Anda di halaman 1dari 14

JENIS-JENIS KARANGAN

1. SURAT KIRIMAN RASMI :

Kampung Burung Baru,


23000 Dungun,
Terengganu.
_________________________________________
Guru kelas,
Tahun 6 Bestari,
Sekolah Kebangsaan Padang Pulut,
23000, Dungun,
Terengganu.

20 MAC 2010

Cikgu,
Tidak Dapat Hadir Ke Sekolah
Berhubung dengan perkara di atas, saya Nurul Afiqah Bt. Mohd Noor , murid Tahun 6
Bestari ingin memaklumkan bahawa saya tidak dapat hadir ke sekolah kerana diserang
demam panas.
2.
Saya telah pun mendapatkan rawatan doktor di Pusat Kesihatan Daerah Bukit Besi.
Doktor menasihatkan saya supaya berehat selama tiga hari.
3.
Bersama-sama surat ini, saya sertakan surat akuan doktor untuk perhatian dan
tindakan cikgu. Saya berharap agar cepat sembuh dan dapat datang semula ke sekolah
seperti biasa.

Sekian ,terima kasih.

Yang benar,

( NURUL AFIQAH BT MOHD NOOR )

2. SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI :

No. 8, Taman Setia Budi,


67500 Batu Kikir,
Negeri Sembilan.

5 April 2009.
Menemui sahabatku yang diingati selalu, Alia yang kini berada di Kota Bharu,
Kelantan . Semoga sihat sejahtera.
Saudari,
Surat saudari telah selamat saya terima. Terima kasih saya ucapkan kerana saudari
masih mengingati saya. Dalam surat saudari yang lepas, saudari bertanyakan persediaan
saya untuk menghadapi UPSR. Sememangnya saya telah membuat persediaan lebih awal
kerana tidak mahu menyesal kemudian hari. Bak kata pepatah melayu, sediakan payung
sebelum hujan.
Langkah pertama yang saya lakukan ialah menyediakan jadual waktu belajar di
rumah. Saya menetapkan masa untuk membuat kerja-kerja rumah dan masa untuk
mengulang kaji setiap mata pelajaran. Dengan cara ini saya dapat belajar dengan lebih
teratur dan sistematik.
Selain itu, saya mengikuti kelas bimbingan yang diadakan oleh guru-guru pada waktu
petang dan setiap hujung minggu. Saya kerap bertukar-tukar nota dan soalan peperiksaan
yang bersekolah di Kuala Lumpur.
Baru-baru ini Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah telah mengadakan seminar dan
kem motivasi untuk calon-calon UPSR. Kami banyak mendapat pendedahan tenteang caracara belajar yang betul.
Saya berharap agar kita akan mencapai keputusan yang cemerlang dalam
peperiksaan UPSR nanti. Akhir kata, sambutlah salam daripada saya untuk saudara
sekeluarga.
Sahabatmu,
( ANIS SOLEHAH BINTI AZHAR)

3. UCAPAN :
Salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Guru Besar,Guru Penolong Kanan,guruguru

dan

rakan

sekalian.Saya

sebagai

wakil

murid,ingin mengucapkan

selamat

menyambut Hari Guru kepada semua guru di sekolah ini.


Hadirin sekalian,
Tarikh 16 Mei setiap tahun telah dipilih sebagai Hari Guru. Hari ini merupakan
hari yang amat sesuai untuk kita mengadakan sambutan bagi mengenang dan menghargai
jasa guru.Oleh itu marilah kita menghargai jasa guru.
Rakan-rakan sekalian,
Guru ialah insan yang mendidik,mengasuh dan membimbing kita hingga kita dapat
mencapai kejayaan.Kesungguhan mereka mendidik kita amatlah besar nilainya dan wajar
dikenang sepanjang hayat.Mereka tidak pernah jemu mengajar kita supaya kita dapat
mengenal huruf ,membaca dan mengira.
Guru juga adalah ibu bapa kita di sekolah.Oleh itu,kita mestilah menghormati
guru.Segala nasihat guru mestilah kita dengar dan patuhi.Jangan sesekali kita abaikan
segala nasihat mereka.
Rakan sekalian,
Guru adalah orang yang sering memberi semangat kepada kita untuk rajin
belajar.Mereka

sedia

mendengar

segala

masalah

yang

kita

tidak

fahami

dalam

pelajaran.Oleh itu guru adalah pendidik yang sangat berdedikasi semasa mengajar kita di
sekolah.
Sesungguhnya jasa guru tidak ternilai harganya.Guru ibarat lilin yang membakar diri
untuk menerangi orang lain.Wahai para guru yang kami sayangi,jutaan terima kasih kami
ucapkan kerana tidak pernah jemu mendidik kami dengan sabar .
Sekian , terima kasih.

4. KARANGAN BIOGRAFI :
Tun Dr. Mahathir dilahirkan pada hari Jumaat tanggal 20 Disember 1925. Putera kepada
pasangan Mohamad bin Iskandar dan Wan Tempawan binti Wan Hanafi ini dilahirkan di
rumah bernombor 18, Lorong Kilang Ais, bersebelahan dengan Jalan Pegawai, Seberang
Perak, Alor Setar, Kedah.

Beliau merupakan anak bongsu dari sembilan orang adik-beradik. Dr. Mahathir memulakan
alam persekolahan di Sekolah Melayu Seberang Perak pada tahun 1930 selama dua tahun.
Beliau melanjutkan pengajian menengah di Goverment English School, Alor Setar yang kini
dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid. Beliau tamat dengan keputusan Senior
Cambridge yang cemerlang pada tahun 1945.
Dalam tahun 1947, selepas tamat pengajian peringkat menengah, Dr. Mahathir telah
ditawarkan biasiswa Kedah untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di King
Edward VII College of Medicine, Singapura. Semasa di Kolej, beliau merupakan seorang
pelajar yang tekun dan bersungguh-sungguh dalam pelajaran, aktif dalam sukan ragbi dan
sentiasa mengambil berat tentang kebajikan pelajar-pelajar lain.
Pada tahun 1953, beliau telah dianugerahkan Ijazah Doktor Perubatan (M.B.B.S) dari
University of Malaya. Berbekalkan kelulusan berkenaan, Dr. Mahathir telah memulakan
perkhidmatannya dalam kerajaan dengan menjadi doktor pelatih di Hospital Besar Pulau
Pinang. Pada tahun 1954, Dr. Mahathir telah dilantik sebagai Pegawai Perubatan di Hospital
Besar Alor Setar bagi memenuhi kontrak biasiswanya. Beliau juga telah memberikan
khidmat perubatan di Langkawi, Jitra dan Perlis.

Perkenalan dengan seorang gadis dari Selangor bernama Siti Hasmah Mohd Ali (kini
Tun Dr. Siti Hasmah) yang mengikuti bidang pengajian yang sama di King Edward VII
Collage of Medicene berlanjutan sehingga mereka menamatkan pengajian masing-masing.
Hubungan erat yang terjalin semasa di Singapura telah diakrabkan lagi setelah keduaduanya diijabkabulkan sebagai suami isteri pada Ogos 1956. Pasangan bahagia ini telah
dikurniakan tujuh orang cahayamata iaitu Marina (kini Datin Paduka Marina), Mirzan,
Melinda, Mokhzani (kini Datuk Mohzani), Mukriz ( kini Datuk Mukriz), Maizura dan Mazhar.
Akhirnya, pada 16 Julai 1981 berikutan perletakan jawatan Perdana Menteri oleh Tun
Hussien Onn atas sebab kesihatan, Dr. Mahathir telah dipilih menjadi Presiden UMNO dan
Perdana Menteri yang ke- 4 pada usia 55 tahun.
Dr. Mahathir digelar "Bapa Pemodenan Malaysia" dan merupakan pemimpin yang paling
lama memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, iaitu dari 16 Julai 1981 hingga 31
Oktober 2003.

Sepanjang tempoh 22 tahun sebagai Perdana Menteri, Dr. Mahathir telah membawa
Malaysia ke persada kecemerlangan. Malaysia telah melalui pelbagai pembaharuan fizikal,
mental dan sosial. Malaysia telah menjadi negara yang disegani dan dihormati di pentas
dunia. Malaysia mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dikalangan negaranegara maju dunia. Kejayaan Malaysia sebagai negara membangun dan sebuah negara
Islam yang unggul di rantau ini telah diiktiraf dunia. Warisan pusaka yang ditinggalkan oleh
Dr. Mahathir dapat kita lihat berada di mana sahaja.

KARANGAN LAPORAN :

Pada 5 Mac yang lalu, Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Selayang telah mengadakan
Kejohanan Sukan Tahunan kali ke-20 bertempat di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.
Pada hari kejohanan, atur cara majlis telah dimulakan dengan perbarisan lintas hormat yang
melibatkan rumah sukan dan unit beruniform. Acara diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh
puan guru besar. Kemudian disusuli pula dengan ucapan perasmian oleh Pegawai Pelajaran
Daerah Gombak.
Setelah selesai majlis perasmian, acara sukaneka membuka gelanggang dengan pelbagai
aksi murid-murid tahap 1. Mereka melakukan acara seperti mengepit bola dan membawa bola
pingpong dengan sudu. Seterusnya, acara olahraga bermula dengan acara 100 meter, 200 meter
dan 4100 meter.
Tepat jam 10.00 pagi semua murid dibenarkan berehat untuk makan dan minum. Semasa
rehat, pertunjukan tae kwon do telah dipersembahkan oleh ahli-ahli tae kwon do sekolah.
Kemudian murid-murid tahun 1 pula telah membuat persembahan senamrobik.
Seterusnya ialah acara penyampaian hadiah kepada para pemenang. Guru besar telah
menyampaikan hadiah kepada olahragawan iaitu adik Amirul Anuar dan adik Nur Amni sebagai
olahragawati sekolah. Rumah Hang Tuah pula telah diumumkan sebagai johan keseluruhan pada
tahun ini.
Murid-murid berasa gembira melihat kemeriahan kejohanan sukan pada tahun ini.
Sebelum bersurai, murid-murid telah membantu guru-guru membersihkan padang. Kejohanan
berakhir kira-kira pukul 4.00 petang.
Disediakan oleh,
2009
(NORAFIFAH KHAIRUL SALLEH)
Wartawan,
Majalah sekolah,
Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Selayang.

30 MAC

KARANGAN BERITA :
PAHANG, 16 NOVEMBER 2009 - Kampung Bangau Parit telah dilanda banjir. Tiga hari
sebelum kejadian, hujan turun mencurah-curah di kebanyakan kawasan di daerah Temerloh.
Penduduk kampung tersebut tidak menduga kampung mereka akan dilanda banjir kerana jarang
sekali banjir berlaku di kampung mereka. Oleh itu, ramai yang tidak bersedia bagi menghadapi
keadaan tersebut.
Setelah air naik ke paras yang merbahaya, pihak penyelamat mengarahkan penduduk
kampung mengemaskan barang-barang penting dan berharga untuk berpindah ke tempat yang
selamat. Kanak-kanak pula dilarang bermain air banjir yang hampir mencecah lantai di
kebanyakkan rumah penduduk kampung.
Banjir berpunca apabila air Sungai Pahang telah melimpah lalu menenggelami beberapa
tempat di kampung tersebut. Penduduk kampung telah dipindahkan oleh pasukan penyelamat
dengan motorbot dan ditempatkan di Dewan Serbaguna Datuk Harun sehingga banjir surut.
Penduduk kampung dijangka akan mengalami kerugian besar kerana banyak tanaman dan
haiwan ternakan mereka mati. Namun begitu, penduduk kampung bersyukur kerana setakat ini
tiada kes kehilangan nyawa dilaporkan.
Ketua kampung, Encik Anuar bin Abu Hassan memberitahu bahawa pihak kerajaan negeri
akan menyumbangkan sedikit bantuan kewangan bagi meringankan beban penduduk kampung
yang terlibat. Selain itu, penduduk kampung juga dinasihatkan supaya sentiasa bersedia dan
berwaspada bagi menghadapi situasi banjir.

KARANGAN PERIBAHASA :
Peribahasa "Bagai Aur Dengan Tebing" bermaksud tolong-menolong di antara satu sama
lain. Contohnya serumpun aur di tebing. Tebing menumpangkan aur hidup dan aur pula
mencengkam tanah tebing supaya tidak terhakis.
Setiap orang memerlukan pertolongan orang lain dalam hidupnya. Oleh itu, manusia harus
hidup bekerjasama dan saling bantu-membantu bagai aur dengan tebing. Hidup begini dikatakan
sepakat dan menjadikan kerja senang dan cepat.
Semangat kerjasama dan gotong-royong sudah lama diamalkan oleh masyarakat luar bandar
dalam segala lapangan kehidupan. Mereka bercucuk tanam dan menuai hasil tanaman mereka
secara bergotong-royong.
Orang kampung membina masjid secara bergotong-royong. Jika suatu keluarga membuat
persediaan untuk majlis perkhawinan, lazimnya orang kampung akan turut memberi bantuan.
Peribahasa ini juga ada persamaan maksud dengan peribahasa berat sama dipikul ringan sama
dijinjing, dan hati gajah sama dilapah hati kuman sama digigit.
Kesimpulannya, peribahasa ini amat baik untuk diteladani bersama terutama oleh generasi
muda kerana semangat bekerjasama sekarang semakin pupus.

KARANGAN DIALOG :
Aqilah : Hello, boleh saya bercakap dengan Farhan?
Farhan : Ini Farhan bercakap. Siapa disana?
Aqilah : Saya Aqilah. Assalamualaikum Farhan!
Farhan : Walalaikummussalam! Oh, awak Aqilah! Mengapa awak tidak hadir ke kelas tambahan
semalam?
Aqilah : Saya mengikuti ibu saya menghantar abang saya ke MRSM di Kuala Lipis. Jadi, saya
tidak
dapat menghadiri kelas tambahan semalam.
Farhan : Oh, begitu rupanya!
Aqilah : Siapakah yang mengajar semasa kelas tambahan semalam?
Farhan : Cikgu Hamidi dan Cikgu Azizul yang mengajar kami semasa kelas tambahan semalam.
Aqilah : Apakah ada kerja rumah yang diberi oleh Cikgu Hamidi dan Cikgu Azizul?
Farhan : Ya, ada! Kerja yang dibekalkan oleh Cikgu Hamidi ialah membuat karangan yang
bertajuk
"Keluarga Saya", manakala Cikgu Azizul pula meminta semua pelajar membuat latihan
dalam buku kerja di halaman 52 .
Aqilah : Terima kasih kerana memberitahu saya tentang kerja rumah yang perlu dilakukan.
Baiklah, bolehkah pada pukul 5.00 petang ini saya datang ke rumah awak untuk
membuat ulangkaji
pelajaran bagi menghadapi ujian pengesanan pada minggu hadapan.
Farhan : Sama-sama. Silalah datang! Saya akan menunggu awak pada pukul 5.00 petang nanti.

KARANGAN AUTOBIOGRAFI :
Aku dilahirkan di sebuah butik terkenal di ibu kota. Selepas dilahirkan, aku dipakaikan pada
sebuah patung dan diletakkan di dalam cermin. Tanda harga yang terlekat di badanku
menunjukkan RM 350.00.
Setelah lima hari berada di situ, aku telah dibeli oleh seorang gadis bernama Linda. Linda
memakaiku pada majlis hari jadinya. Sebaik sahaja kawan-kawan Linda melihat diriku, mereka
semua memuji kecantikan yang aku miliki.
Selang beberapa bulan, Linda ingin memakaiku sekali lagi. Apabila melihat badanku
berkedut, dia mengambil seterika lalu menggosokku.
Ketika badanku diseterika, telefon berdering. Linda berlari meninggalkan aku sehingga
terlupa untuk menutup suis seterika. Badanku mula terasa panas. Aku cuba menahan keperitan
tetapi akhirnya aku hanya mampu menangis kerana terlampau sakit. Lama-kelamaan sebahagian
badanku terbakar.
Apabila terhidu bau badanku terbakar, Linda tergesa -gesa mendapatkanku. Namun sudah
terlambat kerana aku sebahagian badanku telahpun hangus. Kini aku hanya menjadi penghuni
setia almari usang.

KARANGAN SYARAHAN :
Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar, para hakim yang arif lagi bijaksana,
guru-guru seterusnya rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Tajuk syarahan saya pada pagi ini ialah
"Langkah-langkah untuk Mengatasi Pencemaran Alam Sekitar".
Hadirin sekalian,
Antara langkah-langkah untuk mengatasi pencemaran alam sekitar ialah menguatkuasakan
undang-undang dan peraturan alam sekitar yang telah diperuntukkan. Pihak berkuasa mestilah
mengenakan tindakan yang tegas dan berat terhadap pencemar alam sekitar supaya mereka serik
untuk melakukan perbuatan itu lagi.
Selain itu, kempen penjagaan alam sekitar haruslah dipergiatkan. Kempen ini boleh
disiarkan melalui media massa seperti surat khabar, televisyen dan radio. Kempen-kempen ini
akan menyedarkan orang ramai tentang kepentingan menjaga alam sekitar.
Hadirin sekalian,
Masyarakat mestilah diberikan kesedaran secara berterusan akan tanggungjawab menjaga
alam sekitar. Aktiviti seperti ceramah dan gotong-royong dapat membantu orang ramai menjadi
lebih bertanggungjawab terhadap penjagaan alam sekitar.
Di samping itu, masyarakat juga perlulah bersikap perihatin dan bertanggungjawab. Jika
mendapati ada pihak yang mencemarkan alam sekitar, mereka perlulah melaporkan kepada pihak
berkuasa supaya tindakan yang sewajarnya dapat diambil.
Hadirin sekalian,
Tanggunjawab menjaga alam sekitar adalah tanggungjawab kita bersama. Alam sekitar
yang terpelihara atau dijaga dengan baik akan menjadikan hidup kita lebih selesa dan sihat.
Sekian, terima kasih.

KARANGAN RENCANA :
Perpustakaan mempunyai banyak kebaikan. Di perputakaan ada banyak bahan bacaan
seperti buku rujukan, majalah, surat khabar dan lain-lain lagi. Banyak faedah yang akan kita
peroleh apabila kita menggunakan perpustakaan.
Di perpustakaan, para pelajar dapat menambah ilmu pegatahuan. Apabila para pelajar
membaca di situ, mereka akan dapat mengetahui hal-hal yang belaku di dalam dan di luar negara
sama ada yang berkaitan dengan bidang ekonami , politik, sosial dan berbagai-bagai lagi. Ini
akan meluaskan pengetahuan mereka.
Selain itu, kita dapat mengisi masa lapang dengan perkara yang lebih berfaedah dengan
mengunjungi perpustakaan. Ini dapat mengelakkan kita daripada membuang masa secara sia-sia.
Oleh itu, ini akan menghindarkan kita daripada terjebak dalam gejala-gejala yang tidak sihat
seperti melepak, bergaduh, merokok dan lain-lain lagi.
Perpustakaan juga dapat membentuk disiplin para pelajar. Ini kerana di perpustakaan
terdapat pelbagai peraturan. Antara peraturanya ialah tidak boleh membuat bising, memulangkan
buku tepat pada masanya dan menjaga kebersihan perpustakaan.
Di samping itu, perpustakaan dapat menambah pembedaharaan kata kita. Apabila kita
membaca buku-buku rujukan, kita akan terjumpa perkataan-perkataan baharu. Ini akan
membantu kita menulis karangan dengan lebih baik.
Kesimpulannya, perpustakaan mempunyai banyak faedahnya. Oleh itu, tanamkan
sikap suka mengunjungi ke perpustakaan.

KARANGAN CERITA :
-BERANI

Padawakturehat,tibatibasahajaperutkuterasasakitlaluakupunsegaramenujuke
tandas.Sewaktuperjalanankesitu,akuternampakbeberapaorangmuridsedangmenconteng
dindingsekolah.
Akumenghampirimerekauntukmenghalangmerekadaripadaterusmelakukanperbuatan
itu. Ruparupanya mereka ialah rakan sekelasku iaitu Aizat, Farid dan Azwan. Aku terus
menegur dan menasihati mereka supaya segera menghentikan perbuatan tersebut. Ini
menyebabkanmerekamarahlalutanpakudugaAizatcubamenumbukku.Mujurlahakusempat
mengelak.Kemudian,merekamemberiamaran,jikaakutidakmahudiapaapakan,akumestilah
merahsiakankegiatanmereka.
Selepasitu,akupunterusberedarmenujuketandas.Selepasketandas,akusegeramencari
gurudisipliniaituCikguNadirah.Amaranmerekatidakakuendahkankeranaakutidakmahu
kegiatan sebegitu terus berlarutan. Sejurus kemudian, Cikgu Nadirah memanggil mereka ke
pejabatdanmerekakelihatanamattakut.
Dipejabat,CikguNadirahmenasihatimerekasupayatidakmelakukanperbuatanjahatitu
lagi jika tidak mahu dikenakan tindakan yang lebih tegas. Mereka juga dikehendaki
memadamkansemulacontengandidindingsekolah.NasihatCikguNadirahtelahmenyebabkan
merekainsaf.
Beberapaharikemudian,Azwan,AizatdanFariddatanguntukmemintamaafkepadaku.
Semenjakhariitumerekamenjadikawankaribku.

KARANGANCATATAN:
CATATANBEBERAPAHARI
20 Februari 2008 Petang - Dari Alor Star, kami tiba di Jeti Kuah, Pulau Langkawi. Kedatangan
kamidisambut oleh ahli-ahli Rakan Muda dari Kuah yang juga selaku tuan rumah. Dari jeti itu
kamidibawa ke Kompleks Belia Kuah dengan menaiki lori Majlis Daerah Langkawi. Kami
bermalamdi situ. Malam itu kami berpeluang melihat pertandingan akhir tomoi anjuran kerajaan
negeriKedah.
21 Februari 2008 Pagi - Kami dikehendaki berada di Hotel Tiara pada pukul 10.00 pagi. Majlis
perasmiandan sambutan untuk peserta pertandingan kayak diadakan di hotel itu. Dari situ kami
ke pantaiBatu Hitam untuk memulakan pusingan pertama menuju ke Pulau Batu Buruk. Pasukan
kamiakan berentap dengan pasukan dari negeri Selangor, Perak dan Negeri Sembilan. Pelayaran
kepulau itu jauh dan membosankan. Tambahan pula, ombak sangat kuat. Di tengah
perjalanan,kayak kami tersangkut pada batu karang. Nasib baik kayak itu tidak pecah. Kami
terpaksamengusung kayak itu sehingga melewati kawasan batu karang itu setelah sepuluh
kilometerberkayak. Selepas peristiwa itu, kami berasa amat penat dan bercadang hendak
berlabuhuntuk berehat di atas beting pasir. Hasrat itu terpaksa kami lupakan sahaja kerana kami
gagalmenemui beting pasir.
Petang - Pukul 5.00 petang kami pun tiba di Pulau Batu Buruk. Pasukan dari negeri-negeri lain
telah lama tiba. Nampaknya peluang untuk muncul sebagai juara semakin tipis.Meskipun begitu,
kami berharap dapat mendahului mereka dalam pusingan kedua nanti. Kamibermalam di pulau
itu.
23 Februari 2008 Pagi - Selepas sarapan, semua pasukan memulakan pelayaran. Kami berkayuh
dengantenang, tidak seperti hari sebelumnya kerana takut kehabisan tenaga di tengah
pelayarannanti.Petang - Setelah lima jam berkayuh, kami pun tiba di pantai Batu Hitam.
Pasukan-pasukan dari negeri lain masih di belakang kecuali pasukan dari negeri Perak. Pasukan
darinegeri Perak ini bersaing rapat dengan pasukan kami yang muncul sebagai juara.
Sementarapasukan kayak dari Negeri Sembilan di tempat ketiga.