Anda di halaman 1dari 10

PENGHARGAAN

Alhamdulillah,kami bersyukur kepada Allah S.W.T yang

memberikan

taufik dan hidayahNya kerana dapat menyiapkan tugasan ini. Setinggi-tinggi


penghargaan diucapkan kepada Ustaz Azmi b. Khamis selaku pensyarah bagi
matapelajaran Pengajian Islam kerana memberi sokongan, panduan dan tunjuk
ajar yang amat berguna.Terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan sekelas
yang telah membantu kami memberi bahan-bahan rujukan sehingga kami dapat
menyiapkan tugasan ini. Semoga segala usaha ini akan meningkatkan
penguasaan ilmu dan penghayatan serta mendapat keberkatan dari Allah S.W.T.

1.0 PENGENALAN

Hijrah lahiriah atau perpindahan badan dari satu tempat ke satu tempat atau dari
satu negeri ke negeri yang lain merupakan sesuatu yang mudah dilakukan oleh
manusia. Sememangnya manusia kerap berhijrah dari satu tempat ke satu
tempat yang lain dengan tujuan yang tertentu.
Di negara kita, ramai penduduk kampung telah berhijrah ke bandar. Tidak kurang
juga yang berhijrah dari bandar ke bandar dengan tujuan untuk menambah
pendapatan atau mencari keselesaan melalui pelbagai cara dan bidang mengikut
kebolehan dan kelayakan masing-masing. Di peringkat yang lebih rendah lagi,
haiwan dan binatang juga melakukan hijrah dari satu tempat ke satu tempat
terutama di kawasan gurun atau tanah lapang yang luas semata-mata untuk
mendapatkan makanan dan perlindungan akibat daripada perubahan musim dan
cuaca.
Jika diteliti dari satu tujuan hijrah ini, maka sudah pasti kita dapat perbezaan
yang amat jelas antara hijrah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w dan para
sahabat baginda dengan hijrah yang dilakukan oleh manusia zaman sekarang
iaitu yang tinggal di kampung menuju ke bandar. Hijrah Rasulullah s.a.w dan
para sahabat r.a adalah bertujuan menyelamatkan agama dan akidah, mencari
jalan bagi melicinkan usaha memantapkan penghayatan agama dan merupakan
usaha mengembangkan risalah Islam kepada seluruh manusia sekalipun mereka
terpaksa menanggung kerugian duniawi. Manakala hijrah atau perpindahan
manusia zaman kini dari kampung ke bandar adalah bertujuan mencari rezeki
dan keselesaan hidup. Namun, kedua-dua bentuk hijrah dan perpindahan

tersebut tetap mendapat ganjaran dari Allah s.w.t selagimana ia dilakukan


kerana-Nya.
Jikalau diteliti pula dari sudut perancangan sebelum melakukan hijrah ini, kita
akan dapati bahawa penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Mekah ke
Madinah adalah suatu proses evolusi dan bukannya revolusi. Pernyataan inilah
yang akan kami bahaskan di dalam tugasan kami ini.

2.0 PENGERTIAN HIJRAH, EVOLUSI DAN REVOLUSI


Hijrah berasal daripada perkataan bahasa Arab yang membawa maksud
meninggalkan satu tempat untuk menuju ke tempat lain. Ada di kalangan ahli
bahasa yang memberi erti hijrah adalah merangkumi hijrah jasmani dan hijrah
rohani. Maksud hijrah jasmani ialah meninggalkan satu-satu tempat. Manakala
hijrah rohani pula ialah meninggalkan satu-satu sikap, kepercayaan, akidah,
emosi dan tasawur serta menggantikannya dengan yang lain.
Hijrah amat terkenal di kalangan umat Islam kerana ia berkait rapat dengan
peristiwa perpindahan Rasulullah s.a.w daripada Mekah ke Madinah dan juga
merupakan tarikh permulaan pengiraan tahun Islam.
Evolusi bermaksud satu proses perubahan yang terancang dan tersusun dalam
tempoh masa yang panjang.

Revolusi pula bermaksud satu proses perubahan secara mendadak yang


melibatkan tindakan secara agresif dan drastik.

3.0 PENGHIJRAHAN NABI S.A.W ADALAH MELALUI PROSES EVOLUSI


Penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Mekah ke Madinah adalah melalui
proses evolusi dan bukannya secara revolusi. Antara proses evolusi yang boleh
kita lihat melalui penghijrahan ini ialah :
3.1 Mengkaji tentang geografi dan struktur sosial Madinah.
Kajian tentang geografi dan struktur sosial negeri tertentu bukanlah satu hal yang
mudah bagi Rasullullah kerana ketika itu tidak ada kenderaan yang pantas untuk
bergerak melainkan unta, dan alat komunikasi yang canggih seperti telefon dan
internet. Melainkan maklumat ini dapat diperolehi dengan mengambil masa yang
panjang dan perancangan yang rapi.Madinah telah dipilih sebagai tempat hijrah
kerana kesesuaiannya sama ada dari segi geografi ataupun dari segi struktur
sosialnya. Aspek geografi, Madinah yang sesuai sebagai kawasan penempatan
kerana tanahnya yang subur dan terletak di jalan perdagangan yang strategik
sama ada jalan darat atau laut. Struktur sosialnya pula mudah dibentuk dan
dibimbing kerana masyarakat madinah lebih mamahami aspek kerohanian dalam
hal-hal agama, tidak sebagaimana masyarakat Quraisy di Mekah.

3.2 Menjalinkan hubungan dengan penduduk Madinah.


Nabi Muhammad s.a.w sering mengunjungi Madinah kerana menziarahi pusara
ayahandanya, Abdullah b. Abdul Muttalib dan bondanya, Aminah binti Wahab.
Keadaan ini membolehkan Nabi menjalinkan hubungan dengan penduduk
Madinah serta dapat pengetahuan tentang kedudukan masyarakat dan
komposisi penduduk Madinah. Pengetahuan dan maklumat ini penting untuk
rasulullah membuat perancangan melakukan hijrah.
Hubungan kekeluargaan Nabi dengan penduduk Madinah di sebelah datuk
perempuannya juga merupakan faktor yang kuat untuk membolehkan Nabi
mendapat sokongan moral masyarakat Arab Madinah untuk menjayakan apa
yang dirancang oleh baginda.
3.3 Dakwah yang terancang.
Nabi menyampaikan dakwah kepada pedagang-pedagang yang datang ke
Mekah yang mana ada di kalangan pedagang itu datang daripada Madinah.
Rasulullah mendapati bahawa pedagang-pedagang dari Madinah lebih mudah
menerima dakwah Islam. Maka Rasulullah menyusun strategi dakwahnya
sehingga membawa kepada Perjanjian Aqabah Pertama yang berlaku pada
tahun kedua belas kerasulan Nabi. Perjanjian ini menyaksikan suku Aus dan
Khazraj beriman kepada Allah dan Rasul. Suku-suku ini juga berjanji akan
membantu perjuangan Nabu Muhammad s.a.w. Mereka juga tidak akan
melakukan amalan jahiliah lagi. Mereka juga tidak akan melakukan amalan

mencuri, minum arak dan tidak membunuh bayi perempuan lagi. Kemudian pada
tahun berikutnya berlaku pula Perjanjian Aqabah Kedua yang menyaksikan janji
sahabat Rasulullah untuk berjuang ke titisan darah yang terakhir . Bilangan
peserta di dalam Perjanjian Aqabah Pertama seramai dua belas orang lelaki dan
di dalam perjanjian kedua telah meningkat kepada tujuh puluh lebih termasuk
dua peserta wanita. Mereka yang dua belas orang iaitu peserta perjanjian
pertama telah pun pulang ke Madinah bersama-sama mereka Musab bin Umair
bukan semata-mata pulang untuk mengasing diri dari masyarakat atau tinggal
berdiam diri di rumah masing masing tetapi sebagai tanggungjawab, mereka
telah berusaha untuk mengembangkan agama Islam di kalangan masyarakat
masing-masing, lelaki dan perempuan.
Mereka memperdengarkan potongan-potongan ayat Al-Quran, menerangkan
selengkapnya hukum-hakam dan peraturannya. Atas daya usahalah maka Islam
telah berkembang dengan pesat di Kota Madinah di tahun itu juga. Pendek kata
tidak ada sebuah rumah pun yang tidak dibenderangkan dengan cahaya Islam.
Tajuk perbincangan harian mereka ialah Islam serta keistimewaan hukumhakamnya. Inilah kewajipan dan tanggungjawab tiap muslim di kala dan di mana
juga mereka berada.
3.4 Menilai penerimaan masyarakat Madinah terhadap dakwahnya.
Rasulullah membuat kajian sejauhmanakah masyarakat Madinah menerima
dakwahnya dan seterusnya menjadikan Madinah sebagai tempat hijrah dengan
menghantar rombongan yang pertama berhijrah ke Madinah seramai 70 orang.

Hasilnya, rombongan yang pertama ini diterima dengan begitu baik sekali oleh
masyarakat Madinah serta disusuli lagi dengan beberapa kumpulan kecil lagi.
Keadaan ini telah memberi keyakinan dan perangsang kepada Rasulullah untuk
meneruskan usaha hijrah tersebut.
3.5 Menyemai Aqidah Tauhid kepada pengikut-pengikutnya.
Rasulullah SAW memulakan dakwah dengan menyemai Aqidah Tauhid dalam
jiwa pengikut-pengikutnya. Rasulullah SAW mendidik mereka di Dar al-Arqam
dengan santapan dan hidangan al-Quran. Dari Madrasah Rasulullah SAW ini,
lahirlah Rijal Aqidah yang sanggup berjihad dan berkorban demi membina
Ummah Islamiyyah. Rasulullah SAW telah membangunkan Ummah Islamiyyah
pertama di atas asas-asas Aqidah Solehah, Ibadah Sohehah dan akhlak yang
teguh. Tiada jalan lain lagi melainkan jalan Aqidah atau Iman untuk membina
kekuatan Ummah Islamiyyah.
Setelah terbina kekuatan Aqidah Tauhid maka terbentuklah kekuatan Ukhuwwah
dan Wehdah (kesatuan). Rasulullah SAW telah mempersaudarakan puak Aus
dan Khazraj, Muhajirin dan Ansar dengan ikatan Ukhuwwah Islamiyyah. Setelah
itu Rasulullah SAW mencari punca-punca kekuatan yang lazim dan perlu bagi
melancarkan jihad selanjutnya. Dengan itu terbentuklah asas yang kukuh atau
tapak yang kuat untuk untuk melancarkan apa yang dirancang oleh Rasulullah.

3.6 Memilih individu-individu yang dipercayai ketika permulaan hijrah.

Rasulullah telah memilih Abu Bakar As-Siddiq, Sayyidina Ali b. Abi Thalib,
Abdullah b. Abu Bakar, Asma bt. Abu Bakar dan Amir b. Fuhairah ketika baginda
hendak berhijrah dari Mekah ke Madinah.
Abu Bakar As-Siddiq dipilih oleh Rasulullah menemaninya ketika berhijrah.
Sayyidina Ali bin Abi Thalib, disuruh tunggu di Makkah buat beberapa ketika
selepas baginda berangkat hijrah. Selain itu juga Ali dipinta oleh Rasulullah saw
supaya tidur di tempat baginda. Abdullah bin Abi Bakar disuruh oleh Abu Bakar
supaya mengintip apakah yang diperkatakan oleh Puak Quraisy terhadap
Rasulullah dan Abu Bakar selepas berhijrah dan berada di gua Thur nanti. Pada
malamnya Abdullah akan melaporkan maklumat yang didapati kepada Abu
Bakar. Abdullah akan tidur bersama Abu Bakar dan Rasulullah saw. di dalam gua
dan akan kembali sebelum hampir siang supaya dia seolah-olah menginap di
kota Makkah.
Manakala Asma pula berperanan menghantar makanan kepada Abu Bakar dan
Rasulullah pada setiap petang. Orang suruhan Abu Bakar, Amir bin Fuhairah
disuruh membawa kambing ternakan ke tempat ternakan, dan bila petang
dibawa berhampiran pintu gua tempat persembunyian untuk mengambil susu.
Selain itu juga Amir juga berperanan membawa kambing ternakan melalui jalanjalan yang dilalui oleh Abdullah (Anak Abu Bakar yang pergi ke tempat
persembunyian Abu Bakar dan Rasulullah untuk menyampaikan maklumat)
supaya menghapuskan kesan tapak kaki Abdullah ke pintu gua itu.

Abdullah bin Uraiqat ialah seorang musyrikin yang boleh dipercayai telah diupah
untuk menunjuk jalan rahsia dan tersembunyi dari mata orang ramai menuju ke
Madinah.
Kesemua individu ini telah dikenalpasti oleh Rasulullah dapat menjalankan tugas
seperti yang diamanahkan kerana mereka mempunyai sifat tenang, berhati-hati
tetapi berani berbeza dengan Umar Al-Khattab yang bersifat agresif.

4.0 RUMUSAN
Jelaslah di sini bahawa hijrah Rasulullah mampu memberi pedoman kepada kita
sepanjang zaman sebagai momentum kebangkitan Islam. Syaratnya, jika kita
mahu mengkaji di sebalik tabir hijrah Rasulullah itu sendiri. Jika tidak, Hijrah
hanya tinggal catatan sejarah belaka, tanpa memberi sebarang panduan dan
perubahan yang signifikan dalam kehidupan kita.

BIBLIOGRAFI
1. Muhammad Said Ramadan Al-Buti, (1985), Fiqh Sirah Jilid 1, Acedeme Art &
Printing Service Sdn. Bhd., Kuala Lumpur.
2. Muhammad Said Ramadan Al-Buti, (1988), Fiqh Sirah Jilid 2, Acedeme Art &
Printing Service Sdn. Bhd., Kuala Lumpur.
3. Naeem Sissiqi , (1989), Muhammad Pembina umat, Percetakan Polygraphic
Sdn. Bhd. , Selangor.

10

Anda mungkin juga menyukai