Anda di halaman 1dari 2

PERANG JAWA

ii

iii

Pembatalan kontrak sewa tanah


Semasa Baron Van der Capellan bertugas sebagai Gabenor
Jeneral Jawa
saudagar-saudagar Erpoah tidak dibenarkan membeli tanah untuk
tujuan pertanian telah menyewa tanah dari pembesar-pembesar
tempatan. Mengikut syarat-syarat penyewaan, mereka berhak
menanam tanaman yang disukai di tanah sewaan mereka. Mreka
juga berhak mengawal dan memerintah petani-petani menjalankan
kerja-kerja penanaman. Bagi Capellan kedaan ini merupakan punca
penindasan ke atas kaum tani. Pembatalan ini menyebabkan
pembesar-pembesar kehilangan sumber mereka dan kebanyakan
pembesar tidak mampu berbuat demikian kerana wang
pendahuluan telah habis dibelanjakan. Mereka telah memaksa
kaum tani bekerja labih masa untuk mendapatkan lebihan hasil bagi
membolehkan mereka membayar balik wang pendahuluan.
Faktor Ekonomi
Faktor tersebut ialah penindasan cukai. Orang-orang
Jawa dikenakan cukai ke atas tanah mereka. Sebahagian besar
pemungut cukai terdiri daripada orang Cina. Mereka mengenakan
cukai yang lebih tinggi daripada yang ditetapkan oleh kerajaan.
Orang-orang tempatan marah kerana kerajaan Belanda
memberikan kuasa mengutip cukai kepada orang luar. Di samping
itu orang-orang tempatan yang melalui tanah kerajaan untuk pergi
ke lading mereka di kawasan pedalaman juga dikenakan tol. Kadar
tol dikenakan sesuka hati oleh pemungut cukai. Orang-orang
tempatan juga dikenakan cukai sempadan apabila mereka
membawa hasil mereka dari wilayah mereka ke wilayah kerajaan.
Mereka juga dikenakan cukai kepala iaitu cukai dibayar apabila
membawa bayi dalam dukungan. Selain itu, orang Cina juga
member pinjaman wang dan mengenakan faedah yang tinggi.
Mereka juga menjadi orang tengah dalam perdagangan garam
serya membeli hasil pertanian daripada kaum tani dengan harag
murah. Penindasan ke atas petani tempatan menyebabkan mereka
buakn sahaja benci kepada orang Cina malah kepada kepada
Belanda kerana dasar yang mereka buat. Oleh itu untuk
menyalurkan kemarahan mereka menyokong perjuangan
Diponegoro.
Politik
Semasa pemerintahan Raffles di Jawa Hamengkubuwono
III mangkat pada 1814. Raffles melantik Djarot sebagai pemerintah
Jogjakarta dengan gelaran Hamengkubuwono IV. Ia berjanji akan
melantik Diponegoro sebagai pemerintah Jogjakarta selepas
kemangkatan Djarot. Apabila Djarot mangkat pada 1822, Raffles

tidak lagi mentadbir Jawa kerana Belanda tlah kembali memerintah


Jawa pada 1816. Belanda telah melantik putera Drajot yang berusia
dua tahun dengan gelaran Hamengkubuwono V. Diponegoro dan
Mangkubumi dilantik sebagai penasihat sahaja.
Peristiwa ini menyebabkan Diponegoro merasa terhina dan marah.
Dari segi ekonomi Diponegoro juga mengalami kerugian akibat
pembatalan kontrak sewa tanah yang dikuat kuasakan oleh
Capellan. Kerugian ekonomi dan kekecewan politik menyebabkan
beliau menaruh dendam terhadap Belanda.
iv

Agama
Ketokohan Diponegoro sebagai pemimpin agama Islam
tidak diakui oleh Belanda. Beliau adalah seorang bangsawan yang
taat kepada agama. Beliau mendakwa menerima wahyu dalam
mimpinya untuk berjihad memulihkan pemerintahan Islam di Jawa.
Mengikut kepercayaan tradisional orang-orang Jawa, kewujudan
Diponegoro dianggap sebagai Ratu adil yang akan menyelamatkan
dan membebaskan mereka dari segala kesusahan. Kemarahan
Diponegoro semakin memuncak apabila Belanda merancang
hendak membina sebatang jalan raya dari Jogjakarta ke Magelang
melalui makam raja-raja Jogjakarta yang merupakan nenek
moyangnya yang dianggap keramat dan suci di Tegalredjo tanpa
memperdulikan larangannya. Diponegoro benar-benar rasa
tersinggung dengan tindakan Belanda dan menganggap peristiwa
itu satu penghinaan terhadap keluarganya serta mencabar kesucian
agama Islam.

KESIMPULAN
Kegagalan orang-orang Indonesia menentang Belanda kerana merka tidak
bersatu dan penentangan bersifat kedaerahan. Mereka juga tidak mempunyai
senjata yang baik dan moden jika dibandingkan dengan Belanda. Bagi
mengelakkan berlakunya pemberontakkan sedemekian Belanda telah
menggunakan Perang Jawa sebagai alas an untuk menguasai wilayah-wilayah
Bagelan, Madiun, Kdiri serta Banjunmas. Penentangan masyarakat tempatan
telah mendatangkan kerugian yang besar kepada kedua-dua pihak dan akhirnya
Belanda telah memperkenalkan Sistem Kultur untuk memulihkan kuasanya di
Indonesia.

Anda mungkin juga menyukai