Anda di halaman 1dari 6

HUBUNGAN SOSIAL EKONOMI

PELAJAR TERHADAP PENCAPAIAN


AKADEMIK. SATU KAJIAN ATAS
PELAJAR PRA-U DR.
BURHANUDDIN.

PENGENALAN KAJIAN
Menyedari bahawa pelajar pra-u
SMK. Dr Burhanuddin mempunyai masalah
sosial terhadap pencapaian akademik, maka
kajian ini dibuat bagi mengetahui dan
mengenalpasti hubungan sosial ekonomi
terhadap kecemerlangan pelajar pra-u dalam
akademik. Sosial ekonomi adalah kajian
hubungan diantara aktiviti ekonomi dan
kehidupan sosial manusia. Melalui kajian
ini, kita dapat mengetahui bagaimana sosial
ekonomi mempengaruhi keupayaan
seseorang induvidu untuk memahami,
berinteraksi dan bertindak balas kepada
persekitaran pembelajarannya.

Hubungan sosial ekonomi pelajar


terhadap pencapaian pelajar Pra-u
S.M.K. Dr. Burhanuddin.
Setiap induvidu mempunyai faktor
sosial ekonomi dalam mencapai
kecemerlangan dalam bidang akademik
contohnya kemewahan, kemiskinan, budaya,
dan psikologis. Pada waktu yang sama,
kepintaran sosial mampu mempengaruhi
pencapaian akademik pelajar iaitu kebolehan
seseorang untuk memahami dan
menguruskan orang lain serta bertindak
secara waras apabila berinteraksi.
Selain itu, keadaan dan situasi sosial
yang mempengaruhi seseorang untuk terus
berjaya dalam pembelajaran. Faktor-faktor
yang mempengaruhi kejayaan seseorang
tamsilnya budaya, role model, galakan
masyarakat, dan pengalaman mampu
mewujudkan proses kecemerlangan dalam
akademik. Dalam pada itu, kemungkinan
juga pelajar mendapat tolakan positif iaitu
dorongan dari ibubapa, meminati bidang
ilmu yang dipilih, dan rakan sebaya. Maka
ekonomi sosial dapat mempengaruhi
pencapaian akademik seseorang.

Hubungan sosial ekonomi pelajar


terhadap pencapaian pelajar Pra-u
S.M.K. Dr. Burhanuddin.

MATLAMAT KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk
mengetahui sama ada terdapat hubungan di
antara sosial ekonomi pelajar terhadap
pencapaian akademik pelajar pra-u SMK.
Dr. Burhanuddin. Kajian ini juga ingin
mengenalpasti apakah hubungannya dengan
pencapaian pelajar dalam bidang akademik.

OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti
hubungan sosial ekonomi terhadap
pencapaian akademik pelajar.secara
khususnya,objektif kajian tehadap pelajar
pra-u adalah seperti berikut:

Untuk mengetahui hubungan sosial


ekonomi pelajar pra-u terhadap
pencapaian akademik.

Untuk mengetahui sama ada terdapat


hubungan signifikan di antara sosial
ekonomi terhadap pencapaian
akademik pelajar pra-u SMK. Dr
Burhanuddin.

Hubungan sosial ekonomi pelajar


terhadap pencapaian pelajar Pra-u
S.M.K. Dr. Burhanuddin.

PERSOALAN KAJIAN
Kajian ini cuba mengungkap dua persoalan
kajian:
I.

Adakah wujud hubungan sosial


ekonomi terhadap pencapaian
akademik pelajar Pra-u S.M.K Dr.
Burhanuddin ?

II.

Bolehkah sosial ekonomi


mempengaruhi pencapaian akademik
pelajar Pra-u S.M.K Dr.
Burhanuddin ?

KEPENTINGAN KAJIAN
Hasil yang diperolehi daripada kajian adalah
penting untuk mempengaruhi
kecemerlangan akademik pelajar Pra- u
S.M.K. Dr. Burhanuddin. Sosial ekonomi
dapat mempengaruhi kecemerlangan
akademik pelajar untuk meningkatkan tahap
pembelajaran mereka melalui faktor
persekitaran dan pendekatan pengajaran.

Hubungan sosial ekonomi pelajar


terhadap pencapaian pelajar Pra-u
S.M.K. Dr. Burhanuddin.

Ibubapa juga menjadi pendorong


dalam memainkan peranan yang penting
untuk mencapai kejayaan dalam sesuatu
perkara atau usaha. Apabila seseorang itu
gagal dalam akademik pelbagai persepsi
akan timbul terhadap pelajar tersebut.
Persepsi tersebut akan mencenderung pelajar
lebih bersikap negatif seperti sambil lewa,
malas, dan tidak berminat untuk belajar.
Guru juga adalah sebagai perangsang
dalam keberkesanan pembelajaran bagi
meningkatkan mutu pembelajaran pelajar
tersebut. Maklumat yang diberi oleh guru
dapat dimanfaatkan oleh pelajar agar sesuai
dengan strategik pembelajaran mereka.
Strategik pembelajaran tersebut dapat
mengubah sikap pelajar dan seterusnya
membawa kepada pencapaian akademik
yang cemerlang.

Hubungan sosial ekonomi pelajar


terhadap pencapaian pelajar Pra-u
S.M.K. Dr. Burhanuddin.

BATASAN KAJIAN
Kajian ini dijalankan pada pelajar
Pra-u di S.M.K Dr. Burhanuddin. Kawasan
ini amat sesuai bagi mengetahui hubungan
sosial ekonomi terhadap pencapaian
akademik pelajar. Hal ini bagi
mengenalpasti sama ada tahap akademik
pelajar berkaitan atau tidak dengan sosial
ekonomi seperti kemewahan, kemiskinan
dan pengalaman hidup pelajar.
(HALANGAN KAJIAN)

Anda mungkin juga menyukai