Anda di halaman 1dari 2

Seiring dengan pembangunan pesat dunia dan taraf hidup yang tinggi, kanakkanak pada hari ini mudah

dimanjakan dengan berbagai-bagai alatan teknologi


canggih seperti telefon pintar, ipad dan sebagainya sehingga menggangu minat
belajar dan pencapaian akademik mereka. Masalah ini dapat diselesaikan melalui
peningkatan motivasi diri murid.
Banyak kajian yang dijalankan telah menunjukkan betapa pentingnya motivasi
dalam pengajaran dan pembelajaran. Isu motivasi belajar adalah amat penting
kerana motivasi yang akan menggerakkan seseorang itu bergerak maju ke hadapan
atau tidak. Prestasi pelajar yang merosot biasanya dikaitkan dengan motivasi pelajar
yang rendah.(Muhamad Suhaimi, Mohd Yusof, Roslee.2014). Menurut kajian Syeda,
S. H., & Khalid, R. 2012 pula, didapati pelajar berpencapaian tinggi mempunyai
tahap motivasi yang lebih tinggi daripada pelajar pencapaian rendah.
Self-determination theory (SDT) yang digalakkan oleh Deci dan Ryan (1985)
menjelaskan perbezaan antara jenis motivasi, khususnya motivasi intrinsik dan
ekstrinsik. Motivasi intrinsik mencerminkan nilai yang ada pada seseorang individu
untuk melakukan tugasan tanpa menjangkakan ganjaran. Sebaliknya, motivasi
ekstrinsik merujuk kepada prestasi aktiviti dalam usaha untuk mendapatkan
beberapa hasil (Ryan & Deci, 2000).
Penerapan motivasi atau rangsangan haruslah sesuai dengan kematangan
kanak-kanak. (Suziyati, 2011). Bagi murid yang lemah, adalah agak susah untuk
mengerak mereka ke arah mencapai motivasi intrinsik dengan serta mata. Maka,
motivasi ekstrinsik seperti ganjaran boleh digunakan untuk menggerakkan mereka.
Kajian menunjukkan ganjaran amat berguna dalam meningkatkan pencapaian
murid. Elemen ganjaran (ganjaran sticker) dapat meningkatkan perkembangan
perbendaharaan kata bahasa melayu.(Suziyati, 2011). Kajian Guinea, William (2012)
pula menunjukkan terdapat sumbangan positif dalam perbincangan apabila ganjaran
ekstrinsik (bonus point) diperkenalkan. Dapatan Emmett, J. (2013) yang
menggunakan motivasi ekstrinsik untuk mempengaruhi sikap dan kelakuan murid
terhadap penilaian sekolah menunjukkan hasil yang memberangsangkan.
Walaubagaimanpun, terdapat kajian yang mendebat bahawa ganjaran
ekstrinsik mengurangkan motivasi intrinsik (Cameron dan Pierce 1994). Tetapi, Deci,
Koestner, dan Ryan (1999) bertindak balas dengan kajian meta-analisis yang
mendedahkan tiada kesan negatif antara ganjaran ekstrinsik yang melemahkan
motivasi intrinsik.
Selain itu, sampel kajian-kajian motivasi ekstrinsik yang dijalankan adalah
sangat umum, iaitu pada murid yang pelbagai aras pencapaian iaitu (cerdas,
serdehana dan lambat). Oleh yang demikian, rasional inilah yang menjadi kekuatan
kepada penyelidik bahawa adalah sangat perlu untuk menjalankan kajian terhadap
murid berprestasi rendah.

Kesimpulanya, kajian yang dijalankan oleh para penyelidik di atas


menunjukkan betapa pentingnya motivasi ekstrinsik dalam mempengaruhi minat
belajar serta prestasi murid.

Anda mungkin juga menyukai