Anda di halaman 1dari 100

AKTIVITI PENGENDALIAN TALI

TINGGI

DEFINISI AKTIVITI TALI TINGGI


Aktiviti tali tinggi merupakan salah satu
aktiviti ekstrem yang berisiko bergantung
kepada tahap kesukarannya.
Aktiviti tali tinggi melibatkan kemahiran dan
penggunaan tali melalui lokasi, kawasan atau
keadaan yang berkecerunan tinggi.
Jenis-jenis aktiviti tali tinggi adalah seperti
abseiling, flying fox, tree climbing, repelling
dan aktiviti menyelamat

SEJARAH AKTIVITI TALI TINGGI


Aktiviti tali tinggi pada asalnya merupakan
kemahiran teknikal yang digunakan ketika aktiviti
menyelamat mangsa.
Aktiviti tali tinggi memerlukan kemahiran ikatan dan
simpulan yang tinggi dan cara penggunaan peralatan
dengan betul dan selamat.
Aktiviti tali tinggi juga banyak digunakan di dalam
program team building kerana ia mampu menaikkan
semangat keyakinan peserta
Kini aktiviti ini telah diserapkan menjadi aktiviti
rekreasi luar yang menarik tetapi ekstrim.

Elemen aktiviti aras rendah & aras


tinggi
Aktiviti tali tinggi terbahagi kepada dua
elemen iaitu aras rendah (low element) dan
aras tinggi (high element).
Elemen aras rendah adalah adalah lebih
rendah risikonya berbanding dengan elemen
aras tinggi.
Aktiviti Elemen aras rendah sesuai untuk
permulaan kepada aktiviti elemen aras tinggi.

Contoh Aktiviti aras rendah


BURMA BRIDGE - Dengan memegang kepada
tali di kanan & kiri, peserta perlu berjalan di
atas kabel dan merentasi jambatan tersebut.
Ia sesuai untuk peserta kanak-kanak.

MOHAWK WALK - Kabel akan dipasang secara


zig zag setinggi 12"- 18" (inci) dari aras tanah.
Peserta dikehendaki bergerak di atas kabel secara
berkumpulan dlm keadaan sebaris &
berpegangan tangan untuk mengelakkan dr
terjatuh.

LOW V or WILD WOOZY Kabel di pasang pada 3


batang pokok dan berbentuk V dan berada 12"
(inci) dr aras tanah. 2 peserta dikehendaki
bergerak di atas kabel bermula dari hujung V
sehinggalah ke bukaan V sambil berhadapan dan
menampung berat diantara satu sama lain.

HANG 10 - 2 peserta perlu bekerjasama untuk


sampai kehujung dengan berjalan di atas kabel
dan sambil berpaut kepada tali yang tergantung
di bahagian atas.

NITRO CROSSING
peserta dikehendaki
berhayun dari satu poin
ke poin yang lain dengan
bantuan rakan peserta
yang lain.

CONTOH AKTIVITI ARAS TINGGI


Wall Climbing aktiviti ini
memerlukan kelengkapan
peralatan dan penggunaan
tenaga yang kuat pada
bahagian tangan dan jari.

Abseiling aktiviti ini juga memerlukan


peralatan yang lengkap bagi menjamin
keselamatan. Peserta di kehendaki turun
perlahan-lahan dr poin di atas untuk sampai
kebahagian bawah.

Flying Fox peserta akan berada di dalam


keadaan tergantung di lokasi yang tinggi dan
akan diluncurkan turun menggunakan kabel atau
tali kernmental.

Tree Climbing aktiviti memanjat pokok dengan


menggunakan peralatan yang lengkap. Teknik
memanjat ini tidak memerlukan peserta untuk
memeluk batang pokok untuk memanjat.

Canyoning aktiviti
abseiling di kawasan
air terjun.

PENGENALAN KEPADA TALI

SEJARAH TALI & pembinaan tali


Tali bermaksud untaian-untaian panjang yang dibuat
dari berbagai bahan yang berfungsi untuk mengikat,
menarik, menjerat, menambat, menggantung dsb.
Secara etimologi, tali dapat diertikan sebagai segala
sesuatu yang berkaitan dengan fungsi dan kegunaan
tali.
Tali pada mulanya berasal dari bahan alam semulajadi
seperti dari akar-akar pohon. Namun mengikut
perubahan masa tali kini boleh dihasilkan dengan
menggabungkan bahan-bahan sintetik dan kimia.

Tali yang diperbuat dari alam semulajadi sematamata adalah lebih mudah rosak dan tidak tahan
lama.
Kebanyakan bahan alam semulajadi yang digunakan
untuk menghasilkan tali adalah seperti kapas, jut
dan sabut kelapa dan dari haiwan adalah seperti
sutera dan bulu biri-biri.
Bagi menghasilkan tali yang bermutu tinggi dan
tahan lama, para saintis telah berjaya mencipta tali
dengan cara menggabungkan kedua-dua elemen
alam semulajadi dan sintetik

Sejarah Pembuatan Tali ini pertama kali


diperkenalkan oleh W.H. Carothers, seorang ahli
kimia dan di hasilkan oleh E.I. du Pont de Memors
and Co. syarikatnya pada tahun 1938.
Tali dari bahan sintetik, khususnya nylon, pada
awalnya hanya dihasilkan untuk kegunaan para
pelaut. Namun kini tali berunsurkan nylon banyak
digunakan untuk aktiviti rekreasi luar seperti aktiviti
tali tinggi & rendah.

JENIS-JENIS TALI
Kernmental digunakan untuk aktiviti rekreasi luar.
Gabungan bahan semulajadi dan sintetik. Wujud dlm 2
kategori iaitu low stretch rope & dynamic rope.
Kernmental merupakan satu-satunya tali yang di sahkan
oleh Union Internationale des Association dAlpinisme
(UIAA) yang menepati kehendak keselamatan bagi
menjalankan aktiviti elemen tali.
Ia terdiri daripada simpulan nylon bahagian dalam yang
dikenali sebagai kern dan lapisan luar yang turut terdiri
dari anyaman nylon yg dikenali sebagai mantle
Tali kernmental adalah ringan dan boleh menambung
berat sehingga 2 ton metrik.

Kermental

Nylon ialah merupakan sejenis tali yang


diperbuat dari polimer sintetik yang dikenali
sebagai polyamid.
Nylon adalah merupakan jenis tali yang paling
mudah di temui dipasaran.
Tali Nylon boleh ditemui didalam bentuk sling utk
kegunaan memanjat, tali pancing dan tangsi yang
digunakan untuk reket badminton.

Nylon berbentuk sling

Polyester - merupakan tali kategori polimer.


Polyester turut dikenali melalui nama saintifiknya
iaitu polyethylene terephthalate (PET).
Polyester adalah kukuh dan tidak terurai
walaupun terdedah kepada alam (aren't
biodegradable)
Polyester banyak digunakan di dalam pembinaan
tayar, tali, fabrik untuk tali pinggang keledar dan
tali konvayer (conveyor belts)

Tali polyester

Hemp adalah merupakan tali yang diperbuat


dari fiber-fiber tumbuhan yang dipintal.
Fiber-fiber tumbuhan adalah seperti dari pokok
kapas, pokok jut, sabut kelapa, pokok manila
hemp, pokok papyrus dan sebagainya.
Tali hemp banyak digunakan sebagai tali sauh
dan ia akan menjadi lebih kuat jika dalam
keadaan basah.

Tali hemp

Hawser laid - merupakan tali-tali kecil yang


dipintal untuk menjadikan satu tali yang kukuh
Kebanyakan tali hawser lain terdiri daripada
hasilan 3 tali yang dipintal.
Kebanyakan tali ini dipintal dari sebelah kanan
dengan menggunakan mesin khas.
Terdapat juga tali yang terdiri daripada 4 pintalan
tali kecil yg dikenali sebagai shroud laid.

Hawser laid

PENJAGAAN & PENYELENGGARAAN


TALI

CARA MEMOTONG TALI


kernmental
Tali kernmental yang digunakan bagi aktiviti
rekreasi sememangnya telah mempunyai
ukuran yang bersesuaian.
Sebaik-baiknya tali ini tidak perlu dipotong.
Ketika aktiviti dijalankan tali hanya perlu
dipotong jika berlaku situasi kecemasan
sahaja.
Namun jika perlu dipotong untuk tujuan
penetapan ukuran dan penyimpanan berikut
merupakan langkahnya :

Tentukan dahulu ukuran panjang tali yang di


perlukan.
Gunakan peralatan khas utk memotong tali atau pun
pisau yang tajam agar tali tidak rosak ketika proses
pemotongan.
Setelah dipotong, hujung tali tersebut perlulah
dibakar dengan menggunakan api yang kecil atao
menggunakan rod pemanas. Tujuannya supaya nylon
akan cair dan mengelakkan dari tali tersebut terurai.
Kemudian lilitkan tape di keliling hujung tali supaya
lebih kemas dan tahan lama.

Kernmental yg telah dibakar /


dicairkan hujungnya

Kernmental yg telah dililitkan


dgn tape

Cara membasuh tali kernmental


Peralatan yang digunakan untuk membasuh
tali kernmental ialah :
Baldi
Air
Sabun khas untuk kermental
Berus khas untuk kernmental rope travel

Langkah-langkah membasuh kernmental :


Rendam tali di dalam air yang bercampur dengan
sabun khas selama 10 ke 15 minit sambil mencuci.
Bilas tali di dalam air yang bersih.
Bilasan yang terakhir perlulah menggunakan berus
khas rope travel
Gantung tali ditempat yang teduh sehingga kering
Gulung dan simpan tali di dalam bag khas atau di
gantung di dalam bilik yang perudaraannya adalah
baik

Sabun khas & berus khas utk membasuh


tali kernmental

Rope inspection (pemeriksaan tali)


Sebelum memulakan aktiviti tali perlulah
diperiksa terlebih dahulu.
Setiap tali yang digunakan selalunya
mempunyai tarikh bila ia mula digunakan yang
boleh dilihat pada tag. Namun kekuatan tali
bergantung kepada kekerapan tali itu
digunakan, bukan hanya dengan melihat
jangkamasa yang telah digunakan.
Kebiasaannya jangka hayat tali kernmantel
ialah 5 tahun dari ia dibuat.

Pemeriksaan tali yg biasa dilakukan sebelum


aktiviti adalah seperti berikut :
Lalukan tali tersebut melalui tapak tangan bagi
mengenalpasti bonjolan atau rekahan yg terdapat
pada tali.
Sambil itu perhatikan tali itu jika terdapat bendasing
yang terlekat dan jika lapisan luar kermental sudah
mula koyak atau terputus.

Log penggunaan tali juga amat digalakkan bagi


mengenalpasti kekerapan penggunaan tali
tersebut dan dalam keadaan bagaimana ia
digunakan.

Contol tali kernmental yang telah rosak

Cara penyimpanan tali


Tali kermental yang telah dibersihkan
hendaklah disimpan di dalam stor yang
mempunyai sistem pengudaraan yang baik.
Tali kernmental tersebut perlulah digulung
dan disimpan dengan cara :
Memasukkan ke dalam bag khas
menggantungkannya

Beg khas penyimpanan


tali

Menggantung tali di dalam stor

ALPINE COIL & BUTTERFLY COIL


Alpine coil & butterfly coil merupakan dua
jenis teknik gulungan tali yang sering
digunakan ketika aktiviti rekreasi tali.
Teknik gulungan yang betul akan memastikan
tali dalam keadaan kemas dan mudah untuk di
bawa ke mana-mana.

Teknik gulungan alpine coil

Teknik gulungan butterfly coil

TERMINOLOGI TALI

Terminologi tali
Bight - A simple turn of rope that does not
cross itself.
Loop - A turn of rope that does cross itself.

Standing part - The end of the rope that is


fastened.
Running end - The free end of the rope

Turn An incomplete turn of rope around a spar


Round & turn - A complete turn of rope around a
spar

ROUND TURN

TURN

Cord and rope its the main rope that were


used for climbing.
Rope / line its the rope or line that were used
for safety , emergency and rescue purposes.

IKATAN, SIMPULAN & SAMBUNGAN


(KNOTS, HITCHES & BENDS)

Teknik Ikatan (knots) sering digunakan untuk


mengikat pada sesuatu kayu, pokok atau palang.
Teknik simpulan (hitches) sering digunakan
sebagai anchoring dengan menjadikannya loop
dan ia tidak mudah lurut.
Teknik sambungan (bends) digunakan untuk
menyambung dua tali yang sama saiz atau tidak
sama saiz.

Jenis-jenis ikatan (Knots)


Bowline

Figure of Eight

Double figure of Eight

Figure of Eight on the bight

Stopper knot / end knot

Jenis-jenis simpulan (hitches)


Clove Hitch

Italian hitch / Munter hitch

Jenis-jenis sambungan (Bend)


Sheet bend

Fishermans Bend

Double Fishermans Bend

Hunters bend

PENGGUNAAN & PENJAGAAN PERALATAN


AKTIVITI TALI TINGGI

karabinar
carabiner adalah lingkaran tertutup yang
dibuat dari bahan aluminium alloy yang terdiri
dari bahagian pin atau screw gate.
carabiner adalah alat yang digunakan untuk
mengaitkan tali ke hanger, tali ke tali atau tali
ke harness.
dalam aktiviti tali tinggi carabiner sangat
berperanan untuk sistem keselamatan
pemanjat.

Supaya carabiner sentiasa berfungsi dengan baik,


jaga kebersihan carabiner, terutama dari pasir.
Jika pintu carabiner tersekat, cuci dalam air suam
dengan menggunakan sabun. Bilas secara
menyeluruh dan letak pelincir di engsel, lubang
pin dan screw.
Jangan simpan carabiner pada udara yang
mengandung garam dan udara yang lembab.

Jangan sekali-kali
menjatuhkan
karabinar kerana
karabinar yang
terhentak akan
mengalami
keretakan dan
mengurangkan had
kemampuan daya
tampung berat.

Figure of eight
Figure of eight atau decender merupakan
peralatan yg digunakan untuk mengawal
kelajuan ketika peserta sedang turun dari
abseiling.
Ia di panggil figure of eight kerana rupa
bentuknya.
Peralatan ini sgt kuat & ringan. Setiap figure
of eight boleh menampung maksimum 3000
kg.

Cara penjagaan figure of eight pula adalah sama


seperti karabinar.

Webbing Tape
Webbing tape boleh digunakan sebagai
harness yg diubah suai & penyambung kpd
slings.
Penggunaannya akan membantu bg
mengurangkan bebanan pada tali karamental
dan mengurangkan kerosakan.
Webbing tape amat berguna untuk digunakan
ketika situasi kecemasan dan ketika aktiviti
menyelamat dijalankan.

Cara penjagaan webbing tape adalah sama


dengan cara penjagaan kernmental kerana ia
berunsurkan nylon.

Sling / lanyard
Sling / lanyard adalah item peralatan mendaki
yang terdiri daripada gelung yg diikat atau
dijahit daripada webbing tape.
Ia digunakan untuk melilit batang pokok atau
batu bagi menyambungkan kepada bahagianbahagian lain peralatan.
Sling mempunyai had daya tampung
maksimum sebanyak 22 kilonewton.

Cara penjagaan sling pula adalah sama seperti


penjagaan kernmental kerana sling juga
berunsurkan nylon.

Belay device
Belay device terdiri daripada peralatanperalatan yang digunakan ketika aktiviti
belaying.
Peralatan ini banyak digunakan untuk
membantu aktiviti memanjat seperti rockclimbing, rappelling, dan tree climbing
Ciri-ciri utamanya adalah ia membantu dalam
brek ketika menerima henjutan bebanan.
Cara penjagaan peralatan-peralatan ini adalah
sama seperti penjagaan karabinar.

Jenis-jenis belay device adalah seperti berikut :


Gri-gri

Air Traffic Controller (ATC)

Pulley
Pulley merupakan peralatan yang digunakan
ketika memanjat seperti aktiviti wall climbing,
rock climbing & tree climbing.
Peralatan ini mampu membantu belayer untuk
mendapat lebih graviti di darat bagi
membantu peserta memanjat.
Cara penjagaannya adalah sama seperti
penjagaan karabinar.

Jenis-jenis pulley

Tandem (double pulley)


Tandem mempunyai fungsi yang sama seperti
pulley tetapi tindakan berganda.
Cara penjagaannya adalah sama dengan
penjagaan karabinar

Harness (abah-abah)
Harness terdiri daripada material nylon yang
dipakai pada badan untuk aktiviti tali tinggi.
Harness yang pakai siap terdiri daripada dua
iaitu full body harness dan half body harness.
Full body harness adalah lebih sesuai untuk
peserta kanak-kanak sebagai tujuan
keselamatan.
Terdapat juga harness yang diperbuat
daripada sling.

Cara penjagaan harness adalah sama seperti cara


penjagaan kernmental, sling dan webbing tape.

Hand glove
Hand glove atau sarong tangan perlu
digunakan ketika aktiviti tali tinggi bagi
melindungi tangan daripada melecet dan
tercedera.
Hand glove yang terbaik adalah diperbuat
daripada lapisan material kulit kerana ia lebih
tahan lama dan lebih selamat.
Hand glove selalunya tidak dipakai ketika
aktiviti rock atau wall climbing kerana ia akan
mengurangkan kesan cengkaman jari.

Contoh hand glove

Safety helmet
Safety helmet atau topi keselamatan adalah
peralatan keselamatan yang penting ketika
aktiviti tali tinggi.
Ia berfungsi melindungi bahagian kepala
daripada sebarang hentakkan yang boleh
mendatangkan kecederaan serius.
Safety helmet yang telah digunakan perlulah
disimpan dengan baik di dalam stor.

Contoh safety helmet yang sesuai utk aktiviti


tali tinggi

TEKNIK-TEKNIK BELAYING, ANCHORING &


ASAS MENYELAMAT

belaying
Belaying merupakan teknik yg akan memastikan
pergerakan seseorang menggunakan tali adalah
selamat.
Ia merupakan aktiviti pengawalan tali (yg terikat
pada peserta yg sedang bergerak turun) yg
dikawal oleh seorang belayer & pada masa yg
sama perlu menggunakan peralatan
belay.Terdapat 3 teknik belaying iaitu :
Self belay
Top belay
Bottom belay

Top belay
Belayer berada di
sebelah atas untuk
mengawal pendaki
turun.

Bottom Belay
Belayer berada di
sebelah bawah
untuk mengawal
pendaki turun.

Self belay
Pendaki yang tidak
mempunyai belayer.
Pendaki jenis ini
mengawal segala
pergerakan turun
sendiri.

dispatcher
Dispatcher merupakan seseorang yang
bertanggungjawab untuk mengawal
pelepasan peserta untuk aktiviti abseiling &
flying fox.
Dispatcher akan memastikan segala peralatan
adalah terpasang dengan betul & beliau juga
akan memasang bahagian yang terakhir
sebelum melepaskan anda membuat abseiling
atau flying fox

Dispatcher

anchoring
Anchoring ialah teknik untuk memastikan
pendaki tergantung pada tali yang di ikat pada
sesuatu yang kukuh dan kuat seperti batang
pokok, batu, tiang dan sebagainya.
Tujuan anchoring adalah untuk memastikan
pendaki tergantung dengan selamat
sehinggalah sampai ke bawah.

Teknik anchoring boleh dibahagikan kpd 3 iaitu:


One point anchor
Two point self equalizing anchor
Three point self equalizing anchor

Anchoring

Asas menyelamat semasa aktiviti tali


tinggi

Asas menyelamat semasa aktiviti tali tinggi boleh


terbahagi kepada 3 kategori seperti berikut :
Self rescue teknik menyelamat diri sendiri tanpa
memerlukan bantuan org lain sehingga selamat
turun.
One to one rescue teknik menyelamat yg di
kendalikan oleh orang lain dengan cara sama ada
menyangkut peserta pada harness penyelamat dan
memotong tali peserta tersebut atau menguraikan
tali yang tersekat dengan mengarahkan peserta
berdiri pada loop

Escape from the system merupakan teknik


menyelamat dengan cara menyambungkan
mangsa terus kepada belay anchor (anchor
anda) . Ini akan membebaskan anda dari
sistem keselamatan abseling mangsa. Pastikan
belay anchor mampu menampung berat anda
dan mangsa.

PERSEDIAAN AKTIVITI TALI TINGGI


SEBELUM, SEMASA & SELEPAS

Sebelum aktiviti tali tinggi


Pastikan semua peralatan untuk aktiviti tali
tinggi adalah mencukupi dan selamat untuk
digunakan dengan mengaplikasikan teknikteknik memeriksa peralatan dengan betul.
Pastikan jumlah peserta adalah mencukupi
sebelum memberi taklimat/briefing kepada
peserta supaya tidak ada seorang pun yang
akan ketinggalan.

Pastikan taklimat keselamatan disampaikan dengan jelas


seperti :
Risiko-risiko yang boleh terjadi
Cara pemakaian helmet & harness yg betul
Jangan berdiri di bawah peserta yg sedang melakukan
aktiviti kerana dikhuatiri akan ada objek yang
terjatuh.
Pastikan peserta memakai segala peralatan dengan
betul dan lengkap sebelum membuat aktiviti
Pastikan jurulatih adalah mencukupi bagi menjalankan
semua tanggungjawab seperti belayer dan dispatcher

Semasa aktiviti tali tinggi


Peserta dikehendaki patuh pada arahan yang
diberikan oleh jurulatih.
Peserta dikehendaki fokus dengan aktiviti yang
akan dijalankan.
Jurulatih perlu peka di atas segala aktiviti yang
berlaku untuk mengelakkan sebarang risiko
yang bakal terjadi.
Peserta boleh memberikan galakkan kepada
rakan peserta lain untuk melakukan aktiviti ini.

Selepas aktiviti tali tinggi


Kumpulkan semua peserta untuk debriefing
Pastikan peralatan dikumpulkan semula
dengan berpandukan kepada arahan jurulatih
Simpan semua peralatan dengan mengikuti
prosedur yang telah disarankan bagi setiap
peralatan.
Jika ada peralatan yang perlu dibersihkan, sila
ikut prosedur yang telah disarankan.