Anda di halaman 1dari 6

Muhammad Aqra Rayyan.

Nama yang berjaya membuat hati seorang gadis


berdegup kencang tanpa perlu melihat wajah lelaki itu hati gadis itu sudah memahat
nama Muhammad Aqra Rayyan di dalam lubuk hatinya. Bukan kerana paras rupanya ,
hartanya , darjatnya akan tetapi lelaki itu berjaya meruntuhkan bata-bata yang kuat di
dalam hati gadis itu.
Dan gadis itu adalah Sarah Izandra seorang model yang hebat lagi seksi.
Senyuman sentiasa meniti di bibir gadis berusia 23 tahun ini. Gadis ini menjadi
kegilaan dan juga rebutan lelaki-lelaki di luar sana. Sikapnya yang manja periang dan
peramah membuatkan orang sekeliling ingin mendekatinya. Dia merupakan satusatunya anak tunggal Dr.Zayyn.
Awal daddy balik harini? Ada apa-apa ke balik awal, selalunya susah nak
nampak daddy dekat rumah. Dr.Zayyn hanya diam. Tidak membalas pertanyaan anak
kesayangannya Sarah.
Sarah, now you go upstair mandi, pakai baju sopan-sopan dah siap turun okay.
Daddy tunggu dekat bawah.
Empat puluh minit berlalu Dr.Zayyn menuggu Sarah turun dengan hanya tshirt tanpa lengan dan berseluar pendek. Sebelum sempat sarah melabuhkan
punggungnya di sofa, Dr.Zayyn menyuruhnya naik ke atas semula untuk menukar
pakaiannya. Sarah mencebik.
Ishhhh okay laa ni. Bukannya aku tak pakai baju pun. Walaupun Sarah
merungut, dia tetap menuruti perintah daddynya. Usai dia menukar baju, dia turun
semula ke ruang tamu.
Haaaa,,, macam ni laaa baru sopan anak daddy,, kan cantik kalau Sarah pakai
baju kurung. Sarah hanya senyum sinis. Daddy boleh Sarah tahu ada apa sebenarnya.
Sebenarnya,,,,, ting tong, ting tong belum sempat Dr.Zayyn ingin
memberitahu, ada orang menekan loceng rumahnya. Dr.Zayyn pun pergi untuk
membuka pintu. Sampai juga tetamu yang ditunggu-tunggu. Dr.Zayyn menjemput
Muhammad Aqra Rayyan masuk ke dalam rumah.

Sarah menanti siapakah lelaki yang berjalan masuk ke dalam rumahnya itu.
Terbeliak mata sarah melihat seorang lelaki yang memakai kopiah dan berjubah itu.
Sarah kenalkan ini Rayyan, Rayyan ini Sarah. Assalammualaikum saya
Rayyan, Muhammad Aqra Rayyan.
Wa,,,,,,,wa,,,, waalaikumsalam. Sarah Izandra just call me Sarah. Rayyan
hanya senyum melihat Sarah.
Selepas sarah menjawab salam, dia terus memandang daddynya dengan
pandangan yang tajam.
Sebelum sempat keadaan menjadi sunyi sepi, Dr.Zayyn memulakan
mukaddimahnya. Begini sarah, tujuan daddy menjemput Rayyan ke sini adalah untuk
kamu.
Terbeliak mata Sarah dengan kata-kata daddynya.
Sebenarnya daddy dah lama kenal dengan Rayyan ni. Dialah yang mengajar
daddy mengaji, solat, dan membuat amal ibadah. Selama ni daddy balik lewat
bukanlah sebab ada patients ataupun emergency. Tapi sebab daddy pergi menuntut
ilmu fardhu ain dan juga fardhu kifayah.
Terkesima Sarah dibuatya. Hanya mampu berdiam dan mendengar kata-kata
daddynya itu.
Daddy nak jodoh kan kamu berdua. Daddy dah anggap Rayyan ni macam
keluarga kita. Daddy selesa dan rasa tenang bila dia ada dengan kita.
Belum sempat Dr.Zayyn menghabiskan kata-katanya, Sarah terus mencelah.
No daddy!! It wouldnt happen. Sarah terus berlari naik ke atas.
Dr.Zayyn menghebus nafas hela, maafkan daddy Rayyan. Sarah memang
begitu perangainya. Takpa laaaa nanti daddy slow talk dengan dia.
Daddy, kalau Sarah tak nak jangan dipaksa. Nanti lain jadinya. Perempuan
zaman sekarang banyak yang ikut hati. Biarkanlah dia dulu. Kita tunggu je lah pintu
hatinya terbuka, InsyaAllah.

Baiklah nak. Tapi daddy nak sangat kamu menjadi menantu daddy. Daddy nak
kamu bimbing Sarah ke jalan yang benar. Daddy nak kamu mengubah cara
pakaiannya. Sudah banyak kali daddy tegur, tapi hanya masuk dalam telinga kanan
keluar telinga kiri. Sudah berbuih daddy menasihatkan Sarah.
InsyaAllah, Rayyan akan cuba yang terbaik. Mmm takpa laa kalau macam tu,
Rayyan balik dulu. Sampaikan salam Rayyan pada Sarah.
Baiklah lah nak kata Dr.Zayyn kepada Rayyan sambil menemani rayyan hingga
ke pintu. Kamu bawak kereta hati-hati jangan bawak laju-laju pula. Maklumlah nak
cepat sampai, gurau Dr.Zayyn. Rayyan hanya tersenyum dengan gurauan Dr.Zayyn.
Nanti kirim salam pada mak ayah kamu ya. Assalammualaikum, baik-baik jalan.
Baiklah, waalaikumsalam jawab Rayyan.
Termenung Dr.Zayyn memikirkan anak perempuannya itu. Bukannya aku
ingin menentukan calon suaminya, aku cuma nak yang terbaik untuk satu-satunya
anak aku, anak perempuanku. Hanya dialah harta aku yang tinggal di dunia ini.
Betul ke daddy nak jodoh kan aku dengan dia.? Nak ke dia terima aku? Aku ni
dah la seksi, dia pulak pak ustaz. Ishhhhh tak masuk tak masuk.
Ye aku mengaku, aku memang dah jatuh cinta dengan ustaz tu. Pandangan
pertamanya membuat aku termimpi-mimpi.
Tapi macam mana,,,, nak ke dia terima aku? Arghhhh nak cakap dengan daddy
tapi malu. Apa yang patut aku lakukan. Ngomel Sarah di dalam bilik.
Sarah,,,Sarah turun breakfast jerit Dr.Zayyn .
Sarah pun turun. Mm mmm morning daddy. Sorry about yesterday. Sarah
cuma terkejut dengan keputusan daddy. Ye lahh Sarah baru dua puluh tiga tahun,
Sarah tak fikir pun pasal kahwin or whatever. Im just want to be free. That it.
Hmmm daddy tahu, daddy Cuma nak yang terbaik je untuk Sarah. Itu je.
Takpa laa kita lupakan pasal semalam, if youre ready bagitahu daddy okay.

Haaa daddy nak cakap ni, malam ni Rayyan akan duduk dirumah kita selama
seminggu.
Terbeliak mata sarah. Tapi dalam hatinya berbunga-bunga. Yes yes yessss.
Heheh.
Mmmm but why daddy? Tanya sarah dengan nada yang lembut.
Sebab parents dia pergi Umrah, so dekat rumah dia takda siapa-siapa. Jadi ,
daddy suruh dia stay rumah kita. Kenapa Sarah tak selesa ke?
Eyhh eyhh tak, tak. Sarah okay je. Lagipun daddy cakap daddy selesa kan
dengan dia,, so,,,, Sarah okay je la.
Dr.Zayyn mula syak sesuatu. Selalunya anak perempuannya bukan macam ni.
Selalunya dia akan membangkang atau marah kalau ada orang nak duduk
dirumahnya, katanya tidak selesa laa itu lah ini lah. Macam-macam alasan yang
diberi. Tapi kenapa Rayyan dia setuju, dia suka Rayyan ke?? Keanehan anaknya
bermain-main difikirannya.
Usai saja perbualan di meja makan, mereka pergi ke ruang tamu untuk
menonton rancangan kegemarannya Hagemaru. Dr.Zayyn hanya melayan sahaja
kerenah anaknya itu.
Tidak lama kemudian, bunyi loceng pintu dan ada orang memberi salam. Hati
Sarah berdebar-debar menanti siapakah gerangan tersebut. Hatinya berdegup kencang
apabila mendengar suara Rayyan. Dia mula berpeluh dengan ketibaan pak ustaz itu.
Assalammualaikum Sarah sapa Rayyan. Waalaikumsalam jawabnya dengan
nada selamba. Walhal dalam hatinya menjerit-jerit kegembiraan akan kedatangan
Rayyan.
Selama seminggu Rayyan di rumahnya, Rayyan bisa membuat hatinya terbuka
dengan kedatangannya. Sarah mula mengubah cara pemakaiannya, adabnya dan
sebagainya. Dr.Zayyn sangat gembira dengan perubahan yang berlaku kepada Sarah.
Sarah memerap dirinya didalam bilik. Hmmm betul ke apa yang aku buat ni.
Betul ke aku pilih pak ustaz tu. Haishhhh ngeluh Sarah. Jika benar aku jatuh cinta
pada pak ustaz tu, boleh ke pak ustaz tu terima aku. Aku dah lah seksi, kerjaya aku

macam mana pula? Peminat aku lagi,, tapi aku benar-benar sukakan ustaz tu. Dalam
banyak-banyak laki, dia saja yang faham aku, pandai ambil hati aku, walhal baru
seminggu dia kenal aku. Adakah dia jodohku,,, tanpa sedar lamunannya itu
membuatkannya terlena hingga keesokan paginya.
Morning dad, morning sayang jawab daddynya. Eyhh Sarah cantik-cantik ni
nak kemana tanya daddynya. Sarah nak pergi jumpa bos Sarah sekejap. Sarah ingat
sarah nak stop jadi model. Terkejut Dr.Zayyn dengan keputusan anaknya itu. But why
sayang. Mmmm daddy,,,, Sarah ada benda nak discuss dengan daddy ni. Ada apa
sayang,, cakap je laa,,
Mmmm macam ni,, Sarah sebenarnya dah jatuh cinta dengan anak lelaki
kesayangan daddy tu,, Dr.Zayyn binggung. Siapa yang Sarah maksudkan ni. Alaaaa
daddy,,, saja je kan. Ngomel Sarah. Mmmm Rayyan laaa,, siapa lagi.
Dr.Zayyn terkejut dengan kata-kata anaknya itu. Sarah,, are you serious?? Yes
daddy jawab Sarah. Sarah rasa Sarah dah sedia untuk berkahwin. Merah pipi Sarah
dibuatnya. Boleh tak daddy lamar Rayyan untuk Sarah. Sarah tak nak Rayyan yang
lamar Sarah. Sarah nak Sarah yang lamar dia. Boleh kan ???
Dr.Zayyn gembira dengan keputusan anaknya itu. Tapi Dr.Zayyn hairan.
Kenapa kamu nak lamar Rayyan. Tanya Dr.Zayyn kepada Sarah.
Tak salahkan Sarah nak lamar dia. Bukan apa daddy, Sarah rasa dia yang
terbaik buat Sarah. Kalau daddy nak tahu, dah tiga kali berturut-turut Sarah mimpi
Rayyan. Sebab tu Sarah ambil keputusan untuk melamar Rayyan.
Baiklah kalau itu yang Sarah inginkan, kata Dr.Zayyn.
Keesokkan harinya Dr.Zayyn datang ke rumah Rayyan dan membincangkan
hal ini. Selesai perbincangan keluarga Rayyan dan Dr.Zayyn, Rayyan bersetuju untuk
memperisterikan Sarah. Tarikh sudah dibincangkan dan hujung bulan ini mulalah
kehidupan baru Sarah sebagai seorang isteri.
29 April tarikh yang dipilih untuk melangsungkan perkahwinannya. Anggaran
tetamu yang hadir dalam dua ribu orang. Tema yang dipilih adalah warna kegemaran
Sarah. Purple adalah pilihan Sarah. Ramai yang terkejut dengan pilihan hati Sarah dan
perubahan Sarah.

Kehidupan Sarah tidak lagi seperti dulu,seorang model yang seksi kini
bertukar menjadi seorang muslimah,
Kini dia mempunyai seorang suami yang sangat penyayang dan memahami.
Atas bimbingan Rayyan, kini Sarah sudah pandai mengaji dan lebih mengejutkan
Dr.Zayyn kini Sarah sudah menutup aurat malah memakai purdah. Dr.Zayyn benarbenar gembira dengan perubahan yang gratis dari anaknya itu.

Anda mungkin juga menyukai