Anda di halaman 1dari 3

ULASAN KRITIS

Berdasarkan video yang ditonton, karya lagu yang dipersembahkan adalah lagu
Fly Me To The Moon. Lagu tersebut dipersembahkan dalam bentuk nyanyian
sambil memainkan iringan, dan juga memainkan melodi lagu sebagai improvisasi
persembahan lagu tersebut. Berdasarkan persembahan tersebut, didapati beberapa
aspek muzikal dan teknik yang jelas dilihat.
Pertama, aspek muzikal tempo. Sepanjang persembahan, pemain gitar
memainkan lagu dalam tempo yang konsisten dan lancar. Pemain gitar memulakan
persembahannya dengan memainkan iringan sambil menyanyi dalam tempo
sederhana. Setelah itu, improvisasi dilakukan dengan memainkan melodi lagu dan
kembali kepada menyanyi sambil menyanyi iringan. Pemain gitar dapat mengekalkan
tempo permainannya tanpa perubahan sepanjang pertukaran daripada memainkan
iringan kepada melodi dan kembali kepada iringan. Menurut buku The Guitar
Handbook oleh Ralph Denyer, bagi memainkan pelbagai jenis rentak iringan secara
lancar dalam tempo tetap, pemain tersebut perlu mempunyai kemahiran bermain
mengikut tempo yang cekap terdahulu. Dengan itu, kebolehan pemain gitar tersebut
menunjukkan bahawa kemahirannya amat baik dan mampu menghasilkan
persembahan lancar dan berkualiti baik.
Kedua,

aspek

muzikal

rentak

dan

iringan.

Menurut

laman

web

http://www.songfacts.com/detail.php?lyrics=15002 , lagu tersebut secara aslinya


dinyanyikan oleh Frank Sinatra dalam sebagai lagu genre jazz dan dipersembahkan
dalam mud yang tenang dan campuran iringan plucking dan strumming. Berdasarkan
video yang ditonton, pemain gitar juga telah menggunakan jazz tetapi dalam iringan
Swing, yang juga merupakan sejenis iringan di kategori jazz menurut buku The
Complete Idiots Guide to Jazz oleh Alan Axelrod. Teknik iringan swing yang
dimainkan sangat bersesuaian dengan lagu dinyanyikan. Kualiti ton yang dihasilkan
melalui gitar sangat baik dan dapat didengar dan dikesan dengan jelas. Oleh sebab
kebolehannya untuk memainkan iringan swing dengan lancar, maka persembahan
lagu adalah lancar dan berkualiti baik.
Ketiga,

aspek

teknik

penjarian.

Secara

umumnya,

apabila

seseorang

memainkan gitar, tangan kiri akan memainkan not atau kord manakala tangan kanan
memainkan iringan secara memetik atau strumming tali-tali gitar. Berdasarkan
video yang ditonton, jari-jari pemain gitar bagi tangan kiri dan kanan adalah betul dan

bergerak secara lancar. Tangan kiri pemain gitar tersebut menekan kord dan
menekan not bagi memainkan melodi manakala tangan kirinya memainkan kord
dalam rentak swing serta memetik not bagi memainkan melodi lagu dalam bahagian
improvisasi lagu. Berdasarkan buku How To Play Guitar oleh Roger Evans, penjarian
yang betul akan membolehkan pergerakan untuk memainkan not dan kord secara
lancar. Hal ini menunjukkan bahawa pemain gitar tersebut sememangnya
menggunakan penjarian yang sesuai dan selesa supaya permainan menjadi lancar.
Keempat, aspek teknik postur. Berdasarkan video, pemain gitar mengamalkan
postur yang baik. Pemain gitar tersebut duduk di atas kerusi dan menyilang kaki
sambil memainkan gitar. Notestand juga digunakan bagi memegang skor lagu.
Postur pemain tersebut adalah betul menurut buku Begin Guitar oleh Douglas J
Noble yang turut menyatakan cara duduk di atas kerusi yang sederhana tinggi.
Postur yang betul akan mempengaruhi kualiti penghasilan bunyi oleh gitar seperti
yang dapat dilihat dan diamalkan oleh pemain gitar tersebut.
Kelima, aspek gaya persembahan dan kreativiti. Berdasarkan video yang
ditonton, pemain tersebut mempunyai keyakinan diri yang tinggi semasa memainkan
lagu dan menyanyi. Dari segi penampilan diri, pakaian dan rambut kelihatan sesuai
dan kemas serta etika persembahan yang baik diamalkan. Keyakinan diri ,
kekemasan dan etika persembahan baik amat penting kerana ia mempengaruhi
kualiti persembahan secara keseluruhannya. Dari segi kreativiti pula, pemain
tersebut dilihat dapat memainkan karya secara kreatif. Hal ini jelas di mana pemain
tersebut telah memainkan iringan lagu menggunakan teknik swing dan teknik swing
adalah satu teknik permainan yang unik dan tidak senang untuk dimainkan sambil
menyanyi. Setelah itu, pemain memetik melodi lagu bersama iringan pula dan
kembali memainkan iringan sambil menyanyi. Memainkan muzik iringan sambil
memainkan melodi memerlukan kemahiran yang tinggi dan pemain tersebut dapat
memainkan dengan betul dan lancar. Hal ini menunjukkan bakat dan kreativiti
pemain tersebut dalam menonjolkan persembahan yang menarik.
Secara keseluruhannya, pemain gitar dalam video telah memainkan lagu Fly Me To
The Moon secara baik dan lancar. Aspek yang dilihat amat menonjol adalah tempo,
rentak dan iringan, penjarian, postur, gaya persembahan dan kreativiti.