Anda di halaman 1dari 4

Teks Emcee Majlis Perasmian Seminar Kajian Tindakan IPGKDRI 2015

Acu
ketibaan
Vip

Mengumumkan Ketibaan
____________________________________ diiringi
____________________ ke majlis

Nyanyian
Negaraku

Hadirin diminta berdiri untuk menyanyikan lagu Negaraku

Bacaan

Bunga mawar cantik tersemat

Doa

Dipetik gadis di tepi titi


Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati
Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, saya
menjemput Saudara ______________________ untuk
mengetuai bacaan doa. Dipersilakan

Ucapan

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

alu-aluan

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan

Pengerusi

terima kasih kepada ____________________ atas bacaan doa

Majlis

itu tadi.
Melayang serindit di atas permatang,
Merbah berkicau di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.
Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Yang Berbahagia Dr Hajah Rohani Binti Abdul Hamid,
Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Dato' Razali
Ismail
Yang Berusaha, ________________________, Wakil Rektor
Institut Pendidikan Guru Malaysia

Teks Emcee Majlis Perasmian Seminar Kajian Tindakan IPGKDRI 2015


Acu
Yang Dihormati, Dr Haji Jalani Bin Hasan, Ketua
Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme
Keguruan.
Seterusnya, Para Pensyarah, serta guru-guru pelatih yang
dikasihi sekalian.
Selamat datang ke majlis perasmian Seminar Kajian
Tindakan 2015 IPGKDRI
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah subhanahuataala
kerana dengan limpah ehsanNya, kita semua dapat
berkumpul hari ini bagi sama-sama menyaksikan Majlis
Perasmian Seminar Penyelidikan Tindakan, Program
Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ambilan 2012 Institut
Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail, yang bakal
dirasmikan oleh _______________________, Rektor Institut
Pendidikan Guru Malaysia, Kementerian Pendidikan
Malaysia. Saya mewakili seluruh warga PISMP Semester 8
berasa sungguh berbesar hati atas kesudian Wakil Rektor
menghadiri seminar sekaligus menjadi perasmi majlis
yang penuh bermakna ini.

Yang Berbahagia Tuan Rektor, serta hadirin.


Seminar Penyelidikan Tindakan ini merupakan acara
tahunan bagi setiap guru pelatih tahun akhir yang
mengikuti program PISMP. Buat makluman hadirin,
seminar kali ini menyaksikan jumlah pembentang
seramai _________ orang yang terdiri daripada 4
pengkhususan pendidikan iaitu Bahasa Inggeris,
Pendidikan Islam, Matematik dan Pra Sekolah. Sebanyak
______ penyelidikan tindakan bakal dibentang sebagai
tuntutan akhir bagi penganugerahan Ijazah Sarjana Muda
Perguruan di samping menjadi serampang yang mampu

Teks Emcee Majlis Perasmian Seminar Kajian Tindakan IPGKDRI 2015


Acu
menambahbaik mutu pendidikan negara. Penyelidikanpenyelidikan yang dibuat oleh para guru pelatih ini
melibatkan masalah seharian warga pendidik di sekolah,
terutama dalam meningkatkan mutu akademik murid.

Penyelidikan tindakan yang dijadikan asas utama dalam


penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Perguruan
merupakan langkah utama kerajaan dalam membentuk
warga pendidik yang suka menyelidik, dan
menambahbaik mutu pendidikan. Tanpa penyelidikan,
banyak masalah akan terus terpendam tanpa
penyelesaian. Budaya penyelidikan haruslah diteruskan
oleh kita semua demi mencapai pendidikan bertaraf
antarabangsa.
Ucapan
Pengerusi

Hadirin yang dihormati sekalian

Seminar
Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara
Bagi memulakan majlis kita pada pagi ini, saya
menjemput Saudara _________________, Pengerusi Seminar
Kajian Tindakan Tahun 2015 untuk menyampaikan
sepatah dua kata, majlis mempersilakan.
Ucapan KJ
PIPK

Terima kasih saudara __________ atas ucapan sebentar


tadi.
Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Dr Haji Jalani
Bin Hasan, Ketua Jabatan Penyelidikan dan Inovasi
Profesionalisme Keguruan, IPGKDRI untuk memberikan
ucapan.
Majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan.

Teks Emcee Majlis Perasmian Seminar Kajian Tindakan IPGKDRI 2015


Acu
Ucapan

Terima kasih Dr Jalani di atas ucapan sebentar tadi.

Tuan
Pengarah

Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan Dr


Hajah Rohani Binti Abdul Hamid, Pengarah Institut
Pendidikan Guru Kampus Dato' Razali Ismail untuk
menyampaikan ucapan. Dipersilakan

Ucapan

Terima Kasih diucapkan kepada Dr Rohani atas ucapan

Perasmian

sebentar tadi.

Wakil
Rektor

Warga Dewan yang dikasihi sekalian,


Kini tibalah masanya, majlis dengan penuh berbesar hati
menjemput Tuan __________________, wakil rektor IPGM
untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan
Seminar Kajian Tindakan Tahun 2015, IPGKDRI.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Penutup

Terima kasih Tuan _________ di atas ucapan perasmian


sebentar tadi.
Dengan berakhirnya gimik perasmian sebentar tadi,
maka bermulalah Seminar Kajian Tindakan tahun 2015.
Diharap guru pelatih dapat melakukan yang terbaik dan
mengambil peluang ini untuk sama-sama menimba ilmu
yang bermanfaat untuk pembangunan diri dan
profesionalisma keguruan.

Pengumum

Sekian, wabillahitaufiqwalhidayah, WBT.


*Dijemput tuan ______________ diiringi_______________

an

untuk meninggalkan majlis.

Anda mungkin juga menyukai