Anda di halaman 1dari 2

Cara cara Untuk Memasang Khemah jenis Dome!!

Ok Mungkin anda tahu bagaimana nak pasang khemah tanpa perlu baca Buku
panduan yang diberikan!! (hampir semua peserta perkhemahan akan cakap
begitu). Dan semua khemah sama iaitu ada 2 tiang yang merentasi di tengah..
namun disini saya bagi sedikit tips !!

1. Keluarkan khemah dan kain tapak (ground cloth), sebenarnya kebanyakan


khemah tidak disertakan kain tapak dan anda hendaklah membelinya
secara berasingan!! Kain tapak adalah bertujuan untuk pastikan khemah
anda kering pada dasarnya!! Tetapi kain ini mahal jadi untuk mengantikan
kain ini apa kata anda guna plastik sampah sahaja.
2. Buka kain tapak, dan buka sepenuhnya khemah anda itu. Keluarkan tiang
dan pacang pacang serta tali tali dan letakkan di tempat berbeza.
3. Memasang tiang pada khemah merupakan di antara perkara yang
terpenting dan paling menyeronokan dalam proses memasang khemah
ini. Hampir semua khemah jenis dome mempunyai tiang yang
bersambung dengan getah. Dan jika anda baling tiang ini dengan anda
pegang pada hujung tiang itu, ia akan bersambung secara automatik

4. Seterusnya masukkan tiang yang tersedia itu ke lubang luar khemah


bermula dari satu sisi ke sisi bertentangan. Pastikan tiang itu tidak
terputus di tengah-tengah.
5. Setalah tiang itu kelihatan seperti huruf x, sekarang anda akan mendirikan
khemah tersebut. Tempatkan hujung tiang itu di lubang sisi khemah. Dan
pastikan rakan anda juga buat benda yang sama pada sisi yang
bertentangan. Semasa anda hendak memasukan tiang ini anda hendaklah
membengkokkan tiang tersebut kepada bentuk D. ulangi proses ini untuk
tiang lagi satu
6. Seterusnya memasang kain hujan ( kain luar) pemasangan kain ini adalah
sama caranya dengan pemasangan khemah tadi.
7. Baiklah siap khemah dome. Sekarang berbalik kepada kain tapak. Kain
tapak hendaklah di letak kan di bawah khemah. Kain tapak itu mestila
tidak lebih besar dari khemah anda. Ini kerana jika hujan turun air akan
bertakung di kain tapak dan air akan masuk ke khemah anda melalui
tapak khemah. (tapak khemah kebanyakannyer adalah di buat dari kain
guni dan tidak kalis air.) pastikan kain tapak itu kemas dan tidak terkeluar.
8. Pada masa sekarang anda mungkin anggap anda sudah siap dan anda
mungkin mempunyai barang di dalam beg anda untuk di masukkan di
dalam khemah, ini benar jika kawasan yang anda pergi itu tidak
mempunyai angin yang kuat. Tetapi jika kawasan yang anda lawati itu

mempunyai angin yang kencang sila pastikan anda memasang pacang di


sisi khemah anda.
9. Taburkan belerang atau garam kasar di keliling khemah anda untuk
mengelakan dari binatang berbisa masuk ke khemah anda.
10.Seterusnya letakkan beg khemah dan alatan khemah yang tidak di
gunakan seperti pacang yang berlebihan di dalam khemah supaya tidak
hilang.
11.Untuk buka semula khemah caranya sama seperti memasang khemah itu
tetapi secara terbalik. Tapi sila pastikan khemah anda kering sebelum
gulung dan buka semula khemah itu apabila sampai di rumah untuk
pastikan khemah itu berkeadaan baik.

Anda mungkin juga menyukai