Anda di halaman 1dari 2

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

KUALA LUMPUR

Bilangan Jurnal

:3

Minggu Praktikum

: Ketiga

Tarikh Peristiwa / Kejadian

: 16 Februari 2016

Tajuk Jurnal

: Bahan Bantu Mengajar yang kreatif.

Masalah/Peristiwa
Saya mendapati bahawa bahan bantu mengajar (BBM) yang saya gunakan
adalah kurang kreatif. BBM tersebut tidak dapat menarik perhatian murid-murid
prasekolah. Di samping itu, murid mula tidak menumpukan perhatian terhadap
pengajaran saya dan melakukan disiplin disruptif.
Analisis Masalah
Semasa melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, saya telah
mendapati masalah ini wujud dalam diri saya. Hal ini dapat dibuktikan dengan reaksi
muka murid-murid yang agak bosan dan tidak menumpukan perhatian. Saya mendapati
bahawa murid prasekolah minat akan bahan bantu mengajar (BBM) guru yang menarik
dan luar biasa.
Cadangan Tindakan Susulan
Untuk mengatasi masalah ini, saya hendaklah merancang dan memikirkan
bahan bantu mengajar(BBM) yang menarik dan sesuai dengan tahap perkembangan
murid prasekolah saya. Dalam erti kata yang lain, saya perlu berusaha untuk mencari
maklumat berkaitan bbm yang menarik. Selain itu, saya hendaklah berbincang dengan
rakan-rakan yang lain untuk menambahbaik idea BBM dan juga perkongsian idea BBM

yang menarik dan baik. Dengan penggunaan BBM yang menarik pasti dapat menarik
perhatian murid untuk belajar dan fokus terhadap pengajaran dan pembelajaran(P&P).
Selain itu, saya boleh memikirkan idea-idea atau pendapat daripada pensyarah
dan guru pembimbing tentang bahan bantu mengajar yang kreatif. Misalnya, BBM
harus dipelbagaikan ragamnya dan sesuai dengan umur dan tahap perkembangan
murid serta ia adalah selamat untuk digunakan.
Tempoh Masa Pelaksanaan
Oleh yang demikian, saya hendaklah melaksanakan tindakan untuk mengatasi
masalah ini dalam tempoh masa sepanjang praktikum. Hal ini demikian kerana,
pelaksanaan BBM bukan sahaja penting untuk menarik perhatian murid untuk belajar
dan fokus. Malah, ia dapat menjadikan pembelajaran murid menjadi seronok dan
bermakna.
Disemak oleh Guru Pembimbing

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan :

Tandatangan :

Nama:

Nama :

Tarikh :

Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai