Anda di halaman 1dari 3

PERIBAHASA : Berikan peribahasa yang sesuai berdasarkan situasi yang diberi.

1. Setelah sebulan di kampung, kedinginan air perigi dan gigitan nyamuk tidak lagi
menjadi masalah kepada Farid kerana ______________________________________
2. Setelah anaknya dimasukkan ke hospital kerana demam denggi, barulah Encik Rajes
membersihkan persekitaran rumahnya. Sikapnya bertepatan dengan peribahasa
_______________________________________
3. Zaki berhenti bekerja kerana menyangka permohonannya untuk memasuki universiti
akan diterima, namun sebaliknya berlaku. Tindakan Zaki umpama
_____________________________________________________________________
4. Hubungan
Hafizi
dengan
Khairul
sangat
___________________________________________________

rapat

umpama

5. Andrian
_________________________________________
kerana
menghiraukan ibu bapanya di kampung sejak dia bekerja di Kuala Lumpur.

tidak

6. Mahani dapat menyiapkan semua tempahan kuih pelanggan sebelum menjelang hari
raya kerana __________________________________________________________
7. Apa-apa
sahaja
yang
hendak
kita
lakukan,
hendaklah
_____________________________________. Jika tidak sukar untuk kita beroleh
kejayaan,pesan ayah kepada abang.
8. Perabot yang mahal harganya, namun begitu tahan lama. Bak kata orang
_________________________________________________________________
9. Dalam mesyuarat itu, Encik Dahlan bersikap ________________________________
kerana tidak mahu ada ahli pengarah yang berkecil hati.
10. Kamilah yang bertungkus-lumus untuk menjayakan majlis itu, tetapi Hayati pula yang
mendapat pujian. Begitulah kata orang , ____________________________________
11. Semakin lama semakin cekap dia bermain piano,
_______________________________________________

bak

kata

orang,

12. Sebelum membeli kereta mewah itu, _____________________________________


supaya kamu tidak akan susah nanti kata ayah kepada abang.
13. Azman, ingat pesan ayah ini, apabila tiba di tempat orang nanti jangan pula dilangar
adat dan peraturan di sana , pesan ayahnya. Peribahasa yang sesuai
_____________________________________________________________
14. Tidak berguna kita memberi hadiah basikal ini kepadanya kerana dia
_____________________________________ dan tidak menghargai pemberian kita
itu.

15. Masih ramai ibu bapa yang malas membaca tetapi mahu anak mereka rajin mengulang
kaji pelajaran samalah_______________________________________
16. Tok penghulu kesal akan sikap penduduk kampung yang hanya membisu ketika
mesyuarat dijalankan, tetapi mula bersuara apabila projek sudah dijalankan. Ada-ada
sahaja yang tidak kena. Mereka bersikap umpama ___________________________
17. Nasihat guru kepadanya ____________________________________kerana dia tidak
pernah mahu mendengarnya.
18. Sejak Putrajaya dimajukan, kawasan petempatan di Bangi dan Kajang semakin maju
_________________________________________________________
19. Pelajar yang malas dan bersikap __________________________________ tidak
mungkin dapat meraih kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan.
20. Di bandar itu ramai orang tinggal kerana senang mendapat rezeki dan kemewahan,
seperti kata peribahasa______________________________________________.
JAWAPAN
PERIBAHASA 1
1. Alah bisa tegal biasa pekerjaan yang sukar akan menjadi mudah apabila
sering dilakukan.
2. Sudah terhantuk baru tengadah setelah mendapat kesusahan barulah
hendak berhati-hati
3. Harapkan guruh di langit, air di tempayan dicurahkan melepaskan
barang yang dimiliki demi mengharapkan sesuatu yang belum pasti.
4. Dakwat dengan kertas / bagai isi dengan kuku / bagai beliung dengan
asahan hubungan yang sangat rapat.
5. Bagai kacang lupakan kulit
6. Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain sesuatu pekerjaan
akan selesai jika dilakukan dengan tekun dan sabar.
7. Membujur lalu melintang patah tidak menghiraukan halangan /masalah.
8. Alah membeli, menang memakai biarlah barang yang dibeli mahal
asalkan tahan lama
9. Menarik rambut di dalam tepung teliti semasa menyelesaikan masalah.
10.Lembu punya susu sapi dapat nama orang lain yang berusaha, orang
lain pula menerima sanjungan.
11.Belakang parang kalau diasah lagikan tajam jika berusaha dengan
gigih, orang yang bodoh akan berjaya juga.
12.Mengukur baju di badan sendiri berbelanja mengikut kemampuan
sendiri
13.Baik mengikut resmi padi daripada mengikut resmi lalang merendah diri.
14.Bagai kera mendapat bunga tidak menghargai pemberian orang lain.

15.
Seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus - : Cuba
mengajar orang berkelakuan baik sedangkan diri sendiri
berkelakuan buruk.

16.rumah siap pahat berbunyi - Perasaan tidak puas hati ataupun rungutan
setelah kerja siap dilakukan kerana kerja- kerja yang siap dilakukan tidak
sempurna.

17.Bagai mencurah ke daun keladi


18.Seperti cendawan tumbuh selepas hujan -pembangunan yang tumbuh
dengan pesat.
19.Seperti pahat dengan penukul
20. Maksud : Apabila sesuatu tempat itu mudah mendapat kesenangan atau kemewahan di situlah ramai
orang berkumpul

Anda mungkin juga menyukai