Anda di halaman 1dari 3

Peranan Psikologi Suami Isteri

Bernikah, bukan sekadar melafazkan akad dan terus saling mencintai. Suami
isteri mempunyai peranan masing-masing dalam menjayakan visi dan misi
rumah tangga, sekali gus membentuk keluarga yang sakinah, rahmah dan
mawaddah.
Membina keserasian
Peranan utama yang perlu dimainkan oleh kedua belah pasangan adalah
membina keserasian. Di dalam sebuah kapal, walaupun nakhoda sudah
menetapkan hala tuju pelayaran, namun tanpa kerjasama yang baik
daripada semua anak kapal, berkemungkinan besar kapal tersebut boleh
karam di lautan. Di sini, nakhoda adalah si ayah, manakala anak kapal, ibu
dan anak-anaknya.
Dalam sebuah keluarga, suami dan isteri, juga sebagai ibu dan ayah,
bersama meletakkan cita-cita ingin mendidik anak dan membangun
keluarga bahagia. Cita-cita ini memerlukan keserasian yang jitu antara suami
dan isteri dalam meletakkan visi yang sama dalam kehidupan mereka.
Keserasian perlu dibina dan dipupuk sejak hari pertama perkahwinan juga
perlu sentiasa diperbaiki. Hal ini kerana, setiap orang akan berubah, suami
kita akan berubah, isteri juga akan berubah, jadi keserasian antara suami
juga akan sentiasa berubah dan ditingkatkan dalam proses membangunkan
keluarga.

Perkahwinan adalah satu projek yang besar juga merupakan perjalanan yang
panjang. Suami isteri perlu mempunyai peralatan yang betul supaya cabaran
yang dihadapi dapat dilalui bersama dengan kesukaran yang minima.
Peralatan asas yang perlu dikuasai dalam membina keserasian adalah
kemahiran komunikasi dan kemahiran kemanusiaan.
Kemahiran Komunikasi
Komunikasi, melalui percakapan, tulisan dan bahasa badan sangat penting
dikuasai oleh si isteri dan juga suami. Wujudkan medium bagi suami dan
isteri berbincang mengenai isu-isu besar keluarga. Dengan zaman era serba
canggih, banyak alternatif bole diwujudkan dalam mencapai tujuan
komunikasi dalam membina keserasian, terutama pasangan yang sibuk
seharian bekerja juga kekurangan masa bersama memandangkan masa di
rumah perlu diluangkan bersama anak-anak. Jika medium whatsapp personal
kepada suami terlalu umum, mungkin suami isteri bole mewujudkan medium
selain whatsapp seperti viber. Apabila suami atau isteri mendapati kiriman di
viber, ini merupakan suatu surat cinta dari isteri atau suami dalam
berkongsi masalah keluarga yang bermain difikiran mereka dan memerlukan
perhatian untuk sama-sama diselesaikan.
Bagi isteri yang lebih selesa menghantar surat cinta ataupun isi hati
mereka melalui emel kepada suami juga suatu medium yang baik dalam
membentuk keserasian. Kadang kala, tulisan lebih mudah difahami dan

dibaca pada emosi yang lebih tenang berbanding komunikasi verbal yang
mungkin dilontarkan bersama emosi marah atau kecil hati.
Kemahiran kemanusiaan
Juga disebut sebagai kemahiran insaniah, people skills, soft skills dan
emotional intelligence. Kesemuanya membawa maksud yang serupa iaitu
kebolehan seseorang menguasai kemahiran dalam membina hubungan
dengan diri sendiri dan membina hubungan dengan persekitaran, seperti
hubungan suami isteri.
Antara elemen kemahiran insaniah yang perlu ada pada seorang suami dan
juga isteri adalah , seperti berikut ;
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Penampilan diri
Kebolehan mengawal emosi dan menguruskan tekanan
Kebolehan menangani dan menyelesaikan masalah
Kerja berpasukan sebagai pasangan berkeluarga
Kemahiran saling memotivasikan
Kebijaksanaan menyesuaikan diri mengikut keadaan semasa
Kebijaksanaan dalam membuat keputusan

Kemahiran kemanusian ini perlu dipelajari dan diperbaiki oleh setiap


pasangan dalam menghargai hubungan mereka sebagai suami dan isteri
juga untuk saling melengkapi antara satu sama lain.