Anda di halaman 1dari 3

"Melestarikan alam sekitar tanggungjawab kita bersama"

melestarikan alam sekitar tanggungjawab kita bersama berdefinisi sebagai


mengekalkan ketulenan alam amanah kita semua. senario ini mempunyai aspek
yang begitu meluas tetapi jika kita renung dan teliti dengan sedalam-dalamnya
terdapat 1 aspek yang perlu dipertekankan dibawah kata kunci tanggungjawab
bersama.Sebenarnya alam sekitar bagaikan isi dengan kuku hubungannya
dengan manusia, kerana manusia dan alam sekitar memerlukan antara satu
sama lain justeru alam sekitar perlu diberi dilestarikan agar seluruh organisma di
bumi ini dapat hidup dangan selesa dan harmoni.
Salah satu daripada bagi melestarikanalam sekitar ialah mengadakan kempen
kesedaran alam sekitar,tujuannya bukanlah untuk membebankan,melecehkan
mahupun menyusahkan hadirin hadirat,sebaliknya meminimumkan masalah
pencemaran alam yang berlaku secara abnormal,sepertimana proses
penebangan dan pembakaran hutan untuk tujuan pembangunan,yang kononnya
untuk menjimatkan masa,tenaga serta mengelakkan bebanan kos. Deklarasi
demi deklarasi telah dijalankan,memang mejoritinya semua individu sedar akan
kepentingan menjaga alam sekitar namun segalanya hanya rayuan manis dibibir
senyuman sinis yang dilemparkan.kita sebenarnya tidak sedar bahawa bumi ini
bukan milik kita sebaliknya kita hanya meminjam dari generasi yang akan
datang. Tuntasnya kempen kesedaran wajar dilaksanakan agar masyarakat sedar
akan tindak tanduk mereka dan segera melestarikan alam sekitar.

yang ke-2 ialah ibu bapa perlu memainkan peranan dalam mengatasi masalah
pencemaran alam sekitar. Hal ini kerana ibu bapa merupakan orang yang
mempunyai masa senggang yang panjang bersama anak-anak.terdapat
segelintir remaja mahupun kanak-kanak yang masih lagi acuh tak acuh dalam
aspek kebersihan.Sebagai contoh yang mudah, pembuangan puntung rokok dan
kertas pembalut gula-gula di merata-rata tempat, acapkali kita lihat tempattempat seperti perhentian bas dan tandas awam dicemari oleh benda-benda
kecil ini,sebenarnya setiap individu daripada kita mempunyai peranan dalam
usaha melestarikan alam sekitar, walaupun ianya remeh,namun jangan di
sebabkan remeh kelak membinasakan masyarakat sekaligus merobek keindahan
alam. Tegasnya ibu bapa perlu memberi contoh dan teladan yang baik kepada
anak-anak di samping menasihati mereka supaya mencintai kerbersihan alam
sekitar bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.
yang ke-3 ialah pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas dengan
menguatkuasakan undang-undang alam sekitar di Negara kita sekaligus
mengenakan denda yang sebati dengan kesalahan yang dilakukan sepertimana
yang termaktub dalam seksyen 29 akta kualiti alam 1974 yang menyatakan
bahawa sesiapa yang melakukan kerosakan alam sekitar boleh didenda RM500
000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali. Hal ini kerana
segelintir individu masih lagi tidak bertanggungjawab dengan melakukan
perbuatan yang mencabul keindahan alam sedangkan kita dituntut menjaga

kebersihan dan mencintai alam sekitar begitu juga Mahatma Gandhi,pemimpin


india tersohor ada mengatakan bumi pada hari ini hanya mencukupi bagi orang
biasa tetapi tidak kepada orang yang tamak haloba, yang membawa maksud
mereka yang mencemarkan alam sekitar demi mendapatkan keuntungan tidak
berhak keatas bumi ini. kata-kata ini membuatkan saya cukup terpanggil untuk
mengajak saudara saudari memikirkan kepentingan manusia melestarikan alam
sekitar kita. Rasionalnya jika amalan ini tidak dipratikkan maka sukarlah untuk
kita merealisasikancabaran ke-4 dengan wawasan 2020

yang ke-4 menekankan pihak media massa sebagai salah satu medium efektif
dalam melestarikan alam sekitar, hal ini merujuk kepada peranan media massa
yang mampu mempengaruhi minda masyarakat, terutamanya remaja selaku
generasi pelapis untuk melesterikan alm sekitar tercinta. Pelbagai informasi
tentang alam sekitar dapat di perolehi melalui media ini, sama ada melalui
iklan,berita,wawancara mahupun rancangan berbentuk dokumentari. Senario ini
secara tidak langsung dapat memberi kesedaran kepada masyarakat tentang
kepentingan alam sekitar, apakan kesan-kesan kemusnahanya? serta yang
paling utama bagaimanakah cara-cara untuk kita menjaganya, enak lauk di
kunyah-kunyah,enak kata diulang-ulang,sekiranya iklan tentang kepenting
melestarikan alam sekitar ini sering diulangi,acapkali didengar,sudah pasti setiap
individu dalam masyarakat merasakan tanggungjawab yang harus dipikul dalam
mengekalkan keindahan alam sekitar. Tegasnya pihak media massa perlu
berganding bahu kerana mereka merupakan salah satu pihak yang penting
dalam memberi pendekatan kepada masyarakat dengan lebih efektif.

Harus di kejut mana yang lena,


Harus ditegur mana yang alpa.
Sebelum manusia ditimpa bencana,
Sebelum alam mulai berbicara.

Oleh itu,bukalah mata seluasnya dan sama-sama kita memulakan anjakkan


paradigma dangan menanamkan semangat cintakan alam sekitar.ingatlah alam
cemerlang,hidup gemilang. Jadi anda bayangkan andainya alam boleh berbicara
dan mungkin inilah luahan perasaan sebatang pokok meranti ataupun seekor
semut merah.konklusinya manusia mengancam manusia yang terancam.
Persoalannya demi mengejar sesuatu kemajuan,haruskah alam menjadi taruhan?
Fikir-fikirkan agar masalah ini tidak akan berleluasa sehingga mengakibatkan
ledakan tsunami di jepun, gunung merapi memuntahkan lavanya,dan taufan
Katrina serta Wilma Amarika. Tepuk dada tanyalah minda,tepuk dahi fikirlah
sendiri, melestarikan alam sekitar tanggungjawab kita bersama

Pada era globalisasi yang maju ini,terdapat pelbagai masalah social yang sering berlaku.Masalah
yang paling kronik dan serius di nagara kita ialah pencemaran. Pencemaran yang sering berlaku
disebabkab oleh adanya rakyat yang tidak bertanggungjawab dan menyayangi terhadap alam
sekeliling yang dianugerahi oleh tuhan.Untuk mengatasi masalah ini,semua masyarakat seharusnya
mempunyai kesedaran terhadap masalah ini dan berusaha menyelesaikannya.
Pencemaran yang seringkali berlaku ialah pencemaran udara.Penemaran ini sering berlaku kerana
adanya pihak perusaha kilang yang tidak bertanggungjawap dengan mengeluarkan gas-gas toksid
tanpa dilapiskan.Selain itu,asap yang dikeluarkan daripada kenderaan juga merupakan salah satu
faktor berlakunya.Oleh itu,pihak yang berkaitan dengan hal ini perlulah berfikir secara rasional iaitu
meraka perlu berfikir berasakan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan berasakan
pertimbangan yang wajar untuk mengatasi masalah ini.
Selain itu,pencemaran air juga merupakan salah satu pencemaran yang paling membawa masalah
kepada kita,alam sekeliling dan negara.Masyarakat kita yang suka membuangkan sampah ke dalam
sungai menyebabkan kehiupan haiwan di sungai terjejas dan juga menyebabkan berlaku banjir.Ini
berpunca daripada kegiatan masyarakat yang tidak mempunyai prihatin terhadap alam
sekeliling.Masyarakat haruslah mengamalkan nilai peka terhadap isu-isu alam sekitar yang bererti
prihatin terhadap persoalan yang berkaitan dengan sekeliling dan berusaha untuk menyelesaikannya.
Seterusnya,pencemaran bunyi juga semakin serius di negara kita pada masa kini.Oleh itu,kita perlu
mengamalkan nilai kesederhanaan terhadap masalah ini.Kita seharusnya bersikap tidak keterlaluan
dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran, pertuturan atau perlakuan
tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain.Contohnya, kita tidak sewajarnya membuka radio
atau lagu dengan bunyi yang tinggi pada waktu malam serta tidak membunyikan hon dengan segaja
ketika memandu.
Kesimpulannya,kita hendaklah menyayangi dan menghargai alam sekitar untuk mengekalkan
keseimbangan alam sekeliling.Selain itu,kita juga harus mengamalkan nilai kemapanan terhadap
alam sekitar sebagai tanggungjawap bersama untuk mengekalkan kesejahteraan
hidup.Sekiranya,kita dapat mengamalkan nilai-nilai di atas,masalah pencemaran di negara kita tentu
apat diatasi dan negara kita juga akan mencapai wawasan 2020.

Anda mungkin juga menyukai