Anda di halaman 1dari 2

Refleksi

Pada tugasan Teknologi untuk Pengajaran dan Pembelajaran EDUP3053 ini, kami telah
menghasilkan sebuah Rancangan Pengajaran Harian dengan berdasarkan model ASSURE.
Rancangan Pengajaran Harian yang dihasilkan adalah berkaitan dengan Pendidikan Muzik
masing-masing dengan tajuk yang berlainan. Satu Pakej Pembelajaran Multimedia Interaktif
juga telah dihasilkan dengan menggunakan perisian Microsoft Powerpoint.
Dalam Pakej Pembelajaran Multimedia Interaktif tersebut terdapat sebuah klip video.
Klip video tersebut dihasilkan sendiri dengan menggunakan pelbagai perisian. Kami
melakukan tugasan tersebut dalam kumpulan iaitu Dee Dylrianye Genevye Dusi, Ain
Mahsuri Binti Ismail dan Chee Jia Qi. Saya berasa bersyukur atas bantuan rakan-rakan
sekumpulan saya kerana tanpa mereka, klip video yang telah diletakkan dalam tugasan ini
tidak akan dapat dipersiapkan pada waktunya. Mereka telah banyak menolong saya dalam
tempoh rakaman video.
Sebelum merakan video kami telah merancang tentang bahan yang perlu digunakan
serta cara mempersembahkan bahan tersebut. Bahan yang diperlukan ialah lagu KSSR,
alat perkusi kerincing dan alat perkusi kastenet. Oleh itu, atas kebenaran pensyarah muzik
iaitu Pn Norlida, kami telah dapat meminjam alat perkusi kerincing dan kastanet dari Bilik
Muzik. Lagu KSSR pula kami bekerjasama untuk memuat turun dan seterusnya berkongsi
dengan ahli dalam kumpulan. Selepas dapatkan alat perkusi yang memainkan peranan
yang vital dalam rakaman video ini, kami bantu membantu antara satu sama lain untuk
merakam cara memegang dan memainkan alat perkusi serta menyanyi mengikut dinamik
sesuai dengan tajuk masing-masing iaitu dengan menggunakan telefon bimbit.
Semasa merakam video tersebut kami juga telah belajar menggunakan beberapa
teknik seperti panning, slow motion, zooming in dan zooming out. Walaupun kami masih
tidak mahir menggunakan kesemua teknik semasa membuat video, tetapi kami telah
mengetahui beberapa teknik asas untuk merakam video. Sekurang-kurangnya kami boleh
menggunakan kemahiran tersebut apabila ingin merakam video kelak. Apabila sudah
mengaplikasikannya beberapa kali, pasti kami akan menjadi mahir.
Setelah mengumpulkan bahan mentah untuk klip video, iaitu rakaman video, kami
mula merancang langkah untuk edit video. Sejurus dengan itu, kami ingin mengucapkan
ribuaan terima kasih atas didikan pensyarah yang dikasihi, iaitu En.

Mohd Dariah Bin

Ibrahim dan Dr. Hj. Sajap Maswan tentang cara untuk menyunting video dengan
menggunakan pelbagai perisian. Selepas mengetahui cara untuk menyunting video dengan

menggunakan perisian, kami pun mula melakukan kerja menyunting video untuk
menjadikannya sebuah video klip yang sempurna. Pensyarah kami telah mengajar cara
untuk membuat dan menyunting video menggunakan perisian seperti Ulead Video Studio
dan Video Pad Editor.
Pensyarah menyarankan kami untuk menggunakan perisian Sound Forge 7.0
kerana ianya mudah untuk digunakan. Perisian ini amat penting jika kami ingin menyunting
audio yang digunakan dalam video kami. Dengan perisian ini, kami dapat belajar tentang
teknik-teknik asas untuk menyunting audio seperti cut audio, combine audio, menukar pic
audio dan sebagainya.
Dalam video klip tersebut, kami telah menambahkan gambar yang dihasilkan dengan
menggunakan perisian Photoshop ke dalam video klip. Sarikata juga telah ditambah ke
dalam video supaya arahan yang diberikan adalah jelas dan memudahkan pemahaman
pengguna. Akhirnya, video klip kami telah siap dihasilkan selepas melalui beberapa
prosedur. Kami amat berterima kasih kepada kedua-dua penyarah kami kerana telah
mengajar kami untuk menyunting video dan audio kerana kedua-dua kemahiran ini amat
penting bagi kami untuk mempelajarinya kerana dunia sekarang menggunakan teknologi
untuk menyampaikan maklumat tidak kira kepada sesiapa sahaja.
Sememangnya, penghasilan video klip ini telah banyak memanfaatkan setiap satu
kami kerana kami telah dapat mempelajari ilmu berkenaan penggunaan pelbagai perisian.
Apabila kami mengetahui ilmu sedemikian, kami akan dapat mengaplikasikannya dalam
kehidupan kami setelah bergelar guru kemudian. Di samping itu, hubungan kami sebagai
ahli dalam kumpulan turut menjadi erat disebabkan oleh proses rakaman video yang secara
tidak langsung menyemaikan nilai kerjasama serta nilai sahsiah diri kami. Sesungguhnya,
hal sebegini akan melatih kami untuk berkomunikasi dan bersama-sama menyiapkan tugas
bersama rakan sekerja kelak. Kami berharap untuk dapat bekerjasama lagi pada tugasan
akan datang dan seterusnya.

Anda mungkin juga menyukai