Anda di halaman 1dari 17

Keselamatan bengkel

&
Penggunaan alat

ISI KANDUNGAN

BIL.

TAJUK

MUKASURAT

1.

PENGHARGAAN

2.

PENGENALAN

3.

LANGKAH KESELAMATAN DI BENGKEL

5-6

4.

ALATAN TANGAN

7-11

5.

MESIN PEGUN

12-13

6.

MESIN MUDAH ALIH

14-16

PENGHARGAAN
Bismillahirahmanirahim..
Alhamdullilah,bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,nyawa
tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah saya,
Encik Maliki Bin Musa kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang
untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya
yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini.Mereka telah memberikan
saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai saya Berjaya
menghabiskan tugasan ini.
Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi
peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya dengan menjawab
setiap pertanyaan yang saya uterakan kepada mereka.
Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara
lansung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini.Terima kasih.

PENGENALAN.

Di beri tugas untuk mencari alatan yang diguna di dalam bengkel kayu dan fungsi alatan kerja
kayu,mesin mudah alih,mesin pegun. Banyak alatan yang digunakan di dalam bengkel kayu.
Dalam tugasan ini saya akan mengenali banyak lagi alatan kayu dan fungsi kegunaan alat kayu
ini. Pelbagai jenis alat seperti tukul, gergaji, paku, dan banyak lagi. Terdapat pelbagi jenis gergaji
yang digunakan dalam kerja kayu ini seperti gergaji puting, gergaji tangan, gergaji jig saw dan
banyak lagi. Dalam tugasan ini saya mencuba sedaya upaya untuk menyiapkan tugasan ini
dengan sempurna dan menarik minat menbaca tugasan saya ini.

LANGKAH KESELAMATAN DI BENGKEL.

1. Sebelum

Elakkan memakai pakaian yang longgar dan aksesori yang labuh kerana ia mudah
tersangkut dan boleh menyebabkan kemalangan
Memakai kasut yang sesuai untuk mengelakkan kemalangan
Mematuhi peraturan pemakaian yang telah ditetapkan bagi menjamin keselamatan
Ikat rambut dengan kemas dan pakai skaf supaya rambut tidak mengganggu penglihatan
semasa melakukan kerja
Pastikan tangan kering apabila memetik suis elektrik
Kawasan bengkel tidak berminyak
Prihatin terhadap tanda amaran dan kawasan larangan
Tidak membawa makanan dan minuman ke dalam bengkel
Membaca manual mesin dengan teliti
Tempat kerja mestilah mempunyai susun atur yang baik bagi membolehkan kerja
dijalankan dengan baik dan lancar.
Tempat kerja mestilah mendapat cahaya yang mencukupi dan sistem pengudaraan yang
baik bagi memastikan kerja yang dilakukan tidak menghadapi sebarang masalah
Tempat kerja hendaklah sentiasa bersih daripada sebarang sisa kerja seperti serpihan besi
dan minyak bagi mengelakkan kemalangan yang disebabkan oleh bahan tersebut.

2. Semasa

Tidak bergurau atau bermain ketika mengendalikan mesin.


Berhati-hati semasa mengendalikan alatan dan mesin.
Matikan suis kecemasan sekiranya berlaku kemalangan.
Mendengar setiap arahan yang diberikan oleh pensyarah.
Maklumkan kepada pensyarah sekiranya berlaku kerosakan.

3. Selepas

Bahan yang mudah terbakar , bahan yang berat dan panjang, serta bahan toksik
hendaklah disimpan di tempat yang selamat dan mudah disenggara.
Simpan semua peralatan di tempat yang betul.
Tutup semua peralatan yang menggunakan kuasa elektrik.
Bengkel dibersihkan daripada sebarang sisa-sisa buangan samada sisa pepejal atau cecair.
Tutup Semua pintu dan tingkap sebelum keluar dari bengkel.

ALATAN TANGAN.
6

Dalam bidang kejuruteraan yang berkaitan dengan bidang pembuatan dan penghasilan sesuatu
projek, peranan alat tangan adalah sangat penting untuk kerja kerja asas seperti menanda,
memotong, memegang ,menguji, dan mengukur.

1. Sesiku L

berbagai saiz yang ditentukan oleh panjang bilahnya.


Bilah dan tonggak dibina bersudut 90.
Ia berfungsi untuk:
- membuat garisan bersudut tepat (90) .
- menguji kepersegian .
- menguji kerataan permukaan kayu .

Terdapat dalam

2. Pembaris keluli
Digunakan untuk mengukur dan menanda jarak,
Membuat garisan lurus serta memindahkan ukuran.
Diperbuat daripada keluli yang tidak berkarat dan biasanya berukuran 300 mm.

3. Tolok penanda
Digunakan untuk:
- membuat garisan selari dengan muka atau tepi kayu.
- menanda tebal atau lebar pada beberapa kepingan kayu.
Untuk mendapat garisan tanda yang tepat, pastikan:
- taji sentiasa tajam
- skru tangan diketat dengan betul
- muka tonggak sentiasa bersentuh dengan permukaan kayu apabila
menggunakannya.

4. Gergaji tangan.
Digunakan untuk memotong secara kerat dan belah.
Saiz gergaji di tentukan oleh: panjang bilah dan bilangan gigi setiap 25 mm (1
inci).
Ada dua jenis :
- mengerat kayu memotong melintangi urat kayu
- membelah kayu memotong selari dengan urat kayu.

5. Gergaji puting
8

Digunakan untuk:
- memotong kayu bersaiz kecil
- memotong tanggam kayu
Jalur logam di bahagian atas bilah melurus dan menguatkan bilah gergaji.
Saiznya ditentukan oleh panjang bilah dan dijual dalam ukuran panjang 250 - 300
mm dengan 12 - 14 gigi setiap 25 mm (1 inci).

6. Gergaji lengkung halus


Digunakan untuk menggergaji bentuk lengkung pada bahan nipis.
Saiznya ditentukan oleh panjang bilah gergaji.
Mata gergaji dipasang menghala ke hulu.

7.

Kikir parut.
Digunakan untuk:
- merata dan mengikir kayu dengna cepat
- membentuk lengkuk pada tepi kayu
Saiz kikir parut dikelaskan mengikut panjang kikir dan gred giginya.
Ada empat jenis:
- kikir rata.
9

kikir separuh bulat.


kikir bulat.
kikir tiga segi.

8. Gandin kayu.

Digunakan untuk:
-kerja pemasangan projek
-menukul pahat
Saiz gandin ditentukan oleh saiz kepalanya.
Terdapat dua jenis:
-gandin kepala segi empat
-gandin kepala bulat
-Kepala gandin biasanya dibuat daripada kayu, getah, plastik atau kulit.

9. Pahat Tepi Serong.


Meraut, memahat dan menatal tanggam.
Membersihkan bucu tanggam.
Saiz ditentukan oleh lebar mata pemotong.
Matanya diperbuat daripada keluli karbon tinggi.

10

10. Tukul warrington.


Mempunyai bongkol berbentuk baji yang melintang, untuk mengetuk paku halus.
Saiz ditentukan oleh berat kepalanya.

MESIN PEGUN

1. radial arm saw

11

2. universal radial saw

3. Hollow chisel mortiser

12

MESIN MUDAH ALIH

13

1. Mesin gergaji jig.


Digunakan untuk memotong papan dan kayu nipis, papan lapis, jubin , kepingan
logam nipis.
Digunakan juga untuk memotong lengkung

2. Mesin pengelas (sander)


Digunakan untuk melicinkan dan meratakan permukaan kayu.

14

3. Mesin pemutar skru tanpa wayar.


Digunakan untuk memasang dan melonggarkan skru.

4. Multi cut saw.


Memotong kayu.

15

5. Circular Saw.

16

17