Ya Allah Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Segala pujian dari kami hanya layak bagi Mu, yang Maha Pencipta segala kejadian. Sesungguhnya kami menadah tangan pada malam ini, ingin merafakan kesyukuran kepadamu kerana mengizinkan kami untuk berada di Majlis ini. Allahumma Ya Zalmanni Wala Yamunnu `Alaika Ya Zaljalaali Wal Ikram, Tuhan yang memiliki segala sifat kesempurnaan, Perbaiki dan peliharalah, hubungan diantara kami, mesrakan diantara hati-hati kami, dan rapatkan hubungan silaturrahim diantara kami. Kami mohon pada mu Ya Allah, rahmat dan kasih sayang, anugerahkan Majlis dan perhimpunan kami pada malam ini, sebagai satu majlis ilmu lagi bermanfaat. Sematkan di jiwa kami Ya Allah, semangat yang jitu dalam menuntut ilmu, istiqamah dalam mengejar cita-cita dan kejayaan, azam yang tinggi dalam kehidupan, ke arah menjadikan kami keseluruhannya sebagai bangsa dan negara cemerlang, gemilang dan terbilang. Allahumma Antal Kabirul Mutaal Tuhan yang Maha Perkasa, Perkuat dan perteguhkan jati diri dan martabat bangsa, untuk kami kuasai segala bidang ilmu yang engkau hamparkan, Kami mohon pada Mu Ya Allah, kembangkan kebolehan, mantapkan dan suburkan bakat para pelajar kami supaya mereka menjadi pelapis kepemimpinan negara. Kurniakan kepada kami Ya Allah, kekayaan ilmu pengetahuan, dan hiasi diri kami dengan sifat lemah lembut, muliakan kami dengan ketaqwaan dan ketaatan. Robbana a-tina fiddunya hasanah, wa filakhirati hasanah, wa-qina azabannar. Wasol-lallah-hu ala saidina Muhammad, wa-ala a-lihi wasoh-bihi wasallam, walhamdulill-hirobbil-alamin.