Anda di halaman 1dari 18

KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU

SULTAN AZLAN SHAH


DIPLOMA PENOLONG PEMBANTU PERUBATAN
TAHUN 2 SEMESTER 2
KUMPULAN 32

CASE STUDY
OBESITI
NAMA

: MUHAMMAD AMIR NAWAWI

KAD PENGENALAN

: 940526 03 5313

NO MATRIK

: BPP2013 1640

PENEMPATAN KLINIKAL : KLINIK UNIT KESIHATAN SEKOLAH


CHEMOR

NAMA PENGAJAR
KANDUNGAN

PENGENALAN
Secara amnya, obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam
badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak
menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ
badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain daripada
mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek
Siapakah yang tergolong dalam obesiti? Orang dewasa? Remaja? Kanak-kanak? Obesiti tidak
mengira bangsa, jantina, mahupun umur seseorang. Antara-antara ciri-ciri masalah obesisiti pada
seseorang adalah berat badan sekurang-kurangnya dua kali lebih berat berbanding ukuran ideal,
berat badan sekurang-kurangnya 45 kilogram melebihi berat badan sepatutnya, Indeks Jisim
Badan (BMI) melebihi 40 atau 35.
Pemakanan yang sihat sangat penting untuk tubuh badan kita. Ini kerana diet pemakanan yang
sihat sebenarnya dapat membantu menghasilkan tenaga serta dapat membantu tubuh badan kita
bekerja dengan lebih cergas. Tentu ramai dikalangan anda yang gemar menghabiskan masa
lapang di hadapan kaca televisyen, melayari internet hingga lewat malam dan sebagainya.
Aktiviti seperti ini amat menyeronokkan dan melalaikan akan tetapi anda harus ingat aktivitiaktiviti seperti ini sebenarnya tidak bagus untuk tubuh badan anda. Aktiviti ini dipanggil sebagai
aktiviti statik kerana anda hanya duduk dan tidak sedikit pun melakukan senaman bagi
membakar kalori dalam tubuh badan kerana ini mungkin boleh mendatangkan kegemukan
Jesteru itu, untuk meransang tubuh badan supaya bergiat aktif, anda bolehlah melakukan aktiviti
yang mengeluarkan peluh seperti bermain bola,menari, mengayuh basikal, menyertai acara
sukan di sekolah, mengemas bilik atau rumah atau memncuci kereta di waktu lapang atau apa
sahaja aktiviti yang boleh dilakukan denagan sesuai dengan keupayaan anda. Dengan melakukan
aktiviti seperti ni, kita juga dapat membantu otot-otot kita menjadi cergas dan kuat.

CARA MENGIRA BMI


Indeks Jisim Badan atau BMI merujuk kepada kadar berat berbanding ketinggian, atau isipadu
seseorang. Cara pengiraan Index Jisim Badan adalah seperti berikut:

Berat (kg)

BMI =

-------------------------------------

(Tinggi (m) X Tinggi (m))

Bawah 18.5 kurang berat

Antara 18.5 - 22.9 berat yang sihat

23 hingga 27.4 agak lebih berat

27.5 dan keatas gemuk / obes

Walau bagaimanapun, formula ini tidak boleh digunakan jika anda:

berusia kurang dari 18 tahun atau lebih 64 tahun


mengandung atau menyusukan anak
seorang ahli sukan yang aktif

PENYATAAN MASALAH
Kami dari unit Kesihatan Sekolah Chemor telah mengadakan lawatan ke Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina Tanah Hitam untuk melakukan pemeriksaan fizikal untuk murid-murid darjah
6. Antara ujian yang telah kami lakukan seperti ujian scoliosis test dan ujian buku istihara untuk
ujian mata.
Semasa melakukan ujian pemeriksaan fizikal kepada murid-murid tersebut terdapat salah
seorang dari mereka mengalami badan yang gemuk setelah BMI (Indeks Jisim Badan) murid itu
melebihi paras berat badan yang ideal iaitu BMI 26.4
Tubuh badannya agak gemuk daripada kawan-kawannya yang lain. Daripada beberapa soalan
yang telah diajukan kepada murid ini, murid ini gemar makan makanan yang tidak berkhasiat
seperti snak, air berkarbonat, makanan-makanan ringan dan sebagainya. Selain itu, tidak
mengamalkan aktiviti bersukan dan tidak makan makanan mengikut piramid makanan.
BIODATA PESAKIT

Nama : Chong Foo Weng


No.S/B :
Bangsa : Cina

Umur : 12 Tahun
Jantina : Lelaki
Alamat : 401, Tanah Hitam, 31200 Chemor,

Tinggi : 157 cm
BMI : 26.4

Perak
Berat : 65 kg
Sekolah :SJK(C) Tanah Hitam, Chemor

Setelah melakukan pemeriksaan Antropometri kepada murid ini maka status pemakanan
murid ini dikenalpasti sebagai berlebihan berat badan. Selain itu, morbiditi yang dikesan
yang dipaggil Head to Toe keatas murid adalah normal.
Seterusnya perkhidmatan yang diberi oleh doktor adalah khidmat kauseling dan akan
dirujuk kepada PZM atau Pegawai Dietatik untuk lagkah selanjutnya.

PENCARIAN LITERATUR

Pertubuhan kesihatan Sedunia(WHO, 1948) mendefinisikan gaya hidup sihat sebagai suatu
keadaan fizikal, minda dan sosial yang sihat, sergas, cerdas serta bebas dari sebarang
penyakit.berlandaskan keadaan social dan masyarakat
Kajian Thatcher dan Rhea (2003) pula mendapati bahawa media massa, keluarga dan rakan
sebaya merupakan pengaruh utama terhdap stail pemakanan pelajar
Konsep gaya hidup sihat merupakan suatu kempen aspirasi kerajaan bagi melahirkan masyarakat
yang sihat, cergas, sejahtera dan bebas dari penyakit yang disebabkan oleh gaya hidup sedentari.
Sasaran utama kempen ini ialah semua golongan rakyat Malaysia terutamanya remaja dan pelajar
institusi pengajian tinggi 'IPT. Empat komponen utama yang menjadi teras konsep gaya hidup
sihat ini ialah 1. peningkatan pengetahuan dan amalan pemakanan. 2. peningkatan pengetahuan
dan amalan menangani stress. 3. Peningkatan pengetahuan dan amalan anti merokok. 4.
Peningkatan pengetahuan dan amalan sukan dan rekreasi. Walaubagaimanapun, keberkesanan
kempen ini dalam mempertingkatkan tahap kesihatan di kalangan rakyat Malaysia boleh diragui.
Kurangnya penyelidikan khusus untuk menilai keberkesanan kempen ini selain peningkatan
bilangan pesakit hipokinteik membuktikan bahawa keberkesanan kempen ini boleh diragui
(Jabatan Perangkaan Malaysia, 2004 Penang Cancer Registry, 2000)
Menurut Sizer dalam buku yang ditulisnya yang bertajuk Nutrition Concepts and
Controversies (2006), pada tahun 2000, 64% orang dewasa di Amerika Syarikat mengalami
masalah lebihan berat badan dan lebih kurang 30% mangalami masalah obesiti. Tambahan lagi,
seorang daripada tujuh kanak-kanak dan remaja di sana mengalami lebihan berat badan.
Berdasarkan kajian Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia
(UPM),Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada
tahun 2002 hingga 2003 bagi orang dewasa 18 hingga 59 tahun, jumlah peningkatan ini, adalah
hampir 20 peratus berbanding kajian yang dijalankan sebelumnya iaitu pada tahun 1996
sebanyak 20 peratus. Menurut beliau lagi, perkara ini amat membimbangkan. Justeru itu pelbagai
program akan dijalankan untuk mengubah cara hidup dan corak pemakanan rakyat Malaysia.
Obesiti adalah gejala penyakit lebihan berat badan yang dialami oleh individu
yang memiliki indeks jisim badan (BMI) 30 atau lebih (William, 2005).

Menurut Dictionary of Biology, obesiti adalah lebihan berat badan. Obesiti adalah hasil daripada
lebihan simpanan tenaga untuk satu jangka masa yang lama yang menyebabkan peningkatan
jisam badan. Menurut satu lagi sumber iaitu buku World of Health obesiti adalah berat yang
melebihi 20 peratus daripada berat ideal seseorang
artikel Global Obesity yang ditulis oleh Thoms.J, dalam Faces pada Mar 2007, turut menyatakan
tentang statistik yang dikeluarkan oleh World Health
Organization (WHO), bahawa dua daripada tiga orang individu lebihan berat badan atau obesiti
tinggal di negara yang membangun yang mana Malaysia adalah salah satu daripadanya.
Artikel seterusnya yang bertajuk Two Teen Health Danger : Obesity and Drug Addiction pada
tahun 2005. Artikel ini ada menyatakan tentang peratusan golongan muda antara 12 hingga 19
tahun yang mengalami lebihan berat badan.
Artikel bertajuk Obesity in Children and Teens yang disiarkan pada Januari
2001, menyatakan bahawa antara 1633% kanak-kanak dan remaja adalah obes

PERBINCANGAN & HUJAH


DEFINISI
MENURUT KAMUS DEWANKegemukan yang disebabkan terdapatnya lemak yang
berlebihan

KLASIFIKASI

FAKTOR FAKTOR
PERSEKITARAN

Faktor lingkungan atau persekitaran ternyata juga mempengaruhi seseorang untuk menjadi
gemuk Jika seseorang dibesarkan dalam lingkungan yang menggangap gemuk sebagai adalah
simbol kemakmuran dan keindahan, maka orang tersebut akan cenderung untuk menjadi gemuk.
Selagi pandangan tersebut tidak dipengaruhi oleh faktor luaran, maka orang yang obesiti tidak
akan mengalami masalah-masalah psikologi berkaitan dengan kegemukan.
Jadi, bagi para remaja yang kebetulan memiliki berat badan yang berlebihan dan belum berjaya
mengurangi berat badan , janganlah berasa kecewa. Mungkin dengan mengetahui faktor-faktor
penyebab kegemukan seperti yang tertulis anda akan menemui penyebab mengapa berat badan
anda tidak kunjung susut.

FAKTOR KETURUNAN

Kegemukan boleh diturunkan dari generasi sebelumnya kepada generasi berikutnya di dalam
sesebuah keluarga. Itulah sebabnya kita seringkali menemui ibu bapa yang gemuk cenderung
memiliki anak-anak yang gemuk juga. Dalam hal ini nampaknya faktor genetik telah ikut campur
dalam menentukan jumlah unsur sel lemak di dalam tubuh.
Hal ini dimungkinkan kerana pada ketika ibu yang obesiti sedang hamil, maka unsur sel lemak
yang berjumlah besar dan melebihi ukuran normal, secara automatik akan diturunkan kepada si
bayi sewaktu dalam kandungan. Maka, tidak hairanlah bila bayi yang lahir pun memiliki unsur
lemak tubuh yang relatif sama besar.

DIET YANG TIDAK SEIMBANG

Mengambil kurang makanan pula akan menyebabkan perut lapar dan kurang bertenaga. Apabila
tenaga kurang, sistem badan akan secara automatik mengambil kalori dari sumber lain untuk
ditukar menjadi tenaga iaitu sel-sel otot dan sel-sel lemak. Biasanya sel-sel otot lebih mudah
untuk ditukar menjadi tenaga berbanding sel-sel lemak. Oleh itu, berat badan akan menurun,
tetapi penurunan dalam jisim otot dan kandungan berat air sahaja. Sebaliknya lemak masih
kekal.
Pada satu tahap, penurunan berat badan akan terhenti buat seketika kerana sel-sel otot sudah
tidak diambil lagi untuk ditukar menjadi tenaga. Sistem badan akan melakukan perubahan di
mana ketika ini sel-sel lemak pula akan ditukar menjadi tenaga. Ini biasanya akan mengambil
sedikit masa. Kebiasaanya, ketika ini ramai yang sudah berputus asa untuk tidak berdiet lagi.

KURANG MENGGUNAKAN TENAGA

Pekerjaan yang dilakukan hari-hari akan mempengaruhi gaya hidup seseorang.Kurang


melakukan aktiviti fizikal akan menyebabkan proses pembakaran kalori terganggu.Umumnya
kandungan kalori yang berlebihan yang tidak diimbangi dengan aktiviti fizikal akan
menyebabkan tubuh menjadi berisi dan gemuk. Jika anda selalu tidur dan kurang bersenam,
ianya akan mempengaruhi keadaan fizikal tubuh badan anda.
Aktiviti fizikal seperti senaman sangat perlu untuk membakar kalori dalam tubuh badan. Jika
anda makan dengan berlebihan dan tidak diseimbangi dengan senaman, maka berat badan anda
akan naik. Seseorang yang kurang bersenam dan kurang melakukan aktiviti lebih mudah untuk
mendapat obesiti. Di dalam keadaan yang serba selesa pada masa kini juga boleh menyebabkan
obesiti. Contohnya menonton televisyen, bermain video game, menggunakan komputer dan
sebagainya.

Pada waktu bersukan, kalori terbakar, makin banyak bersukan, maka semakin banyak kalori yang
hilang. Kalori secara tidak langsung mempengaruhi sistem metabolisme. Orang yang duduk
bekerja sehari-harian akan mengalami penurunan metabolisme tubuhnya. sukan sangat penting
dalam penurunan berat badan tidak sahaja kerana dapat membakar kalori, melainkan juga kerana
dapat membantu mengatur berfungsinya metabolis normal.

BUDAYA MAKAN MALAM

Tentu ramai bersetuju bahawa orang Malaysia suka makan mengikut selera. Semua makanan
yang sedap akan diambil tanpa memikirkan kesan pada kesihatan. Malah ramai juga yang
berpegang pada falsafah, 'hidup hanya sekali dan makanlah selagi ada selera sebab jika sudah
sakit, Salah satu punca obesiti tanpa disedari ialah budaya atau tabiat suka makan pada waktu
malam.Restoran dan gerai-gerai yang dibuka 24 jam telah menikmati ramai orang menghabiskan
waktu santai mereka makan dan minum sehingga lewat malam.
Memetik kata-kata mantan Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar yang pernah penulis temui
tidak lama dulu, banyak negara yang telah dikunjunginya dan puas mengelilingi dunia, tiada
negara yang restoran atau gerai makan yang dibuka 24 jam kecuali Malaysia. Mereka yang
sememangnya tidak boleh tidur malam lantas menghabiskan masa dengan makan-makan di
restoran mamak 24 jam atau gerai yang menjual bermacam-macam jenis makanan yang
enak.Namun,kadar metabolisme kita rendah pada waktu malam dan lemak lebih mudah
berkumpul. Kebanyakan restoran 24 jam menjual makanan yang tinggi kandungan lemak, kalori
dan kolesterol.
Contohnya sekeping roti canai mengandungi 301 kalori, roti telur ( 356 kalori), capati (300
kalori), mi goreng (281 kalori) dan ayam goreng (255 kalori).

PENGARUH EMOSIONAL

Obesiti bermula daripada masalah emosional yang tidak dapat diatasi. Orang gemuk dahaga akan
kasih-sayang, seperti masakan ibu sebagai simbol kasih terhadap mereka. Ia juga dianggap
kelebihan makan sebagai subtitusi untuk pengganti kepuasan lain yang tidak tercapai dalam
hidupnya.
Namun sebahagian orang yang berlebihan berat badan tidaklah lebih terganggu secara psikologi
dibandingkan dengan orang yang berbadan normal .Meski banyak pendapat yang mengatakan
bahawa orang gemuk biasanya tidak bahagia, namun sebenarnya ketidakbahgiaan tekanan
batinnya lebih diakibatkan sebagai hasil daripada kegemukan.
Pada orang gemuk didapati bahawa mereka lebih banyak menghabiskan kerepek setelah
menyaksikan filem yang tegang atau suspens dibandingakan setelah menonton filem yang
membosankan. Sedangkan pada orang yang berat badan berkurangan , selera makan kerepek
tetap sama setelah menonton filem yang tegang mahupun filem yang membosankan.

APA YANG DIHADAPI OLEH GOLONGAN OBESITI?


MASALAH PSIKOLOGI

Obesiti bukan hanya melibatkan kesihatan fizikal badan, malahan turut memberi kesan kepada
psikologi dan kesihatan mental.
Kesihatan mental yang disebutkan bukanlah mengaitkan obesiti dengan penyakit gila atau
masalah otak tetapi lebih kepada kesan kepada emosi individu yang mempunyai berat badan
berlebihan atau obes hasil interaksi sosial.
Seseorang yang besar badannya akan diejek.Kesan diejek pada usia muda ini akan dibawa
sehingga mereka dewasa dan mungkin membawa kepada masalah hidup yang menjejaskan tahap
kepuasan hidup individu yang berbadan besar.

PENYAKIT

Selain daripada itu, Obesiti juga didapati memberikan kesan yang tidak diingini terhadap
kesihatan.
Contohnya,Sakit jantung.Lemak yang terlalu tebal boleh menyumbat saluran darah
menyebabkan organ tubuh kita tidak mendapat cukup oksigen yang diperlukan. Didapati mereka
yang obes pada ukuran BMI lingkungan 25 ke atas terdedah kepada serangan jantung, mati
mengejut, sakit dada dan denyutan jantung yang tidak normal.
Darah Tinggi juga merupakan salah satu penyakit yang akan dihadapi oleh obes.Ini bermaksud
kandungan lemak darah (triglycerides) tinggi dan HDL kolestrol baik yang rendah di dalam
darah pengidap obesiti. Trigliseride tinggi boleh menyumbat salur darah dengan cepat. Apabila
ruang salur darah menyempit tekanan di dalamnya akan meningkat.

MASALAH SOSIAL

Obesiti juga dapat meningkatkan masalah sosial.Hasil dari kajian terbaru yang secara asasnya
mendapati orang dewasa yang mengalami obesiti kurang aktif dalam seks dan masalah ereksi
bagi lelaki manakala bagi wanita pula akan terdedah kepada kandungan tidak terancang.
Oleh sebab itu,taburan penduduk di Malaysia akan menjadi semakin kekurangan.Hal ini akan
menyebabkan banyak masalah seperti bekalan sumber alam tidak dapat dieksploitasi dalam tahap
yang optimum.Di samping itu,bebanan kerajaan akan menjadi berat apabila bilangan warga emas
demi hari demi meningkat.Kesannya,proses pertumbuhan ekonomi di Malaysia akan terbantut.

KAEDAH MENGATASI OBESITI


PEMAKANAN YANG SEIMBANG

Tahukah anda apa itu asimilasi makanan? Asimilasi makanan ialah proses pencernaan dan
pemakanan berkhasiat menjadi tisu hidup. Di samping itu, dengan adanya pemakanan, kita juga
dapat mengetahui bagaimana badan kita bekerja. Dalam pemakanan ini terkandung semua jenis
pengelasan makanan, misalnya vitamin, protein, lemak dan sebagainya. Makanan berkhasiat
seperti buah-buahan, sayur-sayuran, tenusu dan bijirin sebenarnya dapat membantu pertumbuhan
serta kesihatan tubuh badan.
Elakkan makanan yang tinggi kandungan kolori seperti makan yang banyak lemak dan gula.
Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Kurangkan menggoreng makanan dan
banyakkan makanan yang direbus dan dibakar. Elakkan menggunakan susu pekat manis dalam
masakan kerana susu mengandungi kandungan gula yang amat tinggi. Selain itu, kurangkan
kandungan gula dalam minuman dan kuih-muih.
Hindari makanan berkadar gula dan lemak tinggi seperti cake cokelat, mentega, lemak haiwan
dan sebagainya, Kita mestilah makan ikut jadual dan elakkan meninggalkan jadual makan.
Minuman bersoda mestilah dikurangkan kerana kanak-kanak yang mengambil minuman ini
berisiko tinggi mengalami kegemukan.
Laporan para pengkaji dari Amerika Syarikat yang diterbitkan oleh The British Medikal Journal
The Lancet, remaja AS perlu segera mengurangkan minuman bersoda dan jeruk yang berisiko
mengganggu kesihatan.
Kegemukan dalam kalangan kanak-kanak juga disebabkan oleh punca lain. Misalnya tabiat
menonton televisyen yang terlalu lama. Rancangan yang menarik seperti kartun dan telenovela
membuatkan kanak-kanak mengurangkan aktiviti di luar rumah. Keadaan demikian mendorong
tubuh kurang bergerak dan mudah menjadi gemuk.

Psikologikal

Rawatan obesiti diperingkat kanak-kanak adalah terapi jangka panjang dan mungkin sepanjang
hayatnya. Ahli keluarga juga perlu menyertai bersama rawatan ini bagi mencapai matlamat
rawatan yang dicita-citakan. Tujuan utamanya adalah untuk mencari bersama-sama dengan
kanak-kanakdan remaja, corak tingkah laku individu yang membawa kepada pengambilan
makanan yang berlebihan. Pengurusan konflik yang berbeza membantu menghadapi situasi yang
berpotensi bermasalah. Pesakit diarahkan untuk mengkaji adab dan tingkah laku yang baru dan
disokong bagi merealisasikan tingkah laku yang sihat. Pelan kaunseling individu perlu
berdasarkan gaya hidup. Strategi yang penting ialah dengan menggalakkan kawalan kendiri,
kesedaran diri, interaksi sosial serta strategi yang positif.
AMALAN SENAMAN YANG EFEKTIF

Tentu ramai yang takut dan bimbang ditimpa pelbagai penyakit bukan? Jangan bimbang, kalau
ad penyakit tentu ada penawarnya. Senaman yang dirasakan sesuai untuk meningkatkan lagi
aktiviti anda supaya tidak berlaku masalah kesihatan. Senaman perlu dilakukan secara berterusan
setiap haridalam tempoh 20 hingga 30 minit sahaja bergantung kepada aktiviti yang dilakukan.
Sebaik-baiknya amalkan senaman selama 15 setiap hari daripada bersenam selama 2 jam tetapi
hanya seminggu sekali. Senaman ini merangkumi berjoging, berbasikal, aerobik, bersukan,
berenang dan sebagainya.
Kenapa perlu bersenam?

Anda tahu atau tidak mengapa kita perlu bersenam? Disini terdapat banyak faedah. Antaranya
adalah badan kita menjadi sihat dan kuat. Kita juga akan terhindar daripada pelbagai penyakit.
Antara faedah lain daripada bersenam ialah senaman dapat meningkatkan kelembutan
(kelenturan otot) dan membina kekuatan otot. Selain itu, jantung bekerja lebih cekap ketika
bersenam dan berehat. Pergerakan nadi akan meningkat dan mencegah pengerasan arteri serta
menurunkan tekanan darah tinggi yang boleh membawa penyakit jantung dan angin ahmar.
Bersenam juga dapat menguatkan tulang dan meningkatkan imbangan. Hal demikian dapat
membantu mencegah atau memperlahankan proses osteoporosis (kereputan tulang) dan
mengurangkan risiko daripada terjatuh yang boleh menyebabkan patah pinggan atau kecederaan
yang lain.

MENGUBAH TABIAT

Seseorang obesity perlu mengenalpastikan masalah yang mengakibatkan kenaikan berat badan
seperti tekanan perasaan ,makan mengikut perasaan,bosan dan sebagainya.seseoarang itu perlu
mengelakkan perkara tersebut berlaku agar berat badan tidak di pengaruhi dengan perkaraperkara yang menyebabkan kegemukan.pesakit juga perlu meletakkan matlamat untuk
mengurangkan pengambilan kalori dan meningkatkan aktiviti fizikal seperti bersenam semasa
menonton televisyen dan sebagainya.selain itu,pesakit hanya perlu menimbang berat badan
mereka sekali seminggu untuk melihat perubahan yang berlaku.hal demikian kerana apabila
mereka mengetahui berlaku sedikit perubahan ke atas diri sendiri ,mereka akan lebih yakin untuk
meneruskan matlamat untuk menguruskan berat badan.mereka juga perlu memantau jumlah dan
jenis pemakanan dan minuman yang diambil serta aktiviti fizikal yang dapat dilakukan dalam
tempoh yang telah ditetapkan.hal ini kerana jika perkara tersebut tidak dititikberatkan minda
akan lebih cenderung untuk tidak mematuhi pemakanan yang seimbang.mereka juga
memerlukan sokongan yang kuat daripada keluarga dan kawan kerana golongan tersebut dapat
menberi semangat untuk lebih yakin dengan berat badan mereka.

UBAT-UBATAN

Kaedah ini dapat membantu mengurangkan sebanyak antara lima hingga sepuluh peratus berat
badan.terdapat empat jenis ubat-ubatan iaitu lipase inhibator.sejenis ubat untuk menhaklang
enzim lipase didalam saluran penghadaman memproses lemak makanan yang dimakan daripada
menyerap ke dalam tubuh.bagaimanapun,ia hanya menyekat 1/3 daripada lemak tersebut dan
bakinya akan memasuki system penghadaman makanan.selain itu,terdapat juga ubat untuk
mengekalkan paras hormone adrenalin dan serotonin.dengan memakan ubat ini,ia akan
mengawal fingsi selera makan dalam otak yang menyebabkan individu terbabit berasa
kenyang.kesan sampingannya ialah hipertensi,sukar tidur,jantung berdebar,panas dan
sebagainya.ubat ini tidak digalakkan makan selalu kerana mengundang kesan sampingan .ubat
yang ketiga adalah ubat kencing manis.

KESAN OBESITI
Sakit Jantung
Lemak yang terlalu tebal boleh menyebabkan saluran darah tersumbat dalam organ
tubuh kita dan menyebabkan tubuh badan kita tidak mendapat oksigen yang
mencukupi.Mereka yang mengalami obes iaitu pada ukuran BMI dalam lingkungan
25 ke atas terdedah dan menyebabkan penyakit seperti serangan jantung, mati
mengejut, sakit dada dan denyutan jantung yang tidak normal
Darah Tinggi
Mereka yang mempunyai berat badan berlebihan berekemungkinan mendapat
tekanan darah tinggi. Puncanya kandungan lemak darah (triglycerides) tinggi dan
HDL kolestrol baik yang rendah di dalam darah pengidap obesiti.Trigliseride yang
tinggi boleh menyebabkan saluran darah tersumbat dengan cepat. Apabila ruang
salur darah telah menyempit tekanan di dalamnya akan meningkat
Kanser
Golongan obesiti mempunyai risiko lebih tinggi terhadap pelbagai jenis kanser
seperti kanser endometrical iaitu kanser lining uterus, kolon,gall bladder , prostat,
buah pinggang dan post menopausal, breast kanser
Penyakit Kencing Manis
Obesiti mempunyai kaitan rapat dengan diabetes. Pengambilan gula yang
berlebihan dan mempunyai tabiat malas bersenam akan menyebabkan seseorang
individu tersebut mudah terdedah kepada pelbagai risiko kesihatan. Misalnya, gula
boleh menjejaskan platelet darah yang mungkin menjadi punca kepada masalah
jantung. Malah, gula turut menjadi antara penyebab penyakit kencing manis jenis
dua, tulang rapuh, masalah ginjal, hati, kemurungan serta dikaitkan dengan tumor
darah.
Emosi Tidak Stabil
Seseorang yang mengalami obesiti juga akan menyebabkan emosi tidak stabil dan
sering menganggap dirinya tidak menarik, kurang keyakinan diri dan mengalami
depresi kerana tidak dapat menghadapi hidup yang normal dan aktif seperti orang
lain