Anda di halaman 1dari 2

TEKNIK KAUNSELING Carls Rogers

Penerimaan Tanpa Syarat


Teknik ini menekankan supaya kaunselor mempunyai sikap menerima klien
tanpa syarat iaitu tanpa menilai tingkahlaku, peristiwa atau perasaan klien sama
ada baik atau jahat. Klien akan dapat merasa ketulenan kaunselor untuk
menolongnya dan dengan wujudnya persepsi dan perasaan seperti ini, maka
lebih mudahlah proses perubahan personaliti berlaku, kerana tidak akan terasa
sebarang ancaman.

Empati
Sifat empati adalah kebolehan untuk merasa dan mengenalpasti perasaan orang
lain dan kemampuan memberitahu kepada klien daripada sudut pandangannya,
iaitu cuba masuk ke dalam ruang rujuk klien.

Ketulenan
Sifat jujur, ikhlas dan tulen harus ada pada kaunselor yang menggunakan teknik
ini. Ketulenan adalah kebolehan untuk menjadi sejati dan benar dengan orang
lain. Kaunselor haruslah bersikap terbuka dengan klienya.

Aktif Mendengar dan berfikir


Mendengar dengan aktif memerlukan kaunselor bekerjasama di dalam proses
berkomunikasi. Tumpuan yang penuh ataupun konsentrasi hendaklah diberikan
kepada apa yang klien cakap samada secara lisan atau bukan lisan. Mengenal
pasti perasaan dapat memberitahu kepada klien bahawa kaunselor sedang
mendengar dan menggalakkan klien untuk bercakap lebih bebas.

Kongruen
Kongruen memerlukan kaunselor bersifat telus terhadap klien, iaitu jika
kaunselor merasa marah terhadap cara klien berkomunikasi tetapi dia
menyembunyikannya. Ini menyebabkan berlakunya tidak kongruen. Adalah
menjadi satu dilema untuk menjadi kongruen kerana ia kadangkala bercanggah
dengan sikap tidak menghukum.

Mendengar untuk merasa


Interaksi yang berkesan melibatkan pemahaman yang mendalam terhadap dunia
seseorang dan menyatakan kefahaman itu kepada klien. Melalui pendengaran
dan tindakan yang tepat, halangan yang merintangi persefahaman dua hala
boleh dihindari.

Mendengar dengan empati


Mendengar dengan empati bermaksud kaunselor menyedari bahawa walaupun
sesuatu perkara amat berat tetapi kaunselor perlu juga membantunya.
Kaunselor perlu bertanya diri sendiri bagaimana kepercayaan dan keputusan
walau pun ia mungkin gagal tetapi boleh mengurangkan kerisauan klien.

Menghormati
Menghormati adalah kemahiran interpersonal yang menunjukkan penghargaan
tentang keunikan orang lain, toleransi terhadap perbezaan atau kelainan,
kemahuan dan keinginan untuk berinteraksi dengan orang lain secara sama rata.

Penerimaan yang mesra


Teknik ini merupakan keupayaan untuk bersifat terbuka, peramah dan menerima
menggunakan komunikasi bukan lisan yang boleh menyampaikan isyarat-isyarat
kongruen, keterbukaan dan kesudian untuk mendengar.

Konfrontasi
Konfrontasi merupakan keupayaan untuk memberitahu seseorang individu itu
tentang perselisihan tingkah laku dan kesannya terhadap dirinya sendiri, dengan
cara yang tidak agresif, tidak menghakimi, tidak kritikal atau tidak defensif
(mempertahankan diri). Ia bertujuan untuk menyedarkan individu tersebut sama
ada tingkah lakunya menggalakkan atau menghalang perhubungan
interpersonalnya.
Dicatat oleh WAN DHIA

Anda mungkin juga menyukai