Anda di halaman 1dari 2

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

KUALA LUMPUR

Bilangan Jurnal

:7

Minggu Praktikum

: Ketujuh

Tarikh Peristiwa / Kejadian

: 24 Mac 2016

Tajuk Jurnal

: Pelaksanaan Aktiviti Kumpulan

Masalah/Peristiwa
Saya menghadapi masalah berhubung dengan aspek kawalan kelas semasa
melaksanakan aktiviti kumpulan. Hal ini telah menyebabkan suasana kelas pada ketika
itu agak bising dan tidak terkawal malah pergerakan murid juga agak bebas. Oleh yang
demikian, masalah ini jelas sekali memberikan kesan yang kurang baik terhadap
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

Analisis Masalah
Saya mendapati bahawa masalah ini berpunca daripada sikap sebahagian murid
yang tidak dapat mematuhi arahan guru. Malah, terdapat juga dalam kalangan murid
yang tidak dapat memberikan kerjasama dengan rakan yang lain semasa menyiapkan
tugasan yang diminta oleh guru. Misalnya, mereka kerap kali melaksanakan kerja
sendiri dan bermain dengan rakan-rakan yang lain. Bukan itu sahaja, saya mendapati
pergerakan murid juga agak kurang terkawal semasa pengajaran dan pembelajaran
berlangsung. Murid kerap bergerak atau berjalan ke meja kumpulan yang lain untuk
melihat hasil kerja mereka. Hal ini telah menyebabkan kawalan kelas tidak dapat
dikendalikan dengan baik.
Cadangan Tindakan Susulan

Hasil dapatan daripada bahan bacaan yang saya peroleh daripada bahan
bacaan dan perkongsian daripada rakan-rakan sepraktikum. Terdapat beberapa
cadangan yang dapat diaplikasikan untuk mengatasi masalah ini.

Antaranya

termasuklah, saya hendaklah sentiasa melakukan pantauan di dalam kelas. Saya


hendaklah sentiasa memerhatikan dan mengawasi pergerakan murid setiap masa.
Secara tidak langsung, murid akan sedar bahawa mereka sedang diperhatikan oleh
guru. Maka, ia dapat mengubah tingkah laku murid
Bukan itu sahaja, saya perlu memberikan arahan-arahan dengan lebih jelas dan
tegas. Hal ini bertujuan untuk memberikan penegasan kepada arahan yang diberikan.
Secara tidak langsung murid akan berubah serta merta dan dapat mematuhi arahan
yang diberikan kepada mereka.
Selain itu, prinsip hukuman dan dendaan hendaklah dilaksanakan kepada
murid-murid yang sering kali menunjukkan sikap yang tidak baik di dalam kelas. Hal ini
dapat memastikan murid akur akan arahan guru. Malah, murid yang lain juga dapat
mengambil ikhtibar sekiranya terdapat rakan mereka yang dikenakan dendaan oleh
guru.
Tempoh Masa Pelaksanaan
Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu atau sepanjang
tempoh praktikum. Pelaksanaan aktiviti berkumpulan dapat memupuk nilai kerjasama
dalam diri murid agar sentiasa memberikan bantuan dan pertolongan kepada rakan.
Disemak oleh Guru Pembimbing

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan :

Tandatangan :

Nama:

Nama :

Tarikh :

Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai