Anda di halaman 1dari 13

SEKOLAH MENENGAH

KEBANGSAAN
DATO DOL SAID BESTARI

FOLIO NOVEL BIMASAKTI


MENARI

NAMA: SITI NURDIYANAH BINTI MOHAMED SES.


KELAS: 5 DELTA.
SUBJEK: BAHASA MELAYU.
NAMA GURU: PUAN NORASIAH BINTI AHMAD.

SINOPSIS :Novel Bima SAkti Menari bermula dengan kisah Nurul Hafsa yang memulakan hari
pertama dia bertugas sebagai pegawai sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin, Kuala
Selangor. Pada permulaan tugasnya, dia telah menerima kunjungan sekumpulan pengunjung
yang dianggotai oleh 15 orang murid dan tiga orang pengiring dari Sekolah Rendah
Kichichimahigashi, Hiroshima, Jepun yang ingin melihat bintang-bintang di Kuala Selangor.
Malangnya hasrat murid-murid tersebut untuk melihat bintang-bintang yang dicartakan dalam
peta langit tidak tercapai akibat langit terlalu cerah pada malam tersebut. Mereka juga tidak
dapat melihat kelip-kelip. Gelagat Nurul Hafsa melayan murid-murid sekolah itu telah
diperhatikan oleh Muhammad Taufik, iaitu anak salah seorang individu terkaya di Asia
Tenggara yang juga mempunyai sifat cinta akan alam sekitar yang tinggi.
Nurul Hafsa cube melihat kelip-kelip di Kampung Kuantan untuk memastikan dakwaan
salah seorang peserta rombongan itu , iaitu Utada tentang kelip-kelip di Kampung Kuantan.
Hasrat tersebut juga tidak tercapai. Dia hanya dapat melihat seberapa ekor kelip-kelip yang
mengeluarkan cahaya yang tidak begitu terangdan kerlipan yang dihasilkan tidak kekal
sepanjang masa kelip-kelip itu terbang.
Kegagalan ini telah membuatkan Nurul Hafsa berusaha untuk menjadikan Kuala
Selangor sebagai Kawasan Simpan Langit Gelap. Rasionalnya projek tersebut adalah untuk
mengembalikan populasi kelip-kelip ke Kuala Selangor falak yang terkenal di peringkat
antarabangsa. Pemggunaan lampu-lampu yang amat terang cahayanya akan digantikan
dengan lampu-lampu yang menggunakan gelombang yang rendah. Dengan ini, pantulan
cahaya ke langit akan berkurang. Hasrat Nurul Hafsa telah mendapat sokongan daripada
Muhammad Taufik yang turut ingin menjayakan projek Kawasan Simpan Langit Gelap di
Kuala Selangor tersebut,
Dengan menggunakan pengaruh ayah Muhammad Taufik, iaitu Tan Sri Muhaimin,
Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik telah Berjaya membuat pembentangan projek mereka
kepada Pegawai Daerah, iaitu Dato Hj. Mustofa al-Hamidi. Walau bagaimanapun, projek
Kawasan Simpan Langit Gelap tersebut mendapat tentangan daripada musuh perniagaan ayah
Muhammad Taufik, iaitu Dato Johann Arlington-Majid. Permusuhan antara Dato Johann
dengan Tan Sri Muhaimin bukan sahaja dalam pernigaan tetapi juga berbentuk permusuhan
peribadi yang berpunca daripada bekas isteri Tan Sri Muhaimin, iaitu Marion Wickham
ataunama Islamnya, Maryam yang berbangsa Kaukasia memilih Tan Sri Muhaimin sebagai
pasangan hidupnya.
Menteri besar yang bersetuju dengan projek yang dibentang oleh Nurul Hafsa telah
memanggil satu majlis terbuka di Bangunan SUK, Shah Alam untuk mendengar pembentan
Projek Kawasan Simpanan Langit Gelap daripada Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik. Pada
hari tersebut, Dato Johann Arlington-Majid turut hadir. Beliau telah mengemukakan pelbagai
soalan dengan tujuan untuk mempengaruhi Menteri Besar agar membatalkan projek tersebut.
Walau bagaimanapun, semua soalan yang dikemukakan oleh Dato Johann Arlington-Majid
dapat dijawab dengan tuntasnya oleh Nurul Hafsa.
Lantaran Projek Kawasan Simpanan Langit Gelap ingin diwartakan, satu tender
pembekalan lampu akan dikeluarkan. Dato Johann bertambah marah kerana lampu-lampu itu
tidak dapat dibekalkan oleh syarikat beliau. Lantaran itu, Dato Johann merancang untuk
membuat gangguan terhadap Muhammad Taufik dan Nurul Hafsa agar mendapat
mempengaruhi Menteri Besar untuk membatalkan projek tersebut.
Pada mulanya, Muhammad Taufik telah diserang dan dipukul ketika dia balik dari
masjid. Mujurlah Budiman dan Nurul Hafsa datang dan menyelamatkannya. Selepas
menjalani rawatan di hospital, Muhammad Taufik telah diminta supaya mengikut ibunya
balik ke Otago, New Zealand. Sewaktu Muhammad Taufik bersiap-siap untuk keluar dari

hospital, dan terus ke lapangan terbang untuk ke Otago, Muhammad Taufik telah menerima
jambangan bunga. Secebis kertas terjatuh dari jambangan bunga tersebut. Tertulis kata-kata
yang mahu dia menunggu seorang diri di PETRONAS pada hari Jumaat, pukul 8.30 pagi.
Paling membimbangkan Muhammad Taufik adalah apabila dia melihat kerongsang mutiara
milik Nurul Hafsa yang tersemat pada selendang yang menjadi pembungku jambangan bunga
itu. Lantaran itu, sewaktu dalam perjalanan ke lapangan terbang, Muhammad Taufik telah
meminta pemandu ayahnya agar berhenti di PETRONAS di hadapan hospital atas alas an
hendak ke tandas. Muhammad Taufik mengambil kesempatan itu untuk pergi ke van putih
dan dilarikan ke suatu tempat. Muhammad Taufik dapat merasakan bahawa Nurul Hafsa telah
diculik terlebih, iaitu sewaktu dia balik dari mencerap kelip-kelip bersama-sama abangnya,
Budiman. Nurul Hafsa, telah dipergunakan oleh penjahat-penjahat itu untuk mendapatkan
Muhammad Taufik.
Kumpulan penjenayah itu telah melepaskan Nurul Hafsa dengan menolaknya keluar
dari kenderaan yang membawanya di kawasan estet. Nurul Hafsa ynag dibantu oleh seorang
pemandu van sekolah pergi ke balai polis untuk membuat laporan. Berita penculikan
Muhammad Taufik telah menjadi berita hangat. Pihak polis juga telah mengatur siasatan dan
mengadakan sekatan jalan raya dalam usahan menjejaki kumpulan penjenayah tersebut.
Berdasarkan maklumat yang diterima, pihak polis telah dapat mengesan sebuah rumah
di ladang kelapa sawit yang terletak jauh di pedalaman Bestari Jaya. Sepasukan Pasukan
Gerak Khas telah dikerahkan ke sana. Akhirnya, penjenayah-penjenayah itu telah dapat
diberkas dan Muhammad Taufik dapat diselamatkan.
Selepas peristiwa hitam tersebut, hubungan antara Muhammad Taufik dengan Nurul
Hafsa semakin rapat. Mereka sering berhubung melalui telefon dan bercerita tentang
peristiwa yang menimpa mereka. Selepas peristiwa itu juga, ibu dan ayah Muhammad Taufik
telah bernikah semula. Majlis pernikahan pasangan itu berlangsung di masjid. Sewaktu
mengemas dulang-dulang yang digunakan dalam majlis itu, Muhammad Taufik telah
menzahirkan hasratnya untuk meminang Nurul Hafsa. Nurul Hafsa yang berasa mal uterus
beredar tetapi Muhammad Taufik telah menghantar mesej yang menyatakan bahawa mereka
berdua ialah dua ekor kelip-kelip terakhir di dunia.
TEMA
1. Tema Novel Bimasakti ialah cinta akan alam sekitar.
2. Sikap cinta akan alam sekitar ini telah ditunjukkan oleh dua orang aktivis alam
sekitar, iaitu Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik.
3. Muhammad Taufik sedang berusaha untuk menyelamatkan kawasan kelip-kelip dan
membina rumah yang mengambil pendekatan mesra alam.
4. Nurul Hafsa pula berusaha untuk menjadikan kawasan Kuala Selangor sebagai
Kawasan Simpan Langit Gelap untuk memastikan bintang-bintang boleh dicerap di
Kuala Selangor dan keli-kelip dapat dilihat di Kampung Kuantan.
5. Hasrat kedua-dua orang akitivis ini mendapat tentangan tetapi mereka tidak mengalah
dengan cabaran yang dihadapi itu.
PERSOALAN
1. Sikap tidak bertolak ansur antara suami dengan isteri akan menyebabkan
berlakunya penceraian.
- Tan Sri Muhaimin terpaksa menerima kenyataan bahawa Maryam ialah seorang
pengembara dunia yang ingin akan kebebasan dan tidak boleh diikat.

2. Penceraian antara suami dengan isteri akan menyebabkan anak-anak menjadi


mangsa kerana kehilangan kasih sayang.
- Selepas bercerai, Tan Sri Muhaimin memainkan peranan untuk mendidik dan
membesarkan Muhammad Taufik manakala Puan Maryam meneruskan impiannya
untuk menyelamatkan dunia.
3. Sikap tamak dan dendam mengakibatkan seseorang itu terjebak dalam
perbuatan jenayah.
- Sikap tamak dan dendam Dato Johann Arlington-Majid terhadap Tan Sri
Muhaimin menyebabkan beliau sanggup megupah penjenayah untuk menculik
dan mencederakan Muhammad Taufik.
4. Sekiranya sudah jodoh, seseorang itu tetap bersatu sebagai suami isteri.
- Tan Sri Muhaimin telah bernikah semula dengan bekas isterinya, iaitu Puan
Maryam Wickham.
5. Sikap penjawat awam yang bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tugas
dan bertanggungjawab.
- Sebagai pegawai di Balai Cerap Sultan Salahuddin, Nurul Hafsa telah berusaha
dengan bersungguh-sungguh untuk menjadikan kawasan Kuala Selangor sebagai
Kawasan Simpan Langit Gelap demi kepentingan pencerapan bintang malam dan
kelip-kelip.
6. Tanggungjawab seorang abang terhadap adik perempuan.
- Budiman yang sentiasa menemani adiknya, Nurul Hafsa ketika bertemu dengan
Muhammad Taufik dan mencerap kehadiran keli-kelip di Kampung Kuantan.
7. Keikhlasan dan kejujuran dalam bersahabat.
- Muhammad Taufik dan Nurul Hafsa saling membantu untuk menjayakan Projek
Kawasan Simpan Langit Gelap dan berasa risau apabila salah seorang daripada
mereka diancam.
8. Kasih sayang ibu dan bapa terhadap anak.
- Tan Sri Muhaimin dan Puan Maryam Wickham amat sayang akan anak tunggal
mereka, iaitu Muhammad Taufik dengan memberikan segala yang dikehendaki
oleh anak mereka itu.
9. Kekayaan yang digunakan untuk tujuan kebaikan.
- Tan Sri Muhaimin telah membantu anaknya, Muhammad Taufik dengan membeli
kawasan sungai di Kampung Kuantan untuk menyelamatkan habitat kelip-kelip.
WATAK dan PERWATAKAN
1. Watak utama novel ini ialah Nurul Hafsa.
2. Watak-watak sampingan terdiri daripada Muhammad Taufik, Budiman, Tan Sri
Muhaimin, Puan Maryam Wickham Abdullah, Haji Yassir, Dato Johann ArlingtonMajid, dan Dato Haji Mustofa al-Hamidi.
NURUL HAFSA
1. Anak kepada Haji Yassir dan adik kepada Budiman.
2. Nurul Hafsa beljar di luar Negara, iaitu Jordan dalam bidang Fizik dan Kaji Falak.
3. Nurul Hafsa seorang yang cinta akan alam sekitar. Contohnya, dia berpendapat
bahawa pembangunan yang tidak dirancang dengan teliti di Kuala Selangor akan
membawa kesan buruk terhadap alam sekitar.
4. Seorang yang berani. Contohnya, dia telah menghantar laporan tentang pencemaran
cahaya di Kuala Selangor.

5. Seorang yang bijak dan berilmu. Contohnya, dia dapat mematahkan hujah Dato
Johann Arlington-Majid sewaktu pembentangan projek Kawasan Simpan Langit
Gelap Kuala Selangor.
6. Seorang yang tabah. Contohnya, dia begitu tabah dalam menghadapi pelbagai dugaan
untuk melaksanakan cita-citanya iaitu menjadikan Kuala Selangor sebagai Kawasan
Simpan Langit Gelap.
7. Seorang yang baik hati. Contohnya, dia begitu prihatin akan nasib Muhammad Taufik
yang cedera kerana diserang penjenayah.
8. Nurul Hafsa seorang yang berbudi bahasa. Contohnya, dia menyuruh Muhammad
Taufik bertanya kepada ayahnya tentang hasrat Muhammad Taufik untuk hendak
meminangnya.
9. Seorang berpegang teguh pada janji. Contohnya, dia tetap meneruskan usaha
mencerap populasi kelip-kelip di Kampung Kuantan sewaktu Muhammad Taufik
terlantar di hospital.
10. Beliau juga seorang anak yang baik. Contohnya, dia berniat untuk membina stor
penyimpanan peralatan berkebun untuk ayahnya apabila dia mendapat gaji kelak.
MUHAMMAD TAUFIK
1. Muhammad Taufik ialah anak tunggal kepada Tan Sri Muhaimin dan Puan Maryam
Wickham Abdullah.
2. Dari segi fizikalnya, Muhammad Taufik berambut hitam pekat dan ikal, irisnya
berwarna coklat pekat, kulitnya cerah seperti Puan Maryam Wickham, hidungnya
mancung sederhana serta bertubuh tegap dan tinggi lampai.
3. Seorang yang cinta alam sekitar. Contohnya, dia mengusahakan projek Ikhtiar
Teknoalam, iaitu pembinaan rumah yang berkonsepkan kediaman mesra alam.
4. Seorang yang penyabar. Contohnya, dia bersikap tenang dan sabar ketika berhadapan
dengan Nurul Hafsa yang berasa marah kepada tindakannya memagar sungai di
Kampung Kuantan.
5. Muhammad Taufik seorang yang berpendidikan tinggi.
6. Seorang yang prihatin. Contohnya, dia sanggup menemui penjenayah dengan tujuan
untuk menyelamatkan Nurul Hafsa yang telah diculik oleh mereka.
7. Seorang yang penyanyang. Contohnya, dia menyanyangi kedua-dua orang tuanya
walaupun mereka telah berpisah dengan berusaha untuk memenuhi permintaan
mereka.
8. Muhammad Taufik seorang yang berterus terang. Contohnya, dia berterus terang
dengan bertanya Nurul Hafsa sama ada dia sudi menerima pinangannya.
9. Muhammad Taufik seorang yang berbudi bahasa dan menghargai tetamu. Contohnya,
dia melayan kunjungan Nurul Hafsa dan Budiman dengan menyediakan minuman.
10. Muhammad Taudik seorang yang bertanggungjawab. Contohnya, dia sanggup
memenuhi arahan kumpulan samseng yang menculik Nurul Hafsa untuk
menyelamatkannya daripada kumpulan penculik itu.
BUDIMAN
1. Budiman ialah anak lelaki tunggal kepada Haji Yassir.
2. Abang kepada Nurul Hafsa.
3. Sahabat kepada Muhammad Taufik.
4. Budiman ialah seorang guru sains di Sekolah Menengah Tanjung Karang.

5. Budiman seorang abang yang bertanggungjawab. Contohnya, dia sanggup


meluangkan masa untuk menemani Nurul Hafsa di jeti bagi tujuan mencerap kelipkelip.
6. Budiman seorang yang baik hati. Contohnya, dia membawa ayah dan adiknya ke
hospital pada pukul 5.00 pagi untuk menziarahi Muhammad Taufik.
7. Budiman seorang yang taat akan ajaran agama. Contohnya, dia menunaikan solat
isyak di masjid bersama-sama dengan Muhammad Taufik.
8. Budiman seorang yang prihatin. Contohnya, dia bersusah payah mengesan
Muhammad Taufik yang telah diserang sewaktu balik dari masjid.
TAN SRI MUHAIMIN
1. Tan Sri Muhaimin ialah seorang ahli perniagaan yang Berjaya.
2. Tan Sri Muhaimin merupakan antara salah seorang jutawan di Asia Tenggara.
3. Seorang yang berpengaruh besar. Contohnya, beliau menggunakan pengaruhnya
untuk membolehkan Muhammad Taufik dan Nurul Hafsa membentangkan kertas
kerja berhubung dengan projek Kawasan Simpan Langit Gelap, iaitu menjadikan
kawasan Kuala Selangor sebagai kawasan gelap untuk pencerapan bintang dan
populasi kelip-kelip.
4. Seorang yang penyayang. Contohnya, beliau sentiasa memenuhi kehendak anak
tunggalnya, iaitu Muhammad Taufik.
5. Seorang yang berpendirian teguh. Contohnya, beliau sanggup bercerai dengan
isterinya kerana tidak sehaluan.
6. Seorang yang baik hati dan tidak bersifat dendam. Contohnya, beliau tidak
berdendam dengan bekas isterinya serta tidak memarahi anaknya berikutan
kunjungan bekas isterinya itu ke rumah anaknya.
7. Seorang yang taat akan perintah agama. Contohnya, beliau menunaikan solat subuh
bersama-sama dengan Haji Yassir di surau hospital.
8. Tan Sri Muhaimin seorang ayah yang bertanggungjawab. Contohnya, beliau turun
dari kereta untuk menemani Muhammad Taufik yang hendak pergi ke tandas di
stesen minyak untuk menjaga keselamatan anaknya.
PUAN MARYAM WICKHAM
1. Puan Maryam ialah ibu kepada Muhammad Taufik.
2. Puan Maryam ialah bekas isteri kepada Tan Sri Muhaimin.
3. Puan Maryam ialah seorang aktivis alam sekitar.
4. Seorang yang berpegang teguh dengan pendiriannya. Contohnya, dia sanggup
bercerai dengan suaminya, Tan Sri Muhaimin kerana teguh dengan perjuangannya.
5. Seorang ibu yang baik hati dan penyayang. Contohnya, Puan Maryam sanggup
mengunjungi Muhammad Taufik dan memasakkan makanan untuk bekas suaminya.
6. Seorang wanita yang bersikap toleransi. Contohnya, dia sanggup bernikah semula
dengan bekas suaminya untuk memenuhi permintaan anak tunggalnya.
HAJI YASSIR
1. Haji Yassir ialah ayah kepada Budiman dan Nurul Hafsa.
2. Haji Yassir hidup seorang diri selepas kematian isterinya.
3. Seorang ayah yang bertanggungjawab. Contohnya, Haji Yassir sanggup menghantar
anaknya untuk mencerap kelip-kelip di Kampung Kuantan.

LATAR
LATAR TEMPAT
1. Balai Cerap Sultan Salahuddin. Tempat Nurul Hafsa bekerja selepas pulang dari
luar negara.
2. Kampung Kuantan. Tempat Muhammad Taufik memberitahu Nurul Hafsa bahawa
populasi kelip-kelip telah berkurang.
3. Stesen Minyak Petronas di hadapan hospital. Tempat Muhammad Taufik diculik.
4. Kawasan Perladangan di Betari Jaya. Tempat pasukan Gerak Khas digerakkan
untuk menyelamatkan Muhammad Taufik yang diculik.
5. Hospital Besar Tanjung Karang. Tempat Muhammad Taufik dibawa untuk
mendapatkan rawatan setelah diserang oleh sekumpulan sejarah.
6. Taman Rimba Templer. Tempat Budiman mengadakan perkhemahan bersama-sama
dengan budak pengangkap.
7. Sekolah Menengah Tanjung Keramat. Tempat Budiman mengajar.
8. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Tan Sri Muhaimin telah telah
memandu keretanya, manakala pemandunya, Sobirin melayannya bersembang.
9. Sekolah Kebangsaan Tanjung Keramat. Tempat Muhammad Taufik, Nurul Hafsa
dan Budiman belajar.
10. Hotel De Palma. Tempat Puan Maryam Wickham menginap selepas mengunjungi
Balai Cerap Sultan Salahuddin.
11. Rumah Prototaip Ikhtiar Teknoalam. Tempat Muhammad Taufik menerima
kunjungan ibunya, Puan Maryam Wickham yang meninggalkan rombongannya untuk
bersama-sama dengan anaknya itu.
12. Otago, New Zealand. Tempat Muhammad Taufik mengikuti ibunya selepas ibunya
bercerai dengan ayahnya.
LATAR MASA
1. Hari pertama bekerja di Balai Cerap Sultan Salahuddin. Contohnya, peristiwa
Nurul Hafsa berasa tidak keruan ketika mengiringi kumpulan pengujung yang
dianggotai 15 orang murid dan tiga orang pengiring yang ingin mencerap bintangbintang di langit.
2. Waktu malam. Contohnya, peristiwa Nurul Hafsa dihantar oleh ayahnya, Haji Yassir
pergi ke Kampung Kuantan untuk melihat kelip-kelip.
3. Sebelum solah zuhur. Contohnya, peristiwa Haji Yassir makan tengahari bersamasama dengan Nurul Hafsa dan Budiman.
4. 50 tahun lalu. Contohnya, peristiwa penduduk Kuala Selangor telah menikmati
bekalan air paip.
5. Waktu selepas solat isyak. Contohnya, peristiwa Muhammad Taufik telah diserang
untuk pertama kali oleh penjenayah.
6. Pukul 11.30 malam. Contohnya, peristiwa Nurul Hafsa dan Budiman selesai
memberikan keterangan kepada Ketua Inspektor Lim di Hospital Besar Tanjung
Karang berkaitan serangan terhadap Muhammad Taufik.
7. Pukul 5.00 pagi. Contohnya, peristiwa Budiman bersama-sama ayah dan adiknya ke
Hospital Besar Tanjung Karang untuk menziarahi Muhammad Taufik.

8. Waktu subuh. Contohnya, peristiwa Haji Yassir, Budiman, Tan Sri Muhaimin, Nurul
Hafsa dan Maryam Wickham menunaikan solat subuh di surau hospital selepas
kedengaran azan dari Masjid Tanjung Karang.
9. Pukul 8.20 pagi. Contohnya, peristiwa van putih berada di hadapan tandas lelaki
Stesen Minyak Petronas dan Muhammad Taufik ditarik masuk ke dalam van itu
sebelum dilarikan ke suatu tempat.
10. Kira-kira pukul 10.00 malam. Contohnya, kenduri kesyukuran untuk meraikan
pernikahan Tan Sri Muhaimin dengan bekas isterinya, Puan Maryam Wickham di
Masjid Jamik Sultan Ibrahim, Kuala Selangor selesai.
LATAR MASYARAKAT
1. Masyarakat yang mementingkan kerjaya sehingga sanggup mengambil tindakan
yang radikal. Contohnya, Tan Sri Muhaimin yang mementingkan perniagaan dan
Puan Maryam Wickham yang mementingkan aktiviti mencintai alam sekitar sehingga
sanggup bercerai apabila masing-masing tidak dapat bertolak ansur.
2. Masyarakat yang cinta akan alam sekitar. Contohnya, Maryam Wickham,
Muhammad Taufik dan Nurul Hafsa telah melaksanakan kerja-kerja untuk
menyelamatkan alam sekitar.
3. Masyarakat yang tamak. Contohnya, Dato Johann Arlington-Majid yang tamak
sanggup melakukan perbuatan jenayah dengan mengupah penjenayah untuk menculik
anak Tan Sri Muhaimin agar Tan Sri Muhaimin menarik balik sebut harga
pembekalan harga lampu.
4. Masyarakat yang terpelajar. Contohnya, Nurul Hafsa belajar sehingga ke Jordan
dalam bidang Fizik dan ilmu Falak dan bekerja di Balai Cerap Sultan Salahuddin.
5. Masyarakat yang hidup harmoni dalam sebuah keluarga. Contohnya, keluarga
Nurul Hafsa yang terdiri daripada ayanhnya, Haji Yassir dan abangnya, Budiman
hidup dengan harmoni dan bahagia.
6. Masyarakat yang berkahwin campur. Contohnya, Tan Sri Muhaimin yang
berketurunan Jawa telah berkahwin dengan Maryam Wickham yang berketurunan
Kaukasia.

GAYA BAHASA
DIKSI
1. Novel Bimasakti Menari memilih kosa kata yang sesuai dengan latar tempat, latar
masa dan latar masyarakat. Antara kosa kata tersebut termasuklah istilah yang
berkaitan dengan bintang seperti Betelgeuse, Rigel, Saiph, Almitak, Mintaka, Alvilam
dan Orion.
2. Pengarang menggunakan diksi pinjaman daripada Bahasa Inggeris.
Contohnya:
a) Platform (hlm. 1)
b) Amatur (hlm. 4)
c) Professional (hlm. 8)
d) Hibrid (hlm. 28)
e) Deskripsi (hlm. 44)
f) Beranda (hlm. 53)

3. Terdapat juga penggunaan diksi pinjaman daripada pengaruh Bahasa Arab dalam novel
ini. Contohnya:
a) Falak (hlm. 6)
b) Wafat (hlm. 7)
c) Solat (hlm. 9)
d) Insya-Allah (hlm. 69)
e) Kalam suci al-Quran (hlm. 101)
f) Syukur Alhamdulillah (hlm. 130)
4. Pengarang turut menggunakan istilah khusus yang berkaitan dengan alam sekitar.
Contohnya:
a) Grid utility (hlm. 61)
b) Jejak karbon (hlm. 61)
c) Buruj Orion (hlm. 5)
d) Astronomi (hlm. 82)
e) Atmosfera (hlm. 83)
f) Fajar al-Kazhib (hlm. 91)
SIMILE
1. Simile atau perbandingan ialah gaya bahasa yang membandingkan sesuatu dengan
sesuatu yang lain.
2. Perbandingan ini pula menggunakan perkataan seperti, bagai, bak, laksana, umpama,
macam, dan ibarat.
3. Antara contoh penggunaan simile dalam novel ini termasuklah :
a) Dia cuba berseloroh sedang hatinya bagai dikoyak-koyak apabila menyedari dia
bergurau tentang perkara yang bukan gurauan. (hlm. 15)
b) ibunya akan pergi lagi umpama seorang puteri yang tergesa-gesa lari dari
majlis tari menari dalam kisah si pari-pari. (hlm. 17)
c) Rasa seperti dirinya ditipu. (hlm. 22)
d) Maryam pergi lepas bebas seperti burung terbang mengejar bintang-bintang di
langit. (hlm. 37)
e) Bagi Budiman, adiknya bagaikan kilat sebelum guruh (hlm. 56)
f) Awak berani umpama srikandi. (hlm. 96)
g) seorang lelaki berjalan di taman sunyi dengan lampu terbuka dan tertutup
sendiri itu seperti sebuah filem seram. (hlm. 103)
h) Johann membuat nota dalam mindanya umpama ayat-ayat dalam sebuah
memoir. (hlm. 110)
i) Merek berdua bercakap dengan cara berdesis seperti ular tedung (hlm. 131133)
HIPERBOLA
1. Hiperbola merupakan perbandingan yang digunakan untuk menyatakan sesuatu
secara berlebih-lebihan.
2. Antara contoh penggunaan hiperbola dalam novel ini termasuklah:
a) Jika kita berjumpa lebih kerap, pastinya rupa paras Taufik akan lebih melekat
pada mata ibu (hlm. 15)
b) seorang pengembara dunia yang ingin akan kebebasan (hlm. 37)
c) Masakan Nurul Hafsa seorang diri dapat membawa kembali bintang-bintang
ke Kuala Selangor? (hlm. 35)

d) Nurul Hafsa dan sahabatnya Muhammad Taufik ialah dua kesatria yang
punyai misi penting ... (hlm. 62)
e) Taman ini melambangkan empat sungai di dalam syurga Firdaus (hlm. 65)

INVERSI
1. Inversi ialah pembalikan kata atau frasa yang disengajakan oleh pengarang.
2. Antara contoh penggunaan inversi dalam novel ini termasuklah:
a) Malam ini adik-adik hanya dapat sebahagian sahaja daripada buruj Orion ..
(hlm. 7)
Sepatutnya: Adik-adik hanya dapat melihat sebahagian sahaja daripada
buruj Orion malam ini.
b) Pada malam semalam, selepas menunaikan solat, Nurul Hafsa berdoa dan
menanam azam yang dia akan menjalankan tugasnya sebagai seorang penjawat
awam dengan penuh dedikasi. (hlm. 9)
Sepatutnya: Nurul Hafsa berdoa dan menanam azam pada malam semalam,
selepas menunaikan solat yang dia akan menjalankan tugasnya sebagai seorang
penjawat awam dengan penuh dedikasi.
c) Akhirnya Nurul Hafsa menerima kenyataan bahawa impiannya untuk melihat
kerlipan kelip-kelip secara sinkronasi tidak akan tercapai. (hlm. 21)
Sepatutnya: Nurul Hafsa menerima kenyataan bahawa impiannya untuk
melihat kerlipan kelip-kelip secara sinkronasi tidak akan tercapai akhirnya.
d) Sekembalinya ke kereta, Nurul Hafsa merungut dan segera berkata kepada
ayahnya. (hlm. 23)
Sepatutnya: Nurul Hafsa merungut dan segera berkata kepada ayahnya
sekembalinya ke kereta.
e) Laju sungguh Tan Sri Muhaimin? Sobirin melihat jam tangannya. (hlm. 38)
Sepatutnya: Tan Sri Muhaimin memandu laju sungguh? Sobirin melihat
jam tangannya.
f) Nurul Hafsa akhirnya berkata. (hlm. 55)
Sepatutnya: Nurul Hafsa berkata akhirnya.
SINKOPE
1. Sinkope bermaksud penyingkatan kata dengan menggugurkan satu atau lebih
huruf atau suku kata dari tengah-tengah kata.
2. Antara contoh penggunaan sinkope dalam novel ini termasuklah:
a) dia cedera ringan saja. (hlm. 70)
b) Sabarlah, Taufik. Tak teruk sangat ni, (hlm. 128)
c) Taufik, kamu tak apa-apa? (hlm. 180)
d) Saya pergi dulu, kata Nurul Hafsa, (hlm. 186)
PERIBAHASA
1. Peribahasa yang digunakan dalam sesebuah novel lazimnya ialah simpulan bahasa,
perumpamaan, pepatah dan bidalan.
2. Antara contoh peribahasa yang terdapat dalam nobvel ini termasuklah:

a) Tan Sri Muhaimin membisu seribu bahasa sedang dalam mindanya terdapat
soalan yang membakar untuk diluahkan segera mungkin. (hlm. 38)
b) Tan Sri Muhaimin tidak menjawab, namun jelas air mukanya berubah. (hlm.
40)
c) Dua beranak itu terus menjamu selera dengan hasil air tangan satu-satunya
wanita dalam hidup mereka dengan senyap. (hlm. 41)
d) Sesungguhnya dia tidak mahu menghabiskan keseluruhan kerjayanya makan
gaji buta sambil menunggu ketibaan Ramadan, Syawal dan Zulhijah untuk
mengambil foto beberapa orang lelaki dengan menggunakan teleskop di Balai
Cerap Sultan Salahuddin. (hlm. 44)
e) Adakah Nurul Hafsa dah hilang akal, bang? (hlm. 45)
f) Maaflah. Air bujang sahaja, kata Muhammad Taufik kepada tetamunya itu.
(hlm. 146)
g) Bagai bulan dipagar bintang. (hlm. 77)
h) Namun, melihatkan ibunya yang terkenal keras hati itu menangis, Muhammad
Taufik tidak mampu melawan lagi. (hlm. 146)
AYAT
1. Dalam novel ini, pengarang menggunakan ayat pendek, sederhana dan panjang.
2. Ayat pendek banyak diselitkan dalam dialog dan teknik pemerian. Contohnya:
a) Bayu bertiup lembut. (hlm. 31)
b) Teruk! keluh Nurul Hafsa. (hlm. 31)
c) Ibu baik ayah. Ibu kirim salam. (hlm. 40)
d) Nurul Hafsa akhirnya berkata. (hlm. 55)
e) Keadaan sungguh gelap. (hlm.141)
f) Setahun dua, (hlm. 151)
3. Penggunaan ayat sederhana panjang dalam novel ini adalah seperti contoh yang
berikut:
a) Nurul Hafsa menarik nafas dalam dalam. (hlm 4)
b) Muhammad Taufik kenal benar dengan Puan Wickham. (hlm. 13)
c) Jiwanya marah dan pemanduan tidak semena-mena bertambah laju. (hlm. 37)
d) Muhammad Taufik menjemput kedua beradik itu naik ke atas rumah. (hlm. 53)
e) Kombinasi ciri-ciri fizikal ibu dan ayahnya. (hlm. 98)
f) Puan Maryam menuangkan air putih untuk anaknya. (hlm. 138)
4. Penggunaan ayat panjang. Contohnya:
a) Nurul Hafsa merasakan yang langit akan tetap cerah walaupun dia dan
kumpulan kanak-kanak itu menunggu sehingga pukul 12.00 tengah malam. (hlm.
4)
b) Menjadi tanggungjawabnya juga nanti untuk membangunkan aplikasi teknologi
maklumat berkaitan dengan falak di balai cerap. (hlm. 45)
c) Salah satu yang akan dibina dalam Taman Bandar Raya Hijau Kuala Lumpur
ialah empat saliran air yang membawa air ke sebuah kolam pusat. (hlm. 65)
d) Mereka akan terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan terus
masuk ke dalam kapal terbang menuju ke sesuatu tempat sejuk di hujung dunia.
(hlm. 157)

PENGGUNAAN PETIKAN TERJEMAHAN AYAT AL-QURAN dan HADIS


1. Pengarang turut menggunakan petikan terjemahan ayat al-Quran dan hadis Nabi
Muhammad SAW dalam novel ini.
2. Antara contoh petikan terjemahan ayat al-Quran dan hadis Nabi Muhammad SAW
dalam novel ini termasuklah:
a) Nabi Muhammad SAW telah bersabda, gerhana matahari ialah suatu
kejadian alam dan tiada kena mengena dengan kematian dan kelahiran
seseorang manusia. ( hlm. 7)
b) Allah telah menjanjikan untuk orang Mukmin lelaki dan perempuan tamantaman yang mengalir air sungai di bawahnya serta mereka kekal di dalamnya
dan beberapa tempat kediaman yang indah dalam syurga Adn dan keredhaan
daripada Allah yang amat besar. Demikianlah itu kemenangan yang besar.
(hlm. 65)
c) Dia yang mengadakan bintang-bintang untukmu, supaya kamu dapat petunjuk
dengannya dalam kegelapan daratan dan lautan. (hlm. 82)
d) Janganlah kamu berbuat bencana di muka bumi, sesudah baiknya. Mintalah
kepada-Nya dengan ketakutan dan harapan. Sesungguhnya Allah amat dekat
dengan orang yang berbuat kebaikan. (hlm. 99)
NILAI
1. Nilai cinta akan alam sekitar. Contohnya, Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik
berusaha untuk membawa kembali kegelapan di Kuala Selangor untuk memastikan
habitat kelip-kelip terjaga dan Kuala Selangor kekal sebagai lokasi pencerapan
bintang.
2. Nilai setia kawan. Contohnya, Muhammad Taufik sanggup berjumpa dengan penjahat
di Stesen Minyak Petronas di hadapan hospital semata-mata untuk menyelamatkan
sahabatnya, iaitu Nurul Hafsa yang telah diculik.
3. Nilai tanggungjawab. Contohnya, Tan Sri Muhaimin telah membesarkan anak
tunggalnya dengan memenuhi segala keperluan anaknya itu walaupun dia seorang
bapa tunggal.
4. Nilai ketabahan. Contohnya, Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik tabah menghadapi
ancaman dan cabaran dalam usaha mereka untuk mengembalikan kegelapan di Kuala
Selangor untuk pencerapan bintang dan menjaga habitat kelip-kelip.
5. Nilai kasih sayang. Contohnya, Maryam Wickham sayang akan anaknya itu, iaitu
Muhammad Taufik dengan mengunjungi rumah anaknya dan memasakkan makanan
untuk anaknya itu.
6. Nilai berilmu pengetahuan. Contohnya, Nurul Hafsa sanggup ke Jordan selama
empat tahun untuk menyambung pelajaran dalam bidang Fizik dan Falak.
7. Nilai budi bahasa. Contohnya, Muhammad Taufik telah menyambut kedatangan
Budiman dan adiknya Nurul Hafsa ke rumah dengan baik serta menghidangkan
minuman untuk mereka.
8. Nilai ketaatan. Contohnya, Budiman dan Muhammad Taufik taat pada ajaran agama
dengan menunaikan solat berjemaah di masjid.
9. Nilai amanah. Contohnya, Nurul Hafsa tetap meneruskan projek mencerap kehadiran
kelip-kelip di Kampung Kuantan kerana dia telah berjanji dengan rakannya,
Muhammad Taufik untuk meneruskan projek mereka walau apa-apa pun berlaku
kepada mereka.

10. Nilai hormat-menghormati. Contohnya, Muhammad Taufik tetap menghormati


Nurul Hafsa sebagai tetamunya walaupun Nurul Hafsa kelihatan marah terhadapnya
kerana memagar sungai di Kampung Kuantan.
PENGAJARAN
1. Kita hendaklah mencintai alam sekitar supaya kehidupan kita dan mahluk lain
tidak terancam. Contohnya, Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik berusaha untuk
menjadikan Kuala Selangor sebagai kawasan gelap bagi memastikan khazanah alam
seperti kelip-kelip dan pencerapan bintang terus dinikmati.
2. Kita mestilah mempunyai sikap setia kawan supaya tidak berlakunya
pengkhianatan dalam menjalin hubungan persahabatan. Contohnya, Muhammad
Taufik sanggup bertemu dengan penjenayah semata-mata kerana tidak mahu
keselamatan Nurul Hafsa yang telah diculik terancam.
3. Ibu bapa mestilah bertanggungjawab terhadap anak-anak supaya kehidupan
anak-anak terbela. Contohnya, Haji Yassir sanggup menghantar anaknya, Nurul
Hafsa ke Kampung Kuantan untuk mencerap kelip-kelip supaya anaknya tidak
mengalami masalah untuk pergi ke tempat tersebut.
4. Kita mestilah tabah dalam melaksanakan sesuatu kerja supaya matlamat kerja
tersebut tercapai. Contohnya, Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik tabah dalam
menjalankan projek yang sedang diusahakan oleh mereka, iaitu Kawasan Simpan
Langit Gelap Kuala Selangor walaupun usaha mereka berhdapan dengan cabaran
daripada Dato Johann Arlington-Majid.
5. Ibu bapa mestilah memberikan kasih sayang terhadap anak-anak supaya mereka
dapat membesar dengan sempurna. Contohnya, Tan Sri Muhaimin telah
membesarkan Muhammad Taufik dengan baik serta memenuhi segala keperluannya.
6. Kita mestilah berilmudan berpengetahuan supaya kita mampu membela agama,
bangsa dan negara. Misalnya, Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik yang berilmu dan
berpengetahuan telah membela alam sekitar di Kuala Selangor yang tercemar dengan
limpahan cahaya,
7. Kita mestilah berbudi bahasa agar kita dihormati orang lain. Contohnya,
Muhammad Taufik yang berbudi bahasa tinggi, akhirnya telah menjadi rakan karib
Nurul Hafsa.