Anda di halaman 1dari 13

Ciri-ciri seorang kaunselor yang berkesan mengikut persepsi murid-murid dan

guru.
Ehsan SPPK: Sekadar info bersama

1. Ramai murid-murid yang mengatakan seorang guru kaunselor perlulah


seorang yang beriman, jujur dan bertaqwa.

2. Jujur, seorang guru kaunseling perlulah seorang yang jujur, mempunyai akhlak
yang mulia. Ini kerana setiap guru, lebih-lebih lagi guru bimbingan dan
kaunseling merupakan roll model kepada murid-murid mereka.

3. Boleh dipercayai, setiap orang tentunya ingin mencurahkan segala perasaan


dan masalah kehidupannya kepada orang yang boleh dipercayai, boleh
menyimpan rahsia dan memberikan rasa keamanan kepada klien.

4. Menyayangi, sifat kasih-sayang yang sangat menonjol adalah perlu. Ini kerana
dari sifat tersebut, tergambarlah sang guru tadi, benar-benar ingin menolong dan
membantu setiap orang yang ia temui dan datang bertemu dengannya. Dengan
itu ia akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mengurang atau membuang
bebanan mental yang sedang dipikul oleh sang klien.

5. Benar kata-katanya, seorang guru ketika di dalam kelas melarang anak


muridnya dari merokok, tetapi ketika berada di kantin, guru itu pula telah
melanggar kata-katanya tadi, murid akan hilang kepercayaan dan nilai
kepatuhan kepadanya akan berkurang.

6. Ikhlas, guru kaunseling perlu ikhlas di dalam memberi pertolongan kepada


murid-muridnya dengan tidak mengharap apa-apa imbalan dari jasa dan
perkhidmatannya tersebut.

7. Sabar menghadapi apa jua keadaan, ini kerana banyak masalah dan persoalan
hidup orang lain yang akan diselami oleh guru-guru kaunseling dan banyak pula
masalah dari keluarga orang lain yang akan menjadi sebahagian dari hidupnya,
tepatnya sikap penyabar amat perlu dan penting bagi guru-guru kaunseling.

8. Penampilan menarik, kemas dan rapi. Setiap orang akan menilai orang lain
pada pandangan kali pertama apabila bertemu adalah pada pakaian dan
penampilannya. Pakaian guru ini haruslah kemas, rapi dan bersih. Sentiasa
lengkap dengan perlengkapan seperti pen, jam, tali leher, berstoking dan
sebagainya.

9. Berwajah tenang dan ceria. Bukannya menampakkan kebengisan atau


ketidakceriaan. Personaliti ini akan menjadikan klien lebih mempunyai perasaan
yakin dalam usaha mendapatkan bimbingan dan kaunseling tentang masalah
yang dihadapinya.

10. Sentiasa mewujudkan suasana persekitaran dan hubungan yang mesra dan
ceria, suka menegur setiap orang yang ditemui dengan ramah-tamah dan kasihsayang.

11. Sentiasa mesra apabila berbincang dan tidak mengedepankan perasaan


apabila buntu menghadapi permasalahan yang sangat sulit.

Sebagai seorang guru Bimbingan dan Kaunseling, penampilan diri saya sebagai
guru kaunseling perlulah menepati cita-rasa sebagai seorang kaunselor.

i. Penampilan, rambut perlu kemas dan rapi, tidak panjang, tetapi pendek dan
kemas.

ii. Pakaian, dari aspek pakaian,saya perlu berpakaian kemas, dengan memakain
tali leher setiap hari, serta baju kemeja berlengan panjang

iii. Berkomunikasi, saya harus ramah dan menegur semua orang ketika bertemu
dengan nada yang sopan, ceria dan mewujudkan suasana bahagia ketika
berbual.Guru kaunseling harus menyempatkan diri untuk berbual dengan guruguru sama ada di kantin maupun dalam bilik guru untuk berbincang perkaraperkara berrkaitan pendidikan dan sebagainya.

iv. Berilmu, cintakan ilmu dan sentiasa menimba ilmu pengetahuan melalui
pembacaan berkenaan psikologi, kaunseling dan tidak ketinggalan meneroka isuisu semasa.

Kebersihan, bilik guru kaunseling perlu bersih, rapi dan teratur. Ini
menggambarkan ketenangan yang dimiliki olehnya.
Anda mungkin juga meminati:

TUGASAN GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Kementerian Pelajaran Malaysia (1984) telah menggariskan prinsip-prinsip


bimbingan dan kaunseling yang sesuai digunakan di Malaysia seperti berikut:1. Bimbingan dan kaunseling adalah proses pendidikan. Ia juga merupakan
proses yang dirancang dan berterusan.
2. Bimbingan dan kaunseling adalah untuk semua penuntut. Setiap penuntut
mempunyai peluang bagi mendapat pertolongan tanpa mengira latar
belakangnya dan tanpa mengira kaum, agama atau kepercayaan.
3. Penuntut mempunyai hak untuk mendapatkan pertolongan apabila perlu.
4.Bimbingan dan kaunseling adalah untuk melayani keperluan-keperluan
penuntut bagi perkembangan potensi-potensi dan kebolehannya.
5.Bimbingan dan kaunseling adalah untuk menolong penuntut memahami
dirinya dan orang lain dengan mendalam, menjelajah tujuan-tujuan hidupnya
dan menolong memilih dan merancang hidupnya dengan berkesan.
6. Bimbingan dan kaunseling adalah berorientasikan masa depan dan sekarang.
7.Bimbingan dan kaunseling menolong individu menyedari kelemahankelemahannya dan memberi fokus kepada kekuatan-kekuatannya,
8.Pembentukan individu dipengaruhi oleh keseluruhan pengalaman.
9.Bimbingan dan kaunseling adalah pengetahuan dan kesepaduan psikofizikal
penuntut. Ini bermakna kesepaduan di antara perasaan, sikap, akal dan rohani.
10.Bimbingan dan kaunseling hendaklah dijalankan berdasarkan etika kaunseling
yang baik. Mematuhi etika adalah untuk tujuan memelihara kebajikan supaya ia
tidak dianiaya oleh yang menolongnya.

Namun menurut tugasan yang terbaru tugas Kaunselor dihadkan kepada lapan
bidang seperti yang tertera di bawah iaitu Perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling,Pengurusan dan Pentadbiran,Akademik,Kerjaya,Psikososial dan
kesejahteraan mental,Kaunseling keibubapaan,Pembangunan diri, serta
Pendidikan pencegahan dadah/rokok/inhalan dan HIV/AIDS
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
Bidang Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling menghendaki kaunselor
mengadakan sesi dengan pelajar .Antara corak perkhidmatan yang diberikan
ialah Sesi Kaunseling Individu iaitu sesi yang melibatkan hanya kaunselor dan
klien sahaja.Tujuannya adalah untuk membincangkan permasalahan individu

serta membantu klien mencari jalan untuk menyelesaikan masalah yang


dihadapi oleh klien. Kaunseling individu lebih kepada perkara yang bersifat
peribadi dan kerahsiaan.Oleh itu sebagai kaunselor adalah menjadi
tanggungjawab baginya utnuk menjaga rahsia berkaitan cerita atau
permasalahan klien yang diperbincangkan.
Bagi Sesi Kaunseling Kelompok pula ia melibatkan kaunseling yang melibatkan
sejumlah pelajar yang mempunyai masalah yang sama atau hampir
sama.Semasa sesi berlangsung kaunselor boleh memilih sama ada bertindak
sebagai fasilitator iaitu membimbing kumpulan terbabit untuk mencapai
matlamat yang hendak dicapai di penghujung sesi tersebut atau sebagai ahli
dalam kumpulan tersebut.Semasa permulaan sesi kaunselor perlu menerangkan
tentang kerahsiaan yang perlu dijaga oleh setiap ahli kelompok.

Seterusnya ialah Sesi Bimbingan Individu .Dalam hal ini kadang-kadang terdapat
pelajar yang datang bertemu kaunselor hanyalah untuk mendapatkan bimbingan
terutama ingin mengetahui cara belajar yang bereksan.Dalam hal ini ,kaunselor
perlu menjalankan sesi bimbingan iaitu memberi tunjuk ajar secara terus kepada
pelajar.

Demikian pula halnya dengan Sesi Bimbingan Kelompok iaitu beberapa orang
pelajar yang datang bertemu kaunselor hanya untuk mendapatkan sedikit
bimbingan dan pandangan bagaimana cara untuk mereka mengulangkaji
sebagai contohnya sekumpulan peajar yang ingin meminta pandangan dan
berbincang tentang bagaimana mereka hendak memulakan belajar dalam
kumpulan.

Konsultasi pula melibatkan kaunselor dengan pihak luar.Ini berlaku apabila


kaunselor mendapati ia kurang berkemahiran dalam sesuatu bidang yang
diutarakan oleh klien.Maka,ia perlu mendapatkan nasihat pakar atau kaunselor
lain atau pun merujuk kes berkenaan terus kepada pihak lain yang dipercayai
mempunyai kepakaran dan dipercayai boleh membantu klien tersebut.Merujuk
klien yang mempunyai kemurungan yang serius merupakan suatu bentuk
konsultansi yang boleh dilakukan oleh kaunselor.

Pengurusan dan Pentadbiran


Seseorang kaunselor pada asasnya terlibat dalam pengurusan dan
pentadbiran.Uusan pentadbiran yang dimaksudkan adalah urusan dan
pentadbiran yang berkaitan dengan bidang Bimbingan dan Kaunseling serta
hubungannya dengan pihak pentadbir sekolah ataupun agensi luar.

Perkara yang termasuk dalam pengurusan antaranya ialah mengurus dan


menyelia sistem fail.Dalam urusan ini kaunselor bertanggungjawab terhadap
pengurusan segala jenis fail yang telah diwujudkan.Segala jenis fail hendaklah

mempunyai nama dan siri nombor.Fail mestilah dalam keadaan yang terurus dan
teratur bertujuan agar senang dicari bila fail itu dikehendaki.

Membuat sebaran berkenaan perkara yang berkaitan dengan bidang


kaunseling.Ini bermaksud kaunselor perlu membuat sebaran seperti
mengedarkan buletin,paparan ,poster,buku skrap berkenaan maklumat
kerjaya,maklumat pendidikan dan latihan,maklumat dadah,bahaya rokok dan
kesihatan dan jadual waktu perkhidmatan kepada para pelajar.Ini semua
bertujuan untuk memaklumatkan pelajar agar mereka tahu akan kepentingan
dan tugas Unit Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.

Kaunselor juga dikehendaki menyediakan dan menyelenggara kertas kerja p dan


menyediakan laporan program.Penyediaan kertas kerja program dan laporan
program adalah menjadi suatu tanggungjawab kaunselor.Sebagai kaunselor yang
juga merangkap Setiausaha Unit Bimbingan dan Kaunseling di sekolah,maka
adalah menjadi kewajipan baginya untuk menyediakan kertas kerja dan laporan
aktiviti pada tiap kali aktiviti di bawah kelolaan Unit Bimbingan dan Kaunseling
dijalankan.

Keceriaan bilik kaunseling begitu penting kerana bilik kaunseling perlulah selesa
dan kondusif bagi menjamin suasana sesi kaunseling yang berlangsung adalah
teraputik.Suasana yang teraputik hasil dari keindahan dan keceriaan bilik
kaunseling sebenarnya mempengaruhi klien yang datang untuk mendapatkan
perkhidmatan.Suasana yang kondusif dipercayai akan mempercepatkan lagi
proses rawatan yang diberikan oleh kaunselor kepada kliennya.

Laporan dan rekod sesi perlu disediakan sebaik dan secepat mungkin agar
kaunselor tidak tertinggal fakta-fakta penting semasa sesi berjalan.Penyediaan
laporan sesi amat penting sebagai rujukan kepada kaunselor untuk sesi yang
berikutnya.Namun begitu adalah perlu diingat bahawa segala laporan sesi
adalah SULIT dan adalah menjadi suatu kesalahan jika ia terdedah atau
diketahui oleh orang lain.Namun begitu bagi kes-kes yang melibatkan jenayah
atau kes-kes yang terlalu berat ia boleh didedahkan dengan tujuan
menyelamatkan klien atau orang yang ingin dicederakan oleh klien.

Penyediaan borang-borang perkhidmatan murid bagi kemudahan kaunselor


menjalankan urusan pentadbiran.Kaunselor perlu menyediakan borang-borang
tertentu bagi mengurus dan melancarkan lagi pengurusan Bimbingan dan
kaunseling(Rujuk lampiran untuk borang yang disediakan).Borang yang
disediakan mempunyai fungsi dan peranan tertentu.

Akademik

Seterusnya kaunselor bertanggungjawab untk membantu pelajar untuk


mengetahui dan memahami kemahiran belajar yang meliputi kemahiran
membaca dan mengambil nota,pengurusan masa,pengurusan diri,kemahiran
mendengar, kemahiran mengingat,mengulangkaji,menjawab soalan peperiksaan
dan menghadapi peperiksaan.

Mengumpul maklumat berkenaan peluang melanjutkan diri seleps Penilaian


Menengah Rendah,Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Persekolahan
Malaysia.Pengumpulan maklumat ini adalah perlu agar para pelajar mendapat
maklumat tentang ke mana hala tuju mereka selepas melepasi tahap-tahap
tertentu.Syarat-syarat untuk melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi
awam atau swasta,tempat pengajian lain bagi pelajar yang tidak berjaya
mendapat tempat ke institusi pengajian tinggi sebagai alternatif bagi mereka
yang tidak layak dan lain-lain peluang untuk pelajar melanjutkan pelajaran.Ini
semuanya menjadi tanggungjawab kaunselor.
Tugas kaunselor seterusnya dalam bidang akademik tertumpu kepada Pemilihan
mata pelajaran elektif.Sebagaimana yang semua maklumi bahawa apabila
pelajar tamat PMR ,SPM atau STPM ,para pelajar terlibat dengan pemilihan mata
pelajaran elektif.Untuk memilih mata pelajaran yang bersesuaian dengan minat
dan tahap pencapaian para pelajar maka kaunselor menjadi tempat rujukan
untuk mendapatkan maklumat tentang pemilihan mata pelajaran tersebut.Pada
kebiasannnya pelajar akan bertemu kaunselor untuk mendapatkan gambaran
tentang minat mereka dan mata pelajaran yang bersesuaian dengan minat dan
pencapaian mereka sebelum mereka bertindak untuk mengambil keputusan.
Kaunselor juga berperanan dalam meningkatkan motivasi pelajar untuk terus
belajar dan berjaya dalam pelajaran.Tugas ini memang amat mencabar.Oleh itu
kaunselor amat memerlukan kerjasama dari rakan guru yang lain. Kursus-kursus
kesedaran diadakan untuk meningkatkan tahap kesedaran rasa
kebertanggungjawapan pelajar terhadap kejayaan mereka sendiri.Sebagai usaha
untuk meningkatkan lagi kemahiran pelajar maka mereka akan didedahkan
dengan beberapa ujian personaliti yang bertujuan untuk mengenali kekuatan
dan kelemahan diri sendiri.Kemahiran lain yang diajar kepada pelajar adalah
mengurus diri,membina matlamat diri,mengenal pasti sumber belajar dan
kemahiran belajar sokongan.
Kemahiran belajar seperti kemahiran membaca,membuat rujukan ,pengurusan
masa,mencatat nota,memberikan konsentrasi,mendengar,mengingat,mengulang
kaji,kumpulan belajar,dan teknik menjawab soalan peperiksaan serta peluang
untuk menyambung pelajaran ataupun latihan.
Pengumpulan maklumat pelajaran dan latihan iaitu peluang pelajar bagi
melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi/institusi, latihan kemahiran
Institusi pengajian tinggi awam dan swasta,Institusi latihan kemahiran awam dan
swasta.Pengumpulan bahan ini amat perlu utnuk kegunaan kaunselor bagi
menerangkan peluang yang bakal diperolehi oleh pelajar selepas tamat
persekolahan menengah.Selain daripada itu kaunselor juga bertanggungjawab
untuk menerangkan pembiayaan pendidikan iaitu sama ada biasiswa atau
pinjaman serta penajaan oleh syarikat atau badan berkanun tertentu yang boleh
diperolehi pelajar sekiranya mereka berjaya dengan keputusan yang cemerlang.

Kerjaya
Bidang kerjaya pula memerlukan kaunselor untuk membantu murid dalam
membuat pemilihan cita-cita terhadap kerjaya pilihan secara pendedahan
melalui pengumpulan maklumat kerjaya yang dilakukan oleh murid .Beberapa
pertandingan yang diadakan di peringkat sekolah,daerah,negeri dan kebangsaan
berkaitan kerjaya turut diadakan bagi membantu pelajar untuk mendapatkan
maklumat berkaitan kerjaya pilihan.Antara pertandingan yang melibatkan
kerjaya adalah Eksplorsai Alam Kerjaya,kain rentang kerjaya, dan poster
kerjaya.Dengan dibimbing oleh kaunselor maka para pelajar akan berusaha
untuk mendapatkan bahan bagi kegunaan mereka.

Psikososial dan kesejahteraan mental

Kaunselor bertanggung jawab untuk membantu pelajar bagi meningkatkan self


esteem ,kerohanian,pengurusan tekanan, kemahiran komunikasi,kemahiran
asertif yang boleh dilakukan melalui bimbingan kerjaya,penyertaan pelajar
dalam kem bina insan, kem motivasi,perkhemahan ibadah dan kaunseling
keluarga.Semua aktiviti yang dilakukan bertujuan untuk meningkatkan
psikososial pelajar serta meningkatkan tahap kesejahteraan mental pelajar agar
para pelajar dapat menyeimbangkan antara tuntutan kehidupan dan tuntutan
untuk meneruskan pembelajaran di sekolah mahupun di institusi pengajian tinggi
kelak.

Kaunseling keibubapaan

Tugasan ini memerlukan kaunselor untuk membantu ibu bapa dan keluarga
dalam menyelesaikan masalah ponteng,kenakalan anak melalui lawatan ke
rumah serta bimbingan individu.Melalui kaunseling keibubapaan ini kaunselor
akan dapat mengetahui latar belakang keluarga kliennya serta dapat menyelidiki
masalah klien dengan lebih dekat dan menyeluruh.Ini akan membantu kaunselor
mendapatkan pandangan dan membantu ibu bapa untuk menyelesaikan
masalah yang bersangkutan dengan anak mereka yang bermasalah.

Tugas membantu pelajar yang bermasalah bukanlah suatu tugas yang mudah
kerana kebanyakan pelajar yang bermasalah datang dari keluarga yang
bermasalah.Oleh itu,kaunselor perlu berhati-hati ketika menjalankan kaunseling
keibubapaan agar ia tidak menyentuh isu-isu yang terlalu sensitif hingga boleh
menimbulkan ketidakpuasan hati di kalangan ibu bapa.Justeru itu,tugas sebagai
kaunseling keibubapaan merupakan suatu tugas yang sangat mencabar kerana
kaunselor bukan sahaja berhadapan dengan pelajar tetapi ibu bapa dan seluruh
ahli keluarga yang bermasalah.

Pembangunan diri

Membantu dan membimbing murid dalam menyelesaikan masalah diri sendiri


dengan cara dan kaedah sendiri mengikut panduan yang telah
diperbincangkan.Dalam hal ini ,para pelajar dibantu serta dibimbing bagaimana
untuk menyelasaikan masalah diri sama ada yang berpunca dari diri sendiri atau
pun persekitaran.Dalam hal memberi bantuan dan bimbingan ini, kaedah
tertentu yang difikirkan perlu akan diberikan kepada pelajar agar ia dapat
membebaskan dirinya daripada belenggu maslah yang dihadapinya.Kaedah yang
diberikan tersebut pada dasarnya adalah mengikut kehendak dan keperluan
pelajar yang memerlukannya kerana segala tindakan yang bakal dilakukan
adalah tanggungjawab pelajar sendiri.

Pendidikan pencegahan dadah/rokok/inhalan dan HIV/AIDS


Membantu murid agar berupaya berkata tidak serta mengenal dan menjauhi
kepada rokok dan dadah.Dalam hal ini,pelajar akan diberikan info berkaitan
dengan dadah,rokok,inhalan dan HIV AIDS.Maklumat yang diberikan akan
menggambarkan perkara yang buruk jika pelajar mendekatinya.Kaunselor juga
akan memberikan maklumat kepada pelajar mengenai kegiatan dadah di
Malaysia serta akibat buruk daripada mengedar ataupun menghisap dadah.

Kaunselor akan menjadi orang perantara dengan agensi luar yang berkaitan
dengan aktiviti pencegahan dadah,rokok,inhalan dan HIV AIDS.Melalui kerjasama
dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan(AADK) pelajar akan didedahkan dengan
bahaya pengambilan dadah dan pengujian air kencing boleh dilakukan oleh
AADK.

Perkongsian maklumat dengan badan pencegahan dadah yang lain seperti


PEMADAM ,Kementerian Kesihatan dan lain-lain agensi yang berkaitan adalah di
bawah tanggungjawab kaunselor.

Kaunselor juga boleh melibatkan pelajar dengan program-program anjuran


Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri serta Kementerian
dengan mengambil bahagiann dalam acara-acara yang dipertandingkan di setiap
peringkat seperti pertandingan melukis poster,melukis kain rentang dan lain-lain
lagi.

PERANAN GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING DALAM MENANGANI MASALAH


DISIPLIN PELAJAR DI SEKOLAH.

Peranan yang boleh dimainkan sebagai seorang kaunselor mestilah berlandaskan


ilmu pengetahuan berkenaan bimbingan dan kaunseling yang tepat supaya
mampu menangani masalah di sekolah dan berjaya menghidupkan
fungsi sebenar bimbingan dan kaunseling di sekolah menengah. American
School Counselor Association (ASCA) telah menggariskan tanggungjawab
profesional kaunselor sekolah seperti berikut.

Menolong pelajar untuk memahami dirinya dalam hubungannya dengan dunia


sosial dan psikologi di tempat dia berada.Ia juga membawa maksud seseorang
kaunselor berperanan membantu pelajar agar pelajar mampu mengenali siapa
dirinya yang sebenar serta dapat membuat hubungan yang bermakna dengan
dunia sekelilngnya dari sudut sosialisasi dan psikologi di mana ia berada.Tugas
kaunselor yang terpenting ialah membantu klien mencari dan memahami
sikap,minat ,bakat serta kebolehan yang ada pada diri klien untuk berkembang
dengan baik,memahami serta peluang-peluang yang dimiliki oleh klien hasil
daripada perbincangannya dengan kaunselor untuk proses ke arah mencapai
kesempurnaan kendiri serta hubungan antara kesemua unsur yang telah
dinyatakan semata-mata untuk mencari keseimbangan kendiri sebagaimana
yang diingini selaras dengan tuntutan agama dan masyarakat.

Menolong pelajar untuk bertingkahlaku yang sesuai dengan bakat,minat,


sikap, kebolehan dan peluang untuk penyempurnaan kendiri. Kaunselor juga
berperanan untuk membantu pelajar agar dapat membuat persediaan yang
bersesuaian dengan minat dan bakat serta kebolehan yang dipunyai.Ini penting
agar segala tidakan yang bakal dilakukan oleh murid adalah selaras dengan apa
yang diingininya agar ia berpeluang untuk mencapai matlamat hidupnya miaitu
ke arah penyempurnaan kendiri.Contoh jika kita ambil dari sudut minat dan citacita seseorang pelajar yang inginkan dan mempunyai kecenderungan ke arah
menjadi seorang saintis,maka kaunselor berperanan untuk memberikan panduan
dan beberapa cadangan yang bersesuaian dengan minat dan memberikan
panduan tentang mata pelajaran yang pentng yang wajib dikuasai oleh
seseorang pelajar jika pelajar tersebut ingin mencapai citacitanya.Maka,kaunselor harus berperanan untuk membantu dan membimbing
murid ke arah penyempurnaan kendiri berdasarkan apa yang diingini oleh
pelajar.

Menolong pelajar mencapai keperluan untuk mengembangkan


keupayaan membuat keputusan sendiri. Dalam perkara ini,seseorang kaunselor
perlu membimbing pelajar untuk mencapai ke arah berani berdikari dengan
mengambil risiko dan sanggup bertanggungjawab terhadapa apa yang
difikirkannya dan apa sahaja keputusan yang bakal diambilnya.Perkara ii akan
menjadikan seseorang pelajar itu tidak akan teragak-agak dalam membuat
keputusan yang peting dalam hidupnya sendiri.

Membantu semua kakitangan sekolah untuk memahami perlunya orang


perseorangan dan memberi maklumat tambahan dan bantuan perundingan
bertujuan untuk membantu supaya lebih memahami lagi tentang pelajar.
Seseorang kaunselor berperanan membantu bukan sahaj pelajar tetapi
melibatkan keseluruhan organisasi sekolah untuk mereka memahami akan
keperluan terhadap keperluan persendirian dan hak-hak yang dipunyai oleh
seseorang pelajar untuk dihormati.Ini merupakan suatu perkara penting agar
pihak sekolah terutamanya pentadbir dan guru-guru serta kakitangan sekolah
yang lain mengetahui bahawa para pelajar mempunyai hak untuk mendapat
khidmat bimbingan dan kaunseling daripada kaunselor sekiranya mereka ingin
berbuat demikian dan juga kaunselor juga mempunyai hak untuk memanggil
pelajar yang bermasalah untuk mendapatkan khidmat kepakaran kaunsleling.

Menentukan atau memastikan pengaruh program sekolah ke atas


pelajaran perkembangan psikososial pelajar dan menyampaikan maklumat
untuk kakitangan lain.Kaunselor berperanan dan bertanggungjawab untuk
memastikan bahawa setiap program sekolah yang dilaksanakan mendatangkan
faedah yang besar kepada pelajar dari sudut perkembangan psikososial.Ini
menunjukkan bahawa setiap program yang dijalankan perlukan penelitian yang
bersungguh-sungguh daripada kaunselor bermula dari tahap perancangan
hinggalah ke tahap perlaksanaan program.Dan penelitian ini tidak terhenti di sini
sahaja malahan pemantauan terhadap perkembangan pelajar perlu diajalnakn
dari semasa ke semasa bagi memastika para pelajar menadapat faedah
daripada program yang telah dilaksanakan sama ada di peringkat
sekolah,daerah,negeri atau kebangsaan.

Memberitahu pihak pentadbiran tentang perubahan-perubahan yang signifikan


di sekolah yang memberi kesan dengan perkembangan program yang berkaitan.
Selain memastikan dan menentukan perubahan pelajar berjaya kaunselor juga
perlu melaporkan kepada pihak sekolah akan perkembangan yang diperolehi
hasil daripada program yang telah dijalankan.Laporan ini perlu dimaklumkan
terutamanya kepada pihak pentadbiran agar mereka maklum akan situasi
pelajar di sekolah berkenaan.

Membantu ibu bapa untuk memahami kemajuan pengembangan anaknya,


keperluan-keperluannya dan peluang-peluang lain di persekitarannya dengan
tujuan untuk menambahkan kebolehan,memberikan sumbangan kepada
perkembangan anak mereka sendiri. Kaunselor berperanan besar utnuk
membantu ibu bapa untuk mereka mengetahui kemajuan perkembangan
anaknya terutama dari segi sikap dan akademik,keperluan-keperluan yang
diperlukan oleh anak-anak mereka untuk mencapai kejayaan yang bermakna
serta membantu ibu bapa mendapatkan gambaran akan peluanyang -pelunag
yang bakal diperolehi sekiranya anak mereka berjaya kelak.Memahami kemajuan

perkembangan anak,keperluan dan peluang perlu diperjelaskan kepada ibu bapa


agar mereka tahu akan perihal anak mereka secara lebih dekat dan dengan ini
mereka akan lebih berminat untuk membantu anak mereka untuk mencapai
kejayaan yang cemerlang sama ada dari segi kejayaan dalam peperiksaan atau
perubahan sikap .

Membuat interpretasi kepada komuniti pentingnya hal bertimbang rasa


untuk individu dan memberi sumbangan kepada program kaunseling sekolah.
Kaunselor perlu membuat interpretasi terutama kepada komuniti perihal
pentingnya sikap bertimbang rasa untuk inividu agar ia dapat memberikan
sumbangan kepada program kaunseling yang dijalankan di sekolah.Dalam hal ini,
komuniti perlu dimaklumkan bahawa sikap bertimbang rasa yang wujud dalam
diri individu merupakan perkara terpenting untuk merealisasikan dan memrikan
sumbangan kepada kaunsleing di sekolah.

Membantu melancarkan di dalam masyarakat peluang-peluang


lain yang perlu untuk perkembangan pelajar.Seseorang kaunsleor perlu
memperjelaskan kepada masyarakat berkenaan peluang-peluang yang perlu
diperolehi oleh seseorang pelajar.Ia juga berperanan untuk melancarkan
peluang-peluang yang perlu dimilik oleh pelajar untuk mereka mencapai
kejayaan yang cemerlang.Karnival kerjaya,karnival sains dan pelbagai lagi
karnival anjuran pihak luar seharusnya dijadikan tempat untuk pelajar
mendapatkan maklumat berkenaan minat dan kecenderungan masingmasing.Melalui karnival ini,para pelajar sebenarnya didedahkan secara tidak
langsung berkenaan apa yang bakal mereka perolehi sekiranya mereka berjaya
dalam pelajaran nanti.Selain daripada itu,program ajuran pihak luar ini pada
kebiasaannya melibatkan umum,jadi kaunselor berperanan untuk
mengumumkan bahan tersebut kepada para ibu bapa dan masyarakat agar
merek afaham dan seterusnya dapat membantu anak mereka untuk mencapai
kejayaan.

Mengguna atau membantu melancarkan rekabentuk sumber-sumber


masyarakat bagi memenuhi segala keperluan penuntut yang ekstrem
atau yang tidak lazim serta luar tanggungjawab sekolah.

Mengadakan hubungan yang baik dengan semua pihak seperti Polis,


Jabatan-jabatan kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat
LPPKN, Pejabat Agama Islam, Yayasan Pembangunan Keluarga dan lainlain.Hubungan yang baik dengan agensi luar sebenarnya memudahkan lagi
kaunselor utnuk mendapatkan maklumat berkenaan bukan sahaja peluangpeluang yang bakal diperolehi pelajar tetapi juga dapat menjaminkan para
pelajar mendapatkan maklumat terkini berkenaan sesuatu agensi.Mendedahkan

pelajar tentang peranan yang boleh dimainkan oleh sesuatu agensi


membolehkan pelajar merebut peluang yang ditawarkan oleh sesuatu agensi
tersebut.Perlu diingat,dengan mengadakan hubungan yang baik dengan
pelbagai agensi akan memudahkan lagi tugas kaunselor kerana kauselor dan
pihak sekolahtidak akan mampu untuk menangani segala permasalahan secara
bersendrian.

Kehadiran kaunselor di sekolah-sekolah dijangkakan dapat menangani masalah


pelajar kerana mereka dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajar.
Sebelum ini guru biasa ditugaskan sebagai kaunselor secara tidak langsung.
Beban tugas mengajar tidak dapat memberi peluang kepada guru untuk
memberi perhatian yang sewajarnya kepada pelajar yang bermasalah. Kehadiran
kaunselor di sekolah amat penting kerana selain daripada menyelesaikan setiap
permasalahan pelajar malah beritndak membentuk generasi yang
berketrampilan dalam apa jua bidang yang diceburi di samping mengenali
hakikat diri mereka.(Dipetik daripada
http://www.sabah.edu.my/smk.tfuads.klu/bimbingankaunseling.htm)

Masalah disiplin yang kian menjadi-jadi dewasa ini, pihak kementerian


pendidikan tidak berdiam diri malah telah mengambil berbagai-bagai langkah
untuk mengatasinya. Antaranya program penting telah diambil ialah mewajibkan
tiap-tiap buah sekolah mengadakan unit kaunseling untuk membantu pelajar
yang bermasalah. Menurut menteri Pendidikan , Dato Seri Najib Tun Razak
(1996), pada awal tahun 1996 kementerian pendidikan telah mengarahkan tiaptiap buah sekolah di Malaysia menempatkan sekurang-kurangnya dua orang
kaunselor sepenuh masa bagi menangani masalah pelajar tidak hanya dari sudut
akademik malah termasuk masalah peribadi pelajar. Kaunselor perlu prihatin dan
peka terhadap setiap masalah pelajar.

Dasar kerajaan meletakkan Guru Bimbingan Dan Kaunseling sebagai Guru


Bimbingan Dan Kaunseling Sepenuh Masa membuktikan bahawa kerajaan
menaruh harapan yang tinggi kepada institusi persekolahan amnya dan Unit
Bimbingan Dan Kaunsleing di sekolah khususnya agar memainkan peranan yang
besar terutama dalam menangani kegawatan sosial yang begitu ketara dewasa
ini.

Justeru itulah, guru Bimbingan dan Kaunseling berkewajipan untuk


melaksanakan hasrat ini dengan penuh rasa bertanggungjawab.Dengan ini juga
membuktikan bahawa peranan guru kaunseling sebagai struktur sokongan
sekolah tidak boleh diabaikan.Antara peranan yang boleh dimainkan ialah Guru
Bimbingan Dan Kaunseling atau Kaunselor ialah seseorang kaunselor perlu
mengadakan sesi kaunseling dengan sebaik mungkin semata-mata untuk
membantu pelajar menangani masalah yang dihadapi.Ini penting kerana dengan
membantu pelajar mengurangkan masalahnya maka pelajar tersebut akan
menjadi lebih stabil terutama dari segi emosinya.Apabila kestabilan emosi wujud
maka tingkahlaku yang sepatutnya akan dapat dilihat.

Sebagai seorang kaunselor sepenuh masa ,maka ia berperanan penting dalam


mengadakan sesi bimbingan dan kaunseling dengan para pelajar yang
menghadapai masalah.Di dalam sesi tersebut seseorang kaunselor itu akan
membincangkan keperluan murid dari pelbagai segi seperti kemahiran
sosial,kemahiran menyelesaikan masalah,kemahiran membuat keputusan dan
pelbagai kemahiran yang diperlukan oleh pelajar.(Nazmi Hj Mohd Noor,1998).

Sesi bimbingan dan Kaunseling tidak seharusnya dihadkan kepada pelajar sahaja
kerana ia meliputi keseluruhan sistem persekolahan.Ini juga bermakna klien yang
diterima bukan sekadar pelajar tetapi ia juga merangkumi keseluruhan warga
sekolah termasuk juga guru-guru dan staf sokongan sekolah selain daripada ibu
bapa.Untuk itu,seseorang kaunselor perlu peka akan sebarang permasalahan
yang timbul adakah ia berpunca daripada pelajar sendiri atau pun dari punca
yang lain.Sekiranya ada guru atau kakitangan sekolah yang memerlukan
khidmat kaunsleing maka kaunselor perlau menerima dan berusaha membantu
menyelesaikan masalah klien tersebut.Ini amat penting kerana permasalahan
yang wujud di kalangan guru-guru atau kakitangan sekolah sedikit sebayak akan
mempengaruhi iklim pengajaran dan pembelajaran di sesebuah
sekolah.Permasalahan ini jika tidak diselesaikan akan menyebabkan pelajar
menjadi mangsa guru.Apabila pelajar menjadi mangsa ,maka akan wujud
perasaan tidak puas hati di kalangan pelajar terhadap guru yang seterusnya
akan mewujudkan kekecohan dalam sistem persekolahan tersebut.Maka atas
dasar inilah ,maka kaunselor harus berperanan membantu guru-guru dan
kakitangan sekolah untuk memnyelesaikan permasalahan diri mereka terlebih
dahulu.

Kaunselor perlu mengadakan pelbagai program untuk memenuhi masa ruang


para pelajar terutama pada waktu cuti penggal dan setelah tamat peperiksaan
awam seperti Ujian Penilaian Ssekolah Rendah,Penilaian Menengah Rendah ,Sijil
Peperiksaan Malaysia dan Sijil Tinggi Perekolahan Malaysia . Perkara ini amat
penting kerana pada kebiasannya para pelajar yang agak lemah tidak
mempunyai apa-apa program.Mereka lebih suka merayau dan melepak bersama
rakan-rakan.Dan sudah tentulah akan timbul gejala-gejala negatif di kalangan
mereka.Justeru itu,kaunselor harus memainkan peranan dalam mengisi ruang
masa yang wujud di kalangan pelajar dengan mengadakan pelbagai program
seperti perkhemahan ,kem motivasi ,bengkel-bengkel dan lain-lain yang
difikirkan perlu.Ini penting agar masa yang terluang di kalangan pelajar tersebut
dapat dimanfaatkan sepenuhnya mengikut nilai-nilai yang diterima oleh agama
dan masyarakatnya.

Anda mungkin juga menyukai