Anda di halaman 1dari 14

1.

0 Isu Pencemaran Alam


1.1 Pengenalan
Dalam usaha mengejar kemajuan negara dan meningkatkan taraf hidup penduduk, kegiatan
ekonomi dan projek-projek pembangunan sesebuah negara tidak dapat dielakkan manusia
sering mengabaikan masalah-masalah alam sekitar yang timbul akibat pelaksanaan aktiviti
ekonomi dan projek pembangunan. Kesan-kesan negatif akibat proses pembangunan dan
modernisasi secara terburu-buru semakin mendesak ini mengakibatkan kesan pencemaran.
Kesemua kesan negative pembangunan ke atas alam sekitar, setiap akitiviti ekonomi dan
pembangunan mestilah diseimbangkan dengan usaha pengurusan dan pemeliharaan alam.
Pencemaran boleh ditakfirkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan hasil
dari aktiviti manusia ke alam sekeliling menyebabkan terganggunya keselesaan kehidupan.
Pencemaran dapat dibahagikan kepada 4 bentuk pencemaran alam :
1. Pencemaran udara
2. Pencemaran air
3. Pencemaran bunyi
4. Pencemaran tanah
Konsep pencemaran sangat bergantung kepada sesuatu nilai atau pengukuran yang telah
ditetapkan terhadap sesuatu faktor yang menimbulkan pencemaran itu sendiri. Tanpa
pengukuran ini, konsep pencemaran menjadi taksa. Contohnya, sesuatu buah-buahan itu
menjadi tercemar hanya apabila didapati daripada pengukuran bahawa kandungan sesuatu
bahan kimia di dalamnya telah melebihi paras bahaya. Bahan kimia yang berbeza
memberikan paras bahaya yang berlainan pula. Bahan-bahan pencemar lain diukur dengan
unit-unit tertentu.

1.2 Punca-punca yang menyebabkan pencemaran


1.2.1. Pencemaran Udara
Mengikut laporan yang dibuat oleh Jabatan Alam Sekitar, melalui akhbar Utusan Pengguna,
jumlah keluaran bahan-bahan pencemaran udara bagi Malaysia dianggarkan sebanyak
933,000 tan setahun. Daripada jumlah ini, kenderaan ialan punca utama pencemaran ini
(58.1%), diikuti oleh stesen janakuasa (23.9%), pembakaran bahan api industry (9.4%),
pemprosesan industry (3.9%) dan pembakaran terbuka (4.9%).
Jadual di bawah menunjukkan punca-punca pencemaran udara dan bahan-bahan
pencemar utama yang dihasilkan.
Punca-punca pencemaran

Bahan-bahan pencemar

Pembakaran bahan api di kilang dan

Gas sulfur dioksida, nitojen dioksida,

dalam enjin kenderaan bermotor.

karbon monoksid dan debu.

Pembakaran sampah-sarap dan


hutan secara besar-besaran
Penyemburan racun serangga dan
bahan-bahan kimia.

Gas Karbon dioksida dan debu.

Gas kimia beracun

Penggunaan gas klorofluorokarbon


(CFC)

Gas CFC

1.2.2. Pencemaran Air


Pencemaran air bermaksud perubahan yang berlaku dari segi kandungan, keadaan dan
warna sehingga tidak sesuai dan akan memberikan kesan terhadap manusia apabila
digunkan. Pencemaran ini berlaku sama ada dari segi biologi, kimia dan fizik. Bahan
pencemaran boleh didapati dalam pelbagai bentuk iaitu gas, cecair dan pepejal.
Pencemaran air boleh berlaku di mana-mana sahaja tempat berair.
Antara punca-punca pencemaran air ialah:
a) Kumuhan dari kilang.
Pembuangan ini dianggap mudah kerana tidak memerlukan kos pelupasan.Sisa bahan
buangan kilang seperti sisatoksik yang dibuang yang ke dalam sungai oleh pihak tidak

bertanggungjawab dan seterusnya mencemarkan sungai,sekiranya air sungai yang


tercemar ini mengalir ke laut,pencemaran ini akan merebak ke laut.
b) Aktiviti penerokaan
Selain daripada kumuhan daripada kilang, aktiviti penorakaan juga menyumbang
kepada pencemaran air. Contoh aktiviti penorakaan untuk pertaniaan, pembalakan tidak
terkawal dan sebagainya. Aktiviti penorakaan akan menyebabkan hakisan kepada tanah dan
seterusnya tanah runtuh akan masuk ke dalam sungai dan menjadi mendakan. Mendakan
ini boleh mencetekkan lagi paras air sungai dan seterusnya banjir lumpur akan
berlaku,seterusnya air sungai akan tercemar kerana bercampur dengan keladak dan
menjadi lumpuh.
c) Pembuangan bahan-bahan pencemar oleh segilintir individu/masyarakat
Sikap sesetengah individu yang mengambil mudah terhadap menjaga alam sekitar,seperti di
penempatan yang hampir dengan sungai atau laut.Mereka membuang bahan-bahan
buangan seperti sampah,minyak dan najis ke dalam sungai,Seterusnya pengaliran sungai di
sekat oleh bahan sukar lupus,air menjadi kotor dan hidupan di dalamnya mati.
d) Tumpahan minyak
Tumpahan minyak yang selalunya berlaku daripada kebocoron pelantar minyak,kapal karam
dan sebagainya.Sifat minyak yang tidak sebati dengan air akan berada di permukaan air
dan merebak,seterusnya air menjadi kotor kerana di selaputi minyak.

1.2.3. Pencemaran Bunyi


Pencemaran bunyi ialah bunyi bising yang berterlaluan sehingga menyakitkan telinga.
Pencemaran bunyi biasanya melebihi 80dB(A) dan pecemaran ini mengikut situasi dan
keinginan masing-masing. Pencemaran ini boleh dibahagikan kepada empat bahagian iaitu
kebisingan selang-seli, kebisingan selenjar, kebisingan fluktuasi dan bunyi lantunan.
Punca-punca pencemaran ini ialah :
a) Bunyi daripada kenderaan
Bunyi kenderaan yang bising adalah salah satu punca kepada pencemaran bunyi
melibatkan kederaan darat,air dan udara.Selalunya pencemaran ini berlaku di bandarbandar apabila kesesaskan lalu lintas dan kepadatan kederaan di jalan raya selain itu
pencemaran bunyi berlaku kawasan sekitar lapangan terbang,pelabuhan,terminal feri dan
sebagainya ekoran bunyi bising daripada kederaan tersebut.
b) Bunyi daripada kilang

Pengunaan mesin-mesin dan jentera daripada kilang-kilang,adalah menyumbang kepada


pencemaran bunyi.Sebagai contoh kilang besi melalui proses mencetak atau membentuk
besi mengunakan mesin-mesin yang bising.
c) Bunyi daripada kuari
Bunyi daripada aktviti kuari adalah ejen utama kepada pencemaran bunyi. Aktiviti tersebut
seperti memecah batu, mengerudi, pemungahan batu ke lori dan sebagainya. Selain itu,
penggunaan mesin dan jentera yang bising juga menyumbang kepada pencemaran bunyi
seperti mesin gerudi, jentera berat contoh lori dan sebagainya.

1.2.4. Pencemaran Tanah


Pencemaran tanah bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga
terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan.Pencemaran jni disebabkan oleh
bahan buangan sama ada berbentuk air atau pepejal. Bahan pencemar pula terdiri daripada
pencemar organik, kimia atau fizik.
Antara punca-punca berlakunya pencemaran ini ialah :
a) Pembuangan bahan-bahan buangan daripada kilang
Sikap tidak bertanggungjawab pihak tertentu seperti kilang-kilang yang membuang bahanbahan pencemar daripada aktiviti-aktiviti yang di jalankan.Antara bahan buangan seperti
minyak,sisa

toksik

dan

sisa-sisa

kilang,tanpa

melupuskannya

secara

sistematik,menyebabkan berlakunya pencemaran tanah kerana bahan-bahan tersebut


menrosakkan kesuburan tanah ekoran sistem tanah yang tidak elok.
b) Pembuangan sampah merata-rata oleh segelintir individu/masyarakat
Sifat segelintir masyarakat yang tidak bertangungjawab dan tidak mempunyai kesedaran
untuk menjaga alam sekitar.Mereka membuang sampah merata-rata tanpa membuangnya
ke tempat yang sepatutnya.Kesannye sampah tidak terlupus secara tidak sistematik
seterusnya akan mengakibat pecemaran tanah,kerana bahan yang tidak terlupus akan
menganggu sistem tanah.
c) Pembalakan yang tidak terkawal
Pembalakan yang tidak terkawal juga menyumbang kepada pencemaran tanah.Aktiviti ini
akan mengubah struktur tanah dan mengubah rupa bentuk muka muka bumi,sekiranya
aktiviti ini tidak dikawal pencemaran kepada tanah akan berlaku di dalam skala yang besar.
Sebagai contoh pembalakan haram,penorakaan tanah untuk aktiviti pertanian,pembinaan
tempatan dan sebagainya.

d) Pengunaan racun secara berlebih-lebihan


Penggunaan racun secara berlebihan-lebihan akan menyebabkan pencemaran kepada
tanah selalunya berlaku di dalam aktiviti pertaniaan.Bahan kimia yang terdapat didalam
racun akan merosakkan sistem tanah,seterusnya merosakkan kesuburan tanah.

1.3 Kesan-kesan pencemaran alam sekitar


1.3.1 Pencemaran udara
Pencemaran berlaku apabila terdapat bahan-bahan pencemar di udara. Contoh bahanbahan pencemar ialah habuk, debu, asap, dan gas- gas beracun. Keadaan ini
menyebabkan gangguan dan kehidupan manusia, haiwan, tumbuhan dan harta benda kita.
Tambahan pula iklim dunia pun juga terganggu. Di bawah merupakan kesan-kesan
pencemaran udara.
a. Menjejaskan kesihatan
Apabila kita menarik nafas, udara yang tercemar memasuki badan dan menjejaskan
kesihatan. Debu dan gas-gas beracun daripada kilang-kilang, ekzos kenderaan dan
penyembur racun serangga menyebabkan penyakit jika disedut. Penyakit ini adalah
berkaitan dengan sistem pernafasan dan penyakit mata.
b. Pembentukan hujan asid
Gas-gas sulfur dioksida dan nitrogen dioksida bergabung dengan air hujan dan menbentuk
hujan asid. Hujan asid boleh membunuh tumbuh-tumbuhan dan ikan-ikan. Ia juga
menghakis pakaian, kertas dan bahan binaan bangunan
c. Kenaikan suhu di bumi
Gas karbon dioksida yang banyak akan merangkap haba di bumi. Jadi suhu di bumi akan
meningkat dan persekitaran akan menjadi panas. Ini akan menyebabkan banjir akibat
pencairan ais di kutub-kutub bumi dan kemarau di beberapa tempat dunia.
1.3.2 Pencemaran Air
Pencemaran air berlaku apabila bahan kotoran sama ada secara sengaja atau tidak sengaja
sehinggan sumber air itu tidak dapat diguna oleh kaum manusia dan organism akuatik.
Punca bekalan air dating dari sungai, laut, kolam, dan tasik.. Oleh itu ia boleh dicemar
melalui pembuangan bahan-bahan sisa kilang, tumpahan minyak dari kapal laut,
pembuangan sampah-sarap dan najis dan hakisan tanah akibat pembalakan dan
pembinaan berleluasan.
Kesan pencemaran air :
a. Menjejaskan kesihatan

Sisa-sisa kilang yang dibuang ke dalam sungai akan meracuni air sungai. Ini
membahayakan kesihatan jika air itu diminumkan atau digunakan untuk mandi. Sampahsarap dan najis yang dibuang ke dalam sungai pula menggalakan pertumbuhan bakteria
yang menyebabkan penyakit.
b. Pembunuhan hidupan air
Minyak yang tertumpah ke dalam air akan menhalang kemasukan udara di laut. Jadi,
haiwan- haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang menghidupkan ke dalam air laut tidak dapat
bernafas dan mati. Air sungai yang mengandungi sisa-sisa kilang juga meracuni hidupan air.
Sampah-sarap yang terkumpul dan lumpur yang termendap dalam air akibat hakisan tanah
menhalang kemasukan sinaran matahari ke dalam air. Ini menjejaskan pertumbuhan
tumbuh-tumbuhan air.
c. Memburukan keindahan alam
Pantai-pantai yang dipenuhi dengan sampah-sarap tidak indah dipandang. Air sungai dan
laut berbau busuk.
1.3.3. Pencemaran bunyi
Bunyi yang tidak dikehendaki mampu membawa kesan negatif secara physiological.
Pencemaran bunyi mampu merimaskan, memberi tekanan, menghilangkan pendegaran,
gangguan tidur serta kesan buruk lain.Tekanan dan hipertansi adalah punca utama masalah
kesihatan, di mana telinga berdengung menyebabkan mengalami masalah daya ingatan,
serta serangan panik.
Selain itu,kesan lain pula pencemaran bunyi mampu menyumbang kepada kesan
kardiovaksular. Dimana boleh menyebabkan peningkatan statisik pada tekanan darah serta
peningkatan kejadian arteri koronari.
Pencemaran bunyi menyebabkan menjejaskan produktiviti. Dimana pekerja tidak dapat
menjana idea untuk organisasi apabila pencemaran bunyi berleluasa sehingga menjejaskan
pemikiran seseorang.
Bunyi bising memberi kesan buruk kepada haiwan. Ia menyebebkan tekanan serta
meningkat risiko kematian dan menganggu haiwan berhubung terutamanya berkaitan
dengan pembiakan dan navigasi. Dedahan lampau akustik boleh mendorong kepada
kehilangan pendengaran sementara atau kekal.

Selain itu, kesan bunyi boleh memusnahkan habitat yang disebabkan bunyi bising. Sebagai
contoh,pencemaran bunyi menyebabkan kematian speseis paus tertentu akibat terdedah
kepada sonar tentera yang kuat.
1.3.4. Pencemaran tanah
Pencemaran tanah adalah keadaan di mana bahan kimia buatan manusia masuk dan
mengubah lingkungan tanah alami. Pencemaran ini biasanya terjadi kerana kebocoran
limbah cair atau bahan kimia industri atau fasilitas komersial,pestisida; masuknya air
permukaan tanah tercemar ke dalam lapisan sub-permukaan; kecelakaan kendaraaan
pengangkut minyak, zat kimia, atau limbah; air limbah dari tempat penimbunan sampah
serta limbah industri yang langsung dibuang ke tanah secara tidak memenuhi syarat (illegal
dumping).
Ketika suatu zat berbahaya/beracun telah mencemari permukaan tanah, maka ia dapat
menguap, tersapu air hujan dan atau masuk ke dalam tanah. Pencemaran yang masuk ke
dalam tanah kemudian terendap sebagai zat kimia beracun di tanah. Zat beracun di tanah
tersebut dapat berdampak langsung kepada manusia ketika bersentuhan atau dapat
mencemari air tanah dan udara di atasnya.
Kesan pencemaran tanah :
a. Kekurangan tanah subur
Pembinaan rumah-rumah dan bangunan-bangunan menyebabkan penyusutan tanah.
Manusia menghadapi kekurangan tanah subur untuk pertanian.
b. Hakisan tanah
Aktiviti-aktiviti

pembinaan,

perlombongan,

dan

pembalakan

yang

tidak

terkawal

menyebabkan kawasan tanah terdedah. Kawasan tanah yang terdedah dihakis oleh angin
dan air hujan.

1.4 Langkah-langkah mengatasi masalah pencemaran alam sekitar


1.4.1. Pencemaran Udara
a. Penampalan ozon
Bahagian ozon yang berlubang ditampal dengan mengionkan oksigen di atmosfera melalui
penggunaan belon helium. Selain itu, penampalan ozon juga boleh dilakukan dengan
menembak peluru ozon dengan menggunakan kapal terbang yang mampu menampal ozon.
Namun begitu, penampalan ozon ini hanya dapat mengawal pencemaran udara untuk
jangka masa pendek sahaja.
b. Memperkenalkan undang-undang
Pihak kerajaan yang bertindak sebagai agen pentadbir negara telah mengubalkan pelbagai
undang-undang dalam mengawal kadar pencemaran. Sebagai contoh, industri besar dan
kecil diwajib menapiskan asap yang dikeluarkan. Wet scrubber merupakan penapis asap
kilang dengan menyembur air dan batu kapur pada asap. Proses ini dapat mengurangkan
sulfur dioksida sampai 90%.
c. Penggunaan teknologi
Dengan adanya teknologi moden, penggunaan kenderaan menggunakan kuasa elektrik
sedang dikaji secara giat di negara-negara barat. Kenderaan jenis ini bukan sahaja tidak
menghasilkan pencemaran udara malah pencemaran bunyi. Walaubagaimanapun, tenaga
elektrik adalah mahal dan kesannya terhadap alam sekitar mungkin bergantung kepada
cara tenaga elektrik tersebut dihasilkan.
d. Kitar semula
Mengitar semula bermaksud memproses atau menggunakan semula bahan buangan seperti
plastik, kertas, tin aluminium dan sebagainya. Kaedah ini merupakan proses yang sangat
selamat kepada alam sekitar kerana dapat mengurangkan kadar pencemaran. Pembakaran
sampah-sarap turut dapat dikurangkan.
1.4.2 Pencemaran Air
a. Menyediakan tangki takungan bawah tanah yang dirawat
Untuk mengatasi masalah pelepasan air buangan domestik supaya tidak dilepaskan terus
ke dalam sistem perparitan maka adalah perlu disediakan tangki takungan bawah tanah dan
dirawat menggunakan bioteknologi selaras dengan usaha negara menjadikan Malaysia

sebagai pusat bioteknologi rawatan air (Utusan Malaysia, 2006). Malah, pihak kerajaan
seharusnya memperuntukkan sejumlah wang supaya sistem perparitan daripada kawasan
perumahan terutama kawasan perindustrian dan juga pengusaha kedai makanan perlu
dibina saluran paip khas supaya air buangan dapat dikumpulkan di kolam takungan sebelum
disalirkan ke dalam sistem perparitan.
b. Menambah bilangan tong sampah di pusat pengumpulan sampah
Hasil tinjauan juga mendapati bahawa pengurusan sampah yang lemah bukan sahaja pada
peringkat sekolah tetapi juga peringkat majlis perbandaran yang menyebabkan sampah
sarap bertaburan merata tempat.
Oleh itu, diperingkat sekolah pengurusan peletakan tong sampah perlu diambil kira. Tong
sampah perlu ditambah di tempat strategik sebagai pusat pengumpulan sampah supaya
sampah tidak melimpah.
c. Pemasangan perangkap sampah
Untuk mengatasi sampah sarap dialirkan oleh air melalui longkang, adalah perlu supaya
perangkap sampah dipasang di tempat-tempat strategik di sepanjang parit utama untuk
memerangkap sampah sarap juga memudahkan pengurusan penyelenggaraan.
d. Penyelenggaraan sistem perparitan berkala
Untuk memastikan supaya sampah sarap tidak menyebabkan sistem perparitan tidak
tersumbat maka penyelenggaraan berkala seharusnya dijalankan iaitu 1 atau 2 kali sebulan.
Dengan cara ini, maka sampah sarap tidak akan menyebabkan sekatan air sekali gus
sampah tidak terlepas ke sistem saliran utama di sungai.
e. Kempen kesedaran melalui iklan TV
Untuk mengatasi masalah sikap kebanyakan penduduk yang bersikap 'tidak apa' perlu
ditangani. kempen kesedaran melalui Iklan TV mengenai kesan sikap individu yang
membuang sampah tanpa memikirkan kesannya. Oleh itu, adalah perlu setiap individu
berubah kita seharusnya tidak mementingkan diri sendiri. Kita harus fikirkan keadaan
generasi akan datang yang terpaksa menanggung hasil tindakan yang kita buat hari ini.
Adalah menjadi harapan agar individu mula mencerminkan diri. Sudah tiba masanya kita
kembali siapa kita sebenar yang memerlukan 'soul reawakening'.

1.4.3 Pencemaran bunyi


a. Penggunaan Teknologi
Terdapat pelbagai strategi mengurangkan pencemaran bunyi antaranya ialah penggunaan
halangan bunyi, menghadkan kelajuan kenderaan, menukar tekstur permukaan jalan raya,
menghadkan berat kenderaan,mengunakan kawalan trafik agar tidak mengalami tekanan
brek dan pecutan bagi kenderaan.
Selain itu,pelaksanaan model computer bagi buyi jalan,mampu menangani topografi dan
operasi trafik serta pengurangan hipotesis tempatan.Kos pembinaan pengurangan bina
adalah sederhana tertakluk pada penyelesaian pada tahap perancangan projek laluan jalan.
Pengeluaran bunyi dari kapal terbang dengan menghasilkan enjin jet yang lebih senyap
yang dilakukan pada 1970-an dan 1980-an.Strategi ini membawa pengurangan terhad.Bagi
pihak pengurusan operasi,seperti menukar laluan penerbangan dan tempoh masa
penggunaan landasan telah membuktikan memberi kebaikan penduduk berhampiran
lapangan terbang.
b. Pendidikan
Melalui pendidikan memberi kesedaran serta membentuk sikap positif terhadap alam sekiar
terutamanya dari peringkat rendah lagi.Melalui pendidikan mereka dapat mengetahui
pencemar alam dari segi kesan-kesan negative terhadap alam sekitar dan manusia.
Pendidikan alam sekitar mula diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah melalui
Kurikulum bersepadu sekolah rendah KBSR dalam matapelajaran alam dan manusia.
Seterusnya pada peringkat menengah melalui dalam kurikulum bersepadu sekolah
menengah KBSM khususnya dalam matapelajaran sains.Masyarakat juga mengetahui
mengenai alam sekitar melalui penyiaran media serta kempen.
c. Tanggungjawab bersama
Kerajaan patutlah memainkan peranan seperti mengetat undang-undang untuk melindungi
alam sekitar.Rondaan oleh pegawai alam sekitar perlu diperbanyakkan. Pengusaha kilang
haruslah mendapatkan nasihat mengenai alam sekitar sebelum memulakan operasi.Selain
itu,pengguna

perlu

mementau

persekitaran

sekiranya

terdapat

pihak

tidak

bertanggungjawab terhadap alam sekitar perlu segera membuat aduan agar pencemaran
bunyi diatasi.

d. Pameran,pertandingan dan kempen alam sekitar


Pameran perlulah diadakan secara berkala disetiap kawasan tertentu dengan mengedar
risalah tenteng punca dan kesan pencemaran bunyi terhadap alam sekitar serta manusia.
Selain itu, kerajaan perlulah mempamerkan slaid-slaid berkaitan pencemaran bunyi agar
dapat menyedarkan masyarakat serta mengajar masyarakat melindungi alam sekitar.
Mengadakan pertandingan kuiz tentang pencemaran untuk meningkatkan pengetahuan
masyarakat mengenai alam sekitar terutamanya di peringkat sekolah.
e. Pendedahan media massa
Penyiaran isu-isu berkaitan alam sekitar supaya masyarakat peka dan berhati- hati untuk
melindungi alam sekitar daripada tercemar.Pihak media turut menyiarkan isu-isu terkini di
akhbar dan majalah untuk meningkatkan pengetahuan masyarakat
1.4.4 Pencemaran Tanah
Pencemaran yang terjadi pada linkungan tanah harus segera ditangani. Penanggulangan
pencemaran tanah harus disesuaikan dengan status pencemarannya. Status pencemaran
tanah adalah suatu kondisi di mana dalam suatu tempat dan waktu tertentu mengalami
pencemaran

berdasarkan kriteria baku (ukuran batas perubahan sifat dasar tanah).

Tindakan penanggulangan pencemaran


pencemaran

tanah dilakukan untuk mencegah meluasnya

tanah serta mengembalikan kualiti tanah akibat pencemaran . Cara yang

dapat dilakukan untuk menangani pencemaran tanah antaranya:


a. Bioremediasi
Bioremediasi

merupakan

suatu

proses

pembersihan

pencemaran

tanah

dengan

menggunakan mikroorganisma. Sisa-sisa cair yang mencemarkan tanah disebabkan oleh


manusia, oleh itu dengan memanfaatkan kepelbagaian organisma, spesies cendawan dan
mikroorganisma yang dapat menghurai sisa-sisa ini. Tentulah sangat menguntungkan,
kerana dapat mengatasi pencemaran yang berlaku.
b. Remediasi
Hampir serupa dengan bioremediasi, proses ini bertujuan untuk membersihkan tanah dari
partikel- partikel pencemar dengan pelbagai cara. Dibezakan menjadi dua cara iaitu
pembersihan pencemar dari permukaan saja, dan dilakukan dengan melakukan penggalian
tanah lalu mengeluarkan bahan-bahan pencemar.

c. Membuang sampah pada tempat yang sepatutnya


Membuang sampah pada tempat yang sepatutnya, nasihat ini sentiasa didengar semasa
kita kecil. Dari kecil kita sudah diajarkan untuk menjaga kebersihan persekitaran. Dengan
membuang sampah pada tempat yang sepatutnya tentu tak mengotorkan tanah, dan tidak
mencemari tanah. Hal ini kerana sampah yang kita nampak dalam tanah itu merupakan
sampah kehidupan harian manusia. Oleh itu, sampah yang kita buang secara suka hati itu
akan terkubur dan dapat ditemukan oleh generasi akan datang.
4. Memisahkan jenis sampah berdasarkan material
Sediakan tempat-tempat atau kotak sampah yang memisahkan sampah organik dan bukan
organik. Ini adalah salah satu tindakan prefentif. Hal ini kerana sampah bukan organik
sangat sukar diuraikan oleh mikroorganisma, oleh itu dengan pemisahan akan lebih mudah
untuk menentukkan sampah bukan organik yang terkumpul.

1.5 Rumusan
Kesimpulannya, pemeliharaan muka bumi perlu dijalankan bagi menjamin bekalan sumber
makanan, sumber kesihatan untuk menghasilkan ubat-ubatan, Ia turut berperanan sebagai
sumber kecantikan, keindahan dan kedamaian di samping udara yang bersih. Justeru,
semua lapisan masyarakat haruslah bekerjasama dan saling membantu dalam memelihara
alam sekitar supaya

kebersihan alam sekitar dapat ditingkatkan dalam kehidupan

kita.Selain itu , kita mesti sedar akan kepentingan memelihara alam semulajadi yang masih
ada pada hari ini. Usaha-usaha memupuk kesedaran masyarakat terhadap kepentingan
alam sekitar terus dilakukanoleh pelbagai pihak di negara ini seperti kempen kebersihan,
perkhemahan alam sekitar bagi belia, seminar, bengkel, pameran, promo media dan
penerbitan bahan-bahan cetak. Semuanya adalah bagi meningkatkan pengetahuan,
kesedaran dan penyertaan orang ramai bagi memelihara alam sekitar. Pemuliharaan alam
sekitar adalah tanggungjawab bersama. Setiap generasi perlu turut serta supaya
pembangunan lestari dikekalkan supaya dapat dinikmati sehingga generasi akan datang.

Anda mungkin juga menyukai