Anda di halaman 1dari 2

Rancangan Malaysia Pertama

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Rancangan Malaysia Pertama (RMK1) adalah rancangan pembangunan


ekonomi yang pertama dilaksanakan sesudah tertubuhnya Malaysia. Rancangan
pembangunan ekonomi selama lima tahun (19661970) ini membabitkan seluruh
Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Objektif RMK1 adalah untuk menjaga
kebajikan seluruh rakyat, dan meninggikan taraf hidup kawasan luar bandar
terutamanya di kalangan mereka yang berpendapatan rendah.
Rancangan ini mempunyai objektif seperti:
1. memajukan ekonomi seluruh negara demi kebajikan rakyat dan
seterusnya mengeratkan perpaduan rakyat.
2. meningkatkan pendapatan penduduk yang miskin.
3. membangunkan ekonomi luar bandar.
4. mempertingkatkan lagi usaha ke arah mempelbagaikan ekonomi negara.
5. mengurangkan pengangguran.
6. memajukan sektor perindustrian.
Isi kandungan
[sorokkan]

1 Tumpuan kepada sektor pertanian dan pembangunan luar bandar

2 Pembangunan industri dan masyarakat pedagang bumiputera

3 Peristiwa berdarah

4 Lihat juga

5 Nota kaki

Tumpuan kepada sektor pertanian dan


pembangunan luar bandar[sunting | sunting sumber]
Antara tumpuan khusus RMK1 adalah memajukan sektor pertanian untuk
memperkaiki sosio ekonomi penduduk luar bandar. Sejumlah RM450 juta
diperuntukkan dengan 25% daripadanya untuk pembangunan luar bandar dan
pertanian.
FELDA, agensi yang ditubuhkan untuk membangunkan sosio ekonomi penduduk
luar bandar, telah membuka banyak projek tanah sehingga tahun 1966
antaranya Segitiga Jengka di Pahang, Projek Pahang Tenggara dan Projek Johor

Tenggara. Projek-projek ini berjaya meningkatkan taraf hidup para petani serta
menambah peluang pekerjaan dan mengurangkan pengangguran di luar bandar.
Antara agensi yang ditubuhkan sepanjang RMK1 adalah:

FELCRA ditubuhkan pada tahun 1966 untuk memulih dan memajukan


projek tanah kerajaan.

MARDI ditubuhkan pada tahun 1969 untuk membuat penyelidikan tentang


pemasaran dan pengeluaran hasil tanaman kecuali getah.

Di bawah RMK1, tanaman-tanaman seperti kelapa sawit, koko dan tebu telah
ditanam dengan lebih luas lagi.

Pembangunan industri dan masyarakat pedagang


bumiputera[sunting | sunting sumber]
RMK1 menyaksikan penubuhan Majlis Amanah Rakyat (MARA) (distruktur
semula dari Rural Industrial Development Authority atau RIDA) yang ditugaskan
bagi memajukan, menggalakkan, memudahkan serta menjalankan
pembangunan pendidikan, ekonomi dan kemasyarakatan dalam persekutuan
dan khususnya dalam kawasan-kawasan luar bandar. Dengan tertubuhnya
MARA, pedagang dan pengusaha bumiputera boleh mendapat bantuan
kewangan dengan lebih mudah selain daripada institusi kewangan lain seperti
bank.
Kerajaan juga meningkatkan kemudahan pengangkutan dan perhubungan serta
mewujudkan lebih banyak kawasan industri seperti Tampoi, Petaling Jaya, Batu
Tiga, Prai di Semenanjung Malaysia dan Bintawa di Sarawak;
serta Likas dan Kepayang di Sabah.

Peristiwa berdarah[sunting | sunting sumber]


RMK1 dilihat tidak begitu berjaya dalam mewujudkan keseimbangan ekonomi
antara kaum dan wilayah. Kekurangan pelaburan dalam modal insan gagal untuk
meningkatkan pendapatan keluarga luar bandar. Di Semenanjung Malaysia, 90%
isi rumah hanya mendapat kurang dari RM100 sebulan dan mereka
kebanyakannya berada di luar bandar dan berbangsa Melayu [1]
Keadaan ini menyebabkan ketidakpuasan hati antara kaum dan
tercetus peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa ini menyaksikan rusuhan kaum kerana
perasaan tidak puas hati orang Melayu kerana masih lagi ketinggalan dalam
bidang ekonomi dan pendidikan.

Anda mungkin juga menyukai