Anda di halaman 1dari 16

Soalan Tugasan

2. Sebelum peperiksaan percubaan UPSR dijalankan,


sekumpulan murid Tahun 6 telah menunjukkan tandatanda tekanan emosi. Kerisauan yang tinggi, mula
mengasingkan diri dan kelihatan murung serta tertekan
telah merisaukan pihak sekolah dan ibu bapa.
Cadangkan langkah-langkah intervensi yang komprehensif
untuk membantu murid menguruskan tekanan emosi
dalam menghadapi peperiksaan.

Penulisan
Akademik

Pengenalan
Emosi merupakan salah satu unsur yang memainkan peranan penting dalam kehidupan
manusia. Malah, ia merupakan salah satu tunjang yang penting dalam perjalanan setiap insan
di muka bumi ini. Jika emosi diganggu dan terganggu, akan timbul beberapa masalah yang
boleh memberikan kesan-kesan yang negatif kepada diri sendiri seperti tidak bersemangat
dalam melakukan sesuatu perkara, murung dan sering kelihatan gelisah bagi melaksanakan
sesuatu tugasan. Jika berlarutan, gangguan emosi ini akan menjadi penyakit yang lebih serius
dan boleh menyebabkan gangguan mental.
Menurut A.J. Michael (2006), emosi negatif adalah sebarang perasaan yang membawa
perasaan yang tidak baik atau kurang selesa atau destruktif. Contohnya ialah perasaan seperti
marah, kemurungan, kekecewaan, takut, bersalah, tersinggung dan sebagainya. Emosi-emosi
negatif ini mempunyai pengaruh yang besar terhadap perkembangan intelek seseorang murid.
Justeru itu, emosi seseorang murid ini perlulah dikawal dan dikesan perubahannya daripada
awal supaya masalah gangguan emosi yang negatif dapat diselesaikan. Hal ini supaya
perkembangan intelek murid dapat berkembang secara positif, seterusnya proses pengajaran
dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar.
Gangguan emosi ini kerap berlaku apabila seseorang murid itu berada dalam tekanan
menghadapi sesuatu situasi yang mendebarkan. Kamus Dewan dan Pustaka (2002),
mendefinisikan gangguan emosi sebagai kesan konflik yang tidak dapat diselesaikan, yang
dicirikan dengan keresahan sama ada melalui pertuturan atau perlakuan tertentu. Berikutan
dengan definisi ini, sikap atau ciri-ciri yang ditunjukkan oleh murid seperti kerisauan yang tinggi
mula mengasingkan diri dan kelihatan murung serta tertekan adalah berpunca
daripada gangguan emosi yang terlahir apabila mereka mula berada dalam tekanan
untuk menghadapi peperiksaan percubaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah.
Justeru itu, sebagai seorang guru tahap kesediaan murid untuk belajar haruslah
dipantau agar emosi murid tersebut sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan bersedia
untuk

belajar. Maka,

komprehensif

untuk

guru

perlu

membantu

menyediakan
murid

langkah-langkah

menguruskan

intervensi

tekanan

emosi

yang
dalam

menghadapi peperiksaan.
3

Program Keagamaan
Sepanjang tempoh menghadapi peperiksaan, pihak sekolah dengan sokongan
ibu bapa adalah memainkan peranan yang sangat besar dalam memastikan
pencapaian akademik seorang murid atau anak berjaya dengan cemerlang. Mereka
sewajarnya merangka beberapa program dari awal supaya kesediaan emosi murid
ini berada dalam keadaan sentiasa stabil dan bersedia untuk menghadapi
peperiksaan percubaan UPSR mahupun peperiksaan sebenar. Hal ini kerana, dua
perkara tersebut merupakan cabaran yang paling besar yang perlu mereka hadapi
pada usia mereka terkini.
Aktiviti keagamaan bagi pemantapan rohani dan emosi sangat memainkan
peranan supaya murid sentiasa berada dalam keadaan tenang dan berada dalam
kitaran yang selamat. Emosi merupakan perkara yang paling penting untuk
mengelolakan setiap aktiviti yang ingin dilakukan kerana ia adalah tindak balas
kepada pemikiran dan idea dalam otak. Sekiranya emosi berada dalam keadaan
terganggu akan menyebabkan kesukaran dalam menjalankan sesuatu perkara
terutamanya semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Bacaan Yasin, Doa Harian, Slot Muhasabah dan Solat Hajat yang berkala
sangat

membantu

para

murid

dalam

menstabilkan

emosi

mereka

untuk

menghadapi peperiksaan yang besar buat mereka. Guru sewajarnya menggalakkan


murid untuk dekatkan diri kepada Tuhan supaya mereka mempunyai pergantungan
terhadap Tuhan terhadap kejayaan yang ingin dicapai. Galakkan murid supaya
perbanyakkan doa dan sampaikan kepada mereka bahawa kejayaan bukan
ditentukan dengan hanya beberapa buku yang dibaca sahaja tetapi adalah juga
takdir Tuhan setelah ditambah dengan usaha sendiri.
Menurut Emiey (2015), murid yang cemerlang sentiasa taat kepada perintah
Allah S.W.T dan berusaha mencapai kejayaan selaras dengan tuntutan agama iaitu
mengamalkan apa yang disuruh dan menjauhkan apa yang dilarang. Perkara
tersebut termasuklah mentaati ibu bapa dan guru-guru serta mematuhi setiap

peraturan yang ditetapkan. Justeru itu, penghayatan nilai keagamaan amat penting
untuk diterapkan dan pelaksanaan program keagamaan bagi pemantapan rohani
perlu sentiasa berjalan supaya jiwa, hati dan emosi murid dalam keadaan stabil
kerana dengan penerapan ilmu agama mampu menggalakkan murid supaya lebih
kuat dan mempunyai semangat untuk memperoleh kejayaan.

Agama merupakan tunjang utama dalam kehidupan. Agamalah yang mampu


mengawal setiap genap perkara termasuk emosi seharian. Menurut Nik Nur
Madihah (2009), kewajipan terhadap agama dan kecemerlangan akademik mestilah
dilaksanakan seiringan kerana kita tidak mahu sekadar berjaya di dunia sahaja
sedangkan di akhirat yang kekal abadi. Nik Nur Madihah binti Nik Mohd Kamal
merupakan pelajar cemerlang SPM 2008 dan beliau sendiri mengatakan bahawa
kunci kepada sesuatu kejayaan adalah dengan mendekatkan diri dengan agama.
Maka, tidak mustahillah dengan, penganjuran program-program keagamaan di
sekolah mampu mengatasi masalah emosi yang telah ditunjukkan oleh murid
disebabkan tekanan untuk menghadapi peperiksaan.
Malah, program keagamaan dapat meningkatkan kecerdasan emosional
murid, namun masih banyak ibu bapa yang kurang menyedari bahawa pendidikan
agama

dapat

membimbing

murid

untuk

mencapai

kematangan

emosional

(Mahmudah, 2015). Daripada pernyataan beliau, dapat menunjukkan bahawa


pentingnya penerapan agama sehingga dapat membantu murid untuk mencapai
kematangan emosional atau meningkatkan kecerdasan emosi.
Oleh itu dengan pelaksanaan program-program keagamaan seperti Bacaan
Yasin, Doa Harian, Slot Muhasabah dan Solat Hajat yang berkala dapat membantu
murid untuk mengawal emosi seterusnya mampu untuk meningkatkan prestasi
yang cemerlang dalam pembelajaran. Murid akan sedar tanggungjawab mereka
terhadap diri, keluarga, masyarakat, negara dan agama. Secara tidak langsung
program keagamaan yang cuba dilaksanakan dapat membentuk sahsiah dan
pemantapan rohani dan emosi yang baik dalam kalangan murid sekiranya mereka
dapat memberikan penghayatan terhadap setiap program keagamaan yang
dianjurkan.

Program Motivasi
Menurut Noraini Ahmad (2005), untuk menghadapi peperiksaan dengan
tenang tanpa menghadapi sebarang gangguan pemikiran, perlulah mengawal
emosi. Sekiranya emosi tidak dijaga dengan baik, kemungkinan usaha untuk
mengingati fakta-fakta yang dibaca menghadapi kebuntuan. Malah, ketegangan
emosi boleh melemahkan penumpuan membuat persiapan untuk menghadapi
peperiksaan. Ketika berada dalam keadaan tertekan, tumpuan kepada pelajaran
akan menjadi terganggu. Apabila tidak ada penumpuan khususnya ketika belajar, ia
akan menyebabkan kelemahan pada daya ingatan. Lantas, tekanan emosi akan
meninggalkan kesan yang negatif terhadap penumpuan pada peperiksaan.
Oleh

itu,

sekiranya

murid

menghadapi

masalah

yang

menyebabkan

gangguan emosi dan kekacauan jiwa, adalah lebih baik masalah ini perlu
diselesaikan terlebih awal kerana amat sukar untuk memberikan penumpuan ketika
mana murid dalam keadaan yang tidak stabil. Program Motivasi yang menekankan
gaya hidup cemerlang, pengurusan masa yang baik dan persediaan menghadapi
peperiksaan

sangat

membantu

murid

untuk

menaikkan

motivasi

interinsik

seterusnya dapat membantu mereka menstabilkan emosi supaya mereka boleh


bersedia untuk menghadapi peperiksaan.
Program-program motivasi dijalankan bagi memupukkan motivasi interinsik
dalam kalangan murid. Dengan adanya motivasi interinsik ini, murid secara
langsung dapat mengawal emosi mereka sebaik mungkin malah mereka mampu
untuk mengatur gaya pembelajaran mereka untuk mencapai sesuatu kejayaan.
Seseorang murid yang mempunyai motivasi interinsik ini tidak perlukan lagi
rangsangan-rangsangan luar untuk memberikan galakan kepada mereka kerana
mereka sendiri sudah mempunyai dorongan untuk melakukan sesuatu.
Pembelajaran

afektif

melibatkan

penelitian

dan

penyelarasan

tentang

perasaan dan pilihan (Mel, 2010). Dengan program-program motivasi, ia mampu


membantu murid dalam memberikan fokus terhadap pembelajaran di samping
persekitaran yang selesa tanpa tekanan. Mereka memerlukan motivasi interinsik
supaya setiap masa yang diluangkan terdapat penyelarasan dari segi perasaan dan
6

pilihan. Sehubungan itu, mereka mampu menghadapi situasi kesukaran dan


perasaan yang negatif kerana mereka memiliki motivasi interinsik yang ditanamkan
daripada program-program motivasi seperti menekankan gaya hidup cemerlang,
pengurusan masa yang baik dan persediaan menghadapi peperiksaan.
Program motivasi yang menekankan gaya hidup cemerlang akan melatih
daya ketahanan murid. Apa yang diharapkan oleh pihak sekolah, setelah murid
mengikuti program motivasi seperti ini, mereka mampu menghadapi cabaran dalam
pembelajaran. Sebagai contoh, dalam program motivasi tersebut murid didedahkan
dengan aktiviti yang menguji daya ketahanan mental dan juga emosi. Pengalaman
dan pendedahan itu membolehkan murid bersiap sedia untuk menghadapi
sebarang cabaran yang pastinya akan dihadapi pada masa-masa akan datang
seperti peperiksaan UPSR. Jadi, perkara ini membuktikan bahawa program motivasi
berupaya untuk meningkatkan daya tahan murid untuk menempuh situasi yang
penuh dengan cabaran.

Selain itu, dalam program motivasi juga pihak sekolah boleh menjemput
penceramah-penceramah beertauliah untuk mendedahkan kepada murid tentang
teknik belajar dan teknik menjawab soalan yang betul bagi persediaan untuk
menjawab peperiksaan. Persediaan-persediaan awal perlu didedahkan kepada
murid supaya mental mereka lebih bersedia seterusnya dapat mempengaruhi emosi
yang positif dalam diri murid. Pihak sekolah akan menyediakan pakar-pakar yang
mahir dalam kemahiran belajar. Melalui cara ini, murid dapat menggunakan
pengetahuan yang diperoleh untuk belajar secara berkesan. Di samping itu, murid
juga dapat mengetahui teknik untuk menjawab soalan seperti yang dikehendaki
oleh pemeriksa dalam peperiksaan. Jelaslah bahawa program ini dapat memberikan
kebaikan yang banyak kepada murid untuk mencapai kecemerlangan dalam
peperiksaan.
Program motivasi yang memfokuskan kepada pengurusan masa juga yang
berkesan juga memainkan peranan yang penting. Perkara ini dapat membantu
murid mengurus masa dengan bijaksana dan berkesan. Jadi, aktiviti seharian murid
dapat dilaksanakan secara teratur kerana masa mereka terisi dengan perkara yang
sesuai dan berfaedah. Sebagai contoh, daripada motivasi ini dapat membantu
7

murid membuat perancangan aktiviti harian, mingguan dan bulanan. Hal ini,
memang

membuktikan

program

motivasi

bagi

pengurusan

masa

berupaya

menjadikan seseorang murid dapat mengurus masa dengan baik.


Oleh itu, setiap program motivasi yang cuba dianjurkan adalah bertujuan
untuk membantu murid supaya sentiasa berfikiran positif dalam apa-apa jua yang
dilakukan. Apabila keperluan seseorang itu lengkap, maka tiada masalah yang akan
berlaku seperti tekanan emosi. Program-program motivasi ini merupakan medan
yang baik untuk setiap murid mendisiplinkan diri dan menjadi insane yang dapat
mengurus diri dan kecerdasan emosi dengan cemerlang.

Program Rehlah
Selain daripada program keagamaan dan program motivasi, program rehlah
yang berfokuskan kepada aktiviti rehat minda juga merupakan salah satu langkah
intervensi supaya murid dapat menguruskan tekanan emosi dalam menghadapi
peperiksaaan. Dengan program Rehat Minda, dapat meberikan ruang untuk murid
berehat dan melepaskan tekanan. Tempat yang sesuai dipilih untuk mengadakan
program rehlah adalah tempat yang tenang dan damai seperti laut membiru dan
padang menghijau di mana langit dapat dilihat dengan terbentang luas. Setelah
mereka berusaha keras melakukan rutin, guru perlulah memberikan sedikit
ketenangan kepada mereka seperti berekreasi di taman, berkelah di sungai atau di
mana-mana tempat yang sesuai untuk memanjakan minda dan emosi. Ini
merupakan proses merehatkan diri sebelum memulakan tugasan lagi.
Menurut

Christopher

dan

John

(2007),

pelajar

tanpa

mengira

umur

memerlukan profil diagnostik dirinya sendiri sebagai seorang pelajar. Dengan


mengekalkan analogi perubatan dan pelajar memerlukan bentuk identifikasi supaya
orang-orang yang mereka temui tahu mengenai keperluan mereka. Implikasi
daripada tiadanya kesedaran mengenai keperluan pembelajaran menyebabkan
berlakunya

kemudaratan

berbanding

dengan

datangnya

kebaikan.

Hal

ini

menunjukkan bahawa murid-murid memerlukan diagnostik pada diri mereka supaya


mereka dapat dicas dan dibaikpulih setelah mengalami kekurangan tenaga.

Para guru perlu menyedari hal ini dan membaiki kembali tenaga-tenaga
positif kepada murid supaya mereka kembali bersemangat untuk memberikan fokus
terhadap pembelajaran setelah mengalami tekanan dalam pembelajaran. Sekiranya
masalah

ini

dapat

dikenalpasti,

guru

boleh

menggunakan

pendekatan

perkembangan yang berkaitan dengan bimbingan dan kaunseling. Merujuk Ibrahim


Ahmad (2002), pendekatan perkembangan merupakan satu usaha mengenal pasti
dari aspek keperluan pelajar yang berada di alam persekolahan. Tujuan pendekatan
ini ialah supaya murid diberi peluang untuk mengenali dan mereflek diri merek. Di
samping itu, murid-murid akan dibekalkan aktiviti yang berbentuk bimbingan
ssantai sebagai salah satu usaha untuk melengkapkan emosi dan akademik
mereka.
Program Rehat Minda ini akan memberikan ruang kepada murid supaya
murid boleh menghilangkan tekanan mereka sepanjang proses pembelajaran.
Aktiviti-aktiviti fizikal seperti riadah boleh diaplikasikan semasa Program Rehat
Minda. Bukan minda sahaja yang ingin berfungsi malah anggota lain juga ingin
berkhidmat. Di sebabkan penggunaan anggota yang tidak seimbang telah
menyebabkan tekanan emosi berlaku. Perkongsian daripadaTengku Asmadi (2011)
daripada laman Facebook nya mengatakan bahawa aspek fizikal yang perlu
diberikan penekanan adalah riadah.
Berikan masa kepada murid-murid untuk mereka lakukan aktiviti riadah
supaya mereka dapat membuang perasaan tekanan daripada aktiviti tersebut.
Dengan menghirup udara segar dan memberikan peluang kepada mata untuk
melihat ciptaan-ciptaan Allah S.W.T yang mampu menyegarkan minda dan
menyejukkan jiwa. Senaman penting dan seharusnya dilakukan dengan kerap. Hasil
daripada Program Minda yang dianjurkan, pihak sekolah boleh mengamalkan aktiviti
riadah di kawasan sekolah supaya murid-murid ini ada masa untuk mereka bermain
dan aktiviti yang boleh dilakukan untuk menghilangkan tekanan. Mereka hanya
perlu diberikan masa selama 20 minit sekurang-kurangnya dan sebanyak tiga kali
seminggu.
Senaman dapat membantu meningkatkan oksigen yang pergi ke otak. Maka,
murid akan menjadi lebih cerdas dan dapat lebih fokus dalam pelajaran. Justeru itu,

Program Rehat Minda yang memfokuskan kepada aktiviti fizikal dapat membantu
murid untuk menguruskan emosinya dengan baik. Malah, tujuan program ini juga
adalah untuk merehatkan murid-murid daripada tekanan yang mereka alami bagi
mengahdapi peperiksaan. Maka, secara tidak langsung program ini boleh diadakan
sebulan sekali dengan pelaksanaanya boleh diadakan kawasan lapang dan
perbanyakkan aktiviti fizikal supaya murid dapat berehat seketika.

Hari Restu
Tidak ada sesuatu yang lebih bermakna untuk seorang anak ketika
menduduki peperiksaan selain daripada doa dan restu dari kedua ibu bapanya.
Tengku Asmadi (2011), antara elemen lain yang perlu diberi perhatian sebelum
peperiksaan adalah mengelak daripada semua konflik terutama dengan guru dan
ibu bapa. Apabila sesuatu konflik tercetus, maka akan menyebabkan gangguan
emosi daripada murid. Sebagai contoh, apabila guru memberikan hukuman kepada
murid apabila mereka tidak menyiapkan kerja sekolah yang diberikan. Gangguan
emosi akan berlaku apabila murid tidak boleh menerima hukuman tersebut secara
positif seterusnya akan memberikan gangguan emosi kepada mereka.
Maka, Hari Restu ini bertujuan untuk menjernihkan kembali hubungan antara
murid dan ibu bapa serta murid dan guru. Pada masa ini, semua murid diminta
memaafkan semua semua orang yang telah melakukan kesalahan terhadap diri
mereka dan memohon maaf kepada orang lain terutama ibu bapa dan guru. Restu
ibu bapa amat penting dan bukan sekadar meminta maaf, tetapi berhadapan
dengan setiap guru satu per satu. Murid digalakkan menyatakan penyesalan dan
minta halalkan semua ilmu dan makan minum yang diberikan. Bahkan, minta ibu
bapa dan guru mendoakan kejayaan mereka dalam menghadapi apa jua cabaran.

Malah, program ini juga dapat menyedarkan murid bahawa mereka telah
membawa harapan ibu bapa. Ibu bapa dan guru merupakan komponen yang
penting bagi kejayaan seseorang murid dan restu daripada mereka adalah penting
10

sebelum menduduki peperiksaan. Kestabilan emosi murid dapat dibentuk semasa


pelaksanaan program ini kerana murid boleh mengetahui apa yang diharapkan oleh
ibu bapa dan guru-guru di sekolah terhadap pencapaian mereka. Pada Hari Restu,
ibu bapa akan berdoa dengan suara yang jelas agar didengar oleh anak mereka dan
murid tersebut mengaminkan doa ibu bapa mereka. Tujuan pelaksanaan ini adalah
supaya murid menyedari yang ibu bapa mereka sering berdoa untuknya dan
dengan harapan cara ini akan menyebabkan murid-murid akan lebih menghargai
tujuan mereka untuk mencapai kecemerlangan.
Walaubagaimanapun, ibu bapa perlu menyatakan dengan jelas bahawa apa
yang mereka mahukan adalah anak-anak mereka dapat melakukan dengan terbaik
dan bersunguh-sungguh. Ibu bapa perlu redha walau apa sekalipun keputusan yang
diperolehi kelak. Ini akan mengurangkan tekanan atas diri murid-murid. Hal ini
kerana, kerap kali murid beranggapan mereka perlu membuat sehabis baik untuk
memperoleh keputusan cemerlang kerana mereka mengetahui ibu bapa mereka
yang memberikan harapan terlalu tinggi. Harapan yang terlalu tinggi ini ada
ketikanya akan menjadi beban kepada murid-murid hinggakan mengganggu fikiran
dan emosi mereka. Murid-murid apabila didesak akan menambahkan ketakutan dan
kebimbangan dalam diri mereka.
Ibu bapa tidak seharusnya obses dengan keputusan cemerlang dan menekan
anak-anak mereka demi kepuasan diri dan akhirnya akan memberikan kesan
kepada murid-murid. Yang paling penting, ibu bapa perlu memberikan dorongan
supaya mereka boleh belajar dengan bersungguh-sungguh dan menghargai usaha
mereka walaupun keputusan yang dicapai tidak mengikut kehendak mereka.
Menerima kemampuan dan sentiasa memberi galakan adalah lebih mulia dan itu
juga adalah salah satu kejayaan.
Aktiviti yang boleh dilakukan pada Hari Restu ini, ibu bapa dan murid
melakukan solat Hajat, berzikir dan berdoa bersama-sama. Seterunsya pengamalan
boleh dilakukan bersama-sama di rumah dengan melakukan puasa sunat dan
bangun malam untuk melakukan solat Hajat. Aktiviti ini dapat mengeratkan
silaturrahim keluarga malah dapat membentu emosi murid yang sejahtera kerana
mereka dapat melihat sokongan ibu bapa terhadap kejayaan yang ingin mereka

11

capai. Hasilnya, murid-murid akan berasa terharu dan akan belajar dengan
bersungguh-sungguh.
Jelasnya, murid-murid ini akan lebih bersemangat dan emosinya akan
sentiasa berada dalam stabil sekiranya mendapat sokongan daripada ibu bapa. Ibu
bapa

yang

mendoakan

kesejahteraan

dan

kejayaan

anak

mereka

serta

memberitahu apa yang didoakan akan menyebabkan murid-murid lebih menghargai


apa yang dilakukan. Mereka akan belajar tanpa paksaan dan mereka sendiri akan
sedar bahawa apa keputusan yang bakal diperoleh adalah usaha daripada mereka
dan ibu bapa mereka.

Kesimpulan
Secara

kesimpulannya,

langkah-langkah

intervensi

sangat

memainkan

peranan penting untuk mengatasi sesuatu masalah setelah masalah yang dikenal
pasti dapat dikesan. Emosi murid perlulah diperhati sentiasa supaya masalah yang
pada mulanya kecil tidak menjadi besar kerana masalah tidak dapat diatasi pada
peringkat awal lagi. Setiap intervensi yang dijelaskan merupakan langkah-langkah
yang dapat mebantu murid untuk membaiki emosi mereka supaya stabil dan
sejahtera.

Malahan,

dapat

dikaitkan

emosi

ini

dapat

dibentukkan

melalui

rangsangan-rangsangan luaran dan perkara yang paling utama adalah dorongan


dan sokongan daripada orang yang terdekat supaya dapat membantu mereka
mengawal

emosi

bagi

keterusan

dalam

mencapai

kecemerlangan

dalam

peperiksaan yang dihadapi.


Jadi, kefahaman tentang emosi yang ditunjukkan murid amat penting bagi
seorang guru dan murid. Ini disebabkan emosi yang ditunjukkan oleh murid akan
mendorong guru untuk merancang langkah-langkah dan pendekatan intervensi
yang sesuai dan berkesan. Justeru, guru bukan sahaja sebagai pengajar, malahan
berperanan sebagai kaunselor dan pembimbing yang sentiasa memberikan
sokongan dan memotivasikan murid.

12

Rujukan

13

Rujukan

A.J. Michael. (2006). Kompetensi Kecerdasan Emosi. Selangor : Kumpulan Budiman


Sdn. Bhd.
Christopher dan John West. (2007). Belajar Secara Berkesan Di Sekolah. Kuala
Lumpur : Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad
Emiey. (2015). Perbezaan Individu Dalam Pembelajaran Dan Sifat-Sifat Pelajar Yang
Berjaya.

Diperoleh

pada

September

5,

2016,

dari

http://www.slideshare.net/mieysagie/perbezaan-individu-dalam-pembelajarandan-sifat-pelajar-yang-berjaya
Ibrahim Ahmad. (2002). Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling. Kuala Lumpur :
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Kamus Dewan Dan Pustaka. (2002). Maksud Gangguan Emosi. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa & Pustaka
Madihah. (2009). Agama Dan Akademik Mesti Seiringan. Diperoleh pada September
5,

2016,

dari

https://wanitaisma.wordpress.com/2009/04/23/agama-dan-

akademik-mesti-seiringan-nik-nur-madihah/comment-page-5/
Mahmudah. (2005). Pengaruh Pendidikan Agama Islam Terhadap Perkembangan
Kecerdasan

Emosional.

Diperoleh

pada

September

5,

2016,

dari

http://sekripsiterbaik.blogspot.my/2015/04/pengaruh-pendidikan-agamaislam.html?m=1

14

Mel Silberman. (2010). Pembelajaran Aktif 101 Strategi Untuk Mengajar Apa Jua
Subjek. Kuala Lumpur : Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad
Noraini Ahmad. (2005). Persediaan Psikologi Menghadapi Peperiksaan. Kuala
Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Sektor Psikologi Dan Kaunseling Jabatan Pendidikan Negeri Perak. Menghadapi Anak
ATua Pelajar Menghadapi Tekanan Pepriksaan. Diperoleh pada September 5,
2016, pada http://jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/769/membantu
%20anak%20atau%20pelajar%20menghadapi%20tekananan
%20peperiksaan.pdf
Tengku Asmadi. (2011). Persediaan Menghadapi Peperiksaan. pada September 5,
2016,

dari

https://www.facebook.com/notes/dr-tengku-asmadi-bin-t-

mohamad/persediaan-menghadapi-peperiksaan/10150358669198163/

15

Lampiran
16