Anda di halaman 1dari 109

KEBERKESANAN BUKU BESAR KISAH PARAMESWARA DALAM

MENINGKATKAN INGATAN MURID TAHUN 4 TERHADAP


KRONOLOGI PERISTIWA MELAKA MENDAPAT NAMA

MUHAMMAD ADIB BIN MISSLANI

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL
KUALA TERENGGANU
TERENGGANU

2014

PERAKUAN PENYELIA

Saya akui bahawa saya telah membaca laporan penyelidikan ini dan pada pandangan
saya karya ini telah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan kepujian (Pengajian Sosial)

Tandatangan

Nama Penyelia

: PUAN SITI RAHIMAH BINTI HAMAT@MAMAT

Tarikh

PERAKUAN PENULIS

Saya mengakui bahawa laporan kajian ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya

Tandatangan

Nama Penulis

: MUHAMMAD ADIB BIN MISSLANI

Tarikh

DEDIKASI

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.


Lafaz Agung puji-pujian atas limpah dan KurniaanNya.
Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W

Buat Ayahanda dan Bonda tercinta yang tidak pernah jemu mengirimkan
Doa dan kata-kata semangat
Misslani Bin Manan
Rukiah Bt Salleh

Kakanda-kakanda dan adinda-adinda yang sentiasa memberi sokongan untuk


Menggenggam kejayaan dan cita-cita yang diimpikan
Noor Hafiza, Khairul Anuar, Saiful Azuan, Nur Fatehah,
Noor Azurah, Nur Azreen.

Pensyarah penyelia dan para pensyarah yang telah mencurahkan ilmu yang sangat
Bermakna sepanjang 5 tahun setengah di IPG Kampus Dato Razali Ismail
Yang sudi memberi bimbingan serta tunjuk ajar untuk saya menghasilkan
dan mempersembahkan sebuah hasil kajian yang terbaik

Warga Sekolah Kebangsaan Padang Air Kuala Terengganu atas kerjasama


Yang telah diberikan serta semua sahabat PISMP ambilan Januari 2011
Yang telah bersama-sama mengharungi kemanisan dan kepahitan untuk
4

Bergelar mahasiswa/mahasiswi guru.

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Syukur ke
hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia dan keizinan dariNYA, dapatlah saya
menyempurnakan kajian saya ini.
Saya ingin mengucapkan setingi-tingi penghargaan kepada para pensyarah di
Jabatan Sains Sosial yang telah mencurahkan segala ilmu bermanfaat untuk bergelar
siswa guru yang berjaya. Apreasasi ini turut ditujukan khas buat pensyarah
pembimbing Puan Siti Rahimah binti Hamat@Mamat atas segala bimbingan dan
tunjuk ajar yang diberikan sepanjang menyiapkan projek sarjana muda ini.
Turut tidak dilupakan jutaan terima kasih kepada semua warga Sekolah
Kebangsaan Padang Air Kuala Terengganu terutamanya Guru Besar Encik Abdul
Halim Bin Mohamad, Guru Pembimbing En Mohd Zulkhairie Bin Mat Hussain serta
murid-murid dari kelas 4 Siddiq yang telah banyak terlibat sepanjang kajian ini
dijalankan. Nasihat yang diberikan oleh Guru Besar dan Guru Pembimbing akan
sentiasa dijadikan panduan dalam mengharungi segala cabaran yang bakal ditempuh
apabila sudah mula berkhidmat sebagai pendidik kelak.
Seterusnya, dengan penuh rasa kasih dan sayang ucapan terima kasih ini
ditujukan buat ibu bapa yang sentiasa meniupkan kata-kata semangat untuk saya
terus berusaha dengan gigih bagi menggenggam cita-cita sebagai seorang siswazah
guru. Selain itu, buat rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa ada di saat susah dan
senang sepanjang berada di IPG Kampus Dato Razali Ismail, serta semua yang
terlibat sama ada secara langsung atau tidak, terima kasih diucapkan.
5

Sekian.

ABSTRAK

Kajian ini dilaksanakan adalah bertujuan membantu murid-murid tahun 4 untuk


mengingati topik Kronologi Peristiwa Melaka Mendapat Nama bagi mata pelajaran
Sejarah. Seramai 3 orang murid dari kelas 4 Siddiq di Sekolah Kebangsaan Padang
Air telah dipilih sebagai peserta kajian. Fokus Kajian ini adalah bertujuan untuk
menguji keberkesanan penggunaan Buku Besar Kisah Parameswara yang dilengkapi
dengan gambar-gambar berbentuk tiga dimensi dan permainan agar dapat membantu
murid-murid yang lemah untuk mengingati kronologi Peristiwa Melaka mendapat
nama. Pengkaji telah menggunakan beberapa instrumen seperti pemerhatian,
temubual serta ujian pra dan pasca bagi menilai keberkesanan inovasi yang
dilaksanakan ini. Hasil dapatan kajian telah dilampirkan dalam bentuk jadual dan
graf beserta dengan penerangan. Analisis hasil daripada dapatan kajian menunjukkan
berlakunya peningkatan positif ke atas pencapaian kesemua peserta kajian setelah
Buku Besar Kisah Parameswara ini digunakan sewaktu sesi rawatan bagi topik yang
telah difokuskan. Cadangan lanjutan bagi kajian ini turut dikemukakan bagi
membantu penyelidik-penyelidik lain untuk membuat rujukan asas dan juga
penambahbaikan.

Kata Kunci : Mengingat, Kronologi Peristiwa Melaka Mendapat Nama, Peserta


Kajian, Buku Besar Kisah Parameswara, Permainan Parameswara

ABSTRACT

This research is conducted to help Year 4 pupils to remember well the chronological
event of Melaccas History in getting its name for History subject. 3 pupils of Year 4
Siddiq from Sekolah Kebangsaan Padang Air were selected for this research. This
research is to assess the effectiveness of Buku Besar Kisah Parameswara book for
the Year 4 pupils. This book provides 3 dimensions pictures and games to help pupils
in remembering the events of Malacca got its name. Researcher used various types
of instrument in this research such as observation, interview and pre-test in order to
assess the effectiveness of the book. The results of this research are attached in the
form of table and graph with the explanation. The analysis of this research shows that
there are improvements in all the selected pupils in this research after Buku Besar
Kisah Parameswara book is used in this research based on some selected topics.
There are also attached the some ideas as the references for the other researchers for
improvement.

Key words: remembering, Malacca got its name chronological event, research
participants, Buku Besar Kisah Paarameswarabook, Parameswara Games

KANDUNGAN

Mukasurat
PERAKUAN PENYELIA

ii

PERAKUAN PENULIS

iii

DEDIKASI

iv

PENGHARGAAN

ABSTRAK

vi

ABSTRACT

vii

KANDUNGAN

viii

SENARAI JADUAL

SENARAI RAJAH

xi

SENARAI LAMPIRAN

xii

1.0

PENDAHULUAN

1.1

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran

1.2

Sorotan Literatur

2.0

FOKUS KAJIAN

13

2.1

Tinjauan Masalah

14

2.2

Analisis Tinjauan Masalah

15

3.0
3.1

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN


Objektif Kajian

16
16

3.2

Persoalan kajian

17

3.3

Kepentingan kajian

17

3.4

Definisi Operasional/Istilah

19

3.5

Batasan Kajian

21

4.0 KUMPULAN SASARAN

22

5.0

23

PERANCANGAN PELAKSANAAN KAJIAN

5.1

Prosedur Pelaksanaan Kajian

23

5.2

Cara Pengumpulan Data

28

5.3 Prosedur Pelaksanaan


6.0 ANALISIS DAN INTERPRESTASI DATA

30
32

6.1 Peserta Kajian 1 (Faizul)

34

6.2 Peserta Kajian 2 ( Naza )

44

6.3 Peserta Kajian 3 (Salma)

54

6.4 Analisis Keseluruhan Dapatan Kajian

64

7.0 DAPATAN KAJIAN

66

7.1 Pendahuluan

66

7.2 Perbincangan Dapatan Kajian

66

7.3 Kesimpulan

73

8.0 CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

75

9.0 RUJUKAN

77

SENARAI JADUAL

Jadual 1 : Ciri-Ciri Unik Peserta Kajian...............................................................22


Jadual 2 : Kelas Rawatan Peserta Kajian..............................................................26
Jadual 3 : Pemerhatian Semasa Proses PdP Faizul...............................................35
Jadual 4 : Pemerhatian Semasa Sesi Intervensi.....................................................36
Jadual 5 : Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos Faizul.........................................38
Jadual 6 : Transkrip Temubual Faizul Selepas Intervensi 1................................41
Jadual 7 : Transkrip Temubual Faizul Selepas Intervensi 2................................42
Jadual 8 : Pemerhatian Semasa Proses PdP Naza.................................................44
Jadual 9 : Pemerhatian Semasa Sesi Intervensi.....................................................45
Jadual 10 : Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos Naza.........................................48
Jadual 11 : Transkrip Temubual Naza Selepas Intervensi 1.................................50
Jadual 12 : Transkrip Temubual Naza Selepas Intervensi 2................................52
Jadual 13 : Pemerhatian Semasa Proses PdP Salma.............................................54
Jadual 14 : Pemerhatian Semasa Sesi Intervensi...................................................55
Jadual 15 : Keputusan Ujian Pra dan Pos Salma..................................................58
Jadual 16 : Transkrip Temubual Salma Selepas Intervensi 1..............................60
Jadual 17 : Transkrip Temubual Salma Selepas Intervensi 2..............................62
Jadual 18 : Peratusan Markah Keseluruhan Peserta Kajian...............................64

SENARAI RAJAH

Rajah 1 : Proses Kajian Model Kemmis dan Mc Taggart....................................23


Rajah 2 : Prosedur Pelaksanaan Bagi Intervensi Pertama...................................30
Rajah 3 : Prosedur Pelaksanaan Bagi Intervensi Kedua......................................31
Rajah 4 : Graf Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos Faizul.................................38
Rajah 5 : Graf Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos Naza...................................48
Rajah 6 : Graf Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos Salma.................................58
Rajah 7 : Graf Peratusan Markah Keseluruhan Peserta Kajian.........................64

11

SENARAI LAMPIRAN

1. Foto Buku Besar Intervensi Pertama

92

2. Foto Buku Besar Intervensi Kedua

93

3. Dokumentasi Foto (Semasa Intervensi)

94

4. Soalan Ujian Pra

95-97

5. Soalan Ujian Pasca 1

98-101

6. Soalan Ujian Pasca 2

102-105

7. Borang Temubual Selepas Intervensi 1

106

8. Borang Temubual Selepas Intervensi 2

107

9. Borang Pemerhatian Sebelum Intervensi

108

10. Borang Pemerhatian Semasa Intervensi 1 & 2

109

12

1.0

PENDAHULUAN

Sejarah ialah mata pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh semua murid dalam
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mulai tahun 4 di Tahap II.

Ini

bertujuan menyemai kefahaman murid terhadap mata pelajaran Sejarah di peringkat


awal agar murid memperoleh dan menguasai pengetahuan serta kemahiran Sejarah.
Kurikulum

Sejarah

menyepadukan

pengetahuan,

kemahiran,

elemen

kewarganegaraan dan nilai sivik dalam pelaksanaannya di dalam dan luar bilik
darjah. Dalam KSSR, elemen kewarganegaraan dan nilai sivik yang diajar melalui
mata pelajaran Sejarah adalah sebagai asas dalam melahirkan warganegara yang
mempunyai identiti kebangsaan. Elemen tersebut dapat membentuk rakyat Malaysia
yang mempunyai kesepaduan sosial dan integrasi nasional.
Justeru, pengetahuan dan pemahaman aspek sejarah negara dapat melahirkan
murid yang berjiwa patriotik dengan memberi pendedahan menganalisis dan menilai
fakta-fakta sejarah secara matang. Kandungan mata pelajaran Sejarah peringkat
sekolah rendah bertujuan mendidik murid untuk memahami latarbelakang negara dan
sejarahnya dengan melihat perubahan yang berlaku serta kesinambungan yang masih
dikekalkan terutamanya dalam kehidupan masyarakat di Malaysia.
Kandungan mata pelajaran Sejarah disusun secara kronologi yang
membincangkan pengenalan

sejarah awal

negara,

kedaulatan negara dan

kemakmuran negara. Pendekatan ini disusun mengikut tajuk supaya murid dapat
menghargai sejarah tanah air dan kegemilangannya. Pendekatan pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran Sejarah menjurus kepada pemupukan kemahiran
berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif melalui aktiviti inkuiri dan penerokaan bagi

mengukuhkan pemahaman tentang Sejarah. Aktiviti tersebut mengaplikasikan


elemen didik hibur bagi menanam minat murid terhadap mata pelajaran Sejarah.
Mata pelajaran Sejarah di peringkat sekolah rendah merupakan suatu
kesinambungan ke peringkat sekolah menengah sebagai suatu disiplin ilmu yang
dinamik. Ini bertujuan sebagai satu usaha untuk melengkapkan murid dengan
perkembangan ilmu pengetahuan, kemahiran, dan pengamalan nilai murni serta
penerapan jati diri sebagai warga negara Malaysia.
(Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran Sejarah Tahun 4)
Perkataan Sejarah (History) yang kita gunakan pada masa kini berpunca
daripada perkataan Arab iaitu Syajaratun yang bermaksud Pohon. Dari sudut lain
pula, istilah history merupakan terjemahan dari perkataan Yunani yakni Histories
yang membawa makna satu penyelidikan ataupun pengkajian. Mengikut pandangan
"Bapa Sejarah" Herodotus, Sejarah ialah satu kajian untuk menceritakan satu kitaran
jatuh bangunnya seseorang tokoh, masyarakat dan peradaban. Mengikut definisi
yang diberikan oleh Aristotle, bahawa Sejarah merupakan satu sistem yang mengira
kejadian semulajadi dan tersusun dalam bentuk kronologi. Pada masa yang sama,
menurut beliau juga Sejarah adalah peristiwa-peristiwa masa lalu yang mempunyai
catatan, rekod-rekod atau bukti-bukti yang kukuh.
Menurut R. G. Collingwood, Sejarah ialah sejenis bentuk penyelidikan atau
suatu penyiasatan tentang perkara-perkara yang telah dilakukan oleh manusia pada
masa lampau. Manakala Shefer pula berpendapat bahawa Sejarah adalah peristiwa
yang telah lepas dan benar-benar berlaku. Sementara itu, Drs. Sidi Gazalba cuba
menggambarkan sejarah sebagai masa lampau manusia dan persekitarannya yang
disusun secara ilmiah dan lengkap meliputi urutan fakta masa tersebut dengan

tafsiran dan penjelasan yang memberi pengertian dan kefahaman tentang apa yang
berlaku.
Sebagai usaha susulan dalam memahami sejarah, Kamus Dewan Bahasa dan
Pustaka telah memberikan Sejarah sebagai asal-usul, keturunan, salasilah, peristiwa
yang benar-benar berlaku pada waktu yang lampau, kisah, riwayat, tambo, tawarikh
dan kajian atau pengetahuan mengenai peristiwa yang telah berlaku.
Sejarah dalam erti kata lain digunakan untuk mengetahui masa lampau
berdasarkan fakta-fakta dan bukti-bukti yang sahih bagi membolehkan manusia
memperkayakan pengetahuan supaya waktu sekarang dan akan datang menjadi lebih
cerah. Dengan itu akan timbul sikap waspada (awareness) dalam diri semua
kelompok masyarakat kerana melalui pembelajaran Sejarah, ia dapat membentuk
sikap tersebut terhadap permasalahan yang dihadapi agar peristiwa-peristiwa yang
berlaku pada masa lampau dapat dijadikan pengajaran yang berguna. Pengertian
Sejarah boleh dilihat dari tiga dimensi iaitu epistomologi (kata akar), metodologi
(kaedah sesuatu sejarah itu dipaparkan) dan filsafat atau pemikiran peristiwa lalu
yang dianalisa secara teliti untuk menentukan sama ada ia benar atau tidak.

1.1

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran

Pada tahun ini pengkaji telah diamanahkan untuk mengajar mata pelajaran Sejarah
Tahun 4. Kelas yang dipertanggungjawabkan kepada pengkaji adalah kelas tahun 4
Siddiq. Kelas 4 Siddiq merupakan kelas yang baik dan muridnya berpotensi untuk
lulus dalam Subjek Sejarah jika mereka rajin berusaha dan fokus pada apa yang
dipelajari. Jumlah murid tahun 4 Siddiq yang sedikit iaitu seramai 20 orang
menjadikan persekitaran pembelajaran berada dalam keadaan kondusif dan mudah
dikawal. Tahun 4 Siddiq juga merupakan kelas kedua bagi tahun 4. Murid-murid
kelas ini terdiri daripada murid yang mempunyai tahap yang berbeza yang mana
kebanyakannya adalah dari tahap sederhana.
Kedudukan geografi sekolah yang terletak kira-kira 15 km dari Bandar Kuala
Terengganu dan sekolah ini merupakan kategori sekolah luar Bandar dan band
sekolah ini adalah band 3. Sekolah Padang Air juga terletak berhampiran beberapa
buah kawasan kampung di persekitarannya. Sekolah ini mempunyai seramai 341
orang murid dan 32 orang guru dan staf sekolah. Menurut Guru Penolong Kanan 1
(Pn Rose Elinah) majoriti pekerjaan ibubapa pelajar di sekolah ini bekerja dalam
sektor pertanian dan perkilangan.
Pengkaji telah memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan
menjalankan sesi soal jawab mengenai pengetahuan murid terhadap asal usul nama
Melaka. Pengkaji dapati bahawa kebanyakan murid tidak mempunyai pengetahuan
yang lebih terperinci mengenai Sejarah Melaka. Setelah proses pengajaran dan
pembelajaran dilaksanakan, pengkaji telah menjalankan satu ujian terhadap murid-

murid tahun 4 Siddiq. Hasil keputusan daripada ujian tersebut, pengkaji dapati
bahawa hanya lima belas orang murid yang lulus dan lima orang murid lagi gagal.
Hal ini menunjukkan masih ada murid yang tidak memahami kronologi
Peristiwa Melaka mendapat nama. Mereka kurang faham dengan jalan cerita yang
diceritakan oleh guru dengan jelas. Oleh yang demikian, pengkaji telah mengambil
keputusan untuk menjadikan tajuk Peristiwa Melaka mendapat nama sebagai tajuk
kajian pengkaji. Tajuk ini penting kerana murid perlu mengetahui bagaimana
kerajaan negeri Melaka dibentuk melalui Peristiwa Paramewara dan pengikutnya
berehat dibawah sepohon pokok Melaka sambil melihat anjing perburuannya
ditendang oleh seekor pelanduk. Hal ini merupakan salah satu pengetahuan asas yang
perlu ada dalam diri setiap warganegara Malaysia. Disamping itu, tajuk ini juga
merupakan tajuk yang mengandungi banyak fakta penting yang tidak boleh direka
dan ditokoktambah. Hal ini menyebabkan murid sukar untuk memahami serta
mengingati fakta-fakta tersebut.
Melalui pemerhatian yang pengkaji lakukan terhadap murid-murid tahun 4
Siddiq, pengkaji dapati bahawa mereka sukar untuk mengingati sesuatu perkara yang
mempunyai banyak fakta penting. Dalam pada itu, murid yang mempunyai pelbagai
tahap kebolehan dan pencapaian menyukarkan mereka untuk mengingat fakta yang
dipelajari. Oleh yang demikian, murid yang lemah akan ketinggalan dan tidak dapat
mengingati fakta. Menurut Gardner (2000), setiap individu mempunyai tahap
kecerdasan yang berbeza, dan kecerdasan tersebut boleh ditingkatkan dengan
pendidikan melalui aktiviti yang bersesuaian.
Dengan itu, dalam konteks pendidikan, guru merupakan agen penting supaya
dapat merancang aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran supaya dapat
memenuhi keperluan kecerdasan. Pada waktu sama, semasa pengajaran dan

pembelajaran dilaksanakan, didapati sebilangan murid-murid tidak menumpukan


perhatian terhadap pengajaran saya. Terdapat kelompok kecil yang bercakap dengan
rakan, letih dengan meletakkan kepala di atas meja dan mengusik rakan. Ini juga
menyumbang kepada salah satu faktor mereka tidak dapat menumpukan perhatian
dan mengingati kronologi Peristiwa Melaka mendapat nama semasa saya sedang
mengajar.
Kekangan-kekangan di atas merupakan suatu cabaran kepada saya dalam
usaha meningkatkan daya ingatan murid dalam menceritakan Kronologi Peristiwa
Melaka mendapat nama. Namun begitu, bimbingan perlu diberikan kepada murid
kelas ini supaya mereka dapat meningkatkan pencapaian. Menurut Lee Shok Mee
(1997), tanpa kebolehan mengingat, segala yang dipelajari menjadi sia-sia sahaja.
Dari segi peperiksaan pula kebolehan mengingat menjadi asas ukuran untuk
menentukan sejauhmana seseorang murid telah mencapai pembelajaran.
Oleh itu kegagalan mengingat fakta atau prinsip sudah tentu akan
menjejaskan prestasi calon. Justeru itu, calon tersebut dianggap telah gagal dalam
pembelajaran. Hal ini dapat dibuktikan apabila pengkaji melaksanakan proses
pengajaran dan pembelajaran. Pengkaji menyoal semula murid sejurus selepas sesi
pengajaran dilakukan tetapi murid tidak dapat memberikan jawapan yang tepat.
Jawapan yang sering saya terima adalah seperti, cikgu, dah lupa lah susah nak
ingat, cikgu tunjukkan semula papan cerita tu, tajuk ni tidak seronoklah cikgu
dan sebagainya. Berdasarkan jawapan tersebut, saya sepatutnya lebih prihatin kepada
masalah murid dan memberi tunjuk ajar yang sepatutnya.
Seperti yang umum ketahui, mata pelajaran Sejarah merupakan mata
pelajaran yang menggabungkan pengetahuan umum murid serta mata pelajaran
Kajian Tempatan dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Bagi mata pelajaran

Sejarah, ia merupakan mata pelajaran yang mengandungi banyak fakta penting


berserta penggunaan nombor yang banyak.
Menurut Guru Matapelajaran Sejarah kelas 4 Siddiq, (Encik Mohd Zulkhairie
Bin Hussain), hal ini menyebabkan murid mudah merasa bosan semasa kelas Sejarah
dijalankan dan tidak memberi perhatian seterusnya menyebabkan murid sukar untuk
memahami serta mengingati fakta penting yang terdapat dalam mata pelajaran
Sejarah terutamanya bagi tajuk Peristiwa Melaka mendapat nama.
Memandangkan masalah yang sering dihadapi oleh murid dalam mata
pelajaran Sejarah ialah memahami serta mengingati fakta, satu kaedah yang berkesan
perlu dibuat mengikut minat serta kecenderungan murid dalam memahami serta
mengingati sesuatu fakta. Oleh yang demikian, pengkaji mengambil keputusan untuk
mereka satu kaedah dalam membantu murid untuk mengingati fakta yang dipelajari
tanpa menghadapi kekeliruan. Kaedah yang akan digunakan adalah dengan
menggunakan aplikasi Buku Besar Kisah Parameswara dalam membantu murid
untuk memahami serta mengingati kronologi Peristiwa Melaka mendapat nama.

1.2

Sorotan Literatur

Tugas utama seorang guru adalah untuk memudahkan pembelajaran pelajar. Menurut
Nora Mislan (2007), untuk memenuhi tugas ini, guru bukan sahaja harus dapat
menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga
perlu mencipta pengajaran yang berkesan. Ini bermakna guru perlu mewujudkan
suasana pembelajaran yang dapat meransang minat pelajar disamping sentiasa
memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar. Perlunya guru menarik perhatian
pelajar dalam sesuatu pengajaran dengan pemilihan aktivti-aktiviti yang boleh

mendatangkan keseronokan. Keseronokan adalah kunci kepada keberkesanan apa jua


proses pembelajaran bagi kanak-kanak (Choong Lean Keow, 2009).

Perubahan paradigma dalam sistem pendidikan menuntut dan menggesa guru


membuat perubahan dimana salah satu elemen penting dalam perubahan ialah
kreativiti (Hj Mohd Ali, 1994) dalam kajian Noor Amirah Bt Abdul Hamid (2013).
Seorang guru perlu kreatif dalam menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran
menarik dan seronok untuk belajar disamping dapat meningkatkan motivasi murid
itu sendiri. Hal ini disokong oleh Yong & Biramiah (1996) iaitu seorang guru yang
kreatif akan bertindak sebagai pemberi motivasi dalam pembelajaran bagi para
pelajar. Oleh yang demikian guru perlu membuat inovasi atau sama ada pada
kaedah pengajaran, alat yang digunakan, intonasi suara atau sebagainya.
Kajian yang akan dijalankan ini adalah untuk membantu murid dalam
menguasai tajuk Peristiwa Melaka mendapat nama dan menguasai fakta-fakta yang
penting dengan mudah. Oleh sebab itu, pengkaji mengambil inisiatif untuk
melakukan satu inovasi di mana inovasi tersebut mampu membantu meransang
pemikiran murid seterusnya menjadikan mereka menguasai tajuk yang dipelajari. Hal
ini dapat dibuktikan melalui teori Behavioris yang menyatakan bahawa perhubungan
antara ransangan dan gerak balas boleh menghasilkan perubahan tingkah laku murid.
Pengkaji percaya bahawa dengan memberi ransangan kepada murid mampu menarik
minat murid seterusnya menguasai tajuk pembelajaran.
Kajian-kajian lepas telah membuktikan dan menjelaskan kepentingan
penggunaan Bahan Bantu Mengajar dalam meningkatkan kualiti pengajaran guru dan
pemahaman serta penguasaan murid terhadap pembelajaran yang berlangsung di
dalam kelas. Oleh itu, penyelidik juga menggunakan strategi penggunaan Bahan

Bantu Mengajar dalam kajiannya. Penyelidik akan mencipta satu Bahan Bantu
Mengajar yang berbentuk Buku Besar dalam kajian ini.
Selain itu, kajian daripada Musa Bin Sulaiman (1999), yang bertajuk Back to
Basics Fokus Kepada Inovasi Sumber Pengajaran Dan Pembelajaran membuktikan
bahawa Kembali ke Asas di dalam penggunaan Bahan Bantu Mengajar adalah
penting kerana ada kalanya penggunaan Bahan Bantu Mengajar moden sekarang
tidak dapat mengambil alih semua tugas guru. Pada masa dan ketika tertentu guru
perlu kembali kepada pengajaran dan pembelajaran cara lama seperti mengamalkan
konsep Mastery Learning, pemulihan, pengayaan dan sebagainya. Bahan bantu
mengajar tradisi seperti penggunaan bahan maujud, bahan asli di sekeliling murid
perlu digunakan bersama dengan Bahan Bantu Mengajar moden masa kini, ini pasti
menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik lagi. Sikap guru
masa kini meninggalkan penggunaan Bahan Mengajar lama dengan merasakan
bahawa penggunaan Bahan Bantu Mengajar moden boleh memenuhi segala-galanya
adalah meleset sama sekali.
Menurut Kamarudin (1990) dalam kajian Wan Nur Afifah (2013), alat bantu
mengajar merupakan segala kelengkapan yang digunakan oleh guru-guru untuk
membantu dalam menyampaikan sesuatu pelajaran dalam bilik darjah. Selain itu, alat
bantu mengajar penting kerana dapat meransang murid untuk belajar. Pembinaan alat
bantu mengajar akan merencanakan daya kreativiti serta inovasi yang dapat memberi
ransangan terhadap minat murid. Hal ini disokong dengan kenyataan guru-guru
teknikal harus bijak dan kreatif dengan memperbanyak alat bahan mengajar kerana
dapat meransang minat yang tinggi kepada pelajar untuk belajar (Abdul Rahim dan
Hayazi Mohd Yasin, 2008).

Kaedah yang akan digunakan dalam kajian ini ialah penggunaan Buku Besar
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Alat ini dipilih kerana murid akan
menggunakan tiga deria mereka pada masa yang sama semasa proses pengajaran dan
pembelajaran dilaksanakan. Penggunaan pelbagai deria semasa proses pengajaran
dan pembelajaran dilaksanakan mampu menjadikan murid mudah untuk menguasai
tajuk yang dipelajari. Cara ini mampu merangsang pemikiran murid seterusnya
menjadikan ia sebagai satu ingatan kekal dalam diri murid itu sendiri.
Pada kebiasaannya, proses pengajaran dan pembelajaran sering dilaksanakan
dengan cara murid hanya mendengar dan akan memberikan pendapat mereka apabila
diminta oleh guru. Cara ini tidak memberikan kesan yang positif kepada murid
apatah lagi untuk murid menguasai sepenuhnya tajuk yang diajar. Hal ini dapat
dibuktikan melalui kenyataan Hilgard dan Atkinson (1979) dalam kajian (Nur
Farahain Binti Che Anuwar,2012) ingatan manusia digolongkan kepada dua jenis
yang utama iaitu ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang. Ingatan jangka
pendek merujuk kepada berapa banyak item atau data disimpan dalam satu masa
setakat mana seseorang dapat memberi penumpuan secara sedar dalam masa pendek.
Ia mempunyai kadar lupaan yang cepat tanpa latihan. Oleh itu, kajian yang bakal
dilaksanakan ini menggunakan Buku Besar supaya murid dapat ingat fakta yang
dipelajari lebih lama mereka melihat gambar yang berwarna dan menarik perhatian.
Penggunaan bahan maujud sebagai bahan bantu mengajar juga boleh
membantu murid dalam menguasai tajuk yang dipelajari. Bahan maujud merupakan
bahan yang terbukti keberkesanannya dalam murid memahami sesuatu perkara yang
dipelajari. Hal ini kerana bahan maujud adalah barang yang boleh dilihat dan dirasa
serta disentuh oleh murid itu sendiri. Hal ini dapat dibuktikan melalui buku yang
ditulis oleh Rohani Abdullah yang bertajuk Perkembangan Kanak-kanak pada tahun

10

2001 menyatakan bahawa walaupun kanak-kanak mencapai peringkat operasi


konkrit , pemikran mereka masih terhad kepada sesuatu yang maujud.
Buku Besar merupakan alat yang sering digunakan dalam pengajaran bacaan
awal bagi bahasa Inggeris dan penggunaannya sudah pun mantap sejak beberapa
tahun yang lalu. Saiz yang besar menjadikannya sesuatu bahan yang baru dan dapat
menarik sifat ingin tahu kanak-kanak serta mengekalkan minat mereka (Mohana
Nambiar, 1993). Dalam buku tersebut juga, grafik dan gambar banyak digunakan
dalam saiz yang besar. Noriati et. Al. (2009) menyatakan bahawa perincian visual
gambar yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran dapat memudahkan
pemahaman topik-topik dalam mata pelajaran yang mungkin sukar difahami.
Kenyataan ini turut disokong oleh (Zaridah Zuber, 2005) di mana beliau menyatakan
bahawa pencapaian murid dalam suatu mata pelajaran dapat ditingkatkan dengan
bantuan penggunaan warna.
Melalui teknik penceritaan, kanak-kanak dapat belajar dalam suasana yang
gembira dan ceria. Dalam suasana pembelajaran yang selesa dan memberansangkan,
bercerita dapat meningkatkan kefahaman kanak-kanak terhadap pelajaran. Ini kerana
kanak-kanak sentiasa mengingati perkara yang menyeronokkan berbanding perkara
yang tidak meninggalkan kesan dalam diri mereka. Selain itu, bercerita
membolehkan kanak-kanak menyuarakan pendapat dan perasaan secara lisan.
Perkara ini berlaku apabila kanak-kanak diberi peluang untuk bercerita. Guru boleh
bertanya kepada murid apakah yang mereka fikir akan berlaku selepas sesuatu
kejadian dalam cerita. Melalui cara ini, kanak-kanak akan dilatih untuk memberikan
pendapat dan pandangan mereka. Hal ini juga secara tidak langsung dapat
mengaktifkan daya imaginasi mereka untuk berfikir dengan lebih kreatif dan kreatis.

11

Pendapat ini turut selari dengan kenyataan Hj. Ab. Fatah (1990) yang
menyatakan bahawa, pada kebiasaannya maklumat yang boleh menimbulkan emosi
seronok dan menarik lebih mudah menarik perhatian daripada maklumat yang tidak
menyeronokkan. Semakin menarik maklumat itu kepada diri seseorang itu, semakin
mudah maklumat itu diingati. Semakin mudah sesuatu maklumat itu diingat, semakin
mudah pula maklumat itu dirakam ke dalam ingatan jangka panjang.
Selain itu juga, pengkaji turut bercadang menyelitkan aktiviti permainan
dalam buku besar yang akan dihasilkan dan digunakan. Ini kerana menurut E.L Essa,
(2003) pembelajaran perlu diharmonikan dengan tumbesaran kanak-kanak yang
berbeza peringkat bergantung kepada umur mereka. Kanak-kanak pada peringkat
umur 6-12 tahun gemar bermain dan aktiviti permainan merupakan salah satu cara
untuk mereka belajar dan aktiviti ini menjurus kepada pembelajaran berpusatkan
murid.
Melalui kaedah bermain juga, murid-murid akan cenderung untuk
menumpukan perhatian mereka dalam pembelajaran. Ini disokong oleh Abu Zahari
(1992) mengenai teknik berpusatkan murid. Abu Zahari menyatakan bahawa guru
harus berusaha dan memikirkan teknik pengajaran yang menarik dan berkesan serta
mempelbagaikan teknik pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan penyertaan
murid secara aktif.

12

2.0

FOKUS KAJIAN

Menurut Jamil (2002), budaya penyelidikan dalam kalangan guru yang cuba dipupuk
melalui projek kajian tindakan merupakan satu kepercayaan dan nilai yang
mementingkan kualiti dalam amalan pengajaran dan pembelajaran, akauntabiliti serta
berpegang kepada konsep penambahbaikan yang berterusan dalam suasana kerja
yang kolaboratif.
Menurut Ebbut (1958), kajian tindakan ialah satu kajian yang sistematik oleh
sekumpulan guru untuk mengubah dan memperbaiki amalan pendidikan melalui
tindakan praktis mereka sendiri serta refleksi terhadap kesan atau akibat tindakan
tersebut. Kajian ini bertujuan untuk meninjau sejauh mana penggunaan Buku Besar
Kisah Parameswara dapat membantu murid dalam meningkatkan pemahaman
mereka terhadap topik pelajaran kronologi Peristiwa Melaka mendapat nama bagi
mata pelajaran Sejarah Tahun 4. Melalui penggunaan Bahan Bantu Mengajar iaitu
Buku Besar juga adalah diharapkan agar murid dapat meningkatkan pemahamam
mereka berkenaan rentetan Peristiwa Melaka mendapat nama dengan fakta yang
tepat dan jelas.
Fokus dan aspek yang ingin ditinjau adalah berkaitan dengan permasalahan
yang dihadapi oleh murid dalam tajuk ini iaitu mengingat setiap peristiwa yang
berlaku sehingga Melaka mendapat nama.

13

2.1

Tinjauan Masalah

Fokus kajian ini adalah untuk mengatasi masalah penguasaan murid serta tahap
ingatan murid terhadap kronologi Peristiwa Melaka mendapat nama dalam kalangan
murid-murid tahun 4 Siddiq. Kaedah pertama yang dilaksanakan adalah melalui
pemerhatian selepas proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Melalui
pemerhatian yang dibuat, pengkaji dapati bahawa murid tidak dapat memahami serta
mengingati fakta yang diajar semasa proses pengajaran berlangsung. Hal ini dapat
dilihat apabila murid tidak dapat menjawab soalan yang diajukan oleh pengkaji
secara lisan mengenai peristiwa apa yang berlaku semasa Parameswara dan
pengikutnya berehat dibawah sepohon pokok.
Bagi memastikan kebenaran mengenai tahap kefahaman murid daripada hasil
pemerhatian yang dibuat, satu ujian telah dijalankan. Daripada hasil ujian yang telah
dibuat, terdapat sebahagian murid yang tidak dapat menjawab soalan ujian tersebut.
Hal ini menimbulkan kebimbangan dalam diri pengkaji kerana tajuk Peristiwa
Melaka mendapat nama merupakan tajuk yang penting dalam mata pelajaran Sejarah
tahun 4. Murid perlu menguasai sepenuhnya fakta mengenai setiap peristiwa yang
berlaku. Hal ini penting kerana setiap peristiwa tersebut adalah fakta dan tidak boleh
diputarbelitkan jalan cerita tersebut.
Selain itu, tajuk ini juga mengandungi fakta yang berbentuk penceritaan.
Melalui hasil pemerhatian serta ujian yang telah dijalankan, saya dapati bahawa
murid-murid tahun 4 Siddiq sukar untuk mengingati fakta yang berkaitan dengan
jalan perceritaan sesuatu peristiwa. Mereka mudah keliru serta merasakan bahawa
ianya sukar untuk diingati. Hal ini disebabkan mereka sering mengatakan bahawa
anjing yang menendang pelanduk sehingga terjatuh, padahal pelanduk yang kecil itu
yang menendang anjing tersebut terjatuh kedalam sungai.
14

Murid-murid tahun 4 Siddiq telah meletak satu pandangan bahawa mata


pelajaran Sejarah itu sukar dan bosan kerana perlu mengingat banyak fakta dalam
sesuatu tajuk yang diajar. Murid sering menganggap bahawa mata pelajaran Sejarah
bukanlah satu subjek yang penting dan tidak perlu diberi perhatian. Hal ini
menyebabkan mereka mudah merasa bosan seterusnya tidak memberi tumpuan
semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Kesan daripada pemikiran
serta tanggapan murid terhadap mata pelajaran Sejarah inilah yang menyebabkan
mereka tidak boleh menguasai tajuk Peristiwa Melaka mendapat nama. Oleh yang
demikian, satu kaedah bagi menarik minat serta membantu murid untuk menguasai
tajuk ini perlu dibuat agar objektif pembelajaran tercapai.

2.2

Analisis Tinjauan Masalah

Rentetan tinjauan masalah yang telah dijalankan terhadap murid tahun 4 semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran Sejarah yang bertajuk Peristiwa Melaka mendapat
nama, terdapat tiga perkara yang masih belum dapat difahami dengan sepenuhnya
oleh murid. Perkara tersebut ialah :
1. Murid tidak dapat memahami dan mengingati rentetan peristiwa pembukaan
negeri Melaka.
2. Murid juga gagal membezakan antara anjing perburuan Parameswara dan
pelanduk semasa kejadian Parameswara berehat di bawah sepohon pokok.
3. Murid tidak dapat menceritakan peristiwa ini dengan baik dan sering kali
diputarbelitkan.

15

3.0

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

Tujuan kajian ini adalah untuk melihat sejauh manakah penggunaan Bahan Bantu
Mengajar iaitu Buku Besar Kisah Parameswara dapat meningkatkan pemahaman
murid dalam topik pelajaran Peristiwa Melaka mendapat nama bagi mata pelajaran
Sejarah Tahun 4.
3.1

Objektif Kajian

3.1.1

Objektif Umum

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan tahap pemahaman murid bagi mata
pelajaran Sejarah Tahun 4 yang berfokus kepada topik Kronologi Peristiwa Melaka
mendapat nama.
3.1.2

Objektif Khusus

3.1.2.1 Meningkatkan pemahaman murid bagi topik Peristiwa Melaka mendapat


nama mata Pelajaran Sejarah Tahun 4.
3.1.2.2 Menentukan keberkesanan penggunaan Buku Besar Kisah Parameswara
dalam meningkatkan tahap pemahaman murid bagi tajuk Peristiwa Melaka
mendapat nama mata pelajaran Sejarah Tahun 4.
3.1.2.3 Meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran Sejarah.

16

3.2

Persoalan kajian

1. Adakah penggunaan Buku Besar Kisah Paramesawara dapat meningkatkan


pencapaian murid dalam topik Peristiwa Melaka mendapat nama?
2. Bagaimanakah penggunaan Buku Besar Kisah Parameswara dapat membantu
murid untuk mengingati Peristiwa Melaka mendapat nama?
3. Adakah penggunaan Buku Besar Kisah Parameswara dapat mewujudkan
suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan menghiburkan?

3.3

Kepentingan kajian

Kajian ini dilaksanakan adalah untuk membantu murid dalam meningkatkan


kefahaman serta penguasaan murid terhadap Tokoh Terbilang Kesultanan Melayu
Melaka. Tajuk ini merupakan tajuk yang perlu dikuasai oleh semua murid kerana
tajuk ini merupakan tajuk kedua bagi sub tajuk Peristiwa Melaka mendapat nama.
Jika murid tidak dapat menguasai tajuk ini maka tajuk-tajuk akan datang juga boleh
mengelirukan pengetahuan murid. Hal ini kerana tajuk-tajuk dalam Tokoh Terbilang
Kesultanan Melayu Melaka saling berkaitan.
Selain itu, kajian yang akan dibuat ini juga penting dalam memudahkan
murid untuk mengingati fakta-fakta penting yang dipelajari. Melalui pemerhatian
yang dilakukan, pengkaji dapati bahawa murid sukar untuk memahami serta
mengingat fakta yang penting. Hal ini kerana penggunaan ayat yang panjang dan
cara penyampaian pengajaran yang kurang berkesan. Oleh yang demikian kajian
yang akan dijalankan adalah untuk membantu murid dalam menguasai serta
mengingati fakta-fakta penting.

17

Kajian ini bukan sahaja memberi manfaat kepada murid bahkan ia juga
memberi manfaat kepada guru. Kajian yang bakal dilaksanakan ini dapat membantu
guru untuk mencari satu kaedah yang sesuai dengan minat murid. Hal ini penting
kerana apabila seseorang guru itu melakukan sesuatu aktiviti mengikut minat
ataupun kecenderungan murid, ia dapat meningkatkan motivasi intrisik murid untuk
terus berusaha dan belajar sehingga dapat menguasai tajuk tersebut. Dengan cara ini
ia akan memudahkan guru untuk mendapat keputusan ujian yang tidak akan
dipertikaikan.
Selain itu, melalui kajian yang dilaksanakan ini guru boleh membuat
penilaian terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan. Guru
juga boleh memperbaiki kekurangan serta meningkatkan kekuatan yang ada dalam
diri guru itu sendiri semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Guru
boleh membuat penilaian terhadap aktiviti serta kaedah yang dilaksnakana sama ada
kaedah tersebut mampu membantu murid menguasai tajuk yang dipelajari. Dengan
cara ini guru boleh memperbaiki kelemahan yang ada serta meningkatkan atau
mengekalkan kekuatan yang ada.
Kajian ini juga akan memberi manfaat kepada pihak sekolah. Pihak sekolah
dapat memperolehi maklumat terperinci mengenai cara pengajaran dan pembelajaran
yang sesuai dalam melaksanakan aktiviti bagi tajuk Peristiwa Melaka mendapat
nama. Disamping itu, pihak sekolah juga boleh mengenalpasti bagaimana cara untuk
membantu murid memahami seterusnya menguasai fakta-fakta penting. Dengan cara
ini, pihak sekolah boleh juga mengaplikasikan kaedah yang akan digunakan dalam
kajian ini di dalam mata pelajaran lain juga. Hal ini dapat membantu dalam
meningkatkan prestasi sekolah itu sendiri.

18

3.4

Definisi Operasional/Istilah

Terdapat beberapa istilah yang perlu diterangkan maksud ataupun dari segi
definisinya di mana istilah-istilah ini adalah penting untuk menjelaskan lagi
pemahaman terhadap tajuk kajian yang dijalankan. Di antara istilah-istilah yang perlu
didefinisikan adalah seperti berikut :

3.4.1 Keberkesanan
Menurut Khalid (1993) dalam bukunya yang bertajuk Kaedah Pembelajaran
Berkesan, keberkesanan diistilahkan sebagai satu usaha yang teratur, bersistem,
bertatatertib serta optimum yang menyepadukan dan memanfaatkan kesemua
komponen pembelajaran untuk mencapai kejayaan yang paling maksimum (terbaik).
Manakala menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), maksud keberkesanan
adalah perihal berkesan atau berkesannya sesuatu tindakan, perubahan dan
sebagainya.
Dalam kajian ini, keberkesanan merujuk kepada kesan positif bagi kaedah
yang digunakan dalam membantu murid meningkatkan ingatan mereka dalam
mengingat maklumat dan menghafal fakta. Keberkesanan juga merujuk kepada kesan
penggunaan Buku Besar terhadap penguasaan dalam mengingati peristiwa Melaka
mendapat nama. Sebagai contoh, murid dapat menceritakan peristiwa penting semasa
Parameswara dan pengikutnya sedang berehat di bawah sepohon pokok sewaktu
ditanya oleh guru.

19

3.4.2 Meningkatkan
Perkataan meningkatkan menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000) bermaksud
menaikkan atau meninggikan tahap sesuatu. Dalam kajian ini, perkataan
meningkatkan merujuk kepada proses menaikkan atau meninggikan tahap
pencapaian serta daya ingatan murid Tahun 4 untuk mengingati Peristiwa Melaka
mendapat nama.

3.4.3 Ingatan
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), maksud ingatan ialah sesuatu yang
diingat dan timbul dalam fikiran. Selain itu, kuasa untuk mengingat sesuatu yang
didengar, dipelajari, dibaca dan dilihat dengan apa yang ada dalam ingatan dengan
tidak melihat buku catatan.

3.4.5 Kronologi
Perkataan kronologi dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) bermaksud susunan
peristiwa (kejadian) menurut masa berlakunya peristiwa berkenaan. Dalam kajian ini,
kronologi yang perlu difahami oleh murid adalah mengenai rentetan peristiwa yang
berlaku pada Parameswara dan pengikutnya sehingga Melaka mendapat nama.

3.4.6 Peristiwa
Perkataan peristiwa dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) bermaksud sesuatu
yang berlaku ( menarik perhatian), kejadian atau perkara.

20

3.5

Batasan Kajian

Kajian penggunaan Bahan Bantu Mengajar iaitu penggunaan Buku Besar Kisah
Parameswa ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Padang Air dan hanya tertumpu
kepada murid Tahun 4. Kelas yang ditetapkan ialah sebuah kelas sahaja iaitu Tahun 4
Siddiq. Jumlah keseluruhan murid bagi tahun 4 Siddiq ialah sebanyak 20 orang iaitu
14 orang murid lelaki dan 6 orang murid perempuan. Seramai 3 orang murid menjadi
sampel dalam kajian ini.
Pemilihan 3 orang murid tersebut adalah berdasarkan markah terendah ujian
yang dijalankan. Topik pelajaran yang dipilih adalah mengikut sukatan Pelajaran
Sejarah Tahun 4 Sekolah Rendah. Kajian ini memberi tumpuan kepada penggunaan
Bahan Bantu Mengajar Buku Besar Kisah Parameswa yang digunakan semasa proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Kajian ini juga dijalankan bagi melihat
sejauh mana keberkesanannya dalam meningkatkan pemahaman murid terhadap
tajuk kronologi Peristiwa Melaka mendapat nama, bagi mata pelajaran Sejarah
Tahun 4.

21

4.0 KUMPULAN SASARAN


Kajian ini melibatkan tiga orang murid tahun 4 Siddiq yang terdiri daripada 2 orang
murid lelaki dan seorang murid perempuan. Peserta kajian merupakan murid lelaki
dan perempuan yang berumur 10 tahun, berbangsa melayu dan tinggal di sekitar
kawasan Sekolah Kebangsaan Padang Air. Peserta kajian dipilih kerana :
a. Mendapat keputusan yang rendah dalam ujian pra menunjukkan peserta kajian
kurang memahami topik pembelajaran.
b. Saranan daripada guru kelas yang menyarankan nama peserta kajian berdasarkan
rekod keputusan ujian Sejarah tahun 4 Siddiq.
c. Hasil temu bual bersama guru subjek Sejarah menyatakan peserta kajian
berpotensi untuk cemerlang sekiranya kefahaman dan minat mereka terhadap topik
tersebut dapat dipertingkatkan.

Latar Belakang

Faizul

Naza

Salma

JANTINA
BANGSA
M/P

L
M
BM

L
M
SN

P
M
MT

KEGEMARAN
KEBOLEHAN

Boleh

Boleh

Boleh

MEMBACA
CIRI-CIRI UNIK

Aktif dan suka

Aktif dan kurang

Pendiam dan

bertanya

keyakinan diri

pemalu

Peserta Kajian

Jadual 1 : Ciri-Ciri Unik Peserta Kajian

22

5.0

PERANCANGAN PELAKSANAAN KAJIAN

5.1

Prosedur Pelaksanaan Kajian

Menerusi kajian ini, pengkaji telah menggunakan model yang dibangunkan oleh
Kemmis dan Mc Taggart (1998). Model ini telah menyarankan empat langkah utama
dalam kajian tindakan menerusi empat kitaran seperti berikut:
I.
II.
III.
IV.

d p
m
tku
a
ld
u
tM
n
ma
e
n
ke
rh e
m
n
a
lih
t a
tlis
ke b
rk e
e
n a
sa
n ya
n

i e
m
s ke
b
a
lih
m
tM
r b
a
u
flk liu
e
ta
n
d u
ka
n
ke le
a h
m
n
a
me
tin
ksd
la
r a
B
n
b
tid ka
i n
g
n g
e
m
t si m
a
s la
a
h

Mereflek
Merancang
Bertindak
Memerhati

r a
cM
n
a
r tin
e
g
n
gd
a
c
k n
a
g a
a
b
m
slim
n h
e
a ta
g
si

GELUNG 2

Rajah 1 : Proses Kajian Model Kemmis dan Mc Taggart

5.1.1 Mereflek

23

Pertama sekali, pengkaji menggunakan langkah mereflek kembali pengajaran yang


lepas untuk menilai kelemahan dan kelebihan yang terdapat sepanjang proses
pengajaran dan pembelajaran. Menerusi kajian ini, masalah dapat dikenalpasti iaitu
murid tidak dapat mengingati dan memahami kronologi Peristiwa Melaka mendapat
nama setelah melakukan ujian.
Oleh yang demikian, pengkaji telah mengambil kira pelbagai aspek iaitu
persekitaran, murid, guru, teknik pengajaran yang telah digunakan yang telah
menyebabkan kegagalan murid mengingat fakta yang diberikan. Hasil daripada
pemerhatian yang dibuat, pengkaji mendapati bahawa terdapat beberapa orang murid
yang tidak menumpukan perhatian mereka dan bermain semasa guru menyampaikan
isi pengajaran.

5.1.2 Merancang
Berikutan masalah ini, pengkaji telah merangka dan menyediakan satu rancangan
yang sesuai untuk mengatasi masalah tersebut. Ini juga merupakan urutan proses
yang terdapat di dalam model Kemmis. Rancangan atau cara mengatasi masalah
yang telah dikenalpasti setelah mengambil kira pelbagai aspek adalah dengan
merancang menggunakan kit Buku Besar Kisah Parameswara sebagai alat intervensi
yang akan digunakan untuk sesi rawatan ke atas semua peserta kajian. Buku Besar
Kisah Parameswara ini mengandungi dua ruangan yang melibatkan kaedah bercerita
dan bermain.
Buku Besar ini mengandungi jalan perceritaan dan gambar yang menarik
yang boleh menarik minat pelajar untuk mengikuti sesi pengajaran. Dengan adanya
bahan bantu mengajar ini, ia dapat menghilangkan rasa bosan pelajar dan pelajar
akan lebih focus terhadap pengajaran guru dan tidak merasakan mata pelajaran

24

Sejarah adalah tidak penting dalam kehidupan mereka. Setelah selesai sesi rawatan
dijalankan ke atas peserta kajian, pengkaji akan mentadbir satu ujian yang dikenali
sebagai ujian pos. Tujuannya adalah untuk membuat perbandingan pencapaian murid
sebelum dan selepas sesi rawatan.

5.1.3 Bertindak
Pada fasa ini, tindakan menggunakan Buku Besar Kisah Parameswara telah
diperkenalkan dan digunakan kepada peserta kajian yang terlibat. Perjumpaan antara
peserta kajian dan pengkaji telah diatur mengikut jadual dan melibatkan dua sesi
selama dua minggu. Kaedah yang digunakan adalah secara klinikal.

Tindakan 1 :
Pengkaji telah membahagikan peserta kajian kepada dua kumpulan. Kumpulan
pertama terdiri daripada 2 orang peserta kajian manakala kumpulan kedua terdiri
daripada seorang peserta kajian. Pembahagian kumpulan ini dilakukan oleh pengkaji
mengikut perbezaan jantina peserta kajian. Kesemua peserta kajian telah diberi
makluman oleh pengkaji untuk menghadiri jadual sesi rawatan yang telah ditetapkan
oleh pengkaji. Sesi rawatan ini perlu dihadiri oleh kesemua peserta kajian iaitu
semasa waktu rehat pada setiap hari isnin dan rabu selama 30 minit. Berikut
merupakan jadual rawatan yang telah dirancang bagi sesi yang akan dijalankan.

25

HARI
ISNIN

RABU

Kumpulan 1

Kumpulan 2

10.00 - 10.30 PAGI

Faizul

Salma

(30 MINIT)

Naza

MASA

Jadual 2 : Kelas Rawatan Peserta Kajian

Peserta kajian telah diperkenalkan dengan Buku Besar Kisah Parameswara.


Mereka perlu membaca dan memahami kandungan jalan cerita Peristiwa Melaka
mendapat nama terlebih dahulu. Setelah membaca mereka dikehendaki menceritakan
apa yang diperoleh daripada bacaan tersebut. Sebagai contoh, Naza akan
menceritakan kepada Faizul tentang peristiwa yang telah berlaku sehingga Melaka
mendapat nama.
Bagi menguji kefahaman murid, pengkaji telah menanyakan beberapa soalan
kepada peserta kajian dan mereka perlu menjawabnya secara lisan. Cara ini juga
adalah sebagai satu latihan pengukuhan kepada peserta kajian untuk membantu
mereka mengingat kembali maklumat yang diperoleh berdasarkan bacaan dan
penceritaan.

Tindakan 2 :
26

Tindakan 2 merupakan aktiviti permainan yang terdapat pada bahagian Buku Besar
Kisah Parameswara. Aktiviti ini dinamakan sebagai Permainan Parameswara iaitu
pengkaji telah menyediakan permainan yang diadaptasi daripada permainan Dam
Ular tetapi diubah suai permainan ini dengan setiap petak mempunyai soalan
berdasarkan kepada Peristiwa Melaka mendapat nama.
Permainan ini juga dapat menarik minat peserta kajian dan meransang
pemikiran mereka menjawab soalan berdasarkan petak dam yang telah dilalui oleh
mereka. Setelah melakukan aktiviti permainan ini, pengkaji telah memberi set soalan
kepada peserta kajian untuk menguji tahap pencapaian mereka terhadap topik ini.

5.1.4 Memerhati
Pada fasa ini pengkaji dapat melihat sejauh manakah kaedah atau alat intervensi yang
digunakan dapat membantu daya ingatan peserta kajian terhadap tajuk Peristiwa
Melaka mendapat nama. Pengkaji juga membuat perbandingan pencapaian peserta
kajian melalui keputusan yang diperoleh dalam ujian pra dan ujian pos. Pengkaji juga
telah menggunakan kaedah pemerhatian dengan menggunakan borang senarai semak
sepanjang fasa ini bagi mendapatkan maklumat untuk menyokong objektif kajian
yang ingin dicapai. Kesemua hasil dan maklumat yang diperoleh oleh pengkaji akan
dianalisis menggunakan kaedah kualitatif naratif dan kuantitatif deskriptif.
Setelah

membuat

perbandingan,

pengkaji

mendapati

perlunya

penambahbaikan terhadap alat intervensi di mana pengkaji telah mereflek dan


mengubahsuai alat intervensi tersebut. Pengkaji juga telah menambah penggunaan
gambar berbentuk 3D supaya Buku Besar nampak lebih menarik.

27

5.2

Cara Pengumpulan Data

Pengkaji telah menggunakan tiga kaedah bagi pengumpulan data iaitu ujian, kaedah
pemerhatian, dan temubual. Kesemua kaedah ini digunakan untuk mendapatkan
maklumat tentang sejauh mana penggunaan Buku Besar Kisah Parameswara dapat
menjawab persoalan kajian. Berikut adalah kaedah yang digunakan oleh pengkaji
untuk mengumpulkan data.

5.2.1

Kaedah Ujian Pra dan Ujian Pos

Menurut Buku Manual Kajian Tindakan (2008), ujian merupakan antara kaedah
paling penting yang boleh digunakan untuk mengumpul data bagi tujuan penilaian
dan mengesan tahap kefahaman murid. Justeru, pengkaji telah menggunakan kaedah
ujian pra dan ujian pos bagi mengenal pasti tahap pencapaian murid sebelum dan
selepas sesi rawatan.
Salah satu kaedah yang telah digunakan bagi mengenalpasti peserta kajian
yang lemah dalam topik kronologi Peristiwa Melaka mendapat nama adalah dengan
menjalankan Ujian Pra. Kaedah ini membantu pengkaji untuk lebih fokus kepada
peserta kajian yang mendapat markah rendah dalam menguasai ujian yang telah
dijalankan.
Ujian Pra dilaksanakan oleh pengkaji sebelum sesi pengajaran bagi menguji
tahap sebenar peserta kajian dalam tajuk Peristiwa Melaka mendapat nama manakala
Ujian Pos dilaksanakan oleh pengkaji selepas melaksanakan intervensi terhadadap
peserta kajian bagi melihat sebarang perbezaan dalam pencapaian mereka.
Keputusan yang diperoleh dari ujian pra dan pos ini akan ditukar dalam bentuk
jadual dan graf bagi melihat pola pencapain mereka.

28

5.2.2

Temu Bual

Temu bual merupakan kaedah pengutipan data yang melibatkan interaksi bersemuka
antara pengkaji dengan peserta kajian. Ia merupakan kaedah terbaik untuk meneroka
masalah dan mendapatkan maklumat daripada peserta kajian dan guru pembimbing
secara mendalam.
Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan teknik temu bual berstruktur, bagi
mendapatkan maklum balas dan informasi yang lebih luas berkaitan keberkesanan
intervensi terhadap peserta kajian dan minat peserta kajian terhadap topik kronologi
Peristiwa Melaka mendapat nama. Selain itu, pengkaji juga telah menemubual guru
pembimbing bagi memlilih murid yang sesuai untuk dijadikan sebagai peserta kajian.

5.2.3

Pemerhatian

Kaedah ini dilaksanakan secara turut serta dan tidak turut serta dengan menggunakan
borang senarai semak. Tujuan kaedah ini digunakan adalah untuk meniliti tahap
penguasaan dan penglibatan peserta kajian sebelum, semasa dan selepas menerima
rawatan. Peserta kajian dinilai dari aspek penglibatan mereka sewaktu melaksanakan
aktiviti bersama guru dan rakan mereka.
Di samping itu juga, pengkaji akan meminta bantuan rakan untuk turut sama
menilai tahap penglibatan murid yang dapat diperhatikan semasa sesi rawatan
dilaksanakan. Melalui keputusan yang bakal diperoleh, pengkaji dapat membuat
perbandingan berkaitan penguasaan dan penglibatan murid sewaktu melalui proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dan sewaktu menerima sesi rawatan.

29

5.3 Prosedur Pelaksanaan


Berikut merupakan prosedur pelaksanaan penggunaan Buku Besar Kisah
Parameswara bagi intervensi pertama.

BIL
1.

PROSEDUR
menerangkan

Guru

ILUSTRASI TINDAKAN

CATATAN

alat

intervensi yang berbentuk dua


dimensi
2

Peserta Kajian membaca dan


bercerita

berdasarkan

Buku

Besar
3

Guru

memperkenalkan

Permainan Parameswara kepada


peserta kajian
4

Peserta Kajian menjalani Ujian


Pos 1

Rajah 2 : Prosedur Pelaksanaan Bagi Intervensi Pertama

Setelah penambahbaikan ke atas Buku Besar Kisah Parameswara, Pengkaji telah


melaksanakan sesi intervensi kedua kepada Peserta Kajian.

30

BIL
1

PROSEDUR
ILUSTRASI TINDAKAN
Guru memperkenalkan Buku
Besar

setelah

penambahbaikan

CATATAN

dibuat
gambar

berbentuk tiga dimensi


2

Peserta

Kajian

membaca

berpandukan pada gambar 3


Dimensi

Peserta

Kajian

bermain

sambil menjawab soalan pada


Permainan Parameswara

Peserta

Kajian

menjalani

Ujian Pos 2

Rajah 3 : Prosedur Pelaksanaan Bagi Intervensi Kedua


6.0 ANALISIS DAN INTERPRESTASI DATA
Dalam bab 6 ini, penyelidik membincangkan mengenai pengumpulan data yang telah
dilakukan berdasarkan tajuk kajian yang dijalankan iaitu keberkesanan Buku Besar

31

Kisah Parameswara dalam meningkatkan ingatan murid Tahun 4 bagi topik


kronologi Peristiwa Melaka mendapat nama.
Penganalisisan

data

melibatkan

aktiviti

seperti

memilih,

mengatur,

menggabung dan menjadualkan data yang telah dikumpul (Mohd Majid Konting,
2005). Pemprosesan data yang dilakukan adalah bertujuan untuk mendapatkan
maklumat yang berguna daripada data yang diperoleh. Penyelidik juga memfokuskan
dapatan kajian dan dihuraikan berdasarkan sumber kajian yang telah didapati.
Beberapa bentuk instrumen telah digunakan bagi mengumpul data-data
penting bagi menilai keberkesanan penggunaan Buku Besar Kisah Parameswara
dalam membantu murid mengingati kronologi Peristiwa Melaka mendapat nama.
Antara bentuk instrumen tersebut adalah ujian pra dan ujian pos yang telah
dijalankan ke atas kesemua peserta kajian. Ujian Pra telah dijalankan terhadap
kesemua murid kelas 4 Siddiq. Pengkaji telah meletakkan satu penanda aras di mana
3 orang murid yang mencapai jumlah skor yang terendah akan dijadikan sebagai
peserta kajian dalam kajian tindakan ini. Ujian Pra telah dilaksanakan selepas
pengkaji selesai melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran berkaitan tajuk
kronologi Peristiwa Melaka mendapat nama.
Proses intervensi merupakan sesi di mana berlakunya proses pembelajaran
menggunakan kit pembelajaran yang dihasilkan oleh pengkaji bagi mengatasi
masalah yang dihadapi oleh peserta kajian. Selepas menggunakan kit pembelajaran
tersebut, pengkaji telah mengadakan aktiviti permainan dam yang dinamakan sebagai
permainan parameswara dimana setiap petak dam tersebut menceritakan perjalanan
Peristiwa Melaka mendapt nama berdasarkan Buku Besar Kisah Parameswara.
Selepas melaksanakan aktiviti permainan ini ke atas semua peserta kajian, pengkaji
telah melaksanakan satu lagi ujian pos 1 bagi melihat keberkesanan kaedah

32

intervensi yang dilakukan. Ujian ini merupakan ujian bertulis yang menggunakan
item-item soalan yang sama digunakan semasa ujian pra. Item soalan yang sama diuji
ke atas peserta kajian adalah bertujuan untuk menilai pencapaian peserta kajian sama
ada menunjukkan peningkatan atau tidak. Ujian Pra dan Ujian Pos digunakan untuk
menjawab persoalan kajian pertama iaitu Adakah penggunaan Buku Besar Kisah
Parameswara dapat meningkatkan pencapaian murid dalam topik Peristiwa Melaka
mendapat nama?.
Setelah melakukan penambahbaikan terhadap alat intervensi iaitu Buku Besar
Kisah Parameswara dengan menggunakan gambar berbentuk tiga dimensi dan
perkataan jalan cerita yang mudah, pengkaji telah melaksanakan proses intervensi
untuk gelung yang kedua. Ujian pos 2 dengan menggunakan item soalan yang sama
kemudiannya telah ditadbir sekali lagi ke atas kesemua peserta kajian bagi melihat
keberkesanan penggunaan Buku Besar Kisah Parameswara khususnya setelah
penambahbaikan dilakukan.
Selain itu, pengkaji turut menggunakan kaedah pemerhatian bagi menyokong
kesahihan data yang dikumpul. Pengkaji telah menggunakan kaedah pemerhatian
secara turut serta dan tidak turut serta untuk melihat sama ada peserta kajian dapat
mengingat Peristiwa Melaka mendapat nama selepas menjalani proses intervensi
menggunakan Buku Besar. Memandangkan kaedah pemerhatian yang dibuat adalah
jenis pemerhatian berstruktur, maka pengkaji telah menyediakan borang senarai
semak pemerhatian yang memfokuskan kepada beberapa aspek yang diperhatikan
sepanjang proses intervensi.
Temu bual turut dilakukan oleh pengkaji bagi mendapatkan maklum balas
peserta kajian berkaitan aktiviti dan alat intervensi yang digunakan. Pengkaji
menjalankan temu bual separa berstruktur yang bertujuan menjawab persoalan ketiga

33

iaitu Adakah penggunaan Buku Besar Kisah Parameswara dapat mewujudkan


suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan menghiburkan?.
Kesemua instrumen tersebut telah digunakan oleh pengkaji ke atas tiga orang
peserta kajian dalam kajian tindakan ini. Maklumat serta data yang dikumpul
merupakan hasil dapatan yang akan digunakan bagi membuktikan sama ada kit
pembelajaran yang telah dihasilkan oleh pengkaji bagi menyelesaikan masalah kajian
yang digunakan dalam intervensi memberi kesan positif yang signifikan atau pun
tidak.

6.1 Peserta Kajian 1 (Faizul)


Berdasarkan hasil dapatan kajian yang dikumpul, pengkaji mendapati aktiviti yang
dijalankan dapat meningkatkan penguasaan Faizul terhadap topik yang diajar.
Maklumat berkaitan tingkah laku yang ditunjukkan oleh Faizul semasa proses PdP
berlangsung dicatatkan dalam borang senarai semak pemerhatian. Pemerhatian
dilakukan oleh pengkaji terhadap Faizul sepanjang sesi PdP dijalankan sebelum
penggunaan alat intervensi dan juga semasa penggunaan alat intervensi. Melalui
senarai semak ini, pengkaji dapat memperoleh maklumat mengenai perubahan
tingkah laku yang ditunjukkan oleh Faizul sebelum dan semasa penggunaan alat
intervensi digunakan.

Bil

Kriteria

1.

Berborak dengan rakan

2.

Tidak menumpukan perhatian

3.

Menunjukkan mimik muka bosan.

Peserta Kajian
PK1
PK1
34

4.

Menjawab soalan dengan betul.

PK 1

5.

Menunjukkan minat untuk mengikuti proses P&P

Jadual 3 : Pemerhatian Semasa Proses PdP Faizul

Jadual diatas menunjukkan analisis data pemerhatian sewaktu sesi PdP berlangsung
sebelum ujian pra. Faizul telah menunjukkan beberapa tingkah laku dan bahasa
tubuh yang difikirkan sebagai kelakuan negatif semasa pengkaji memberikan
penerangan. Walaubagaimanapun, terdapat tingkah laku positif yang dikesan iaitu
beliau dapat menjawab soalan dengan betul apabila guru bertanyakan soalan kepada
beliau.
Peserta ini juga kerap kali berborak dengan rakan semasa guru sedang
memberi penerangan semasa proses PdP berlangsung dan berdasarkan kepada mimik
muka Faizul, beliau menunjukkan tingkah laku yang kurang berminat terhadap
subjek Sejarah ini. Oleh sebab itu, Faizul telah dipilih untuk menjalani sesi rawatan.

Bil
1.

Aspek

Sesi

Sesi

Memberi perhatian semasa proses rawatan

Intervensi 1
PK1

Intervensi 2
PK1

dilaksanakan
35

2.

Menunjukkan minat dengan penggunaan Buku

PK 1

PK1

3.

Besar Kisah Parameswara


Melibatkan diri dengan aktif dalam setiap

PK 1

PK1

4.

aktiviti
Murid dapat membezakan antara anjing
perburuan

Paramesawara

dan

PK1

pelanduk

semasa kejadian Parameswara sedang berehat


5.

di bawah sepohon pokok


Peserta kajian dapat menceritakan kronologi

PK 1

peristiwa Melaka mendapat nam dengan baik.


Jadual 4 : Pemerhatian Semasa Sesi Intervensi

Jadual di atas menunjukkan dapatan yang diperoleh sepanjang pemerhatian yang


dilakukan terhadap Faizul semasa proses rawatan. Bagi item pertama, pengkaji
mendapati peserta kajian telah memberikan perhatian semasa proses intervensi
pertama dan kedua dilaksanakan. Peserta kajian kelihatan teruja apabila pengkaji
menunjukkan Buku Besar Kisah Parameswara dan Faizul telah memberikan
perhatian yang baik semasa pengkaji menerangkan manual penggunaan buku
tersebut dan juga sepanjang proses rawatan.

Buku tersebut mengandungi 2 ruangan iaitu ruangan A dan juga ruangan B.


Pada ruangan A, peserta kajian dikehendaki untuk membaca cerita dan juga bercerita
mengenai kronologi Peristiwa Melaka mendapat nama sambil diperhatikan oleh
pengkaji. Hasil pemerhatian yang dilakukan, Faizul telah melibatkan diri dengan
aktif untuk sesi rawatan 1 dan 2. Pada ruangan B pula, Faizul juga telah
36

menunjukkan minat terhadap aktiviti permainan yang diperkenalkan oleh pengkaji


dan peserta kajian telah bermain dengan bersungguh-sungguh.
Bagi item empat dan lima, pengkaji telah melihat bahawa peserta kajian tidak
dapat membezakan antara anjing perburuan Parameswara dan pelanduk semasa
kejadian Parameswara berehat di bawah sepohon pokok dan Faizul juga tidak dapat
menceritakan rentetan Peristiwa Melaka mendapat nama dengan baik. Oleh yang
demikian, pengkaji telah mengambil keputusan untuk melakukan gelung kedua bagi
membantu peserta kajian satu ini dalam menguasai tajuk Peristiwa Melaka
mendapat nama dengan lebih baik.
Berdasarkan

pemerhatian

yang

dicatatkan

oleh

pengkaji

sepanjang

pemerhatian yang dilakukan semasa proses intervensi untuk gelung yang kedua.
Terdapat perubahan pada item yang keempat dan kelima dimana Faizul telah dapat
membezakan antara anjing perburuan Parameswara dan pelanduk semasa kejadian
Parameswara berehat di bawah sepohon pokok dan peserta kajian juga dapat
menceritakan rentetan Peristiwa Melaka mendapat nama dengan baik untuk sesi
rawatan yang kedua.

Di samping melakukan pemerhatian terhadap kelakuan yang ditunjukkan oleh


Peserta Kajian, pengkaji turut mengumpul maklumat dengan menjalankan Ujian Pra
dan Ujian Pos.

Ujian Pra dan Ujian Pos dijalankan untuk mengesan tahap

pencapaian dan penguasaan Peserta Kajian terhadap topik yang diajar. Berikut
merupakan keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos yang diperoleh oleh Faizul :

37

BIL
1
2
3

UJIAN
PRA
POS 1
POS 2

MARKAH (%)
44
72
94

GRED
C
B
A

Jadual 5 : Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos Faizul

Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos Faizul


100
80
60
Peratusan Markah

40
20
0
PRA

POS 1

POS 2

Ujian

Rajah 4 : Graf Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos Faizul

38

Jadual dan Rajah diatas menunjukkan keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos yang telah
ditadbir oleh pengkaji terhadap Faizul. Berdasarkan jadual dan rajah berkenaan,
Faizul telah menunjukkan peningkatan pencapaian dalam ujian yang telah diambil.
Ujian Pra telah dijalankan selepas sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung
tanpa menggunakan alat intervensi. Berdasarkan ujian tersebut, Faizul memperoleh
markah yang terendah berbanding dengan rakan-rakan kelas yang lain iaitu 44%.
Dalam Ujian Pra ini pengkaji telah menyediakan sebanyak 18 soalan iaitu 10
soalan objektif manakala 8 soalan lagi adalah soalan subjektif. Soalan ujian
mengandungi kriteria yang ingin diuji kepada peserta kajian, memfokuskan kepada
kemahiran memahami dan mengingat. Berdasarkan ujian tersebut, Faizul tidak dapat
menamakan haiwan yang telah menendang anjing perburuan Parameswara hingga
terjatuh ke dalam sungai dengan betul. Faizul terkeliru dengan anjing dan pelanduk.
Bagi soalan objektif pula, Faizul hanya memperoleh 5 daripada 10 markah yang
diperuntukkan. Pengkaji mendapati Faizul tidak dapat memahami dan mengingati
Peristiwa Melaka mendapat nama dengan baik.
Pengkaji

berasa

bertanggungjawab

untuk

membantu

meningkatkan

penguasaan Faizul mengingati dan memahami jalan cerita Peristiwa Melaka


mendapat nama dengan betul. Oleh itu, pengkaji menjalankan sesi pengajaran dan
pembelajaran khusus untuk membantu meningkatkan pencapaian Peserta Kajian.
Penggunaan Buku Besar Kisah Parameswara telah dilaksanakan dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran berkenaan. Selesai aktiviti dilaksanakan, Ujian Pos
dikelolakan untuk menguji penguasaan Peserta Kajian.

39

Dapat dilihat dalam Jadual dan Rajah, Faizul memperoleh markah sebanyak
72 peratus. Walaupun terdapat peningkatan pencapaian yang diperoleh oleh Faizul,
namun pengkaji masih belum berpuas hati dengan pencapaian yang diperoleh. Ini
kerana, pengkaji mensasarkan keputusan 80% dan ke atas bagi Ujian Pos 1 yang
dilaksanakan.
Memandangkan pengkaji mensasarkan sebanyak 80% dan ke atas untuk
Ujian Pos 1, maka aktiviti tambahan iaitu Aktiviti Permainan Parameswara yang
berkonsepkan Permainan Dam Ular telah dilakukan oleh pengkaji bersama dengan
Faizul dan Peserta Kajian yang lain bertujuan untuk mencapai sasaran berkenaan.
Selesai aktiviti dijalankan, Ujian Pos 2 dikelolakan oleh pengkaji untuk menilai
tahap penguasaan Faizul. Daripada ujian tersebut, keputusan yang diperoleh oleh
Faizul adalah sebanyak 94% dan ianya melepasi sasaran pengkaji.
Melalui Ujian Pos 2, Faizul dapat membezakan haiwan yang telah
menendang anjing perburuan Parameswara sehingga jatuh higga ke dalam sungai dan
berjaya menceritakan kronologi Peristiwa Melaka mendapat nama dengan baik.

Soalan 1

Adakah

anda

faham

topik

Peristiwa

Melaka

40

Faizul

Mendapat Nama?
Kurang faham Cikgu

Soalan 2

Sekiranya anda tidak memahami topik ini,


dapatkah anda menjawab ujian yan diberikan?

Faizul

Dok pasti cikgu

Soalan 3

Adakah aktivti Permainan Parameswara yang


digunakan oleh Cikgu menarik minat anda?
Mengapa?
Menarik kerana cantik dan dok bosang

Faizul
Soalan 4

Faizul

Adakah anda berminat dengan mata pelajaran


Sejarah setelah melakukan aktiviti pembelajaran
hari ini?
Minat sikit-sikit cikgu

Untuk mengukuhkan lagi maklumat yang diperoleh, pengkaji juga


menjalankan temu bual untuk mendapatkan maklum balas daripada Peserta Kajian
berhubung dengan aktiviti yang dijalankan. Temubual dilakukan untuk mengukuhkan
lagi kajian yang dilakukan. Data-data temubual telah dianalisis berdasarkan persoalan
kajian tindakan objektif kajian ini. Berikut merupakan hasil dapatan temubual yang

dijalankan terhadap Faizul :

Jadual 6 : Transkrip Temubual Faizul Selepas Intervensi 1

Berdasarkan Jadual 6, pengkaji dapati bahawa peserta kajian ini masih tidak dapat
memahami dengan jelas berkenaan topik Peristiwa Melaka mendapat nama. Hal ini
dapat dibuktikan dengan keputusan ujian pos 1 Faizul ini. Berdasarkan jadual
transkrip temu bual berkenaan, Faizul memberi maklum balas yang kurang positif
terhadap kefahaman beliau tentang topik ini.

41

Ini berikutan daripada jawapan yang diberikan oleh Faizul apabila pengkaji
bertanya adakah kamu faham tentang topik Peristiwa Melaka mendapat nama?.
Faizul telah memberikan respon kurang faham cikgu. Tetapi Faizul telah memberi
respon yang positif terhadap soalan berkaitan aktiviti Permainan Parameswara dan
beliau telah menjawab dengan menyatakan bahawa ia menarik dan cantik serta tidak
bosang. Hasil temu bual ini menunjukkan bahawa Faizul tidak dapat menguasai
topik ini dengan baik berdasarkan respon yang diberi.
Soalan 1

Faizul

Adakah Buku Besar Kisah Parameswara ini


membantu kamu memahami Topik Peristiwa
Melaka Mendapat Nama?
Bantu sangat-sangat cikgu, sebab bila saya dok tahu
nok jawab soalan, saya teringat gambar yang ada pada
Buku Besar.

Soalan 2

Adakah anda menyukai aktiviti bercerita dan


permaianan yang terdapat pada Buku Besar?

Faizul

Ye cikgu, sangat seronok bermain permainan tersebut


dan membantu saya untuk menjawab soalan

Soalan 3

Adakah anda berminat dengan Matapelajaran


Sejarah setelah menggunakan Buku Besar?
Rasa seronok cikgu, sebelum ini saya rasa bosang untuk
belajar subjek Sejarah
Adakah anda berasa seronok selepas mengikuti
aktiviti pembelajaran pada hari ini?
Seronok sebab ada aktiviti yang menarik.

Faizul
Soalan 4
Faizul

Jadual 7 : Transkrip Temubual Faizul Selepas Intervensi 2

42

Berdasarkan transkip temubual Jadual 7, pengkaji telah menanyakan soalan


kepada peserta kajian selepas sesi rawatan 2 dilaksanakan untuk menjawab persoalan
kajian dan objektif kajian disamping mengukuhkan lagi data yang diperoleh.
Berdasarkan soalan temubual yang ditanya oleh pengkaji kepada peserta
kajian ini, kesemua soalan tersebut mendapat respon yang positif daripada peserta
kajian. Sesi rawatan 2 ini dilaksanakan adalah untuk meningkatkan lagi markah
peratusan yang diperoleh oleh Faizul dan kit pembelajaran juga telah ditambah
dengan meletakkan gambar berbentuk tiga dimensi pada ruangan Buku Besar ini.
Hasil daripada rawatan ini, pengkaji telah menunjukkan peningkatan markah
yang ketara jika dibandingkan dengan Ujian Pra dan Pos 1. Hal ini dapat dibuktikan
dengan hasil temubual soalan item pertama iaitu Faizul telah memberi respon
bahawa Buku Besar telah membantu beliau untuk menjawab soalan kerana apabila
beliau tidak tahu menjawab soalan, beliau telah mengingati gambar-gambar yang
terdapat pada Buku tersebut.
Ternyata imaginasi dan warna dapat meningkatkan tahap ingatan murid.
Selain itu, temubual ini telah menjawab objektif kajian iaitu apabila pengkaji telah
bertanya sama ada beliau berminat dengan matapelajaran Sejarah setelah
menggunakan Buku Besar? dan respon yang diberi adalah beliau rasa sangat seronok
dan sebelum ini beliau rasa bosan untuk belajar subjek Sejarah kerana tiada aktiviti
yang dapat menarik minat beliau.

43

6.2 Peserta Kajian 2 ( Naza )


Berdasarkan aktiviti yang telah dijalankan, Naza menunjukkan peningkatan
penguasaan bagi topik yang diajar. Ini dibuktikan melalui catatan pemerhatian yang
telah dibuat oleh pengkaji. Hasil pemerhatian yang dilakukan dicatat dalam borang
senarai semak pemerhatian. Sebanyak tiga kali pemerhatian telah dilakukan oleh
pengkaji terhadap Naza iaitu semasa proses PdP dan semasa sesi rawatan
dilaksanakan. Berikut merupakan hasil dapatan daripada pemerhatian yang dilihat
oleh pengkaji terhadap Naza.

Bil

Kriteria

Peserta Kajian

1.

Berborak dengan rakan

2.

Tidak menumpukan perhatian

3.

Menunjukkan mimik muka bosan.

4.

Menjawab soalan dengan betul.

PK 2

5.

Menunjukkan minat untuk mengikuti proses P&P

PK 2

PK 2

Jadual 8 : Pemerhatian Semasa Proses PdP Naza

Jadual 8 menunjukkan analisis data pemerhatian sewaktu sesi PdP berlangsung


sebelum ujian pra. Naza menunjukkan beberapa tingkah laku dan bahasa tubuh yang
difikirkan sebagai kelakuan negatif semasa pengkaji memberikan penerangan. Hal
ini dapat dikesan oleh pengkaji semasa proses PdP berlangsung dimana Naza tidak
menumpukan perhatian semasa pengkaji sedang mengajar dihadapan kelas. Naza
juga kelihatan suka bermain pemadam dan menconteng lukisan di buku latihan.

44

Walaubagaimanapun, terdapat tingkah laku positif yang dikesan iaitu beliau


dapat menjawab soalan dengan betul apabila guru bertanyakan soalan kepada beliau.
Walaupun Naza tidak memberi perhatian sepenuhnya semasa pengkaji memberi
penerangan semasa proses PdP berlangsung, tetapi apabila pengkaji bertanyakan
soalan kepadanya, Naza dapat menjawabnya dengan betul. Disamping itu juga, Naza
juga telah menunjukkan minat untuk mengikuti proses PdP apabila pengkaji telah
melaksanakan sebuah permainan, Naza menunjukkan kesungguhan yang baik jika
dibandingkan dengan rakan sekelasnya yang lain. Oleh sebab itu, pengkaji
merasakan Naza perlu dipilih sebagai peserta kajian untuk sesi intervensi
berdasarkan kelakuan yang ditunjukkan dan pencapaiannya dalam ujian pra yang
diberi oleh pengkaji.
Bil

Aspek

Sesi

Sesi

1.

Memberi perhatian semasa proses rawatan

Intervensi 1
PK2

Intervensi 2
PK2

2.

dilaksanakan
Menunjukkan minat dengan penggunaan Buku

PK 2

PK2

3.

Besar Kisah Parameswara


Melibatkan diri dengan aktif dalam setiap

PK 2

PK2

4.

aktiviti
Murid dapat membezakan antara anjing

PK2

PK2

perburuan

Paramesawara

dan

pelanduk

semasa kejadian Parameswara sedang berehat


5.

di bawah sepohon pokok


Peserta kajian dapat menceritakan kronologi

PK2

peristiwa Melaka mendapat nam dengan baik.

Jadual 9 : Pemerhatian Semasa Sesi Intervensi

Jadual di atas menunjukkan dapatan yang diperoleh sepanjang pemerhatian yang


dilakukan terhadap peserta kajian kedua semasa proses rawatan. Bagi item pertama,
45

pengkaji mendapati Naza telah memberikan perhatian semasa proses intervensi


pertama dan kedua dilaksanakan. Pengkaji mendapati Naza begitu seronok apabila
pengkaji memperkenalkan Buku Besar kepada beliau. Apabila pengkaji menerangkan
penggunaan manual Buku Besar, Naza kelihatan tidak sabar untuk mengikuti sesi
rawatan yang akan dilaksanakan oleh pengkaji.
Semasa sesi rawatan gelung satu dan dua dilaksanakan, pengkaji mendapati
bahawa Naza menunjukkan minat yang mendalam terhadap penggunaan Buku Besar
Kisah Parameswara ini. Faktor buku yang dihiasi dengan gambar tiga dimensi
menjadi daya tarikan Naza untuk membaca dan seterusnya mengikuti proses
pembelajaran. Selain itu juga, Naza begitu aktif sekali dalam melibatkan aktiviti
yang dijalankan oleh pengkaji. Ini dapat dilihat semasa pengkaji memperkenalkan
Permainan Parameswara yang diadaptasi daripada permainan dam ular. Pengkaji
dapat melihat kesungguhan dan keazaman Naza dalam melaksanakan aktiviti yang
disarankan oleh pengkaji. Naza juga aktif untuk menjawab soalan yang terdapat
didalam petak Permainan Parameswara.
Hasil daripada penglibatan aktif oleh Naza, ia dapat membantu beliau untuk
membezakan antara anjing perburuan Parameswara dan pelanduk semasa kejadian
Parameswara sedang berehat di bawah sepohon pokok. Ini terbukti apabila pengkaji
telah menyoal beliau setelah menggunakan Buku Besar Kisah Parameswara dan
bermain Permainan Parameswara untuk sesi rawatan gelung satu dan gelung dua.
Hasilnya, beliau dapat menjawab dan membezakan antara anjing dan pelanduk
dengan betul.
Pada item kelima, pengkaji telah membuat pemerhatian terhadap Naza iaitu
berkaitan dengan aspek peserta kajian sama ada dapat menceritakan kronologi
46

Peristiwa Melaka mendapat nama dengan baik untuk sesi rawatan pertama dan
kedua. Untuk sesi rawatan pertama, Naza tidak dapat menceritakan kronologi
Peristiwa Melaka mendapat nama dengan baik.
Beliau telah menyatakan bahawa tempat persinggahan Parameswara di
sebuah kampong adalah bernama kampong Melaka, sebaliknya kampong tersebut
merupakan sebuah kampong Nelayan. Beliau juga telah menyatakan bahawa nama
Melaka diambil sempena kejadian pelanduk dengan anjing perburuan Parameswara.
Sebenarnya, nama Melaka diambil sempena Parameswara dan pengikutnya sedang
berehat dibawah sepohon pokok iaitu pokok Melaka.
Walaubagaimanapun, selepas sesi rawatan kedua dilaksanakan dengan
penambahan aktiviti Permainan Parameswara, akhirnya Naza dapat menceritakan
kronologi Peristiwa Melaka mendapat nama dengan baik. Segala fakta yang ada
dapat diceritakan dengan baik oleh beliau.
Di samping melakukan pemerhatian terhadap kelakuan yang ditunjukkan oleh
Naza, pengkaji turut mengumpul maklumat dengan menjalankan Ujian Pra dan Ujian
Pos. Ujian Pra dan Ujian Pos dijalankan untuk mengesan tahap pencapaian dan
penguasaan Naza terhadap topik yang diajar. Berikut merupakan keputusan Ujian Pra
dan Ujian Pos yang diperoleh oleh Naza :

BIL
1
2
3

UJIAN
PRA
POS 1
POS 2

MARKAH (%)
55
94
100

GRED
C
A
A
47

Jadual 10 : Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos Naza

Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos Naza


120
100
80
Peratus Markah

60

MARKAH (%)

40
20
0

PRA

POS 1

POS 2

Ujian

Rajah 5 : Graf Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos Naza

Jadual dan Rajah diatas menunjukkan keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos yang
diperoleh oleh Naza. Dapat diperhatikan, Naza menunjukkan peningkatan
pencapaian dalam ujian yang ditadbir. Berdasarkan Ujian Pra yang telah
dilaksanakan, Naza hanya memperoleh markah sebanyak 55% iaitu berada dalam

48

gred C. Bagi soalan objektif Naza hanya berjaya menjawab sebanyak 6 daripada 10
soalan yang diberi. Manakala dalam soalan subjektif hanya betul menjawab 4 soalan
sahaja daripada 8 soalan yang dikemukakan.
Dalam soalan subjektif, Naza tidak dapat menjawab soalan dengan baik dan
tertukar dengan peristiwa kejadian yang luar biasa iaitu antara anjing perburuan dan
pelanduk putih. Beliau juga tidak dapat menjawab soalan yang berkonsepkan isi
tempat kosong berdasarkan kronologi Peristiwa Melaka mendapat nama. Beliau juga
lupa bahawa pengasasan Kesultanan Melayu Melaka diasaskan oleh Parameswara
tetapi beliau telah menjawab Sultan Muzhaffar Shah.
Memandangkan keputusan Naza adalah antara keputusan yang kedua
terendah dalam Ujian Pra yang dilaksanakan, maka pengkaji bercadang untuk
menjalankan sesi rawatan untuk membantu Naza dalam menguasai topik yang diajar.
Sama seperti Faizul, Ujian Pos 1 ditadbir setelah aktiviti tersebut dijalankan.
Berdasarkan Jadual 8 dan Rajah 8, markah yang dicatatkan oleh Naza bagi Ujian Pos
1 ialah 94%. Markah tersebut menepati sasaran yang ditetapkan oleh pengkaji iaitu
80% dan ke atas.
Sama seperti markah yang diperoleh dalam Ujian Pra bagi soalan subjektif,
Naza masih tidak dapat membanding bezakan antara anjing perburuan Parameswara
dan seekor pelanduk dalam kejadian semasa baginda sedang berehat dibawah
sepohon pokok dengan betul. Terdapat satu kesalahan jawapan yang dilakukan oleh
Naza bagi soalan tersebut. Seterusnya, terdapat peningkatan markah yang dicatatkan
bagi soalan objektif apabila Naza berjaya menjawab kesemua soalan yang
diperuntukan iaitu dengan memperolehi markah sebanyak 10 markah jika
dibandingkan dengan Ujian Pra, beliau hanya berjaya menjawab 6 soalan sahaja
daripada 10 soalan yang diperuntukan.

49

Aktiviti tambahan tidak dilakukan oleh pengkaji untuk Naza kerana Naza
telah mencapai sasaran yang ditetapkan dalam Ujian Pos 1. Namun begitu, keputusan
yang diperoleh masih berada pada tahap sederhana. Oleh itu, Ujian Pos 2 dikelolakan
oleh pengkaji setelah alat intervensi iaitu Buku Besar Kisah Parameswara digunakan
dengan penambahbaikan pada gambar berbentuk tiga dimensi. Berdasarkan Ujian
Pos 2, Naza menunjukkan peningkatan pencapaian dengan mencatat markah
sebanyak 100% dan mencapai keputusan gred A.
Pengkaji juga mengumpul maklumat dengan menjalankan temu bual bersama
dengan Naza. Pengkaji telah menjalankan temu bual sebanyak dua kali bersama
dengan Naza iaitu selepas pelaksanaan sesi rawatan untuk gelung pertama dan
gelung kedua. Berikut merupakan transkrip temu bual pengkaji dengan Naza bagi
intervensi pertama :
Soalan 1
Naza

Adakah anda faham topik Peristiwa Melaka


Mendapat Nama?
Faham sikit-sikit saja Cikgu

Soalan 2

Sekiranya anda tidak memahami topik ini,


dapatkah anda menjawab ujian yang diberikan?

Naza

Dok boleh cikgu

Soalan 3

Adakah aktivti Permainan Parameswara yang


digunakan oleh Cikgu menarik minat anda?
Mengapa?
Sangat Menarik dan saya suka cikgu

Naza
Soalan 4

Naza

Adakah anda berminat dengan mata pelajaran


Sejarah setelah melakukan aktiviti pembelajaran
hari ini?
Minat sikit-sikit cikgu

Jadual 11 : Transkrip Temubual Naza Selepas Intervensi 1

50

Berdasarkan Jadual 11, dapat dilihat jawapan yang diberikan oleh Naza dalam temu
bual yang telah dilakukan. Selepas sesi intervensi pertama dijalankan, pengkaji
bertanya adakah anda faham topik Peristiwa Melaka mendapat nama?. Naza
memberikan jawapan dengan menyatakan Faham sikit-sikit saja cikgu. Jawapan
yang diberikan menunjukkan bahawa Naza berasa kurang yakin dia dapat faham dan
ingat tentang apa yang dipelajari. Dalam soalan temu bual kedua yang dijalankan,
Naza telah memberikan jawapan iaitu dok boleh cikgu. Ini menunjukkan bahawa,
Naza tidak boleh menjawab soalan sekiranya beliau tidak dapat memahami topik ini
dengan baik.
Dalam soalan temubual ketiga, pengkaji telah bertanya kepada Naza, adakah
aktiviti Permainan Parameswara yang digunakan oleh cikgu menarik minat beliau.
Jawapan yang diberikan oleh Naza ialah sangat menarik dan saya suka cikgu.
Berdasarkan jawapan yang diberikan, pengkaji mendapati bahawa Naza sangat
tertarik dengan aktiviti yang dijalankan semasa sesi intervensi pertama. Ini
menunjukkan Naza terlibat aktif dalam aktiviti yang dilaksanakan oleh pengkaji.
Secara tidak langsung ia dapat menarik minat Naza dalam mempelajari Subjek
Sejarah dengan menggunakan aktiviti bermain.
Dalam soalan keempat untuk sesi intervensi pertama ini, pengkaji telah
menanyakan soalan kepada Naza, adakah anda berminat dengan matapelajaran
Sejarah setelah menggunakan kit Buku Besar ini. Naza telah menjawab dengan
menyatakan beliau hanya minat sikit-sikit sahaja. Ini dapat disimpulkan bahawa alat
intervensi ini kurang menarik minat Naza dalam meminati subjek Sejarah. Oleh itu,
pengkaji bercadang untuk menambahbaik alat intervensi ini untuk sesi rawatan kedua
dengan menggunakan gambar berbentuk tiga dimensi untuk sesi rawatan seterusnya.

51

Soalan 1

Adakah Buku Besar Kisah Parameswara ini


membantu kamu memahami Topik Peristiwa
Melaka Mendapat Nama?
Ye cikgu, saya mudah faham sebab ada gambar yang
cantik dan menarik
Adakah anda menyukai aktiviti bercerita dan
permainan yang terdapat pada Buku Besar?

Naza
Soalan 2
Naza

Saya suka aktiviti yang terdapat dalam Buku Besar

Soalan 3

Adakah anda berminat dengan Matapelajaran


Sejarah setelah menggunakan Buku Besar?
Saya berminat cikgu kerana saya ada peningkatan
dalam ujian yang cikgu jalankan
Adakah anda berasa seronok selepas mengikuti
aktiviti pembelajaran pada hari ini?
Seronok dan dok sabar untuk mengikutinya lagi

Naza
Soalan 4
Naza

Jadual 12 : Transkrip Temubual Naza Selepas Intervensi 2

Jadual diatas menunjukkan transkrip temubual yang dijalankan bersama Naza selepas
Intervensi kedua. Berikut merupakan jawapan yang diberikan oleh Naza setelah
pengkaji menanyakan beberapa soalan sejurus tamat sesi intervensi untuk kedua.
Dalam soalan pertama, pengkaji telah bertanyakan soalan yang sama seperti
intervensi pertama.
Jawapan yang diberikan oleh Naza ialah sangat positif jika dibandingkan
dengan jawapan semasa sesi intervensi pertama. Beliau menyatakan bahawa beliau
mudah faham sebab ada gambar yang cantik dan menarik. Berdasarkan jawapan
yang diberikan oleh Naza, pengkaji mendapati penggunaan alat intervensi yang
kedua dapat memberi kefahaman untuk Naza mengingati topik ini dengan mudah
disebabkan ada penambahbaikan dalam alat intervensi yang kedua iaitu pengkaji
telah mengubahsuai alat itu dari gambar dua dimensi kepada gambar berbentuk tiga
dimensi.
52

Secara tidak langsung, ia dapat menarik perhatian Naza dengan gambar yang
pelbagai dan warna corak yang cantik. Tambahan pula, pengkaji telah menggunakan
ayat yang mudah pada setiap jalan cerita tersebut. Pada soalan kedua, pengkaji telah
bertanyakan kepada Naza, adakah anda menyukai aktiviti permainan yang terdapat
pada Buku Besar. Naza telah memberikan jawapan dengan menyatakan beliau sangat
suka dan jawapan ini sama seperti yang ditanyakan oleh pengkaji pada sesi intervensi
pertama. Berdasarkan kenyataan yang diberikan oleh Naza, pengkaji mendapati Naza
lebih tertarik dengan aktiviti bermain kerana dengan aktiviti bermain ia dapat
mendatankan keseronokan dalam diri Naza.
Bagi soalan ketiga pula, pengkaji telah bertanyakan kepada Naza, adakah
beliau berminat dengan matapelajaran Sejarah. Jawapan yang diberikan oleh Naza
adalah positif dan beliau telah menyatakan bahawa beliau sangat berminat kerana
beliau ada peningkatan dalam ujian yang pengkaji jalankan. Berdasarkan pernyataan
ini, dapat disimpulkan bahawa penggunaan gambar yang menarik dan ayat yang
mudah dapat menarik perhatian murid dalam mengikuti proses pembelajaran. Ini
dapat dibuktikan berdasarkan kenyataan Naza yang mengatakan beliau ada
peningkatan dalam ujian yang diberikan. Jika pada alat intervensi yang pertama,
jawapan yang diberikan oleh beliau adalah bersifat negatif iaitu beliau tidak
meminati subjek Sejarah.
Akhir sekali, pengkaji telah bertanyakan soalan kepada Naza, adakah beliau
seronok selepas mengikuti pembelajaran pada hari ini. Beliau menjawab dengan
menyatakan seronok dan dok sabar untuk mengikutinya lagi. Ternyata penggunaan
Buku Besar dan aktiviti bermain dapat menarik minat Naza dalam mengikuti proses
pembelajaran yang dijalankan.

53

6.3 Peserta Kajian 3 (Salma)


Sama seperti Faizul dan Naza, Salma turut menunjukkan peningkatan penguasaan
terhadap topik yang diajar melalui aktiviti yang dijalankan. Ini dapat dilihat daripada
hasil dapatan yang dikumpul melalui pemerhatian yang dilakukan sepanjang tempoh
kajian dilaksanakan. Tiga kali pemerhatian telah dilakukan oleh pengkaji terhadap
Salma iaitu sebelum penggunaan alat intervensi, semasa penggunaan alat intervensi
pertama dan kedua. Jadual dibawah menunjukkan analisis pemerhatian yang
dilakukan oleh pengkaji terhadap Salma semasa prose PdP berlangsung :
Bil

Kriteria

Peserta Kajian

1.

Berborak dengan rakan

2.

Tidak menumpukan perhatian

3.

Menunjukkan mimik muka bosan.

PK 3

4.

Menjawab soalan dengan betul.

PK 3

5.

Menunjukkan minat untuk mengikuti proses P&P

PK 3

Jadual 13 : Pemerhatian Semasa Proses PdP Salma

Jadual 13 menunjukkan analisis data pemerhatian sewaktu sesi PdP berlangsung


sebelum ujian pra. Salma tidak menunjukkan beberapa tingkah laku dan bahasa
tubuh yang difikirkan sebagai kelakuan negatif semasa pengkaji memberikan
penerangan. Hal ini dapat dikesan oleh pengkaji semasa proses PdP berlangsung
dimana Salma hanya menunjukkan mimik muka yang bosan semasa pengkaji sedang
mengajar dihadapan kelas. Salma juga menunjukkan tingkah laku yang positif iaitu
beliau tidak berborak dengan rakan dan memberi perhatian semasa pengkaji sedang
mengajar. Beliau juga tidak menganggu rakan-rakan yang lain sebaliknya beliau
hanya duduk diam sahaja di tempat duduk beliau. Pengkaji juga mendapati bahawa
Salma dapat menjawab soalan dengan betul apabila guru bertanyakan soalan kepada
54

beliau. Walaupun Salma menunjukkan mimik muka yang bosan semasa pengkaji
memberi penerangan semasa proses PdP berlangsung, tetapi apabila pengkaji
bertanyakan soalan kepadanya, Salma dapat menjawabnya dengan betul.
Disamping itu juga, Salma juga telah menunjukkan minat untuk mengikuti
proses PdP apabila pengkaji telah melaksanakan sebuah permainan, Salma
menunjukkan kesungguhan yang baik jika dibandingkan dengan rakan sekelasnya
yang lain. Keunikan ciri-ciri yang ditunjukkan oleh Salma merasakan pengkaji perlu
mengambil beliau sebagai peserta kajian untuk sesi intervensi berdasarkan kelakuan
yang ditunjukkan dan pencapaian Salma dalam ujian pra yang ditadbir oleh pengkaji.
Bil

Aspek

Sesi

Sesi

1.

Memberi perhatian semasa proses rawatan

Intervensi 1
PK 3

Intervensi 2
PK 3

2.

dilaksanakan
Menunjukkan minat dengan penggunaan Buku

PK 3

PK 3

3.

Besar Kisah Parameswara


Melibatkan diri dengan aktif dalam setiap

4.

aktiviti
Murid dapat membezakan antara anjing
perburuan

Paramesawara

dan

PK 3
PK 3

PK 3

Pk 3

PK 3

pelanduk

semasa kejadian Parameswara sedang berehat


5.

di bawah sepohon pokok


Peserta kajian dapat menceritakan kronologi
peristiwa Melaka mendapat nama dengan
baik.

Jadual 14 : Pemerhatian Semasa Sesi Intervensi

Jadual diatas menunjukkan pemerhatian yang dijalankan oleh pengkaji terhadap


Salma semasa sesi intervensi pertama dan kedua dilaksanakan. Pada item pertama,
pengkaji telah perhatikan kelakuan Salma terhadap aspek memberi perhatian semasa
proses rawatan berlangsung. Pengkaji mendapati Salma telah memberi perhatian dan
55

menunjukkan kelakuan yang positif semasa pengkaji melaksanakan proses rawatan.


Bukan itu sahaja, Salma telah menunjukkan perhatian semasa sesi intervensi pertama
dan kedua dijalankan. Sikap sebegini patut dicontohi oleh pelajar lain.
Dalam item kedua pula, pengkaji telah melihat aspek Salma dari segi minat
beliau terhadap penggunaan alat intervensi pengkaji iaitu penggunaan Buku Besar.
Ternyata, dalam pemerhatian pengkaji, Salma menunjukkan minat yang mendalam
dalam penggunaan Buku Besar. Bukan pada penggunaan alat intervensi pertama
sahaja, sebaliknya pada sesi intervensi kedua juga beliau menunjukkan minat yang
sama berbanding dengan sebelum alat intervensi diperkenalkan kepada Salma.
Pada item ketiga pula aspek yang diperhatikan oleh pengkaji ialah berkaitan
dengan penglibatan aktif peserta kajian dalam setiap aktiviti. Aktivti yang pengkaji
laksanakan adalah berbentuk permainan yang diadaptasi dari permainan dam ular.
Pada pemerhatian pengkaji, penglibatan Salma dalam aktivti ini kurang memuaskan
semasa sesi intervensi pertama. Beliau tidak aktif dalam aktiviti ini berbanding
dengan 2 peserta kajian yang lain. Walaubagaimanapun, pengkaji melihat perubahan
Salma pada sesi intervensi kedua iaitu beliau turut aktif dalam aktiviti yang
dijalankan.

Disamping itu juga, salma begitu komitmen dalam sesi intervensi ini apabila
beliau dapat membezakan antara anjing perburuan Parameswara dengan pelanduk
apabila pengkaji menyoal beliau selepas proses intervensi dijalankan. Beliau dapat
menjawab soalan dengan betul untuk sesi intervensi pertama dan kedua. Secara tidak

56

langsung, beliau mudah memahami setiap peristiwa yang terdapat dalam Buku Besar
ini.
Akhir sekali, pengkaji telah membuat pemerhatian terhadap Salma berkaitan
dengan aspek penceritaan kronologi Peristiwa Melaka mendapat nama dengan baik
oleh setiap peserta kajian. Pada sesi intervensi pertama, Salma Berjaya menceritakan
kronologi Peristiwa Melaka mendapat nama dengan baik. Pada intervensi kedua
pula, pengkaji meminta sekali lagi Salma untuk menceritakan peristiwa tersebut
sebagai aktivti pengukuhan dan Salma juga berjaya menceritakannya dengan baik
tanpa ada menokoktambah jala cerita tersebut.
Secara keseluruhannya, pemerhatian yang dilakukan terhadap Salma
menunjukkan kelakuan yang positif dan ia memberi gambaran kepada pengkaji
bahawa Salma berpotensi untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang dari segi
sahsiah dan akademik.
Di samping melakukan pemerhatian terhadap kelakuan yang ditunjukkan oleh
Salma, pengkaji turut mengumpul maklumat dengan menjalankan Ujian Pra dan
Ujian Pos. Ujian Pra dan Ujian Pos dijalankan untuk mengesan tahap pencapaian
dan penguasaan Salma terhadap topik yang diajar. Berikut merupakan keputusan
Ujian Pra dan Ujian Pos yang diperoleh oleh Salma :

BIL
1
2
3

UJIAN
PRA
POS 1
POS 2

MARKAH (%)
61
100
100

GRED
B
A
A

57

Jadual 15 : Keputusan Ujian Pra dan Pos Salma

Peratus Markah Ujian Pra dan Ujian Pos Salma


120
100
80
Peratus Markah

60

MARKAH (%)

40
20
0
PRA

POS 1

POS 2

Ujian

Rajah 6 : Graf Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos Salma

Jadual dan Rajah diatas menunjukkan keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos yang
diperoleh oleh Salma. Dapat diperhatikan, Salma menunjukkan peningkatan
pencapaian dalam ujian yang ditadbir. Berdasarkan Ujian Pra yang telah
58

dilaksanakan, Salma hanya memperoleh markah sebanyak 60% dan memperoleh


gred B. Walaupun Salma mendapat Gred B dalam ujian ini, tetapi pencapaian beliau
dikira rendah berbanding dengan rakan kelas beliau yang lain.

Dalam Ujian Pra ini, Salma berjaya memperolehi markah sebanyak 7 markah
daripada 10 soalan yang dijawab dalam bahagian objektif. Manakala dalam soalan
subjektif pula, beliau tidak dapat menjawab 2 soalan yang diberikan daripada 8
soalan yang diberi. Walaupun beliau memperoleh peratusan markah tertinggi diantara
peserta kajian iaitu sebanyak 60%, tetapi pengkaji merasakan pencapaian ini dapat
diperbaiki dengan memberi pendedahan dan kelas intervensi yang akan dilaksanakan
oleh pengkaji terhadap Salma.
Setelah sesi rawatan pertama diberikan kepada Salma, pengkaji telah
mentadbir sekali lagi ujian untuk menguji kefahaman Salma ada beliau betul-betul
menguasai topik ini ataupun tidak. Dalam ujian pos 1 ini, pengkaji telah
menggunakan soalan yang sama seperti soalan pra. Dan hasilnya, Salma berjaya
mendapat markah sebanyak 100%. Pencapaian Salma ini telah memberi tanggapan
yang positif kepada pengkaji bahawa Salma benar-benar dapat menguasai topik ini.
Oleh itu, pengkaji telah melaksanakan sekali lagi ujian pos kepada Salma
setelah sesi rawatan kali kedua diberikan. Setelah menyemak kesemua soalan yang
dijawab oleh Salma, pengkaji mendapati pencapain yang dicapai oleh Salma tetap
sama dan tidak berubah. Beliau telah mengekalkan prestasi kecemerlangan beliau
dengan memperoleh markah sebanyak 100%. Oleh itu, pengkaji merasakan bahawa
Salma sudah dapat memahami dan mengingati topik ini dengan baik. Jika dilihat dari
Ujian Pra beliau hanya memperoleh gred B, dan setelah sesi rawatan diberikan untuk

59

intervensi pertama dan kedua beliau telah mendapat markah sebanyak 100% dan
memperoleh pencapaian gred A.

Selain itu, pengkaji juga telah mengumpul maklumat dengan menjalankan


temu bual bersama dengan Salma. Pengkaji telah menjalankan temu bual sebanyak
dua kali bersama dengan Salma iaitu selepas pelaksanaan sesi rawatan untuk gelung
pertama dan gelung kedua. Berikut merupakan transkrip temu bual pengkaji dengan
Salma bagi intervensi pertama :
Soalan 1
Salma

Adakah anda faham topik Peristiwa Melaka


Mendapat Nama?
Faham sikit-sikit saja Cikgu

Soalan 2

Sekiranya anda tidak memahami topik ini,


dapatkah anda menjawab ujian yang diberikan?

Salma

Dok pasti lagi Cikgu

Soalan 3

Adakah aktivti Permainan Parameswara yang


digunakan oleh Cikgu menarik minat anda?
Mengapa?
Ye menarik dan saya suka ngat

Salma
Soalan 4

Salma

Adakah anda berminat dengan mata pelajaran


Sejarah setelah melakukan aktiviti pembelajaran
hari ini?
Sikit-sikit saja cikgu

Jadual 16 : Transkrip Temubual Salma Selepas Intervensi 1

Berdasarkan Jadual diatas, dapat dilihat jawapan yang diberikan oleh Salma dalam
temu bual yang telah dilakukan. Selepas sesi intervensi pertama dijalankan, pengkaji
telah bertanya samaada Salma faham topik peristiwa Melaka mendapat nama. Salma
telah memberi jawapan dengan menyatakan bahawa beliau hanya faham sikit-sikit
60

sahaja. Berdasarkan jawapan tersebut, pengkaji mendapati bahawa kefahaman Salma


terhadap topik ini berada dalam kategori sederhana. Ini menunjukkan Salma kurang
yakin bahawa dia dapat menguasai topik ini dengan baik.
Dalam soalan temu bual kedua yang dijalankan, Salma telah memberikan
jawapan iaitu dok pasti lagi cikgu. Ini menunjukkan bahawa, Salma tidak boleh
menjawab soalan sekiranya beliau tidak dapat memahami topik ini dengan baik. Oleh
itu, pengkaji perlu mengadakan sesi rawatan lanjut untuk membantu Salma dalam
menangani masalah beliau untuk memahami topik ini. Justeru itu, Salma telah
mengikuti sesi rawatan yang telah dilaksanakan oleh pengkaji.
Pada soalan ketiga, pengkaji telah bertanya kepada salma, adakan aktiviti
permainan ini sangat menarik dan menyeronokkan?, dan Salma telah menjawab
bahawa aktivti permainan ini sangat menarik dan beliau amat menyukainya.
Berdasarkan jawapan yang diberi oleh Salma dapat dikukuhkan lagi dengan alat
instrumen yang digunakan oleh pengkaji dari aspek keseronokan bermain. Dengan
keseronokan bermain ini, ia telah memberi impak yang positif terhadap pencapaian
Salma apabila ujian diberikan kepadanya. Dalam Ujian Pos 1 ini, beliau telah
menunjukkan hasil yang memberangsangkan dengan memperoleh markah sebanyak
100% berbanding ujian pra hanya 60% sahaja.
Pada soalan keempat pula, pengkaji telah bertanya kepada Salma adakah
beliau berminat dengan subjek Sejarah setelah menggunakan Buku Besar ini. Dan
jawapan yang diberikan oleh Salma ialah beliau minat sikit-sikit sahaja. Berdasarkan
jawapan yang diberi oleh Salma, pengkaji mendapati bahawa minat ini dapat
dipupuk lagi dengan menambahbaikan dalam sesi pengajaran yang akan datang. Oleh
itu, pengkaji telah menambahbaik alat intervensi dengan menggunakan gambar

61

berbentuk tiga dimensi bagi meningkatkan minat Salma terhadap matapelajaran


Sejarah.

Soalan 1

Salma
Soalan 2

Adakah Buku Besar Kisah Parameswara ini


membantu kamu memahami Topik Peristiwa
Melaka Mendapat Nama?
Sangat membantu cikgu sebab ada gambar cantik dan
menarik
Adakah anda menyukai aktiviti bercerita dan
permainan yang terdapat pada Buku Besar?

Salma

Suka sangat-sangat sebab pembelajaran lebih seronok

Soalan 3

Adakah anda berminat dengan Matapelajaran


Sejarah setelah menggunakan Buku Besar?
Saya berminat cikgu
Adakah anda berasa seronok selepas mengikuti
aktiviti pembelajaran pada hari ini?
Seronok dan dok sabar untuk mengikutinya lagi

Salma
Soalan 4
Salma

Jadual 17 : Transkrip Temubual Salma Selepas Intervensi 2

Berdasarkan Jadual diatas, dapat dilihat jawapan yang diberikan oleh Salma setelah
disoal oleh pengkaji dalam sesi intervensi kedua. Dalam soalan pertama, pengkaji
telah bertanyakan soalan kepada Salma, adakah Buku Besar Kisah Parameswara ini
membantu beliau memahami topik Peristiwa Melaka mendapat nama?. Jawapan
yang diberikan oleh beliau adalah sangat membantu cikgu sebab ada gambar cantik
dan menarik. Berdasarkan jawapan yang diberikan oleh Salma, pengkaji mendapati
penggunaan Buku Besar telah memberi impak yang positif terhadap pencapaian
Salma dan penggunaan Buku Besar ini telah menjawab persoalan kajian pengkaji.
Dalam soalan temubual kedua pula, Salma telah menjawab dengan
mengatakan

bahawa

beliau

suka

sangat-sangat

sebab

pembelajaran

62

menyeronokkan. Berdasarkan jawapan yang diberikan oleh Salma, pengkaji


mendapati bahahawa aktiviti bermain dapat menimbulkan keseronokan dalam
kalangan pelajar dan juga peserta kajian ini. Aktivti bermain dapat mendorong Salma
untuk berfikir sambil bermain. Hal ini demikian kerana, Permainan Parameswara ini
mengandungi set soalan yang perlu dijawab oleh setiap peserta kajian berdasarkan
balingan dadu yang dibaling diatas permainan dam.
Dalam soalan temubual ketiga pula, pengkaji telah bertanya kepada Salma
adakah beliau berminat dengan matapelajaran Sejarah setelah menggunakan Buku
Besar ini. Hasil jawapan yang diberikan oleh Salma ialah beliau mengatakan saya
berminat Cikgu. Jika sebelum alat intervensi diperkenalkan, Salma telah
mengatakan bahawa beliau langsung tidak berminat dengan Subjek Sejarah dan
apabila pengkaji bertanya beliau menjawab Subjek Sejarah sangat membosankan dan
Subjek Matematik merupakan Subjek kegemaran beliau. Setelah sesi rawatan
diberikan dengan menggunakan alat intervensi Buku Besar, Salma telah
menunjukkan minat terhadap Subjek Sejarah. Secara tidak langsung, ia menepati
kehendak objektif kajian pengkaji ini.
Soalan terakhir yang ditanya oleh pengkaji ialah adakah beliau seronok
mengikuti pembelajaran pada hari ini. Jawapan yang diberikan oleh Salma ialah
beliau sangat seronok dan tidak sabar untuk mengikutinya lagi. Oleh itu, pengkaji
mendapati bahawa pencapaian dalam ujian pos 1 dan pos 2 yang dijalankan terhadap
Salma telah memberi impak yang positif terhadap pencapaian ujian beliau. Dalam
kedua-dua ujian ini, beliau telah memperoleh markah sebanyak 100%. Ternyata
keseronokan dalam pembelajaran dapat meningkatkan pencapaian murid.

63

6.4 Analisis Keseluruhan Dapatan Kajian


Secara umumnya, pencapaian peserta kajian dalam Ujian Pos satu menunjukkan
berlakunya peningkatan daripada Ujian Pra. Namun, ia masih berada pada tahap
yang kurang memuaskan kerana seorang peserta kajian tidak mencapai tahap yang
telah ditetapkan oleh pengkaji. Walaubagaimanapun, pengkaji berpuas hati dengan
pencapaian yang ditunjukkan oleh ketiga-tiga peserta kajian. Dalam Ujian Pos kedua
pula, telah berlaku peningkatan yang memberangsangkan. Berikut merupakan
pencapaian ketiga-tiga peserta kajian dari Ujian Pra dan Ujian Pos 1 dan Pos 2 :
BIL
1
2
3

PESERTA KAJIAN
Faizul
Naza
Salma

UJIAN PRA
44%
55%
61%

UJIAN POS 1
72%
94%
100%

UJIAN POS 2
94%
100%
100%

Jadual 18 : Peratusan Markah Keseluruhan Peserta Kajian

Pencapaian Peserta Kajian Dalam Ujian Pra dan Ujian Pos 1 & 2
120%
100%
80%
Ujian Pra
60%
Peratusan Markah
Ujian Pos 1
40%
Ujian Pos 2
20%
0%
Faizul
Peserta Kajian

64

Rajah 7 : Graf Peratusan Markah Keseluruhan Peserta Kajian

Merujuk graf di atas, terdapat perbandingan pencapaian peratusan markah peserta


kajian bermula dari ujian pra, ujian pos 1 dan ujian pos 2. Ujian pra menunjukkan
peratusan pencapaian peserta kajian hanyalah diantara 44 hingga 61 peratus sahaja
dan tiada diantara mereka mendapat gred A. Namun, telah berlaku lonjakan markah
yang agak ketara terutamanya pada Salma dengan mencatat peratusan markah
sebanyak seratus peratus pada ujian pos 1. Walaupun berlakunya peningkatan dalam
pencapaian Salma, Faizul hanya berjaya memperolehi markah sebanyak 72 peratus
iaitu gred B jika dibandingkan dengan Naza yang memperoleh markah sebanyak 94
peratus.
Oleh yang demikian, pengkaji telah melaksanakan intervensi dua dan ujian
pos 2 telah dilaksanakan sekali lagi ke atas semua peserta kajian. Hasilnya, kesemua
peserta kajian telah mendapat peratusan markah yang tetapkan oleh pengkaji iaitu
sebanyak 85 peratus keatas. Faizul telah berjaya memperoleh peratusan markah
sebanyak 94 peratus dan telah mencapai gred A. Secara puratanya, Faizul telah
menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan dan ada peningkatan dalam
setiap ujian yang dijalankan.
Kesimpulan yang dapat dibuat berdasarkan kesemua ujian yang telah
dilaksanakan, pengkaji mendapati telah berlakunya peningkatan dalam ujian pos 1
65

dan 2 bagi kesemua peserta kajian. Ini jelas membuktikan bahawa intervensi yang
dilaksanakan menggunakan Buku Besar Kisah Parameswara telah membantu peserta
kajian dalam menguasai tajuk Peristiwa Melaka Mendapat Nama dengan baik dan
mereka dapat mengingat setiap peristiwa dan dapat membezakan antara anjing
perburuan Parameswara dan seekor pelanduk putih.

7.0 DAPATAN KAJIAN


7.1 Pendahuluan
Pengkaji akan menjelaskan dengan lebih terperinci mengenai hasil kajian yang
diperolehi setelah analisis data dibuat melalui kajian yang dilakukan berkaitan
keberkesanan penggunaan Buku Besar Kisah Parameswara dalam membantu para
peserta kajian dalam mengingati kronologi Peristiwa Melaka mendapat nama.
Perbincangan ini akan menjawab ketiga-tiga persoalan kajian yang telah dinyatakan

7.2 Perbincangan Dapatan Kajian


Kajian ini dilakukan adalah bertujuan membantu murid-murid tahun 4 menguasai
tajuk Peristiwa Melaka mendapat nama. Rentetan daripada pengajaran dan
pembelajaran yang lalu, pengkaji mendapati terdapat murid yang tidak dapat
mengingati dan memahami Peristiwa Melaka mendapat nama. Oleh yang demikian,
pengkaji telah melaksanakan satu ujian yang dikenali sebagai ujian pra bagi
mengenalpasti murid-murid tersebut untuk dijadikan sebagai peserta kajian dalam
kajian tindakan ini. Melalui ujian pra tersebut, seramai 3 orang murid telah dipilih
66

oleh pengkaji sebagai peserta kajian dan mereka dipilih kerana telah memperoleh
catatan markah di antara yang paling rendah dan atas beberapa kriteria lain.

7.2.1 Penggunaan Buku Besar Kisah Parameswara dapat membantu murid


untuk mengingati Peristiwa Melaka Mendapat Nama.

Kesemua peserta kajian yang dipilih tidak dapat mengingati Peristiwa Melaka
mendapat nama dengan baik sebelum intervensi dijalankan. Ada dalam kalangan
mereka yang terkeliru dan tidak dapat membezakan di antara anjing perburuan
Parameswara dan seekor pelanduk putih semasa kejadian Parameswara dan
pengikutnya sedang berehat di bawah sepohon pokok. Selain itu, mereka juga sering
memutarbelitkan fakta jalan cerita tersebut. Ini adalah disebabkan mereka tidak dapat
mengingati Peristiwa Melaka mendapat nama dengan baik.
Melalui penggunaan Buku Besar Kisah Parameswara, peserta kajian dapat
melihat dan membaca buku tersebut dengan lebih jelas kerana buku tersebut
dilengkapi dengan gambar berbentuk tiga dimensi dan warna yang lebih menarik.
Selain itu, penggunaan ayat yang mudah dan bertanda juga turut dinyatakan. Bagi
mengukuhkan daya ingatan para peserta kajian terhadap tajuk ini, terdapat beberapa
aktiviti yang berbentuk permainan pada ruangan B buku tersebut.

67

Selepas selesai sesi bacaan dan aktiviti bercerita pada ruangan A, peserta
kajian diberi peluang untuk menguji kemampuan daya ingatan mereka dengan
bermain Permainan Parameswara. Permainan ini berkonsepkan seperti Dam Ular.
Permainan ini mempunyai beberapa petak dan pengkaji telah menyediakan sebiji
buah dadu dan dadu tersebut perlu dibaling oleh peserta kajian. Jika giliran peserta
kajian itu berada di petak soalan berbentuk tangga, peserta kajian perlu
menjawabnya, jika jawapan yang diberi salah maka peserta kajian tidak dapat
menaiki tangga tersebut ke petak seterusnya.

Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan, peserta kajian dapat mengingat


dengan baik dan dapat menjawab dengan cepat dan tepat apabila mereka diuji
dengan beberapa soalan berkaitan Peristiwa Melakan mendapat nama yang terdapat
dalam buku tersebut. Mereka juga telah dapat membezakan anjing perburuan
Parameswara dan seekor pelanduk yang menendang anjing tersebut sehingga jatuh
ke dalam sungai setelah melihat gambar dan membaca cerita yang terdapat pada
ruangan A buku tersebut.
Pengkaji mendapati penerangan yang jelas beserta gambar yang menarik
dapat membantu kesemua peserta kajian untuk mengingat dengan lebih baik. Haji
Abdul Fatah (1990) turut menyatakan bahawa maklumat yang boleh menimbulkan
emosi seronok dan menarik lebih mudah menarik perhatian daripada maklumat yang
tidak menyeronokkan. Semakin menarik maklumat itu kepada diri seseorang itu,
semakin mudah maklumat itu diingatkan. Semakin mudah maklumat itu diingatkan,
semakin mudah pula maklumat itu dirakan ke dalam ingatan jangka panjang.
Walaubagaimanapun, terdapat juga peserta kajian yang tidak berminat dengan
aktiviti pada ruangan A tetapi telah menunjukkan minat pada aktiviti permainan pada

68

ruangan B dan telah membantu proses pembelajarannya walaupun penguasaannya


dalam topik ini sedikit lambat berbanding peserta kajian yang lain.

7.2.2 Penggunaan Buku Besar Kisah Paramesawara dapat meningkatkan


pencapaian murid dalam topik Peristiwa Melaka Mendapat Nama.

Berdasarkan ujian pra yang telah dijalankan, ketiga-tiga peserta kajian telah
memperoleh skor markah yang terendah berbanding dengan murid-murid lain dari
kelas tersebut. Dua daripada mereka telah memperoleh peratusan markah kurang
daripada 60 peratus iaitu hanya mendapat gred C manakala seorang daripada mereka
pula memperoleh peratusan markah sebanyak 61 peratus dan mendapat Gred B.
Walaubagaimanapun, terdapat jurang yang besar di antara peserta kajian yang telah
memperoleh gred B dengan murid yang lain kerana sebilangan besar murid yang lain
telah menunjukkan catatan peratusan markah yang tinggi dengan memperoleh
pencapain 60 peratus dan ke atas.
Setelah penggunaan Buku Besar Kisah Parameswara dilaksanakan ke atas
ketiga-tiga peserta kajian tersebut, pengkaji mendapati berlakunya peningkatan
peratusan markah yang positif di mana tiga orang peserta kajian yang telah
memperoleh gred C telah mendapat gred A dan B dalam ujian pos 1 yang telah

69

dilaksanakan selepas menjalani intervensi menggunakan Buku Besar Kisah


Parameswara. Salah seorang daripada peserta kajian juga telah berjaya memperoleh
peratusan markah seratus peratus dalam ujian pos 1 yang telah dijalankan. Namun
pengkaji mengambil keputusan untuk melaksanakan gelung yang kedua berikutan
terdapat seorang peserta kajian yang memperoleh gred B dalam ujian pos tersebut.

Penambahbaikan ke atas Buku Besar Kisah Parameswara telah dilakukan dan


intervensi untuk gelung yang kedua telah dilaksanakan. Pengkaji telah memberikan
lebih tumpuan kepada peserta kajian yang telah memperoleh gred B supaya peserta
tersebut dapat meningkatkan penguasaannya dalam topik yang difokuskan ini. Ujian
pos yang kedua telah dijalankan selepas melakukan intervensi bagi gelung yang
kedua. Kesemua peserta kajian sekali lagi telah menunjukkan peningkatan peratusan
markah dan kesemua telah memperoleh gred A.
Dapatan ini jelas menunjukkan peningkatan peratusan peserta kajian yang
berjaya menjawab soalan ujian pos 1 berbanding ujian pra dan juga peningkatan
peratusan dalam ujian pos 2 berbanding ujian pos 1. Ini jelas membuktikan bahawa
penggunaan Buku Besar Kisah Parameswara dapat membantu peserta kajian dalam
meningkatkan pencapaian murid dalam topik Peristiwa Melaka mendapat nama.
Penggunaan gambar berbentuk tiga dimensi dengan pelbagai warna telah membantu
murid dalam pembelajaran dan sekaligus meningkatkan pencapaian dalam
peperiksaan seperti yang dinyatakan oleh Zaridah Zuber (2005) di mana pencapaian
murid dalam suatu mata pelajaran dapat ditingkatkan dengan penggunaan warna.

70

7.2.3 Penggunaan Buku Besar Kisah Parameswara dapat mewujudkan


suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan menghiburkan.

Penggunaan Buku Besar Kisah Parameswara juga terbukti berkesan dalam


meningkatkan minat peserta kajian untuk belajar. Kaedah bercerita dan bermain
bukan sahaja dapat meningkatkan minat belajar, malah ianya dapat mengurangkan
tingkah laku pasif, menggalakkan penglibatan aktif murid sepanjang sesi PdP serta
dapat meminimumkan masalah disiplin dalam kalangan murid. Menurut E.L Essa
(2003) pembelajaran perlu diharmonikan dengan tumbesaran kanak-kanak yang
berbeza peringkat bergantung kepada umur mereka. Pembelajaran yang melibatkan
kaedah bercerita dan juga permainan merupakan dua kaedah yang telah
diharmonikan bagi memenuhi kehendak dan naluri murid sebagai seorang kanakkanak.
Pengkaji telah menggunakan kaedah pemerhatian dan temubual bagi
meninjau dan mendapatkan maklum balas peserta kajian terhadap suasana
pembelajaran yang dialami sewaktu menggunakan Buku Besar Kisah Parameswara

71

semasa menjalani intervensi. Secara keseluruhannya, hasil dapatan yang diperoleh


melalui kedua-dua kaedah tersebut mendapati kesemua peserta kajian telah melalui
satu proses dalam suasana yang menyeronokkan dan menghiburkan tanpa mengalami
sebarang tekanan.
Hasil temubual yang dijalankan, peserta kajian telah menyatakan bahawa
aktiviti bercerita sambil melihat gambar sangat menarik perhatian mereka. Selain itu
juga, mereka juga berasa seronok apabila dapat bermain permainan yang terdapat di
dalam Buku Besar tersebut.

Melalui kaedah ini juga, pengkaji telah mendapati, penggunaan Buku Besar
Kisah Parameswara telah menarik para peserta kajian dalam mata pelajaran Sejarah
melalui jawapan-jawapan yang diberikan melalui hasil daripada temubual yang
dijalankan. Para peserta kajian juga mula menyukai mata pelajaran Sejarah
berbanding di awal pembelajaran yang lalu di mana mereka berasa bosan dan tidak
meminati mata pelajaran ini.
Hasil daripada pemerhatian yang dilakukan pula, pengkaji mendapati
kesemua peserta kajian melibatkan diri secara aktif terutamanya sewaktu
melaksanakan aktiviti pada ruangan B. Perbezaan yang jelas dilihat di antara
penglibatan peserta kajian sebelum dan selepas intervensi dijalankan. Jika sebelum
ini, terdapat beberapa peserta kajian yang menunjukkan sifat pasif sewaktu proses
pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan di dalam kelas dimana mereka melakukan
aktiviti lain dan tidak menumpukan perhatian, tetapi mereka telah menunjukkan
minat dan melibatkan diri dengan aktif sewaktu proses intervensi dilaksanakan

72

7.3 Kesimpulan
Kesimpulannya, penggunaan Buku Besar Kisah Parameswara telah berjaya memberi
impak yang positif terhadap fokus penyelidikan tindakan iaitu meningkatkan daya
ingatan murid terhadap tajuk Peristiwa Melaka mendapat nama bagi mata pelajaran
Sejarah Tahun 4. Hasil dapatan kajian yang diperolehi juga melalui kaedah yang
dilaksanakan oleh pengkaji dengan menggunakan kaedah ujian pra dan pos, soal
selidik dan temubual telah membuktikan dan menyokong keberkesanan intervens ini.
Keberkesanan implikasi alat intervensi ini dapat dilihat dalam 3 aspek iaitu
peningkatan pencapaian peserta kajian dalam Ujian Pos 1 dan Pos 2, peningkatan
keupayaan ingatan peserta kajian untuk mengingati Peristiwa Melaka mendapat
nama serta pengalaman melalui satu proses pembelajaran dalam suasana yang
menghiburkan dan menyeronokkan.
Penggunaan gambar warna yang menarik dan berbentuk tiga dimensi dalam
Buku Besar ini merupakan faktor meransang daya ingatan murid dan menarik minat
mereka untuk belajar. Kaedah bercerita dan permainan yang telah diharmonikan

73

dalam penggunaan Buku Besar ini ternyata telah memenuhi keperluan asas murid
untuk mencapai kesejahteraan dalam perkembangan kognitif mereka sebagai kanakkanak.
Kejayaan penggunaan Buku Besar Kisah Parameswara sebagai alat intervensi
telah memperlihatkan kesan yang positif tehadap tiga orang peserta kajian yang telah
dipilih. Kesemua hasil dapatan yang diperolehi telah berjaya memenuhi objektif
kajian di mana berlakunya peningkatan skor pencapaian dalam ujian pos 1 dan ujian
pos 2 yang telah dijalankan.
Selain itu, penggunaan Buku Besar juga dapat meningkatkan daya ingatan
murid terhadap gambar pada setiap peristiwa dan kesemua peserta kajian telah
melalui proses pembelajaran yang menghiburkan dan menyeronokkan.
Melalui kajian yang dilakukan ini, ia dapat membantu guru dalam
meningkatan mutu pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada semua murid
khususnya dalam mata pelajaran Sejarah Tahun 4. Selain itu, ia dapat meningkatkan
penguasaan murid terhadap subjek Sejarah dan murid tidak akan merasa bosan untuk
mengkuti proses pembelajaran agar tidak ada murid yang tercicir dalam
mendapatkan pendidikan yang baik.

74

8.0 CADANGAN KAJIAN LANJUTAN


Penggunaan Buku Besar Kisah Parameswara dalam proses pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran Sejarah telah memberikan impak yang positif dalam
membantu murid menginati tajuk Kronologi Peristiwa Melaka Mendapat Nama
disamping dapat meningkatkan minat seta menimbulkan keseronokan belajar. Secara
keseluruhannya kajian ini berjaya mencapai objektif yang telah dinyatakan. Namun
terdapat beberapa cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan oleh pengkaji
sendiri dan sekiranya terdapat pengkaji yang ingin melaksanakan kajian lanjutan
menggunakan

Buku

Besar

pada

masa

akan

datang.

Cadangan-cadangan

penambahbaikan adalah seperti berikut :


i.

Menambah bilangan peserta kajian supaya hasil dapatan kajian lebih jitu
selain dapat memanfaatkan keberkesanan kajian ini kepada lebih ramai

ii.

murid.
Mengaplikasikan kaedah penggunaan Buku Besar bagi tajuk-tajuk lain dalam

iii.

mata pelajaran Sejarah bukan sahaja pada topik ini sahaja.


Menggunakan pelbagai jenis instrumen kajian bagi mendapatkan maklumat
yang lebih terperinci dalam memantapkan dapatan kajian.

75

iv.

Mencipta lagu dan melodi yang sesuai dengan tajuk yang difokuskan untuk
diselitkan dalam Buku Besar bagi menyokong kaedah bercerita yang

v.

digunakan dalam usaha meningkatkan minat murid.


Mengintegrasikan pelbagai kaedah permainan supaya proses pengajaran dan
pembelajaran menjadi lebih seronok dan seterusnya dapat menggalakkan
penglibatan aktif pelajar.

Diharapkan dengan beberapa cadangan yang telah dikemukakan di atas akan


dapat membantu para pengkaji sendiri dan pengkaji lain untuk menghasilkan satu
inovasi kajian penyelidikan menggunakan Buku Besar Kisah Parameswara dengan
lebih baik dan sempurna.
Pengkaji juga berharap agar ada kesinambungan kaedah penggunaan Buku
Besar Kisah Parameswara bagi kajian penyelidikan yang akan dating supaya dapat
membantu meningkatkan lagi pemahaman murid dalam mata pelajaran Sejarah bagi
tajuk-tajuk lain.

76

9.0 RUJUKAN
Amir Hamzah Sharaai, Lim Carol. (2012). Perbandingan Kaedah
Menggunakan Kad Permainan Dan Buku Besar Bagi Meningkatkan
Pencapaian Murid Tahun 4 Dalam Topik Penyesuaian Tumbuhan
Terhadap Cuaca Melampau. Degree Dissertion :IPG KTB
Azizi Yahaya et al.(2007). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan : Teori,
Analisis dan Interprestasi Data. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing
Sdn. Bhd.
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian
Pelajaran Malaysia. (2008). Buku Manual Kajian Tindakan Edisi
Ketiga. Putrajaya : Penerbit BPPDP,KPM.
Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur. (2000). Kamus Dewan
(Edisi Ketiga).Selangor:Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka
Haji Abdul Fatah Hassan. (1990). Penggunaan Minda Yang Optimum Dalam
Pembelajaran. Skudai : Universiti Teknologi Malaysia.
Kemmis & Mc Taggart. (1988). Dalam Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
Dasar Pendidikan. Manual Kajian Tindakan. Kuala Lumpur. Penerbit
BPPDP,KPM.

77

Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia. (2010). Panduan Penyediaan Laporan


Penyelidikan Tindakan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan
Kepujian. Kuala Lumpur : Kementerian Pelajaran Malaysia.
Mamat Ibrahim. (1997). Penggunaan Alat Bantu Mengajar Dalam Pengajaran.
Jurnal Pendidikan. Bil 2 ISSN 1394-858X. Maktab Perguruan Batu Pahat.

Mastura Hashim@Mohammad, Nurul Huda Mohd Tasrif, Nurul Huda Abdul Razak.
(2005). Penceritaan dan Permainan dalam Proses Pengajaran dan
Pembelajaran. Jurnal Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mohana Nambiar. (1993). Early Reading Instruction-Big Books In The ESL
Classroom. The English Teacher,XXII.
Musa Sulaiman. (1999). Back To Basics Fokus Kepada Inovasi Sumber Pengajaran
Dan Pembelajaran.Pembelajaran Wacana Pendidikan.
Noor Azlan & Nurdalina. (2001).Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM)
Kalangan Guru Pelatih UTM Yang Mengajar Mata Pelajaran Matematik.
Fakulti Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia.
Norma Hassan. (2004). Hubungan Di Antara Penggunaan Bahan Bantu Mengajar
Dengan Minat Pelajar Tahun Lima Di Sekolah Kebangsaan Kem, Pengkalan
Chepa, Kelantan. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Norasiah Abdullah, Nor Risah Jamilah Mat Lazim & Rosnah Ahmad Zain. (2009).
Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Selangor : Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd.
Noraini Ahmad. (2003). Menguatkan ingatan. http://books.google.com.my.
Dilayari pada 18 Mac 2014.

78

Nur Syazana Binti Abdul Aziz. (2013). Keberkesanan Buku Besar Interaktif Dalam
Meningkatkan Daya Ingatan Murid Tahun 4 Bagi Tajuk Jenis-Jenis Rumah
Di Malaysia. Degree Dissertion. IPG KDRI.
Rosinah Edinin. (2012). Penyelidikan Tindakan Kaedah Dan Penulisan. Freemind
Horizons Sdn Bhd. Kuala Lumpur.
S.S.Mook. (2010). Penyelidikan Dalam Pendidikan Perancangan Dan Pelaksanaan
Penyelidikan Tindakan. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Puchong. Selangor.
LAMPIRAN A
FOTO BUKU BESAR INTERVENSI PERTAMA

Buku Besar Yang Digunakan

Buku Besar Berbentuk Dua

Semasa Intervensi 1.

Dimensi

Peserta Kajian Sedang Membaca


Buku Besar
79

LAMPIRAN B
FOTO BUKU BESAR INTERVENSI KEDUA

Buku Besar Kisah Parameswara

Kata Kunci Pada Setiap Peristiwa

Digunakan Pada Intervensi 2

Diwarnakan Bagi Memudahkan Peserta


Kajian Mudah Faham Dan Ingat

Penambahbaikan Pada Gambar


Berbentuk Tiga Dimensi

Peserta Kajian Sedang Membaca Dengan


Menggunakan Buku Besar Kisah
80
Parameswara

LAMPIRAN C
DOKUMENTASI FOTO (SEMASA INTERVENSI)

Pengkaji Memberi Penerangan Sambil

Peserta Kajian Menjalani Ujian Selepas

Bercerita Menggunakan Buku Besar

Diberi Sesi Rawatan Untuk Menguji


Kefahaman

Peserta Kajian Bermain Permainan


Parameswara Untuk Aktiviti Pengukuhan

Peserta Kajian Membaca Dengan


81
Menggunakan Buku Besar Kisah
Paramewara

LAMPIRAN D
SOALAN UJIAN PRA

1. Siapakah pengasas Kesultanan Melayu Melaka?


A. Raja Siam
B. Sultan Johor
C. Parameswara
D. Sultan Temasik

2. Bagaimanakah Melaka mendapat nama?


A. Sempena nama sepohon pokok tempat Parameswara berehat
B. Sempena peristiwa anjing perburuan ditendang oleh pelanduk putih
C. Sempena nama perkampungan nelayan
D. Sempena nama pengikut Parameswara

3. Apakah peristiwa yang dilihat oleh Parameswara semasa sedang berehat?


A. Peristiwa seekor pelanduk putih dimakan oleh anjing perburuannya
B. Peristiwa seekor pelanduk putih ditendang oleh anjing perburuannya

82

C. Peristiwa anjing perburuannya ditendang oleh sekumpulan pelanduk putih


D. Peristiwa anjing perburuannya ditendang oleh seekor pelanduk putih

4. Pokok ____________ merupakan tempat Parameswara dan pengikutnya berehat


semasa tiba disebuah perkampungan nelayan.
A. Melaka
B. Durian
C. Kelapa
D. Mangga

5. Apakah peristiwa yang dianggap luar biasa bagi Parameswara semasa sedang
berehat di bawah Pokok Melaka?
A. Pengikut Parameswara membunuh seekor pelanduk kecil
B. Pelanduk kecil dapat mengalahkan anjing perburuaan
C. Anjing perburuaannya telah mengalahkan pelanduk kecil
D. Anjing perburuannya telah dibunuh

6. Berapa ekor pelanduk yang berjaya menendang anjing perburuan Parameswara?


A. 1
B. 2
C. 3
D. 4

83

7. Kegagahan pelanduk menyebabkan Parameswara merasakan Melaka sesuai


dijadikan sebuah _________________.
A. Masjid
B. Kerajaan
C. Padang
D. Sekolah
8.

Pelanduk

yang

menendang

anjing

perburuan

Parameswara

berwarna

_____________
A. Coklat
B. Hitam
C. Emas
D. Putih

9. Melaka dahulunya merupakan sebuah perkampungan ______________.


A. Misteri
B. Rakyat
C. Nelayan
D. Miskin

10. Binatang apakah yang menendang anjing perburuan Parameswara hingga terjatuh
ke dalam sungai?
A. Harimau
B. Serigala
C. Pelanduk
D. Kambing

84

LAMPIRAN E
SOALAN UJIAN PASCA 1

1. Siapakah pengasas Kesultanan Melayu Melaka?


A. Raja Siam
B. Sultan Johor
C. Parameswara
D. Sultan Temasik

2. Bagaimanakah Melaka mendapat nama?


A. Sempena nama sepohon pokok tempat Parameswara berehat
B. Sempena peristiwa anjing perburuan ditendang oleh pelanduk putih
C. Sempena nama perkampungan nelayan
D. Sempena nama pengikut Parameswara

3. Apakah peristiwa yang dilihat oleh Parameswara semasa sedang berehat?


A. Peristiwa seekor pelanduk putih dimakan oleh anjing perburuannya
B. Peristiwa seekor pelanduk putih ditendang oleh anjing perburuannya
C. Peristiwa anjing perburuannya ditendang oleh sekumpulan pelanduk putih

85

D. Peristiwa anjing perburuannya ditendang oleh seekor pelanduk putih

4. Pokok ____________ merupakan tempat Parameswara dan pengikutnya berehat


semasa tiba disebuah perkampungan nelayan.
A. Melaka
B. Durian
C. Kelapa
D. Mangga

5. Apakah peristiwa yang dianggap luar biasa bagi Parameswara semasa sedang
berehat di bawah Pokok Melaka?
A. Pengikut Parameswara membunuh seekor pelanduk kecil
B. Pelanduk kecil dapat mengalahkan anjing perburuaan
C. Anjing perburuaannya telah mengalahkan pelanduk kecil
D. Anjing perburuannya telah dibunuh

6. Berapa ekor pelanduk yang Berjaya menendang ajing perburuan Parameswara?


A. 1
B. 2
C. 3
D. 4

86

7. Kegagahan pelanduk menyebabkan Parameswara merasakan Melaka sesuai


dijadikan sebuah _________________.
A. Masjid
B. Kerajaan
C. Padang
D. Sekolah
8.

Pelanduk

yang

menendang

anjing

perburuan

Parameswara

berwarna

_____________
A. Coklat
B. Hitam
C. Emas
D. Putih

9. Melaka dahulunya merupakan sebuah perkampungan ______________.


A. Misteri
B. Rakyat
C. Nelayan
D. Miskin

10. Binatang apakah yang menendang anjing perburuan Parameswara hingga terjatuh
ke dalam sungai?
A. Harimau
B. Serigala
C. Pelanduk
D. Kambing

87

B. SOALAN SUBJEKTIF
Isi tempat kosong yang berikut dengan jawapan yang betul dari kotak jawapan di
bawah ini. (8m)

Parameswara

Anjing

Nelayan

Pelanduk

Pokok

Melaka

Kerajaan

Berehat

PERISTIWA MELAKA MENDAPAT NAMA


Kesultanan

Melayu

Melaka

diasaskan

oleh

(1)

_____________.

Parameswara dan pengikutnya tiba di sebuah kampong (2) _____________.


Parameswara dan pengikutnya berehat dibawah sepohon (3)_______________ yang
rendang.
Ketika

itulah

baginda

(4)_____________perburuan

melihat

baginda

suatu
telah

kejadian
ditendang

yang

luar

oleh

seekor

biasa.
(5)

_______________ putih sehingga jatuh ke dalam sungai.


Kegagahan pelanduk menyebabkan baginda merasakan tempat itu istimewa
untuk mendirikan (6) _____________. Oleh itu , baginda telah menamakan tempat
88

itu

sempena

nama

pokok

(7)

_________________

tempat

baginda

(8)_____________.

LAMPIRAN F
SOALAN UJIAN PASCA 2

1. Siapakah pengasas Kesultanan Melayu Melaka?


A. Raja Siam
B. Sultan Johor
C. Parameswara
D. Sultan Temasik

2. Bagaimanakah Melaka mendapat nama?


A. Sempena nama sepohon pokok tempat Parameswara berehat
B. Sempena peristiwa anjing perburuan ditendang oleh pelanduk putih
C. Sempena nama perkampungan nelayan
D. Sempena nama pengikut Parameswara

3. Apakah peristiwa yang dilihat oleh Parameswara semasa sedang berehat?


A. Peristiwa seekor pelanduk putih dimakan oleh anjing perburuannya
B. Peristiwa seekor pelanduk putih ditendang oleh anjing perburuannya
C. Peristiwa anjing perburuannya ditendang oleh sekumpulan pelanduk putih
D. Peristiwa anjing perburuannya ditendang oleh seekor pelanduk putih
89

4. Pokok ____________ merupakan tempat Parameswara dan pengikutnya berehat


semasa tiba disebuah perkampungan nelayan.
A. Melaka
B. Durian
C. Kelapa
D. Mangga

5. Apakah peristiwa yang dianggap luar biasa bagi Parameswara semasa sedang
berehat di bawah Pokok Melaka?
A. Pengikut Parameswara membunuh seekor pelanduk kecil
B. Pelanduk kecil dapat mengalahkan anjing perburuaan
C. Anjing perburuaannya telah mengalahkan pelanduk kecil
D. Anjing perburuannya telah dibunuh

6. Berapa ekor pelanduk yang Berjaya menendang ajing perburuan Parameswara?


A. 1
B. 2
C. 3
D. 4

90

7. Kegagahan pelanduk menyebabkan Parameswara merasakan Melaka sesuai


dijadikan sebuah _________________.
A. Masjid
B. Kerajaan
C. Padang
D. Sekolah
8.

Pelanduk

yang

menendang

anjing

perburuan

Parameswara

berwarna

_____________
A. Coklat
B. Hitam
C. Emas
D. Putih

9. Melaka dahulunya merupakan sebuah perkampungan ______________.


A. Misteri
B. Rakyat
C. Nelayan
D. Miskin

10. Binatang apakah yang menendang anjing perburuan Parameswara hingga terjatuh
ke dalam sungai?
A. Harimau
B. Serigala
C. Pelanduk
D. Kambing

91

B. SOALAN SUBJEKTIF
Isi tempat kosong yang berikut dengan jawapan yang betul dari kotak jawapan di
bawah ini. (8m)

Parameswara

Anjing

Nelayan

Pelanduk

Pokok

Melaka

Kerajaan

Berehat

PERISTIWA MELAKA MENDAPAT NAMA


Kesultanan

Melayu

Melaka

diasaskan

oleh

(1)

_____________.

Parameswara dan pengikutnya tiba di sebuah kampong (2) _____________.


Parameswara dan pengikutnya berehat dibawah sepohon (3)_______________ yang
rendang.
Ketika

itulah

baginda

(4)_____________perburuan

melihat

baginda

suatu
telah

kejadian
ditendang

yang

luar

oleh

seekor

biasa.
(5)

_______________ putih sehingga jatuh ke dalam sungai.


Kegagahan pelanduk menyebabkan baginda merasakan tempat itu istimewa
untuk mendirikan (6) _____________. Oleh itu , baginda telah menamakan tempat
92

itu

sempena

nama

pokok

(7)

_________________

tempat

baginda

(8)_____________.

LAMPIRAN G
BORANG TEMUBUAL SELEPAS INTERVENSI 1

1. Adakah anda faham topik peristiwa Melaka mendapat nama?


________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

2. Sekiranya anda tidak memahami topik ini, dapatkah anda menjawab ujian yang
diberikan?
_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

3. Adakah aktivti Permainan Parameswara yang digunakan oleh Cikgu menarik


Minat anda? Mengapa?
_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

4. Adakah anda berminat dengan mata pelajaran Sejarah setelah melakukan aktiviti
pembelajaran pada hari ini?

93

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

LAMPIRAN H
BORANG TEMUBUAL SELEPAS INTERVENSI 2

1. Adakah Buku Besar Kisah Parameswara ini membantu kamu memahami Topik
Peristiwa Melaka Mendapat Nama?
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________

2. Adakah anda menyukai aktiviti bercerita dan permainan yang terdapat pada
Buku Besar?
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________

3. Adakah anda berminat dengan Matapelajaran Sejarah setelah menggunakan Buku


Besar?
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________

94

4. Adakah anda berasa seronok selepas mengikuti aktiviti pembelajaran pada hari ini?
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________

LAMPIRAN I
BORANG PEMERHATIAN SEBELUM INTERVENSI

Tarikh : 25 Mac 2014


Masa

: 12.15 1.15 Tengahari

Tempat : Makmal Komputer SK Padang Air


Aktivti : PdP Bagi Topik Pengasasan Melaka
Tahun : 4 Siddiq

BI

PEMERHATIAN

L
1.

Berborak dengan rakan

2.

Tidak menumpukan perhatian

3.

Menunjukkan mimik muka bosan.

4.

Menjawab soalan dengan betul.

5.

Menunjukkan minat untuk mengikuti proses

PESERTA

CATATAN

KAJIAN

GURU

P&P

95

LAMPIRAN J

BORANG PEMERHATIAN SEMASA INTERVENSI 1 & 2

BIL

FOKUS
PEMERHATIAN

PESERTA KAJIAN
Faizul

Memberi

Naza

JUMLAH
(x/3)

Salma

perhatian

semasa proses rawatan


dilaksanakan
2

Menunjukkan
dengan
Buku

minat

penggunaan
Besar

Kisah

Parameswara
3

Melibatkan diri dengan


aktif dalam setiap aktivti

Murid
membezakan
anjing
Parameswara
pelanduk

dapat
antara
perburuan
dan
semasa
96

kejadian

Parameswara

berehat

di

bawah

sepohon pokok
5

Peserta

kajian

menceritakan

dapat

kronologi

peristiwa

Melaka

mendapat nama

97