Anda di halaman 1dari 9

REFLEKSI

REFLEKSI SESI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)


Tajuk : NUTRISI
1. Refleksi ke atas masalah/penambahbaikan dalam pengajaran dan pembelajaran tajuk
tersebut.
Kaedah penyampaian yang kurang berkesan, misalnya membosankan, tidak menarik dan
kurang bersesuaian dengan tahap pemikiran pelajar dan keadaan persekitaran. Misalnya
pada waktu tengah hari perlu lebih banyakkan aktiviti dengan para pelajar bagi menarik
perhatian mereka dan mengelakkan mereka tidur sewaktu sesi P&P.
Pelajar tidak memberikan perhatian semasa guru mengajar.
Guru tidak menggunakan bahasa badan yang berkesan untuk menarik minat pelajar dalam
memberi tumpuan semasa guru mengajar.
Penggunaan perkataan ok terlalu kerap menjadikan pelajar bosan.
Tiada unsur motivasi semasa pengajaran guru menyebabkan pelajar tidak bersemangat
untuk belajar.
Pelajar tidak melakukan bacaan awal mengenai tajuk tersebut. Ini menyukarkan mereka
memahami konsep-konsep yang ditekankan dalam topik tersebut.
2. Cadangkan strategi/kaedah pengajaran bagi mengatasi masalah tersebut.
Pendekatan pengajaran yang lebih menyeluruh dan berkesan perlulah dilaksanakan.
Berikan contoh-contoh yang bersesuaian dan berkaitan dengan kehidupan seharian agar
mereka dapat mengaplikasikan pengetahuan tersebut seterusnya menjadi suatu hikmah
dalam kehidupan mereka.
Menjalankan suatu aktiviti yang dapat melibatkan pengibatan mereka secara menyeluruh.
Dengan membahagikan para pelajar kepada beberapa buah kumpulan kecil, mereka
dikehendaki berbincang mengenai jenis- jenis nutrisi. Pada akhir sesi P&P, mereka
dikehendaki membentangkan hasil kerja mereka di hadapan kelas.
Guru haruslah melakukan rancangan pengajaran, iaitu rancangan harian yang lebih teliti
dan tersusun agar segala matlamat dan objektif pengajaran dapat disampaikan dan
diterapkan ke dalam diri setiap pelajar. Lakukan latihan mengajar terlebih dahulu sebelum
masuk ke dalam kelas bagi memastikan segala rancangan pengajaran dapat dilaksanakan.
Kaitkan topik baru yang hendak diajar dengan topik yang telah dipelajari. Misalnya, kaitkan
topik nutrisi dengan topik yang telah dipelajari.
Guru perlu memastikan agar suasana pembelajaran sentiasa menyeronokkan. Ini
dipengaruhi oleh sikap pelajar dan keadaan persekitaran kelas. Keadaan kelas yang selesa
membantu sesi P&P berjalan dengan lebih lancar dan berkesan.
Pemantauan dan penilaian perlulah dilakukan agar rancangan pengajaran tidak
menyimpang jauh daripada matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran. Selain itu,
ini juga bagi memastikan para pelajar dapat mengusai objektif pengajaran yang ditetapkan.
Ini dapat dilakukan melalui sesi ujian bertulis dan soal jawab dengan para pelajar mengenai
topik nutrisi.
Akhir sekali, guru perlu melakukan refleksi kendiri bagi menilai sejauh mana keberkesanan
kaedah pengajaran yang dilaksanakan. Ini dapat dinilai dari segi penguasaan para pelajar
mengenai objektif pengajaran pada hari tersebut, bukan dinilai dari segi sukatan mata
pelajaran yang dapat dihabiskan.

CONTOH-CONTOH PENULISAN REFLEKSI SELEPAS SETIAP P&P

1.

Pelajar perlu lebih latihan berkaitan .

2.

Ulang kaji kandungan tajuk ini pada akhir bab ini / .

3.

Ulangkaji topik / konsep ini dengan murid yang lemah.

4.

Murid berjaya menguasai konsep ..

5.

Masukkan sebahagian kandungan dalam kerja rumah pada minggu hadapan

6.

Sebahagian murid tidak faham. Perlu mengajar dengan cara yang lain dalam P&P akan

datang.
7.

Gunakan kerja secara berkumpulan untuk mengulang kaji.

8.

Kerja rumah disiapkan oleh semua murid.

9.

Perlu memberikan lebih masa untuk aktiviti ini untuk membantu murid berpindah kepada

tugasan baru.
10.

Saya perlu bertanya lebih banyak soalan yang terbuka.

11.

Cari jalan untuk memasukkan lebih murid dalam aktiviti dalam kelas.

12.

Periksa sama ada murid membawa .. ke dalam kelas.

13.

Cari lebih banyak contoh .. untuk membantu murid lebih memahami ..

14.

Pengajaran yang baik. Murid boleh menerangkan tugasan baru apabila diuji kefahaman

mereka.
15.

Tidak cukup peluang untuk murid melakukan semasa pengajaran.

16.

Memerlukan kepelbagaian teknik menyoal / memberi jawapan .

17.

Gembira dengan maklum balas murid pada hari ini. Lebihkan soalan mencabar dalam P&P

akan datang.
18.

Perlu memikirkan kaedah berbeza untuk mengawal kebisingan.

19.

Benarkan lebih masa untuk membuat latihan dalam P&P akan datang.

20.

Masa aktiviti pengukuhan hari ini tidak cukup.

21.

Pastikan murid boleh memberikan isi-isi penting P&P hari ini.

22.

Semua murid memerlukan lebih bantuan berkaitan .

23.

Saya merasa gembira dengan P&P hari ini kerana ..

24.

Gerakan . Dan ke hadapan pada P&P akan datang.

25.

Beri pujian kerana usaha yang bersungguh-sungguh

Kelemahan dan kekurangan pertama yang dikenalpasti dalam pelaksanaan


tugasan pengajaran makro saya ialah penggunaan bahasa baku yang salah. Ada
ketikanya saya menggunakan bahasa dialek. Semasa melihat semula rakaman
makro teaching saya, di dapati saya menyebut beberapa perkataan dialek walaupun
bertujuan jenaka. Walau bagaimanapun, saya mengajar sebutan dan ayat betul agar
mereka memahami bagaimana membentuk struktur ayat yang betul. Guru adalah
pengajar murid yang pertama. Jika guru sendiri menyebut salah, anak murid kita
akan keliru. Saya dapati tanpa sedar saya telah dipengaruhi oleh bahasa pasar atau
rojak.. Hal ini saya akan ambil secara serius dan akan lebih berhati-hati dalam
pengajaran.
Kelemahan yang kedua, set masa pada slaid powerpoint agak cepat bertukar
semasa set induksi menyebabkan ada gambar yang tidak sempat saya beri
penerangan lengkap. Walau bagaimanapun, semasa menggunakan projektor tayang
untuk bacaan dan latihan ayat, murid dapat membaca dengan jelas disebabkan
tayangan yang lama dan jelas. Pada masa tersebut saya dapat memantau aktiviti
murid disetiap penjuru kelas. Saya juga meluangkan sedikit masa untuk memberi
teguran kepada murid-murid yang nakal agar seluruh perjalanan pengajaran saya
tidak terjejas. Jika guru tidak dapat mengurus atau menjaga tatatertib murid di dalam
kelas dengan baik, maka murid tidak akan menumpukan perhatian dan mendengar
pelajaran yang disampaikan.

Kelemahan yang ketiga ialah ketepatan mengikut masa. Ketepatan masa


penting bagi memastikan proses p&p berjalan dengan baik dan lancar. Berdasarkan
perbandingan rakaman dan rancangan pengajaran harian (RPH) yang telah dibuat,
didapati masa yang digunakan untuk menjalankan sesuatu langkah pengajaran tidak
seiring. Hal ini disebabkan terdapatnya gangguan-gangguan dan hal- hal lain yang
menyebabkan masa yang lebih diambil untuk melakukan sesuatu langkah tidak
seiring. Walau bagaimanapun, masa keseluruhan pengajaran tidak terlalu terjejas
dan dapat dijalankan dengan baik. Namun begitu, guru perlu memastikan murid
faham akan isi pembelajaran daripada terikat dengan masa. Guru perlu fleksibel
tentang masa.
Untuk masalah saya yang pertama, saya hendaklah membuat persiapan awal
yang mencukupi untuk mengelakkan perkara yang sama berlaku lagi. Saya
hendaklah lebih berwaspada dan menumpukan perhatian semasa menjalankan
pengajaran. Saya perlu memahami maksud kosakata dalam petikan dan
penggunaan ayat pasif dan aktif. Bacaan adalah penting kerana murid Tahun 4 yang
baru mula belajar jenis-jenis ayat dengan mendalam. Mereka perlu bersedia dengan
penggunaan ayat sebagai persediaan menghadapi peperiksaan UPSR.
Pengetahuan mendalam guru tentang jenis-jenis ayat amat penting. Semasa
memperkenalkan kosakata yang baru, jika guru salah memberi maksud, murid akan
terus keliru. Merujuki kamus juga perlu dilakukan. Sebagai seorang guru,

pengetahuan mendalam tentang ayat dan maksud perkataan perlu dititik beratkan
agar murid lebih faham. Dengan ini, kesalahan itu tidak akan berterusan dan bahasa
Malaysia tidak akan tercemar atas kesilapan guru itu.
Masalah saya yang kedua, saya seharusnya berjalan dan memantau setiap
aktiviti murid. Namun begitu saya mengunakan bilik tayang yang agak terbatas
ruang menyebabkan kurang dapat bergerak kearah setiap murid. Saya
menggunakan bilik tayang agar rakaman dapat berjalan dengan lancar walau ada
juga gangguan. Ketetapan masa Slaid Powerpoint akan saya suaikan dengan
penerangan saya agar ianya tidak bertukar semasa saya belum tamat memberi
penerangan tentang gambar tersebut. Selain itu, guru perlu membantu murid secara
dekat semasa mereka menjalankan aktiviti dan lebih mudah mengenal pasti
kelemahan murid-murid melalui pemerhatian. Guru boleh memberi tunjuk ajar
kepada murid yang lemah dan murid juga boleh berinteraksi dengan guru dengan
mudah.

Bagi masalah yang ketiga ialah masa. Masa p&p yang ditetapkan adalah
supaya kita tidak terguna masa guru lain yang masuk ke kelas pada waktu yang
seterusnya. Masa adalah salah satu elemen yang perlu dikira dalam setiap p&p.
Guru perlu fikirkan apa jenis ABM, bahan pengajaran yang boleh digunakan dan
sesuai dengan tahap penguasaan muridnya. Walaupun saya menetapkan lima minit
diluangkan ke atas langkah set induksi, tetapi saya telah terlebih guna. Ini
menyebabkan langkah pengajaran perlu dikurangkan. Oleh itu saya gabungkan 20
minit untuk penerangan dan latihan supaya murid lebih faham isi pembelajaran.
Pada akhir pengajaran, saya telah gunakan 5 minit untuk meneliti kerja murid
seterusnya membuat teguran terutama kepada murid lemah yang dikenalpasti.
Walau bagaimanapun saya telah terlebih masa hampir 2 minit daripada keseluruhan
masa p&p.
Kesimpulan:
Kaedah pengajaran adalah sesuatu yang boleh ditentukan oleh guru sendiri
secara fleksibel. Yang penting murid dapat belajar ilmu pengetahuan dan dapat
mencapai objektif pengajaran tajuk pada hari itu. Oleh itu, guru hendaklah bijak
merancang p&p supaya murid dapat menguasai kemahiran. Guru yang mengetahui
kelemahan dan kekuatan murid. Pandangan dan teguran rakan-rakan dan murid
boleh membantu memperbaiki kelemahan pengajaran guru.

Semasa menjalankan pengajaran dan pembelajaran, saya mendapati P & P saya


tidak dapat mengikut masa yang ditetapkan, itu adalah kelemahannya. Ketepatan masa
penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran akan menjalankan dengan
lebih baik dan lancar. Perbandingan rancangan pengajaran harian saya yang telah dibuat,
didapati masa yang digunakan untuk menjalankan sesuatu langkah pengajaran tidak seiring,
tetapi masa keseluruhan pengajaran saya tidak terjejas.
Bukan itu sahaja, kelemahan atau kekurangan seterusnya ialah masalah dalam
pemantauan kelas. Saya didapati hanya berada di hadapan kelas sahaja tanpa memantau
murid yang duduk di penjuru kelas semasa murid membuat lembaran kerja. Guru
seharusnya berjalan dan memantau setiap murid. Melalui cara itu, guru dapat mengawal
keadaan dan suasana kelas dengan lebih baik.

Langkah Mengatasi:
Setiap kelemahan dan kekurangan yang dikesan perlu menambahbaikan bagi
meningkatkan kualiti pengajaran pada masa akan datang. Berdasarkan kelemahan dan
kekurangan dalam pengajaran dan pembelajaran, menambahbaikan yang perlu dilakukan
ialah ketepatan penggunaan masa menyampaikan pelajaran serta pemantauan murid di
dalam kelas. Guru perlu menepati ketetapan masa seperti yang ditentukan dalam
rancangan pengajaran harian. Ketetapan masa perlu diikut bagi melancarkan proses
pengajaran dan pembelajaran. Hal ini juga akan memudahkan guru menyelesaikan setiap
bahagian penyampaian pengajaran dari permulaan sesi pengajaran hingga tamat.
Guru perlu sentiasa bergerak dan berjalan ke setiap sudut kelas bagi memantau dan
melihat setiap aktiviti yang dilakukan oleh murid ketika pengajaran dan pembelajaran
dijalankan. Kaedah ini sangat membantu guru dalam mengawal murid di dalam kelas, sama
ada mengawal tingkah laku murid, atau membantu sesetengah murid yang kurang fahami
terhadap pelajarannya secara serta merta. Perkara ini perlu dilakukan oleh setiap guru
dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Ia menunjukkan interaksi dan
komunikasi yang berkesan antara guru dengan murid. Oleh yang demikian, saya akan
sentiasa meningkatkan kemahiran dan potensi diri supaya boleh melaksanakan proses
pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan lancar lagi untuk murid-murid kita
di dalam bilik darjah.

Terdapat pelabagai kelemahan yang berlaku ketika guru menjalankan proses pengajaran
dan pembelajaran (PdP) antaranya ialah kesukaran mengawal pelajar yang ramai,
penggunaan perkataan-perkataan yang tidak sesuai, bahan aktiviti yang terhad dan
pembahagian masa yang kurang baik serta keadaan pelajar yang tidak bersedia sedikit
sebanyak telah mencacatkan perjalanan PdP. Segala kelemahan ini perlu diperbaiki bagi
untuk penambahbaikan bagi sesi PdP yang akan datang. Adalah sangat penting bagi
seorang guru untuk sentiasa menyedari dan memperbaiki kelemahan yang terdapat dalam
diri.
Salah satu kelemahan yang perlu keutamaan untuk penambahbaikan adalah
kelemahan dalam pengawalan kelas. Ini kerana, sekiranya pengawalan kelas yang lemah
tidak di perbaiki akan mengakibatkan masalah-masalah yang lain. Pengawalan kelas yang
bagus akan menjadikan aktiviti dan perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran
menjadi lebih lancar.

Terdapat pelbagai faktor yang mendorong kepada masalah pengawalan kelas ini. Untuk
memperbaiki kelemahan ini, guru perlu memahami punca-punca yang meyebabkan
kelemahan yang berlaku dalam pengawalan kelas ini.
Kelemahan dalam pengawalan kelas ini adalah disebabkan oleh keadaan pelajar
yang terlalu ramai yang terdiri daripada 38 orang pelajar yang mempunyai karekter yang
berbeza. Sikap pelajar yang berbeza-beza memerlukan kaedah yang berbeza-beza untuk
mamastikan kelas dalam keadaan yang sentiasa terkawal. Bagi membantu dalam masalah
pelajar yang terlalu ramai ini, pembelajaran secara koperatif telah digunakan. Menurut Tay
(2000), pembelajaran koperatif bermaksud sekumpulan murid bekerjasama belajar dalam
kumpulan kecil bagi mencapai matlamat pendidikan yang dikongsi bersama. Walaupun
pembelajaran secara koperatif ini sedikit sebanyak telah membantu dalam proses
pembelajaran, tetapi disebabkan pelajar yang terlalu ramai dan bahan yang tidak mencukupi
menjadikan bilangan pelajar bagi setiap kumpulan terlalu ramai dan terdapat sebahagian
pelajar yang tiada tugas melakukan kelakuan-kelakuan yang tidak sepatutnya yang telah
mengganggu tumpuan pelajar dan guru di dalam kelas. Apabila berlaku perkara seperti ini
akan menyebabkan masa yang banyak dihabiskan untuk mengawal
Faktor lain yang mendorong kepada kelemahan pengawalan kelas ini adalah
komunikasi yang kurang sesuai. Komunikasi di sini termasuklah arahan-arahan yang kurang
jelas dari pihak guru. komunikasi yang berkesan dapat menghasilkan iklim pembelajaran
yang kondusif dan murid-murid akan lebih aktif dalam proses P&P (Mok, 2008). Akan tetapi
sekiranya pelajar tidak mengambil bahagian secara aktif dalam PdP menandakan
komunikasi guru masih lemah dan menjadi faktor utama kepada kelemahan pengawalan
kelas oleh guru. Sekiranya pelajar tidak faham atau masih tertanya-tanya akan apa perkara
yang sepatutnya dilakukan, mereka akan mudah hilang tumpuan pada pelajaran di dalam
kelas. Kehilangan tumpuan belajar murid-murid ini akan menjadikan pelajar mudah bosan
dan melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya. Masalah akan menjadi lebih serius
sekiranya pelajar-pelajar ini menganggu pelajar lain yang sedang menumpukan perhatian.
Gurauan seperti ini boleh menyebabkan kelas menjadi kucar kacir dan menyulitkan lagi
masalah pengawalan kelas oleh guru. Jadi, setiap guru perlu sedar betapa pentingnya

komunikasi yang berkesan dalam membantu pengawalan kelas supaya perjalanan PdP
menjadi lebih lancar.
Salah satu ciri penting yang perlu ada dalam seseorang guru adalah ketegasan
ketika mengawal kelas. Ketegasan di sini adalah tegas dalam memberi arahan supaya ia
jelas dan dapat dipatuhi oleh para pelajar. Ketegasan ini banyak berkait rapat dengan
komunikasi yang berkesan sperti yang telah dibincangkan di atas. Saayah Abu (2007)
menyatakan bahawa guru perlu tegas apabila ada pelajar yang tidak menunjukkan minat
belajar dan mengikuti sesi pembelajaran sambil lewa. Guru juga perlu tegas dalam
menyampaikan arahan dan undang-undang di dalam kelas kerana ia mempengaruhi
tingkahlaku pelajar semasa di dalam kelas bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini
daripada berlaku seperti kemalangan.
Terdapat pelbagai lagi faktor yang mendorong kepada kelemahan pengawalan kelas
oleh guru ini seperti yang telah dinyatakan oleh Eileen (2000) dalam kajiannya tentang
kawalan kelas, selalunya sistem kawalan kelas yang lemah menjadi punca utama
kebanyakkan proses P&P tidak dapat dijalankan dengan baik. Keadaan ini timbul
disebabkan oleh beberapa perkara seperti, kurangnya minat murid terhadap proses P&P
serta kaedah tradisional dalam proses P&P masih digunakan. Tambahan pula, kurangnya
rasa hormat kepada guru serta hilang rasa tanggungjawab sebagai seorang murid juga
menyebabkan mereka sering tidak mengendahkan tugasan dan arahan yang diberikan oleh
guru.
Kesimpulannya, pengawalan kelas yang lemah akan mecacatkan perjalanan proses pengajaran dan
pembelajaran ini. Bagi mengatasi masalah ini, saya berpendapat guru perlu banyak melakukan
pergerakan dan pemantauan di keseluruhan kelas supaya pelajar akan sentiasa peka terhadap
arahan yang disampaikan oleh guru. Sambil melakukan pemantauan, arahan-arahan perlu
diperjelaskan lagi mengikut tahap pelajar supaya lebih difahami dan mudah di ikut. Setiap arahan
perlu diperincikan supaya tidak wujud kekeliruan ataupun salah konsep di kalangan pelajar. Saya
percaya, sekiranya pelajar tahu akan tugas masing-masing dan guru sentiasa beri perhatian kepada
setiap murid, maka pengawalan kelas akan menjadi lebih mudah dan berkesan.

1.2 Keburukan

1. Kawalan Kelas
Murid aktif ketika pengajaran dan pembelajaran terutamanya semasa aktiviti
perbincangan dalam kumpulan.
Keadaan
murid-murid
yang
bising
menyebabkan kawalan kelas sukar ditangani. Soalan perbincangan yang diajukan
secara terbuka kepada kelas juga menyebabkan murid-murid yang mempunyai
tahap pengetahuan yang baik bersaing untuk menjawab dengan lebih cepat.
Keadaan ini menyebabkan murid-murid berpengetahuan sederhana dan lemah
ketinggalan dalam memberikan jawapan. Memberikan alat atau bahan bantu
mengajar dan mengedar lembaran kerja kepada setiap kumpulan juga menimbulkan
suasana yang kecoh kerana murid-murid sangat aktif dan bersemangat dalam
aktiviti pembelajaran mereka.
2.
Kawalan masa.
Dari segi kawalan masa pula amat terhad ketika aktiviti ekperimen dan perbincangan
kumpulan dijalankan. Murid di dapati tidak dapat menepati masa yang telah di
peruntukkan oleh guru untuk menyelesaikan eksperimen dan juga aktiviti
perbincangan. Ini berlaku kerana murid-murid terlalu mementingkan kekemasan
dalam menulis laporan dan terlalu berhati-hati menilai hasil perbincangan mereka
sebelum merekod dalam hasil laporan perbincangan kumpulan.
Setelah mengenalpasti kelemahan dalam pengajaran, guru dapat membuat
penilaian dan keputusan berkenaan cara-cara untuk memperbaiki pengajarannya. Di
antara cara memperbaiki P&P guru ialah :1.
Kaedah mengajar
Dari segi kaedah mengajar guru telah menyediakan kad tugasan sebagai panduan
murid menjalankan aktiviti supaya arahan dan penerangan lebih jelas serta
berkesan. Kad tugasan diberikan kepada semua ketua kumpulan murid dan
meminta setiap ketua kumpulan membacakan arahan dalam kad tugasan di dalam
kumpulan masing-masing. Setiap murid dalam kumpulan masing-masing akan
diberikan peranan masing-masing mengikut tahap pengetahuan mereka dengan
memberikan nama murid sebagai A,B,C,D,E dan F. Kumpulan belajar murid juga
dipelbagaikan iaitu murid yang tahap pengetahuan yang baik belajar bersama muridmurid yang sederhana dan lemah dalam satu kumpulan yang sama.
2.

Masa

Guru menetapkan masa untuk setiap aktiviti yang melibatkan perbincangan atau
pembentangan. Ini adalah supaya pengurusan masa yang terhad dapat diatasi
dengan baik. Murid-murid juga akan sentiasa diingatkan tentang perjalanan masa
perbincangan setiap 5 minit. Ini akan mengelakkan murid-murid membazir masa
kepada perbincangan yang lebih panjang dan dapat menyiapkan rekod hasil
perbincangan mereka mengikut masa yang ditetapkan. Guru juga akan menetapkan
murid-murid membentangkan hasil perbincangan mereka secara bergilir-gilir

mengikut nama murid A,B,C,D,E hingga F. Tindakan ini bagi menggalakkan setiap
murid aktif memainkan peranan masing-masing dalam kumpulan.
Kesimpulannya, dengan adanya kemahiran membuat refleksi dapat
membantu guru belajar secara optimum daripada kesilapan dan pengalaman lepas.
Oleh sebab itu, refleksi juga dikatakan dapat membantu pembelajaran sepanjang
hayat dan perkembangan peribadi serta profesion yang positif .
1. KEKUATAN
Kelebihan dan kekuatan yang dapat dikesan dalam menjalankan tugasan pengajaran mikro
ialah ketegasan dan kelantangan suara. Suara yang lantang akan memudahkan murid
mendengar seterusnya membantu pemahaman murid terhadap apa yang disampaikan oleh
guru. Selain itu, kelantangan suara juga menunjukkan ketegasan dalam menyampaikan
sesuatu. Hal ini akan memberi kesan kepada tumpuan dan fokus murid. Murid akan lebih
tertumpu kepada penyampaian isi pelajaran tanpa menghiraukan gangguan-gangguan lain.
Ketegasan dalam menyampaikan pelajaran juga akan membuatkan murid lebih hormat
kepada guru.
Kejelasan memberikan arahan juga merupakan kekuatan yang dikenalpasti dalam
penyampaian pelajaran. Kejelasan penyampaian memainkan peranan dalam kefahaman
murid. Hal ini sangat berkaitan dengan tindakan susulan murid. Arahan yang diberi jelas,
memudahkan murid faham, seterusnya melakukan tugas mengikut arahan dan panduan yang
diberikan. Tindakan susulan oleh murid yang tepat menunjukkan kefahaman murid terhadap
penyampaian guru berkenaan isi pelajaran.
2. KELEMAHAN
Kelemahan dan kekurangan yang dikenalpasti dalam pelaksanaan tugasan pengajaran mikro
ialah ketepatan mengikut masa yang ditetapkan. Ketepatan masa penting bagi memastikan
proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik dan lancar. Berdasarkan
perbandingan rakaman, didapati masa yang digunakan untuk menjalankan sesuatu langkah
pengajaran tidak seiring. Hal ini disebabkan terdapatnya gangguan-gangguan dan hal-hal lain
yang menyebabkan masa yang lebih diambil untuk melakukan sesuatu langkah.
Bagaimanapun, masa keseluruhan pengajaran tidak terlalu terjejas.
Kelemahan dan kekurangan seterusnya ialah masalah dalam pemantauan kelas. Guru
didapati hanya berada di hadapan kelas sahaja tanpa memantau aktiviti murid di setiap
penjuru kelas. Guru seharusnya berjalan dan memantau setiap aktiviti murid. Melalui cara itu,
guru dapat mengawal keadaan dan suasana kelas dengan lebih baik. Selain itu, guru dapat
membantu murid dengan lebih dekat

Anda mungkin juga menyukai