Anda di halaman 1dari 21

Nor malisah binti razali

37787
Universiti Malaysia Sarawak
Program : khidmat social (wa23), fakulti sains sosial
2014/2015
Bab 1-3

CABARAN KEHIDUPAN YANG DIHADAPI OLEH ORANG KURANG UPAYA.


1.0.

Pendahuluan.
Bab ini saya akan menerangkan mengenai permasalahan kajian, persoalan kajian,
objektif kajian, kepentingan kajian, fokus kajian, had dan keterbatasan kajian serta

kesimpulan keseluruhan kajian.


1.1 Penyataan permasalahan.
Kajian ini dilakukan juga di sebabkan beberapa faktor. Antaranya adalah terdapat
pelbagai masalah dan isu yang timbul pada zaman modenisasi ini terutama yang
melibatkan golongan kurang upaya. Masalah tersebut tidak kira sama ada dari segi hak
mereka, pendidikan, ekonomi, kebajikan, sosial dan lain-lain. Justeru itu, saya ingin
menjalankan kajian mengenai cabaran kehidupan yang dihadapi oleh golongan kurang
upaya. Hal ini kerana dengan pelbagai masalah yang ada bagaimana mereka dapat
menyesuaikan diri mereka dalam menghadapi kesukaran yang sedia ada untuk
meneruskan kehidupan. Setiap orang di dunia ini menginginkan kesempurnaan dalam
hidupnya dan tiada seorang pun didunia ini menginginkan kelemahan atau kekurangan
dalam dirinya sama ada dari segi fizikal atau mental.
Kekurangan keupayaan itu melibatkan dua aspek iaitu fizikal dan mental. Fizikal
disini bermaksud dari segi kesihatan anggota badan manakala dari sudut mental pula dari
segi emosi ,perasaan atau melibatkan bahagian dalaman anggota badan. Setiap ketentuan
yang ditetapkan oleh yang maha kuasa haruslah kita menerimanya dengan redha dan
ikhlas. Setiap kelahiran seseorang insan yang bernama manusia di muka bumi sudah
dirancang dan ditetapkan oleh yang maha berkuasa. Setiap kejadian pasti mempunyai
hikmah di sebaliknya dan pasti mempunyai faktor berlakunya sesuatu kejadian. Setiap
perkara baik yang berlaku kita sebagai manusia harus bersyukur dan setiap kelemahan
2

yang berlaku juga kita harus bersyukur , sabar dan tabah menghadapinya agar mendapat
petunjuk disebaliknya.
Pada zaman era globalisasi ini orang kurang upaya kurang diberi perhatian dalam
masyarakat mahupun dalam keluarga sendiri atau nama lainnya adalah pengabaian. Hal
ini dapat kita lihat dalam majalah atau surat khabar serta di kaca televisyen anak-anak
kurang upaya di abaikan dan kebajikan mereka tidak dijaga dan dipelihara dengan baik.
Perkara ini berlaku disebabkan beberapa faktor mereka diperlakukan sedemikian
antaranya adalah membebankan, memalukan dan lain-lain. Disebalik faktor ini pasti
mempunyai sebab mengapa mereka ini diperlakukan sedemikian. Contoh yang dapat saya
kaitkan dalam perkara ini adalah dengan kes yang berlaku terhadap adik Muhammad
Firdaus Dullah yang telah diabaikan atau ditinggalkan oleh ibunya dalam sebuah rumah
dan ditinggalkan dalam keadaan yang sungguh daif. Adik ini ditemui dalam keadaan
kurus kering, kotor dan berbau dalam sebuah bilik rumah pangsa. Kes ini telah
menyebabkan beberapa isu yang timbul antaranya adalah peranan ibu yang tidak
bertanggungjawab atau pihak Kebajikan Masyarakat yang tidak bertanggungjawab
terhadap isu ini ( Yusri,2014).
Isu seterusnya adalah mengenai hak orang kurang upaya. Hak kurang upaya ini
tidak di titikberatkan pada masa kini. Justeru itu, timbul pelbagai isu atau masalah seperti
pengabaian, penderaan terhadap orang kurang upaya ini kerana golongan ini golongan
yang lemah tidak berdaya untuk melawan atau menyuarakan pendapat. Hanya segelintir
daripadanya tidak boleh bersuara ada antara mereka boleh bersuara seperti mereka yang
hanya mengalami kecacatan anggota badan dan tidak bisu tetapi walaubagaimanapun
mereka tidak mampu untuk melakukan apa-apa. Hak yang menjadi isu terkini bagi orang
3

kurang upaya antaranya adalah dalam penggunaan awam. Suruhanjaya pegangkutan


awam darat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat ada menjelaskan bahawa hak orang
kurang upaya terhadap pengangkutan terutamanya tidak diabaikan. Menurut akta orang
kurang upaya 2008 ada menjelaskan bahawa penambahbaikan terhadap pengangkutan
orang kurang upaya melalui Majlis Penyelarasan Orang Kurang Upaya. Penyelarasan ini
menjelaskan mengenai perkhidmatan orang kurang upaya, analisis serta tindakan yang
akan diambil sekiranya orang kurang upaya ini tidak diberikan perkhidmatan awam yang
sepatutnya. Perkara ini kita dapat lihat misalannya dalam penggunaan teksi bagi golongan
ini. Sekiranya mereka tidak dilayan oleh pemandu teksi untuk memberikan perkhidmatan
sepatutnya pihak pemandu akan dikenakan denda mengikut Akta Pengangkuan Darat
Awam 2010, akta 715 seksyen 22 (3), menegaskan bahawa denda tidak kurang daripada
sebanyak RM 1000 atau tidak lebih RM 500 000, penjara tidak lebih 2 tahun atau keduaduanya sekali ( Dollah, 2012).
Permasalahan seterusnya adalah mengenai masa depan mereka. Masa depan disini
yang saya maksudkan adalah mengenai penjagaan mereka di hari tua kelak sekiranya
tiada waris yang tinggal untuk memelihara mereka ini. Tidak semua golongan ini boleh
hidup sendiri atas usaha sendiri malah ada antaranya mengharap bantuan orang lain
untuk hidup. Contoh yang dapat kita lihat adalah bagi mereka yang mempunyai
kekurangan pada fizikal seperti kaki dan tangan. Isu yang akan timbul dalam soal ini
adalah cara mereka meneruskan kehidupan mereka pada masa akan datang. Disebaliknya
pula, ia berbeza dengan seseorang individu yang menghadapi kekurangan pendengaran
sahaja mereka masih boleh menyara hidup dengan menggunakan fizikal badan mereka
seperti yang terdapat di restoran seperti KFC. KFC merupakan salah satu restoran
4

makanan yang mengambil pekerja kurang upaya sebagai pekerja mereka. Mereka
bertutur menggunkan bahasa isyarat tangan terhadap pelanggan dan kebiasaannya mereka
ditempat di bahagian pembersihan restoran.
Sememangnya zaman kini terdapat banyak pusat-pusat kebajikan disediakan
untuk mereka tetapi pada hakikatnya setiap institusi tersebut tidak dapat menampung
jumlah yang ramai akibat kekurangan modal, tenaga pekerja, kemudahan, makanan,
keperluan harian dan lain-lain. Pusat-pusat kebajikan hanya mampu menampung
sebilangan yang kecil sahaja bukan jumlah yang besar bagi memastikan setiap anggota
mereka mendapat keistimewaan yang sama rata.
1.2. Persoalan kajian.
Persoalan kajian ini adalah :
1. Apakah cabaran kehidupan yang di alami oleh orang kurang upaya?.
2. Bagaimanakah orang kurang upaya berdepan dengan cabaran tersebut?.

1.3. Objektif kajian.


Objektif umum :

Secara umumnya kajian ini ingin menerokai pengalaman yang di lalui oleh golongan
kurang upaya.
Objektif khusus :
Secara khususnya kajian ini adalah untuk :
1. Untuk mengetahui cabaran kehidupan yang di alami oleh orang kurang
upaya.
2. Untuk mengenalpasti mekanisme yang digunakan oleh orang kurang
upaya dalam berhadapan dengan cabaran tersebut.
1.4. Fokus kajian.
Fokus kajian ini adalah mengenai cabaran kehidupan yang dihadapi oleh
golongan kurang upaya dalam menjalani kehidupan seharian dengan serba kekurangan yang
mereka ada terutama dari segi kekurangan fizikal mereka seperti tidak mempunyai daya
kekuatan tangan , kaki, otak dan saraf. Fokus kajian ini juga adalah pada seseorang yang
mengalami kekurangan upaya setelah mengalami sesuatu peristiwa yang menyebabkan
mereka mengalami kehilangan keupayaan untuk tempoh masa yang panjang atau selamalamaya. Latar belakang respondennya pula adalah terhadap dua orang lelaki dan dua orang
perempuan. Selain itu, ia juga menitikbertkan mengenai persepsi masyarakat terhadap
golongan ini sama ada dalam bentuk positif atau negatif.

1.5. Kepentingan kajian.


Kajian ini akan mendedahkan cabaran kehidupan yang di alami oleh orang kurang upaya.
Melalui temu bual yang di jalankan secara langsung akan dapat menyelami perasaaan dan juga
cabaran kehidupan yang di hadapi oleh golongan kurang upaya. Hal ini kerana mereka

merupakan golongan istimewa yang mana setiap daripada mereka mempunyai kelemahan
masing-masing sama ada dari segi fizikal mahupun mental dan bagaimana mereka ini
meneruskan kehidupan mereka dengan kekurangan yang mereka alami.
Kepentingan kedua kajian ini adalah untuk mendedahkan pengetahuan ilmu baru dalam
dunia golongan kurang upaya dan di harap hasil kajian ini dapat dikongsi bersama. Ilmu baru
yang saya maksudkan disini adalah mekanisme yang digunakan oleh golongan kurang upaya ini
dalam berhadapan dengan cabaran-cabaran kehidupan mereka.
Akhir sekali adalah kajian ini juga dapat membantu para penyelidik lain yang ingin
membuat kajian tentang orang kurang upaya di masa akan datang. Walaupun sebelum ini
terdapat banyak kajian tentang orang kurang upaya tetapi tidak spesifik kepada cabaran
kehidupan orang kurang upaya seperti kajian ini. Di harap dengan adanya kajian ini akan dapat
membantu penyelidik seterusnya menjalankan kajian dengan lebih berkesan. Segala bentuk
kelemahan dan kelebihan daripada kajian ini akan dapat membantu penyelidik lain memperbaiki
mutu penyelidikan mereka.

1.6. Had dan keterbatasan kajian.


Had dan keterbatasan kajian saya yang pertama adalah pencarian responden yang
sesuai dengan kajian yang hendak dijalankan. Kajian yang akan saya jalankan
memerlukan lapan orang responden. Empat orang mengalami kecacatan sejak lahir iaitu
7

dua orang lelaki dan dua orang perempuan dan juga begitu disebaliknya terhadap
responden yang mengalami kekurangan upaya setelah kelahiran juga begitu iaitu
sebanyak dua orang lelaki dan dua orang perempuan. Pencarian responden ini juga akan
mengambil masa agak panjang untuk mencari dan menemu bual mereka bagi memenuhi
ciri-ciri kajian saya.
Had dan keterbatasan utama dalam kajian saya adalah dalam soal komunikasi
yang berkesan. Komunikasi yang berkesan dalam menjalankan kajian ini adalah sangat
penting. Hal ini kerana dalam kajian saya ini akan melibatkan responden yang mengalami
kecacatan fizikal sejak lahir dan juga setelah kelahiran. Kecacatan fizikal sejak lahir ini
bermaksud sejak dalam kandungan lagi atau sejak kelahiran lagi sudah disahkan
kekurangan upayanya. Manakala setelah kelahiran bermaksud mereka yang mengalami
kecacatan fizikal akibat daripada kemalangan atau penyakit. Golongan ini mungkin
memahami persoalan pengkaji tetapi kebarangkalian pengkaji untuk memahami
responden tersebut agak sukar. Hal ini kerana kemungkinan cara mereka bercakap
mungkin tidak sama seperti manusia normal yang lain. Justeru itu, untuk memudahkan
pengkaji dalam menjalankan kajian terhadap responden ini pihak penjaga responden
tersebut perlu bersama-sama dengan pengkaji ketika sesi temuramah dijalankan.

Selain itu, had dan keterbatasan yang lain adalah masa dan tempat yang sesuai.
Masa yang sesuai dalam membuat analisis terhadap kajian ini amat penting bagi pengkaji
mencapai sasaran dalam menyiapkan tesis ini. Pengkaji perlulah menitikberatkan masa
yang sesuai oleh responden ketika hendak dianalisis iaitu menemu bual mereka dan

bertanyakan kepada responden. Selain itu, pengkaji perlulah bertanyakan kepada


penjaganya mengenai masa yang sesuai agar responden berasa selesa ketika ditemubual
disamping bersama dengan orang yang dikenalinya. Masa tersebut hendaklah ketika
responden dalam keadaan tenang dan selesa serta emosi dalam keadaan yang stabil.
Sekiranya emosi tidak stabil seperti responden dalam keadaan marah ia akan
mengganggu hasil kajian tersebut kelak. Tempat juga memainkan peranan penting ketika
kajian ini dijalankan kerana ditempat yang tenang akan membolehkan responden
memberi fokus terhadap setiap persoalan yang akan diajukan dan menjawab dengan
tenang tanpa sebarang gangguan.
1.2 Kesimpulan
Keseluruhan bab ini membincangkan secara mendalam mengenai permasalahan
kajian, persoalan kajian, objektif kajian, kepentingan kajian , fokus kajian, had dan
keterbatasan kajian. Setiap bahagian ini mengandungi aspek yang penting yang boleh
dijadikan panduan dalam membuat penyelidikan. Hal ini kerana setiap penyelidikan yang
hendak dijalankan mesti mengetahui perkara yang hendak dikaji.

2.0 Pendahuluan.
Bab ini akan menjelaskan dengan lebih terperinci mengenai kajian saya ini melalui
kajian-kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji sebelum ini. Melalui kajian lepas ini dapat
9

memperkukuhkan lagi kajian saya. Selain itu, kajian ini akan menambaik lagi kajian-kajian yang
sedia ada.
2.1 Kajian lepas.
Orang kurang upaya dalam kajian saya ini saya definisikan sebagai seseorang yang tidak
berupaya menentukan sendiri bagi memperoleh sepenuh atau sebahagian daripada keperluan
biasa seseorang individu dan tidak dapat hidup bermasyarakat sepenunya disebabkan sesuatu
kekurangan semasa sama ada dari segi fizikal atau mental sama ada ia berlaku sejak kelahiran
atau kemudian dari itu. Kategori bagi golongan kurang upaya pula di bahagikan kepada beberapa
bahagian antaranya adalah penglihatan, pendengaran, pembelajaran,fizikal dan lain-lain.
Manakala cabaran kehidupan dalam kajian saya ini pula bermakna dengan kekurangan
keupayaan yang mereka ada sama ada dari segi fizikal, emosi ataupun mental bagaimanakah
mereka mengharungi kehidupan ini dengan sempurna sama seperti orang lain. Misalannya yang
dapat saya kaitkan disini adalah sekiranya seseorang itu mengalami masalah pendengaran
bagaimanakah mereka mereka berkomunikasi dengan kehidupan di luar sana.
Jabatan kebajikan massyarakat telah membahagikan kategori golongan kurang upaya
kepada tujuh bahagian iaitu pendengaran, penglihatan, fizikal, pembelajaran, pertuturan,mental,
dan pelbagai. Kekurangan keupayaan pendengaran bermaksud individu yang tidak dapat
mendengar dengan jelas di kedua-dua belah telinganya tanpa menggunakan alat bantuan
pendengaran atau tidak dapat mendengar langsung walaupun dengan menggunakan alat bantuan
pendengaran sekalipun. Kekurangan keupayaan penglihatan pula bermaksud mana-mana
individu yang tidak dapat melihat sama ada sebelah mata atau kedua-dua belah mata walaupun
dengan menggunakan alat bantu penglihatan seperti cermin mata. Kurang upaya fizikal pula

10

bermaksud ketidakupayaan anggota badan sama ada kehilangan fungsi badan atau tidak
mempunyai satu anggota di mana-mana bahagian anggota badan termasuklah keadaan anggota
yang tidak sempurna yang mana boleh menjejaskan keupayaannya. Golongan ini antaranya
adalah seperti kudung tangan atau kaki mahupun keduanya sekali. Manakala yang tidak
menjejaskan fungsi seperti kudung satu jari, mempunyai 6 jari atau kurang sempurna cuping
telinga tidak dikategorikan sebagai kurang upaya fizikal (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam,
2015).
Selain itu, adalah masalah pembelajaran. Masalah pembelajaran disini bermaksud
seseorang mengalami masalah kecerdasan otak yang tidak selaras dengan usia biologikalnya.
Mereka yang tergolong dalam kategori ini ialah lembam, down syndrome, kurang
upaya intelektual, autisme, Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD), masalah
pembelajaran spesifik (dyslexia, dyscalculia, dygraphia) dan lewat perkembangan global (global
development delay). Kurang upaya dari segi pertuturan pula adalah hanya bermasalah alam
pertuturan tetapi masih boleh mendengar lagi. Kekurangan keupayaan mental adalah seseorang
yang menghadapi penyakit mental yang teruk yang telah menjalani rawatan atau telah diberi
diagnosis selama sekurang-kurangnya 2 tahun oleh Pakar Psikiatri. Akibat daripada penyakit
yang dialami, mereka masih tidak berupaya untuk berfungsi sama ada sebahagian atau
sepenuhnya dalam hal berkaitan dirinya atau perhubungan dalam masyarakat walaupun setelah
menjalani rawatan psikiatri. Antara jenis-jenis penyakit mental tersebut adalah Skizofrenia, Mood
Disorder dan Organic Mental Disorder yang serius dan kronik (Suruhanjaya Perkhidmatan
Awam, 2015).
Menurut WHO (World Health Organization) menyatakan bahawa sebanyak satu hingga
tiga peratus penduduk sesebuah Negara terdiri daripada golongan kurang upaya (OKU). Hal ini
11

bermakna sekiranya Malaysia mempunyai 25 juta penududuk 250 000 daripadanya adalah terdiri
daripada golongan kurang upaya. Walaubagaimana pun jumlah yang mendaftarkan diri sebagai
golongan kurang upaya yang disasarkan oleh WHO jauh berbeza dalam Jabatan Kebajikan
Masyarakat (JKM). Perkara ini berlaku disebabkan oleh kebanyakan ibu bapa idak mendaftarkan
anak mereka di JKM. Bilangan OKU yang paling tinggi di daftarkan adalah masalah
pembelajaran iaitu sebanyak 126 000 orang, kemudian diikuti dengan fizikal sebanyak 115 000
orang. Ketiga adalah masalah pendengaran iaitu sebanyak 4015 orang , penglihatan pula
sebanyak 28 732 orang dan lain-lain (Utusan online, 2011).
Malaysia mengalami peningkatan kesedaran terhadap isu golongan kurang upaya. Namun
begitu, kita kekurangan statistik mengenainya terutama golongan orang-orang kurang upaya
intelek (Tan, 2006). Oleh itu, masih terdapat golongan kurang upaya tidak mendapat hak yang
sama rata dengan golongan yang lain terutamanya dalam masyarakat seperti dalam peluang
mendapat pekerjaan. Terdapat tiga cabaran dalam menarik minat OKU dalam pekerjaan iaitu
yang pertama adalah bagaimana hendak meyediakan persekitaran tempat kerja yang kondusif,
dan bagaimana hubungan interpersonal di antara pihak majikan dengan pekerja OKU pula
menghadapi pelbagai halangan. Bagi OKU yang cuba menempatkan diri dalam pasaran buruh
diskriminasi dan eksploitasi merupakan dua cabaran utama yang dihadapi oleh pekerja OKU
dalam organisasi (Ta & Leng, 2013). Pelbagai isu OKU ini mencambahkan minat pengkaji di
seluruh dunia bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik (Ta & Leng, 2013).
Orang kurang upaya dapat dibahagikan kepada beberapa kategori, iaitu orang kurang
upaya fizikal dimana ia merujuk kepada kehilangan ataupun kelumpuhan salah satu daripada
anggota badan seperti kaki ataupun tangan dan mungkin juga meliputi kelumpuhan seluruh
badan. Orang kurang upaya penglihatan pula merujuk kepada Hewett dan Forness (1974) telah
12

menerangkan definisi awal berkaitan kurang upaya penglihatan yang digunakan di Amerika
Syarikat pada tahun 1961 iaitu seseorang dikatakan mengalami kecacatan penglihatan yang
sepenuhnya apabila penglihatannya adalah 20/200 ataupun kurang. Kecacatan penglihatan tidak
sepenuhnya berlaku apabila seseorang itu berkebolehan melihat antara 20/200 atau 20/70 untuk
menguji tahap penglihatan seseorang. Konsep jangkaan melihat kebanyakan individu tidak akan
melakukan atau meneruskan sesuatu tugasan apabila mereka menjangkakan bahawa mereka akan
gagal. Mereka mungkin berminat dan menilai tinggi sesuatu tugasan, tetapi apabila mereka gagal
berulang-ulang kali, maka mereka tidak akan terlibat dalam tugasan itu lagi.
Menurut Marina pada 2006 menyatakan bahawa orang kurang upaya dibahagikan kepada
tiga bahagian iaitu orang yang tidak memiliki keupayaan mental yang memerlukan perhatian
yang khas. Mereka ini dikenali sebagai golongan cacat mental dan kecederaan otak. Kedua
adalah orang yang tidak memiliki kestabilan emosi yang memerlukan perhatian khas. Golongan
ini termasuklah golongan yang sakit mental dan emosi. Akhir sekali adalah orang yang tiada
keupayaan fizikal yang memerlukan perhatian khas. Mereka ini terdiri daripada mereka yang
buta atau pandangan terhalang serta kesukaran mendengar dan apa-apa jua kecacatan fizikal.

Dalam sektor pelancongan Jerman, orang buta diberi peluang untuk melawat tempattempat yang bersejarah dengan mengadakan kemudahan pemandu pelancong dan sesetengah
dinding disediakan dengan tulisan Braille. Keselamatan golongan istimewa juga dijamin. Dalam
bidang sukan pula, kemudahan sukan seperti kolam renang, gelanggang khas badminton dan
tennis disediakan untuk OKU. Atlit OKU dilahirkan untuk mewakili negeri dalam kejohanan
yang dianjurkan pada musim panas. Dalam alam pekerjaan pula, golongan kurang upaya
13

mempunyai peluang yang tinggi untuk mendapat tawaran pekerjaan sektor awam berbanding
orang yang normal (Schongau, 2007).

Metod kajian.
3.0 Pendahuluan.
Bahagian metod kajian ini akan membincangkan bagaimana analisis saya dijalankan.
Kaedah yang sesuai perlu di tetapkan sebelum saya menjalankan kajian untuk mendapatkan hasil
14

yang sempurna. Justeru itu, dalam kajian ini saya akan menggunakan kaedah kualitatif adalah
yang lebih sesuai. Seliain itu, saya akan menekankan ciri-ciri responden kajian saya dan juga
proses kerja lapangan dan bagaimana pengumpulan data di lakukan.
3.1 Proses kerja lapangan.
Proses-proses kerja lapangan yang terlibat dalam kajian saya antaranya adalah sebelum
memulakan kajian saya akan membuat pengamatan. Pengamatan disini bermaksud saya melihat
keadaan sekeliling saya terlebih dahulu sebelum saya menjalankan kajian ini. Faktor yang
mendorong saya melakukan kajian mengenai orang kurang upaya adalah kakak saya sendiri.
Saya mempunyai seorang kakak kurang upaya yang sentiasa ada bersama saya sekiranya beliau
mengalami sebarang masalah. Setiap masalah yang dihadapinya sama ada sakit atau masalah lain
saya adalah orang pertama yang akan menjadi tempat beliau meluahkan segalanya berbanding
dengan ibu bapa. Isu utama yang selalu yang dibicarakan oleh beliau adalah mengenai masa
depannya di hari tua kelak. Faktor lain yang membuatkan saya ingin mengkaji mengenai isu
orang kurang upaya ini adalah ahli saudara saya yang mengalami kecacatan fizikal juga
mengalami masalah yang sama.
Kedua adalah merangka proposal penyelidikan. Setelah saya membuat pengamatan saya
akan merangka proposal penyelidikan untuk memudahkan saya menghubungkan segala
maklumat yang saya dapati dengan lebih mudah difahami. Saya akan mudah merumuskan kajian
saya dan kemudian akan membuat analisis dan hasilnya. Proposal kajian juga berperanan sebagai
panduan untuk saya membuat tesis lengkap mengikut langkah-langkah yang betul dan tepat.
Seterusnya adalah saya akan meminta kebenaran ibu bapa dan juga ahli keluarga
responden untuk menjalankan kajian ini. Sebelum saya menjalankan temubual dengan responden
15

saya akan mencari tempat dan masa yang sesuai untuk menjalankan sesi temubual. Masa yang
sesuai disini bermaksud masa lapang responden dan keluarga untuk membolehkan saya
Lankanankan esi temubul dengan responden kajian saya. Tempat yang sesuai pula adalah
bermaksud tempat yang selesa dan tiada sebarang gangguan yang boleh menyebabkan responden
berasa tidak selesa dalam memberi kerjasama kepada saya. Antara gangguan yang boleh
menyebabkan sesi ini tidak berjalan dengan lancar ialah bunyi bising daripada ahli alam rumah
atau jiran sekeliling.
Langkah terakhir adalah menyimpulkan segala hasil dapatan kajian dalam bentuk
penulisan ilmiah. Setelah selesai ia boleh di jadikan sebagai bahan rujukan kepada kepada
pengkaji akan datang yang ingin membuat kajian yang sama seperti kajian ini. Hasil kajian
hendaklah merangkumi bermulanya daripada proposal kajian sehinggalah hasil data yang
dikumpul perlu di terangkan dengan teliti.Penulisan ilmiah ini juga boleh dijadikan sebagai
bahan tambahan bacaan yang boleh diletakkan di perpustakaan.

3.2. Responden kajian.


Responden kajian in adalah merupakan seseorang yag mengalami kekuragan keupayaan
setelah kelahiran. Hal ini bermakna responden yang dipilih adalah seseorang yang mengalami
kekurangan keupayaan setelah mengalami kemalangan disebabkan penyakit dan lain-lain. setiap
kekurangan keupayaan yang di alami hanya lebih berfokuskan pada kekurangan fizikal yang
boleh berkata-kata berbanding dengan mental kerana bagi memudahkan saya untuk menjalankan
sesi temubual dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami. Bilangan responden yang
16

akan saya gunakan dalam kajian saya adalah sebanyak empat orang. Kajian ini tidak
mengehadkan peringkat umur responden. Bilangan responden yang terlibat dalam kajian ini
adalah sebanyak dua orang yang terdiri daripada dua orang lelaki dan dua orang perempuan.
Melalui hasil temu bual responden ini saya akan dapat mengetahui hasil kajian saya kelak.
3.3 Poses temu bual.
Proses temu bual merupakan proses utama bagi saya untuk menjalankan kajian saya.
Proses temu bual yang di jalankan hendaklah dalam keadaan selesa dan bertetapan dengan masa
yang sesuai. Masa yang sesuai yang saya maksudkan disini adalah masa yang terluang oleh
responden untuk memberikan kerjasama pada saya untuk menjalankan kajian ini. Masa tersebut
hendaklah ketika responden tidak melakukan aktiviti harian seperti sedia kala atau sebarang
aktiviti.
Proses temubual juga menitikberatkan suasana tempat ketika responden hendak di
temubual. Suasana tempat hendaklah selesa dan tidak banyak gangguan. Gangguan yang saya
maksudkan adalah tidak mempunyai ramai orang dan kawasan tersebut hendaklah bersih
kemudian segala proses temu bual boleh di jalankan dengan baik. Persekitaran yang penuh
dengan tumbuhan hijau juga turut mempengaruhi emosi responden untuk memberikan pendapat
atau meluahkan segala maklumat yang dikehendaki oeh pengkaji. Penggunaan bahasa yang baik,
sopan dan mudah difahami amat penting dalam temu bual. Penggunaan Bahasa seperti ini akan
membuatkan responden selesa ketika sesi temu bual sedang dijalankan dan mereka berasa
mereka di hargai oleh seseorang yang ingin mengetahui cerita hidup mereka.
3.4 Etika penyelidikan.

17

Etika penyelidikan amat penting ketika menjalankan sesuatu kajian. Etika yang paling
penting dalam menjalankan sesuatu kajian adalah kerahsiaan. Kerahsiaan disini adalah
bermaksud setiap yang di ceritakan oleh responden tidak boleh didedahkan atau diceitakan
kepada orang lain malah ia perlu dirahsiakan. Perkara utama yang perlu dirahsiakan adalah hal
peribadi responden. Kerahsiaan juga untuk memastikan keselamatan responden terjamin dan
mengelakkan maklumat yang didapati untuk kepentingan diri sendiri. Setiap hasil kajian
hendaklah dirahsiakan. Pengambilan gambar responden untuk dikepilkan dalam kajian juga
adalah dilarang sama sekali. Kajian ini juga bukan bertujuan untuk menilai seseorang individu
tersebut sama ada penilaian itu berbentuk kearah positif atau negatif.
Penggunaan intonasi yang betul dan Bahasa yang sesuai juga memainkan peranan
penting dalam menjalankan suatu penyelidikan. Hal ini kerana bagi memudahkan responden
memahami apa yang cuba disampaikan antara pengkaji dengan responden. Bahasa yang mudah
dan jelas amat penting dalam sesi temu bual kerana ia boleh mempengaruhi analisis data
terutama sekiranya ia melibatkan emosi responden. Setiap soalan ang diajukan kepada responden
seharusnya tidak menyentuh sensitivity perasaan responden yang menyebabkan responden tidak
mahu beri kerjasama dalam temu bual tersebut.
3.5 Metod pengumpulan data.
Metod utama dalam pengumpulan data kajian ini adalah melalui sesi temubual yang
dijalankan terhadap responden. Sesi temubual ini kebarangkalian bukan hanya di lakukan sekali
sahaja tetapi kerap kali dilakukan sekiranya terdapat sebarang penambahan maklumat yang
diperlukan oleh saya. Hal ini kerana untuk mendapatkan data dengan lebih terperinci dan jelas.

18

Pita rakaman merupakan bahan utama yang akan saya gunakan dalam sesi temu bual ini.
Pita rakaman berperanan penting dalam saya membuat analisis dengan mendengar semula
perbualan antara saya dengan responden. Bahan lain yang boleh digunakan dalam kajian ini
adalah dengan hasil catatan saya sendiri. Perkara ini bermaaksud saya tidak hanya berharapkan
pada pita rakaman semata-mata malah saya juga mencatatkan isi-isi penting dalam buku catatan
saya agar saya lebih memahami isi utama hasil sesi temu bual tersebut.
Akhir sekali metod pengumpulan data kajian ini adalah melalui kajian-kajian lepas.
Kajian-kajian lepas ini hendaklah berkait dengan kajian yang saya jalankan iaitu yang
berfokuskan kepada orang kurang upaya dan juga pada cabaran-cabaran kehidupan. Melalui
kajian-kajian lepas ini akan mengukuhkan hasil kajian saya dan dapat dijadikan sebagai bukti
tambahan.

Rujukan.
Dollah, S., (2012, Mac 24).

Aduan rakyat : Jangan abaikan golongan OKU. Malaysia.

Retrieved from
http://www.tv3.com.my/beritatv3/aduan_rakyat/Jangan_Abaikan_Golongan_OKU.html.

19

Hewett, F.M., & Fomess, S.R. (1974). Historical Origins. Boston: Allyn & Bacon.

Marina, N. (2006). Penglibatan perunding binaan dalam perancangan dan rekabentuk


kemudahan dan bangunan untuk Orang Kurang Upaya (OKU). Tesis Sarjana Muda.
Universiti Teknologi Malaysia:Skudai.
Schongau, (2007). Equal Opportunities for all in the European Year of Equality 2007. Twin
Towns Conference: Abingdon.
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. (2015). Kategori orang kurang upaya. Retrieved from
http://www.spa.gov.my/Portal/Kategori_OKU.
Ta, T.L. & Leng, K.S.(2013). Challenges faced by Malaysians with disabilities in he world of
employment, Disability,CBR & Inclusive Development Journal,24 (1), pp,6-21.
Tan, L.E. (2006). Rumusan eksekutif isu-isu orang dewasa kurang upaya intelek. Retrieved from
http://ri.search.yahoo.com/_ylt=A2oKmNBmGaVU6SoAgIMPQgx.;_ylu=X3oDMTByN
2RnanRxBHNlYwNzcgRwb3MDMQRjb2xvA3NnMwR2dGlkAw/RV=2/RE=1420134886/RO=10/RU=http%3a%2f%2fwww.asiacommunityservice.org
%2fPublications
%2fExecutive_Summary___malay.pdf/RK=0/RS=xSjvsIaip3UY1wOVjMqUDjADTyUUtusan

online.

(2011).

JKM

kemaskini

pendaftaran

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2011&dt=1103&sec=Timur&pg=wt_02.htm.

20

OKU.

Retrieved

from

Yusri, S. (2014, Julai 1). Datang ke JKM bukan dengar cakap orang. Utusan Online. Retrieved
from

http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140701/re_05/Datang-ke-JKM-

jangan-dengar-cakap-orang.

21