Anda di halaman 1dari 19

1

ULASAN

EKSEKUTIF

YANG

BERFOKUSKAN

KE

ARAH

PEMBENTUKAN

KEPIMPINAN GURU MASA DEPAN YANG BERKUALITI


1.0 PENGENALAN
Pendidikan merupakan satu pelaburan yang penting dalam sesebuah negara. Kualiti
generasi pada masa hadapan terletak di tangan para guru untuk merealisasikannya.
Seperti yang kita sedia maklum, pendidik dihujani dengan pelbagai tanggungjawab.
Oleh itu, pendidik hendaklah mempunyai asas kempimpinan yang berkualiti dan harus
ditelusuri dan diperhalusi bagi mewujudkan iklim pendidikan yang mampu memacu
kecemerlangan.
Pemimpin yang berhemah tinggi sentiasa dapat mewujudkan hubungan yang
baik dengan kelompok yang dipimpin. Ibarat kepala memimpin badan begitulah
perumpamaan yang boleh diberikan kepada pemimpin bagi mencernakan ketokohan di
dalam mengurus dan mengepalai sesebuah organisasi. Corak kepimpinan seperti inilah
yang sepatutnya ditunjukkan oleh seorang pemimpin budiman.
Sesetengah komuniti beranggapan bahawa pemimpin merupakan insan yang
boleh mendorong pengikut untuk bekerja, menghasilkan sesuatu yang agung. Walau
apa pandangan yang dilemparkan, pada pucuk pangkalnya pemimpin adalah kombinasi
daripada pengarah, pendorong dan juga pemikir.
Kepimpinan seorang pendidik adalah proses penambahbaikkan terhadap
pengurusan

dan

perjalanan

sekolah.

Pemimpin

juga

adalah

individu

yang

mempengaruhi individu lain di dalam sesuatu pertubuhan. Menurut Amir Hasan Dawi
(2006:217), kepimpinan merupakan satu aktiviti yang sangat kompleks dan dapat
didefinisikan sebagai bentuk interaksi antara pemimpin dengan orang yang dipimpin.
Kepimpinan juga suatu proses yang mempengaruhi aktiviti individu lain ke arah
mencapai objektif yang telah dirancang. Bak kata pepatah, jasa seorang pemimpin
umpama air mengalir dari anak sungai hingga ke dasar lautan.

2.0 TUGASAN 1 : UCAP UTAMA PROFESSOR DATO DR. IBRAHIM AHMAD


BAJUNID DAN PROFESSOR EMERITUS TAN SRI DATO DR. KHOO KAY KIM
Jabatan Ilmu Pendidikan Institut Pendidikan Guru Ilmu Khas berperanan untuk
mewujudkan kecemerlangan dalam penguasaan ilmu pendidikan dan pelaksanaan
pengajian pendidikan keguruan untuk melahirkan guru yang berkualiti. Bertitik tolak
daripada peranan ini, Jabatan Ilmu Pendidikan telah menganjurkan Seminar
Kebangsaan Pendidikan Guru 2011 dengan tema Menjana Transformasi Pengajaran.
Seminar pendidikan ini diadakan untuk meningkatkan kualiti proses pengajaran dan
pembelajaran melalui penyelidikan dan kajian yang telah dijalankan oleh para pendidik
dalam bidang pendidikan. Selain itu, seminar ini dapat menyediakan ruang dan peluang
kepada para pendidik untuk membentang dan berkongsi idea tentang transformasi dan
inovasi dalam proses pengajaran.
Sebelum mengulas ucap utama daripada dua orang tokoh pendidikan negara,
sedkit kupasan mengenai isu dan cabaran yang terpaksa dihadapi oleh pendidik masa
kini. Cabaran boleh ditakrifkan sebagai sesuatu yang menguji kekuatan dan kemahiran
dalam sesuatu aktiviti. Istilah cabaran ini adalah suatu ungkapan yang tidak asing lagi
bagi individu yang bergelar pendidik. Perkembangan bidang sains dan teknologi dalam
dunia globalisasi kini telah memberi suatu anjakan paradigma di dalam dunia
pendidikan. Keadaan ini seterusnya menjadikan pengurusan di sekolah menjadi
semakin kompleks. Situasi ini memperlihatkan persediaan seorang pendidik dengan
pelbagai cabaran dalam sistem pendidikan yang sering berubah. Oleh itu, sebagai
seorang pendidik, kita hendaklah sentiasa berusaha untuk mengharungi cabaran ini
agar pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan berkesan. Kenyataan ini
telah diutarakan oleh Professor Dato Ibrahim Ahmad. Beliau berkata seorang pendidik
haruslah bersedia daripada semua aspek agar profesion perguruan berada dalam
paralel universal iaitu alam yang selari.
Selain itu, beliau juga berkata bahawa seorang pendidik hendahklah bijak
memilih untuk menjadi pelaku dalam sejarah manusia. Seorang pendidik perlu sentiasa
yakin untuk menggambarkan dan memilih alternatif yang diperlukan semasa
pengajaran dan pembelajaran. Melalui pernyataan ini, jelas menunjukkan seorang
2

pendidik harus memantapkan diri dengan pedagogi pendidikan. Pedagogi ialah kajian
mengenai pengajaran, khususnya pengajaran dalam pendidikan formal. Dengan kata
lain, ia adalah sains dan seni mengenai cara mengajar di sekolah. Secara umumnya
pedagogi merupakan mata pelajaran yang wajib bagi mereka yang ingin menjadi guru
di sekolah. Sebagai satu bidang kajian yang luas, pedagogi melibatkan kajian mengenai
proses pengajaran dan pembelajaran, pengurusan bilik darjah, organisasi sekolah dan
juga interaksi guru-pelajar. Menurut taksonomi Bloom, pedagogi boleh dibahagikan
kepada tiga iaitu bidang kognitif, bidang afektif dan juga bidang psikomotor.
Selain itu, beliau berkata bahawa pendidik masa kini banyak menelaah makalah
dari luar negara berbanding rujukan dalam negara. Hal ini seolah-olah rujukan di dalam
negara tidak bagus walhal ramai cendikiawan nasional seperti Atan Long, Awang
Salleh, Adibah Amin dan sebagainya. Tokoh akademik seperti yang telah dinyatakan
banyak menerbitkan buku-buku ilmiah yang boleh digunakan oleh para pendidik untuk
membuat rujukan untuk memantapkan kualiti pendidikan negara.
Professor juga ada menegaskan mengenai kepentingan komposisi dari segi
kerangka pendidikan pada masa kini iaitu foundation of education. Sekiranya kita
mengimbas sejarah pendidikan lampau, ternyata cerucuk yang telah dibina seperti
Laporan razak (1956) dan Laporan Rahman Talib (1960) adalah sebuah kerangka yang
sangat kukuh. Tenyata kerangka yang telah dibina ini menjadi asas kepada pemodenan
system pendidikan negara kita. Malah, pada masa kini, pelbagai dasar-dasar baru telah
digubal seperti Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) dan juga Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR).
Selain itu, beliau berkata para pendidik perlulah peka bahawa masa depan
bidang pendidikan sudah tiba. Oleh itu, pendidik hendaklah mengambil cakna dan
memperlengkapkan

diri

dengan

ilmu

pengetahuan.

Pendidik

juga

hendaklah

mempunyai daya imaginasi yang tinggi. Hal ini kerana, dunia pendidikan sekarang
memang telah banyak berubah. Cabaran yang dihadapi oleh guru lebih besar
berbanding dahulu. Apatah lagi dengan keadaan murid sekarang yang lebih ke
hadapan berbanding guru dan ada juga yang kurang menghormati orang tua.. Justeru,
langkah Kementerian Pelajaran Malaysia menggalakkan guru meningkatkan kelayakan
3

akademik melalui pelbagai program dan galakan termasuklah kursus dalam


perkhidmatan, galakan guru bukan siswazah melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah,
pensiswazahan Guru Besar, anugerah biasiswa melanjutkan

pelajaran di peringkat

sarjana dan ijazah kedoktoran merupakan manifestasi untuk membangunkan kerjaya


guru.
Berdasarkan ucap utama yang telah disampaikan, beliau ada menyatakan
bahawa pendidik merupakan suatu pemangkin kepada negara dalam menuju Wawasan
2020. Beliau juga berkata bahawa profesion perguruan merupakan sebuah profesion
yang berjaya. Hal ini kerana profesion ini merupakan kerjaya yang tertua di dunia dan
sentiasa melangkah fasa yang lebih baharu. Pada suatu ketika dahulu, profesion
perguruan hanya bertindak sebagai penyampai ilmu pengetahuan iaitu pendidik hanya
bertindak sebagai pengajar di dalam kelas. Namun, pendidik zaman sekarang seperti
ibu bapa kepada murid-murid di sekolah. Pendidik haruslah melengkapi diri dengan
pelbagai ilmu dan strategi dalam proses pembelajaran. Hal ini kerana, pendidik perlu
menjadi role model kepada murid-murid agar murid-murid bukan sahaja berilmu malah
mempunyai sikap sahsiah yang dihormati selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
Menurut beliau, pendidik zaman sekarang hendaklah mempunyai daya
keyakinan yang tinggi dan ilmu yang ensiklopedik. Oleh itu segala permasalahan yang
dihadapi oleh murid tidak kira dari segi kurikulum ataupun disiplin dapat ditangani
dengan baik. Sebagai contoh, pendidik boleh menggunakan pelbagai kaedah yang
sesuai untuk menangani masalah disiplin yang dihadapi oleh murid-murid melalui teoriteori kaunseling seperti teori rasional emotif, teori pemusatan perseorangan dan
sebagainya. Justeru itu, pendidik yang sentiasa melengkapi dirinya dengan ilmu
pengetahuan yang tinggi dapat menyelesaikan segala kekangan yang dihadapi dengan
tenang dan bijak.
Kupasan yang dapat dibuat melalui ucap utama kedua yang telah disampaikan
oleh Professor Emeritius Tan Sri Dato Dr. Khoo Kay Kim ialah beliau ada menyebut
bahawa pendidik zaman sekarang hanya menitikberatkan kepada peperiksaan sahaja.
Tidak hairanlah pada masa kini, ramai siswa dan siswazah telah dihasilkan melalui
program Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta. Walaupun tahap kurikulum para
4

lepasan ijazah ini berada pada tahap yang membanggakan, mereka masih lemah
dalam pengetahuan am dan aspek-aspek sosial dan disiplin. Kebanyakkan kualiti
pelajar lepasan ijazah yang hanya berfokuskan peperiksaan lemah dari segi Jasmani,
Emosi, Rohani, dan juga Sosial selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Justeru itu, masalah ini hendaklah ditangani dan dikaji semula agar kualiti pendidikan
adalah parelel. Sebagai seorang pendidik, kita hendaklah memainkan peranan penting
dalam melahirkan murid yang seimbang dan mampu menjana pemikiran murid agar
perkembangan dan kualiti pendidikan dapat ditingkatkan.
Beberapa soalan telah dikenalpasti berdasarkan ucap utama yang telah
disampaikan oleh tokoh pendidikan semasa seminar pendidikan 2011 iaitu Apakah
yang berlaku kepada masyarkat kita kini? Kenapakah profesion perguruan dipandang
rendah? dan sebagainya. Profesion perguruan pada masa kini dilabelkan sama seperti
staf sokongan sama seperti jururawat. Kenapakah pernyataan ini boleh berlaku?. Hal ini
terjadi kerana, pada masa kini, pendidik telah dibebani dengan pelbagai tugas yang
berada di luar bidang perguruan. Oleh itu, pendidik tidak dapat memfokuskan tugas
sebenar iaitu mendidik anak bangsa agar menjadi insan yang berguna. Sebagai
pendidik, kita hendaklah memahami kedaulatan profesion yang pendidikan. Selain itu,
kita hendaklah berusaha untuk mengubah persepsi yang telah dilemparkan oleh
segelintir komuniti dengan berusaha dan mempunyai wawasan yang jauh ke hadapan
agar profesion perguruan menjadi contoh kepada profesion lain. Sekiranya pendidik
leka dan berasakan diri berada di dalam zon selesa, pendidik akan menjadi malas dan
ketinggalan.
Para pendidik pada zaman sekarang dinasihatkan supaya menghayati konsep
pembelajaran sepanjang hayat bagi menjamin profesion itu sentiasa mapan dengan
ilmu-ilmu terbaru. Para pelajar hendaklah dilatih berfikir secara kritis dan kreatif, di
samping mempunyai nilai dan budi pekerti yang mulia serta bersifat profesional,
berintegriti dan beretika. Maka, bakal-bakal pendidik juga hendaklah diajar membuat
penyelidikan bagi menjadikan mereka golongan yang paling informatif agar dapat
membentuk atmosfera pengajaran dan pembelajaran yang mantap.\

TUGASAN 2 :
1.0 BUDAYA KEGURUAN SEBAGAI PENDIDIK ABAD KE-21
Tarikh 16 Mei setiap tahun ditetapkan sebagai sambutan Hari Guru setiap tahun.
Sambutan Hari Guru disambut di peringkat kebangsaan hinggalah ke peringkat
sekolah. Pelajar-pelajar yang mengenang jasa guru akan memberi hadiah, bekas
pelajar yang masih mengingati gurunya akan menghantar sms ucapan hari guru
walaupun semua itu tidaklah diharapkan oleh insan yang bergelar guru.
Sedar atau tidak sebenarnya tugas yang dilakukan oleh warga guru adalah tugas yang
6

amat berat iaitu usaha untuk memanusiakan manusia, untuk membentuk insan
bersahsiah dan bermoral tinggi serta sentiasa menyeru murid-muridnya ke arah
kebaikan
Sesungguhnya pengorbanan seorang guru terlalu besar. Namun terdapat pelajar
langsung tidak menghargainya. Seorang guru boleh menghadiri kelas tambahan
petang, malam malah mengorbankan cuti hujung minggu untuk membantu pelajarnya
memperoleh kecemerlangan. Namun pelajar tanpa rasa bersalah ponteng kelas
tersebut. Guru mencurahkan ilmu sebaik mungkin dan mengharapkan pelajar
mengulangkaji serta mengamalkannya, namun mereka biarkannya ilmu itu hilang begitu
sahaja. Guru sentiasa mendoakan untuk pelajarnya agar mendapat kecemerlangan
namun pelajar setelah mendapat kecemerlangan terus melupakan gurunya. Guru
sentiasa mengingati wajah anak didiknya walau pun telah bertahun-tahun, Cuma nama
sahaja terlupa. Tapi pelajar sengaja mengelakkan diri bila bertembung atau buat-buat
tidak kenal bekas gurunya. Semua itu guru tidak ambil kisah, janji di akhirat dapat
ganjaran di sisi Rabb yang tidak pernah lupa, Tuhan yang tidak pernah terlepas
pandang terhadap amalan hambanya.
Menurut Imam Ghazali, hak guru lebih agung dari hak ibu bapa. Hal ini kerana
ibu bapa penyebab adanya kita di dunia yang fana sementara seorang guru menjadi
penyebab kepada hidup yang kekal. Sekiranya tiada didikan oleh guru, nescaya apa
yang dihasilkan dan diarahkan oleh ibu bapa akan celaka selamanya. Umat Islam
menggalakkan umatnya melanjutkan pelajaran sehingga ke liang lahad dan Rasulullah
pernah menggalakkan supaya umatnya belajar sehingga ke negeri China. Ini
menunjukkan bahawa Islam menggalakkan umatnya belajar walaupun sejauh mana
atau selanjut mana usia seseorang.
Menurut Gardner (1988), Penyelidikan telah membuktikan bahawa hanya
sebahagian

kecil

sahaja

kebolehan

ingatan

sementara

(short-term

memory)

berkurangan apabila usia semakin bertambah. Oleh itu, sebagai seorang guru, kita
haruslah mengetepikan kenyataan di atas dan bersiap sedia untuk menyahut cabaran
memperluaskan bidang ilmu kita. Walaupun kerjaya seorang guru merupakan
7

perkembangan yang memerlukan masa yang agak panjang, kita hendaklah cekal dan
tidak mudah putus asa untuk menimba ilmu sebagai bekalan kepada anak didik kita.
Pada masa kini, ramai guru yang telah melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah,
master malah ke tahap doktor falsafah. Hal ini selaras dengan seruan Timbalan
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar program pembelajaran sepanjang
hayat dihayati untuk meningkatkan keupayaan modal insan negara. Beliau berkata
program yang dijadikan sebagai tiang ketiga selepas pendidikan asas dan pendidikan
tertiari dianggap penting untuk meningkatkan peratusan tenaga kerja berkemahiran
tinggi daripada 28 peratus pada masa ini kepada 33 peratus menjelang 2015.
Proses perkembangan kerjaya seorang guru yang selari dengan arus
pemodenan ini menggalakkan guru agar sentiasa berinovatif dan membuat banyak
kajian penyelidikan untuk membaiki tahap pengajaran dan pembelajaran di dalam
kelas. Sebagai contoh, pada suatu ketika dahulu, penyebaran ilmu di dalam kelas
adalah bergantung kepada papan hitam dan kapur sahaja. Namun, apabila teknologi
maklumat

dan

komunikasi

mendahului

segalanya,

seorang

guru

hendaklah

memperkembangkan ilmu dan bakat mereka serta berani menggunakan teknologi


maklumat dan komunikasi semasa pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, guru
menggunakan komputer, internet dan juga LCD sebagai bahan bantu mengajar. Kerjaya
seorang guru tidak terhad kepada gaya penyampaian ilmu duniawi sahaja malah guru
perlu membimbing anak didik supaya menjadi insan yang baik dari segi Jasmani,
Emosi, Rohani, Intelek dan sosial.

2.0 ANALISIS KESEDIAAN GURU PRA PERKHIDMATAN UNTUK MENERIMA


PELBAGAI PERANAN SEBAGAI GURU YANG BERKESAN
Persiapan dari pelbagai aspek pengetahuan dan kemahiran untuk menjalani latihan
mengajar mampu menyediakan guru pra perkhidmatan dengan keperluan menangani
cabaran yang mendatang apabila perkhidmat sebagai penjawat awam. Sekiranya kita
melihat kepada tiga komponen utama dalam sistem pendidikan sesebuah negara ialah
kurikulum, prasarana, dan juga sumber manusia. Dilihat dari aspek sumber manusia,
guru dianggap elemen penting yang menjadi nadi penggerak kepada keseluruhan
jentera pendidikan. Menyentuh tentang kepelbagaian program pendidikan perguruan
pra perkhidmatan di IPTA dan IPG, komponen latihan mengajar dilihat sebagai teras
dalam penghasilan guru-guru yang novis melalui pendedahan pengalaman dalam
situasi sebenar. Oleh itu, semua guru pra perkhidmatan diwajibkan untuk menjalani
latihan praktikum (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2006).
9

10

Isu kepentingan latihan mengajar dalam latihan perguruan pra pekhidmatan


diakui oleh ramai penyelidik dan ahli akademik. Hal ini kerana, sehingga kini masih
banyak lagi masalah yang dihadapi oleh guru pelatih dibincang dan dibahaskan.
Antaranya ialah guru pra perkhidmatanberhadapan dengan masalah besar dalam
usaha belajar untuk mengajar dan membaiki pengajaran ( Zakaria et al. (2001); tahap
kesedian pedagogi guru pra perkhidmatan dikatakan kurang memuaskan (Abu Hassan
Kassim et al. 1994).
Sesi praktikum selama 6 bulan yang telah dijalankan oleh Institut Pendidikan
Guru kepada guru pra perkhidmatan banyak memberi pengalaman baru yang berguna
kepada guru pelatih mengenai atmosfera sebenar di sekolah. Semasa sesi praktikum
ini, pelbagai pendedahan telah diberikan kepada guru pra perkhidmatan sebagai contoh
cara penulisan Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Rancangan Pengajaran Harian
boleh disimbolkan sebagai tulang belakang bagi setiap insan yang bergelar guru. Hal
ini RPH merupakan rangka kerja aktiviti pengajaran pembelajaran untuk dilaksanakan
guru di dalam bilik darjah dalam satu jangka masa yang telah ditetapkan. Sebagai
seorang insan yang bakal menyerlah di arena pendidikan kelak, penulisan Rancangan
Pengajaran Harian semasa praktikum ini mampu meningkatkan keyakinan diri guru
pelatih sebelum masuk mengajar di dalam kelas. Selain itu, guru pra perkhidmatan juga
dapat meneliti setiap komponen pengajaran seperti objektif, bahan bantu mengajar
yang diperlukan, strategi dan kaedah yang digunakan dan sebagainya. Oleh itu, melalui
latihan penulisan Rancangan Pengajaran harian semasa menjalani praktikum, guru pra
perkhidmatan dapat meningkatkan tahap keyakinan sebagai bakal guru yang berkesan
kelak.
Selain itu juga, guru pra perkhidmatan juga banyak didedahkan kepada aspek
pengurusan dan kepimpinan di sekolah. Pemimpin adalah individu yang memberi
pengaruh kepada individu di dalam suatu pertubuhan (Amir Hassan Dawi 2006).
Sebagai contoh, guru pra perkhidmatan diberi tugas untuk mengadakan projek semasa
latihan Internship selama sebulan di sekolah. Tugasan yang diberikan oleh pihak
sekolah ini adalah untuk melihat sejauh mana bakat kepimpinan dan pengurusan guru
10

11

pra perkhidmatan. Secara tidak langsung, latihan ini memberi asas yang amat berguna
kepada guru pra perkhidmatan untuk menggunakan pengalaman yang ada sebagai
bekalan apabila menjadi seorang guru mutlak kelak.
Penyelidikan adalah suatu penyiasatan atau uji kaji yang bertujuan menemukan
dan mengintrepretasikan fakta-fakta, mengulang semula teori yang diterima di dalam
penemuan baru (Woolf, 1975 muka surat 984). Sebagai seorang guru pra
perkhidmatan, pendedahan kepada kajian penyelidikan ini banyak memberi impak
positif kepada bakal guru. Hal ini kerana, bakal-bakal guru ini digalakkan untuk
membuat penyelidikan agar mutu pengajaran dan pembelajaran bertambah baik.
Kesimpulannya, kejayaan serta kelestarian seorang guru dalam kerjayanya adalah
kesediaan guru untuk terus maju dalam profesionalisme melalui aktiviti dan program
pendidikan. Kesediaan guru pra perkhidmatan mencuba pelbagai teknik dan kaedah
baru mampu meningkatkan kualiti guru pra perkhidmatan untuk menjadi guru yang
berkesan dalam dalam dunia pendidikan.
3.0 AMALAN BUDAYA KEGURUAN SEJAJAR DENGAN PENDIDIKAN SEMASA

BUDAYA MEMBACA
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Bacalah dengan Nama Tuhanmu Yang Menciptakan. Menciptakan manusia dari
segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmu Maha Pemurah. Yang mengajar dengan
qalam. Yang Mengajar manusia apa-apa yang tidak diketahuinya. (Surah Al-Alaq 1-5)
Amalan membaca telah termaktub di dalam kitab suci Al-Quran dan telah
diamalkan sejak dari zaman Rasulullah lagi. Tidak hairanlah amalan membaca ini
menjadi salah satu cara pembelajaran sepanjang hayat bagi insan yang bergelar guru.
Pendidik perlu sedar bahawa dalam usaha menghadapi masa depan yang penuh
saingan, kita hendaklah berusaha belajar dan menelaah ilmu untuk melahirkan generasi
yang berilmu. Seperti yang telah diperkatakan oleh Syed Ismail & Ahmad Subki (2010)
11

12

membaca perlu diamalkan oleh setiap guru dan menjadi salah satu syarat penting
dalam membentuk keterampilan menulis. Secara tidak langsung, ianya mampu menjadi
bahan rujukan kepada guru untuk menghasilkan karya-karya berbentuk jurnal, kajian
tindakan dan juga pelbagai lagi bahan ilmiah yang boleh menjadi tatapan kepada
individu lain.
Selain itu, guru merupakan agen penyebar ilmu yang diperoleh hasil pembacaan
manakala murid dikategorikan sebagai penerimanya. Apabila seseorang guru
menjadikan amalan membaca sebagai proses pembelajaran sepanjang hayat, maka
secara tidak langsung guru terbabit mempunyai pengetahuan ilmu yang meluas sejajar
dengan perkembangan arus teknologi kini. Hal ini akan melahirkan sebuah profesion
yang mantap, berkualiti dan berjaya. Menurut Mok Soon Sang (1996), guru merupakan
tenaga ikhtisas di dalam bidang perguruan yang telah dipertanggungjawabkan untuk
mendidik dan menyebarkan ilmu pengetahuan bersama murid. Perkongsian ilmu antara
guru dengan guru serta guru dengan murid akan melahirkan satu budaya ilmiah dalam
arena pendidikan.
Jika melihat dari aspek pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, guru yang
banyak membaca akan menghasilkan pengajaran yang sangat menarik dan bermutu.
Guru dapat memberi hujah dan contoh yang elegan dan bernas kepada murid dan tidak
hanya bergantung 100% kepada input yang diperolehi daripada buku teks sekolah.
Secara tidak langsung, guru yang banyak membaca mampu memotivasikan muridmurid untuk lebih fokus dan meminati isi pelajaran yang disampaikan.
Pelbagai langkah boleh diambil untuk membudayakan amalan membaca
dikalangan guru agar setiap insan yang digelar guru dapat menjadi superhero kepada
anak didiknya. Oleh yang demikian, setiap guru harus sentiasa mengingatkan diri
masing-masing supaya menjadikan pembacaan sebagai amalan harian mereka. Secara
tidak langsung pembacaan yang meluas dan terkini dapat menghasilkan para pendidik
yang diiktiraf dan berkualiti. Langkah lain yang boleh diambil ialah mengadakan
program budaya membaca di sekolah. Program ini boleh diadakan setiap dua minggu
sekali iaitu seorang guru dikehendaki untuk membuat ulasan berkaitan buku yang
12

13

dibaca di perhimpunan pagi. Melalui program yang dijalankan ini, para guru terpaksa
mencari waktu untuk menelaah dan membuat bacaan. Walaupun tugas guru sangat
dibebani dengan pelbagai tanggunjawab, kita hendaklah bersedia untuk berubah (Mohd
Fadzilah 1996). Program budaya membaca oleh guru seterusnya akan menjadi teladan
yang baik seterusnya memupuk budaya membaca dikalangan mereka.
BUDAYA BERFIKIR/ REFLEKTIF : PENULISAN JURNAL
Amalan budaya keguruan yang seterusnya ialah budaya berfikir. Hal ini kerana budaya
berfikir adalah kesinambungan daripada budaya membaca. Apabila seseorang banyak
membaca, secara automatik otak akan diransang untuk berfikir dan berfungsi dengan
efisyen. John Dewy di dalam buku Kemahiran Berfikir oleh Poh Swee Hiang (2005)
berkata, berfikir ialah operasi yang menggunakan fakta yang sedia ada untuk
mencadangkan fakta-fakta lain. Di dalam ayat suci Al Quran, banyak ayat yang
mengajak manusia sentiasa berfikir. Hal ini kerana seseorang dikira memiliki darjat
keimanan yang tinggi sekiranya mereka sentiasa berfikir kejadian alam ciptaan illahi.
Tanpa penelitian dan pengamatan mendalam, mana mungkin manusia dapat
membongkar khazanah kekayaan Allah untuk faedah kehidupan manusia.
Amalan berfikir di dalam profesion perguruan tidak hanya terhad kepada bahan
bacaan sahaja tetapi meliputi aspek yang meluas iaitu berfikir sebagai satu proses yang
reflektif. Kemmis (1985) menyatakan bahawa proses yang reflektif adalah satu proses
yang lebih luas jika dibandingkan dengan suatu proses mental. Berasaskan kepada
konsep teoritikal, refleksi dapat memberi satu pelan tindakan bagi pengalaman pada
masa hadapan. Amalan reflektif ini merangkumi proses untuk guru mengenalpasti
masalah yang dihadapi, punca masalah, cadangan dan juga tindakan susulan untuk
membuat penambahbaikkan. Menurut Schon (1987), beliau berpendapat bahawa
banyak kebaikan yang diperolehi melalui proses refleksi yang dijalankan oleh guru.
Segala reflektif pengajaran yang dibuat oleh guru dapat didokumentasikan di dalam
bentuk portfolio di mana ianya dapat dijadikan sumber rujukan yang komprehensif oleh
guru lain.
13

14

Antara kemahiran asas yang perlu ada untuk menjayakan amalan berfikir
sebagai budaya keguruan ialah kemahiran memproses, membanding beza, mengelas,
membuat generalisasi, dan sebagainya. Guru-guru boleh menggunakan alat-alat berfikir
untuk membantu mereka membuat penulisan grafik seperti pengurusan grafik, peta
minda dan sebagainya. Selain itu, sebagai seorang guru yang ingin membudayakan
amalan berfikir, kita haruslah mempunyai kesedaran akauntabiliti terhadap tugas-tugas
yang ada di dalam diri seorang guru. Antaranya ialah akauntabiliti terhadap profesion
perguruan itu sendiri. Guru hendaklah bertanggungjawab untuk meningkatkan profesion
perguruan dengan memberi perkhidmatan yang berkualiti dan berhemah. Kualiti
pengajaran seseoranng guru dapat dicapai sekiranya objektif pengajaran dapat dicapai
dengan jayanya. Budaya penulisan reflektif perlu digilap semenjak latihan ikhtisas agar
ianya dapat dijadikan sebagai amalan keguruan. Apabila gaya penulisan yang reflektif
telah tercapai, maka amalan berfikir lebih mudah diamalkan. Dengan menjadikan
penulisan reflektif sebagai satu amalan selepas tamat sesi pengajaran, ianya akan
meningkatkan keberhasilan dalam memupuk tabiat untuk mencapai objektif tersebut.
BUDAYA MENYELIDIK
Selain itu, budaya keguruan lain yang boleh diamalkan oleh guru ialah budaya
menyelidik. Penyelidikan bermaksud mencari maklumat lebih lanjut mengenai sesuatu
perkara dan menjalankan kajian menyeluruh atau menyiasat dengan lebih mendalam.
Menurut (Manheim, 1977, mukasurat4), penyelidikan adalah aktiviti penyelesaian
masalah yang membawa kepada pengetahuan dan penemuan baru dengan
mengunakan kaedah mengenalpasti dan persoalan yang sedang digunapakai oleh
sarjana-sarjana didalam bidang tersebut.
Penyelidikan di dalam pendidikan lebih tertumpu kepada penyelidikan tindakan.
Penyelidikan tindakan dapat didefinisikan sebagai penyelidikan yang sistematik oleh
sekumpulan penyelidik yang ingin mengubah dan menambahbaik amalan pendidikan
mereka. Kemmis dan Mctaggart (1988) pula menjelaskan bahawa kajian tindakan
14

15

merupakan satu bentuk inkuiri refleksi kendiri untuk menegakkan keadilan amalanamalan kemasyarakatan dan pendidikan. Amalan menjalankan penyelidikan adalah
usaha yang sangat penting yang dijalankan oleh guru untuk membuat revolusi ke atas
satu kaedah lama. Amalan ini secara amnya dapat merialisasikan cabaran yang
keenam yang termaktub di dalam cabaran keenam Wawasan 2020 iaitu melahirkan
masyarakat yang saintifik dan inovatif.
Penyelidikan tindakan secara alibinya berfungsi dalam membantu guru
menangani cabaran berkaitan dengan amalan pengajaran dan pembelajaran.
Penyelidikan juga berfungsi untuk memperkembangkan profesionalisme guru dalam
mengenalpasti kaedah yang paling sesuai digunakan dalam P&P mengikut tahap
keperluan murid-murid. Di samping itu, penyelidikan juga bertujuan untuk membiasakan
guru membuat kajian berdasarkan masalah yang mereka hadapi. Melalui kajian
tindakan, guru akan dapat mengenalpasti intervensi dan kaedah penyelesaian yang
paling sesuai untuk diterapkan dalam bilik darjah. Crow & Crow (1980) telah
menyatakan bahawa guru sepatutnya boleh mengerah, membimbing dan menyuruh
pelajarnya untuk membina sikap yang diingini. Oleh itu, berdasarkan intervensi
daripada kajian tindakan yang dilakukan, guru boleh membentuk tingkah laku dan
mengatasi masalah yang dihadapi. Guru juga boleh mereflek semula keberkesanan
intervensi yang dijalankan terhadap murid-murid.
Sebagai seorang pendidik, kita hendaklah kreatif untuk mengubah gaya belajar
untuk memastikan budaya penyelidikan dapat diamalkan. Guru perlu mempraktikkan
gaya belajar yang proaktif seperti memberi komitmen 100% terhadap tugas yang diberi
dengan penuh tanggungjawab. Sikap guru yang komited di dalam menjalankan tugas
dapat membantu diri mereka dalam menyelesaikan proses penyelidikan yang rumit.
BUDAYA KOLABORATIF DAN KOPERATIF
Amalan keguruan yang berikutnya ialah budaya kolaboratif dan koperatif. Setiap warga
pendidik perlu melengkapkan diri untuk mengharungi cabaran pendidikan alaf ke 21.
Secara amnya, kedua-dua budaya ini merupakan salah satu model pembelajaran yang
15

Struktur pembelajaran + isi kandungan

16

terstruktur dan sistematis, dimana kelompok- kelompok kecil bekerjasama untuk


mencapai tujuan bersama. Banyak pendekatan budaya kolaboratif dan koperatif
diperkenalkan oleh beberapa tokoh yang terkenal seperti Kagan, Johnson & cooper dan
Millis & Slavin. Menurut Kagan (1998), dalam pembelajaran koperatif, aktiviti
pembelajaran dikatakan wujud apabila struktur koperatif yang disesuaikan dengan isi
kandungan seperti yang diwakili oleh hubungan ini iaitu
Di samping itu, budaya kolaboratif dalam kalangan guru di sekolah merujuk
kepada kerja berpasukan yang ditunjukkan. Menurut Ahmad Fadzli (2007) kerja
berpasukan memerlukan ahli pasukannya bekerja secara kolektif, dengan suasana
kerjasama yang bebas. Pelbagai program yang dirancang oleh pihak sekolah
memerlukan kerjasama yang baik daripada setiap guru. Dengan adanya semangat
berpasukan yang mantap, segala program dapat dilaksanakan dengan efektif lantas
dapat memartabatkan profession keguruan ke tahap lebih tinggi.
Walaupun kedua-dua budaya ini berbeza, ianya saling berkaitan antara satu
sama lain. Koperatif lebih berkonsepkan kepada strategi berteraskan kumpulan kecil di
mana setiap ahli kumpulan bertanggungjawab dalam meningkatkan pencapaian kendiri.
Budaya kolaboratif pula bersumberkan kepada satu tingkah laku sosial yang terjadi
melalui melalui perbincangan dan dan komunikasi fizikal. Budaya kolaboratif dan
koperatif ini mempunyai banyak kelebihan kepada sistem pendidikan . kenyataan ini
disokong oleh Bailey (1996) yang menegaskan bahawa kolaborasi antara guru
merupakan satu mekanisme yang utuh bagi guru menrefleksi pengajaran dan
pembelajaran masing-masing.
Oleh itu, untuk memperkasakan budaya ini, para pendidik boleh melaksanakan
pelbagai penyelidikan secara berpasukan. Sebagai contoh penyelidikan tindakan, kajian
kes dan sebagainya. Melalui kerjasama yang erat antara guru-guru melalui penyelidikan
yang dijalankan, hasil yang diperolehi adalah sangat berkualiti dan baik. Contohnya
ialah guru yang bermotivasi tinggi boleh terlibat secara langsung dengan pihak Jabatan
Pendidikan Daerah mahupun Negeri melalui kursus yang dijalankan. Oleh itu, guru-guru
dapat bersua muka dengan guru-guru dari sekolah lain dan dapat berkongsi idea dan
16

17

pendapat mengenai teknik mengajar, strategi yang digunakan untuk mengurangkan


masalah disiplin dan sebagainya.
BUDAYA MUSYAWARAH
Islam telah menganjurkan musyawarah dan memerintahkannya dalam banyak ayat
dalam al-Quran, budaya musyawarah menjadikannya suatu hal terpuji dalam kehidupan
individu, keluarga, masyarakat dan negara. Selain itu musyawarah menjadi elemen
penting dalam kehidupan umat islam malah keimanan mereka tidak sempurna tanpa
adanya musyawarah. Budaya bermusyawarah merupakan satu budaya yang sangat
baik untuk diamalkan oleh semua guru di sekolah. Melalui budaya ini, guru memerlukan
jaringan atau permuafakatan professional yang juga disebut sebagai collegiality.
Pendidikan guru pada masa hadapan amat mementingkan sistem jaringan yang
berkesan sebagai medan untuk bertukar fikiran dan pendapat serta membaiki amalan
dalam mengendalikan tugas serta tanggungjawab.
Warga pendidik sepatutnya membentuk satu jaringan komuniti pembelajaran di
peringkat sekolah agar setiap guru bersedia untuk berkongsi pengalaman. Pokoknya,
jaringan komuniti dalam profesion keguruan menjadi teras kepada smart partnership
antara semua pihak yang prihatin terhadap pendidikan dan nasib masa depan kepada
generasi masa depan. Konsep musyawarah dan berbincang di dalam sistem
pendidikan amat penting kerana profesion perguruan sering disifatkan terlalu
individualistic dan ciri pengasingan eksklusif berasaskan bilik darjah yang ketara.
(Calder, 2004). Musyawarah ini seraca automatik dapat mengelakkan seseorang guru
daripada terbeban untuk menanggung tugas berfikir dan merancang kurikulum secara
bersendirian.
Bagi menjayakan budaya musyawarah di kalangan guru, mereka hendaklah
saling percaya dan berkongsi pendapat antara satu sama lain ( Zulwali, 1996 : 512).
Terdapat pelbagai factor yang menyokong pelaksanaan musyawarah iaitu faktor
matlamat yang sama, tindakan yang diambil secara terancang dan sebagainya. Namun,
tidak dapat dinafikan terdapat beberapa kekangan untuk menjayakan sesuatu
musyawarah dikalangan guru sebagaimana yang diperkatan oleh Inger (1993). Masalah
17

18

yang sering dikaitkan ialah guru veteran tidak dapat menerima pemikiran baru dalam
meningkatkan pedagogi pendidikan. Selain itu, kekangan masa dikalangan guru
menyebabkan musyawarah tidak dapat dijalankan dengan sempurna.

BIBLIOGRAFI
Calder, Isobel & Grieve, Ann (2004). Working with other adults : What Teachers Need
To Know. Dalam Educational Studies, Vol. 30, No 2, June 2004, pp. 113-12514

Clement , Mieke & Vandenberghe, Roland (2001). How School Leaders Can Promote
Teachers Professional Development : an account from the Field. Dalam School
Leadership & Management, Vol. 21, No.1, pp. 43-57, 2001

Crow and Crow (1980), Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Kemmis , S., & McTaggart, R. (1988). The Action Research Planner. Geelong, VictoriaDeakin University Press.

Loughran, J. & Corrigan, D. (1995). Teaching Portfolios: A Strategy for Developing


Learning and Teachingin the Pre- Service Teacher Education. Teaching and
Teacher Education, 11 (6), 565-577.
Mohd Amin Simon(2011). Pembelajaran Koperatif dan Kolaboorasi
Institut Perguruan Tun Hussein Onn

Mok Soon Sang (1996). Pendidikan di Malaysia. Subang Jaya : Kumpulan Budiman
18

19

Sdn. Bhd.

Syed Ismail bin Syed Mustapa & Ahmad Subki Bin Maskon (2010).
Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional. Pusat Bandar Puchong :
Penerbitan Multimedia Sdn Bhd

19

Anda mungkin juga menyukai