Anda di halaman 1dari 21

Biodata Saya

CSG 2011
Nama : Siti Nur Hazwani Binti Rahim
Kumpulan : B
Program : ISMP Bimbingan dan Kaunseling
Fakulti : Pembangunan dan Pendidikan Manusia
Status Pendidikan Sekarang : Ijazah Sarjana Muda (Degree)
Tarikh Lahir : 12 Jun 1994

Minggu 1 teori

Nama : Siti Nur Hazwani Binti Rahim


No matrik : D20142068867
Masa : 5 7 Petang
Tempat : Dewan Kuliah E-Learning
Tarikh : 25 Feb 2016
Tajuk : Refleksi Minggu 1 Teori
1. Pada minggu ini, kami telah diajar mengenai apa itu bola
tampar dan sejarah mengenainya.
2. Kami telah dikumpulkan di dalam dewan kuliah e-learning
untuk sesi pertemuan yang pertama.
3. Tenaga pengajar telah memperkenalkan diri dan memulakan
kuliah.
4. Kami telah diterangkan mengenai sejarah bola tampar, alatan
permainan yang digunakan untuk bermain bola tampar, saiz
gelanggang dan lain-lain.
5. Kami juga ditayangkan video tentang permainan bola tampar
yang dimainkan oleh atlet professional bola tampar.
6. Sesi pemilihan ahli jawatan kuasa untuk program juga dipilih
pada hari tersebut.
7. Sesi bersurai.
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN BOLA TAMPAR
Permainan bola tampar telah direka oleh Professor William G.
Morgan (1870 1942) pada 9 Februari, 1895 di Young Mens
Christian Association (YMCA) Holyoke, Massachusetts, Amerika
Syarikat. Permainan ini direka berdasarkan permainan tenis (jaring)
dan bola keranjang (bola), dan beliau menamakan permainan baru
ini sebagai Mintonette.
Pada tahun 1896, nama tersebut telah ditukar kepada Volley Ball
setelah cadangan dibuat oleh Professor Alfred T. Halstead, dan
diterima
oleh
Morgan
dalam
persidangan.
Pada
tahun
1952, Jawatankuasa
Pentadbiran
United
States
Volleyball
Association (USVBA) telah memutuskan supaya nama permainan ini
dieja sebagai satu perkataan, Volleyball. Persekutuan bola tampar
antarabangsa (Federation Internationale de Volleyball FIVB) telah
ditubuhkan pada tahun 1947.Kejohanan bola tampar sedunia
bahagian lelaki yang pertama telah diadakan di Prague pada tahun
1949 manakala Kejohanan bola tampar sedunia yang pertama untuk
wanita telah berlangsung di Paris pada tahun 1951.
Pada tahun 1957, sukan bola tampar telah diperkenalkan sebagai
sukan berpasukan Olimpik dan kemudiannya buat pertama kali
dipertandingkan di Sukan Olimpik yang ke-18 di Tokyo pada tahun
1964. Rusia berjaya dalam bahagian lelaki manakala pasukan Jepun
mendapat pingat emas dalam acara wanita. Pada masa ini, sukan

Bola
Tampar
ialah
salah
satu
daripada
lima
jenis
sukan antarabangsa yang terbesar di dunia. FIVB kini mempunyai
220 negara yang menjadi ahli gabungan termasuk 53 dari Afrika, 65
dari Asia, 56 dari Eropah, 34 dari NORCECA (North, Central America
and the Caribbean) dan 12 dari Amerika Selatan, telah merupakan
persekutuan sukan antarabangsa yang paling besar di dunia.
SEJARAH DI MALAYSIA
Pada awal tahun 1930-an, pasukan bola tampar dari universiti Hong
Kong dan China telah melawat ke Tanah Melayu untuk mengadakan
perlawanan persahabatan di bandar-bandar yang besar seperti
Singapura, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Pada ketika itu,
perlawanan bola tampar dianjurkan oleh Persatuan Olahraga Cina
(Chinese Athletics Association) mengikut negeri masing-masing.

Federation of Malaya Amateur Volleyball Association (kini dikenali


sebagai Persatuan Bola Tampar Malaysia - MAVA) telah didaftarkan
pada 9 Julai 1959 dengan nombor pendaftaran 1002 di Pulau
Pinang. MAVA menjadi ahli gabungan kepada Majlis Olimpik Malaysia
(OCM) dan persekutuan bola tampar antarabangsa (Federation
Internationale de Volleyball FIVB) pada tahun 1962.
MAVA terus memainkan peranan terhadap perkembangan sukan
bola tampar dengan penaja 4 Kejohanan Bola Tampar Kebangsaan
dari 1960 hingga 1963 yang dianjurkan oleh negeri Pulau Pinang,
Perak, Selangor dan Pahang. Ketika itu, sistem 9 orang pemain
sebelah masih digunakan. Mulai tahun 1965, MAVA telah
memperkenalkan sistem 6 pemain sebelah mengikut sistem
antarabangsa pada kejohanan kebangsaan yang pertama
berlangsung di Singapura. Acara wanita hanya diperkenalkan dalam
tahun 1966.
Dalam tahun 1990-an, banyak program pembangunan dan
pertandingan peringkat antarabangsa telah dilancar dan dikelolakan
dengan jayanya oleh MAVA. Antaranya adalah seperti bola tampar

mini bawah12 tahun, pertandingan bawah 15 tahun, bola tampar


pantai, liga bola tampar Semi-Pro, Remaja SEA, Remaja Wanita Asia,
Grand Prix Dunia Wanita dan Remaja Lelaki Sedunia.
Pada masa ini, MAVA mempunyai 17 ahli gabungan penuh daripada
semua negeri di Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan, PDRM dan
Angkatan Tentera Malaysia, manakala Bomba Malaysia dan Majlis
Bandaraya Shah Alam sebagai ahli bersekutu. Bola Tampar Mini
diasaskan oleh Dr. Horst Baacke di Jerman pada tahun 1960-an.
Pada tahun 1990, permainan bola tampar mini telah mula
diperkenalkan di Malaysia, dan MAVA telah menganjurkan Kejohanan
Bola Tampar Mini Kebangsaan. Mulai tahun 1993, Kejohanan Bola
Tampar Mini telah diambil alih oleh MSSM. Kejohanan tersebut telah
berlangsung bersama-sama dengan kejohanan bawah 18 tahun di
Sintok (UUM), kedah.
PERALATAN DAN PAKAIAN BOLA TAMPAR

GELANGGANG BOLA TAMPAR

Minggu 2 servis bawah


Nama : Siti Nur Hazwani Binti Rahim
No matrik : D20142068867
Masa : 5 7 Petang
Tempat : Gelanggang Bola Tampar Kampus Sultan Abdul Jalil Shah
UPSI (KSAJ)
Tarikh : 3 Mac 2016
Tajuk :

Servis bawah tangan


Gambarajah menunjukkan lakuan servis bawah.

1) Fasa Permulaan
Berdiri dengan kaki kangkang, jaraknya lebih kurang luas bahu.
Kaki kiri ke hadapan untuk peservis yang biasanya menggunakan tangan
kanan (right handed server).
Kaki depan menuju ke arah di mana servis akan ditujukan.
Bengkokkan sedikit lutut.
Badan menghadap ke hadapan.
Letak bola di tangan kiri untuk peservis tangan kanan di depan dan
sebelah kanan badan.
Berdiri berjauhan di antara 2 hingga 10 kaki daripada garisan belakang.
2) Fasa Perlaksanaan
Lutut dibengkokkan dan kaki ke belakang sedikit.
Pada masa yang sama bola dilambungkan terus ke atas di hadapan
Tangan akan memukul bola tersebut (striking hand).
Semasa bola dilambungkan tangan yang membuat servis di tarik kebelakang
mengikut pergerakkan buah bandul jam
Apabila bola yang dilambungkan telah mencapai puncaknya, berat badan
akan dipindahkan dan hayunan tangan ke hadapan dimulakan.
Kontak bola dimulakan tangan memukul (sama ada dengan bahagian
bawah tangan, tapak tangan atau buku lima).
Bola dipukul di tengah atau di bawah sedikit dengan lengan yang lurus.
3) Fasa Ikut Lajak
Ikut lajak dengan lengan servis dihadkan.
Pergerakan tangan ditegarkan untuk mengelakkan putaran bola.
Memastikan mata sentiasa mengikut laluan bola.

M3 servis atas (spin+float)


Nama : Siti Nur Hazwani Binti Rahim
No matrik : D20142068867
Masa : 5 7 Petang
Tempat : Gelanggang Bola Tampar Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI (KSAJ)
Tarikh : 10 Mac 2016
Tajuk :
1. Kemahiran servis
Servis dilakukan untuk memulakan permainan. Servis dilakukan dari bahagian
belakang luar gelanggang.Terdapat dua jenis servis,iaitu servis bawah tangan dan
servis atas kepala.
Servis atas kepala
Gambarajah menunjukkan lakuan servis atas kepala.

1) Fasa Permulaan
Berdiri menghadap jaring dengan kaki seluas bahu.
Kaki kiri di hadapan bagi peservis yang menggunakan tangan kanan.
Pegang bola dalam tangan lambungan(tossing hand) lebih kurang satu
kaki ke sebelah kanan muka peservis yang menggunakan tangan kanan.
Menyokong bola dengan tangan servis (serving hand).
2) Fasa Perlaksanaan
Melambungkan bola lebih kurang tiga kaki ke atas kepala dan di hadapan
bahu lengan yang membuat servis.
Memindah berat badan dari belakang ke hadapan.
Menghayun lengan yang membuat servis seperti seperti aksi membaling
bola.
Memukul bola dengan tapak tangan dan jari di keliling bola.
Gunakan pergerakan pergelangan tangan yang cepat untuk melakukan
putar depan

3) Fasa ikut lajak


Ikut lajak dengan lengan servis ke pertengahan badan.
Memindahkan berat badan dari belakang ke depan.

M4 servis bawah dan atas


Nama : Siti Nur Hazwani Binti Rahim
No matrik : D20142068867
Masa : 5 7 Petang
Tempat : Gelanggang Bola Tampar Kampus Sultan Abdul Jalil Shah
UPSI (KSAJ)
Tarikh : 17 Mac 2016
Tajuk :

M5 digging
Nama : Siti Nur Hazwani Binti Rahim
No matrik : D20142068867
Masa : 5 7 Petang
Tempat : Gelanggang Bola Tampar Kampus Sultan Abdul Jalil Shah
UPSI (KSAJ)
Tarikh : 24 Mac 2016
Tajuk :
Menyangga
Sebelum anda mahir dalam permainan bola tampar anda perlu
menguasai kemahiran asas ini. Kemahiran menyangga penting agar
anda dapat menguasai cara menghantar bola ke pihak lawan.
Hantaran bawah tangan juga dikenali sebagai hantaran menyangga
atau 'dig'. Hantaran ini dilakukan pada aras bawah tangan yang
menggunakan dua belah tangan (a two-handed underhand pass)
dan merupakan jenis hantaran yang lazim digunakan dalam
permainan bola tampar. Kemahiran menyangga juga digunakan
apabila bola berada terlalu dekat dengan lantai dan pemain tidak
sempat mengambil posisi yang baik untuk menggunakan hantaran
atas kepala.
Kemahiran dig juga digunakan sebagai teknik menahan,
terutamanya untuk menyelamatkan hantaran dan juga mengawal
semula bola. Contohnya, apabila pihak lawan merejam bola atau
bola dimainkan ke satu posisi yang tidak membolehkan penerima
menggunakan hantaran atas kepala maka penerima hantaran akan
menggunakan dig untuk menyelamatkan pukulan tersebut.
Teknik-teknik Menyangga:
Pastikan kedua-dua ibu jari adalah selari.
Jari-jari hendaklah dilipat dan dirapatkan antara satu sama
yang lain.

Kedua-dua siku dikunci dengan lengan dan pergelangan


tangan diluruskan ke hadapan.
Kaki dijarakkan denga sebelah kaki diletakkan di hadapan dan
lutut dibengkokkan untuk menerima hantaran.
Letakkan kaki luar ke hadapan dan pusing badan untuk
menghadap sasaran sebelum bermain bola.
Tolak bola ke atas dengan pergerakan bahu yang minimum.
Elakkan daripada menghayun lengan untuk menampar bola.
Pastikan tapak pemukul (platform) adalah stabil.
Kendurkan bahagian atas tubuh.
Hantar bola tinggi agar pukulan bola yang seterusnya dapat
disambut dengan baik oleh ahli pasukan yang lain.
M6 setting
Nama : Siti Nur Hazwani Binti Rahim
No matrik : D20142068867
Masa : 5 7 Petang
Tempat : Gelanggang Bola Tampar Kampus Sultan Abdul Jalil Shah
UPSI (KSAJ)
Tarikh : 31 Mac 2016
Tajuk :

M7 blocking
Nama : Siti Nur Hazwani Binti Rahim
No matrik : D20142068867
Masa : 5 7 Petang
Tempat : Gelanggang Bola Tampar Kampus Sultan Abdul Jalil Shah
UPSI (KSAJ)
Tarikh : 7 April 2016
Tajuk :
MENGHADANG
Seperti kemahiran merejam, kemahiran menghadang juga agak
sukar dikuasai. Sungguhpun begitu, kemahiran ini juga penting
untuk menghadang rejaman. Halangan dilakukan oleh dua orang
pemain hadapan dari pasukan yang bertahan. Kedua-dua pemain
akan melonjak dan cuba menghalang bola yang direjam dengan
kedua-dua belah tangan.

M8 undang2
Nama : Siti Nur Hazwani Binti Rahim
No matrik : D20142068867
Masa : 5 7 Petang
Tempat : Gelanggang Bola Tampar Kampus Sultan Abdul Jalil Shah
UPSI (KSAJ)
Tarikh : 21 April 2016
Tajuk :

M9 ujian kemahiran
Nama : Siti Nur Hazwani Binti Rahim
No matrik : D20142068867
Masa : 5 7 Petang
Tempat : Gelanggang Bola Tampar Kampus Sultan Abdul Jalil Shah
UPSI (KSAJ)
Tarikh : 28 April 2016
Tajuk :
M10 ujian kemahiran
Nama : Siti Nur Hazwani Binti Rahim
No matrik : D20142068867
Masa : 5 7 Petang
Tempat : Gelanggang Bola Tampar Kampus Sultan Abdul Jalil Shah
UPSI (KSAJ)
Tarikh : 5 Mei 2016
Tajuk :
PUKULAN SERVIS

Servis ialah pukulan yang dilakukan selepas mendapat mata atau


berjaya mematikan servis di gelanggang lawan. Terdapat pelbagai
cara pukulan servis. Sebagai permulaan untuk bermain bola tampar,
servis bawah bahu dan servis atas bahu biasa digunakan.
Servis bawah bahu
Pukulan servis bawah bahu merupakan servis yang tepat dan
mudah dipelajari. Gaya servis ini juga mengelakkan daripada faul
servis.

Servis atas bahu


Servis atas bahu yang baik boleh menyebabkan pihak lawan
tertekan dan sukar untuk memainkan bola. Perlakuan servis atas
bahu menyerupai servis dalam permainan tenis.

PUKULAN MENYANGGA
Pukulan menyangga digunakan apabila bola berada di bawah paras
mata. Kebanyakan pemain belakang gelanggang menggunakan
kemahiran ini sewaktu menerima bola servis atau bola rejaman.
Pukulan menyangga dilakukan supaya dapat memainkan bola
dengan tangan. Bahagian tangan yang sesuai untuk menyangga
ialah antara tangan hingga kesiku. Lutut perlu dibengkokkan untuk
mendapatkan kuasa hayunan menyangga dengan baik.

PUKULAN MENGUMPAN

Biasanya pukulan mengumpan dilakukan pada sentuhan bola yang


kedua. Kemahiran ini bertujuan untuk memberi peluang rakan
sepasukan membuat rejaman. Umpanan dibuat apabila kedudukan
bola melepasi paras kepala. Ketepatan masa amat diperlukan
semasa melakukan pukulan umpanan. Ini memberi peluang kepada
sendi-sendi menyerap dan mengekalkan kelajuan bola.

PUKULAN REJAM
Rejaman ialah memukul bola dengan pantas ke dalam gelanggang
lawan. Tujuan rejaman ialah untuk mematikan servis di dalam
gelanggag lawan. Cara ini dianggap satu cara menyerang pihak
lawan. kemahiran merejam memerlukan lonjakan melebihi paras
jaring. Semasa di udara pula, badan perlulah dibengkokkan dan
memukul bola.

RELI
Bola yang dimulai dengan pukulan servis kadang-kala sukar
dimatikan kerana kedua-dua pasukan sukar dimatikan kerana

kedua-dua pasukan saling berbalas-balas pukulan. Keadaan ini


dinamai reli. Reli berlaku jika kedua-dua pasukan sama handal.
Permainan akan bertambah menarik jika berlaku banyak permainan
reli.