Anda di halaman 1dari 5

Another day

Without your smile


Another day just passes by
But now I know
How much it means
For you to stay
Right here with me
Serta merta air mata jernih mengalir di pipi Maira saat lagu I Want To Grow Old With
You bermain di telefon bimbit. Lagu itu dimainkan tepat pada masanya. Tepat pada ketika dia
merindukan teman baiknya, Amir.
Amir, i really need you here right now suara hati Maira seakan kedengaran bergema
dalam jasad yang kaku itu. Maira kembali mencapai telefon bimbitnya, merenung nama Amir di
paparan skrin kenalan miliknya.
Tiba-tiba telefon itu berdering. Nama Amir naik di skrin. Maira jadi kaget. Segera ditekan
butang bagi mematikan panggilan. Maira merasa belum bersedia untuk bercakap dengan Amir
sekarang. Tidak lama kemudian, bertalu-talu mesej masuk di aplikasi Whatsapp Maira.
Semuanya dari Amir.
Maira are you okay?
Maira asal kau tak jawab kol aku?
Maira aku risaukan kau
Beb, please pick up my call
Maira sekadar membiarkan bluetick menghiasi perbualan dari Amir. Kata orang, bluetick
tu sememangnya satu penyeksaan yang hebat. Silence kill right? Telefon Maira kembali
berdering. Ego Maira lebih kuat berbanding deringan telefonnya. Dia membiarkan deringan itu
mati sendiri. Peristiwa petang tadi benar-benar menyakitkan bagi Maira.
========================================================================
Awak dengan Maira ada apa-apa hubungan ke? tanya Keisha, rakan sekelas Maira
dan Amir.
Nothing special. We're just friends. Tahu je la, kami kawan dari kecik jawab Amir
selamba, tanpa menyedari sebenarnya soalan Keisha itu sengaja dilontarkan untuk menyakiti
hati Maira yang sedang berada tidak jauh dari mereka ketika itu. Keisha yakin Amir tidak
menyedari kehadiran Maira.
If that so, boleh la I jadi girlfriend you kan? Keisha menambah dengan nada
berseloroh.

Haha sure Keisha. I'm single jawapan Amir yang bersahaja membuatkan Keisha
merasa rancangannya sudah berjaya.
Sebaik saja mendengar jawapan dari Amir, Maira sengaja membentak buku rujukan
tebal di meja perpustakan lalu berlalu keluar dengan laju. Amir terkejut apabila dia mendapati
Maira mendengar semua perbualan antara dia dan Keisha.
Ooppss I think she heard you, and she's mad Amir Keisha seakan sinis dan gembira
dengan apa yang dilihatnya. Keisha memang sudah lama membenci Maira. Gadis kampung
yang miskin tapi punya segalanya. Kawan baik yang handsome, cantik, sopan, bijak. Pendek
kata, dia gadis idaman ramai lelaki di kampus. Tapi tiada seorang pun yang dilayan.
Kemarahan Keisha pada Maira bertambah gila pensyarah, dan ibu bapa Keisha
membandingkan Keisha dengan Maira. Itu yang membuatkan Keisha merancang untuk
merosakkan hidup Maira, sekurang-kurangnya buat Maira merana.
========================================================================
Maira mendongak ke langit malam yang indah. Langit hitam dari atas bangunan Fakulti
Teknik Geologi itu memang cantik dengan dihiasi bintang yang banyak. Lamunan Maira terhenti
bila telefonnya kembali berdering. Maira memandang sepi telefon di sisinya dan kembali
mendongak ke langit. Ya, panggilan dari Amir lagi.
Aku dah agak kau ada dekat sini, sampai hati tak angkat call aku, tak jawab mesej aku
sapa Amir. Namun sapaan itu tidak sedikit pun memeranjatkan Maira. Sepertinya dia sudah
menjangkakan kehadiran Amir ke tempat persembunyian mereka. Sapaan tadi turut tidak
disahut Maira. Amir mula kelihatan tak senang duduk.
Wait. Kau marah aku ke? Pasal apa yang aku sembang dengan Keisha? Seriously beb,
minah tu melawak je kot dengan aku, aku layankan je Amir cuba membaiki suasana.
Maira mula mengalihkan pandangannya ke telefon bimbitnya. Di periksa dan dibalas
setiap satu mesej yang ada kecuali sapaan dan soalan dari Amir.
Weii Maira, jangan bagi aku silent treatment macam ni. Scary weh sambung Amir
setelah beberapa ketika.
Tokwan tengah nazak ringkas balasan Maira kali ini. Namun cukup untuk memukul
dan menyedarkan Amir bahawa temannya ini sedang dalam kedukaan yang besar.
Innalillahi wainna ilahirajiun. I'm sorry to hear that. Kau nak balik? Aku drive kan kau
balik malam ni jugak. Jom, pack barang Amir bingkas bangun dan mengisyaratkan Maira untuk
mengikutinya. Tapi Maira tetap di tempat duduknya. Tidak berganjak.

Kau lupa? Kita dekat Indonesia sekarang Amir. Kau nak rentas selat Melaka tu dengan
kereta ke? nada suara Maira seakan tenang tapi pastinya dia sudah lama memikirkan masalah
itu dari tadi. Amir menggumam.
Lets book our ticket. Kau pergi siapkan barang semua, kita balik secepat mungkin.
Kata Amir. Duit bukan masalah yang besar baginya dan dia tahu duit adalah perkara yang
paling merunsingkan bagi Maira.
Dont worry, aku belikan tiket kau ok? Just go to your room and pack your bags segera
Amir membuka telefon bimbitnya dan membuat tempahan penerbangan untuk pulang ke
Malaysia. Amir tahu betapa rapatnya hubungan Maira dan datuknya yang dipanggil Tokwan itu.
Berita ini pasti sangat menyakitkan buat Maira.
Aku dah book and check-in flight kita. Our flight tonight at 10.30pm. Cepat siap, aku
tunggu dekat luar rumah sewa kau.
Mesej itu segera dikirim kepada Maira. Sebaik saja mesej dibaca, Amir terus bergerak
ke rumah sewa Maira yang berdekatan dengan fakulti. Mujur saja fakulti kami berdekatan
dengan bandara. Kalau jauh, memang tak sempat la nak mengejar penerbangan terakhir hari
ini.
Sepanjang perjalanan ke lapangan terbang, Maira banyak membisu, Amir lebih banyak
bercakap. Cuba menenangkan Maira semampunya.
Kau kena banyak sabar ok Maira, kau kena redha. Banyakkan selawat, banyakkan
istighfar. Sedekahkan Al-Fatihah banyak-banyak pada Tokwan. Allah akan jaga Dia lebih baik
dari kita menjaganya. Everything will be fine. Panjang lebar Amir mengatur ayat, namun Maira
hanya melepaskan pandangannya ke luar kereta yang dipandu Amir.
Were here. Jom! sebaik saja kereta di parkir, gerak Amir dan Maira laju menuju
kaunter pendaftaran masuk.
Amir, kau tak bawa balik apa-apa?soalan pertama yang terpacul dari mulut Maira
dalam kekalutan itu mematikan langkah Amir.
Kau nak aku angkut satu almari ke? Balik kejap je kan? hati Amir mengomel sambil
kepalanya mengangguk menjawab persoalan Maira. Sebaik saja mereka berdua masuk ke
balai menunggu, nombor pesawat mereka dipanggil untuk para penumpang menaiki pesawat.
Amir segera menarik beg yang dibawa Maira agar mereka segera ke ruang pintu masuk
pesawat. Maira sedikit kaget bila mendapati mereka bakal menaiki penerbangan kelas bisnes.
Langkahnya terhenti saat melihat tiket penerbangan itu.
Amir! Mahal ni! suara Maira sedikit tinggi.

Do we really have time for that? Dah, jom masuk! Amir mengambil tiket Maira dari
pramugari yang memeriksa tiket mereka tadi. Terus bergerak masuk dan duduk di tempat duduk
mereka. Maira terus memilih untuk diam.
Beb, kau jangan fikir sangat ok? Aku minta maaf, ni je yang kosong, Ill do anything to
get you home. Nanti bila kita sampai KL, pemandu aku dah get ready untuk hantar kita terus
balik kampung kau. Everything are arranged. InsyaAllah kita akan sempat balik jumpa Tokwan
Amir menjelaskan segalanya supaya Maira tidak lagi mendiamkan diri dengannya.
Thank you Amir. Thank you so much. Dah banyak aku terhutang budi dengan kau.
Maira mula membuka bicara setelah lama membisu. Amir hanya mengangguk sambil
tangannya sibuk membetulkan kedudukan dan memakai tali pinggang keselamatan.
Perjalanan pulang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Indonesia ke Lapangan
Terbang Kuala Lumpur hanya mengambil masa dua jam. Namun itulah dua jam yang paling
panjang dalam hidup Maira. Sepanjang dalam penerbangan, otaknya ligat berbicara dengan
Allah. Cuba mencari ketenangan, cuba mencari titik redha.
Ya Allah, izinkan aku untuk pulang bertemu dia. Jangan Kau seksa dia Ya Allah. Jangan
Kau sakiti dia Ya Allah. Bantu aku untuk jaga dia Ya Allah hati Maira berterusan membisik kata
buat Allah. Dia tenang begitu. Amir disisinya sedang khusyuk mengalunkan bacaan Al-Quran.
Sedikit sebanyak alunan merdu dari teman baiknya itu membuatkan Maira beransur tenang.
Amir, aku belum solat Isyak lagi. Nanti kita solat dulu boleh? Maira memulakan
bicaranya bila Amir selesai membaca lembaran Al-Qurannya.
Ok. On the way kita balik Kedah, kita berhenti dekat Rawang, solat and makan sekali
dekat sana. Kau tak makan apa-apa lagi kan? Amir menjawab seakan memahami temannya
itu. Dia tahu, Maira bila serabut, makan pun dia takkan ingat tapi lepas tu badan merana.
Setibanya mereka di balai ketibaan, pemandu serta pengiring Amir telah sedia menanti
Amir dan Maira untuk segera bergerak ke Kedah. Begitulah lazimnya Amir bila tiba di Malaysia.
Kerabat Diraja Selangor yang dihormati dan sangat merendah diri. Maira berasa sangat
beruntung bertemu dengan seorang teman seperti Amir, seorang yang sentiasa ada ketika dia
memerlukan, sangat memahaminya, tidak pernah membandingkan Maira dengan kekayaan
yang dimiliki keluarganya.
Setibanya mereka di Hentian Rehat dan Rawat Rawang, Maira meluru ke ruangan surau
dan terus menunaikan solat Isyak. Setiap geraknya dalam solat diiringi dengan air mata. Namun
dia mencuba mengawal perasaannya agar tidak terganggu khusyuk solatnya. Selesai memberi
salam akhirnya, Maira duduk berteleku di atas sejadahnya.
Ya Allah.. Aku redha. Jika benar sudah tiba masa Tokwan untuk kembali kepada-Mu,
aku redha. Jangan ditangguh walau sesaat, jangan pula dilewat walau sesaat kerana aku tidak

mahu dia lebih terseksa. Cukuplah segala kepahitan yang dia tanggung selama ini, aku redha
Ya Allah. Air mata Maira mengalir laju saat dia berbicara dengan Kekasihnya. Suasana tenang
di surau itu benar-benar menyentuh hati Maira. Usai berkemas, Maira bergerak keluar dari
ruang surau. Maira terlihat kelibat Amir di hadapan surau yang sedang menantikannya.
Kau tunggu aku ke? Maira mula menyapa Amir.
Haah. Kau ok? I just want to make sure that youre fine. Balas Amir.
Yeah sure. Jom makan. Mesti Pak Hamid dengan Abang Joe dah tunggu kita Sambut
Maira sambil mengikut langkah Amir menuju ke deretan kedai makan di hentian rehat dan rawat
itu. Sedang mereka berempat makan, tiba-tiba telefon Maira berbunyi.
Maira, Tokwan dah takdak. Baru ja. Balik la pelan-pelan. InsyaAllah sempat sampai
nanti suara di hujung talian itu seakan serak-serak basah menahan kesedihan. Maira yang
sedang mengunyah makanan, terus menelan dan menjawab ringkas bagi menamatkan
perbualan telefon itu.
Amir, Pak Hamid, Abang Joe, Tokwan Maira dah meninggal tadi Maira kembali tunduk
dan menghabiskan makanannya. Amir, Pak Hamid dan Abang Joe terkedu. Masing-masing
beristighfar dan mengucapkan doa buat Arwah Tokwan Maira. Amir melihat Maira yang semakin
tunduk dan mencuba menghabiskan makanan di dalam pinggannya. Tiba di suapan terakhir,
makanan itu tersembur keluar kerana Maira sudah tidak mampu menahan kesedihan lagi. Amir
menghulurkan tisu kepada Maira.
Sebaik saja mengambil tisu dari Amir, Maira mengangkat mukanya. Air mata mengalir
deras dari pipi gadis berusia 24 tahun itu. Matanya memandang tepat ke mata Amir. Cuba
menyampaikan rasa dihatinya. Amir yang seakan faham, mengangguk dan meminta Maira
untuk menghabiskan airnya supaya mereka dapat bergerak pulang ke Kedah.
Malam itu Maira membisu lagi. Pandangannya dilempar keluar tingkap kereta yang
sedang dipandu Pak Hamid. Pelbagai kenangan Maira dan Tokwan bagai diulang tayang
sepanjang perjalanan itu. Sesekali Amir terdengar sedu sedan Maira. Namun tiada apa yang
bisa dia lakukan selain mendoakan temannya itu. Amir tahu betapa rapat hubungan Maira dan
datuknya itu. Sejak kecil, meskipun masih mempunyai kedua ibu bapa, Maira sering bersama
datuknya kemana saja dia pergi.
========================================================================
Pemergian datuk yang sering dipanggil Tok Wan benar-benar memberi kesan kepada
Maira. Kini setelah seminggu pemergian Tok Wan, Maira dan Amir pulang ke Indonesia.

Anda mungkin juga menyukai