Anda di halaman 1dari 1

Norasma Bint Mahood,

Lot Pt 396 Seksyen 1 Kampung Penambang,


Jalan Pantai Cahaya Bulan,
15350 Kota Bharu,
Kelantan

Haji Zaharuddin Bin Omar,


Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar,
Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail,
21030 Kuala Terengganu,
Terengganu

23 OGOS 2016

Tuan,
MEMOHON KEBENARAN UNTUK TIDAK HADIR KE KULIAH
Merujuk kepada perkara di atas, saya Norasma binti Mahmood ibu kepada Mohamed
Qammarul Anuar bin Mohamed memohon kebenaran anak saya untuk tidak hadir ke kuliah
pada hari Selasa (30 Ogos 2016) ini disebabkan tepaksa membantu saya untuk menghantar
adiknya mendaftarkan diri di Universiti Putra Malaysia.
2. Untuk makluman tuan, saya terpakasa melibatkan anak saya Mohamed Qammarul Anuar
untuk ke sana untuk memandu kereta kerana suami saya kurang mampu untuk memandu untuk
jarak yang jauh.
3 Bersama-sama ini, saya lampirkan satu salinan surat tawaran melanjutkan pelajaran untuk
rujukan pihak tuan.
4. Diharapkan pihak tuan dapat meluluskan permohonan ini dan segala jasa baik serta budi
bicara tuan saya ucapkan dengan ribuan terima kasih

Yang benar,

.
(NORASMA BINTI MAMOOD)