Anda di halaman 1dari 14

1 | Page

Pengenalan
Definisi Etika Kerja Professional
Etika kerja professional dapat disimpulkan sebagai satu istilah dimana ianya sebagai panduan
atau tingkahlaku yang diikuti oleh manuasi yang mempunyai kaitan rapat dengan kehidupan
khususnya dikalangan yang kurang mengamalkan agama didalam kehidupan mereka.Ianya
tidak mengira negara,bangsa da agama telah menekankan norma-norma moral yang
berlandaskan ketinggian akhlak kepada mereka yang mengamalkannya.
Dalam masyarakat moden sekarang ini,norma keagamaan semakin ditinggalkan dan
masyarakat lebih menuju kepada kemajuan material untuk mencapai kesenangan
hidup.Sumber-sumber moral kini dating kini dating dai set etika yang dihasilkan oleh
ketentuan akal manusia dan pengkajian terhadap kehidupan manusia.
Hubungan etika kerja professional dengan kehidupan manusia digunakan adalah untuk
mengawal tingkahlaku ahli professional dalam bentuk menyuruh melakukannya dan
meningalkan perkara yang mendatangkan kesalahan samada disisi undung-undang Negara
mahupaun statusnya sebagao professional.Oleh itu etika kerja professional merupakan satu
landasan kepada mayarakat yang membolehkan untuk megawal tingkahlakunya sendiri serta
membolehkan masyarakat social mengawasi dan menilai setiap tindak tanduk meeka dari
masa ke semasa.
Etika seharusnya dipelajari dan diamalkan dalam kehidupan seharian kita.Dalam apa jua
tindak tanduk yang kita lakukan.Keberkesanan prinip etika terletak pada individu itu
sendiri.Tanpa displin diri dan kekuatan mental yang tinggi seseorang itu tidak dapat mencapai
tahap etika yang dikehendaki.Secara kesimpulannya etika itu wujud dalam diri seseorang
individu dengan adanya displin dan kekuatan diri individu itu sendiri.

2 | Page

1) Kod Etika Professional di Tempat Kerja


Kod etika professional adalah salah satu alat kawalan sosial yang digunakan sebagai salah
satu panduan dalam mendisiplinkan diri ke arah yang lebih beretika.Secara datanya kod etika
ini berfungsi sebagai:
Inspirasi dan panduan
Kod etika professional telah mengelaskan pelbagai tingkahlaku yang patut diamalkan dalam
sesebuah organisasi atau jabatan tersebut.Kod ini juga boleh dianggap sebagai landasan dan
petunjuk dalam menjalankan pelbagai kerja dengan lebih teratur dan lebih baik.Dengan
panduan dan peraturan amalan-amalan kerja,kod etika boleh memandu dan mengingatkan
ahli-ahli professional mengenai keputusanyang perlu diambil dan tingkahlaku yang
sepatutnya apabila berada didalam sesuatu keadaan.
Contohnya:
Saya bertugas di Cawangan Lokap Berpusat .Saya menjalankan tugas-tugas seperti :

Mengawal okt (orang kena tahan) di dalam sel supaya sentiasa dalam keadaan sihat

dan baik.
Memastikan okt tidak membawa senjata tajam dan bahaya di dalam sel.
Memastikan setiap okt makan dengan makanan yang dibekalkan.
Eskot okt berjumpa dengan keluarga dan hospital untuk mendapatkan rawatan jika

sakit.
Menyimpan barang-barang berharga okt supaya selamat dan tidak hilang.

Disini inspirasi dan panduan sangat diperlukan kerana ianya berhadapan dengan pesalahpesalah yang datang dari pelbagai jenayah seperti mengedar
dadah,membunuh,merompak,meragut,menipu dan ianya juga termasuk pesalah-pesalah yang
menyalahgunakan visa-visa dan passport .Pesalah-pesalah ini juga datang dari pelbagai
bangsa dan Negara.Pelbagai kerenah yang akan dihadapi oleh anggota yang bertugas jika okt
yang masok ke dalam lokap mempunyai ragam.Okt mempunyai tingkahlaku yang tidak dapat
dijangka,oleh itu anggota yang bertugas haruslah sentiasa bersiap sedia daropda sebarang
kemungkinan yang akan berlaku tanpa cepat melatah dengan mengikut garis panduan yang
telah diberikan sebagai rujukan.Contoh nya sebelum okt memasukki sel,anggota bertugas
haruslah membuat pemeriksaan terhadap okt supaya tidak membawa sebarang benda yang
terlarang seperti pisau,gunting,rokok dan lain-lain lagi.Hal ini semua telah digaris

3 | Page

panduankan supaya semua okt berada dalam keadaan sihat dan selamat semasa berada dalam
sel.
a. Pencegahan dan disiplin
Ianya digunakan sebagai asas untuk menyiasat sebarang penyelewengan apabila terdapat
sebarang aduan yang diterima.Aduan-aduan ini akan dapar mengurangkan penyalahgunaan
kuasa oleh mereka yang berkuasa dan berpangkat serta mempnyai kedudukan tertentu dalam
sesebuah organisas atau jabatan.Selain itu ianya juga dapat mengelakkan penggunaan
maklumat-maklumat rahsia atau jabatan untuk kepentingan diri sendiri.
Contohnya jika seseorang pengawal sel ambil sambil lewa tugasnya,ia akan mendatangkan
masalah dikemudian hari seperti jika pegawai atasan ada menjalankan pemeriksaan lokap dan
mendapati ada barang terlarang di dalam sel,tindakan akan diambil kepada anggota yang
bertugas kerana barang-barang terlarang ini sangat bahaya.Ianya boleh mendatagkan mudarat
kepada diri sendiri atau kepada okt-okt yang berada disekeliling.Oleh itu,pencegahan
haruslah dibuat sebelum berlakunya sesuatu perkara yang buruk.
b. Memelihara maruah profesyen
Kod ini memberi satu gambaran kepada semua pihak tentang imej positif setiap profesyen
kerana setiap ahli terikat dengan satu standart etika yang tinggi.Etika merupakan satu
panduan kepada professional untuk membina,meningkat dan mempertahankan
integriti,kejujuran dan maruah profesyen masing-masing.Secara umumnya,setiap ahlinya
perlu mnggunakan segala ilmu pengetahuan yang dimilikinya untuk meningkatkan
kesejahteraan manusia seluruhnya,jujur kepada diri sendiri,majikan,masyarakat dan
pelanggannya serta sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan untuk terus memberi
perkhidmatan yang lebih cemerlang dari masa ke semasa.
Contohnya layanan yang diberikan haruslah baik dan prikemanusiaan semasa berurusan
dengan okt-okt ini atau ahli keluarga mereka kerana ianya datang dari pelbagai
bangsa,agama dan Negara.Oleh itu sikap haruslah dijaga supaya pandangan mereka terhadap
PDRM tidak negetif.Jika sebaliknya,ia akan mendatangkan kesan buruk terhadap PDRM atau
Negara Malaysia sendiri.

c. Memelihara keharmonian

4 | Page

Kod ini menggariskan standart tingkahlaku yang harus dipatuhi dan diamalkan sepenuhya
supaya kepentingan semua pihak terpelihara.Ini dapat mengelakan daripada berlakunya
pertembungan diantara kepentingan diri sendiri dan kepentingan umum.Ini akhirnya
menyebabkan pelbagai konflik dan rasa tidak puashati dikalangan pihak yang
berkaitan.Setiap ahli professional dalam bidang masing-masing perlu mengiktiraf
kehidupan,keselamatan,kesihatan dan kebajikan setiap anggota masyarakat.
Setiap anggota yang bertugas di lokap haruslah mengikut garis panduan yang telah diberikan
supaya ianya tidak tersasar demi kepentingan diri sendiri.Contohnya tidak melakukan
sebarang urusan dengan okt yang melibatkan kepentingan diri sendiri.JIka pihak atasan tahu
akan aktiviti ini dijalankan di dalam lokap,tindakan akan diambil terhadap anggota tersebut
dan juga rakan setugas yang bekerja pada masa kejadian.Hai ini akan mendatangkan masalah
kepada rakan-rakan tugas yang tidak terlibat dalam aktiviti tersebut.Perkara ini akan
menyebabkan tidak wujud kesefahaman diantara rakan-rakan setugas.
d. Sokongan
Galakkan dan sokongan kepada pengguna-pengguna teknologi dalam bidang kepakaran
masing-masing.Etika professional lebih menumpukan kepada demensi perlakuan yang positif
sebagai panduan tingkahlaku yang paling sesuai untuk diamalkan oelh seseorang
professional.
Contohnya didalam bidang PDRM terutama dalam cabaran menjaga pesalahpesalah.Pelbagai risiko yang akan dihadapi seperti tahanan mati dalam sel,penyakit yang
berjangkit dan rusuhan oleh orang tahanan.Oleh itu langkah-langkah yang diamalkan adalah
seperti semasa membuat pemeriksaan badan orang tahanan harus dilakukan dengan memakai
topeng dan sarung tangan bagi mencegah sebarang penyakit.Kekerapan melawat setiap sel 15
minit sekali dan sentiasa mengawasi CCTV supaya angota yang bertugas tahu setiap
pergerakan yang dilakukan oleh orang tahanan.
Semua kod professional yang diguna pakai diseluruh dunia dalam bidang-bidang seperti
perubatan,guamanperniagaan,perakaunan dan kejuruteraan mempunyai asas-asas etika yang
sama.Hai ini kerana tujuan utama kod etika professional ini dibentuk adalah untuk digunakan
kepada diri dan masyarakat amnya.
2) Konsep etika

5 | Page

i.

Etika

Istilah etika berasal dari bahasa Yunani Kuno iaitu ethos yang bererti watak,adat,akhlak
kebiasaan dan keperibadian.Dalam bahasa sehari-hari kita sering menyebutnya dengan etiket
yang bereti cara bergaul atau berprilaku yang baik dan sering disebut sebagai sopan
santun.Istilah ini banyak digunakan atau dikembangkan dalam bidang organisasi sebagai
panduan atau norma-norma yang mengatur dan mengukur perilaku seseorang.Perkataan
ethos juga terdapat dalam kamus bahasa inggeris yang bermaksud sifat moral dalam sesuatu
bangsa
Dalam bahasa inggeris,ethic bermaksud akhlak,tatasusila,kesusilaan dan etika.Manakala
ethics bermaksud prinsip akhlak,ketatasusilaan dan ilmu etika.Menurut kamus lain,ethic
bermaksud system of moral and principal rules of conduct yang bermaksud sistem prinsip
akhlak,peraturan-peraturan perilaku.Manakala ethic pula bermaksud sains yang
menumpukan perhatian kepada akhlak.
Dalam bahasa melayu,etika bermaksud kepercayaan atau tanggapan terhadap sesuatu perkara
sama ada ianya benar,salah,baik dan buruk.Manakala mengikut Kamus Edisi Ketiga
pula,etika bermaksud ilmu berkaitan prinsip akhlak atau moral yang menjadi pengangan
seseorang individu atau sesuatu kumpulan.Ia juga melibatkan tanggungjawab dan akibat
tingkahlaku seseorang atau profesion terhadap masyarakat.Contohnya Etika Perkhidmatan
Awam yang melibatkan kakitangan awam.
Berdasarkan definisi-definisi etika berikut,dapat dinyatakan bahawa etika merupakan ilmu
pengetahuan yang berhubung dengan keupayaan menentuan perbuatan yang dilakukan oleh
manusia untuk dikatakan baik atau buruk.Erti kata lain,etika adalah aturan atau pola tingkah
laku yang dihasilkan oleh akal manusia bagi membezakan antara yang baik dan buruk dalam
masyarakat serta membatasi perlakuan baik atau jahat.Etika merupakan tingkah laku dan
kelakuan moral yang dijangka diikuti oleh manusia sejangat manakala ilmu etika merupakan
satu displin ilmu yag mengkaji tentang moral,kaedah moral dan tindakan serta kelakuan
manusia yang betol.Fungsi etika menggariskan beberapa prinsip atau ukuran asas untuk
menentukan apakah tingkah laku yang betul,apakah yang salah dan apakah yang tingkahlaku
yang bertanggungjawab serta apakah yang tidak.
Contohnya mencuri dan merosakkan harta kerajaan merupakan erbuatan vandalisme dan
salah mengikut peraturan yang telah ditetapkan.Kelakuan tersebut sememangnya salah

6 | Page

melanggar etika kemasyarakatan sehingga menghalang hak dan mengganggu keselesaan


orang lain untuk menggunakannya.Fungsi etika mengkelaskan perlakuan tersebut adaah salah
dan tingkahlaku yang tidak bertanggungjawab bagi menentukan batas kelakuan yan baik dan
jahat yang meliputi pelbagai ragam masyarakat.
ii.

Moral

Moral pada dasarnya berasa daripada perkataan Latin moresyang membawa maksud sama
seperti etika (Ashmore 1987).Namun,moral merupakan satu perkara yang lebih merujuk
kepada peraturan-peraturan yang ditentukan untuk memperbaiki sesuatu keadaan.Moral juga
bersifat praktikal kerana moral merupakan disiplin yang memberitahu apakah system moral
yang dhayati oleh sesuatu masyarakat dan etika pula bersifat teoretika kerana etika
mengkaji,meganalisis dan mengkritik system moral tersebut.
Mengikut kamus Oxford Advanced learners,Edisi keenam,moral bermaksud kesedaran
tingkahlaku betul atau salah,apa yang perlu dipatuhi dan ditinggalkan serta bersifat
praktikal.Moral juga bermaksud sebagai tingkahlaku yang sesuai dengan tatasusila atau
praturan masyarakat setempat di mana masyrakat bertindak sebagai penentu.Pertimangan
moral juga bergantung kepada suasana perbuatan secara umum dapat diterima oleh
masyarakat dan keiga ialah muncu dalam bentuk kebebasan.
Contohnya dalam kehidupan bermasyarakat,kesedaran moral dapat ,ewujudkan masyarakat
yang harmoni dan progresif.Hal ini kerana kesedaran moral yang wujud dalam setiap diri
masyarakat dapat memupuk persefahaman,bertimbang rasa,tolong menolong dan lain-lain
nilai yang baik.Perkara ini seterusnya akan membantu dalam melahirkan sesebuah Negara
yang aman dan tenang dimana setiap rakyat akan sentiasa berasa selamat dan sejahtera
dengan adanya masyarakat yang mempunyai kesedaran moral yang tinggi.Contoh penyataan
ini jelas menyokong kata-kata Thomas Hobbes yang telah mengambarkan kepentingan hidup
bermoral seperti berikut,Tanpa peraturan sosial(moral),akan wujud satu keadaan konflik yang
tidak berkesudaham dan persengketaan yang mengakibatkan kehidupan manusia menjadi
jahat,bersifat buas dan angkuh

iii.

Akhlak

7 | Page

Akhlak boleh ditakrifkan melalui dua pendekatan iaitulinguistic(kebahasaan) dan


pendekatan terminologic(peristilahan). Akhlak dari sudut bahasa berasal daripada perkataan
arab, khuluq yang bermaksud budi pekerti. Menurut Iman Al Ghazali, akhlak merupakan
gambaran tentang keadaan dalam diri manusia yang telah sebati dan daripadanya terbit
tingkah laku secara mudah dan senang tanpa memerlukan pertimbangan atau pemikiran.
Akhlak sangat penting dan pengaruhnya sangat besar dalam membentuk tingkah laku
manusia. Apa saja yang lahir dari manusia atau segala tindak-tanduk manusia adalah sesuai
dengan pembawaan dan sifat yang ada dalam jiwanya.
Dari sudut istilah pula, akhlak merujuk kepada tingkah laku, tutur kata, penampilan atau imej
diri berlandaskan kepada ajaran Islam. Erti kata lain, akhlak adalah satu bentuk tingkah laku
yang berkaitan dengan nilai-nilai murni yang mesti dilakukan oleh setiap individu. Merujuk
Ibn Miskawih(w. 421 H/1030 M) yang terkenal sebagai pakar bidang akhlak terkemuka
menerangkan takrif akhlak dari sudut istilah sebagai sifat yang tertanam dalam jiwa yang
mendorong seseorang untuk melakukan perbuatan tanpa memerlukan pemikiran dan
pertimbangan.
Tingkah laku atau perbuatan manusia mempunyai hubungan yang erat dengan sifat dan
pembawaan dalam hatinya. Sebagai contoh, analogi berkaitan akhlak ini boleh diumpamakan
seperti pokok dengan akarnya yang membawa maksud tingkah laku atau perbuatan seseorang
akan baik apabila baik akhlaknya. Sama seperti pokok apabila baik akarnya maka baiklah
pokoknya. Jika rosak akar, maka akan rosaklah pokok dan cabangnya.
Perbezaan Akhlak, Moral dan Etika
I.

Akhlak secara umumnya ialah sistem atau tingkah laku manusia yang bersumberkan
kepada asas wahyu atau syarak. Sementara itu, etika ialah sistem tingkah laku
manusia bersumberkan selain daripada wahyu iaitu bersumberkan falsafah. Tingkah

II.

laku yang telah ditentukan oleh etika sama ada baik atau jahat pula dinamakan moral.
Akhlak merupakan satu sistem yang menilai tindakan zahir dan batin manusia,
manakala moral ialah satu sistem yang menilai tindakan zahir manusia sahaja. Akhlak
juga mencakupi pemikiran, perasaan dan niat di hati manusia dalam hubungan
manusia dengan Pencipta, manusia dengan manusia dan manusia dengan makhluk
lain. Moral pula hanya mencukupi pemikiran, perasaan dan niat di hati manusia dalam
hubungan manusia dengan manusia sahaja. Nilai-nilai yang terdapat dalam akhlak

8 | Page

bersifat mutlak, sempurna dan tetap manakala nilai-nilai moral bersifat relatif,
III.

subjektif dan sementara.


Contoh bagi membezakan akhlak dan moral mengikut perspektif Islam ialah dari segi
pemakaian, pemakaian bagi seseorang muslim mengikut Islam mestilah menutup
aurat dan jika individu muslim tersebut tidak menutup aurat, mereka dikatakan tidak
berakhlak kerana telah melanggar ajaran yang ditetapkan tetapi mengikut pandangan
moral jika seseorang itu mendedahkan aurat tetapi masih mempunyai perlakuan yang

IV.

baik, mereka masih dianggap bermoral.


Moral merupakan sebahagian daripada etika. Masalah etika adalah berkaitan dengan
sesuatu yang membuahkan hasil yang salah atau sesuatu yang tidak adil. Ruang
lingkup perbincangan etika adalah lebih luas berbanding dengan moral. Fokus etika
lebih luas mencakupi estetika, etika profesional, tingkah laku dan logik. Etika
mempunyai peranan yang besar dalam kehidupan manusia bagi menyediakan prinsip
tanggungjawab dan menilai tindakan yang berkaitan dengan kemanusiaan. Moral pula
merujuk kepada cara berfikir, bertindak dan bagaimana mereka harus bertindak,
manakala etika adalah falsafah moral berkaitan dengan masalah betul atau salah.
Contohnya adalah seperti penggodaman atau hack. Permasalahan ini bukan masalah
berkaitan etika tetapi adalah kesalahan moral untuk mendapatkan capaian yang tidak
mendapat kebenaran.

3) Keperluan Hieraki Moslow

9 | Page

Teori Hierarki Keperluan Maslow telah dikemukakan oleh Abraham Maslow, seorang
ahli Psikologi Kemanusiaan pada tahun 1943 melalui bukunya "A Theory of Human
Motivation" di dalam Kajian Psikologi.
Teori ini menyatakan dalam diri setiap indvidu terdapat lima (5) keperluan yang perlu
dipenuhi seperti fisiologi, keselamatan, sosial, penghargaan diri dan pencapaian hasrat
diri. Bila satu keperluan dicapai, keperluan yang seterusnya akan menjadi satu
keperluan atau keutamaan seterusnya. Setiap individu akan memastikan tahap
keperluan terendah dipenuhi terlebih dahulu sebelum berusaha untuk memenuhi
keperluan tahap yang lebih tinggi.
Lima (5) keperluan tersebut adalah:
1) Keperluan Fisiologi. Peringkat ini merupakan keperluan yang paling asas. Keperluan ini
adalah penting bagi sesuatu organisme, apatah lagi manusia. Keperluan asas ini merangkumi
apa yang diperlukan untuk diri atau fizikal seseorang seperti keperluan mendapatkan
makanan, minuman dan tempat tinggal.

10 | P a g e

2) Keperluan Keselamatan. Termasuk di dalam keperluan ini adalah keselamatan peribadi,


keselamatan kewangan, kesihatan dan tidak akan menjadi mangsa penyalahgunaan kuasa.
3) Keperluan Sosial. Inilah keperluan manusia untuk dicintai dan merasai perasaan
kekitaan. Semua pekerja perlu merasai bahawa mereka diperlukan dan mempunyai peranan
tersendiri di dalam organisasi. Jika dipenuhi, perasaan ketegangan dan tekanan (stress) di
kalangan pekerja dapat dielakkan atau dikurangkan.
4) Keperluan Penghargaan Diri (Esteem). Keperluan ini ada kaitan dengan keperluan pekerja
untuk dihormati dan diberi peluang menghormati orang lain. Beri mereka tugas yang boleh
memberi mereka peluang untuk memberi sumbangan. Ini akan meningkatkan penghormatan
diri (self-esteem).
5) Keperluan Hasrat Diri. Keperluan ini berkaitan dengan keperluan untuk mencapai cita- cita
diri sendiri mengikut potensi seseorang manusia (pekerja).
Maslow membahagikan lima keperluan kepada dua (2) kategori, iaitu:
a)Tahap tinggi iaitu keperluan sosial, penghargaan diri dan pencapaian hasrat diri.
b)Tahap rendah iaitu keperluan fizikal dan keselamatan.

Peranan pengurus mengikut teori Maslow


Setiap manusia di dalam dunia ini tidak akan lari daripada menjadi seorang pengurus ataupun
diurus oleh orang lain. Baik daripada seorang kanak - kanak kecil hingga kepada seorang
dewasa, manusia sebenarnya secara tidak langsung akan diberi peranan menjadi seorang
pengurus atau seorang yang diuruskan oleh orang lain. Baik dari segi urusan
peribadi,kerja,rumahtangga dan juga pendidikan, kita secara tidak langsung telahpun menjadi
pengurus kepada diri kita sendiri ataupun kepada diri orang lain.
Pengurusan adalah aktiviti yang melibatkan usaha merancang, mengorganisasi, memimpin
dan mengawal serta penglibatan anggota yang berada di organisasi untuk sama sama
berusaha ke arah matlamat yang satu. Definisi pengurusan ialah sebagai satu proses yang

11 | P a g e

terlibat dengan perancangan, pengorganisasian,actuating ataupun kepimpinan dan


pengawalan.

Berdasarkan kepada teori Abraham Maslow setiap individu yang bekerja di dalam sesebuah
organisasi akan menuntut 5 keperluan bagi tujuan kepuasan diri seperti yang pertama
keperluan fisiologi seperti air, oksigen, makanan dan kesihatan diri. Kedua, keperluan
keselamatan, iaitu pekerja memerlukan kebebesan bekerja dan jaminan keselamatan. Ketiga
keperluan kemesraan dan kekitaan. Keempat, keperluan penghargaan diri dan yang terakhir
adalah keperluan pencapaian hasrat diri. Kita melihat keperluan-keperluan ini merupakan
asas kepada kehendak manusia agar merasakan kepuasan dalam melakukan sebarang aktiviti
khususnya bekerja
Selain itu juga ketidakpuasan diri berdasarkan teori keperluan boleh mengakibatkan fokus ke
arah matlamat tidak dapat dijalankan dengan sempurna. Akibatnya, sebarang maklumat
organisasi tidak dapat disampaikan dengan begitu berkesan kerana tuntutan kepuasan mereka
tidak dipenuhi. Bukan itu sahaja pekerja akan sentiasa bertindak sambil lewa dan sentiasa
berputus asa kerana kurang mempercayai organisasi. Kesannya, sesebuah organisasi tersebut
akan mengalami kemerosotan produktiviti sehinggakan boleh membawa kerugiaan
Masalah pekerja juga boleh dikenalpasti melalui faktor kesihatan yang mana pekerja yang
mempunyai masalah dari segi faktor kesihatan kebiasaanya akan tidak berpuas hati untuk
bekerja. Teori Herzberg telah menjelaskan bahawa faktor kesihatan memainkan peranan
penting untuk memastikan nilai produktiviti matlamat organisasi tercapai.
Sebagai contohnya, sekiranya pekerja hanya sentiasa dikawal dan dikenakan peraturan
tertentu dalam organisasi tanpa mempunyai ganjaran yang setimpal serta kemudahan yang
selesa, masalah motivasi diri pekerja akan timbul. Masalah perhubungan antara pekerja juga
boleh diklasifikasikandalamfaktorkesihatan.
Faktor keselamatan juga memainkan peranan yang penting untuk mewujudkan tahap

12 | P a g e

kepuasan pekerja dalam organisasi. Pekerja akan mengalami tekanan dengan suasana kerja
dan memerlukan keselesaan serta jaminan keselamatan yang tinggi. Pekerja yang sering
merasa keselamatan diri tidak dilindungi akan menyebabkan motivasi diri mereka akan
berkurangan sehingga mengganggu tahap pemikiran dan tekanan emosi untuk bekerja.
Selain itu juga penjelasan berkaitan dengan ganjaran dapat dilihat merujuk kepada bentuk
intrinsik dan ekstrinsik. Intrinsik bermaksud tahap kepuasan yang lahir dalam diri secara rela
ke arah kemuncak untuk mencapai matlamat kerja atau aktiviti tanpa mengharapkan sebarang
ganjaran berbentuk wang ringgit dan kebendaan atas sebab nilai tanggungjawab.
Ganjaran ekstrinsik pula merupakan ganjaran yang untuk mendapatkan kepentingan
berbentuk wang ringgit dan kebendaan daripada orang lain apabila selesai melakukan
sebarang kerja dan aktiviti. Merujuk kepada 2 bentuk ganjaran ini kebiasaannya pekerja akan
memilih ke arah ganjaran ekstrinsik kerana mendapat keuntungan dan kepuasan untuk lebih
bekerja secara bermotivasi.

13 | P a g e

4) Earth Hours
Apa itu Earth Hour?
Earth Hour merupakan acara tahunan yang diadakan oleh Tabung Alam Sedunia WWF,
disambut pada hari Sabtu terakhir pada bulan Mac, yang mahukan kediaman dan pejabat
untuk mematikan lampu yang tidak digunakan dan peralatan elektrik yang tidak digunakan
selama satu jam untuk membangkitkan kesedaran ke atas perubahan iklim.

(Lambang Earth Hour)


Sejarah Earth Hours
Malaysia mula menyertai Earth Hour sejak 2009 dan sejak 2009 banyak Negara
menunjukkan minat untuk menyokong usaha WWF ini.Kempan Eath Hour ini bermula dari
jam 08.30 dan berakhir sejam kemudian.
Tujuan
Earth Hour bertujuan untuk mendidik masyarakat dunia tentang ancaman perubahan iklim
yang berlaku kini di samping menerbitkan kesedaran dan keprihatinan pendudk dunia
mengenai perlunya satu tindakan proaktif dalam menangani isu pemanasan global .

14 | P a g e

Manfaat kepada masyarakat yang boleh meningatkan kesedaran mengenai pemanasan


global
Aktiviti pencemaran udara yang melibatkan pembebasan gas hijau semakin berleluasa.Ia
merupakan antara faktor utama bagi menyumbang kepada pemanasan global.Pemanasan
global adalah satu proses peningkata suhu bumi sama ada di air,udara dan daratan.Cara untuk
menyedarkan masyarakat disekeliling ialah dengan cara:
a) Mengadakan program-program penanaman pokok oleh Badan-badan NGO di tempattempat yang strategik dengan setiap peserta diberi sebatang pokok untuk ditanam di
kawasan yang disediakan atau dibawa pulang untuk ditanam di kawasan rumah.
b) Mengwar-warkan di media sosial atau media semasa tentang keburukan pemanasan
global jika tidak dibendung dari sekarang.Kesan dan akibat akan dirasa dalam 10 atau
20 tahun akan datang.
c) Jabatan Pendidikkan juga boleh mengambil bahagian dengan memberi ceramah di
sekolah rendah atau menengah tentang kesedaran ini.Kesedaran ini haruslah dipupuk
dari kalangan kanak-kanak utuk mencintai alam sekitar.
d) Mempamerkan impak sebenar yang bakal dialami oleh dunia dengan lebih jelas dalam
perkongsian data yang diperolehi.
e) Memberi pemahaman sebenar kepada masyarakat tentang apa itu pemanasan global
dengan menjalankan kempen-kempen bersepadu di seluruh dunia.Ianya akan
membawa kepada peubahan yang nyata terhadap semua tindakan yang dilakukan
secara bersama-sama itu.
f) Semua Negara haruslah menandatangani pejanjian Kyoto yang berkaitan dengan
pengawalan kesan rumah hijau dan semua negara cuba sedaya upaya mengawal kadar
pelepasan pelbagai gas.Banyak Negara yang tidak mahu menandatangan perjanjian ini
kerana takut kerugian yang akan mereka tanggung.
g) Masyarakat dunia juga boleh mengumpul dana khas untuk membiayai semua projek
sains yang membuat penyelidikan untuk mencari jalan penyelesaian pemanasan
global ini.
Kesimpulannya,semua tindakan itu haruslah dilaksanakan oleh msyarakat dunia tanpa perlu
berlengah masa lagi.Kegagalan untuk bertindak rasional boleh menyaksikan kemusnahan
bumi tanpa kita sedari.

Anda mungkin juga menyukai