Anda di halaman 1dari 4

REFLEKSI FASA DUA BIG

Nama : Marylyne Peridoh


No. I.C : 931210-12-6628
Program BIG ( Bina Insan Guru) kali ini adalah aktiviti kemasyarakatan yang
telah dijalankan di sekolah Kebangsaan Taman Muhibbah, Jalan Jambu Air Seleng,
Senai, Johor Bahru, Johor. Program ini telah dijalankan selama sehari iaitu pada 24
Julai 2013 bersamaan dengan hari rabu.
Melalui penyertaan ke dalam program ini, saya merasa sangat beruntung
kerana mendapat pelbagai pengalaman baru sepanjang program ini berlangsung
dan menganggap program sebegini adalah merupakan persediaan awal bagi diri
saya sendiri untuk menempuh masa hadapan.
Sebelum menjalani program ini, kami telah membuat pelbagai persediaan
awal seperti membuat amali kendiri tentang jenis-jenis ikatan, cara-cara ikatan, dan
jenis-jenis gajet yang dapat dibina. Antara matlamat program ini dilaksanakan juga
amatlah penting untuk diketahui, agar segala matlamat yang dirancang akan dapat
dicapai. Program yang dilaksanakan ini diharapkan dapat melahirkan bakal guru
yang lengkap dengan pelbagai ilmu dan pengetahuan sejajar dengan Falsafah
Pendidikan Guru. Oleh itu, program kemasyarakatan seperti ini sedikit demi sedikit
akan dapat menyuntik jiwa saya sebagai seorang pelajar dan bakal guru.
Selain itu, melalui program ini juga kami dapat dilatih dengan kemahiran
membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Saya sebagai seorang penasihat
ataupun guru pembimbing semasa aktiviti membina gajet adalah orang yang amat
penting dalam membuat keputusan bagi aktiviti membina gajet. Maka itu, saya akan
lebih merasa yakin dengan diri saya sendiri.
Dalam pada itu, sepanjang aktiviti ini dijalankan saya bersama dengan salah
seorang rakan saya iaitu Muhamad Furqan telah berkerjasama dalam membantu
pelajar yang menghadiri program tersebut dalam membina gajet yang menyerupai
tempat letak kasut. Mereka berasa amat seronok dan bersemangat dengan
kehadiran kami semua yang sudi membantu mereka.

Apa yang dapat saya lihat, sikap budak-budak pelajar sekolah rendah ini
adalah amat agresif ataupun hyper active. Mereka sangat tertarik untuk mahu
mengetahui lagi apakah cara-caraa dan jenis-jenis ikatan yang terdapat dalam
pembinaan sebuah gajet, mereka saling tolong-menolong dan walaupun ada pelajar
yang tidak suka dengan aktiviti ini, itu bukanlah salah mereka malahan itu adalah
merupakan tanggungjawab seorang guru dalam cuba untuk menarik perhatian
mereka

dan

jangan

membiarkan

pelajar tersebut

tidak

mengikuti

proses

pembelajaran yang sedang dijalankan. Dapat disimpulkan, saya sebagai seorang


guru, adalah peranan yang penting bagi membimbing pelajar kea rah yang betul.
Semasa aktiviti dijalankan, saya sebagai guru penasihat telah memainkan
peranan dengan mengajar mereka cara-cara ikatan untuk membina gajet. Selama
program ini berlangsung, banyak kelemahan dan kelebihan yang dapat saya
perolehi seperti saya lebih fasil ataupun tahu jenis-jenis ikatan dan saya merasa
amat berpuas hati kerana apa yang saya pelajari dapat saya curahkan kepada
murid-murid saya.

saya bersama dengan Muhamad Furqan telah berkerjasama

dalam membantu dan menegur mereka.


Namun, disepanjang program ini berlangsung. Terdapat beberapa kelemahan
yang dapat saya ketahui selama program ini berjalan. Antara kelemahan yang dapat
dikesan adalah seperti murid-murid sukar untuk menghafal ataupun memahami cara
ikatan yang boleh digunakan untuk membina gajet. Oleh itu, saya dan Muhamad
Furqan telah berkerjasama dengan memberi contoh dan demostrasi berkaitan
dengan cara-cara ikatan.
Kelemahan seterusnya adalah, dari segi pengurusan program yang telah
menyebabkan murid-murid bertindak dengan perlakuan mereka sendiri. Oleh itu,
saya perlulah memainkan peranan dalam menarik perhatian mereka.
Secara keseluruhannya, dapat disimpulkan bahawa program ini dapat
membangunkan dan menunjukkan kecaknaan terhadap kepentingan perkhidmatan
kepada komuniti. Program ini adalah merupakan persediaan awal untuk masan
hadapan terutamanya ketika bertugas sebagai pendidik khususnya dan ahli
masyarakat amnya.

REFLEKSI FASA DUA BIG


Nama : Marylyne Peridoh
No. I.C : 931210-12-6628

Program BIG (BIna Insan Guru) iaitu ceramah/bengkel , yang dijalankan di


dewan Dato Khairuddin Ashari (DDKA). Program ini telah berlangsung selama
sehari iaitu pada 29 Ogos 2013 bersamaan dengan hari selasa. Ceramah ini
bertujuan bagi memupuk rasa cinta yang mendalam dalam profession perguruan
secara tidak langsung dapat meningkatkan keyakinan diri para pelajar untuk mahu
berlajar bersungguh-sungguh dalam bidang ini bagi memastikan mereka dapat
mencapai cita-cita mereka sebagai seorang guru yang berdedikasi dan membentuk
pelajar yang cemerlang dalam semua aspek.
Tajuk forum ialah Guru dan Akauntabiliti Profesionalisme menurut perspektif
pelajar dan Guru dan Akauntabiliti Profesionalisme menurut perspektif guru di mana
dijalankan sebanyak dua sesi.
Tetamu forum pada sesi pertama ialah Faez bin Hasaban dari Tesl 1, Nur
Madihah binti Hamdan dari Tesl 2, Shazwi binti Yahya dari Tesl 3, Nur Hidayah binti
Mohamed dari Tesl 4, Nur Akma Haleeda bin Abdullah Sani dari Pendidikan Jasmani
dan Kesihatan dan Tie Xian Ling dari opsyen Sains.
Tajuk forum pada sesi kedua ialah Guru dan Akauntabiliti Profesionalisme
menurut perspektif guru. Ahli panel yang terlibat ialah Wan Nurul Syakirin binti Wan
Mahmud dari Tesl 1, Nur Hafizah binti Shaari dari Tesl 2, Khairunnisa binti Sharom
dari Tesl 3, Anis Adibah binti Nor Azaman dari Tesl 4, Muhamad Furqan bin Abd
Manan dari Pendidikan Jasmani dan Teoh Tinng-Ting dari opsyen Sains.
Sepanjang program ini berlangsung saya amat tertarik dengan apa yang telah
disampaikan oleh ahli-ahli panel bagi kedua-dua sesi tersebut. Mereka amat lantang
bersuaran dan bersemangat dalam membentangkan hujah-hujah mereka itu. Secara
tidak langsung, program ini telah menyuntik dan dapat meningkatkan motivasi dalam
siri saya untuk belajar bersungguh-sungguh lagi bagi mencapai impian saya menjadi
seorang guru yang cemerlang.

Program ini, dapat meningkatkan keyakinan diri pelajar semasa aktiviti ini
dijalankan dan juga selepas program dijalankan. Apa yang dapat saya simpulkan,
berdasarkan penglibatan mereka saya dapat melihat bahawa ada tarikan ataupun
penglibatan baru daripada rakan-rakan yang lain, mereka amat tertarik dengan
program ini dan mereka mengambil perhatian yang penuh semasa hujah-hujah itu
disampaikan dan ada yang mengemukakan soalah kepada ahli panel. Saranan saya
sebagai seorang pelajar di IPG ini agar program sebegini akan dapat dijalankan lagi
bagi membantu meningkatkan pengetahuan dan persediaan bagi guru-guru
berhadapan dengan pelbagai persoalan di luar sana nanti.
Program ini juga, dapat menambah pengetahuan saya tentang isu semasa
yang melibatkan bidang keguruan masa kini yang akan memberi kesan kepada saya
pada masa akan datang. Saya berharap, agar dimasa-masa yang akan datang saya
akan dapat melibatkan diri kedalam program-program sebegini. Ianya, akan dapat
membantu saya dalam meningkatkan intelek saya.
Hujah yang disampaikan amatlah menarik perhatian kami semua, maklumat
yang disampaikan bagitu sahih dan logik ataupun dapat dipertimbangkan. Mereka
membentang hujah-hujah mereka dengan penuh yakin, itulah antara objektif utama
program ini dijalankan kepada semua bakal-bakal pendidik.

Anda mungkin juga menyukai