Anda di halaman 1dari 10

Konsep Kurikulum Pendidikan Islam KSSM

1. Pendahuluan
Pendidikan Islam adalah salah satu mata pelajaran teras dalam Kurikulum
Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang akan mula dilaksanakan bermula
tahun 2017. Kurikulum Pendidikan Islam KSSM ini digubal bagi memenuhi
keperluan membina dan membentuk peribadi muslim yang memahami,
mengamalkan dan menghayati Islam secara menyeluruh.
2. Asas Pembangunan Kurikulum Pendidikan Islam KSSM
Pembangunan Kurikulum Pendidikan Islam KSSM ada berasaskan sumber
berikut:
a.
b.
c.
d.

Al-Quran
Al-Sunnah
Sumber Ilmu yang Muktabar
Rukun Negara

e. Falsafah Pendidikan Kebangsaan


3. Penekanan Pendidikan Islam KSSM
Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam menekankan aspek ilmu,
amali, amalan, penghayatan dan pembudayaan. Berikut adalah maksud
kepada setiap satu aspek tersebut mengikut konteks Pendidikan Islam
KSSM:
3.1 Ilmu:
Ilmu bermaksud isi kandungan atau fakta ilmu yang telah ditentukan
di dalam standard kandungan dan standard pembelajaran. Contohnya
dalam tajuk solat mengandungi fakta tentang hukum solat, syarat
wajib, syarat sah, rukun solat dan sebagainya. Isi kandungan atau
fakta tersebut disampaikan secara teori kepada murid.
3.2 Amali:
Amali

bermaksud

melaksanakan

secara

amali

teori-teori

yang

dipelajari. Contohnya setelah murid diajar secara teori tentang sujud


iaitu meletakkan dahi, dua tapak tangan, dua lutut dan dua hujung
kaki ke lantai, murid diminta melaksanakan sujud secara amali. Amali
sangat penting dilaksanakan bagi memastikan kefahaman yang betul
tentang sesuatu teori. Guru perlu membetulkan sekiranya mendapati
ada kesilapan semasa murid melakukan amali.

Konsep Kurikulum Pendidikan Islam KSSM

3.3 Amalan:
Amalan

bermaksud

mengamalkan

ilmu

yang

dipelajari

dalam

kehidupan harian. Contohnya setelah mempelajari tentang teori solat


dan melaksanakan solat secara amali murid hendaklah dibimbing agar
mengamalkan solat dalam kehidupan harian. Murid perlu sentiasa
diingatkan agar mendirikan solat walau apa keadaan sekali pun. Guru
perlu menyediakan senarai semak bagi memantau sejauhmana murid
melaksanakan solat setiap hari.
3.4 Penghayatan:
Penghayatan bermaksud menghayati kesan dan pengajaran dari
amalan-amalan yang dilaksanakan. Contohnya matlamat pensyariatan
solat ialah bagi mencegah daripada melakukan perkara keji dan
mungkar. Murid perlu diingatkan agar sentiasa menjauhi perkara keji
dan mungkar kerana mereka telah melaksanakan solat.
3.5 Pembudayaan:
Pembudayaan bermaksud menjadikan amalan-amalan baik yang
diamalkan secara individu sebagai amalan yang dilaksanakan secara
berjemaah atau beramai-ramai. Contohnya amalan melaksanakan
solat dijadikan amalan semua warga sekolah, akhirnya akan wujud
budaya solat berjemaah di sekolah.
4. Matlamat
Matlamat Pendidikan Islam KSSM ialah untuk membina dan membentuk
hamba dan khalifah Allah S.W.T yang berilmu, beriman, bertakwa, beramal
soleh, berakhlak mulia dan berketrampilan berdasarkan al-Quran dan alSunah serta menyumbang ke arah mempertingkatkan tamadun bangsa dan
negara serta kesejahteraan alam demi mencapai kejayaan di dunia dan di
akhirat.
5. Objektif
5.1 Objektif umum Pendidikan Islam KSSM adalah untuk melahirkan murid
yang;

Konsep Kurikulum Pendidikan Islam KSSM

i.

berilmu, beramal dan menghayati bidang al-Quran, hadis, akidah,

ii.

feqah, sirah dan tamadun Islam, dan akhlak Islamiyah.


Mampu membangunkan diri serta masyarakat berasaskan al-

iii.

Quran dan al-Sunnah.


Mengintegrasikan tuntutan fardu ain dan fardu kifayah dalam
melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah Allah S.W.T.

iv.

Menghubung kait antara ilmu aqli dan ilmu naqli untuk memberi
sumbangan kepada pembinaan tamadun ummah

5.2 Objektif khusus mata pelajaran Pendidikan Islam KSSM membolehkan


murid;

i.

Membaca ayat pilihan daripada al-Quran dengan betul, bertajwid,

ii.
iii.

lancar dan fasih.


Melazimi bacaan al-Quran dalam kehidupan.
Menghafaz ayat pilihan daripada al-Quran

iv.

bertajwid, lancar dan fasih.


Mengamalkan bacaan ayat hafazan pilihan dalam solat dan

v.

amalan kehidupan harian.


Menjana pemikiran melalui kefahaman ayat al-Quran pilihan dan

vi.
vii.

mengamalkannya.
Membaca hadis pilihan dengan betul.
Menjana pemikiran melalui kefahaman

viii.

mengamalkannya.
Menjana pemikiran melalui kefahaman akidah Islamiah dan

ix.

meyakininya sebagai pegangan dan tunjang dalam kehidupan.


Menjana pemikiran melalui kefahaman ilmu fiqah dan

x.

mengamalkan serta menghayatinya dalam kehidupan.


Menjana pemikiran melalui kefahaman sirah Nabi Muhammad

dengan

hadis

pilihan

betul,

dan

s.a.w, sejarah tokoh-tokoh dan tamadun Islam serta mengambil

xi.

iktibar daripadanya.
Menjana pemikiran melalui kefahaman akhlak Islamiah dan
mengamalkan serta menghayatinya dalam kehidupan.

xii.

Membaca dan menulis jawi untuk melestarikan tulisan jawi


sebagai warisan budaya.

6. Organisasi Kandungan
Organisasi kandungan kurikulum, Pendidikan Islam KSSM dibahagikan
kepada 6 bidang pembelajaran.

Konsep Kurikulum Pendidikan Islam KSSM


6.1 Bidang al-Quran
Bidang al-Quran menumpukan perkara-perkara berikut:
a. Bacaan ayat al-Quran pilihan
b. Hafazan ayat al-Quran pilihan.
c. Kefahaman ayat al-Quran pilihan.
6.2 Bidang Hadis
Bidang Hadis menumpukan perkara-perkara berikut:
a. Bacaan hadis pilihan.
b. Kefahaman hadis pilihan.
6.3 Bidang Akidah
Bidang Akidah menumpukan perkara-perkara berikut:
a. Ilahiyat.
b. Nubuwwat.
c. Samiyat
6.4 Bidang Fiqah
Bidang Feqah menumpukan perkara-perkara berikut:
a. Ibadat.
b. Muamalat.
c. Munakahat.
d. Jenayat
6.5 Bidang Sirah dan Tamadun Islam
Bidang Sirah dan Tamadun Islam menumpukan perkara-perkara
berikut:
a. Sirah Nabawiyah
b. Sejarah tokoh-tokoh Islam
c. Tamadun Islam
6.6 Bidang Akhlak Islamiah
Bidang Akhlak menumpukan perkara-perkara berikut:
a. Akhlak dengan Allah S.W.T.
b. Akhlak sesama manusia.
c. Akhlak dengan alam.
7. Peruntukan waktu
Waktu yang diperuntukan untuk Pendidikan Islam KSSM ialah 4 jam
seminggu bagi menengah rendah dan 3 jam seminggu bagi menengah atas.
8. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
4

Konsep Kurikulum Pendidikan Islam KSSM


Transformasi
pengajaran

kurikulum
dan

menekankan

pembelajaran

(P&P)

penggunaan
yang

pelbagai

memberi

fokus

strategi
kepada

pembelajaran secara hands-on learning. Dalam konteks Pendidikan Islam


KSSM, kesepaduan antara ilmu dan amali menjadi keutamaan dalam
pelaksanaan P&P.
Proses P&P Pendidikan Islam merangkumi strategi, pendekatan, kaedah dan
teknik bagi mencapai standard pembelajaran. Pendekatan dimaksudkan
dengan arah atau hala yang diambil untuk menuju sesuatu sasaran.
Pendekatan pengajaran merupakan haluan atau aspek yang gunakan
berasaskan teori-teori, model-model atau generalisasi yang tertentu untuk
memulakan proses pengajaran sesuatu isi pelajaran atau kemahiran. Antara
pendekatan yang dicadangkan dalam Pendidikan Islam adalah seperti
berikut:
a.
b.
c.
d.
e.
f.
g.
h.
i.

Induktif dan deduktif.


Berpusatkan guru.
Berpusatkan murid.
Berpusatkan bahan.
Konstruktivisme.
Kontekstual.
Masteri.
Akses kendiri.
Kajian masa depan.

j.

Inkuiri penemuan

Kaedah pengajaran merupakan beberapa langkah atau kegiatan yang


mempunyai urusan tertentu dan sistematik bertujuan mencapai objektif
pembelajaran

dalam

jangka

masa

pendek.

Kaedah

pengajaran

menterjemahkan pendekatan pengajaran yang dipilih oleh guru dalam


proses pengajaran dan pembelajaran. Antara kaedah pengajaran yang
dicadangkan adalah seperti:
a.
b.
c.
d.
e.
f.
g.
h.
i.
j.
k.
l.

Bercerita.
Latih tubi.
Main peranan.
Perbincangan.
Permainan.
Penyelesaian masalah.
Perbahasan.
Koir.
Lakonan.
Soal jawab.
Projek.
Sumbang saran.
5

Konsep Kurikulum Pendidikan Islam KSSM


m. Lawatan.
Teknik

pengajaran

adalah

kemahiran

guru

dalam

pengelolaan

dan

pelaksanaan kaedah mengajar. Teknik merupakan unit-unit kecil yang


terkandung dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang tidak dapat menguasai
teknik-teknik yang ada pada sesuatu kaedah maka kemungkinan besar
matlamat kaedah itu tidak akan berhasil. Contoh penggunaan teknik dalam
sesuatu kaedah:
Guru ingin menggunakan kaedah bercerita untuk mengajar sesuatu tajuk
pelajaran. Teknik bercerita yang digunakan adalah seperti:
a. Kawalan nada suara.
b. Gerakan tangan.
c. Mimik muka.
d. Kedudukan murid-murid semasa aktiviti bercerita berlangsung.
Bagi memastikan sesuatu pembelajaran dan pengajaran berjaya dan
mencapai objektif, guru perlu jelas apakah standard pembelajaran yang
hendak

dicapai

dalam

sesuatu

sesi

pembelajaran

dan

pengajaran.

Kemahiran guru mengaplikasikan pendekatan, kaedah dan teknik dalam


proses pembelajaran dan pengajaran Pendidikan Islam akan membantu
guru mencapai standard pembelajaran yang ditetapkan. Guru juga perlu
merancang dan melaksanakan pentaksiran bagi mengesan standard
pembelajaran telah dicapai.
9. Penggunaan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)
DSKP yang menggantikan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran
yang digunakan dalam KBSM ialah satu dokumen yang mengintegrasikan
kurikulum dan pentaksiran. DSKP merangkumi Standard Kandungan,
Standard Pembelajaran, Standard Prestasi dan Cadangan Aktiviti Pengajaran
dan Pembelajaran.
i. Standard Kandungan merupakan penyataan spesifik tentang perkara
yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh
persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.
ii. Standard Pembelajaran ialah satu penetapan kriteria atau indikator
kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap
satndard kandungan

Konsep Kurikulum Pendidikan Islam KSSM


iii. Standard Prestasi ialah satu set kriteria yang menunjukkan tahaptahap penguasaan murid sebagai petunjuk bahawa sesuatu perkara itu
telah dikuasai.
iv. Catatan / Cadangan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran ialah
beberapa cadangan aktiviti P&P sebagai panduan kepada guru untuk
melaksanakan P&P dengan baik dan berkesan.
DSKP

memastikan

guru

melaksanakan

proses

P&P

dan

seterusnya

menjalankan pentaksiran dengan merujuk kepada satu dokumen sahaja.


Guru melaksanakan P&P serta mentaksir perkembangan dan pencapaian
murid melalui Standard Prestasi.
Tahap
Peng
uasaa
n

Ayat Bacaan dan Hafazan alQuran

Murid membaca dan menghafaz


ayat al-Quran pilihan dengan betul.

Murid membaca dan menghafaz


ayat al-Quran pilihan dengan betul
dan bertajwid.

Murid membaca dan menghafaz


ayat al-Quran pilihan dengan betul,
bertajwid dan lancar.

Murid membaca dan menghafaz


ayat al-Quran pilihan dengan betul,
bertajwid, lancar dan fasih serta
mengamalkannya.

Murid membaca dan menghafaz


ayat al-Quran pilihan dengan betul,
bertajwid, lancar dan fasih serta
mengamalkannya secara beradab.

Murid membaca dan menghafaz


ayat al-Quran pilihan dengan betul,
bertajwid, lancar dan fasih serta
mengamalkannya secara beradab
dan istiqomah.
7

Ayat al-Quran Kefahaman, Hadis,


Akidah, Feqah, Sirah dan Tamadun
Islam, dan Akhlak Islamiah
Murid tahu perkara asas tentang
kefahaman ayat al-Quran, hadis,
akidah, feqah, sirah dan tamadun
Islam, dan akhlak Islamiah.
Murid menjelaskan pengetahuan
tentang kefahaman ayat al-Quran,
hadis, akidah, feqah, sirah dan
tamadun Islam, dan akhlak Islamiah.
Murid menerangkan pengetahuan
tentang kefahaman ayat al-Quran,
hadis, akidah, feqah, sirah dan
tamadun Islam, dan akhlak Islamiah
dan boleh melakukan amali.
Murid menghuraikan pengetahuan
tentang kefahaman ayat al-Quran,
hadis, akidah, feqah, sirah dan
tamadun Islam, dan akhlak Islamiah
serta menggamalkannya
Murid menghuraikan secara terperinci
pengetahuan tentang kefahaman ayat
al-Quran, hadis, akidah, feqah, sirah
dan tamadun Islam, dan akhlak
Islamiah serta menggamalkannya
secara beradab.
Murid mengaitkan pengetahuan
tentang kefahaman ayat al-Quran,
hadis, akidah, feqah, sirah dan
Tamadun Islam, dan Akhlak Islamiah
dengan kehidupan serta

Konsep Kurikulum Pendidikan Islam KSSM

menggamalkannya secara beradab


dan istiqomah.

10. Pentaksiran Dalam Pengajaran dan Pembelajaran


Pentaksiran dalam konteks pelaksanaan kurikulum bertujuan mengesan
perkembangan pembelajaran murid di sekolah. Pentaksiran dilakukan
secara berterusan bagi mendapat input tentang kemajuan, perkembangan,
penguasaan dan pencapaian murid dalam aspek pengetahuan, kemahiran
dan

nilai

berdasarkan

kepada

standard

kandungan

dan

standard

pembelajaran yang ditetapkan. Pentaksiran boleh dijalankan semasa dan di


akhir P&P dilaksanakan. Murid perlu menguasai standard kandungan dan
standard pembelajaran yang ditetapkan dalam sesuatu mata pelajaran.
Pelbagai kaedah pentaksiran digunakan untuk membolehkan penilaian yang
lebih

autentik

berterusan

dan

semasa

holistik.

Pentaksiran

pembelajaran

dan

formatif

pengajaran

dijalankan
untuk

secara

mengesan

perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran. Kelemahan


murid yang dikenal pasti perlu diatasi melalui aktiviti pemulihan dan
kekuatan murid perlu ditingkatkan melalui aktiviti pengayaan. Di samping
itu pentaksiran sumatif dilaksanakan untuk menentukan tahap penguasaan
dan pencapaian murid.
11. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
KBAT adalah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran
dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan
masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.
KBAT melibatkan kemahiran mengaplikasi, menganalisis, menilai dan
mencipta.
KBAT diterapkan dalam kurikulum Pendidikan Islam KSSM dengan dituliskan
secara eksplisit dalam Standard Pembelajaran supaya guru berupaya
mempraktikkan pelaksanaan KBAT dalam P&P. Ini bagi memastikan
pelaksanaan KBAT yang mantap untuk meningkatkan kemahiran berfikir
dalam kalangan murid dari kemahiran berfikir aras rendah hingga ke
kemahiran berfikir aras tinggi.

Konsep Kurikulum Pendidikan Islam KSSM


12. Rujukan
Pembinaan bahan kurikulum Pendidikan Islam KSSM, bahan sokongan
kurikulum, bahan pengajaran dan pembelajaran dibuat dengan merujuk
kepada sumber rujukan yang sahih dan muktabar. Segala fakta-fakta yang
dikemukakan

berdasarkan

kepada

kefahaman

Islam

yang

betul

sebagaimana dibawa oleh Rasulullah S.A.W. Bagi menyelaraskan kefahaman


dan amalan murid, segala bahan sokongan dan proses pembelajaran dan
pengajaran dibina dan dilaksanakan berdasarkan fahaman Ahli Sunah wa
al-Jamaah dan pendapat yang muktabar daripada mazhab Al-Syafie serta
keputusan-keputusan yang diterima pakai daripada pihak berkuasa dalam
urusan agama di Malaysia.
13. Penambahbaikan
13.1

Penekanan kepada aspek amali dan penghayatan

Pendidikan Islam KSSM lebih memberi penekanan kepada aspek amali


dan penghayatan. Setiap tajuk yang bersesuaian akan dilaksanakan
secara amali. Berbanding dengan Pendidikan Islam KBSM yang hanya
mengkhususkan satu waktu amali untuk solat sahaja.
Pentaksiran

Pendidikan

Islam

KSSM

juga

dilaksanakan

secara

berasaskan sekolah. Murid dinilai secara lebih menyeluruh dan


berterusan. Murid tidak hanya dinilai pada aspek kognitif sahaja malah
dinilai juga pada aspek afektif dan psikomotor. Penghayatan murid
kepada setiap tajuk yang dipelajari akan dinilai.
Bagi tujuan penumpuan kepada penghayatan tajuk-tajuk dikurangkan
bagi memboleh guru memberi tumpuan kepada aspek penghayatan
murid kepada tajuk yang dipelajari.
13.2

Penstrukturan Bidang al Quran

Pendidikan Islam KBSM mempunyai tiga komponen iaitu ayat bacaan,


ayat hafazan dan ayat kefahaman manakala Pendidikan Islam KSSM
hanya ada dua komponen iaitu ayat bacaan dan hafazan serta ayat
bacaan dan kefahaman.
Ayat-ayat hafazan adalah ayat-ayat yang perlu dihafal oleh murid
untuk dijadikan amalan harian dan amalan ketika bersama dengan
masyarakat. Ayat-ayat tersebut juga menjadi ayat bacaan.
9

Konsep Kurikulum Pendidikan Islam KSSM


Ayat-ayat kefahaman dipilih bersamakan tema, seperti tema akidah,
akhlak, sains dan kemasyarakatan. Ayat-ayat tersebut juga menjadi
ayat bacaan.
Dalam Pendidikan Islam KBSM hukum tajwid dipelajari secara aplikasi
di dalam ayat bacaan. Manakala Pendidikan Islam KSSM hukum tajwid
dipelajari secara ilmu dan diapliksasi dalam ayat bacaan.
13.3

Penstrukturan Bidang Sirah dan Tamadun

Bagi tujuan penumpuan kepada penghayatan tajuk-tajuk di dalam


Bidang

Sirah

dan

Tamadun

distruktur

semula

dengan

hanya

menumpukan kepada tajuk-tajuk yang penting sahaja. Sebagai contoh


tajuk kerajaan Umaiyah, Abbasiah dan Othmaniah hanya memberi
tumpuan kepada faktor kegemilangan dan faktor kejatuhan sahaja.
Perbincangan tentang tokoh juga diringkaskan bagi memberi masa
untuk menghayati pengajaran daripada tajuk-tajuk yang dipelajari,
13.4

Penstrukturan Bidang Akhlak

Pendidikan

Islam

KBSM

hanya

menumpukan

kepada

tajuk-tajuk

berkaitan adab. Pendidikan Islam KSSM memasukkan tajuk-tajuk


berkaitan akhlak seperti amanah, tawadhuk, malu, pemaaf, qanaah
mahabbah

dan

istiqomah

bagi

menguatkan

rohani

murid

dan

pemangkin kepada adab dan tingkah laku yang baik.


14. Penutup
Penggubalan Kurikulum Pendidikan Islam KSSM yang berasaskan sumber
ilmu muktabar dan merangkumi segenap aspek ilmu asas pengajian Islam
serta kesepaduan antara ilmu naqli dan ilmu aqli diharap dapat memenuhi
keperluan

membentuk

seorang

muslim

yang

bersedia

dan

mampu

melaksanakan tanggungjawap sebagai seorang hamba dan khalifah Allah.

10