Anda di halaman 1dari 5

Universiti dan kebebasan akademik

Amin Ahmad
Published: 12 December 2014 12:00 PM

Kebelakangan ini persoalan kebebasan akademik kembali heboh diperkatakan.


Baru-baru ini, 8 mahasiswa Universiti Malaya (UM8) yang menganjurkan program Pidato
Anwar Ibrahim: 40 Tahun Dari UM ke Penjara dikenakan pelbagai hukuman tatatertib termasuk
digantung pengajian.
Sebelum ini, Profesor Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman didakwa digugurkan sebagai
pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMcedel) dan sebagai dekan Falkuti
Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya melalui campur tangan luar. Selain itu, Profesor
Madya Dr Azmi Sharom, pensyarah undang-undang dan presiden Persatuan Kakitangan
Akademik Universiti Malaysia (PKAUM) didakwa di bawah Akta Hasutan.
Lebih awal, Profesor Dr Abdul Aziz Bari, pakar perlembagaan negara pernah digantung tugas,
disiasat di bawah Akta Hasutan dan diberi tekanan agar melepaskan jawatan ahli akademik di
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Lama dulu, Naib Canselor Universiti Putra
Malaysia (UPM) diberi tekanan dan kemudian digantikan selepas membaca pantun sinis siakap
senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama jadi menteri.
Peristiwa ini sedikit sebanyak dapat memberi gambaran mengenai persekitaran pendidikan di
Malaysia pada masa kini.
Universiti dan tujuan ilmu
Dulu, malah masih ramai berpegang dengannya pada tahap tertentu, peluang menuntut di
universiti adalah perkara besar. Pengambilan masuk ke universiti adalah terhad dan mereka yang
terpilih bukan saja berjaya melepasi satu proses penilaian tertentu, tetapi juga dilihat sebagai
bakal pemimpin, ejen perubahan dalam pelbagai bidang yang bakal diceburi selepas graduasi.
Perkataan pengajian tinggi bagi menggambarkan pendidikan di universiti memberi konotasi
bahawa kandungan subjek yang diajar mungkin mendalam, lebih sukar tetapi sangat penting.
Namun, yang masih tetap akan dipertanyakan ialah apakah kegunaan ilmu-ilmu ini?
Apabila memperkatakan tentang ilmu, tujuan tertinggi pastilah mendapatkan kebenaran. Ini
adalah tugas hakiki yang diperakui para sarjana sejak zaman berzaman. Ia bagaimanapun tidak
terbatas menjadi tanggungjawab universiti semata-mata.
Semua pihak boleh mendapatkan kebenaran tanpa masuk ke universiti. Bagaimanapun, sesuai
dengan istilah pengajian tinggi, tentulah hujahan lulusan universiti mengenai kebenaran ini
dijangkakan lebih mendalam.
Sekiranya tidak mengambil tanggungjawabnya ini, universiti mungkin sebenarnya melatih robot
yang tidak mempedulikan kebenaran tetapi hanya menerima apa yang diprogramkan dan
bertindak balas sebagaimana dimahukan pihak yang berkuasa ke atasnya.

Kategori ilmu
Persoalan timbul, bagaimanakah pula dengan kedudukan ilmu lain? Apakah tujuan dan gunanya?
Mungkin, kerana tidak ada perkataan yang sesuai, ia dinamakan sebagai ilmu alat, untuk
kegunaan hidup manusia.
John Henry Newman, dalam siri syarahannya yang kemudian dibukukan dengan tajuk The Idea
of A University (1851), menjelaskan pendidikan mesti membolehkan kebenaran mudah difahami
(yang dijelaskan sebagai belajar mengenai kewujudan Tuhan, bukan agama) dan sekiranya
sesuatu yang praktikal perlu dimasukkan sebagai subjek universiti, ia mestilah melatih pelajar
menjadi anggota masyarakat yang baik.
Menurutnya, dengan pendidikan seseorang secara sedar dan jelas dapat memahami pandangan
dan membuat penilaian sendiri, kebenaran dalam membangunkannya, kemahiran meluahkannya
dan daya untuk melaksanakannya. Ia mengajar mereka melihat sesuatu sebagaimana sepatutnya,
pergi kepada apa yang betul, merungkaikan simpulan pemikiran bagi mengesan apa yang rumit
dan juga membuang apa yang tidak berkenaan.
Profesor Emeritus Robert Paul Wolff, dalam karyanya The Ideal of the University yang
diterbitkan pada awal dekad 1970-an, membincangkan empat model universiti iaitu sebagai
Sanctuary of Scholarship, Training Camps for Professions, Social Service Station dan Assembly
Line for Establishment Man.
Model pertama menjelaskan sejarah penubuhan universiti, yang kedua menunjukkan ciri yang
mula berlaku pada dekad 1970-an, seterusnya menggambarkan peranannya pada masa akan
datang dan terakhir ialah kritik radikal kepada model-model sebelumnya atau anti-model.
Kebebasan akademik
Profesor Awang Had Salleh misalnya, dalam satu syarahan di Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM) sekitar dua dekad lalu, menjelaskan tugas utama universiti ialah menemukan kebenaran
dan memperbaharuinya. Sudah tentu, untuk menemukan dan memperbaharui kebenaran ini,
sebuah persekitaran terbuka dan bebas sangat diperlukan. Ia perlu berlangsung bukan saja dalam
konteks penyampaian ilmu, kajian atau pembacaan, tetapi juga perdebatan idea dan pemikiran.
Bagaimanapun, ini tidak dapat berlaku dengan baik sekiranya ada kawalan yang objektifnya
berbeza, mengutamakan kepentingan politik kepartian atau tokoh tertentu. Kawalan yang
dikenakan sampai menentukan apa yang boleh atau tidak boleh diajar seseorang pensyarah, apa
yang boleh dibaca atau dimiliki mahasiswa dan dengan siapakah mereka boleh berurusan.
Memang, selalunya, kebebasan akademik menjadi perbualan ramai apabila ia menyentuh
persoalan politik. Dalam maksud lain, pensyarah dan mahasiswa sebenarnya mempunyai banyak
kebebasan lain, tetapi tidak jika bersuara mengenai sesuatu berkaitan politik (baca: kekuasaan).
Tidak keterlaluan untuk menyimpulkan semua kekangan yang dikenakan di kampus jelas
bermotif politik.
Bahkan, berdasarkan pengalaman peribadi semasa menjadi pimpinan pelajar di universiti 10
tahun lalu, ini sangat ketara. Hipokrasi pimpinan politik dan ahli akademik berkaitan ini sangat
mudah boleh ditunjukkan. Cakap-cakap mahasiswa perlu mengutamakan pelajaran hanyalah
sembang kosong.

Apakah mereka fikir menggantung pengajian mahasiswa boleh menjadikan pelajar cemerlang?
Apakah mereka yakin jiwa lemah yang dipupuk melalui rasa takut akan menjadikan bangsa ini
besar dan hebat? 12 Disember, 2014.

Kebebasan akademik, kebebasan buat


semua Nor Shahniza Zarina Md Roni
Published: 30 April 2015 6:57 PM

Kebebasan akademik merupakan elemen yang penting kepada institusi pengajian di Malaysia.
Menurut Cary Nelson dalam bukunya, No University is an Island: Saving Academic Freedom,
kebebasan akademik bermakna kebebasan inkuiri dan menyelidik, mengajar dalam universiti
serta bersuara dan bertindak di luar kampus.
Ia boleh dilakukan tanpa ancaman hukuman, dibuang, dihalau, dipenjara atau dibunuh. Saya
yakin kebebasan akademik merupakan asas untuk merealisasikan budaya ilmu, matlamat
universiti, kesarjanaan dan daya intelektual pelajar dan seterusnya mencapai kecemerlangan
dalam erti kata yang sebenar.
Di Malaysia khususnya, ramai daripada golongan akademik yang dibirokrasikan dalam
tugasannya, dijadikan kaki tangan kerajaan, tidak dibenarkan berbicara dengan media, dikenakan
tunjuk sebab, ditukar, diketepikan atau dipintas. Hal ini menyebabkan kebanyakan daripada
kalangan mereka tidak berani bersuara dan hanya menjaga kerjayanya sahaja.
Terdapat beberapa peristiwa yang sedikit sebanyak dapat memberi gambaran mengenai
persekitaran pendidikan di Malaysia pada masa kini sama ada melibatkan golongan pendidik
mahupun mahasiswa sendiri.
Contohnya sebelum ini, Profesor Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman didakwa digugurkan
sebagai pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMcedel) dan sebagai dekan
Falkuti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya melalui campur tangan luar.
Selain itu, Profesor Madya Dr Azmi Sharom, pensyarah undang-undang dan presiden Persatuan
Kakitangan Akademik Universiti Malaysia (PKAUM) didakwa di bawah Akta Hasutan. Bahkan
lebih awal lagi, Profesor Dr Abdul Aziz Bari, pakar perlembagaan negara pernah digantung
tugas, disiasat di bawah Akta Hasutan dan diberi tekanan agar melepaskan jawatan ahli akademik
di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Lama dulu, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM) diberi tekanan dan kemudian
digantikan selepas membaca pantun sinis siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong
lama-lama jadi menteri.
Saya melihat bahawa ahli akademik seharusnya diberi peluang untuk bebas berbincang, memberi
pandangan, melakukan kajian atau memberi respon terhadap isu semasa tanpa dipengaruhi atau
dihalang mana mana pihak. Bahkan ahli akademik seharusnya menjadi rujukan utama
masyarakat awam apabila berdepan dengan sesuatu isu kerana pada asasnya mereka merupakan
ahli dalam bidang yang mereka ceburi.
Malahan, melihat kepada cengkaman parti politik ke atas pentadbiran IPT, ianya bukan sahaja
membunuh jiwa pendidik dan mahasiswa yang ingin menyumbang kepada masyarakat tetapi
juga meneruskan kitaran pembantutan daya intelektual di universiti tempatan bagi mengekalkan
kedudukan dan kuasa golongan tertentu.
Kegagalan pihak berkuasa membezakan antara hujah dan pandangan golongan ahli akademik ini
akan mengganggu gugat prinsip profesionalisme mereka seterusnya menghilangkan kepercayaan
rakyat dalam jangka masa panjang.
Antara contoh peristiwa yang melibatkan mahasiswa pula seperti baru-baru ini, 8 mahasiswa
Universiti Malaya (UM8) yang menganjurkan program Pidato Anwar Ibrahim: 40 Tahun Dari
UM ke Penjara dikenakan pelbagai hukuman tatatertib termasuk digantung pengajian.
Terbaru, tiga Mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah dipanggil oleh
pihak Universiti atas tuduhan menyertai sebuah program anjuran We Unite For Islam(WUFI)
iaitu "Pidato Umum:Jelajah Mahasiswa, Bebas Universiti,Kerajaan Mahasiswa" pada 7
November 2014 di luar kawasan UIAM.
Bahkan ruang untuk mahasiswa menyampaikan suara mereka juga disekat oleh pihak-pihak
tertentu dengan pelbagai ugutan-ugutan seperti Akta Auku, Akta Hasutan dan sebagainya.
Namun saya yakin, tindakan ini tidak akan melemahkan mahasiswa malah memberi semangat
agar mahasiswa terus bangkit membawa suara masyarakat.
Bak kata pepatah, ke mana tumpahnya nasi kalau tidak ke kuah, begitulah juga ibaratnya
mahasiswa, yang mana ke mana tumpahnya jasa dan budi kalau bukan kepada masyarakat.
Mahasiswa sepatutnya diberi peluang yang seluasnya untuk sama-sama berada di pentas
masyarakat dan melontarkan pandangan mereka.
Universiti yang secara umumnya merupakan institusi intelektual juga seharusnya berperanan
untuk melahirkan sekelompok manusia yang mempunyai kemampuan berfikir yang tinggi dan
mampu memberi manfaat kepada masyarakat.

Apakah dengan tindakan menggantung pengajian mahasiswa boleh menjadikan pelajar


cemerlang? Apakah mereka yakin jiwa lemah yang dipupuk melalui rasa takut akan menjadikan
bangsa ini besar dan hebat?
Saya ingin mengakhiri penulisan saya dengan sebuah puisi karya Usman Awang yang ditulis
pada tahun 1961 yang khas saya tujukan kepada rakan-rakan mahasiswa agar bangkit
meneruskan langkah perjuangan.
Mahasiswa dari kota tanah air
Bangunlah!
Angkat matamu dari buku
Lampaui dinding lampaui tembok
Semua menunggu
Mengajakmu bersama ke tengah jalan raya kota
Lihat betapa temanmu telah berdiri di sini
Sebaris dengan kami
Para buruh dan petani di jalan sungai besi
Sederap belajar dari hidup berani
Lepaskan tangan halus kekasih di tasik
Atau bersamanya berjalan ke parlimen
Kerana dengan tenagamu dengan ilmu di dada
Akan merombak erti hidup sebuah Negara. 30 April, 2015.