Anda di halaman 1dari 3

Cadangan untuk meningkatkan prestasi semasa dan jangka panjang

Jangka pendek
Analisis terhadap maklumat yang terdapat dalam penyata kewangan membantu
saya mengetahui kekuatan dan kelemahan perniagaan saya. Ini membantu saya
membuat keputusan dalam pemilihan antara alternatif berkaitan pelaburan dan
kemudahan kredit serta membuat perancangan untuk meningkatkan prestasi semasa
perniagaan.
Pertama sekali, saya akan cuba mengurangkan perbelanjaan seperti kadar
bayaran dan belanja am untuk mengurangkan kos dan mengelakkan kekurangan wang
tunai. Secara tidak langsung, hasil jualan perniagaan dapat dipertingkatkan.
Kedua, saya akan mempergiatkan lagi promosi seperti jualan hebat musim
perayaan dan akhir tahun serta pengiklanan dalam surat khabar tentang kedai saya
agar menarik perhatian lebih ramai pelanggan. Dengan ini, barang niaga dapat dijual
dengan kadar segera dan stok kedai yang dipegang tidak terlalu banyak sehingga
menjejaskan keupayaan membayar hutang jangka pendek.
Selain itu, saya akan meningkatkan hasil komisen dan kutipan sewa ruang
niaga setiap tahun untuk menumpung kos perbelanjaan yang kian meningkat. Hal ini
dapat meningkatkan hasil perniagaan saya.
Akhir sekali, saya akan memberi diskaun kepada penghutang setia. Saya juga
akan mempelbagaikan jenis perabot untuk menarik perhatian pelanggan. Saya akan
usaha peragaan yang menarik minat pelanggan. Secara tidak langsung, hasil jualan
perniagaan dapat dipertingkatkan. Saya juga akan menyertai pameran yang dianjurkan
oleh kerajaan untuk melariskan produk perabot.

28

Jangka panjang
Maklumat perakaunan yang disediakan dapat menjadi panduan kepada saya
untuk membuat rancangan perniagaan bagi masa depan dengan menganalisis arah
aliran kos, arah aliran jualan dan corak permintaan pengguna. Bagi tujuan
meningkatkan prestasi jangka panjang perniagaan, saya telah memikirkan beberapa
rancangan perniagaan yang diharap dapat melaksanakan sekurang-kurangnya dua
daripadanya dalam tempoh masa kemudian.
Pertama sekali, saya berharap untuk membuat pinjaman jangka panjang yang
kedua sama ada dengan pihak bank atau institusi kewangan tertentu supaya dapat
menambahkan aset bukan semasa perniagaan saya untuk membeli lori. Ini
memudahkan saya dalam menyelesaikan masalah pengangkutan barang niaga.
Kedua, saya berharap dapat menarik masuk rakan kongsi di kalangan kawankawan atau saudara-mara dalam perniagaan untuk membawa masuk modal tambahan
dalam bentuk tunai menambahkan modal pelaburan.
Selain itu, saya juga akan cuba membayar hutang dalam tempoh yang
ditetapkan oleh pembekal tetapi tidaklah terlalu awal. Hal ini kerana wang tunai
tersebut mungkin boleh digunakan untuk tujuan yang lain. Walau bagaimanapun, saya
akan menjelaskan hutang secepat mungkin kerana tindakan tersebut dapat menjalin
hubungan baik dengan pembekal dan perniagaan tidak akan menghadapi masalah
kekurangan bekalan.
Akhir sekali, saya juga merancang untuk membuka kedai cawangan di negeri
lain pada masa depan bagi tujuan meningkatkan hasil jualan perniagaan. Dengan ini
saya berpeluang meluaskan perniagaan saya ke negeri lain.

29

Anda mungkin juga menyukai