaris yang terjulur (protruding) itu diketuk atau ditolak ke bawah dengan pantas, kertas pada bahagian hujung yang satu lagi itu tidak terbang ke atas.

4. Ini adalah kerana tekanan udara menekan permukaan kertas itu ke bawah.

Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Tekanan Udara

1. Faktor yang mempengaruhi:

a)Isi padu gas/Isi padu udara

- Tekanan udara bertambah apabila isi padu bekas berkurangan (apabila dimampatkan)/ lebih banyak udara ditambah ke dalam bekas yang sama.

b)Suhu gas/ Suhu Udara

- Pada suhu tinggi, molekul gas bergerak pada kelajuan yang lebih tinggi.

- Hasilnya, kekerapan perlanggaran molekul gas terhadap dinding bekasnya juga meningkat

- Suhu udara bertambah apabila dipanaskan.

2. Tekanan udara yang disebabkan oleh atmosfera (lapisan udara yang mengelilingi Bumi) dipanggil tekanan atmosfera.

3. Tekanan atmosfera tidak dipengaruhi oleh luas permukaan sesuatu objek.

4. Ia bergantung pada ketinggian objek tersebut dari paras laut (sea level).

5. Tekanan udara bertindak dalam semua arah.

6. Semakin tinggi sesuatu objek itu dari aras laut (atmosfera semakin menipis), maka tekanan atmosfera adalah lebih rendah/ berkurangan.

- Ini kerana isi padu udara semakin berkurangan

7. Barometer adalah peralatan (instrument) yang digunakan untuk mengukur tekanan atmosfera.

Aplikasi Prinsip Tekanan Udara 1. Benda yang menggunakan prinsip tekanan udara:

a)Picagari

1. Benda yang menggunakan prinsip tekanan udara: a)Picagari b)Sifon c) Penyembur (penyembur racun serangga) d)Penyedut

b)Sifon c) Penyembur (penyembur racun serangga) d)Penyedut minuman

yang menggunakan prinsip tekanan udara: a)Picagari b)Sifon c) Penyembur (penyembur racun serangga) d)Penyedut minuman

2. Prinsip tekanan udara juga boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian kita. a)Menebuk dua lubang pada tin susu pekat untuk menuang susu. b)Menyingkirkan benda tersumbat dalam sink dengan pam sedutan.

3. Biasanya gas disimpan dalam bentuk cecair di dalam silinder gas atau tin aerosol kerana a)lebih banyak zarah boleh disimpan dalam isi apdu bekas yang sama. b)ia menjimatkan ruang.

4. Gas ditukar kepada cecair melalui penyejukan atau pemampatan di bawah tekanan tinggi.

5. Langkah keselamatan ketika menggunakan gas di bawah tekanan tinggi:

Letakkan tangki gas jauh daripada sumber haba atau cahaya matahari.

Letakkan tangki secara menegak.

Pastikan semua salur gas dan sambungan tidak bocor.

Tutup injap gas apabila tidak digunakan.

Nyalakan mancis sebelum membuka injap gas.