Anda di halaman 1dari 2

Apa itu Cholera

Cholera adalah penyakit yang menyebabkan cirit-birit oleh kanakkanak dan orang dewasa.
Tanda-tanda penyakit cholera adalah keadaan cirit birit (kadangkala
muntah-muntah) yang teruk yang boleh menyebabkan seseorang itu
kehilangan air yang banyak dan mengakibatkan dehirasi
(dehydration). Tanda-tanda dihidrasi adalah lemah dan tidak bermaya,
keadaan mulut yang kering. dan juga tidak aktif bagi kanak-kanak.
Jika seseorang itu lambat mendapat bantuan., ianya boleh
menyebabkan maut.
Bagaimana Cholera Merebak
Cholera boleh merebak melalui:
Kuman Cholera (Vibrio Cholera) boleh merebak melalui medium air,
samada air sungai, air minuman, air perigi dan sebagainya. Seseorang
yang mengidap cholera boleh menjangkiti orang lain dari najisnya
(seperti membuang air di sungai), tanganya, dan juga makanan yang
disediakan atau dijual.
Penyakit ini boleh merebak melalui:
1. Air yang tidak bersih contohnya ialah air perigi yang telah dicemari.
termasuk air batu yang dibuat dari air yang tidak bersih. Cuba elakkan
dari menggunakan perigi atau sungai yang tercemar dengan Cholera.
2. Makanan yang tercemar.
3. Tangan yang tercemar dari orang lain. Elakkan dari makan di gerai
makanan yang kotor dan dimana orang yang menyediakan makanan
tidak menjaga kebersihan diri.
Tiga langkah yang asas untuk mengelakkan Cholera:
1. MASAK MAKANAN ANDA
2. REBUS AIR MINUMAN ANDA (Merebus air membunuh kuman itu)
3. BASUH TANGAN ANDA.
Adakah anda memasak makanan dengan betul?
1. Masak makanan dengan sempurna samada daging, ikan atau
sayuran
2. Makan makanan ketika panas

Membasuh Tangan Menjauhi dari Cholera


1. Basuh tangan sebelum memasak atau menyaji makanan.
2. Basuh pinggan mangkuk dengan sabun dan air
3. Basuh Alas pemotong makanan dengan air dan sabun.
Mengupas buah-buahan boleh menjauhi dari Cholera bagi buahbuahan yang boleh dikupas kulitnya.
Basuh tangan Anda:
1. Selepas menggunakan tandas atau membersihkan anak-anak anda.
2. Sebelum menyediakan makanan.
3. Sebelum makan dan sebelum meberi makan pada anak-anak anda.
Bagaimana membasuh tangan dengan betul:
Gunakan sabun dan air
Gunakan air bersih yang banyak.
Basuh kesemua bahagian tangan, tapak tangan, belakan tangan, di
celah jari dan di bawah kuku.
Bolehkan Cholera Dirawat:
Cholera boleh dirawat !
Jika anda mengalami cirit birit dan terdapat kes Cholera di kawasan
anda, cuba minum banyak air dan Garam Rehydrasi (Oral Rehydration
Salt).
Pergi segera ke pusat kesihatan yang berhampiran.

Anda mungkin juga menyukai