Anda di halaman 1dari 10

1.

0 PENDAHULUAN
Agama Islam merupakan agama fitrah bagi manusia. Oleh sebab itulah
setiap ajaran yang telah disyariatkan kepada umatnya sudah semestinya
bertepatan dan selari dengan fitrah semulajadi mereka. Jika
diperhatikan, setiap manusia biasanya akan cenderung kepada hiburan,
khususnya terhadap seni muzik. Muzik adalah suatu tuntutan fitrah
manusia. Akan tetapi, untuk memenuhi kehendak naluri manusia ini, tidak
semua jenis muzik dibenarkan oleh Islam.Oleh kerana itulah, para
ilmuan Islam telah memperkenalkan muzik mengikut acuan Islam agar
mereka tidak terpesong.
Kesenian Islam telah mencapai tahap yang amat tinggi ketika era
kegemilangan empayar Islam ketika dahulu. Malahan sememangnya tidak
boleh dinafikan bahawa sebahagian besar cabang kesenian yang ada
pada hari ini adalah sumbangan awal para ilmuan Islam. Mereka telah
berjaya menghasilkan kerja seni yang luar biasa mutunya, malahan kekal
hingga ke hari ini. Samada dari aspek seni muzik, seni khat,seni
bina,seni sastera dan lainnya. Dalam pengkajian mengenai seni muzik,
bangsa Yunani dikatakan perintis dalam bidang seni ini dan dipelopori
oleh orang-orang Islam serta memajukannya. Perkembangan seni muzik
berlaku pesat pada zaman kerajaan Abbasiyyah di mana kebolehan
menyanyi dan bermain alat muzik dijadikan pra syarat untuk diterima
bekerja. Kesannya lahirlah ramai tokoh terkemuka yang arif dalam
bidang muzik seperti al-Farabi, al-Kindi, Khalil Ibn Ahmad dan lainnya.
2.0 DEFINISI MUZIK
Kalimah muzik tidak dapat kita temui di dalam al-Quran dan al-Hadith.
Walaupun di dalam al-Quran Allah s.w.t menceritakan kisah Nabi Daud
(al-Quran, al-Nisa 4, 163; al-Isra 17, 55; al-Nur 24, 10; al-Maidah 5,
78; al-Anam 6, 84; al-Anbiya 21, 78; al-Furqan 25, 15) dan Nabi
Sulaiman (al-Quran, al-Baqarah 2, 102; al-Nisa 4, 123; al-Anam 6, 84;
al-Anbiya 21, 78; al-Naml 27, 15) yang memiliki mukjizat berkaitan
dengan seni suara, namun istilah muzik ini gagal ditemui di dalam alQuran. Di dalam teks (matan) al-Hadith, kalimah muzik sukar ditemui
dan hanya beberapa kalimah sahaja yang boleh dikaitkan dengan muzik
seperti al-Macazif, al-Ghina dan al-Mughaniyyah (Ishaq Suliaman, 2000,
2).

Asal penggunaan istilah muzik dan definisinya dari aspek terminologi


adalah dipercayai bahawa kalimah muzik berasal daripada bahasa
Greek. Dikatakan telah dipinjam penggunaannya oleh orang-orang Islam
pada kurun kelapan hingga kesepuluh Hijrah. Memandangkan asal
kalimah muzik ini daripada tamadun Greek, maka definisi yang
dirumuskan oleh ahli muzikologi dan ahli etnomuzikologi adalah seni dan
sains memadukan bunyi atau nada suara atau bunyi alat bagi membentuk
berbagai-bagai penyataan yang memuaskan emosi, estetika dan struktur
bagi sistem kepercayaan yang membentuk asas kepercayaan (Lois
Lamya, 1993, 31).
Daripada definisi tersebut, terdapat tiga ciri utama yang mendasari
muzik itu sendiru iaitu :
1)Bunyi suara atau bunyi peralatan.
2)Hasilan yang memuaskan emosi dan estetika.
3)Memenuhi tujuan tertentu seperti sistem kepercayaan dan
sebagainya.
Oleh itu, sekiranya kita mengambil tiga ciri tersebut dan mengaitkannya
dengan beberapa bentuk ibadah di dalam Islam, maka akan ditemukan
contoh-contoh ibadah tersebut yang berkaitan dengan muzik. Namun
peralatan muzik tidak digunakan terutamanya di dalam ibadah yang
berkaitan dengan al-Quran, haji, tahmid dan takbir hari raya (Ishak
Suliaman, 2000, 4-5).
3.0 SEJARAH SENI MUZIK ZAMAN KERAJAAN ABBASIYYAH
Pengaruh muzik pada zaman Kerajaan Abbasiyyah telah mencapai
kemajuan yang hebat. Ini kerana seni muzik telah mendapat tempat
yang baik dari kalangan pemerintah dan juga orang ramai. Kehebatan
dan kemajuan seni muzik ini dapat dilihat melalui lukisan-lukisan yang
terdapat dalam kitab Alfun Al-Lail atau Hikayat Seribu Satu Malam,
yang dihiasi dengan gambar-gambar sekumpulan ahli muzik yang sedang
membuat persembahan mereka di hadapan khalifah. Ia menggambarkan
betapa besarnya penghargaan umat Islam terhadap seni muzik pada
masa itu di Kota Damsyik iaitu pada zaman Kerajaan Abbasiyyah
(Ghazali Darusalam, 2001, 258).
Selain dari itu, perkembangan seni muzik mendapat kecemerlangannya
pada ketika itu kerana Kerajaan Abbasiyyah menjadikan kemahiran
dalam bidang muzik dan nyanyian sebagai syarat untuk mendapatkan

pekerjaan. Hanya mereka yang cekap bermain alat-alat muzik dapat


diterima menjadi pelayan, dayang-dayang dan inang pengasuh di istana
atau di rumah pembesar serta hartawan. Oleh sebab itulah kebanyakan
pemuda dan gadis menjadi kewajipan untuk mereka belajar dan
mendalami bidang muzik.
Pada masa pemerintahan Khalifah al-Mahdi, para penyanyi telah
diundang ke istana untuk menghiburkan khalifah. Salah seorangnya
adalah Siyath yang datang dari Kota Mekah. Beliau telah diberikan
perlindungan agar dapat bergerak bebas dalam istana dan juga
diberikan saguhati atas persembahan beliau. Anak muridnya yang
bernama Ibrahim al-Mausili juga telah mendapat tempat utama di istana
Khalifah Harun al-Rashid. Ibrahim al-Mausili berasal dari keturunan
bangsawan Parsi amat pandai bermain alat muzik gambus dan mempunyai
anak murid yang ramai. Antaranya yang terkenal ialah Ishaq iaitu
penyanyi istana kepada empat orang khalifah iaitu Khalifah Mamun,
Khalifah Mutasim, Khalifah Wathiq dan Khalifah al-Mutawakkil
(Mahmood, 1971, 171).
Di antara khalifah Bani Abbas, Khalifah Harun al-Rashid adalah
khalifah yang paling meminati lagu-lagu dan muzik. Beliau memberi
kurniaan saguhati yang banyak kepada penyanyi dan ahli muzik pada
waktu pemerintahannya. Ramai penyanyi terkenal pada zaman Khalifah
Harun al-Rashid seperti Mansur Zalzal, Ismail Abu Qasim, Miskin alMadani dan lain-lain lagi (Mahmood, 1971,172).
Oleh kerana penekanan yang diberikan pemerintah pada waktu itu
dalam bidang muzik, telah melahirkan ramai pemuzik terkenal seperti
Ibnu Muhriz, Ibnu Misjah, Ibnu Suraji dan Basbas. Selain itu juga,
mereka telah menghasilkan beberapa buah buku dalam bidang muzik
untuk menjadi sukatan pelajaran. Buku-buku muzik Abu Abdul Rabbih
telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris sebagai Unique
Necklace, karya muzik al-Isfahan diterjemahkan kepada The Great
Book of Song dan al-Nawairy diterjemahkan kepada The Extreme
Needs. Karya lagu mereka sangat mengagumkan dunia Eropah dan
menjadi sanjungan di sana. Pada waktu ini juga telah melahirkan seniman
al-Syatibi yang merupakan seorang pemain biola yang terkemuka. Beliau
sering memainkan biolanya pada waktu malam sehingga para gadis tidak
dapat tidur kerana kelunakan gesekan biola al-Syatibi. Al-Syatibi
menjiwai alat muziknya dengan gelak ketawa adik-adiknya sewaktu kecil,

kesedihan beliau kerana kehilangan rakan dan ditinggalkan kekasih


membuatkan al-Syatibi menangis sambil menggesek biolanya (Ghazali
Darusalam, 2001, 258)
4.0 RIWAYAT HIDUP AL- FARABI DAN KEPERIBADIANNYA.
Al- Farabi adalah tokoh seni muzik yang terkenal pada zaman Kerajaan
Abbasiyyah. Beliau adalah seorang pemuzik yang handal dan lagu hasil
karya beliau meninggalkan kesan secara langsung kepada pendengarnya.
Terdapat beberapa kekeliruan mengenai keturunannya yang sebenar.
Said Zaid dalam kitabnya al-Farabi menegaskan bahawa ahli-ahli
sejarah berselisih pendapat tentang asal usul keturunannya (Zaid Said,
t.t., 14). Mereka tidak sependapat dalam memberikan keterangan yang
khusus mengenai al Farabi. Umpamanya Ibn Abi Usaybiah dalam
kitabnya Uyun al-anba menyebut bahawa beliau ialah Abu Nasr
Muhammad bin Awzalagh bin Tarchan (Ibn Abi Usaybiah, 1965, 603).
Ibn Khallikan pula menyebutnya Abu Nasr Muhammad bin Muhammad
bin Tarchan bin Awzalagh al-Farabi (Ibn Khallikan,1972, 153).
Sementara Ibn al-Qifti pula memberitahu bahawa nama al-Farabi
sebenarnya ialah Abu Nasr Muhammad bin Muhammad bin Tarchan (Ibn
al-Qifti, 1903, 277). Al Bayhaqi juga bersetuju dengan nama tersebut
(al-Bayhaqi, 1935, 16-17).
Demikianlah berlakunya beberapa kelainan pendapat di kalangan ahli-ahli
sejarah dari segi pencatatan keturunan serta nama al-Farabi.
Walaubagaimanapun satu kesimpulan yang dapat di ambil ialah mereka
semua sependapat tentang nama al-Farabi itu sendiri, walaupun berlaku
beberapa perbezaan pendapat dari segi mencatatkan keturunan
nasabnya dan nama bapanya. Mengenai hal ini, Said Zaid berkata
bahawa mereka semua bersetuju bahawa nama al-Farabi sebenarnya
ialah Muhammad. Ketetapan ini telah digunakan oleh para sarjana dahulu
hingga kini (Said Zaid, t.t, 14).
Sehubungan dengan nama tersebut, Ali Abd al-Wahid Wafi telah
menekankan tentang adanya gelaran yang telah diberikan kepada alFarabi. Iaitu nama sebenarnya Muhammad, terkenal dengan panggilan
Abu Nasr dan dipanggil pula dengan gelaran al-Muallimu al-thani (Guru
Kedua). Tetapi panggilan yang paling masyhur ialah al-Farabi (Wafi,
1964, 569). Menurut beliau lagi tidak dapat diketahui dengan jelas
bagaimanakah sebenarnya terjadinya panggilan Abu Nasr itu, sebab

pada kebiasaannya apa yang sering berlaku, khasnya dalam peradaban


masyarakat Asia Barat, ialah gelaran seumpama itu diberikan kepada
seseorang bersesuaian dengan nama anak lelakinya yang sulung. Tetapi
daripada catatan sejarah hidup al-Farabi terbukti bahawa beliau tidak
pernah berkahwin. Hidup berkeluarga atau berumahtangga adalah satu
hal yang asing bagi al-Farabi.
Mengenai tarikh kelahiran al-Farabi, para sarjana juga berselisih
pendapat. Albert Nasri Nadir dalam kitab Ara Ahl al-Madinah alFadilah menulis bahawa al-Farabi dilahirkan pada sekitar tahun 259
H/870M (Nasri Nadir, 1968, 11). Haroon Khan Sherwani mencatatkan
bahawa al-Farabi lahir sekitar tahun 257-339H/870-950M iaitu semasa
pemerintahan Khalifah al-Mutamid alallah (946-974M) dan meninggal
dunia semasa pemerintahan Abu al-Qasim al-Mutilillah (al-Muti) iaitu
pada tahun 861-945M. Manakala tempat lahir beliau pula, sejauh yang
dapat dikesan oleh ahli-ahli sejarah terletak di satu tempat yang
bernama Wasij dalam daerah Farab, Transoxiana, Turki.
Sebenarnya sangat sedikit maklumat mengenai al-Farabi yang
dapat diketahui oleh para pengkaji. Walaupun begitu terdapat juga
bukti yang menunjukkan bahawa beliau adalah dari Turki. Ibn Khallikan
menjelaskan bahawa perkataan seperti Tarchan danAwzalagh adalah
beberapa nama Turki (Ibn Khallikan, 1972, 157). Sementara panggilan
al-Farabi dinisbahkan kepada nama tempat beliau dilahirkan iaitu Farab
yang kini dikenali sebagai Otrar. Beliau dikatakan berasal daripada
sebuah keluarga yang mempunyai taraf sosial yang tinggi dan ternama,
berdarah campuran Turki-Parsi.
Al-Farabi dikatakan meninggal dunia di Damsyik pada tahun 339H
(950/951M) ketika berumur kira-kira lapan puluh tahun (Ibn Khallikan,
1972, 106). Jenazahnya disembahyangkan oleh Khalifah Sayf al-Dawlah
al-Hamadani bersama-sama para sahabatnya dan dimakamkan di Kota
Damsyik. Semasa hayatnya beliau banyak melakukan pengembaraan
dalam menuntut ilmu pengetahuan seperti ke Baghdad, Syam, Damsyik
dan sebagainya.
KEPERIBADIANNYA
Al-Farabi mengamalkan cara hidup zuhud dan cenderung pada
pengasingan diri (uzlah). Ibn Khallikan mensifatkan al-Farabi sebagai
orang yang paling zuhud pada ketika itu. Dengan cara hidup yang

demikian, beliau dapat menggunakan sepenuh waktu untuk berfikir. AlFarabi tidak tertarik untuk tinggal di rumah-rumah mewah dan
melambangkan darjat serta taraf hidup yang tinggi seperti yang biasa
dinikmati oleh golongan atasan, walaupun beliau berpeluang berbuat
demikian (Saliba, 1973, 136). Khalifah Sayf al-Dawlah telah memberikan
kepadanya sagu hati yang banyak dan lumayan daripada bait al-mal untuk
perbelanjaan hariannya tetapi al-Farabi hanya mengambil empat dirham
sahaja untuk kegunaannya. Berhubung dengan hal ini,berkemungkinan alFarabi telah mendapat didikan dari dua tokoh sufi Islam yang terkenal
pada ketika itu yang juga adalah guru beliau iaitu Abu Bakr al-Shibli dan
Abu Mansur al-Hallaj (Encyclopedia Britannica, 1975, 9:s.v).
Al-Farabi juga terkenal sebagai seorang yang tekun belajar dan
menuntut segala jenis ilmu pengetahuan. Beliau sangat berminat
mengikuti aliran pemikiran daripada pelbagai ahli fikir. Selain itu, beliau
banyak menghabiskan usianya dengan membaca dan menulis serta
membuat komentar terhadap tulisan falsafah dan mantiq Yunani. Oleh
kerana itu jugalah beliau tersenarai dalam nama-nama tokoh falsafah
seperti al Kindi, Ibn Miskawayh dan lain-lain lagi ( Ibn Usaybiah. 1965,
603).
5.0 PENGLIBATAN AL-FARABI DALAM MUZIK
Terdapat perkara yang mengagumkan para pengkaji mengenai al-Farabi
iaitu keupayaannya yang tinggi dalam penguasaan dan penggunaan
bahasa. Ibn Khallikan melaporkan bahawa ketika berbicara dengan Sayf
al-Dawlah dalam suatu majlis ilmiah yang baginda adakan, al-Farabi
telah menyebut yang beliau menguasai tujuh puluh dialek.
Kebolehannya itu sungguh menakjubkan kerana beliau berupaya
menguasai pelbagai loghat serta dapat pula menggunakannya.Ini kerana
Jamil Saliba mengatakan bahawa al-Farabi telah menggunakan
kepelbagaian bahasa ini dalam menulis kitabnya yang ternama dalam
bidang muzik iaitu al-Muziqi al-Kabir. Kitab itu membuktikan yang alFarabi dapat menggunakan bahasa Parsi, Turki, Kurdi dan Arab (Saliba,
1973, 137).
Al-Farabi, selain daripada menulis buku muzik, beliau juga pandai
bermain alat muzik. Kebolehannya ini telah beliau tunjukkan sewaktu

berada dalam majlis Sayf al-Dawlah. Ibn Khallikan telah merakamkan


kebolehannya itu seperti ringkasan berikut:
Suatu hari, bertempat di Istana Sayf al-Dawlah, suatu majlis
perbincangan ilmu pengetahuan telah diadakan. Majlis itu
dipengerusikan oleh baginda sendiri dan dihadiri oleh ramai para sarjana
daripada pelbagai bidang ilmu. Al-Farabi hadir dalam majlis itu
berpakaian Turki. Setelah lama mereka berbincang, Sayf al-Dawlah
bertanyakan al-Farabi sama ada mahu atau tidak al-Farabi menikmati
minuman atau makanan. Jawab al-Farabi Tidak, muzik? , ya, jawab
al-Farabi. Sayf al-Dawlah telah memanggil suatu kumpulan pemain muzik
yang terbaik untuk membuat persembahan. Tetapi persembahan itu
tidak begitu menarik perhatian al-Farabi. Beliau sebaliknya mengkritik
pertunjukan tersebut, lalu Sayf al-Dawlah bertanya apakah tuan juga
mempunyai pengetahuan seni? Ya jawab al-Farabi. Kemudian baginda
meminta al-Farabi bermain alat muzik. Al-Farabi membuka begnya lalu
mengambil ud (lute) dan segera memainkannya. Para pendengar
terpesona dengan kepandaiannya. Beliau memainkan alatan itu menurut
rasa sentiment mereka dengan mengubah irama menjadikan mereka
semua tertawa, menangis dan tertidur (Ibn Khallikan, 1972, 155-156).
Demikianlah gambaran tentang kebolehannya dalam bidang muzik
dan permainan alat muzik. Kerana kepintarannya yang ditunjukkannya itu
menjadikan Sayf al-Dawlah terus menyukai al-Farabi hingga baginda
tidak dapat berpisah lagi dengan beliau hingga ke akhir hayatnya. Beliau
juga menulis buku dalam bidang muzik dengan tujuan untuk memberi
idea yang lebih baik kerana buku-buku Yunani yang terdahulu banyak
terdapat kekaburan. Beliau bertindak menyumbang sesuatu yang lebih
baik mengenai muzik dan alatannya. Beliaulah orang yang mereka alat
muzik bernama rebab dan qanun (Waliur Rahman 1936, 139-140;
Jamil Ahmad, 1977, 135).
Seperkara lagi yang penting dan harus diperkatakan ialah mengapa alFarabi dianggap sebagai guru kedua adalah kerana usahanya meletakkan
dasar ilmu muzik itu. Aristotle telah mendapat gelaran guru pertama
kerana beliau meletakkan dasar ilmu logik dalam sejarah. Begitu jugalah
al-Farabi yang telah meletakkan dasar pertama ilmu muzik dalam
sejarah.Ilmu muzik telah dikenali sejak zaman Pythagoreans.
Pythagoras telah membuat ringkasan dan perbahasan mengenai muzik,
manakala al-Farabi telah berusaha menyempurnakan ilmu muzik dan

menjelaskan kekurangan perbahasan muzik Pythagoras (Oemar Amin


Hoesin, 1975, 89).
Al-Farabi telah mengarang buku ilmu muzik dalam lima bahagian. Kini,
buku-buku ini masih dalam bentuk naskah dan belum lagi diterbitkan
dalam bahasa Arab, akan tetapi sebahagiannya telah diterbitkan dalam
bahasa Perancis oleh D. Erlanger. Al-Farabi turut menghasilkan sebuah
buku yang mengandungi pengajaran dan teori muzik Islam berjudul alMuziqi al-Kabir dan beberapa karya muzik lain yang telah diterjemahkan
bertajuk Grand Book on Music, Styles in Music dan On the
Classification of Rhythm. Buku-buku ini telah menjadi rujukan penting
di Eropah dan memberikan sumbangan penting dalam penciptaan noy-not
muzik (Mahayudin Yahya,2000).
Teorinya tentang harmoni dalam muzik belum lagi dipelajari secara
mendalam oleh ahli muzik. Hal ini sangat penting kerana pada bahagian
ini, al-Farabi telah membahaskan tentang estetika dan nilai muzik dalam
kedamaian serta keharmonian jiwa. Seorang sarjana Barat yang
bernama Sarton telah menerbitkan buku bertajuk Introductian to the
History of Science yang mengatakan bahawa al-Farabi telah
mempunyai pengetahuan tentang muzik mensural dan telah mengetahui
tentang adanya major ketiga 4:5 dan minor ketiga 5:6 sebagai konsonan
(Oemar Amin Hoesin, 1975, 90).
6.0 TEORI MUZIK AL-FARABI
Sistem mod muzik bahasa Arab adalah salah satu mod yang paling luas
dan memiliki sejarah yang panjang. Sistem nada mod muzik dalam
bahasa Arab berdasarkan teori oktaf (diwan) skala tujuh belas,
sembilan belas atau dua puluh empat nota. Selain itu, temperamen
umumnya tidak sama dan fungsinya diatonik pada dasarnya. Jenis mod
maqam berasal dari seluruh negeri Arab, Afrika Selatan (Habsyah dan
Kenya), Turki (Azerbaijan, Uzbekistan, Kazakhstan), Iran, Armenia,
Eropah (Greece, Bulgaria, Serbia, Croatia, Macedonia dan Albania).
Maqam adalah cara untuk menghasilkan laras irama dan mod muzik
yang mencipta rangka kerja setiap lagu. Terdapat perbezaan maqam
mengikut rakyat setiap negara dan tradisi muzik klasik mereka. Melodi
Arab yang menarik dikenali sebagai maqamat.Buku tentang muzik Arab
telah memasukkan sebanyak lima puluh dua melodi mod yang sekurangkurangnya dua belas atau lebih yang sering digunakan umum. Seperti

Rast, Bayati, Hijaz, Huzam, Saba, Nahawand, Kurdis, Sikah, Nakriz,


Suznak dan Ajan. Mod ini lebih banyak nada irama daripada sistem
muzik Barat yang lebih sedikit laras iramanya.
Al-Farabi adalah pemuzik Arab pertama yang menulis tentang
keseluruhan irama atau nada daripada muzik Arab dalam bukunya kitab
al-Muziqi al-Kabir. Setelah itu, al-Urmawi telah memodenkan maqam,
namun masih berdasarkan rujukan kitab muzik al-Farabi. Al-Urmawi
menggambarkan sistem tala untuk empat chorus (empat ganda string).
Oud menggunakan nota ketujuh puluh diwan (oktaf).
Selain itu, pengkaji muzik Barat juga tidak dapat lagi menemui
tentang bagaimanakah al-Farabi dan al-Urmawi mendapat maklumat
muzik mereka tentang maqam Arab atau sistem nada dan maqam
mereka. Menurut al-Farabi maqam telah ditentukan namanya mengikut
beberapa bahagian atau ciri :1)Menetapkan suatu catatan penting dalam maqam skala seperti rast
atau Nawa.
2)Menetapkan nama maqams selepas melalui bandar-bandar seperti:
Asfahan dan Nahawand.
3)Menetapkan nama maqam selepas permandangan seperti: Bandar
Hijaz atau Iraq.
4)Menetapkan nama maqam setelah melalui kawasan etnik seperti:
Mahour (http://leb.net/rma/Articles/Samaie-Farhafza.pdf).
Maqam trichords ditakrifkan sebagai urutan tiga nota, tetrachord
adalah pemprosesan berdekatan empat nota dan pentachords adalah
urutan lima nota. Secara umum setiap maqam terdiri daripada yang lebih
rendah dan lebih tinggi merangkumi tiga atau lebih sekuens. Ada juga
terdapat maqam sekunder (penindihan) yang boleh dimasukkan ke dalam
mod mengikut kesesuaian. Maqam yang terdapat pada muzik Arab
banyak sekuens kuno atau yang jarang digunakan. Ada juga
ketidakseimbangan tentang panjang setiap urutan: 3, 4, atau 5 nota.
Terdapat tiga cara untuk mencipta model skala daripada tetrachord
yang terdapat dalam sistem maqam:
1)Terpisah-pisah (Munfasil)
2)Bersambung (Muttasil)
3)Tumpang tindih atau memasukkan (Mutadkhil)
Contohnya maqam yang didasarkan pada G tune dan terdiri daripada dua
tetrachords terpisah-pisah dan satu tetrachords tindih. Pertama,

Nahawand terpisah-pisah tetrachords pada G. Yang kedua adalah pada


D Rast tetrachords dan ketiga pada B Ajam tumpang tindih tetrachords
seperti
yang
ditunjukkan
dalam
gambar
di
bawah.
Maqam Nahawand mempunyai dua versi. Secara umum versi pertama
(Nahawand-Hijaz) digunakan pada ketika nada muzik menaik dan versi
kedua (Nahawand-Kurdi) digunakan ketika nada muzik rendah dan ke
bawah seperti yang ditunjukkan gambar di bawah:
Trichord Ajam, suara yang sangat mirip dengan tiga catatan dalam skala
besar pada muzik klasik Barat. Nota ketiga disusun lebih rendah
daripada biasanya menjadikan muzik klasik Barat itu sebagai skala
besar. Seperti ditunjukkan dalam gambar di bawah:
Al-Farabi secara teoritinya telah membahagikan diwan (oktaf) menjadi
dua puluh lima interval yang menunjukkan terdapatnya pada alat muzik
Oud.
7.0 ALATAN MUZIK ARAB
1)Oud: Biasanya berbentuk pir, berleher pendek dan berpapan pada jari
gitarnya, berukuran lima hingga enam sentimeter. Alat muzik ini
dimainkan seperti gitar yang berbunyi kuat dan microtone yang
fleksibel yang membuatnya sangat popular di dunia Arab dan Timur
Tengah.
2)Qanun: Alat muzik Arab yang mendatar dan mempunyai dua puluh
enam tali pemetik yang dipetik seperti gitar. Ianya disusun ke nota asas
daripada suatu skala yang dinaikkan atau diturunkan dengan
menghentikan rentetan pada tali pemetik.
3) Kaman: Bentuknya seperti biola Barat.
4)Nay: Sebuah seruling buluh terbuka, ditiup dengan pelbagai mod
dengan nada yang mendesah, mampu memghasilkan nada dinamik dan
infleksi. Sering digunakan di samping alat muzik tablah.
5)Tablah (Darbukkah, Derbouka): Sebuah drum tangan yang biasanya
berbentuk
pasu.
Diperbuat
daripada
seramik
atau
logam
(http://leb.net/rma/Articles/Samaie-Farhafza.pdf)

Anda mungkin juga menyukai