Contoh Refleksi P&P Pendidikan Seni Visual (Sayur-sayuran)
Contoh Refleksi P&P Pendidikan Seni Visual (Sayur-sayuran)
Kekuatan DalamLangkah1,murid-murid dimintamelukis 4 jenis sayur-sayuran. Ini boleh membantu mereka cuba melukis sayur- sayuran atau membuat latihan dulu. Langkah ini boleh meningkatkan teknik melukis mereka.Selain itu,murid-murid melukis diatas kertas kosong dulu boleh membantu mereka meningkatkan kepercayaan mereka sendiri semasa melukis sayur-sayuran di atas kertas lukisan. Saya juga telah memberi bantuan kepada murid-murid yang tidak tahu melukis. Murid-murid boleh cuba melukis dulu dan boleh menanya saya tentang teknik melukis apabila mereka menghadapi masalah melukis. Kelemahan Kemungkinan saya tidak menerangkan teknik melukis dan saya tidak melukis sayur-sayuran di papanhitam, oleh itu, sebahagian murid terus menyatakan mereka tidak tahu cara melukis sayur-sayuran tersebut. Walaupun saya telah menerangkan tentang teknik melukis kepada murid-murid tersebut, tetapi saya berasa mereka juga macam tidak faham sahaja. LangkahMengatasi Melalui pengajaran dan pembelajaran hari ini, saya berasa saya perlu menerangkan teknik melukis dan melukis topik Pendidikan Seni di papan hitam sebelum meminta murid-murid melukis. Langkah ini boleh membantu murid-murid lebih memahami teknik melukis. Walaupun melukis adalah satu teknik yang senang, tetapi saya haruslah menerangkannya dengan teliti dan mendidik murid-murid dengan cara yang betul. Saya akan membuat rancangan yang lebih baik pada sesi pengajaran dan pembelajaran yang akan dating Contoh REFLEKSI SESI P&P yang boleh diubahsuai Satu contoh yang dapat membantu pendidik dalam penulisan REFLEKSI sesi P&P. Ubahsuai mengikut keperluan mata pelajaran masing-masing. Contoh tajuk : Pembahagian Sel (Cell Division) 1. Refleksi ke atas masalah/penambahbaikan dalam P&P tajuk tersebut. Kaedah penyampaian yang kurang berkesan, misalnya membosankan, tidak menarik dan kurang bersesuaian dengan tahap pemikiran pelajar dan keadaan persekitaran. Misalnya pada waktu tengah hari perlu lebih banyakkan aktiviti dengan para pelajar bagi menarik perhatian mereka dan mengelakkan mereka tidur sewaktu sesi P&P. Pelajar tidak memberikan perhatian semasa guru mengajar. Tiada pengurusan masa yang efisien. Guru lebih menumpukan untuk menghabiskan sukatan mata pelajaran berbanding pemahaman para pelajar mengenai topik tersebut. Keadaan persekitaran yang tidak kondusif. Pelajar tidak melakukan bacaan awal mengenai tajuk tersebut. Ini menyukarkan mereka memahami konsep-konsep yang ditekankan dalam topik tersebut. Topik ini memerlukan kemahiran imaginasi para pelajar bagi menggambarkan pergerakan kromosom di dalam nukleus. Gambarajah sahaja tidak memadai jika tiada usaha daripada para pelajar sendiri.
2. Cadangkan strategi/kaedah pengajaran bagi mengatasi masalah tersebut.
Pendekatan pengajaran yang lebih menyeluruh dan berkesan perlulah dilaksanakan. Berikan contoh-contoh yang bersesuaian dan berkaitan dengan kehidupan seharian agar mereka dapat mengaplikasikan pengetahuan tersebut seterusnya menjadi suatu hikmah dalam kehidupan mereka. Gambarajah dan animasi video mengenai pembahagian sel boleh dipaparkan semasa sesi P&P. Suasana pembelajaran akan menjadi lebih menyeronokkan. Menjalankan suatu aktiviti yang dapat melibatkan pengibatan mereka secara menyeluruh. Dengan membahagikan para pelajar kepada beberapa buah kumpulan kecil, mereka dikehendaki merekabentuk model mitosis dan sitokinesis dengan menggunakan kad manila, plastisin, pensel, pemadam, gunting, bebenang halus dan gelungan bebenang kasar yang berwarna biru dan merah. Warna biru dan merah ini bagi membezakan pasangan kromosom homologus yang berbeza. Pada akhir sesi P&P, mereka dikehendaki membentangkan hasil kerja mereka di hadapan kelas. Guru haruslah melakukan rancangan pengajaran, iaitu rancangan harian yang lebih teliti dan tersusun agar segala matlamat dan objektif pengajaran dapat disampaikan dan diterapkan ke dalam diri setiap pelajar. Lakukan latihan mengajar terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam kelas bagi memastikan segala rancangan pengajaran dapat dilaksanakan. Kaitkan topik baru yang hendak diajar dengan topik yang telah dipelajari. Misalnya, kaitkan topik pembahagian sel dengan topik yang telah dipelajari, iaitu struktur dan organisasi sel. Guru perlu memastikan agar suasana pembelajaran sentiasa menyeronokkan. Ini dipengaruhi oleh sikap pelajar dan keadaan persekitaran kelas. Keadaan kelas yang selesa membantu sesi P&P berjalan dengan lebih lancar dan berkesan. Pemantauan dan penilaian perlulah dilakukan agar rancangan pengajaran tidak menyimpang jauh daripada matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, ini juga bagi memastikan para pelajar dapat mengusai objektif pengajaran yang ditetapkan. Ini dapat dilakukan melalui sesi ujian bertulis dan soal jawab dengan para pelajar mengenai topik pembahagian sel. Akhir sekali, guru perlu melakukan refleksi kendiri bagi menilai sejauh mana keberkesanan kaedah pengajaran yang dilaksanakan. Ini dapat dinilai dari segi penguasaan para pelajar mengenai objektif pengajaran pada hari tersebut, bukan dinilai dari segi sukatan mata pelajaran yang dapat dihabiskan. Penulisan Refleksi P&P Baru-baru ini semua Ketua Bidang Mata Pelajaran telah dikehendaki untuk menyemak Buku / Fail Rancangan Pengajaran para guru di bawah seliaan masing-masing. Antara aspek yang akan dititikberat adalah REFLEKSI. Tujuan laporan refleksi ini adalah untuk membuat penambahbaikan dalam proses P&P yang dilaksanakan. Format ini mungkin boleh digunakan sebagai panduan. Mungkin ada antara kita yang merasakan ini semua menambah kerja, namun percaya lah tak semua orang boleh melakukan refleksi dengan cara yang bersahaja. Ini adalah sebagai panduan cara kita berfikir untuk membuat refleksi. Tak salah kalau saya nak berkongsi ilmu di sini, bukan? Dan tak salah
kalau nak mencuba. Sekiranya boleh digunakan silakan sahaja.
1. Tuliskan satu sahaja perkara yang boleh diperbaiki/kekurangan yang anda sendiri alami semasa mengajar 2. Jelaskan bisikan hati anda untuk mengulas masalah/kekurangan di atas dan tuliskan punca mengapa masalah itu timbul pada diri anda 3. Tuliskan kesedaran anda terhadap masalah/isu dan kesannya ke atas kualiti kerja/falsafah diri anda sebagai seorang pensyarah 4. Beri 2 cadangan cara bagaimana anda sendiri boleh perbaiki kelemahan anda itu 5. Tuliskan satu tindakan segera yang anda akan ambil Yang paling penting ianya bukan sahaja berguna dalam P&P malah ini juga boleh kita gunakan dalam kehidupan seharian kita. Urusan hal pendidikan anak-anak, rumahtangga, kewangan dan sebagainya. Hidup adalah satu proses pembelajaran. Untuk berubah kita perlu buat perubahan dalam diri kita dulu, barulah perkara lain akan berubah.
Refleksi pengajaran makro
LANGKAH MENGATASI Setiap kelemahan dan kekurangan yang dikesan memerlukan penambahbaikan bagi meningkatkan kualiti pengajaran pada masa akan datang. Berdasarkan kelemahan dan kekurangan dalam tugasan pengajaran makro, penambahbaikan yang perlu dilakukan ialah guru perlu memikirkan punca masalah dan dengan pantas menukar kaedah penerangan kepada aktiviti berkumpulan supaya murid lebih tertarik kepada pelajaran yang sedang diajar. Latihan boleh dilakukan dalam setiap sesi pengajaran. Selain itu, masa yang mencukupi perlu diberikan kepada murid-murid untuk memastikan mereka dapat menyelesaikan latihan dengan sempurna. Pendekatan pengajaran yang lebih menyeluruh dan berkesan perlu dilaksanakan. Guru harus memberikan contoh-contoh yang bersesuaian dengan kehidupan seharian agar murid-murid dapat mengaplikasikan pengetahuan. Dengan ini, suasana pembelajaran akan menjadi lebih menyeronokkan. Ini dipengaruhi oleh sikap pelajar dan keadaan persekitaran kelas. Keadaan kelas yang selesa membantu sesi P&P berjalan dengan lebih lancar. Di samping itu, guru perlu melakukan latihan mengajar terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam kelas bagi memastikan segala rancangan pengajaran dapat dilaksanakan. Pemantauan dan penilaian perlu dilakukan agar rancangan pengajaran tidak menyimpang jauh daripada matlamat dan objektif P&P. Ini juga bagi memastikan para pelajar dapat menguasai objektif pengajaran yang ditetapkan. Ini dapat dilakukan melalui sesi ujian bertulis dan soal jawab dengan murid-murid. Refleksi pengajaran mikro 1. KEKUATAN Kelebihan dan kekuatan yang dapat dikesan dalam menjalankan tugasan pengajaran mikro ialah ketegasan dan kelantangan suara. Suara yang lantang akan memudahkan murid mendengar seterusnya membantu pemahaman murid terhadap apa yang disampaikan oleh guru. Selain itu, kelantangan suara juga menunjukkan ketegasan dalam menyampaikan sesuatu. Hal ini akan memberi kesan kepada tumpuan dan fokus murid. Murid akan lebih tertumpu kepada penyampaian isi pelajaran tanpa menghiraukan gangguan-gangguan lain. Ketegasan dalam menyampaikan pelajaran juga akan membuatkan murid lebih hormat kepada guru. Kejelasan memberikan arahan juga merupakan kekuatan yang dikenalpasti dalam penyampaian pelajaran. Kejelasan penyampaian memainkan peranan dalam kefahaman murid. Hal ini sangat berkaitan dengan tindakan susulan murid. Arahan yang diberi jelas, memudahkan murid faham, seterusnya melakukan tugas mengikut arahan dan panduan yang diberikan. Tindakan susulan oleh murid yang tepat menunjukkan kefahaman murid terhadap penyampaian guru berkenaan isi pelajaran. 2. KELEMAHAN Kelemahan dan kekurangan yang dikenalpasti dalam pelaksanaan tugasan pengajaran mikro ialah ketepatan mengikut masa yang ditetapkan. Ketepatan masa penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik dan lancar. Berdasarkan perbandingan rakaman, didapati masa yang digunakan untuk menjalankan sesuatu langkah pengajaran tidak seiring. Hal ini disebabkan terdapatnya gangguan-gangguan dan hal-hal lain yang menyebabkan masa yang lebih diambil untuk melakukan sesuatu langkah. Bagaimanapun, masa keseluruhan pengajaran tidak terlalu terjejas. Kelemahan dan kekurangan seterusnya ialah masalah dalam pemantauan kelas. Guru didapati hanya berada di hadapan kelas sahaja tanpa memantau aktiviti murid di setiap penjuru kelas. Guru seharusnya berjalan dan memantau setiap aktiviti murid. Melalui cara itu, guru dapat mengawal keadaan dan suasana kelas dengan lebih baik. Selain itu, guru dapat membantu murid dengan lebih dekat.