Anda di halaman 1dari 3

APAKAH ITU PEAT-MOSS

Peat-moss adalah bahan reput atau bahan mati daripada gabungan


beberapa komponen di dalamnya seperti lumut, pokok renek, rumput dan
lain-lain. Namun komponen utamanya ialah lumut sphagum. Peat-moss
adalah nama tipikal bagi tumbuhan lumut sphagum yang telah reput atau
diproses menjadi kompos iaitu tumbuhan asli yang tumbuh di seluruh
bahagian dunia. Dalam bahasa mudah peat-moss adalah sejenis lumut
yang dipangil lumut sphagum diproses menjadi kompos untuk kegunaan
dalam bidang pertanian. Petani modern sangat suka menggunakan peatmoss untuk tujuan semaian kerana ia boleh menyimpan air selain kaya
dengan nutrien yang boleh mempercepatkan pertumbuhan anak benih.
Namun begitu, tumbuhan ini mengambil masa untuk dikompos atau
lambat mati. Biasanya tumbuhan lumut sphagum ini tumbuh di kawasan
lumpur yang dalam yakni kawasan paya basah.Sesetengah kawasan paya
basah di dunia dipenuhi oleh lumut ini dan mempunyai lapisan sphagum
yang sangat padat dan dalam. Struktur selnya peat-moss ini boleh
menampung air seperti span.
Biasanya lumut ini sangat sesuai tumbuh di kawasan beriklim sejuk dan
tanah bergambut. Inilah sebabnya kompos itu dipanggil peat-moss (lumutgambut).Negara Canada merupakan pengeluar peat-moss terbesar di
dunia yang diproses menjadi kompos dan di eksport ke luar negara
termasuk negara kita. Di Canada sahaja lumut sphagum (peat-moss)
berkeluasan 270 juta ekar yang boleh menampung keperluan kepada
pengguna seluruh dunia.

Sphagum yang
diproses
Terdapat beberapa jenis peat-moss di pasaran iaitu pertama, Lumut
gambut fibric (peat-moss fibric) iaitu peat-moss yang reput / kompos
dengan kandungan fibre yang sangat utuh. Kedua, lumut gambut hemic
(peat-moss hemic) iaitu ia lebih reput berbanding dengan jenis fibric tetapi
kurang jika dibandingkan dengan jenis Sapric. Ketiga, Lumut-gambut
Sapric (peat-moss Sapric) iaitu jenis peat-moss paling reput berbanding
jenis hemic dan fibric. Maknanya peat-moss Sapric lebih baik jika dinilai
dari segi kereputan dan pengomposannya.

Peat- moss amat sesuai untuk semaian, menanam pokok, medium


tanaman rumput baru dan rumput yang ditanam semula serta sesuai
dijadikan mulsa (mulch). Peat-moss juga dikenali sebagai organik kerana
bukan diproses daripada bahan kimia tetapi diproses dari tumbuhan
semula jadi.
Faedah peat-moss dalam bidang pertanian.
1. Peat-moss mampu menyimpan air dan tidak mudah kering. Oleh itu ia
mampu melembabkan tanah untuk kebaikan kepada tanaman.
2. Peat-moss juga kaya dengan zat makanan kepada anak benih jika
menyemai menggunakan peat-moss.
3. Boleh digunakan sebagai fertilizing bagi ladang-ladang besar atau
kebun sendiri.
4. Peat-moss boleh digunakan sebagai mulsa (mulch) pada batas
tanaman, ia bukan sahaja membekalkan kelembaban kerana mampu
menyimpan air tetapi juga membekalkan nutrient pada tanaman.
5. Peat-moss boleh melindungi tanah daripada kekerasan disamping
menambah zat makanan.
6. Mengurangkan kepadatan pada tanah liat dan mengikat pada tanah
jenis berpasir. Tambah peat-moss pada batas yang mempunyai kandungan
tanah liat yang tinggi. Ini akan mengurangkan ikatan tanah liat menjadi
tidak padat manakala tanah pasir yang terlalu berderai dapat
dikurangkan.
7. Mempercepatkan pertumbuhan akar dengan cemerlang pada
tanaman.
8. Dalam bidang perikanan ia sesuai dijadikan sebagai filter dalam
aquarium, caranya masukkan peat-moss ke dalam uncang atau
seumpamanya agar tidak mengotorkan aquarium tersebut. Ia mampu
membersihkan air dengan menyerap bahan kimia dan merendahkan nilai
PH pada air dalam aquarium.
Cara penyediaan peat-moss
1. Di bubuh dalam kontena tanaman
Campurkan 1/3 peat-moss dan 2/3 tanah loam ke dalam kontena tanaman,
pastikan kontena tersebut ditebuk agar ia tidak menakung air. Taburkan
benih tanaman di atasnya dan tutup benih dengan peat-moss senipis
mungkin, jangan terlalu tebal. Spary atau siram dengan air secukupnya.

2. Menanam pokok di atas tanah


Buat lubang dua kali saiz akar pokok, keluarkan sisa-sisa tanah di
dalamnya. Campurkan satu bahagian peat-moss dan dua bahagian tanah
loam ke dalam lubang, tanam anak pokok tersebut dan gaulkan campuran
tadi hingga sebati, berhati-hati agar akar pokok tidak rosak. Akhir sekali
jadikan mulsa campuran lebihan peat-moss dan tanah loam setinggi 2 inci
di sekeliling pokok. Jangan lupa menyiramnya.
3. Menanam rumput hiasan baru
Campurkan 2 inci lapisan peat-moss kepada 6 inci lapisan tanah loam.
Tambah baja subur dan taburkan benih dipermukaannya. Tutup dengan
peat-moss sedikit dan siram dengan air secukupnya.

Untuk
mendapatkan
peat-moss
berkunjunglah
nusery-nusery
berhampiran. Oleh kerana ia diimport ke negara kita sudah tentu harganya
tinggi. Walau bagaimanapun ia berbaloi untuk digunakan kerana sangat
bagus untuk tanaman kita. Pembaca harus meneliti peat-moss di pasaran
dan jangan ghairah akan peat-moss yang murah kerana terdapat
pengeluar atau syarikat mencampurkan peat-moss tersebut dengan
fungicides. Sila baca pada label pembungkus itu dan pastikan ia tidak
ditambah dengan additives.
Harapan besar kepada pembaca yang datang ke sini dan membaca entry
berhubung peat-moss ini, semoga mendapat pengetahuan sedikit apakah
itu peat-moss dan kebaikannya dalam bidang pertanian. Dua gambar di
atas adalah hasil daripada menggunakan campuran loam dan peat-moss.
Kelihatan pokok tomato sangat subur dan gemuk manakala dua pokok
lada habanero dalam cup juga mempunyai pertumbuhan yang sangat
cantik. Ini terbukti bahawa peat-moss sangat bagus untuk tanaman lebihlebih lagi untuk medium semaian benih. Walau bagaimanapun, beberapa
pakar tanaman ada mengatakan bahawa tidak boleh menggunakan 100%
peat-moss sebagai semaian benih. Namun ia tidak begitu jelas mengapa
sedemikian. Yang pastinya kebaikan peat-moss mengatasi segala-galanya.